assalamualaikum dan salam ramadhan.
Lama sungguh tidak bersua. Yelah sejak september 2015. Rindu juga..
Nak menulis ni memang perlu disiplin yg tinggi.
Apatah lagi pesaing blog spt whatsapp, telegram dll semakin digemari.
Insya-Allah ana akan sambung balik cerita2 dan kisah2 motivasi dalam blog ni.
Baru2 ni ana dihubugi oleh bebarapa watak sebenar dlm kisah2 motivasi ini yg inginkan kisah2 ini diteruskan. Mereka pun dah jadi remaja. Waktu kisah mereka ditulis, mereka masih kanak2 lagi.
Ada juga yg sudah dewasa, dah sampai masa untuk berumahtangga.
Ada pula yg semakin berusia. tentu semakin banyak kisah nak diceritakan.
doakan ana agar dapat terus menulis kisah2 benar ini.
Terima kasih dan jumpa lagi..
Memaparkan catatan dengan label Motivasi5k. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi5k. Papar semua catatan
Ahad, Mei 13, 2018
Khamis, Julai 10, 2014
Mari Kita Bersyukur
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga kalian semua sihat walafiat.
Semoga ibadat puasa yang sedang kita lalui ini dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersyukur.
Bersyukurlah kita kerana kita diberi nikmat iman dan Islam,
bersyukurlah kita kerana kita dipanjangkan umur dalam sihat walafiat, dan
bersyukurlah kita kerana kita diberi rezeki yang halal lagi mencukupi...
Alhamdulillah.
Semoga kalian semua sihat walafiat.
Semoga ibadat puasa yang sedang kita lalui ini dapat mendidik kita menjadi insan yang lebih bersyukur.
Bersyukurlah kita kerana kita diberi nikmat iman dan Islam,
bersyukurlah kita kerana kita dipanjangkan umur dalam sihat walafiat, dan
bersyukurlah kita kerana kita diberi rezeki yang halal lagi mencukupi...
Alhamdulillah.
Isnin, Jun 23, 2014
'Bertapa'
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? Enam bulan tidak bertemu di alam maya sudah tentu banyak perkara telah berlaku. Ada suka ada duka, ada yang manis dan ada pula yang pahitnya. Itulah lumrah kehidupan.
Bagi ana, enam bulan tidak membuat post baru merupakan satu 'kehilangan' idea. Namun disebalik apa yang berlaku itu tentu sahaja ada hikmahnya. Selama enam bulan ini ibarat ana sedang 'bertapa' menuntut ilmu dan pengalaman baru. Kisah-kisah Asrama Desa, Azam Anak Desa, Bangkit, Istiharah, Kasih Ayah Dan Man Jadda Wajada masih dalam ingatan.
Insya-Allah ana akan berkongsi dengan kalian kisah-kisah mereka di dalam posting akan datang.
Terima kasih.
Apa khabar semua? Enam bulan tidak bertemu di alam maya sudah tentu banyak perkara telah berlaku. Ada suka ada duka, ada yang manis dan ada pula yang pahitnya. Itulah lumrah kehidupan.
Bagi ana, enam bulan tidak membuat post baru merupakan satu 'kehilangan' idea. Namun disebalik apa yang berlaku itu tentu sahaja ada hikmahnya. Selama enam bulan ini ibarat ana sedang 'bertapa' menuntut ilmu dan pengalaman baru. Kisah-kisah Asrama Desa, Azam Anak Desa, Bangkit, Istiharah, Kasih Ayah Dan Man Jadda Wajada masih dalam ingatan.
Insya-Allah ana akan berkongsi dengan kalian kisah-kisah mereka di dalam posting akan datang.
Terima kasih.
Rabu, Mei 15, 2013
Selasa, Mei 14, 2013
Kutubkhanah
Sejak dua minggu lalu ana amat sibuk menguruskan pengujudan kutubkhanah baru di kedai ana. Asalnya anak kedua cadangkan buku-buku lama di jual ke pusat kitar semula. namun ana fikir daripada buang begitu sahaja, ada baiknya ana susun atas rak untu dijadikan kutubkhanah. Buku paling lama dalam koleksi kutubkhanah ana ialah buku-buku tahun 1950an dan 1960an. Selain itu terdapat juga buku-buku agama, akademik, ilmiah, kesihatan dan buku kanak-kanak. Terdapat juga siri buku STPM aliran agama tulen dan buku pengajian Bahasa Arab.
