Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, November 15, 2012

SYED MOKHTAR ALBUKHARY - A BIOGRAPHY

Maaf begitu lama saya menyepi dengan blog. Facebook/Twitter & Whatsapp lebih di hati kerana 'easy going' untuk update segala apa yang ada di dalam minda.

Tapi diam tak diam pun, takde yang push saya untuk update blog. Jadi saya assume takde yang baca pun. Hehe

Sedikit update terbaru. Usai saya habiskan buku yang baru dilancarkan pada 8 November 2012 tempoh hari, saya sangat teruja untuk recommend pada kalian utk turut sama membacanya.






Tan Sri Syed Mokhtar, antara idola saya. Seorang yang sukar untuk ditemui di dada akhbar kerana dia tidak gemar kepada publisiti. Tapi saya passionate kepadanya kerana kerja amal yang dia tak henti usahakan melalui Albukhary Foundation. Jarang ditemui businessman masa kini yang begitu addicted utk beramal.

Despite certain critics towards the way he achieved the contracts and tender, he remain my unsung hero. Keh keh keh.

Bacalah, semoga beroleh manfaat dari seorang yang tidak mempunyai even SPM sebagai qualification.

posted from Bloggeroid

Sunday, August 12, 2012

JANGAN ADA BENCI




Lagu ini mengingatkan kita supaya jangan saling bermusuhan andai terdapat kegagalan dalam persahabatan kita. Liriknya sangat menyentuh hati saya mengingatkan jalan-jalan yang telah saya tempuhi selama ini.

Sunday, July 29, 2012

FIKIR GAYA CINA

Kalau pernah kalian baca mengenai negara China, pasti akan merasa kagum or mungkin gerun.

Ini kerana China sedang membina empayar yang sangat besar untuk menjadi kuasa besar dunia. Satu artikel yang diterbitkan beberapa bulan lepas menyebut, hampir kesemua negara di benua afrika telah terikat secara langsung/tidak langsung dengan negara China dan China merupakan negara pelabur terbesar mereka mengalahkan Amerika Syarikat.

Dan satu kajian yang dibuat menyebut bahawa China akan sekali lagi menjadi juara di Sukan Olimpik 2012 dengan kutipan 112 pingat emas mengalahkan Amerika.

Di Malaysia, bank milik bangsa cina misalnya Public Bank merupakan bank yang sangat konsisten harga sahamnya. Dan ini dibuktikan dengan kejayaan mereka terselemat dari krisis ekonomi yang melanda bilamana bank lain banyaknya hampir karam terpaksa bergantung kepada dana kerajaan.

Saya akui, mereka bangsa yang hebat. Moleklah kalau kita belajar bahasa cina sikit-sikit supaya menjelang 2016 (jangkaan GDP China akan mengatasi Amerika Syarikat), kita takdelah kaget sangat dgn manipulasi cina.

Long live Asia!

Thursday, July 26, 2012

RAMADHAN YANG LEMAH DAN TAK BERMAYA

Saya ingat saya jarang dilanda demam. Dalam setahun mungkin dua atau tiga kali sahaja. Tapi bila dah mula kena pasti lama saya berteman dengannya.

Dan bibit untuk demam mula tiba pada jumaat sehari sebelum Ramadhan. Tapi saya gagahkan diri pandu kereta pergi dan balik ke Changlun Kedah untuk ziarah pak cik yang kurang sihat sudah 2 minggu. Sampai je    di Kelantan,memang rasa sangat tak selesa dan pergi jumpa Doktor dapat MC sehari.

Demam bukan masalah besar tapi terganggunya ibadah ketika Ramadhan tu yang menjadi masalah. Terawikh pun di rumah, kerja pun perlahan. Allahurabbi.

Sebenarnya kita sebenarnya manusia yang sangat lemah.Memang dasar hamba. Diuji baru sedikit tapi mengeluhnya begitu lama dan panjang. Usai ujian dilepasi, pasti kita lupa dan tidak ingat kembali kesusahan kita masa lampau. Terkadang lupa untuk bersyukur bahawa Allah telah mengeluarkan kita dari musibah yang dulu kita merintih-rintih mahu keluar darinya.

Moga Allah kurniakan kita hati yang tawadhuk dan jiwa yang sentiasa bersyukur. Sikit je ujian ni, ramai lagi manusia yang diuji lebih berat dari kita dan mereka tempuhinya dgn sabar dan tabah. Moga Allah rahmati Ramadhan kita kali ini insyallah.

Tuesday, July 17, 2012

SELAMAT BERKAHWIN DAN BERNIKAH SAHABAT

Kalau sebut mengenai kahwin, suka saya untuk dengar lagu Mahligai Kasih nyanyian UNIC. Menusuk hati dan bait-baitnya menginginkan yang terbaik untuk mereka yang bercinta.

Dan bila menerima banyak jemputan kahwin dari sahabat-sahabat, saya gembira bagi pihak mereka. Gembira sebab mereka dapat apa yang nak dan bagi yang nak sangatttttttttttttttttt kahwin tapi belum dapat tu, sila bersabar. Masanya akan tiba buat kalian. Insyallah.

Cuma doa saya, kalian nanti bukan terasuk dalam golongan yang bercerai. huhu. Mintak jauh yang amat sangat.Bila dengar pasal perceraian, hati saya jadi hiba mengenangkan percintaan yang dulunya indah belake. Kata seorang tua kepada saya, generasi sekarang hidup dalam keadaan banyaknya 'perceraian dijadikan penyelesaian pertama dan bukan terakhir'. Bila cakap dengan mak, mak kata memanglah sedih tapi Allah wujudkan dan benarkan untuk penyelesaian kepada ketidaksefahaman. Tapi ini tak bermaksud sikit-sikit nak bercerai. Moga Allah jauhkan kita dari perceraian.

