Showing posts with label PANDUAN. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN. Show all posts

Aug 14, 2011

Redha Allah Atau Syurga Allah?

Assalamu’alaikum w.b.t.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar! Pejam celik, pejam celik.. kita sudah masuk ke Fasa ke-2 dalam bulan ramadhan al-mubarak ini. Ramadhan ke 15 dah sekarang ni kan? lagi 15 hari je lagi. YaAllah, cepatnya!huhu.. Okeh jom kita ceklist amalan kita sepanjang bulan ramadhan ini.

1st, Al-quran sepatutnya kita sudah sampai ke juzuk 14 dan akan masuk ke juzuk 15, betul? Siapa yang belum?? Angkat tangan macam saya \(^_^)/..hik3 Sesiapa yg belum tu, kejar sampai dapat ye. Tak rugi kita habiskan waktu dengan membaca al-Quran je. InsyaAllah berlipat ganda pahala yang kita akan dapat nanti.  Ana? Alhamdulillah, belum masuk hari yang ke tujuh, ana dah dapat habiskan juzuk ke yang tujuh. Tapi sahabat-sahabat, jangan baca sahaja tapi kita tak tadabbur ayat tu. Kalau yang macam ana buat, ana baca 4 muka surat, pastu ana akan tadabbur pula maksudnya. Macam-macam kisah dan hukum hakam yang Allah telah tetapkan dalam Quran.  

2nd, Solat sunat dhuha dan tahajjud pernah tinggal? Ceklist balik? Kenapa tinggal, tak sempat ke malas? Ha.. semua tu kne ceklist balik dan buat perubahan. Bulan ramadhan ni, bukan bulan biasa-biasa tapi dia bulan luar biasa. Dalam bulan ramadhan Allah nilah, kita nak keredhaanNYA, bukan kemurkaanNYA dan seumpamanya.

Okeyla yang lain-lain tu cek sendiri ye. Cek ni penting tau sahabat-sahabat, penting untuk tajdid (Pembaharuan) diri kita sendiri. Untuk apa? Untuk bekalan akhirat nanti. InsyaAllah.

Disini ana ada persoalan, kita hidup di bumi ni sebab kita nak redha Allah ataupun syurga Allah? Siapa boleh bagi pandangan dan pendapat? Kalau nak beri pandangan dan pendapat, sila balas di komen ye? ^^,

Semasa di bulan ramadhan ini, kita disarankan agar perbanyakkan membaca doa ini, Allahumma inna nas aluka ridhoka wal jannah, wa nauzubika min sakhitoka wannar…. Ila akhirihi ayat. Jadi, apa maksud dia? “YaAllah ya Tuhan kami, limpahkan kepada kami keredhaanMu dan masukkanlah kami kedalam SyurgaMU, dan jauhilah kami dari azab api neraka..”

Jelas disini, kita hidup di dunia ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Bagaimana pula dengan Syurga Allah? Okeh, sebab apa kita nak syurga Allah? Sebab kita taknak masuk neraka. Mungkin juga sebab kita rindu dan teringin sangat nak masuk syurga. Mungkin jugak kita seorang Muslim & Mukmin, jadi sudah tentu kita nak masuk syurga? Betul tak? Ha.. persoalannya sekarang ni, Allah redha kah dengan kita?

Oleh sebab itu, setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita dan setiap tindakan kita, Pasti bermatlamatkan Keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah natijahnya Syurga yang mana dibawahnya mengalir sungai-sungai. Subhanallah, indahkan? ha, jadi nak tak? Mestilah nak kan? tapi... Allah ada berfirman :-

"Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (As-saff : 10)

Dalam ayat ini Allah menawarkan kepada kita suatu Perniagaan? Namun apa yang menghairankan kita, Perniangaan yang ditawarkan bukan sahaja sudah tentu untung di dunia, tapi yang paling penting untung juga di akhirat kerana dapat menyelamatkan kita dari azab yang pedih di akhirat nanti.
Pada pandangan ana,bagi ahli perniagaan atau manusia yang berminda ‘bisnes’ (macam ana kot..hehe) sudah pasti akan menerima tawaran ini. Yela kan, siapa yang tidak mahu untung, lagi-lagi dapat untung sampai kat akhirat..(^_^) Keredhaan inilah yang kita cari sahabat-sahabat.
Jadi, apa pulak Perniagaan yang ALLAH tawarkan tu ye??hmm.. Cuba kita lihat ayat seterusnya.

“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”(as-Saff:11-12)

Jadi sahabat-sahabat, di Bulan Ramadhan inilah masanya. Banyakkan bersedekah, korbankan waktu untuk membaca Quran dan sebagainya. Jadi, janganlah sia-siakan masa yang tinggal lagi setengah bulan je lagi ni. Ya Allah, sedihnya.. kena tengok balik Ceklist ni, huk3 Semoga kita peroleh redha Allah, serta syurga Allah di akhirat kelak. Allahumma Ameen!!

Bila bercakap pasal redha Allah, ana teringat tentang "Minggu Haluan Siswa". Ada seorang adik senior bertanyakan pendapat ana tentang 'Cheer's'.. Ana tak tahu nak cakap macammana, yang boleh ana cakap, "Macammana sekirenye, kita leka dengan 'cheers' tibe-tibe Allah tarik nyawa kita waktu tu? Apa kita nak jawab depan Allah nanti?" huhu Nauzubillahi min zalik~ 

Semoga kita sentiasa terpelihara dari segala perkara syubhah.. dan juga perkara-perkara yang sia-sia. Ingat ya sahabat-sahabat. Cari redha Allah, jangan kerana terlampau seronok dengan dunia serta hiburan, langsung kita lupa kat Allah. 

Manusia zaman sekarang terlampau bijak, kadang-kadang dia nak kaburkan mata kita dengan mengatakan benda itu elok, dia buatlah solat secara berjemaah, dan meletakkan sikit unsur-unsur islamik. Tapi apalah gunanya kita buat semua tu kalau kita still lagi buat perkara-perkara yang syubhah. Macam perempuan yang free hair la.. dia puasa, tapi tidak tutup aurat.. jadi, segala amalannya menjadi sia-sia. Rujuk balik dalam al-Quran, surah an-Nisa' tak silap ana.. segalanya ada jawapan!^^,

Wallahu'ta'ala a'lam.^_^

(Jangan lupa niat puasa ye..:))

Jul 30, 2011

Subhanallah.. Ramadhan datang lagi..^_^

Assalamu'alaikum w.b.t.

(Saya tak sempat nak design saya punya sendiri..apepun, Ahlan wasahlan ya habibi Ramadhan al-Mubarak!^^,)

Alhamdulillah.. bersyukur sangat-sangat sebab tak lama lagi nak puasa. Lagi sehari je kot.. InsyaAllah. Setiap hari, setiap detik.. rasa rindu sangat dengan bulan Ramadhan, hatta dengar lagu raya kat TV pun, sebak je rasa.. bukan sebak nak raya, tapi sebak fikirkan kematian. Bila Ramadhan datang, makin lama, makin pendek umur kita.

Sebab apa?

sebab.. selagi kite bernafas, selagi itulah kematian menghampiri kita. saya pun sejak akhir-akhir ni, suka sangat fikirkan tentang mati. Kadang-kadang, saya sesak nafas. Tapi, saya tahu.. ada hikmah Allah nak beri saya sesak nafas time tu. Tibe-tiba saya terbangun awal pagi.. tup-tup dapat meseg yang Ibu kepada sahabat baik saya, sudah  kembali kerahmatullah. Allahu Akhbar! Semoga kamu tabah, sayang!

Alhamdulillah, sudah 21 tahun saya hidup. InsyaAllah.. saya dapat rasai kenikmatan Bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini ramadhan yang terakhir.. wallahu'alam. Mungkinkah atau pun tidak.. kite perlu bersiap sedia dengan sebarang dugaan atau cabaran yang Allah beri kepada kita. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Begitu jugalah dengan hidup ini. Sebelum kita ingin masuk ke syurga, persiapan yang rapi perlu kita buat. Ibarat seperti Malaikat yang solatnya 24 jam.huhu eh.. Sahabat-sahabat faham maksud saya??

