Selasa, November 30, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Motivasi 5k ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan STPM dan SPM kepada Shahida (Nak Masuk 'U') dan Ani (Straight 'A'). Masuklah dewan peperiksaan dengan kaki kanan. Baca surah al-Fatihah 1x, selawat 3x dan niat untuk lulus peperiksaan dengan cemerlang. Semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, tepat dan betul. Baca soalan dengan teliti. Agihkan masa menjawab. Potong jawapan yang salah untuk soalan objektif. Buat rangka jawapan untuk soalan subjektif. Pastikan ada masa untuk buat semakan.

Di sini ana juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PSRA yang lalu. Pilihlah sekolah yang terbaik, yang memiliki guru yang terbaik untuk mencapai keputusan yang terbaik. Jumpa lagi.

Sabtu, November 27, 2010

Mencari Mama

Hampir setiap hari Basri akan telefon anak-anaknya. Pada hujung minggu pula Basri akan pulang ke kampung. Ibu mertua Basri pula sudah faham keadaan itu. Dia akan kemaskan bilik dan masak makanan kegemaran Basri ...

Mari Bersenam

Salam Motivasi. Apa khabar? Semoga para pengunjung sentiasa diberkati Allah dan berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini dan semalam ana paksa diri untuk bersenam. Sudah seminggu ana tidak bersenam. Nak tahu kenapa? ...

Rabu, November 24, 2010

Ucapan Tahniah dan Terima Kasih

Di sini ana ingin menugcapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Kelas Intensif Musim Cuti November-Disember 2010. Semua kelas telah bermula pada Isnin, 22/11/2010 yang lalu. Bersamalah kita berdoa semoga mereka mendapat manafaat daripada kelas tersebut. Terima kasih.

Ahad, November 21, 2010

Selamat Tinggal Kawanku

Semalam merupakan hari terakhir bagi Ali dan Ahmad bermain bersama kawan-kawan. Mereka meminta izin daripada Pak Salleh untuk bertemu kawan-kawan. "Hah! Hendak buat apa berjumpa dengan mereka?" tanya Pak Salleh. "Hari ini kan hari terakhir kami di kampung. Jadi kami hendak main puas-puas...

Sabtu, November 20, 2010

Hampir 40 Murid Telah Mendaftar

Ya! Hampir 40 murid telah mendaftar. Kelas terhad kepada 15 orang per kelas. Kelas Cepat Baca paling ramai murid mendaftar. Pendaftaran untuk kelas kedua masih dibuka! Untuk kelas KBSR tahun 2, 3, 5 dan 6 masih ada kekosongan. Daftar segera. Daftar melalui SMS juga diterima. Daftar akhir pada Isnin, 22 November 2010. Pendaftar terawal dengan bayaran penuh diutamakan. Terima kasih.

Guru Tidak Beradab, Murid Biadab

Tidak ada niat di hati ana untuk menyentuh hati para guru. Namun ana akan berkata benar walaupun pahit. Kes guru menampar murid

Maafkan Kami

Hari ini, Sabtu 20 November 2010. Hari ini ana ada tiga jemputan kenduri kahwin. Jemputan pertama di rumah pakcik di Bangi, Selangor. Jemputan kedua di rumah mertua di Bagan Serai, Perak. Jemputan ketiga di rumah abang ipar di Pasir Mas, Kelantan. Kepada semua yang tersebut di atas,

Selasa, November 16, 2010

Kunjungan IT

Pagi tadi ana dikunjungi oleh bekas staf ana N. Dia baru tamat belajar. Ambil kursus Engineering. Bapanya seorang

Isnin, November 15, 2010

Ana Boleh Berlari

Dah dua minggu ana tak berlari waktu pagi. Memang sejak dua minggu lalu ana kurang sihat. Demam, batuk dan selsema. Sejak itu jugalah ana ...

Ahad, November 14, 2010

Jutawan Fakir

Pagi semalan, selesai solat subuh di masjid, ana terus ke kedai runcit. Ana nak beli senaskah akhbar harian. Tiba-tiba...

Khamis, November 11, 2010

Semakin Ramai Yang Mendaftar

Alhamdulillah. Setiap hari ada sahaja yang mendaftar untuk Kelas Intensif Musim Cuti Nov.-Dis. 2010. Terima kasih kepada yang telah mendaftar. Kepada yang masih belum mendaftar, sila daftar segera kerana tempat adalah terhad kepada 18 orang/kelas. Setiap tahun ana terpaksa menolak beberapa calon  kerana kelas penuh dan lewat mendaftar. Oleh itu, jangan tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Ahad, November 07, 2010

Kelas Intensif Musim Cuti Nov-Dis 2010

Minggu ni ana memang sibuk sikit. Kemaskan kedai, bilik kuliah dan edarkan iklan Kelas Intensif Musim Cuti 2010. Biasanya ana akan edar 10,000 helai. Tapi pada tahun ini ana ada buat pendekatan baru. Selain edaran iklan melalui akhbar, edaran iklan juga dibuat melalui SMS dan blog. Ana fikir cara ini akan lebih berkesan kerana ianya akan dibaca terus oleh penerima. Pada tahun ini ana buat persiapan lebih awal kerana tak mahu sibuk di saat akhir. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://motivasi5k-fastlearning.blogspot.com

Khamis, November 04, 2010

Panggilan Anak

Setelah Bertemu Guru hati Basri semakin tenang. Pesanan gurunya dipatuhi. Setiap kali selepas solat, Basri duduk seketika  membacakan Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas khusus untuk arwah isteri dan ibunya. Basri telah mula pergi ke pejabat. Hari pertama Basri bekerja, bossnya

Isnin, November 01, 2010

Kami Nak Senapang

"Entah apa kena dengan budak tiga orang tu tak tau lah! Nak senapang pulak. Bukannya murah. Satu dah RM20. Tiga dah RM60. Hiiiih! Buat habis duit je lah." bebel Pak Salleh seorang diri. Zaiton hanya diam. Tak berani nak jawab