Memaparkan catatan dengan label Mari Bersenam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mari Bersenam. Papar semua catatan

Khamis, Mac 29, 2012

Terapi Rumput

Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari kedua ana bersenam minggu ini. Ketika tiba di stadium, ana lihat  rumput sudah pendek. Terima kasih kepada pekerja  MDSB. 
Nikmat berjalan dan berlari di atas rumput pendek amat mengasyikkan. Sungguh terasa tapak kaki 'diurut dan dibelai' oleh rumput. Tidak perlu membeli mesin terapi yang berharga ribuan ringgit. Jika anda hendak melakukan Terapi Rumput, lakukanlah dengan berjalan cepat, berjalan biasa dan berlari. Lakukanlah selama 30 minit. Cubalah!

Jumaat, Mac 23, 2012

Senaman Ganti

Sudah dua hari ana tidak turun padang. Bagi mengekalkan senaman tiga kali seminggu, maka pagi ini ana turun padang. Seperti biasa selepas ana hantar anak-anak ke sekolah dan beli sarapan ana pun terus ke stadium. Rumput masih panjang. Namun senaman harus diteruskan. Selesai bersenam ana terus ke pejabat.

Isnin, Mac 19, 2012

Rumput Panjang Sangat

Lebih 10 hari ana tidak turun padang. Pagi tadi ana gagahi juga untuk turun padang. Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, ana terus ke stadium. Tiba sahaja di stadium, ana terus ke padang bola untuk buat terapi azan tan terapi embun. Terkejut juga ana lihat Rumput Panjang Sangat.. Bukan main-main punya panjang, ada yang sampai ke lutut...Teringat ana kisah Bangau Oh Bangau...

Khamis, Mac 01, 2012

Kekalkan Senaman Pagi

Alhamdulillah..
Bersyukur ana kepada Ilahi kerana dapat semula mengekalkan senaman pagi minggu ini. Isnin hingga Khamis.
Biasanya ana akan keluar daripada rumah

Rabu, Februari 08, 2012

Malasnya Nak Bersenam!

Memang dah lama ana tak bersenam. Yalah.. sejak Aidilfitri tahun lalu. Bermula dengan kesibukan hari raya hinggalah mengurus kelas intensif musim cuti. Bulan Januari pula sibuk dengan persediaan anak sekolah dan balik kampung di kelantan kerana bapa mertua sakit dan meninggal. 
Badan ana pun dah mula sakit-sakit. Kaki pun dah mula kebas-kebas. Tangan pula dah mula sengal-sengal. Belakang pula dah mula lenguh-lenguh. Kepala pula dah mula pusing-pusing. Jantung pula dah mula berdebar-debar. Ini tak boleh jadi.
Sempena Maulidur Rasul tahun ini, ana bertekad mula turun padang semula, berkaki ayam, azan dan terapi embun. Bukan mudah hendak memulakan balik sesuatu amalan yang dah lama kita tinggalkan. Tapi demi menjaga kesihatan, ana gagahi juga. Bagi ana, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan kerana jasad kita ini adalah amanah yang mesti dijaga.
Alhamdulillah, dapat juga ana teruskan bersenam walaupun dengan penuh kemalasan!

Jumaat, Mac 11, 2011

Terapi Azan

Biasanya azan dilaungkan ketika masuk waktu solat lima waktu. Tetapi tahukah kita bahawa azan itu adalah satu formula kehidupan. Azan juga merupakan satu terapi...

Sabtu, Mac 05, 2011

Ulang Tahun Bersenam

Bulan ini genaplah 3 tahun ana bersenam. Ya... pejam celik, pejam celik... rupa-rupanya dah 3 tahun ana bersenam di waktu pagi. Alhamdulillah, masih dapat mengekalkan rutin tersebut. Untuk mengekalkan tabiat baik, memang banyak halangannya...