Begini, Solat itu bukan sahaja solat 5 waktu sehari semalam. Tetapi, Allah kata, 'ala bizikrillahi totmainnul Qulub. Sesiapa yang mengingati Allah, hatinya akan tenang. Ibarat malaikatlah, mereka sentiasa beribadah kepada Allah. Tapi bagaimana pula dengan kita? kita ada dunia & akhirat.. jadi, yang mana 1 yang wajib kita aulakan?

hmm... tepuk dada, tanyalah iman anda sendiri. Begitu juga buat diri saya.

Jadi, apa persiapan anda untuk ramadhan kali ini? apakah sama macam tahun-tahun lepas, atau saya nak solat witir 100 rakaat 1 malam, contoh. hehe Tak pun, saya nak sembahyang sepanjang hari, atau baca quran sepanjang hari dan takyah solat pun takpe, sebab saya da baca quran. Macam tu?? hohO..songsang namanya tu. hehe Solat tu kan wajib..^^,

Hidup kita perlulah seimbang. Misal kata, kita main facebook 10 jam, kite kenalah beribadah kepada Allah 20 jam.. atau lebih dari 10 jam yang kita main facebook tu.. ha.. itu barulah dikatakan seimbang antara dunia & akhirat. Kalau kite main facebook 12 jam, tapi kita beribadah 2 jam je. Tak seimbang la tu.. Jadi, itu contoh yang saya boleh bagila.

Allah berfirman lagi, "Tidak aku jadikan manusia dan jin di bumi ini hanyalah untuk beribadah kepadaku". Nah! Allah dah kata da kan? Kita kerja pun dikira ibadah, bagaimana? niat kerana Allah ta'ala. Janganlah kita kerja, kerana rasa terpaksa atau kerna harapan ibu dan ayah misalnya. Niat kita boleh jadi songsang tau.. memang kebanyakkannya nak kerja, sebab nak cari pendapatan atau ibu bapa yang suruh dan sebagainya. Tapi first thinking yang harus kita niatkan adalah, kerana Allah ta'ala. Samalah dengan tujuan kita hidup kat dunia, semuanya semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.

Jadi, jelas di situ? Jika tak jelas, maklumkan ye. Kalau saya salah. Tolong betulkan ye. ^^,

Baiklah, sebelum menyambut bulan yang penuh mulia ini. Kita kena buat sedikit "Manual Tarbiyyah".. semoga ramadhan kali ini, berbeza dengan ramadhan tahun-tahun lepas.

Sebelum tu, misal kata kita tak tutup aurat, tapi ramadhan kali ni kita berazam yang "saya akan tutup aurat!" atau "saya nak pakai tudunglah puasa nanti".. apepun, niat itu yang penting. InsyaAllah, jika niat kita ikhlas.. Allah permudahkan urusan kita untuk berubah.

"Manual Tarbiyyah" yang ni saya lakarkan sendiri.. nak tiru boleh, nak wat perubahan pun boleh. Sharing is caring..^_^

1. Tahajjud sebelum sahur.
- yang ni kena bangun awal sikitla. Tak pun, sesiapa yang parents nye kejutkan... sebelum nak serbu makanan tu, ha.. masuk tandas, gosok gigi pastu amik wuduk then terus ke tikar sembahyang dan niat solat sunat tahajjud deh. Senang kan? biasakan diri tu.. insyaAllah boleh. :)

2. Jangan tidur selepas bersahur & Subuh.
- ha.. yang ni dikalangan kita sukar nak elakkan. Almaklumlah, tido tak cukup misalnye.. pastu rasa ngantok sangat. Lepas sahur, mesti dah niat da nak tidur lepas subuh. Bila dah niat tu, memang susahla nak ubah. Cuba lepas subuh tu, niatkan taknah tido. Tapi mesti kne ada ikhtiar, misalnye tengok TV ke? kan pagi-pagi ada ceramah "Tanyalah Ustaz" ha.. tak pon, bukak laptop, watla apa yang patut, asalkan tak tido lepas subuh. senangkan? insyaAllah senang.:)

3. Baca Quran selepas solat Subuh.
- Ini adalah salah satu cara untuk hilangkan mengantok.. bacala sebanyak mana helaian muka surat, sehingga membuatkan kita rasa syok baca Quran..insyaAllah, sedar tak sedar kita da baca hampir 1 juzuk.. tryla..:)

4. Solat Dhuha
- Manual Tarbiyyah yang ni jangan lupa ye...dalam hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud : "Siapa sahaja yang dapat mengerjakan solat dhuha dengan kekal,akan diampunkan dosanya oleh  Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan". Jadi, rajin-rajinkanlah diri anda untuk solat Dhuha.. ^^,

5. Baca Quran 4 muka surat selepas setiap solat Fardhu
- 1 juzuk = 20 helai muka surat
4x5 waktu = 20 helai/sehari
20 helai x 30 hari = 600 helai/khatam
                           = 30 Juzuk

6. Pasangkan niat, Sekurang-kurangnya sekali Khatam Quran.
- Pertama-tama sekali dan selamanya, semuanya berpandukan kepada niat kita. Jadi, jika kita ikhlas, dan niat kerana Allah ta'ala.. insyaAllah, Allah akan bantu kita untuk habiskan khatam. yang pasti, hati kita betul-betul bersedia.. dan bertindak! Sekiranya kita niat sahaja tanpa bertindak, hasilnya tarakla jawapannya..hehe

7. Baca Mathurat pagi dan petang.
- Aiwah! manual tarbiyyah ini kena selalu amalkan. Baca natijahnya kita akan dapat. InsyaAllah.. yang pasti, kita kena paham maksud die.. jangan main baca je.. hehe

8. Hafal surah-surah hafalan.
- Ha yang ni, refresh balik surah-surah yang kita dah hafal sejak darjah 6 lagi. Kena cek KPI dulu la, surah apa yang kita kena hafal. time form1, surah lain.. begitulah form-form yang lainnya. Hatta, masuk universiti pun, ada surah-surah yang kita kena hafal. betul tak?^^,

9. Solat Terawih & Witir
- Solatla terawih secara berjemaah.. insyaAllah natijahnya 27 kali ganda daripada solat secara bersendirian. Mungkin nikmat berpuasa itu lebih terasa bila kita solat jemaah.. selepas itu solat witir. Kalau kita berniat nak solat sunah hajat malam tu,atau apa sahaja solat sunat, lakukanlah solat witir selepas kita selesai habis solat sunat..sebab solat witir adalah solat penutup kepada semua solat sunat.

(Cantikkan? Subhanallah..sapela yang buat..:))

Bagaimana manual tarbiyyah yang saya bagi? boleh buat?? insyaAllah boleh. Hidup perlu konsisten dengan ketaqwaan kepada Allah ta'ala.. semoga kita peroleh rahmat serta kasih sayangnya yang melimpah ruah.. ameen!! Allahu Akhbar!

Dikesempatan itu, saya ingin memohon sejuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya dan juga kepada semua pembaca, sekiranya.. saya pernah secara langsung atau secara tidak langsung dalam melakukan kesilapan kepada anda semua, sama ada sakitkan hati anda ke? terlepas kata ke??atau seumpamanya.. maaf banyak-banyak deh..:'(

Sesungguhnya, saya hanyalah insan biasa yang banyak kelemahan dan sentiasa dalam muhasabah. InsyaAllah, Setiap manusia punya kelebihan & kelemahan, kita tak dapat nak hapuskan kelemahan tapi kita dapat didik dia dengan sentiasa muhasabah.Jadi, sama-samalah kita muhasabah agar menjadi hamba Allah yang tidak pernah serik untuk mendapatkan keredhaan-NYA..Wallahu'alam.

Kullu 'am wa antum bikher..ameen! Barakallahu feekum..^_^

Jul 18, 2011

Hakikat Perjuang!

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah program ana bersama murabbi even 3 hari, tapi ia amat bermakna buat diri ana. insyaAllah. Sebelum tu, marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Dr. Lo' Lo' yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan sentiasa mendahului redha Allah, dari redha dunia. Dan semoga setiap perjuangan beliau ada tempat di sisi Ilahi..insyaAllah ameen!!