Matlamat penubuhan kutubkhanah ini adalah untuk dijadikan rujukan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat. Kepada sesiapa yang ada buku-buku atau majalah lama, terpakai dan baru yang ingin disumbangkan bolehlah hubungi ana di talian 013-2092280. Semoga sumbangan kalian akan dapat dimanafaatkan oleh masyarakat. Terima kasih.
Selasa, Januari 08, 2013
Bertuahkah Tahun 2013?
Pertama sekali ana hendak minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak membuat catatan baru. Ramai juga kenalan yang call ana minta buat posting baru. Maaf ye...
Setiap kali tiba tahun baru, kita pun akan buat azam baru. Tidak kira tahun Hijrah ataupun tahun Masihi. Memang sudah menjadi lumrah manusia biasa membuat azam baru walaupun kadang-kadang azam tahun lalu masih ada yang belum dilaksanakan.
Ana pun sama juga, tahun ini ana berazam hendak baiki kelemahan diri, tingkatkan usaha untuk mengembangkan perniagaan dan pengajian al-Quran. Doakan agar ana mencapai cita-cita murni ini.
Bertuahkah tahun 2013 ini? Ana pun tidak pasti. Yang pasti kita mesti terus ber-DUIT.
Ber-Doa
Ber-Usaha
Ber-Istiqamah
Ber-Tawakkal
Semoga tahun 2013 memberi tuah kepada kita semua! Takbir!
Khamis, Jun 14, 2012
Rindu
Salam motivasi. Maaf kerana sudah lama tidak bersua. Ya, sudah hampir dua minggu ana tidak buat paparan baru. Rindu juga rasanya. Walaupun kita tidak saling mengenal, namun pertemuan di alam maya juga cukup untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Bukanlah sibuk sangat, tetapi masalah kelambatan capaian internet di sini membuatkan ana kurang sabar untuk menunggu lama.
Dua minggu berlalu tentu sahaja banyak perkara dapat kita kongsikan. Cuti sekolah yan lalu memberi kesempatan kepada ana untuk bertemu dan berhubung dengan beberapa 'hero' dan 'heroin' dalam blong motivasi5k. Tentunya kalian ingin mengetahui kisah-kisah mereka seterusnya. Shahida di 'U', Ani di kolej, Keemasan di sekolah biasa serta Ali dan Ahmad yang telah bertukar ke sekolah baru.
Jumpa lagi.
Rabu, Mei 16, 2012
Bingkisan Dari Pulau Pangkor
Salam Motivasi.
Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya kepada guru-guru ana. Tidak lupa juga kepada semu guru anak-anak ana yang telah mendidik mereka tanpa jemu.
Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru khususnya kepada guru-guru ana. Tidak lupa juga kepada semu guru anak-anak ana yang telah mendidik mereka tanpa jemu.
Sabtu lalu ana telah mengendalikan Seminar Rahsia Mumtaz di KAFA Taman Sri Indah, Sg Besar. Program dihadiri oleh seramai lebih 120 orang murid tahun 5 dan 6. Lebih mengejutkan ana ialah dengan kehadiran Ketua Guru dan guru-guru yang terlibat aktif membantu murid-murid.
Semalam, hari ini dan esok ana berada di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor kerana membantu rakan ana mengendalikan Kursus Kujurulatihan Memacu Pasukan Cemerlang anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Kursus dikendalikan oleh syarikat perunding Fokus Training and Consultancy. Lebih 40 orang staf PERDA hadir.
Jumpa lagi...
motivasi5k
Pulau Pangkor
motivasi5k
Pulau Pangkor
Rabu, April 11, 2012
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Kepada
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan),
D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K.,
Grand Cordon Of The Order Of The Rising Sun Of Japan, Bintang Maha Putra Adripradana (Indonesia), Order Of The Rammata Thailand,
Honourable Knight Grand Cross Order Of The Bath Of U.K., Asso. Knight Order Of St. John., Hon. Ph.D (UUM)
Dan
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUANKU HAJAH HAMIMAH
D.M.N., D.K., D.K.H.