Untuk yang bakal berkahwin, semoga bercinta sampai ke syurga. Saya tujukan lagu Mahligai Kasih buat kalian. Moga kasih mekar hingga ke syurga.

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilangKetika kau beriku harapan


p/s:

Tahniah juga buat dia yang pernah saya sayang sebab dah dapat baby..hahaha..Adios..:p

Mode Entry :-

*Kepala stress dengan kerja. Perlukan cuti total yang hanya mampu di raih jika ke luar negara*

Sunday, July 1, 2012

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MASA DEPAN?

Orang bercakap tentang masa depan dan ada bermacam-macam topik tentang masa depan. Paling femes, bila nak kahwin dan ada anak? Tu topik yang sangat sesuai bagi golongan muda remaja macam kita dan saya.

Tapi saya lebih berminat untuk fokus kepada berita di televisyen semalam yang saya dengar sambil tidur tapi telinga terbuka. Malaysia bakal ada 180,000 ribu graduan menjelang tahun depan dan peluang pekerjaan semakin menyempit. Apa dia?180,000? Biar betul!

Secara puratanya, hanya 22% daripada jumlah rakyat Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berbanding Korea yang mempunyai kadar tertinggi di dunia iaitu lebih dari 90%. Betulkan saya jika fakta ini silap.

Cuba fikir apa yang akan jadi dalam masa 10 tahun lagi?Junior-junior anda sama taraf dengan anda. Mereka ada degree, kita pun ada degree. Tak ada beza. Yang berbeza, mereka muda, kita tua. Yang beza, mereka kuat, kita semakin lemah hilang kudrat.

Justeru itu, kena sama-sama kita semua menambah nilaikan diri kita. Perlu ada pemikiran untuk menjadi lebih dari orang lain. Ada sarjana atau PHD mungkin salah satu contoh atau mungkin menambah kekayaan dengan lebih banyak.

Yang pasti, sama-sama ita siapkan diri untuk menghadapi saat itu. Mempersiapkan diri ke arah lebih baik akan sentiasa membuat kita bangkit tiap kali kita berputus asa. Sama-sama kita. Insyallah.

P/S:

Sebenarnya jasad letih menyiapkan dissertation & proposal untuk master. Nak tidur pun tak sempat dan tak cukup masa. Hanya telinga terpasang depan televisyen. Terkadang rasa diri mahu berputus asa. Sabarlah hai hati. Nak sesuatu,mana ada cara mudah. Bulat takkan sesekali datang bergolek. Takde kemenangan tanpa pengorbanan dan kekalahan.

Perjalanan beribu-ribu batu itu bermula dengan langkah pertama. Mulakan sekarang! :)

Tuesday, June 26, 2012

DASAR PERUT MELAYU

Saya tak rasa UMNO atau PERKASA pernah amalkan dasar ini tapi sebagai pejuang ultra Melayu, seharusnya Dasar Perut Melayu berada dalam sanubari mereka.

Kalau nak sangat sanjung Melayu, makan je makanan Melayu. Jangan sentuh langsung makanan Barat.

Tetapi halnya tidak begitu. Kerana selera manusia sentiasa perlu bertukar. Allah wujudkan perasaan jemu untuk melengkapi manusia:makhluk ciptaanNYA. Sesekali nak juga sentuh chicken chop, spagetti & lain-lain.

Keadaan juga sama dengan bangsa. Melayu tak selalunya betul. Tak selalunya bebas dari kesilapan. Ada hari, kita memerlukan bantuan bangsa lain hatta Cina dan India. Kerana kita semua makhluk Tuhan yang saling melengkapi satu sama lain : prinsip terindah ciptaan Tuhan.

Justeru, dasar yang bodoh dan bebal mempertahankan kebodohan semata-mata kerana keangkuhan haruslah disapu bersih dari minda dan fikiran. Percayalah kita takkan selamanya mampu berjalan menongkat langit. TIDAK SELAMANYA!

Harus juga saya akui, bahawa saya juga seorang Melayu mengikut perlembagaan Malaysia walaupun Moyang saya sudah 1Malaysia : Melayu, Cina & Siam. Saya juga akan membantah sikap membebalkan diri semata-mata utk mempertahankan bangsa saya yang silap. Teladanilah sikap Nabi yang tidak berbeda dalam menghukum mereka yang silap dlm tindakannya.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat tidak lari dari prinsip yang satu ini. Dasar Perut Melayu. Petang tadi, rasa seperti mahu demam. Dalam hati terdetik sudah : aku masih tak makan Nasi lagi harini. Ya. Nasi - makanan rugi bagi bangsa Melayu.

Saya mampu makan apa sahaja, tapi dalam sehari mesti menjamah nasi jika tidak mampu ditimpa demam. Harap Dato Ibrahim Ali juga seperti saya. Hehe.

Moga Allah rahmati saya dengan prinsip Perut yang saya bawa ini. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

KEBEBASAN ITU MAHAL HARGANYA

13 Jun 2012 - Saya kira hari yang sangat menggembirakan buat En Man. Sudah 11 tahun beliau dihantui dengan kes kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001. Beliau dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Thailand.

Kami sudah beberapa kali membuat surat representasi(rayuan) kepada pihak pendakwa bahagian Kelantan untuk mengurangkan pertuduhan atau pun membebaskan beliau terus dari tuduhan tersebut. Namun representasi kami telah ditolak. Dan hakim telah sekali lagi memberi peluang untuk kami memanjangkan representasi tersebut untuk kali terakhir ke Putrajaya. Jika gagal, perbicaraan akan diteruskan dalam kes ini dan kemungkinan besar beliau akan ke penjara.