Kita kehilangan lagi seorang serikandi yang amat bermakna di negara ini. Semoga ramai lagi serikandi seperti beliau. InsyaAllah, termasuk diri ana sendiri..ameen! sama-sama kita doakan untuk diri sendiri.

Baiklah.. setelah selesai dari program tersebut, terdapat banyak perkara yang ana dapat simpulkan. Sahabat-sahabat, PERJUANGAN itu dirancang oleh orang alim, digerakkan oleh mereka yang ikhlas, di perjuangkan oleh Sang Pemberani dan dinikmati oleh Si pengecut. Begitulah antara intipati pesanan Murobbiku Ustaz Yahya Othman baru-baru ini. Bagi ana, ia juga boleh dijadikan sebagai resolusi untuk Bersih 2.0 baru-baru ini.

Kenapa ana boleh kata begitu? mari ana terangkan.

Hidup Ini Perjuangan!
Kehidupan ini suatu perjuangan. Setiap yang hidup mempunyai perjuangan masing-masing. Ada yang sekadar berjuangan untuk hidup, mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan, yang mana ibaratnya boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Adapun, yang perjuangannya lebih sedikit, berjuang untuk mengubah status kehidupan keluarga daripada tahap miskin fakir kepada lebih berada dan selesa. Ada juga yang berjuang untuk memajukan diri dan kerjaya, sehingga mencapai kejayaan dalam erti kata lain, memiliki nikmat kehidupan dunia berupa harta, kekayaan dan seumpamnya. Materialnya lebih bersifat duniawi.

Tidak kurang juga yang melihat perjuangan itu sebagai satu perjuangan melonjakkan sesuatu idealisme dan ideologi, membawa perubahan minda dan kehidupan masyarakat, serta membawa umat daripada satu tahap ke tahap yang lebih baik di dunia ini. Namun, masih ramai yang seolah-olah berjuang atas dasar yang batil, sekadar memuaskan kehendak diri serta nafsunya dalam memuaskan kepentingan peribadi dan kelompok, yang berpaksikan matlamat menghalalkan cara.

Berkiblatkan Ilmu dan Orang Berilmu.
Namun sahabat-sahabat, menuntut ilmu juga satu perjuangan, sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
yang mana, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk mencapainya. Membina keluarga yang mawaddah, sakinah serta hafizoh juga satu perjuangan.


Menyebarkan kebenaran juga satu  perjuangan untuk menghapuskan kezaliman dan kebobrokan manusia. Walaubagaimanapun, mendidik jiwa dan roh juga satu perjuangan untuk menuju Tuhan Rab al-Jalil. Namun, jika kita benar-benar merenung mana-mana perjuangan, ia pasti dimulakan oleh Orang Alim. Betul tak? Merekalah yang menggagas falsafah dan dasar-dasar perjuangan. 




Inilah hikmah Allah s.w.t. membangkitkan para nabi dan rasul untuk setiap umat dan pada setiap zaman, untuk membawa kemabli umat manusia kepada landasan perjuangan kehidupan yang sebenar. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. tugas baginda diwarisi Khalifah, ulama dan mujaddid yang bangkit silih berganti sepanjang sejarah perjuangan umat ini. 


Kelompok kedua dalam perjuangan ialah mereka yang Ikhlas dalam perjuangan. Mukhlisin akan menjadi pengikut dan murid setiap bagi para alim yang memulakan perjuangan tadi. Mereka akan lahir sebagai pengikut yang jujur dengan perjuangan mereka. Sanggup berkorban demi memenangkan perjuangan dan mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Keikhlasan mereka menjaga keaslian perjuangan dan membolehkan perjuangan itu diwarisi kepada generasi seterusnya. 


Inilah gambaran yang boleh ana bawa bagi mengenangkan perjuangan para sahabat, yang ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan, mewarnai kehidupan perjuangan. 


Berani mengatasi Mehnah & Tribulasi
Namun begitu, perjuangan pasti berhadapan dengan pelbagai mehnah serta tribulasi. Ia ibarat lautan yang bergelora. Perjuangan itu mungkin menghadapi gelombang yang lebih hebat lagi. Sebab perjuangan untuk hidup, melangsungkan kehidupan, mencari erti kebahgiaan, cita-cita dan harapan memang akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi.


Sebab itu, hanya mereka yang berani sahaja akan tegar bagi meneruskan perjuangan. Sang Pemberani akan untuh mempertahankan prinsip perjuangan, meskipun ramai yang telah lari meninggalkan barisan perjuangan. Mereka inilah yang akan terus mara dalam perjuangan, sehingga ke titisan darah yang terakhir. Sang Pemberani pasti meniupkan roh kemenangan dan kejayaan yang membakar semangat rakan seperjuangan. Sang Pemberani juga akan bersabar dengan derita perjuangan kerana itu merupakan mahar untuk mengapai Syurga Ilahi.


Namun, perjuangan memerlukan lebih ramai sang Pemberani seperti anda semua bagi mendukung dan menopang perjuangan ke tahap jayanya. Mereka yang menerobos perjuangan kehidupan, perlu memiliki keberanian dalam berjuang. Ingatlah! Sifat berani adalah fitrah yang dianugerahkan kepada mereka yang berjiwa menang. Berani itu kerana Benar dan Takut itu Kerana Salah. 




Pengecut Berjiwa Parasit!
Namun tidak dinafikan, dalam hakikat perjuangan ini, ada sekelompok yang hanya duduk sahaja menunggu kemenangan, sekadar bercita-cita mengecap nikmat kemenangan dengan menanguk di air keruh. Inilah Kelompok Pengecut yang berjiwa kecil. Jiwa kerdil mereka menjadikan mereka seperti parasit yang hanya menumpang kejayaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ada juga yang hanya tahu menadah telinga mendengar berita palsu serta mengeluarkan bijik mata melihat kezaliman dari Pemberita Munafik. Kelompok ini tidak jujur dengan perjuangan tetapi antara yang awal mendabik dada merayakan kemenangan. Berawaslah kita daripada kelompok ini. Nauzubillahi min zalik! 


Marilah kita thabatkan pendirian kita. Dimanakah kita? apakah kita ingin tergolong dalam kalangan kelompok pertama, kedua atau ketiga? atau sekadar berpada sebagai si pengecut yang menunggu sahaja peluang atas perjuangan orang lain? 


Jadi marilah kita menjadi manusia mulia yang bersama-sama dengan kelompok para pejuang. Perjuangan memerlukan gabungan mereka yang alim, ikhlas dan berani tetapi tidak si pengecut malah tetap memenangkan si kepala pengecut. Tepuk dada, tanyalah iman diri kita sendiri. Dimanakah Iman kita? 


"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Islam mempunyai dinding teguh dan pintu yang kukuh. Dinding Islam itu ialah keadilan. Sedang pintunya ialah kebenaran. Apabila dinding itu telah dirobohkan dan pintunya dipecah orang, Islam pun akan dapat di kalahkan. Islam akan sentiasa kuat selama pemerintahannya kuat. Kekuatan pemerintahan tidak terletak dalam angkatan perang atau keperkasaan angkatan kepolisan. Namun, dalam realitinya pelaksanaan yang dijalankan dengan segala kejujuran dan kebenaran serta keadilan".
[Umair Bin Sa'ad]

Wallahu'alam.

Jul 6, 2011

Cinta Itu Bukan Tuhan!

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Syaában dan tak lama lagi Bulan Ramadhan. Subhanallah... sekejab je kan? rasa macam semalam baru masuk tahun baru. Tetibe dah masuk bulan syaában. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akhbar!


Al-Kisah...
"Si Fulanah pernah dirisik tetapi melalui YM. Namun, hati si Fulanah ini tidak akan sesekali dibuka untuk lelaki yang belum sah menjadi suaminya. Selepas itu, Mereka jarang berhubung. Kadang-kadang sebulan, kadang-kadang dua bulan, macamtulah. Mereka berhubung pun, bila ada sesuatu perbincangan atau pun pertanyaan."

