bismillaah
assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah ana ucapkan kepada Tun M sebagai PM dan menteri kabinet yang telah dilantik.
Sebagai seorang rakyat yang tinggal di luar bandar tentu sahaja tak banyak pembangunan dapat ana lihat dalam masa terdekat. Namun dengan terhapusnya GST bulan depan dan harga petrol yang dikekalkan amat terkesan kepada semua lapisan rakyat.
Terimakasih.
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Kepemimpinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Kepemimpinan. Papar semua catatan
Sabtu, Mei 19, 2018
Jumaat, Mei 10, 2013
PRU13 : Medan Muhasabah Diri
PRU13 telah berlalu. Sudah menjadi adat bertanding, ada yang kalah dan ada yang menang. Calon yang menang melonjak kegembiraan. Calon yang kalah pula tunduk kesedihan. Itulah adat berlawan.Namun di pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari, di waktu dhuha ini... marilah kita bermuhasabah diri. Jadikan PRU13 sebagai Medan Muhasabah Diri. Fikirlah secara positif.
Jika kalah, mengapa kalah? Adakah kerana ditipu lawan atau kesalahan diri sendiri. Jangan salahkan pengundi kerana tidak menyokong, tetapi sejauh mana anda mendekati mereka selama ini. Apakah sumbangan anda selama ini? Cukupkah dengan janji-janji manis peringkat persekutuan yang digembar-gemburkan? Cukupkah dengan kehebatan pemimpin anda yang dicanang-canangkan? Cukupkah dengan slogan Melayu dan Islam? Cukupkah?
Sepatutnya anda lebih mencanangkan kelebihan diri anda, perancangan anda untuk membantu masyarakat setempat dan membangunkan kampung/kawasan mereka. Inilah keperluan mereka! Bukannya hendak mendengar kepincangan pihak lawan sehingga sanggup mem-'bogel'-kan mereka... Jika ini sikap anda, adakah Allah akan membantu anda?
Jika menang, mengapa anda menang? Adakah kemenangan itu wajar anda terima atau tidak. Jangan mendabik dada kononnya anda seorang pemimpin yang hebat jika anda sendiri tidak pernah mendekati hati rakyat. Jika anda sendiri hanya muncul lima tahun sekali, wajarkah anda menang? Adakah kemenangan itu kerana kepemimpinan anda atau kerana anda mewakili sebuah parti yang dominan di kawasan anda? Lebih malang lagi jika kemenangan anda ada unsur penipuan dan rasuah! Jika ini yang berlaku, maka segeralah bertaubat! Mohon keampunan. Jika inilah cara kemenangan anda, adakah Allah akan membantu anda? Mampukah anda menjadi pemimpin yang adil dan dikasihi rakyat? Mampukah?
Ayuh! Bersatulah kita! Bersatulah kita hendaknya Satu Bangsa, Satu Agama dan Satu Negara!
Jumaat, Mei 03, 2013
Jom Pergi Mengundi!
Jom kita pergi mengundi Ahad ini, 5 Mei 2013. Kepada mereka yang telah daftar mengundi dan layak mengundi, jangan abaikan tanggungjawab ini. Pilihlah pemimpin yang terbaik.Itulah yang dipesan oleh PM kita dan lain-lain pemimpin negara. Semua parti yang bertanding termasuklah daripada parti bebas mendakwa merekalah yang terbaik. Namun janji-janji manis dan lawatan 5 tahun sekali tidak cukup untuk menjamin kemenangan. Pengundi sekarang semakin matang! Pengundi berhak membuat pilihan. Pilih pemimpin yang memiliki ciri-ciri kepimpinan tulen yang menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
Sabtu, September 01, 2012
Merdekakah Kita?
Salam Kemerdekaan kepada semua pengunjung. Setelah 55 tahun merdeka, tentu sahaja negara kita banyak mencapai kemajuan demi kemajuan. Namun Merdekakah Kita?
Walaupun kita merdeka daripada penjajah, namun ana amat sedih kerana semakin lama kita merdeka semakin rapuh pula semangat bersatu padu kita. Jika sebelum merdeka, bangsa kita digeruni, dikagumi dan disanjungi kerana keberanian dan penyatuannya, namun kini tidak lagi. Bangsa lain menjadi rebutan dan penentu bagi meraih kemenangan untuk memerintah. Mengapa bangsaku lemah kini?... Mengapa?...