Dan untuk kali terakhirnya, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan apabila representasi tersebut telah diterima dan pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Usai keluar dari mahkamah, terus beliau memeluk saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan pendakwaraya. Saya hanya gelak besar kerana saya sudah jangka beliau akan menangis kegembiraan. Yang sebenarnya saya sudah tahu sehari lebih awal bahawa pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Sengaja saya tak memberitahunya terlebih dahulu. hahaha.

Apa yang terkeluar di mulutnya, saya dah lama tak dapat tidur dengan lena. Allahurabbi. Sebak saya mendengarnya. Tapi kalu dilihat dari fakta kes, kami masih yakin beliau mampu untuk dibebaskan andai perbicaraan diteruskan.

Justeru itu teman-teman, sejauh mana kita yang bebas merdeka ini menghargai kebebasan yang kita miliki? Moga kita menggunakannya dengan sebaiknya. Pesan saya, berhati-hatilah ketika memandu. Andai tersilap langkah dan terlibat dalam kemalangan, kita jugak mungkin akan didakwa kerana kecuaian kita yang boleh membawa kepada penarikan lesen memandu dan hukuman penjara.

Moga Allah rahmati kita semua insyallah.

Monday, May 28, 2012

BILA KITA HARUS BERUBAH

Saya ada banyak benda untuk ditulis, tapi semuanya berada di dalam kepala. Cuma ianya tidak tertumpah keatas papan komputer. Kalau ada yang sudi untuk menaipnya bagi pihak saya, pasti saya amat berterima kasih. Cuma untuk kali ini, saya rajinkan diri untuk menulis di tengah-tengah kekalutan musim manusia sibuk kenduri kendara mencari redhaNYA.

Dari kecil, saya hanya mendengar tentang golongan free thinker/liberal. Secara umumnya, mereka ialah kumpulan yang menyandarkan pemikiran dan tingkah laku mereka hanya semeta kepada logik akal tanpa wahyu dari langit. Sekali dgr pendapat dieorg ni, mmg hebat. Logik dan masuk akal. Tapi bagi kita yang percaya pada Islam dan tahu ajaran Islam, benda ni banyak yang mengarut. Cuma masalah kebanyakkan kita, tak reti nak counter balik hujah dan pendapat mereka.

Justeru bila saya kini memilih untuk sedikit aktif dengan Malaysian Bar (Majlis Peguam Malaysia), saya sudah dapat menjangkakan saya akan mendapat direct exposure dgn kumpulan ini yang memang monopoli dalam Majlis Peguam. Dan ternyata, Allah beri peluang untuk saya dengar pendapat mereka dua tiga minggu lepas. Hebat. Mereka bukan cakap sembarangan. Banyak pembacaannya. Banyak rujukannya. Dan saya tekun mendengarnya mengambil kira semangat freedom of speech yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Konklusinya, saya boleh katakan, mereka hebat. Mampu untuk menarik ramai pihak menyokong mereka walaupun jika dikira dari sudut agama, hujah dan pemikiran mereka sangat menyimpang.

Sedikit perkongsian buat kalian. Harap takde budak2 bawah 18 tahun baca post saya ini. hehe. Seorang dari mereka berkata, sapa ajar yang lelaki kena kahwin dengan perempuan? Itu hanya ajaran dulu kala yang cakap penis harus *dgn izin* 'dicucuk' ke dalam vagina. It is well train that boy being trained by their parent to love the blue/red colour since their young age vis-a-vis girl to love pink/yellow. It is custom of our old age generation. Dan pengamal same sex love ini katanya fall in love through the same man loves woman. Exactly the same! It is their psychological need same as we need a vagina to satisfy our lust. It is all our mind setting.

Dan banyak lagi perkongsian kami pada petang itu. Jujurnya, dalam hati saya doakan mereka diberi hidayah oleh Allah satu hari nanti kerana mereka mengkaji dan mengkaji bukan mengikut membuta tuli.

Dan jujurnya saya sendiri punya jawapan untuk persoalan mereka. Kalian bagaimana? Bersediakah untuk berhujah dengan mereka jika diizinkan untuk bertemu mana. Ketika ini, peranan kita sebagai Daie amat diperlukan.

Dan kita seharusnya berubah. Tiba masa kita mantapkan ilmu untuk mempertahankan apa yang kita amalkan  dan percaya. Dan sudah tiba masanya kita bukan nya bertaqlid buta mengharamkan itu dan ini tanpa mampu mempertahankan amalan kita dengan hujah-hujah.

Sama-sama kita berubaha seiring globalisasi yang melanda dan menyerang setiap sudut kehidupan kita. Moga sedikit perkongsian saya ini membuka sedikit jalan dan ruang untuk kita semua menjahit kembali jalan-jalan kita demi untuk mencapai keredhaanNYA insyallah..

Saturday, May 26, 2012

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI DIRI

Saya nak ucapkan selamat hari kelahiran buat diri sendiri. Umur dah.meningkat sudah 24 tahun, saya doakan saya tak putus berusaha untuk jadi lebih baik dari hari semalam & sentiasa berbakti selagi saya termampu.

Dan seperti biasa, ayah & mak yang saya perlu terima kasihkan kerana kesudian mereka atas izin Allah memberikan saya secebis peluang untuk hidup di dunia.

Tak lupa buat sahabat2 yang walaupun saya tak aktifkan birthday reminder di Facebook, tetap mengingati hari kelahiran saya. Ramai yang wish. Terima kasih semua. Doa kalian sangat menggembirakan hati saya.

Signifikannya hari lahir ini kerana ia berlaku seiring dgn Himpunan Bersih 3.0. Apa jua komentar dan lontaran pandangan kalian, pada saya manusia yang waras yang hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi harus suka atau tidak menyokong sebarang usaha untuk kita mengamalkan pemilihan pilihanraya yang bebas dari segala unsur penipuan. Itu soal tunjangnya yang mesti dijawab.

