LATAR BELAKANG SYARIKAT
Program Fast Learning telah bemula pada tahun 1998. Pada ketika itu, ia dikendalikan di bawah syarikat Rampai Kencana Seleksi Sdn Bhd. Fast Learning telah didaftarkan atas nama Fast Learning Associates pada 14 Januari 2005. Aktiviti utama Fast Learning ialah memberi perkhidmatan mengendalikan kursus, seminar, dan motivasi.
MATLAMAT
Menjadi sebuah institusi pendidikan dan latihan yang unggul.
MOTO
Ke arah Generasi Intelek
TAJUK SEMINAR
Rahsia Mumtaz
OBJEKTIF
Selepas mengikuti kursus ini, murid-murid akan dapat:
1. Mengenalpasti ciri-ciri murid mumtaz.
2. Mengamalkan cara belajar yang mudah dan berkesan.
3. Menyediakan jadual belajar yang mudah diikuti.
4. Menentukan matlamat peperiksaan.
KANDUNGAN
Antara lain, kandungan seminar ini akan meliputi:
1. Mengapa Mesti Belajar
2. Hebatnya Murid Mumtaz.
3. Rahsia Belajar dan Ingat.
4. Adab Murid terhadap Guru.
5. Menyediakan Jadual Belajar.
6. Menentukan matlamat peperiksaan.
JANGKA MASA SEMINAR
1. Sehari (6 jam) bermula dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang, atau
2. Setengah hari (2 ½ jam) bermula dari jam 2.30 – 5.00 petang / 9.00 - 11.30 pagi
KUMPULAN SASARAN
Sasaran ini amat sesuai untuk murid-murid tahun 5 dan 6 Sekolah Rendah Agama (SRA), SRA Integrasi dan KAFA Integrasi yang akan menduduki peperiksaan PSRA. Jumlah peserta adalah mengikut keperluan penganjur.
TEMPAT SEMINAR
Bilik kuliah atau dewan yang bersesuaian.
METODOLOGI
Di antara metodologi yang akan digunakan ialah syarahan, latihan, dan perbincangan.
PELABURAN
Kadar Pelaburan Seminar Rahsia Mumtaz di dalam negeri Selangor adalah:
Kadar Pelaburan Seminar Rahsia Mumtaz di dalam negeri Selangor adalah:
bagi sekolah-sekolah di daerah Sabak Bernam
1. Sehari : RM 600.00
2. Setengah hari (pg/ptg) : RM 250.00
bagi sekolah-sekolah di luar daerah Sabak Bernam
1. Sehari : RM 750.00
2. Setengah hari (pg/ptg) : RM 350.00
*Tambahan RM 1.00 / murid untuk fail dan nota seminar
PELANGGAN KAMI
Di antara pelanggan kami ialah Baitul Ehsan Sabak Bernam , Lembaga Zakat Selangor, PERKIM Daerah Sabak Bernam, Persatuan Nelayan Kawasan Sg Besar, Pusat Bimbingan Al-Quran Syathibiyyah, SK Abdul Samat Kapar, SK Parit 6 Sg Besar , SK Simpang 5 Sg Besar, Smart Paradise Corporation Sdn Bhd, SMK Dato' Mustaffa Pasir Panjang, SRA Sg Hj Dorani, SRA Sg Limau, Total Manpower Solution Consultant
BIODATA JURULATIH UTAMA
Kamarudin bin Sulaiman, berkelulusan Ijazah Doctor Of Medicine (Medicina Alternativa). Diploma Of Shiatsu, dan Licenciate Certificate In Homoeopathy daripada Institut Traditional Medicines – International, Malaysia affiliated The Open International University for Complementary Medicines.
Memiliki Diploma In Public Administration daripada Institut Teknologi MARA, Diploma Pengajian Al-Quran daripada Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Certificate Teacher of Adults daripada St. Lawrence College Saint-Laurent Canada, dan Sijil Pengurusan Perniagaan Kecil daripada National Productivity Corporation (NPC). Memiliki tauliah mengajar al-Quran dan memberi ceramah motivasi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selain itu, beliau juga telah mendapat latihan khusus dalam bidang motivasi dan kejurulatihan sejak tahun 1990an lagi. Di antara kursus-kursus T.O.T. yang telah dihadiri ialah Kursus Jurulatih Motivasi Keusahawanan daripada Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Kursus ' Training Of Trainers' INFRA daripada Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kursus Fasilitator/Ketua Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), dan Kursus Pemikiran Keseluruhan Otak Untuk Master Trainer daripada Pusat Pembangunan Minda.
Berpengalaman sebagai pengurus, pentadbir, pegawai latihan, jurulatih, pengamal perubatan alternatif, dan usahawan. Kini sebagai Pengarah Urusan Fast Learning Associates. Beliau merupakan Jurulatih Utama Program Rahsia Mumtaz, Pintar Belajar, Keibubapaan, Kepemimpinan, Kesihatan dan Keusahawanan. Di antara kelas-kelas yang dikendalikan ialah Cepat Baca, Al- Barqy, Tajwid Al- Barqy dan Al-Quran.
Beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan alternatif yang aktif khususnya dalam bidang homeopati, shiatsu, dan refleksologi sejak tahun 1990an. Mulai tahun 2010, beliau turut bergiat aktif dengan rawatan pinggan putih dan terapi rukyah syariyyah.
ALAMAT PERHUBUNGAN
FAST LEARNING ASSOCIATES
NO 14, JLN PP 1/2, TAMAN PADU PERMAI,
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR
TEL / FAKS : 03-32246280 HP : 013-20922280