Sempena
PERTABALAN
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV
ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN
TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
Pada
11 APRIL 2012 BERSAMAAN 19 JAMADILAWAL 1433H
Sembah Takzim Daripada
motivasi5k
Isnin, April 09, 2012
Kamus Motivasi5k
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dapat kita bersua lagi. Ana mendoakan semoga semua pembaca diberkati Allah, sihat walafiat dan bahagia disamping keluarga tercinta. Sewaktu di dalam kenderaan selepas menghantar anak ke sekolah, ana terfikir untuk mengadalan label baru untuk blog ini iaiu Kamus Motivasi5k.
Kamus Motivai5k bukanlah kamus baru di pasaran tetapi adalah merupakan kamus khusus untuk perkataan-perkataan pinjaman yang digunakan di dalam blog ini. Diantaranya ialah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab, Jawa, Banjar dan lain-lain. Selain itu perkataan-perkataan yang berasal daripada loghat lain juga akan dimasukkan.
Motivasi5k juga akan sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul di dalam setiap post. Ini bertujuan mendidik para pembaca khususnya para pelajar menggunakan bahasa yang betul. Selain itu ianya juga dapat membantu pembaca-pembaca dari luar negara yang dapat menterjemahkannya dalam bahasa ibunda mereka.
Semoga Bahasa Melayu akan terus dihormati, dihargai dan digunakan dengan betul. Jika bukan kita yang menjaga bahasa kita, siapa lagi yang hendak kita harapkan! Sanggupkah kita melihat kehilangan Bahasa Melayu seperti hilangnya Tanah Melayu secara lisan dan penulisan?
Kamus Motivai5k bukanlah kamus baru di pasaran tetapi adalah merupakan kamus khusus untuk perkataan-perkataan pinjaman yang digunakan di dalam blog ini. Diantaranya ialah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab, Jawa, Banjar dan lain-lain. Selain itu perkataan-perkataan yang berasal daripada loghat lain juga akan dimasukkan.
Motivasi5k juga akan sedaya upaya untuk menggunakan Bahasa Melayu yang betul di dalam setiap post. Ini bertujuan mendidik para pembaca khususnya para pelajar menggunakan bahasa yang betul. Selain itu ianya juga dapat membantu pembaca-pembaca dari luar negara yang dapat menterjemahkannya dalam bahasa ibunda mereka.
Semoga Bahasa Melayu akan terus dihormati, dihargai dan digunakan dengan betul. Jika bukan kita yang menjaga bahasa kita, siapa lagi yang hendak kita harapkan! Sanggupkah kita melihat kehilangan Bahasa Melayu seperti hilangnya Tanah Melayu secara lisan dan penulisan?
Khamis, April 05, 2012
Pelanggan Pertama Tupperware Brands
Biasalah, dalam bisnes barang pengguna ini, pelanggan pertama mestilah keluarga sendiri. Setelah 5 hari dipamerkan, petang tadi ana dapat pelanggan pertama, anak sendiri bernama Sumayyah berumur 6 tahun. Dia amabil bekal air Donald Duck dan bayar RM15. Walaupun harganya RM18, tapi itu saja yang Sumayyah beri. Adiknya, Shafiyah yang berumur 4 tahun apa lagi, ambil jugalah... ambil saja... ana jugalah yang kena bayar. Apapun ana rasa seronok kerana mereka mendapat botol air yang cantik dan selamat digunakan bagi menggantikan botol lama. Sumaiyyah sudah beriya-iya hendak bawa botol air baru ke pra sekolah esok...
Tupperware Brands
Minggu ini, satu lagi bisness baru ana ceburi iaitu menjual Produk Tupperware Brands. Memang sudah lama ana mencari produk Tuperware. Seingat ana, sewaktu kecil dulu memang ada guna bekas tupperware. Jika sesiapa berminat untuk membeli atau menjual, bolehlah hubungi ana di talian 013-2092280
Sabtu, Mac 31, 2012
Jammed
Hari ini fikiran ana jammed. Idea ada hendak tulis, tapi tidak dapat luahkan secara teratur. Banyak kisah yang hendak dipaparkan, tapi tidak mampu dipamerkan. Inilah kehidupan manusia, sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, jika Allah tidak memberikan hidayah, pasti kita tidak mampu untuk menzahirkannya. Selamat bercuti di hujung minggu. Semoga minggu ini menjadi minggu paling indah dalam kehidupan kita. Jumpa lagi..