Terima kasih juga kepada yang mengirimkan hadiah. Terutamanya pengirim misteri tanpa nama yang mengirimkan 1000 Sunan kepada saya




Ikut gerak hati macam tahu siapa yang menghantarnya. Tapi biarlah tinggal tanda tanya seperti mana pengirim itu mahukan. Apa pun jazakallahu khairan kasira.

Saya kasih pada kalian semua walaupun kalian tidak mengasihi saya. Selamat hari lahir wahai diri. Moga jasad dan hatimu tidak pernah putus asa menjadi lebih baik ;)

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

STRESS!!

Saya baru hampir nak masuk bulan ke 6 saya didaftarai sebagai peguam mahkamah tinggi Malaya.

Tapi bulan ni saya rasa sungguh stress dengan kerja-kerja sebagai seorang peguam. Kerja yang bermacam, client yang pelbagai, karenah staffs dan sebagai menambahkan lagi kejiwaan di dalam diri. Maka benarlah kata seorang senior hebat yang menjadi pakar rujuk di Kelantan tatkala bertemu saya selepas didaftarai - Welcome to the hell bro!!

Bila saya dah rasa sendiri, saya tau kerja ini memang menempah hell. Maki dan sumpah seranah akan menjadi habit jika tiada iman di jiwa. Semua macam tak jadi dan tak menjadi. Bila ingat-ingat balik, sabar dan istighfar sahaja yang saya mampu. Dan saya mencoret kata-kata ini dalam rasa yang macam nak pecah kepala.

Ingat semula pesan hukama, HITUNGLAH KESYUKURANMU DAN BUKANNYA KESUKARANMU NESCAYA KAU AKAN BERSYUKUR.

Mari sama-sama bersabar. Masalah tercipta untuk diselesaikan. Insyallah.

Monday, April 23, 2012

BERGADUH ITU LAST CHOICE

Saya ingat bila saya dah mula kerja ni, tiap-tiap hari saya jumpa bergaduhan. Putus hubungan dan paling parah kalau siap bertumbuk.

Dulu-dulu time gaduh biasa jugak bergaduh dengan kawan-kawan, tapi dah gaduh baik la semula. Paling teruk pun bergaduh sampai delete no telefon dan bila jumpa buat macam tak pernah kenal. Bagi saya kalauu situasi macam ni, ikut la..Orang tak nak layan kita, biarlah..Ada 100 orang lain yang sudi berteman dengan kita.

Dan satu benda yang dapat saya highlight dari BOS, dia tak suka gaduh. Dan gaduh harus menjadi last choice bukan first one. Sebab masalah ini dicipta bukan untuk mengeruhkan tapi untuk diselesaikan. Walaupun lawyer ni naturally hebat dalam bergaduh, tapi kami gaduh dalam court je. Kat luar kita kawan. Sweet ;)

Justeru itu, pilihlah untuk bergaduh/bertekak/berbalah sebagai last choice bukan first one. Kalau ada jugak nak bergaduh, mesti dia tak mature.

Sekian

Wednesday, April 4, 2012

SESAL MENDUA



Saya ingat saya banyak kali menyesal sebab saya sambung belajar. Sambung belajar sambil bekerja.

Menyesal bila datangnya waktu malas nak ke kuliah. 9 jam berterusan kuliah setiap sabtu memang mencabar fizikal dan rohani. Yang pasti bontot leper bila jam 5.30 petang. Kepala senget nak absorb nota-nota yang first time jumpa dalam hidup (sebab master lain bidang).

Menyesal bila datang waktu kena submit assignment. Timbunan kes dan kerja di pejabat. Nasib takde bini lagi. Stress memang boleh menjulang ke tahap dewa langit.

Tapi selalu saya pujuk diri, tiada kesusahan yang kita lalui tanpa adanya kesenangan diakhirnya.

Selalu saya pujuk diri, biarlah menyesal sambung master dari menyesal seumur hidup sebab tak pernah attempt untuk buat master dalam hidup. Kan?

Sesal mendua? Biarlah aku dibius cinta sampai aku tal bisa berkata-kata.

Terima kasih Tuhan untuk peluang ini!

posted from Bloggeroid

Thursday, March 29, 2012

SELAMAT JALAN SIFU

Banyak kali saya alami perpisahan dalam hidup saya. Dan selalu saya tangisi perpisahan itu hatta dengan orang yang membenci saya. Terkadang timbul benci dihati denan orang tersebut tapi saya tak lupa kebaikannya walaupun sedikit kepada saya.

Pernah saya rasa saya tak mampu lagi untuk bangun untuk beberapa ketika bila berpisah kerana kasihnya saya pada dia atau mereka.

Dan selalu saya pujuk hati sendiri, Allah kasi perpisahan kecil untuk saya tarbiyah hati nanti dengan ujian yang lebih besar. Selalu. Itulah mtivasi saya untuk melangkah tatkala menerima berita perpisahan.

Dan untuk tahun 2012, saya akan berpisah untuk kali kedua..Tempoh hari dengan Nenda saya, kali ini dengan Sifu saya. Sifu/abang/bestfriend dialah segalanya. Mengajar saya apa itu erti menjadi seorang peguam dari hari pertama saya mempetisyenkan borang. Ajar saya untuk appear depan court dan menjadi sedikit berani dengan tuan hakim. Ajar untuk cool down kan client.

Untuk perpisahan kali in, agak lama saya mereng. Driving kereta hanyut dan kadang-kadang tak tahu kemana saya menujunya. Yang pasti tak dapat menerima hakikat.

Apa pun, saya pasti merinduinya. Sepertimana saya merindui perpisahan dengan kalian semua. Setiap kali kita berpisah, selalu saya tanya pada diri, bila kita kan berjumpa lagi? Dan saya sendiri pun tidak pasti.