Perpecahan bangsa Melayu menyebabkan bangsa lain mudah mengambil kesempatan. Bangunlah bangsaku! Bersatulah kita! Jadilah kita pemimpin yang sejati agar kita tidak dipimpin oleh bangsa asing lagi...
Khamis, Ogos 02, 2012
Tepati Janji
Apabila anda berjanji, tepatilah janji anda. Tidak kira siapa anda dan kepada siapa anda berjanji, maka semua janji mesti ditepati. Di antara sifat-sifat orang munafik ialah apabila berjanji, dia mungkiri. Pilihanraya semakin hampir. Kepada semua pemimpin, ana ingin mengingatkan supaya tunaikan janji-janji kalian semasa kempen dulu. Jika masih belum mampu untuk dilaksanakan ataupun tidak boleh dilaksanakan, mohonlah kemaafan daripada rakyat. Jika anda masih diberi peluang untuk memimpin, pimpinlah mereka secara adil. Sekiranya anda tidak mampu untuk memimpin secara adil, maka berilah peluang kepada orang lain yang lebih berwibawa, adil dan amanah.
Janji Ditepati
Itulah tema Hari Kemerdekaan kita tahun ini walaupun ada pihak-pihak tertentu tidak puas hati dengan tema tersebut. Mereka mempunyai alasan tersendiri. Namun bagi pihak kerajaan pula, mereka juga mempunyai alasan tersendiri juga. Anda bagaimana?
Ahad, April 29, 2012
Bersih Yang Perlu Dibersihkan
BERSIH Yang Perlu Dibersihkan.
Pelbagai pihak mula memberi komen tentang BERSIH 3.0 semalam. TV dan akhbar serta laman sosial tentu sahaja memberikan komen masing-masing. Seperti biasa budaya menuding jari pun bermula. Pihak penganjur dan pemerintah pula tidak mencapai kata sepakat. Bencana lisan telah menguasai diri. Apabila nafsu sudah berjaya menguasai akal, maka hilanglah pertimbangan dan macam-macam telah berlaku.
Kesan BERSIH perlu dibersihkan. Bukan sahaja sampah sarap yang perlu dibersihkan tetapi yang paling penting ialah Hati. Maka bersihkan hati kalian supaya kalian akan lebih mengasihi dan menyangi sesama manusia. Tiada lagi persengketaan dan permusuhan. Tiada lagi dendam yang membara. Tiada lagi penghinaan sesama bangsa, agama dan negara. Tiada lagi penindasan dan penyelewengan.
Ayuh bangsaku! Bersatulah kalian! Kembalikan Islam ditempatnya! Kerana Islam itu adalah milik sejagat, milik semua manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Kembalilah kepada Islam. Kembalikan kepada Al-Quran. Pasti kita selamat!
Pelbagai pihak mula memberi komen tentang BERSIH 3.0 semalam. TV dan akhbar serta laman sosial tentu sahaja memberikan komen masing-masing. Seperti biasa budaya menuding jari pun bermula. Pihak penganjur dan pemerintah pula tidak mencapai kata sepakat. Bencana lisan telah menguasai diri. Apabila nafsu sudah berjaya menguasai akal, maka hilanglah pertimbangan dan macam-macam telah berlaku.
Kesan BERSIH perlu dibersihkan. Bukan sahaja sampah sarap yang perlu dibersihkan tetapi yang paling penting ialah Hati. Maka bersihkan hati kalian supaya kalian akan lebih mengasihi dan menyangi sesama manusia. Tiada lagi persengketaan dan permusuhan. Tiada lagi dendam yang membara. Tiada lagi penghinaan sesama bangsa, agama dan negara. Tiada lagi penindasan dan penyelewengan.
Ayuh bangsaku! Bersatulah kalian! Kembalikan Islam ditempatnya! Kerana Islam itu adalah milik sejagat, milik semua manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Kembalilah kepada Islam. Kembalikan kepada Al-Quran. Pasti kita selamat!
Sabtu, April 28, 2012
Bersih 3.0
Kempen Bersih 3.0 bukan sahaja di bandar-bandar. Di kampung-kampung juga kempen ini giat dijalankan. Rakan-rakan ana ramai yang pergi. Yang berada dan yang tidak berada juga turut pergi. Yang tua, muda dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Siswa-siswi juga dijangka akan hadir terutama tentang isu PTPTN.