Khamis, Mac 29, 2012
Masih Lagi Demam
Pagi tadi ana telefon rakan ana yang hendak membantu ana menaiktaraf aktiviti motivasi5k. Dia masih demam, masih batuk dan masih belum sihat. Ana berdoa semoga beliau cepat sembuh.
Isnin, Mac 26, 2012
Tidak Jadi Datang
"Salam, Saya hari ini demam, jadi esok tidak dapat datang dan datang bila baik, sorry thanks." itulah sms yang ana terima malam tadi daripada rakan ana yang sudah janji hendak datang hari ini. Sms tersebut baru ana baca pagi ini. Ana pun terus membalas, "Ok. Banyakkan minum air. Jika hendak penawar homeopati datanglah. Semoga cepat sembuh."
Pagi ini ana tidak bersenam kerana kurang bermaya. Mungkin kerana keletihan semalam. Jadi ana memilih untuk rehatkan diri sebentar dan pulihkan tenaga. Namun kerja mesti diteruskan tanpa rakan tersebut. Insya-Allah ana akan mulakan kerja-kerja menaiktaraf mengikut konsep 5S.
Sabtu, Mac 24, 2012
Naiktaraf Aktiviti Motivasi5k
Semalam ana adakan perbincangan dengan seorang rakan yang merupakan pesara kerajaan. Beliau yang berpengalaman luas di sektor pelancungan menarik minat ana mengadakan kerjasama dengannya. Hampir dua jam kami berbincang, maka kami telah bersepakat untuk menaiktaraf perniagaan yang ada di samping membuka perniagaan baru. Kerja-kerja menaiktaraf akan dilakukan bagi aktiviti perniagaan seperti berikut:
- Pusat Pendidikan dan Latihan
- Pusat Jualan
- Pusat Rawatan Alternatif, dan
- Kem Latihan.
Memandangkan asas perniagaan sudah ada, fasiliti juga telah ada, maka kami bersepakat akan memulakan kerja-kerja tersebut mulai minggu depan. Kepada semua pembaca, kami mohon doakanlah kejayaan kami. Kejayaan yang dapat menjadi role-model di kalangan peniaga muslim dan non-muslim. Memang cita-cita kami besar iaitu ingin mengembalikan kegemilangan zaman pedagang-pedagang Islam di Melaka suatu ketika dulu.... namun mampukah kami?
Jumaat, Mac 23, 2012
Kemaskini Susunan Label
Salam Motivasi. Terima kasih di atas cadangan para pembaca blog motivasi5k supaya beberapa kisah motivasi dan teladan disusun di bawah satu label. Setelah difikirkan dan berbincang dengan tuan punya cerita, maka dengan ini ana mengumumkan bahawa susunan label baru akan dibuat untuk kisah-kisah Shahida, Ani, Basri, Basir, Pak Salleh dan Adik Keemasan. Kisah-kisah lain akan disusun kemudian. Insya-Allah ana akan fikirkan beberapa tajuk yang sesuai.
Semoga dengan penyususnan kisah mereka di bawah label yang berasingan akan memudahkan pembaca mengikuti kisah benar ini secara berterusan. Tiada apa yang kami inginkan melainkan mencari keredhaan Allah dan menjadikan kisah tersebut sebagai teladan bersama.
Akhirnya, ana ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan punya cerita dan para pembaca. Terima kasih juga kepada pemberi cadangan dan pandangan membina. Terima kasih.
Jumaat, Mac 09, 2012
Khamis, Mac 08, 2012
70% Siap
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus siang dan malam, akhirnya 70% imej baru blog motivasi5k telah disiapkan. Terima kasih ana ucapkan kepada rakan-rakan yang membantu, juga kepada anak-anak ana yang memberi komen 'cantik - tak cantik'. Insya-Allah pengisian setiap halaman sedang diusahakan. Buat masa ini, untuk mendapatkan respond segera, sila gunakan perkhidmatan sms atau call 013-2092280.
terima kasih.
Khamis, Mac 01, 2012
Berwajah Baru
Insya-Allah blog motivasi akan berwajah baru tidah lama lagi. Tunggu kemunculannya! Lebih nilai, lebih bermakna.
Langgan:
Catatan (Atom)