For my dear Sifu, I will always miss the journey that we have traveled together.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Tuesday, March 27, 2012

DUIT BUKAN SEGALANYA

Saya ada beberapa kenalan doktor pakar.

Pakar bedah. Pakar jantung. Pakar kanak-kanak. Pakar buah pinggang.

Yang hidup mereka sudah dilimpahi dengan segala kekayaan dan kemewahan dunia dek kerana kepakaran yang mereka ada dalam hidup mereka yang hanya sebilangan kecil manusia di dunia ini punyai.

Walau demikian, mereka masih bekerja kerasa untuk merawat dan menyelamatkan nyawa manusia siang dan malam pagi dan petang. Tiba-tiba terfikir, mulianya tugas doktor. menginfaqkan diri untuk masyarakat. Semalam, saya menunggu hampir dua jam untuk menemui seorang sahabat doktor pakar urologi. Sampai giliran saya, dia bergegas keluar. I minta maaf. Ada patient waiting me on table. I will call you while driving to the hospital. Saya clueless. Haha.

2 minit kemudian, dia telefon. Sorry. Kawan I telefon minta tolong datang segera. Ada patient operate untuk bersalin. Doktor O&G terpotong saluran kencing patient tu. I have to go to help the patient. Sekali lagi saya clueless. Ades. Dalam hati, takpe mengapalah, ada yang lebih memerlukan beliau. Doktor masuk kerja pagi sampai bila-bila dia kerja. Pernah saya terfikir bila doktor berehat?

Masa Tok Wea keluar masuk private hospital dulu, ada seorang doktor pakar yang bertahun-tahun jaga dan treat dia. Tak kira masa dan ketika. Dialah yang bertabah jaga. Duit dah berkepuk. Kete dah besar gajah yang jarang orang pakai di Kelantan. Tapi hidupnya untuk berbakti. Pukul 1 pagi, masih di workstation, greet patient macam dia ada seribu kekuatan untuk senyum dan terus tersenyum. Sungguh hidupnya untuk masyarakat.

Tapi tak semua begitu. Ada juga yang mata duitan. Biasalah dunia.kan?

 Kita macam mana? Tak kiralah siapa pun kita, marilah kita beramal membantu masyarakat walau peranan kita sekecil mana pun buat bekalan di hari kemudian. Kata Dr Asri, tak luak pun anggota badan kita, tak habis pun duit kita malah Allah tambah lagi nikmat dan rezeki bila kita jadi insan bersyukur.

Dear Doctors in all over the world,
May Allah bless you with your work.
Thank you.

p/s: Moga adik saya juga kelak setabah doktor-doktor ini. Insyallah

Tuesday, March 20, 2012

SAYA ALERGIK

Allahuakbar..

Itu sahaja yang mampu saya ucap saat saya pertama kali diserang alergik. Garu sana garu sini. Dulu bila saya dengar orang kena saya hanya mampu senyum, tanpa komen yang panjang kerana tak pernah merasa. Jumpa doktor dan dia kasi ubat, alhamdulillah sihat semula.

Selalunya dalam setahun ada kena sekali. Dan kali ini yang pertama untuk tahun ini. Nampak kulit dah lain, terus g kat doktor.

Dr, saya rasa saya kena alergik.

Dia tengok lengan, ni bukan rasa tapi dah memang alergik. Alergik apa ni?

Saya rasa saya alergik perempuan comel kot Dr..hahaha..Jawapan nak cover gatal..ngeh2

Apa punye soalan. Kalau saya tau saya alergik apa mesti saya lari dgn benda tu or tak makan :-P

Nanti kena buat alergik test sebab penting nak tau alergik pada apa mudah untuk precaution nanti. Harapnya bukan alergik gadis gadis. Kalau tak macam mana nk buat masjid nanti :-P

Alergik ni mengingatkan sebenarnya manusia ni lemah. Kalau takde antibodi, terus rebah. Jangan nak angkuh sgt hidup tanpa bantuan Tuhan.

Moga Allah redakan kesakitan & alergik kita semua.

Pernah alergik?Jom ke PATHLAB dgn saya. Kita buat alergik test ramai2.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 8, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU SAHABAT

Malam ni insyaallah salah seorang teman baik akan menerima amanah menjadi Roomate sehidup semati dgn insan pilihannya.

Selalu saya tanya, siap dah ke persiapan? Dia kata aduh pening kepala sangat nak kendurinya..Haha.. Nanti mu nak bekwoh mu taula lagu mana katanya..

Saya tak pasti la bagaimana kami selepas ini bila dia sudah terikat..Tak macam dulu lagi..Masa lebih terhad..Tapi saya percaya itu yg terbaik..Katanya kesian anak orang tunggu lama-lama..

Sahabat, selamat bercinta hingga ke syurga..Bermula dari chambering hingga sekarang, kami taat setia bertiga..Kini tinggal Amy & saya..Tunggu Amy lak lepas ni baru saya kot..haha..

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 7, 2012

KERANA SAYA ADA LL.B DEGREE

Semalam, saya menelefon seorang sahabat jauh tapi dekat di hati. Selalu kalau nak telefon dia, time kena strategik sebab dia ada hobi pelik - aktiviti underground..hahaha.. Rasanya plumber je buat keje underground nih...hehe

Yang lagi pelik semalam bila saya telefon pun tidak berangkat. Hmm. Takpelah. Dah tidur kot. Tiba-tiba dia msg, sory tadi g bilik air cari idea..haha.. Memang weng.. Sian..

Nak dijadikan cerita, dia merungut sbb ada lecturer guna kuasa veto - takpela saya nak cakap apa pun, saya ada degree, awak ada? Memang kejam dunia tapi hakikatnya begitulah. Kepandaian dilihat dari atas kertas. Kata2 lebih didengar jika poket tebal dgn wang ringgit.