"Tiba-tiba hati Si Fulanah ini merasakan sesuatu yang mana Si Fulan akan di miliki oleh orang lain kerana itulah Petunjuk Ilahi dalam istikhoroh Si Fulanah. Tidak lama kemudian, jawapan yang Si Fulanah harapkan terlerai dan terjawab juga. Alhamdulillah, tekaannya tepat dan itulah petunjuk sebaik-baiknya dari Pencipta untuknya. Ibu Si Fulan telah memilih muslimah lain sebagai calon isterinya. Kerana Muslimah itu juga, Si Fulan terpaksa buang Si Fulanah dari friendlistnya." Mengadu pilu Si Fulanah pada saya, cuma satu sahaja pesanan saya padanya. "Cinta Bukan Tuhan, Sayang!"

Cinta di Martabatkan terlalu Agung!
Begitulah realitinya kini. Cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta, segala-galanya berani diterjah dan sanggup di redah. Tidak percaya? bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Ada pulak, Ustaz sanggup berzina dengan anak Murid sendiri. Astagfirullahal'azim. Bila ditanya kenapa? kebanyakkanya menjawab 'Apa boleh buat? kami sudah jatuh cinta!'huhu Naúzubillahi min zalik~

Sahabat-sahabat, inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem seumpamanya. Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin, romeo and juliet dalam filem-filem tersebut sanggup melepaskan apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka.  Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan tetapi ada juga ibu bapa beri galakan, kononnya kerana peredaran zaman, zaman modenla katakan. Apa sahaja plot dan klimaks cinta, Cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta. Betul tak? Tengok jela drama-drama yang ada di Televisyen, baik drama Islamik atau dengan drama biasa bagi saya sama je semuanya. Lebih agungkan Cinta Manusia! Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta.

Mari renungkan sejenak. Cuba tanya pada diri, siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawabnya ialah Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang dikasihi fillah, Allah mencipta manusia,hati, akal dan perasaannya. Cinta itu pula fitrah yang di kurniakan Allah pada setiap hati.

Cinta Bukan Matlamat.
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu juga bukan matlamat, tapi cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan di cintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.

Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan wanita untuk sama-sama membentuk Ikatan Perkahwinan demi menyempurnakan agama. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud..

"Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka, separuh yang lainya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'b al-Iman daripada Anas)

Bagi saya, cinta (perkahwinan) memang penting tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta terutama sekali bagi orang yang sedang bercinta sebelum berkahwin. Tujuan sebenar cinta itu sering dipinggirkan. Sebab itu, ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci juga dipinggirkan. Kononnya, cinta itu sangat suci dan bersih.

Oleh kerana itu juga, saya tidak berani bermain dengan cinta. Takut bila menganggap cinta itu sebagai Tuhan, dan mati pun boleh dianggap mati dalam keadaan syirikkan Allah! Nauzubillahi min zalik! Moga-moga, kita semua mati dalam keadan baik..iaitu Husnul Khotimah..insyaAllah..ameen!

Saya berpegang kepada kata-kata Ibnu Sina : "Tiada kehidupan yang lebih singkat di Usia remajaku daripada menerima ilmu yang luas".

Jadi, gunakanlah masa bujang kita dan juga masa remaja kita sebaiknya. Misal kata, kita bercinta sebelum berkahwin, pastu ia terjadi pula kepada anak kita, malah lebih dasyat dari itu. Apa pula, pengajaran yang harus kita berikan kepada anak-anak kita? kalau kita sendiri yang melakukannya semasa kita zaman remaja..Astagfirullahalázim! Anak-anak kita adalah khalifah yang Allah Ta'ala amanahkan kepada kita sahabat-sahabat.  Jangan gunakan masa yang ada untuk mensia-siakan diri sendiri. Kelak, diri sendiri juga yang rugi. Ilmu tarak, kehidupan pun tarak. Nauzubillahi min zalik! Pesanan ini sentiasa dan selamanya buat diri saya dan juga anda semua..insyaAllah!

Jadi, marilah kita bersama-sama memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik.InsyaAllah, Umat Islam sentiasa BOLEH! ^^,

Wallahuálam~

Jun 20, 2011

Pangkor Vs Putrajaya!

Alhamdulillah.. selesai sudah 2 projek minggu lepas. Nak tahu Projek gapo? projek Cuti-cuti Malaysia dengan projek Kem Pendidikan Mara la. kui3 Okeh, InsyaAllah saya akan cite satu persatu. Pengalaman itu perlu dikongsi bukan disimpan, kan-kan? InsyaAllah.

1st day
Kami bertolak dari sabak Bernam ke Lumut pada jam 1 tengahari dan sampai di Lumut jam 3 petang. Selepas itu, kami naik ferry jam 3.30 petang. Sesampai je kami di Jety Pangkor. Kami naik Van Pink dan terus bawa kami ke Tempat Penginapan di Purnama Resort. 1 bilik 5 orang, kebetulan pula muslimat yang join 5 orang je. Dan Muslimin pulak 10 orang je.  Sikit kan? tapi nak buat macammana, semuanya sibuk.huhu Tapi takpelah, asalkan seronok. hihi Malam pula kami keluar pergi makan. Tapi saya tak tempah sebab perut da masuk angin so baik takyah makan..huhu Kongsi jelah.. takdela membazir sangat.hohO

| Macam-macam ada..kui3 | 

2nd day
Jam 8 pagi kami bergerak ke Pantai. Pelbagai game yang kami main. Antaranya 'Dukung Sayang' tapi kami tak main, muslimin je main. Malu kot..huhu Pastu, pas main Explorace.. kami main Banana. Banana tu tahu apa? alah yang ditarik dengan Bot kat atas pantai tu. Best sangat! Pengalaman baru. Sebab selama ni pergi melancong tak pernah main permainan air ni. Asyik-asyik shoping..shoping..shoping...huhu Tapi ganas jugak permainan ni, sampai ada yang terhantuk pulak tu.. Benjol kat tepi mata.isk3

Selepas solat Zohor kami bersiap-siap untuk pusing pulau dengan bot. Hampir ke Indon kami pusing.. cecey.. takdelah. hihi Lepas itu kami singgah di sebuah pulau. Di situlah kami buat Snorkling (betul ke ejaannya??hmm..hantaram sajalah labu..hehe) , main kayak di sekeliling pulau, pastu masak BBQ.. Yummy..^^,

Hari pun dah masuk waktu malam, selesai solat dah boleh makan-makan. Pastu bersiap-siap nak balik Chalet. Kami ingatkan naik bot balik, rupanya kena redah hutan barulah boleh balik bilik. Jadi, kami redah jelah hutan.. ingatkan jauh mana, rupanya tak sampai setengah jam dah sampai ke Pekan Pangkor. Huh! Dasyat Pengalaman time tu. Tapi saya memang suka mendaki pun.. dah biasa dididik sejak Sekolah Menengah lagi. hohO

| Inilah banana nye.. hehe Syok Habis! ^_^ |

Sampai je bilik, bersih kan diri terus tidur. Penat + Ngantuk! huhu

3nd day ( Last Day)
Waktu pagi takde buat pape, kalau ikutkan ada game tapi semuanya malas. Jadi, jam 11 tengahari kot barulah bersiap-siap naik ferry. Pastu kami bershopping di Lumut je. Sekejab je kami Shopping sebab takde ape sangat kat Pulau Pangkor. Then, balik Sabak Bernam terus tukar kete. Pada mulanya saya balik dengan kete Muslimat pastu naik kete Muslimin sebab nak kena cepat balik KL.

| Kenangan Terindah at Jeti Ferry..hohO |

Sampai je rumah jam 10 malam, pastu terus siap-siap p Masjid Putra at Putrajaya. Allahu Rabbi, memang penat sangat. Sampai je sana, ada briefing tok Program esoknya. Pastu balik bilik terus tidor. Ya Allah penatnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Program tersebut dinamakan Kem Kepimpinan YPM. Peserta terdiri dari pelajar yang belajar di sekitar Putrajaya dan diketegorikan Pelajar Gred D. Maksudnya camne tu? ha.. maksudnya pelajar yang agak nakalla. Tapi alhamdulillah, program tersebut berjalan dengan lancar. Part yang paling saya suka, part akhir sekali iaitu sesi munasabah bersama parents yang hadir. Ya Allah, memang tak jangka macam tu sekali impaknya. Dan Alhamdulillah, saya dapat adik usrah baru. kui3

| Barisan Fasilitator Muslimat dan tetibe penyibuk sorang muslimin di belakang. hohO |

Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti diadakan untuk peserta. Dan kami mendapati respon yang sangat baik dari peserta yang hadir. InsyaAllah kejayaan milik mereka semua.. ameen! ^^, Salam Ukhuwah fillah juga diucapkan kepada Fasi-fasi yang baru kenal. huhu Alhamdulillah, di sini juga saya dapat pilihan nak beli Kamera DSLR yang mana 1..hihi sebab ada sorang peserta lelaki ni, dia bawak kamera DSLR die.. saya tryla.. yaAllah, cantik sangat gambarnya bila ditangkap. EOS 500D tak silap saya.. Wallahu'alam. Nanti try cari balik..hohO

Cuma kekadang saya rasa bersalah bila mengalami situasi Fasilitator sendiri tidak menjaga pergaulan. Even kita menganggap sahabat yang bukan muhrim seperti adik beradik kita sendiri tetapi syariat tetap membataskan pergaulan bebas antara lelaki dan juga perempuan. Sama-samalah kita menjaga adab pergaulan kita sesama muslim. InsyaAllah..ameen! Asif diatas segala kekurangan selama mana saya menjadi fasi. Mungkin ini salah satu langkah saya dalam menyertai beberapa consultant bagi mencapai impian dalam membuka consultant sendiri bersama sahabat-sahabat perjuangan yang lain. InsyaAllah, mudah-mudahan..ameen!

Sebelum tu,Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya sebagai Fasilitator. Yang paling saya seronok adalah saya sudah jumpa kenalan dari Indonesia. InsyaAllah, harapan untuk menziarahi Medan, Indonesia akan tercapai suatu hari nanti. Biiznillah..ameen! ^^,

Owh ye.. hari ni hari bapa ye? tapi bagi saya, hari-hari hari bapa. ( Bapa banyak hari dah..=.= ) Selamat hari bapa Abah! Semoga Abah berjaya di dunia & juga akhirat dan sentiasa di cucuri rahmat serta kasih sayang Ilahi..ameen! Akak sayang Abah! ^_^

Wallahu'alam.

Jun 5, 2011

Perhitungan Antara Keperluan Dan Kehendak!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,masih diberi nikmat hidup di bumi ni. Bila dihitung-hitung, sampai tak terhitung nikmatnya. Cuba anda kira apa nikmat yang telah Allah beri hari ini? nikmat hidup, nikmat bernafas, nikmat udara, nikmat penglihatan dan sebagainya, tak terkira rasanya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita segala nikmatNya dengan sifatnya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah..

Pertama-tama sekali, asif jiddan kerana dah lama tak update. huhu Keje banyak ke? program banyak ke? wallahu'alam. Saya pun tak tahu. Alhamdulillah, khamis lepas abah dan ibu sudah selamat sampai ke makkah Al-mukarramah bagi menunaikan umrah. Ibu kol pagi tadi, rasa tenang sikit. hihi semoga umrah mereka dimakbulkan dan dipermudahkan umrahnya di sana..ameen! :)

Jadi, apa entry kita kali ini? hmm.. senanye tak tahu nak coretkan tentang apa di teratak ini. Tapi saya ada satu perbincangan untuk kita bincangkan bersama. insyaAllah.. Okeh, apa itu keperluan? Keperluan itu adalah sesuatu yg perlu, perkara yg asasi, maknanya sesuatu yang wajib ada. Tapi keperluan itu boleh juga dikatakan kehendak.

Bagaimana pula dengan kehendak? kehendak itu adalah sesuatu yang kita mahu, yg kita inginkan. Mungkin juga boleh dikatakan kehendak dari nafsu-nafsi diri kita. Bunyi agak kritikalkan. Tapi itulah hakikatnya maksud kehendak. Tapi kadang-kadang keperluan itu juga boleh dijadikan kehendak. Dan kehendak juga boleh dijadikan keperluan.

Dalam kehidupan ni macam-macam yang perlu kita buat perhitungan, boleh juga dikatakan sebagai pilihan. Lagi-lagi bila kita sudah masuk alam Universiti, macam-macam jenis yuran yang perlu kira bayar. Yuran pengajian la, yuran kampus la. Pastu bila mana kita sudah masuk kampus, macam-macam persatuan yang akan kita sertai. Jadi, bila sudah jadi begitu.. duit dari PTPTN pun tidak mencukupi. pening kan?? pening-pening. huhu tapi saya tak amik PTPTpu, PAMA yang tanggung semua. ha... itu lagila pening pale bila takde duit, sebab saya tak suka mintak-mintak..huk3 bila terdesak sangat-sangat, barula rayu-rayu nak mintak. hehe

Jadi, bila sudah jadi begitu.. dalam bab makan juga perlu buat perhitungan. Bagi ahli gerakan, Makan itu sebagai kehendak dan sedekah itu sebagai satu keperluan. Kerana apa?? kerana bagi mereka, bila dapat 2-3 suap nasi itu sudah kira bersyukur bagi mereka. Itu mungkin bagi ahli gerakan yang miskin, kerana setahu saya ada Gerakan yang kaya dan ada juga Gerakan yang Miskin. Gerakan yang miskin inilah yang membentuk ahlinya agar lebihkan bersedekah dari melebihkan kehendak diri. InsyaAllah. Orang kata apa? biar Miskin harta tapi jangan miskin Ilmu.


Sekarang ni, saya berkehendakkan Camera DSLR.. kerana ia menjadi satu keperluan dalam kerja saya. Tapi nak beli sesuatu pun, kena fikir 10 kali kot. huhu Tapi setelah saya buat beberapa perhitungan dan akhirnya, adalah kumpul duit dan dapatkan Camera DSLR..InsyaAllah! Macammana nak kumpul duit ek?? keje pun tidak! huhu Tapi takpe... rezeki itu sentiasa ada, cuma kita kena yakin dan berusaha. Boleh? InsyaAllah boleh! ^^,

Tapi kan, kadang-kadang bila kita berkehendakkan sesuatu ia juga boleh mendatangkan kepada pembaziran. Misalnya, bila kita pergi bershopping.. lagi-lagi bila awal bulan,kan masuk gaji. Asal bershopping je, bila baju barulah, kasut barulah, handphone pun nak baru. Walhal, baju dalam almari tu berlambak-lambak belum pakai lagi, kasut pulak, ada lagi yang belum bukak dari kotak. Handphone pun baru beli sebulan jagung dah beli handphone baru. isk3 dasyat kan?? itulah namanya membazir. Ingat ye sahabat-sahabat, Allah tak suka dengan hambanya yang suka membazir. Pakai handphone Nokia biasa pun oklah, asalkan boleh bermeseg, boleh call dan yang paling penting tahan lama. Hentak banyak kali pun tak rosak-rosak.. ha.. ade ke?? ada..insyaAllah! macam handset saya la kot.. saya kan suka campak-campak handset..hihi gurau-gurau..=.=

Oklah, setakat ini dahulu coretan saya kali ini. Oh ye, bulan rejab dah masuk kan..? so, Macammana persiapan anda untuk menghadapi bulan Ramadhan akan datang ye?hmm.. renung-renungkan ye. Dalam bulan Ramadhan nantilah kita akan banyak buat perhitungan. Yelah, bila nak dekat-dekat raya tukan, mesti berkira-kira nak baju raya berapa pasangla, kasut berapa pasangla, walhal baju raya tahun lepas tak pakai lagi. ngeh3 Buat perhitungan tu biar berpada-pada ya.:) Pesanan buat sahabat-sahabat perempuan yang belum habis ganti puasa, cepat-cepat habiskan ya. Tapi lainkali jangan suka lambat-lambat ganti puasa. Tak elok tangguh-tangguh. kui3

Allahumma bariklana fi rajab wa syaában wa ballighna fi Ramadhan, Ameen! ^_^

Wallahu'alam~ 

May 9, 2011

Memburu Hikmah Biarlah Istiqomah!

Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah beerti telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Hanya orang berakal yang dapat mengambil pelajaran.” (Al-Baqarah, ayat 269)
Hikmah bukanlah nubuwwah, melainkan ilmu pemahaman dan al-Quran al-Karim. Ada yang berpendapat bahawa hikmah adalah rasa takut dan cemas kepada Allah.
Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”
Perkara itu menjadi jelas apabila kita menyaksikan seseorang yang pandai dalam urusan dunia namun tidak memahami agama sama sekali. Sementara ada lagi orang yang lemah dalam urusan dunia tetapi faham dalam masalah agama dan peka terhadap urusan akhirat.
Wahai manusia, janganlah anda jauh dari majlis hikmah walaupun anda telah terjerumus dalam maksiat. Janganlah berkata : Apa gunanya menghadiri majlis ilmu dan hikmah kalau aku masih tidak boleh meninggalkan maksiat?
Seorang pemburu mesti boleh membedik majlis ilmu dan hikmah, lalu anda kembali pada kesalahan dan kelalaian, jangan berputus asa dengan berkata :Apa gunanya hadir?
Tetapi hadirlah ke majlis ulama dan perhatikanlah mereka agar anda sedar, mendapat manfaat dan selamat dari dosa.
Barangkali dalam diri anda ada penyakit yang sudah berumur 40 tahun. Mungkinkah anda dapat menghilangkan penyakit tersebut dalam sekejap atau dalam sehari? Sabar dan tekunlah dalam meminum ubat serta periksakan diri anda kepada yang pakar.
Bagaimana menurut anda kalau ada seseorang yang meninggalkan periginya di padang pasir selama bertahun-tahun kemudian angin yang bertiup membuat perigi tersebut tertimbus oleh tanah dan pasir. Bolehkah orang itu sampai ke dasar mengambil air dalam sehari atau seminggu? Tentu sahaja tidak boleh. Anda juga demikian. Anda telah membiarkan ‘basirah‘ (mata hati) anda diterpa oleh angin maksiat dan dosa. Lalu anda tanamkan di dalamnya pelbagai kotoran selama 40 tahun hingga padam. Kemudian anda ingin melenyapkan kotoran serta membersihkannya dalam satu pertemuan sahaja. Apa itu mungkin?
Jika anda mendengar sebuah hikmah tetapi tidak melakukannya ibarat orang yang memakai baju perang dan memegang pedang tetapi tidak berperang, hikmah itu seperti rantai. Jika rantai tersebut anda pergunakan untuk mengikat diri anda pasti tidak akan terlepas. Tetapi jika anda campakkan hikmah tersebut ke dalam su’ ul-khatimah (pengakhiran yang buruk). Na’udzubillah. Kerana jika ubat sudah tiada lagi bekerja dan bertindak balas, beerti pesakit itu tidak lagi akan hidup.
Ia tidak ubah seperti orang gila yang merosakkan rumah, mengoyakkan baju dan menghancurkan perabut di dalamnya. Jika diikat, ia akan berhenti tetapi jika anda buang rantai tadi lalu ia keluar dari rumah, bahayanya tetap ada, kejahatannya tetap berlangsung dan akibatnya akan berakhir dengan buruk.
Wahai hamba Allah, dalam dirimu ada rasa cinta terhadap kekuasaan, pangkat, harta atau lainnya.
Lalu anda berkata : Kami sudah hadir dalam majlis Syeikh Fulan. Kami juga sudah mendengar nasihatnya tetapi sama sekali tidak menggugat hati dan tidak ada manfaatnya.
Anda tidak boleh mengecam Syeikh itu. Yang salah adalah diri anda sendiri. Kerana jika cahaya tertutup oleh pintu ia tidak boleh masuk ke dalam rumah. Oleh itu, akuilah bahawa penghalang masuknya ilmu adalah diri anda sendiri.
Apabila dari mula anda menyiapkan diri dan menjauhkan semua penghalang dari jiwa, pasti jiwa anda tersentuh dan tidak perlu lagi hadir ke majlis lain. Yang anda perlukan hanyalah pergi ke majlis tersebut secara berterusan kerana karat yang ada di jiwa anda memang banyak. Sehingga pada setiap langkah anda ke sana ada cahaya yang masuk. Oleh itu, bersabarlah, ambillah pelajaran serta tekunlah.
Ketahuilah, setiap kali anda menghadiri majlis hikmah, di leher anda terdapat rantai cahaya rabbani. Sebaliknya, setiap kali anda menghadiri tempat maksiat, di leher anda terdapat rantai kegelapan. Jika perkara itu tidak boleh anda lihat, yang lainnya boleh melihat. Bukankah matahari boleh dilihat oleh semua orang kecuali oleh yang buta!
Apabila anda boleh hadir pada majlis hikmah, itu merupakan rahmat yang Allah berikan pada anda. Maka itu, terimalah kurnia-Nya, jagalah dengan baik serta amalkanlah.
Wahai manusia, anggota badan anda adalah ternakan anda sementara anda penggembala yang dipercayai menjaganya. Adapun Allah merupakan Pemiliknya. Jika ternakan tersebut digembalakan di tempat yang subur, diberi minum dan dijaga dari serangan serigala beerti anda telah memberi kesenangan pada Pemiliknya. Anda juga akan mendapat sanjungan dan upah yang banyak.
Akan tetapi, sekiranya ternakan itu digembalakan di tempat yang kering sehingga sebahagian besar ternakan itu menjadi kurus, sebahagian lagi mati kehausan kemudian ketika serigala datang anda tetap tidak bertindak, anda layak mendapat hukuman dan murka dari Pemiliknya.
Jika mahu Dia boleh menghukum anda atau boleh memberi kemaafan. Jadi boleh mendapat pahala ke syurga atau boleh juga mendapat seksaan neraka. Bila anda mengendalikan ia sesuai dengan keredaan Allah, beerti anda sedang berusaha menuju syurga. Jika tidak, beerti anda sedang berusaha meniti jalan ke neraka.
Inilah timbangan hikmah. Timbanglah akal anda dengannya sebagaimana anda menimbang barang keperluan lain. Kalau Allah telah membuat timbangan jual beli, tidak layakkah Dia kemudian membuat timbangan kebenaran? Anehnya, manusia hanya bertanya kepada peramal atau paranormal tentang keadaannya. Ia tidak pernah bertanya kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul tentang tempat kembalinya.
Wahai saudaraku, usahakan untuk selalu boleh duduk di majlis hikmah. Kerana di dalamnya terdapat hembusan aroma syurga. Anda merasakan itu secara jelas dalam hati anda, dalam perjalanan anda, dalam rumah dan kedai anda serta dalam solat, tilawah al-Quran, zikir dan dalam semua ibadat anda.
Ketahuilah bahawa para ulama dan ahli hikmah tersebut mengajar anda bagaimana cara berinteraksi dengan Allah, cara menghadap-Nya dan cara mengagungkan-Nya.
Apakah menurut anda pembantu baru boleh melayani para tetamu agung? Tentu sahaja ia terlebih dahulu di serahkan kepada orang yang boleh mendidik dan mengajar akhlak kesopanan serta kepada orang yang boleh melatihnya untuk boleh melayan secara baik. Kalau sudah layak, terlatih dan mengenal adab sopan barulah ia dipakai sebagai pelayan. Jika tidak, ia akan ditolak, kerana tidak pandai.
Begitulah kedudukan para ulama dan wali Allah. Para murid sentiasa menyertai mereka sekaligus belajar dari mereka. Di sisi lain, para ulama itu mendidik para murid tersebut, mengajarkan amal soleh dan memperbaiki jiwa serta akhlak mereka. Sehingga dengan begitu diharapkan mereka boleh dekat dengan Allah, boleh meniti jalan istiqaamah dan petunjuk. 


Oleh Ibn ‘Athaillah
Penawar Hati, Penyejuk Jiwa



Wallahu'alam~

Apr 14, 2011

Susahnya Nak Didik Hati! T.T

Teringat perbualan bersama sahabat ku aritu..

"Ili, aku nak tanya hang sikit ni, cana hang jaga hati ek?" soal beliau.

"Kalau aku, aku sibukkan diri dengan program" jawapanku.