Bagi pihak penganjur, Bersih 3.0 WAJIB dihadiri oleh penyokong-penyokong mereka. Mereka mendakwa DUDUK di Dataran Merdeka pada petang ini adalah bagi menuntut keadilan. Bagi pihak pemerintah pula, LARANGAN KERAS dikeluarkan agar rakyat tidak menyertai perhimpunan HARAM itu. Mereka mendakwa perhimpunan tersebut akan membawa huru hara dan bencana.
Mana satukah yang betul!
Mana satukah yang betul!
Selain daripada dua kelompok terbesar tersebut, wujud pula satu kelompok lagi iaitu pihak yang berkecuali. Mereka tidak mahu terlibat dalam pertembungan dua aliran politik yang terbesar ini. Mereka lebih rela menjalankan tugas harian seperti biasa, menjalankan kerja-kerja dakwah dan mendidik anak bangsa supaya lebih beradab dan berakhlak mulia. Bagi mereka, anak bangsa perlu dididik dengan sempurna supaya apabila mereka besar nanti, mereka akan memiliki adab yang mulia.
Jika mereka menjadi perintah, mereka akan menjadi pemerintah yang adil. Pemerintah yang disayangi oleh rakyat. Pemerintah yang tunduk dengan hukum Allah. Jika mereka menjadi rakyat, mereka akan menjadi rakyat yang dengar dan patuh kepada pemerintah yang adil. Maka tidak berlakulah 'huru-hara' yang sengaja diada-adakan.
Apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara? Berapa ramaikah anak didik kita? Sudah bersediakah kita dengan 3 bekalan mati iaitu anak yang soleh, amal jariah dan ilmu yang bermanafaat?
Apapun yang berlaku, DUDUK BERSIH 3.0 mesti ada hikmahnya. Pihak berkuasa harus bermuhasabah tentang perkhidmatan mereka, dan pihak penganjur pula mestilah bermuhasabah juga tentang cara-cara berdakwah yang lebih berkesan. Ingatlah kata perpatah Melayu, seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak!
Ana berdoa semoga semua pihak yang terlibat dalam BERSIH 3.0 samada pihak penganjur atau pihak pemerintah akan dilindungi Allah, diberi petunjuk supaya dapat bersatu dalam perjuangan agama, bangsa dan negara. Semoga tiada pertumpahan darah. Semoga tiada hina menghina sesama agama dan bangsa. Semoga tiada kafir mengkafir sesama Islam!
Selasa, April 24, 2012
Perlukah PTPTN Dihapuskan?
Perlukan PTPTN dihapuskan?
Inilah perbincangan hangat di akhbar-akhbar tempatan sejak minggu lalu. Zaman ana belajar dulu memang tiada PTPTN. Belajar di 'U' ketika itu percuma sahaja. Ada siswa siswi yang dapat biasiswa, dermasiswa atau pinjaman. Ana dapat dermasiswa daripada Yayasan Selangor. Setelah tolak yuran pengajian, masih lagi ada baki untuk belanja. Tidak perlu minta duit daripada ibu bapa di kampung. Pada masa itu, kami semua belajar di IPTA. IPTS pula belum wujud. Hanya nada lima IPTA sahaja pada masa itu. Zaman itu, kami tiada handphone, tiada notebook, tiada motosikal dan tiada teman istimewa. Jadi kami betul-betul dapat jimat duit!
Namun ketika ini telah banyak perbezaan. Apa yang kami tidak ada dahulu sudah menjadi keperluan siswa siswi masa kini. Sehingga ada yang mengatakan teman istimewa itu juga satu keperluan. Banyak wang diperlukan. Kerajaan pula sudak tidak mampu untuk membiayai semua siswa siswi di IPTA dan IPTS yang semakin meningkat. Maka wujudlah PTPTN.
Bagi ana, sekiranya kerajaan mampu untuk memberi pengajian secara percuma, itulah yang terbaik. Namun sekiranya kerajaan tidak mampu untuk melakukannya, maka teruskanlah PTPTN tetapi tanpa caj dikenakan, Sekiranya ini mampu dilakukan, maka inilah perkhidmatan terbaik yang ana fikirkan kerajaan boleh berikan. Dalam situasi pilihanraya yang semakin hampir, PTPTN tanpa caj ini amat baik dilancarkan! Banyak manafaat yang akan diperolehi....
Ahad, Jun 26, 2011
Guru Yang Zalim
Kali ini ana hendah sentuh sedikit tentang tajuk Guru Yang Zalim. Memang agak keterlaluan apabila ana bincangkan tajuk ini. Tapi ini adalah pandangan peribadi dan tidak berniat menyentuh hati mana-mana guru.