Nasihat saya, bersabarlah sikit dlm belajar. Dapatkn segulung ijazah. Kalau tak nak sambung master pun takpe dah walaupun hakikatnya degree atau pun master pun tak mampu utk menjamin kerja utk anda zaman skrg.

Saya dah ada LLB Degree, registered lawyer - awak ada?

p/s - dear keria, penghujungnya sudah hampir. bertahan & teruskanlah ;-)

posted from Bloggeroid

Monday, March 5, 2012

KERANA KU CINTA

Saya ingat saya tak pernah gagal masuk ke kedai buku dan keluar darinya tanpa membeli hatta sebiji buku. Walau sesesak mana pun duit saya, saya usahakan untuk membelinya.

Sama juga jika saya berada di airport menanti pesawat utk ke sesuatu destinasi, pasti saya tidak pulang ke rumah tanpa buku.

Kalau tanya tempat yang saya boleh berada walau berjam2 tanpa saya merungut bosan, pasti ianya adalah kedai buku.




Dan kini saya sedang membaca beberapa buah buku tapi fokus sedang lebih kepada buku di atas karangan Robert Kiyosaki. Saya suggest untuk kalian turut sama mbacanya.

Doa saya moga orang2 yg saya kasihi & cintai juga seorang yg kasih pada buku dan jika diberi peluang moga anak2 saya juga seorang yg cintakan buku2. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Sunday, March 4, 2012

KAKTUS



Minggu lepas berkunjung ke rumah pak cik dan terlihat 4 pohon kaktus simpanan di tamannya..

Teringat kaktus saya kiriman teman saya..Bila teringat diri lemah diuji badai, ingatlah kaktus. Hidupnya sendiri tapi sentiasa gagah tanpa air berbulan2..

Raise up against any challenges my friends.. We can do it..

posted from Bloggeroid

Sunday, February 26, 2012

NFC BUKAN KFC

Ada seorang sahabat minta pandangan saya berkenaan isu NFC/National Feedlot Corporation. Sebenarnya bial isu ni meletup, kalian dah boleh ada pandangan sendiri untuk menjadi hakim kepada isu ini. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan, saya akan ulas sedikit atas permintaan Chempaka Berbisik..haha

Secara ringkasnya, Kerajaan telah melancarkan projek NFC ini dengan tujuan untuk membekalkan keperluan daging lembu untuk penduduk semenanjung pada amnya. Angkanya saya tak ambil tahu tapi niat murni ni adalah satu usaha yang bagus untuk memastikan bekalan daging tidak putus terutamanya pada waktu kemuncak Untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya, kerajaan telah memberi pinjaman mudah kepada NFCorp RM 250 juta. Kenapa dikatakan pinjaman mudah?Mengikut laporan audit negara 2010, pinjaman tersebut diberikan dengan kadar 'interest' 2% dan tidak ditetapkan dengan jelas bila ianya perlu dibayar semula kepada pihak kerajaan. Dalam zaman moden yang semua orang terikat dengan idea ekonomi kapitalis yang mabukkan keuntungan, mana ada institusi kewangan yang menawarkan kadar 'interest' 2% kepada peminjam. Hatta pinjaman kereta pun 3% lebih. Itu satu isu yang harus dijawab.

Keduanya, bila melibatkan projek-projek besar dan menggunakan 'tax payer money', ketelusan dan kecekapan syarikat yang mengendalikan haruslah menjadi keutamaan agar duit rakyat tidaklah habis begitu sahaja. Dalam kes NFC, kontrak untuk menjalankan projek ini telah diserahkan kepada keluarga menteri secara runding terus. Isunya, bagaimana pengalaman syarikat tersebut dalam industri menternak dan mengapa tidak dilakukan 'open tender' bagi memastikan syarikat yang terbaik yang well train diberikan hak untuk mentadbir projek ini.

Ketiganya, telah didedahkan akaun syarikat terbabit yang mana terdapat beberapa perbelanjaan yang sangat meragukan seperti perbelanjaan kad kredit bagi pengarah-pengarah syarikat, yuran keahlian kelab golf dan beberapa perbelanjaan lain. Anak sulung kepada menteri terbabit telah memberikan satu kenyataan bahawa perbelanjaan syarikat dibayar menerusi kad kredit persenderian dan bagi saya ini adalah satu jawapan yang dangkal dari seorang pengarah syarikat. Apa kehal duit syarikat nak campur aduk dengan kad kredit. Bayar pakai cek dan voucher la. Dan satu lagi, apa kaitan yurang kelab golf dgn pengurusan lembu?Isu ini jgn dipandang enteng oleh ultras kerajaan. Undang-undang mana yang membenarkan syarikat lembu menggunakan duit syarikat kepentingan peribadi?

Keempatnya, telah didedahkan juga pembelian rakus pengarah syarikat dengan beberapa hartanah mewah di sekitar KL & Singapura. Sekali lagi, tuan pengarah berkata, pinjaman berkenaan membenarkan syarikat untuk melabur dalam hartanah yang dirasakan memberikan keuntungan. Jika itu jawapannya, saya mungkin bersetuju dengan beliau tetapi mengapa hartanah tersebut diletakkan nama pemiliknya sebagai pengarah syarikat & bukannya syarikat terbabit?Apa akan jadi ssekiranya syarikat terbabit diisytihar bankrap kelak?Apakah hartanah tersebut akan turut disita ataupun akan terus dimiliki oleh pengarah-pengarahnya?Anekdot mudah, anda membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank dan usai mendapat duit untuk membeli rumah,anda bertukar fikiran untuk menggunakan duit tersebut membeli kereta.Adakah anda bersalah dan boleh didakwa?Jawablah sendiri soalan tersebut.Kalau tak pasti, boleh try buat tengok apa akan jadi. Justeru, jika penjelasan pengarah diterima pakai, apa sesuatu yang sumbang berlaku dalam perjanjian ini yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak syarikat. Kalau macam itu hendaknya, baik kasi RM250 juta untuk fully invest dalam property dan pada saya ada beratus-ratus syarikat lagi yang lebih competative untuk membuat keuntungan bagi pihak kerajaan dalam property investment.