"Em.. camne ek? bila kita sibukkan dengan program ke atau apapun, mesti hati kita teringat kat sesapa walaupun kite tak tahu pun sape lelaki tu"

"Aik, macammana tu?"

"ang penah tak bila ang dok sorang-sorang, ang fikirkan tentang seseorang atau ang fikirkan tentang nak kahwin ke?"

"emmm....." lamaku berfikir (pernah ke?huhu)

"em..entahlah, pernah kut." jawapanku setelah lama ku berfikir.

"sedikit pun dikira pernahla kan? mesti ada punya.. sebab hati ni, Allah yang kawal. Sekuat mana pun kita tolak benda tu, dia mesti datang sendiri..huhu" luah sahabatku itu.

"aáh kan.. pernah kut..huhu" ujarku walaupun samar-samar.

"Kenapa ang tanya?" soalku lagi.

" kawan aku yang tanya. dia tanya aku camna nak jaga hati? aku jawabla sibukkan diri dengan program, baca Quran" ulas beliau.

"owh..."


perbualan tamat.

Bila saya teringat je perbualan diatas, mesti saya akan terfikir 'patutla ramai sahabat-sahabatku yang nak kahwen awal'. Ini semuanya sebab nak jaga hati. Bila saya terfikir soal hati ni, mesti saya akan terfikir jugak 'ada ke orang nak kat aku ni?' ha.. jadinya bila terfikirkan macam tu, langsung tak jadi fikir. sebab apa saya kata camtu? yelah, muslimat PMI kan kasar-kasar.. ade ke muslimin nak? Muslimin ni pulak suke cari yang lemah-lembut, yang kurang menonjolkan dirinya kat luar.. dan macam-macam cirinya lagilah..hmm~

tapi...bila situasi nye begini pulak..

"akak bukan taknak, cuma akak riso nanti dia tak boleh terima akak camni, yelah.. dia nak ke dengan muslimat yang kasar, yang selalu beraksi dengan masyarakat..akak takut nanti dia tak paham kerja kita sebagai ahli gerakan".

camtu pula jadinya, da ada orang merisik.. taknak pula sebab persepsi diri sendiri.huhu

soal bab kahwen awal? saya tak pernah terfikir pun nak kahwen awal. Pernah tu pernahla.. mustahilla kata tak pernah kan.. tapi itupun bila mana sahabat-sahabat saya ramai yang sudah mula berbincang tentang kahwen muda ni. Baru-baru ni, ada sahabat saya dah berkahwin pastu die post macam-macamlah terhadap perasaan dia kat isteri dia, sayanglah.. rindulah.. pastu, yang sahabat-sahabat yang lain ni.. (yg belum berkahwin) rasa macam nak kawen cepat pulak.

Sepatutnya, orang yg da berkahwin ni.. simpan sendiri-sendiri sudahla. Takyah nak post kat facebook dan sebagainya. sebab bila die post tu, kita pun akan terfikir sendirinya tentang perasaan hati ni.. lama-lama jadi maksiat hati pula..huhu Nauzubillah~ Tapi itulah hakikatnya.. betul tak? ke tak? tipulah kata tak? sebab semua tu fitrah.

Walaubagaimanapun, dimaafkan. Biasalah tu orang muda bila sudah dilamun cinta.kan2? kui3 ^_^

Ada juga seorang sahabat saya di UDM bertanya..

"Ili, aku tengok ko ni tabah je"..

"Aik, asal ko cakap camtu pulak?huhu"

"Takdelah, macammana ko jaga hati ek? aku susahla nak jaga hati memandangkan suasana tempat aku berbeza dgn tempat ko..hmm~" luah sahabatku itu.

"Ya Allah, apa bezanya? ak ase UDM tu lagilah Islamik tempatnya.. nak berbandingkan dgn UM ni.. kalau takde APIUM ni, takdenye suasana Islamik kt UM ni..ha..."

"Memanglah, tapi aku tengok ko relax je.."

"aku malasla nak pk.. buang masa je, lagipun takde masa aku nk fikir benda-benda ni semua.. boleh datangkan maksiat hati je" luahku sejujur-jujurnya.

Tapi kadang-kadang bila orang cakap camtu, baru saya akan terfikir soal hati. Itupun cepat-cepat saya buat keje lain supaya ia tidak melarat. Nak katanya, hati ni susah sgt nak jaga. Orang kata apa? Dalam hati ada taman en? tapi sejauh mana kita jaga taman kita tu.. pandai-pandai kitalah. Macammana kita tarbiyyah diri kita dan hati kita.

Ada yang suka cakap kasar dengan lelaki semata-mata nak jaga hati, ada juga yang suka tunduk je semasa berjalan sebab nak jaga hati dan sebagainya. Banyak cara sebenarnya nak jaga hati ni. Semuanya Allah da nyatakan dalam Al-quran, tunggu kita je lagi nak aplikasikannya bagaimana. Apepun, niat kita biarlah kerana Allah Ta'ala.

Saya teringat pesanan K.ha (Ukhti Fatimah Syarha) semasa beliau menjadi Panel dalam program 'Manisnya Menjadi Seorang Gadis', pesanannya "kamu joinla apa jua gerakan jemaah yang ada di Malaysia ni, tak kiralah jemaah ke, Jemaah Islam Malaysia ke..haluan ke, Abim ke, asalkan ia membuatkan kita sibuk disamping membawa kita taqarrub kepada Allah Ta'ala. Lantaran itu, hati kita mudah dijaga dan kita juga akan takut untuk melakukan maksiat kerana apa? kerana kita sudah terikat janji dengan Allah Ta'ala. 

Jadi, joinla apa jua program yg bermanfaat buat diri kita dan paling penting, ia mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'ala. InsyaAllah, kita takkan ada masa nak fikir soal cintan-cintun ni terutamanya soal hati. Sebab soal jodoh ni kita serahkanlah segala-galanya kt Allah Ta'ala, insyaAllah Allah permudahkan urusan kita nanti. Cuma I'tikad dan berusaha itu perlu ada dalam diri kita.


Jadi jagalah hati, agar ia tidak dikotori. Saya paling tak suka bila mana muslimin suka sgt call ana malam-malam. Bagi meseg sudahla..haiih~ Padan muka sape yang call saya tapi saya tak angkat...hohO Kalau nak cakap soal kerja, bagi meseg pun saya paham kut. [Marah ni..=.=] Saya bukan apa, kadang-kadang kerja tu bertimbun..tiba-tiba orang call pulak, terbantut la kerja kita.. bunyi Handphone tu je, dah boleh hilang kan Idea serta merta. ha.. Bagi meseg jela lenkali deh..:)

Kepada sahabat-sahabatku yang sudah berpunya.. saya doakan semoga dipercepatkan perkahwinannya agar hati mudah terjaga dan semoga bahgia hingga kejinjang pelamin hinggalah ke syurga. insyaAllah ameen! apepun, restu keluarga itu perlu bagi menjamin keberkatan Allah didunia hingga ke syurga..insyaAllah.Doakan saya juga ye.. ^^, Barakallahu fikum~

Wallahu'alam.

Mar 21, 2011

Manisnya Menjadi Seorang Gadis..(^^,)

Alhamdulillah... ada juga masa untuk berkongsi ilmu di teratak srikandi. hmm~ nak kongsi apa ya? selama sebulan ni.. thinkin..=.= Sebenarnya banyak je ilmu yang nak dikongsikan tetapi disebabkan kekangan masa yang tak mengizinkan, terbantutla idea dan mood untuk berkongsi. huhu Asif jiddan.

