Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Showing posts with label Kata-kata. Show all posts
Showing posts with label Kata-kata. Show all posts

Sunday, February 6, 2011

MARI KITA BERDOA ;)

Dan betapa banyak nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku tetapi sedikit sekali aku mensyukuri dan betapa Engkau mengujiku tetapi sedikit skali aku bersabar, namun betapa sedikit sekali Kesyukuranku padaMu atas banyaknya nikmatMu padaku.Engkau tidak menegah nikmat itu berterusan melimpahiku dan betapa sedikit sekali kesabaranku atas ujian yang engkau timpakan ke atas ku,namun tiada kemurkaanMu ke atasku...

Ameen...

Friday, October 29, 2010

LANGKAH TERCIPTA ~ UNIC

Bila dengar lagu ini ~ teringat pada kenangan lama..Kenangan yang buat aku rebah macam tak nak bangun-bangun..Bukan tak nak bangun tapi tak ada kekuatan nak bangun..Memang ujian itu memeritkan,ujian fizikal memang perit tapi lebih memeritkan ujian mental..Allahuarabbi,kalau diberi pilihan memang tak nak laluinya lagi..Mujur ada yang menghulur bantuan,memberi pertolonngan.terima kasih semua..Moga kalian dirahmati ;)

Buat yang sedang dilanda keresahan ~ hayatilah bait-bait lagu ini ~ moga jadi kekuatan buat kalian untuk bangkit ~ stand up melawan ombak kecil 'ujian' dari Pencipta kita yang kasihkan kita yang mengirimkan 'ujian';)

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


Friday, October 8, 2010

DEDIKASI KHAS BUAT COMMITTEE CONVEST '10

AKU RELA ~ ALGEBRA

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

p/s: ~

lagu luahan hati sepanjang CONVEST ~ Lagu yang menguatkanku semangat untuk bekerja untuk CONVEST walaupun hati penat terseksa.he

maaf andai ada yang terluka ~ ku rela nama dan diri menjadi sasaran demi untuk kalian menjadi 'someone' in future.Ku doakan ;)

Tuesday, September 14, 2010

UNTITLED ~ CINTA

Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama.

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

~ Catatan pena Ustaz Pahrol Md Juoi

"Bercintalah sampai ke syurga" ;)



Tuesday, September 7, 2010

EMOSI

Bukanlah ingin mengatakan saya beremosi hari ini..

Walaupun orang acap kali kata saya 'emo' tapi tidaklah emo..Kalau saya betul2 emo,mudah je nak cam..Segala jenis ayat 'manis' keluar,mmg sah la saya emo..Kalau riak muka je tak senang dan dahi berkerut,maybe tu berfikir tak sampai tahap emo lagi ;)

Apa yang ingin saya kongsi pasal emosi hari ini ialah nasihat seorang ulama tasawuf(ni disiplin ilmu apa ek?haha) mengenai emosi.

Yahya Mu'az al-Razi memberi panduan bagaimana mengawal emosi

1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula kita menyusahkannya

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita mencelanya

Mengapa timbul isu emosi hari nie?

Kerana manusia dilahirkan beremosi ~ ammarah,lawwamah dan mutmainnah.

Kerana itu umumnya kita bermain-main dengan emosi-emosi kurang baik dan emosi ini tidak hanya memberi kesan kepada kita namun lebih teruk dari itu, melukakan hati orang yang menyayangi kita.

Justeru itu ~ mari kita sama-sama mengawal emosi kita.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak emosi .................(jawab la sendiri ~ anda pasti pernah mengalaminya) ;)

Sekian buat kali ini ~ harap bermanfaat

Thursday, August 26, 2010

CINTA OR SUKA?

Ku coretkan sesuatu buatmu yang bertanya ;)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga…
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata…
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu…
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis…
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita…
Tapi jika kita cuba menutup mata,
cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda
cinta.

Dedikasi dari seorang sahabat ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah settle hari ini..Lulus ujian semua walaupun berat nak bangun..