Berdasar kepada alasan-alasan di atas, saya berpendapat berlaku kepincangan yang jelas dalam NFC bukan KFC ini. Diharapkan kerajaan berbuat sesuatu demi untuk memastikan confidence of the people kepada kerajaan pemerintah dalam isu melibatkna harta rakyat jelata.

Wednesday, February 15, 2012

KASIHKAH MEREKA KELAK?

Saya tak nafikan saya serabut kepala bila orang bertanya begini (walaupun saya tidaklah tergugat dengan pertanyaan ini)

"Bila nak berumah?"

"Bila nak kasi kad?"

"Bila plan?"

"Bila bila dan bila?"

Suatu jawapan yang masih tidak pasti - berliku berduri bengkang bengkok

Selalu saya menjawab "Tunggu habis Master dulu" atau kalau mak ada bersama saya akan tanya "Cuba tanya mak dia nak ada menantu bila". Dan pastinya mak akan tersenyum sebab dia tahu jawapan saya pun tak pasti kerana saya tak pernah fikir dengan serius. Dan bila adik-adik sepupu juga kerap bertanya "Bila Abg Mad nak kahwin?", saya hanya mampu tersenyum dan menjawab dalam hati "Ada isu yang lebih besar yang perlu Abg settle kan terlebih dahulu adikku sayang". Belah Mak, saya merupakan cucu sulung Arwah Tok Wea dan saya ada 38 orang adik-adik sepupu yang macam-macam ragam, melengkapkan keluarga kami yang sudah sedia akrab didikan terus Tok Wea sejak Tok Ayah meninggal 34 tahun dulu. Pernah juga saya terfikir nak kahwin awal sebab nak Tok Wea pegang cicit dia, tapi sekarang memang dah tak kesampaian sebab Tok Wea pun dah tak ada. Dan Tok Wea bukanlah jenis yang suruh cepat-cepat, pernah dia kata pada saya, jaga diri dulu sebelum sibuk nak jaga orang lain - JELAS katanya manusia lain tu bukan sepatutnya diletakkan sebagai priority sebelum sampai waktunya.

Dan teman-teman yang lain juga, saya pasti bila kita menjejakkan kaki ke umur 20an, soalan-soalan yang sama akan kerap kedengaran di gegendang telinga kalian dan sekiranya soalan-soalan tersebut boleh kita tangkis seperti Lee Chong Wei menangkis hantaran bulu tangkis Lin Dan, sudah pasti kita juga akan berbuat demikian.

Apa persoalan yang bermain di fikiran saya bila sebut tentang isu ini? Saya memerhati, saya mentafsir dan saya cuba menyelami bila manusia yang dekat dengan saya mendirikan rumah tangga, kasihkah mereka pada mertua mereka? Banyak yang kasih dan banyak juga yang tak berapa nak kasih. Banyak yang sangat sukar even nak bertanya khabar mertua setelah bertahun 'meminjam' seorang anak dari ibu dan bapa mereka.

Selalu Mak pesan, nak kahwin, kahwinlah dengan orang yang dekat. Dan saya faham dia nak orang yang dekat dengan dia. Yang selalu balik jumpa dia bila di hujung usianya. Yang boleh dia ajak bercerita tanpa sempadan. Mak, orangnya suka berkawan. Pernah saya bercerita tentang guru-guru saya di sekolah dan pasti jika ketemu dengan guru-guru saya, dia akan menegur mereka. Sikap yang Arwah Tok Ayah ajar - berbaik dengan orang ramai yang diwarisi Mak.

Dan bila saya kerap kali menjaga Tok Wea di hospital 5-6 tahun kebelakangan ini, kerap juga soalan timbul di fikiran, sanggup ke bakal isteriku nanti menjaga Mak & Ayah andai mereka sakit kelak? Bila soalan-soalan ini timbul, acap kali air mata bergenang. Ya Allah, janganlah temukan aku jodoh dengan seseorang yang akan buat kasihku jauh dengan Mak & Ayah.

Dan saya juga bertanya dengan diri sendiri - kasihkah aku pada mertuaku kelak?Mampukah aku mengasihi mereka?Berat nak jawab soalan ni.Kasih pada anak mereka harus seiring dengan kasih pada mereka.Tiada lain yang kita dambakan kecuali Redha dari ibu dan ayah.

Dan soalan ini saya masih belum temui kepastian, hanya segala saya serahkan pada Tuhan Yang Maha Esa moga segalanya berjalan dengan baik kelak. Walaupun dah bekerja dan ada duit sendiri, terasa kasih Mak Ayah itu penting buat saya. Ada ketenangan bila bersama dengan mereka yang terkadang tak mampu digambarkan dengan kata-kata.


Justeru itu mungkin kalian juga boleh bertanya dengan diri sendiri - kasihkah mereka kelak? :)

Moga segalanya baik buat kalian insyallah.

Selamat pengantin baru teman-teman ~

Kerana sekali cinta, aku tetap cinta ~

Thursday, February 9, 2012

CINTA BIARLAH BERBEZA

Saya rasa kita semua sudah acap kali mendengar atau mengalami sendiri kisah percintaan yang gagal atau menemui jalan penamat sama ada tragis atau berakhir dengan kedamaian. banyak yang berakhir dengan satu pihak berduka dan satu lagi gembira dan jarang sekali kita dengar kedua-duanya gembira dengan kegagalan itu.