InsyaAllah, kali ni ana nak share sesuatu dengan sahabat-sahabat. Even program ni dah lama ana kira. Tapi ilmunya sangat bermanfaat buat kita semua. Ana nak kongsikan sedikit pengisian yang ana dapat semasa menyertai Program 'Manisnya Menjadi Seorang Siswi'. Dah lama kut program ni sebenarnya.. tapi tulah, buzy kot? ke malas? wallahu'alam. hihi

Definisi ‘Manisnya menjadi seorang Gadis’
Manisnya seorang Gadis adalah bukan sahaja seorang remaja perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik, malah pandai juga menjaga kehormatan diri. Boleh juga kita spesifikan lagi dengan ‘manisnya menjadi seorang gadis sebelum bernikah’. Teringat dengan kata-kata Rasulullah s.a.w. tentang Halawatul Iman, Iaitu Rasulullah menggambarkan Iman itu sesuatu yang manis. Sebab apa Rasulullah gambarkan Iman itu manis? Sebab Iman ini sepatutnya sesuatu yang kita suka,kita rasa lazat, sesuatu yang kita nak capai, nak buat. Dan lawan kepada Iman adalah dosa, maksiat, tak taat kepada Allah.. sepatutnya kita rasa pahit, rasa benci, rasa resah dan sebagainya bila kita buat lawan kepada iman tadi.

Begitu juga dengan tajuk ni, bila kita tak ada kegadisan sebelum bernikah, sepatutnya kita rasa tak suka, resah dan gelisah, rimas dan sebagainya. Okeh, apa beza ada selaput dara dengan ada nilai kegadisan? Mana lebih penting? Jom kita pergi kepada reality…

1) Ada selaput dara tapi takda nilai kegadisan.

Nilai kegadisan ni macam orang yang pandai menjaga diri,pandai menjaga maruah diri.

Contohnya bagi reality yang pertama adalah orang yang coupling. Ingat ya sahabat-sahabat, dia mungkin tidak berzina lagi tapi dia dah ada step ke arah situ. Dia ada lagi selaput daranya tu tapi nilai kegadisannya itu dah kat tebing kemusnahan dah orang kata.

Seperti dalam Firman Allah s.w.t. dalam surah an-nisa’ ayat 34 yang mengambarkan tentang golongan orang yang solehah ini adalah :-


“……maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadirbersama (atau yang belum bersuami),…”

Dia solehah, dia tunduk patuh ta’at pada Allah. Dia menjaga dan memelihara untuk yang takda. Ada tafsiran kata, menjaga untuk suami yang tiada di rumah. Ataupun, yang tiada suami lagi ataupun yang belum berkahwin. Sebab itu Allah gambarkan orang yang solehah disisi Allah.

Jadi orang yang COUPLING ni, dia dah menolak, mengikis, mencabut satu ciri yang Allah sebut sebagai wanita solehah ini iaitu sebenarnya kena ada ‘menjaga dan memalihara’ kesuciannya ketika suaminya takda ataupun yang tiada suami lagi. Sebab tulah orang yang coupling ni, tak semestinya pergi dating, tapi sms tanpa keperluan yang kerap tu, call tanpa keperluan.. guna teknologi tanpa keperluan syara’ disisi Allah, itu semua menghampiri zina. Jadi, itu semua sedang mencabut sedikit demi sedikit nilai kegadisan dalam dirinya.

Dan apa itu urusan? Urusan ini suatu benda yang kita bentang kat Allah,kita yakin dapat jawab depan Allah, dapat dialog dengan Allah..kat akhirat nanti.. ha itulah urusan. Tapi, bila kita rasa nak tanya dia “dah makan ke belum??” Urusan kot. Tapi nanti orang Tanya urusan ke tak, rasanya macam tak. Ha.. itu bukan urusan ye sahabat-sahabat. Jadi, paham-paham sendirilah.. itu antara kita dengan Allah.

2) Ada orang takda selaput dara dan takda nilai kegadisan.

Misalnya, orang yang berzina, orang yang da advanced la time die bercinta ( sesi coupling).

3) Dia takde selaput dara tapi ada nilai kegadisan.

Contohnya orangnya baik, menjaga, solehah tapi kuat bersukan. Tapi dia ada nilai kegadisan, dia mulia disisi Allah.. InsyaAllah.

4) Dia ada selaput dara dan ada nilai kegadisan.

Ha… ana harap, moga-moga pengunjung wanita yang datang ke teratak ni.. tergolong dalam golongon ni. InsyaAllah. Tapi persoalannya, penting ke tak penting selaput dara ni?? Ha…sebenarnya yang paling penting itu adalah calon kita tu, ada nilai kegadisan dan bagi lelaki pula ada nilai kelakiannya. Orang yang menjaga diri ni dan maruah diri ni, insyaAllah kita tidak akan dicuragai oleh pasangan kita selepas berkahwin.

Faktor Utama seorang Gadis itu terlibat dengan Gejala Sosial.

Kak Siti ada bawak satu kisah pelajar di IPTA selatan tanah air..

“Alhamdulillah, skang ni dia sudah mendirikan rumahtangga dan sudah bersalin. Habis degree.. ! Betapa mabuknya dengan cinta sehingga dia sanggup bersekedudukan dengan boyfriends nye tu… dalam masa bersekedudukan tu apa yang dia buat? Rupanya boyfriends dia tu kristian (orang sabah), jadi memang dia murtad pun. Asalnya dia refer ke Raudhatus Sakinah tu sebab telah ditangkap jabatan agama Islam. Dibawah perintah mahkamah, RS menerimanya untuk memberi bimbingan dan didikan agama”.

“Asalnya dari pendalaman sangat, tinggal di kawasan kampong ,agak miskin dan merupakan anak sulong. Di RS dia ada bercerita, masa dia mabuk bercinta itu.. dia sanggup hilang keluarga..sehinggakan Mak dia kol, dia kata apa? “Takpelah mak, hubungan kita sudah putus disini sahaja”… sebab apa?? Kerana cinta sanggup seorang wanita memutuskan hubungan dengan maknya.”

“Sepanjang saya mengaji kat kampus dulu pun, takda sape yang tegur saya pun? Saya makan dengan boyfriends saya, orang lain takde kisah apa pun?" Ujar gadis tu. [Memandangkan K.siti bercerita, ana tulis pun dlm bentuk cerita deh..^^,]

Jadi, menurut kisah K.Siti bawak tadi.. nampak sangat peranan kita sebagai Da'i itu penting. Penting sangat.. even dia sahabat kita pun, kita kenalah tegur dia. Betul tak? ha.. ana nak ceritakan kisah ana pula..

Ana ada seorang sahabat ni. Masa di Nilam Puri, memang rapat sangat.. Dialah yang kuat Gelak, kuat bergurau, kuat bersosial & sebagainya. Tapi dia ada satu masalah, iaitu dia cepat Jatuh Cinta dengan seorang lelaki yang suka amik berat tentang diri dia even lelaki itu menganggap dia sekadar kawan biasa sahaja. Dalam pada itu, ana dijadikan tempat untuk mengadu nasib dan meminta nasihat.

Ana sayangkan sahabat ana. 1000x ana cakap pun tapi dia tetap tak berubah-berubah, ana tak kisah.. asalkan dia tak pernah jemu nak minta nasihat ana. Kadang-kadang tu memang penat, bosan pun ada sebab asyik masalah yang sama je. Sikit-sikit masalah hati yang timbul, tapi ana tak boleh mengalah, sebagai seorang Da'i.. tidak boleh ada sifat putus asa terhadap mad'unya. Astagfirullahal'azim.

Kekasih Agung Sedang Cemburu!

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Sahabat-sahabat, cemburu Allah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambanya.

Dia tak memerlukan kita. Dia tak luak pun dengan kelalaian kita dan tak terjejas pun tanpa cinta kita. Tapi kita? keperluan kita kepada cintaNYA lebih penting dari kita memerlukan makanan, minuman atau oksigen. Sahabat-sahabat, mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia cemburukan hati kita yg meletakkan cinta lain lebih agung dari CintaNYA kerana Dia sayang sangat dengan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal erti kecewa. Inilah hakikat Cinta yang MAHA AGUNG!

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar cintaannya kepada Allah."
[Surah al-baqarah 2 : 165]

CintaNYA cinta Utama sahabat-sahabat. CintaNYA membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yg Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-NYA membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana kita percaya ada RAJA yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita. CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.

Jadi, sahabat-sahabat Muslimatku.. tabahla mengharungi hidup ini dengan CintaNya. Agungkanlah CintaNYA bukan cinta Manusia. Kerna CintaNya lebih terjamin bahgianya daripada Cinta lain. Sama-sama koreksi diri..^^,

Wallahu'alam~