Menanti hari esok yang tidak pernah pasti,insyallah ;)

~Yesterday has ended last night~

Saturday, August 7, 2010

KATA-KATA UNTUK HARI INI

Masih lagi menyelak-nyelak buku..

"CINTAILAH OLEHMU SESEORANG ITU JIKA FALSAFAH PANDANGAN HIDUPNYA SESUAI DENGAN KAMU"

Jangan mengikut kata hati sangat,terkadang kata hati tak selalunya benar..Jangan biarkan yang dikendong berciciran


Thursday, August 5, 2010

KATA-KATA UNTUK HARI INI

Saya menyelak lembaran buku-buku,terjumpa kata-kata ini


"BILA SESEORANG ITU KERAP JATUH CINTA, ERTINYA DIA BELUM BERJAYA MENCINTAI DIRI SENDIRI"

Moga kami semua insan yang setia buat yang satu,insyallah ;)


Wednesday, February 24, 2010

POEM - MASA

To realize the value of ONE YEAR,

Ask a student who failed his or her final exam.

To realize the value of ONE MONTH,

Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,

Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,

Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,

Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,

Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,

Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,

Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

Quoted from The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey, page 127

SAIFULISLAM.COM




Sunday, February 21, 2010

DENGAR-DENGARLAH HATIKU

Maaf..

Agak lama tak meng'update' blog nie..dah berabuk sudah ia..sama macam bilik saya..

Banyak idea,cerita dan pengalaman,kesedihan dan kegembiraan mahu dikongsi buat tatapan bersama..

Namun ber'blog' dalam keadaan berserabut bukanlah sesuatu yang terbaik..nnt lain pulak jadinya :p

Sedikit kata2 buat hari ahad ini, quote from my YB

"blowing other people's candle won't make yours shine any brighter"

Happy birthday buat farah fatihah kuantan,akir mesir dana aily kembar ili..

Tahun depan masih panjang,tatau sempat wish birthday korg lagi ke tidak :)


Tuesday, January 26, 2010

JANGAN TERLALU MENGHARAP KESEMPURNAAN =)

Sahabat terpisah lama saya menghadiahkan saya ingatan ini buat saya..
Moga menjadi renungan buat saya selalu insyallah

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ...........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu......

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya......
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang L ain
Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Wednesday, January 20, 2010

DENGAR-DENGARLAH HATIKU

Teringat kata2 yang saya semat selalu...

cinta sejati takkan berkurang kerana kelemahan..
takkan juga bertambah kerana kelebihan..
dan hanya yang mengerti cinta akan mengabdikannya

dan cinta yang sebenar akan teruji
bilamana usianya sudah matang..
bilamana segalanya telah menjemukan..
kerana cinta takkan sepi dari ujian..

saya yang masih di sini..
merindu & terus menyayang..
moga tuhan bersamamu selalu kasih..
seperti mana aku ingin kamu bahagia..
ameen..:)

Friday, October 23, 2009

DENGAR-DENGARLAH HATIKU

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

p/s ; kui3..pape pun sy syg org yang sy syg..sgt2..no regret.he

Friday, September 18, 2009

LOVE chooses YOU

If you find yourself in love with someone & that someone does not love you
be gentle to yourself
there is nothing wrong with you
but love just did not choose to rest in someone's heart

If you find someone in love with you & you cannot answer that love
feel honoured that love has come by and called on your door
but gently refuse the feeling you cannot returned
as love did not choose to settle in your heart

If you find yourself in love with someone & the love returns
it still can happen that love chooses to leave
don't try to reclaim it & don't assess any blame

Let it go
despite the pain
there is a reason & meaning to this

You cannot choose love by yourself
LOVE chooses You =)

sent by `uu`

Sunday, August 30, 2009

DENGAR - DENGARLAH HATIKU

Nenek saya pernah cakap :

"Orang yang paling berbahagia tak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka" YEM

Dr Manmohan Singh

"Tuhan menanugerahkan kepadaku ketenangan bagi menerima perkara-perkara yang tidak dapat ku ubah, keberanian mengubah perkara-perkara yang dapat ku ubah dan kebajikan bagi mengetahui perbezaannya"