Khamis, April 28, 2011
GDEX Agent Workshop 2011
Pada hari Selasa yang lalu, ana telah menghadiri Gdex Workshop 2011 pada 26-28 April. Workshop 3 hari itu diadakan di Gdex HQ, PJ. dan Genting Highland. Turut hadir ialah agen-agen dari seluruh negara, pengurus kawasan, pengurus bahagian dan para pengarah syarikat. 'Welcome Address' disampaikan oleh CEO syarikat iaitu Mr Leong Chee Tong. Seminar dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Inilah pertama kali ana hadir ke pejabat Gdex sejak 4 tahun menjalankan perniagaan ini. Ini juga merupakan kali pertama ana hadir ke Workshop yang dihadiri oleh seluruh peringkat pengurusan milik bukan Melayu...
Sabtu, April 02, 2011
Mana Elaun Kami?
Petang tadi, setibanya ana di masjid untuk solat asar, ana lihat ramai orang di masjid. Tidak seperti biasa. Ingatkan ada majlis akad nikah. Bila ana masuk ke masjid,
Khamis, Mac 31, 2011
Terima kasih TM
Ana nak ucapkan jutaan terima kasih kpd TM (100) krn membantu ana menyelesaikan masalah ' internet connection'. Dah berbulan2 tak boleh guna WiFi. Dah pergi TM Sabak Bernam, tapi tak selesai juga. Alhamdulillah setelah dail 100 dan disambungkan ke bhg teknikal, dibimbing secara online, maka sekarang ana dah boleh gunakan WiFi. Terima kasih kpd staf bertugas krn membimbing tanpa jemu. Terima kasih!
Selasa, Mac 08, 2011
Sindrom Terpinggir
"Jauhi penyakit Sindrom Terpinggir kerana ia akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit..." .
Ketepikan Fahaman Politik
Pada hari Sabtu yang lalu, ana telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SRA Sg Limau. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Hj Mohd Fadzlinbin Taslimin, Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Panjang.Turut hadir ialah Nazir masjid, Tok Sidang Kerajaan Negeri dan Tok Sidang Kerajaan Pusat. Syabas ana nak ucapkan kepada mereka kerana turut hadir tanpa mengira fahaman politik. Ini patut dicontohi oleh lain-lain sekolah. Bersamalah kita membantu murid-murid tanpa mengira apa pun fahaman politik emak bapak mereka! Ini kerana mereka perlu dibimbing, mereka perlu dididik secara adil dan saksama.
Khamis, Februari 03, 2011
Mana Siak Kubur?
Selepas menghantar anak ke sekolah pada hari Jumaat yang lalu, ana terus ke kubur datu dan nenek. Dah lama juga ana tak ke sana. Ana tiba pada jam 7.30 pagi. Ana cuba masuk ke kawasan kubur itu. Tapi hanya setakat kolah air yang bertar sahaja. Pusara datuk dan nenek agak dihujung. Ana tengok tanah perkuburan itu dah menjadi macam belukar. Dipenuhi dengan semak samun. Ditambah pula dengan becak. Tak berani ana nak masuk. Jadi ana pun bertahlil di tepi kolah sahaja.... Kenapa kubur jadi semak ye? Mana Siak Kubur? Mana perginya JKK? Mana perginya JKKP?
Rabu, Disember 08, 2010
Imam Pohon Maaf
Pagi tadi, selepas solat subuh di masjid diadakan kelas Tahsin Qiraat Al-Quran. Kelas tersebut dibimbing oleh imam masjid yang juga seorang hafiz. Pengajian pagi tadi ialah pada surah Assajadah. Imam memaklumkan bahawa
Sabtu, November 20, 2010
Guru Tidak Beradab, Murid Biadab
Tidak ada niat di hati ana untuk menyentuh hati para guru. Namun ana akan berkata benar walaupun pahit. Kes guru menampar murid
Rabu, September 22, 2010
Kunjungan Guru
Malam tadi, ana dikunjungi oleh guru ana Ust N, seorang hafiz. Sejak tahun lalu, ana telah mengikuti Kelas Talaqi Musyafahah dengan beliau di Pusat Latihan Fast Learning, Sg Besar. Banyak ilmu...
Isnin, Ogos 30, 2010
Cikgu Power
Cikgu Power. Guru disiplin pengedar ubat perangsang seks. Amat mengejutkan apabila seorang ketua guru disiplin sebuah sekolah bukan sahaja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup
Langgan:
Catatan (Atom)