Alasan yang selalu dituturkan - kami sudah tidak sefahaman, kami sudah tidak sehaluan, kami ingin mencuba hidup baru bla bla bla. Apa ke suwey alasan guna.(maaf kerana agak kasar). Saya sangat anti dengan alasan yang ini. Kenapa masa mula-mula bercinta dulu tak guna alasan ini? Ini sebabnya masa memulakan hubungan dulu, tak fikir betul-betul. Buat ikut hati tak ikut otak. Allahurabbi. Saya menangisi sindrom ini. Bukan kerana saya takut dengan kegagalan tapi kerana kegagalan untuk 'begin with the end in mind'.

Ramai yang mengharapkan orang yang dicintai untuk menjadi begitu dan begini bila bila memulakan hubungan kerana dari segi luarannya semua tampak hebat persis Aaron Aziz & Maya Karin dalam filem Ombak Rindu. This is totally bullshit! Jangan tertipu dengan lakonan dan kecantikan yang dibuat-buat untuk menarik perhatian manusia. Pernah guru berpesan saya berpesan, awak jangan kahwin dengan perempuan tu kalau awak tak mampu nak hargai dirinya sewaktu dia bangun dari tidurnya kerana itulah wajah sebenar dirinya.

Akhirula kalam, pesan saya pada diri dan sahabat-sahabat semua, sebelum bercinta fikirlah sedalam-dalamnya. Biarlah cinta itu cinta yang berbeza dengan cinta-cinta yang selalu dihidangkan kepada kita di kaca televisyen dan yang bertebaran di jalanan. Kerana cinta itulah yang mahu kita bawa hingga ke akhir hayat insyallah.

Selamat bercinta ;)















Tuesday, February 7, 2012

HUDUD : MENGERTIKAH ANDA?

Saya ingat bila keluarnya Hasan Ali dari PAS, isu Hudud kembali meletup di kaca TV Kerajaan. Tambah lagi yang bercakapnya seorang yang ada PHD dan boleh berkhutbah di mimbar Jumaat, tidak seperti anak Ali yang lain, menjadikan puak-puak jahil murakkab pun sibuk berdendang dengan lagu Hudud tanpa mengerti apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hudud.

Saya cuba ringkaskan untuk anda. Dalam Islam, ada tiga jenis hukuman yang diwajibkan Allah ke atas manusia iaitu Hudud, Qisas & Taazir. Hudud secara amnya ada tujuh perkara. Qisas pula ialah hukuman balas dan Taazir ialah hukuman yang selain dari Hudud & Qisas dan ini merupakan kuasa mutlak pemerintah yang dilantik.

Justeru itu, harus kita fahami bahawa bila berbicara soal Hudud, jangan lupa sebut juga pasal Qisas & Taazir. Bila media perdana asyik spin cerita pasal Hudud, nampak sangat cerita yang mahu di spin itu tempang tanpa menghargai kewujudan Qisas & Taazir dalam Islam.

Bila kerajaan PAS Kelantan mula memerintah pada 1990, dirangka dan diluluskan Enakmen Syariah yang didalamnya terkandung undang-undang berdasarkan Hudud. Tapi undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana halangan terutamanya oleh PM ketika itu. Mudahnya, kalau kalian bertanya saya mampukah kerajaan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud tanpa pindaan dan sokongan dari Kerajaan Persekutuan? Sebagai 'pembaca' undang-undang, saya akan katakan tak mungkin ia dapat dilaksanakan.

Contohnya mudah. Satu dari hukuman Hudud ialah mencuri. Telah dijelaskan dalam Quran bahawa hukuman kepada kesalahan mencuri ialah potong tangan. Di Malaysia kesalahan mencuri telah diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan dan hukumannya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, andainya dilaksana hukuman Hudud di Kelantan, ia akan membawa kepada banyak 'conflict of jurisdiction' kepada undang-undang yang manakah yang termaktub dan siapa yang akan melaksanakan hhukuman tersebut kepada persatuan pencuri.

Dan bila mana Haji Najib berkata dia mahu tengok sejauh mana kesungguhan Nik Aziz dalam nak melaksanakan Hudud, saya kira statment Haji Najib tidak lebih dari gesaan seorang bapa yang menyuruh anaknya ke sekolah tanpa memberi sebarang wang belanja. Mustahil seorang anak kecil mampu ke sekolah tanpa sokongan dan dorongan dari bapanya sendiri.

Satu lagi yang harus difahami bilamana ada manusia yang mempertikaikan kemampuan Hudud untuk dilaksanakan kerana secara amnya Hudud memerlukan 4 orang 'eye witness' lelaki. Maka adalah yang mengatakan penjahat-penjahat akan berleluasa kerana terlepas hukuman. Mustahil kesalahan dilakukan bilamana ada mata yang melihat. Hudud ialah psychological threat kepada penjahat. Hudud bukan diperintahkan oleh Allah untuk orang jahat tapi untuk orang yang SANGAT JAHAT!Hanya orang yang SANGAT JAHAT akan berbuat kesalahan bilamana wujud mata-mata yang memandang mereka.

Dah tu yang buat kesalahan takde 'eye witness' terlepas la, mana adil macam tu. Inilah statement dari orang yang baca cerita tak habis sampai kulit belakang tapi sibuk nak buat konklusi. Inilah juga statement dari orang yang pandai nak sebut Hudud je tanpa menghargai kewujudan Taazir di dalam Islam. Pada mereka yang terlepas Hudud kerana tiada 'eye witness' Taazir mungkin terkena kepada mereka dan jangan lupa untuk 'bear in minds' hukuman Taazir mungkin lebih berat dari hukuman Hudud bergantung kepada budi bicara pemerintah.

Ada seorang Tun juga sebut, mana adil kalau buat Hudud. Sebab nanti orang yang buat kesalahan yang sama tapi kena hukuman yang berbeza. Islam mencuri kena potong tangan, Orang kafir mencuri kena hukuman lain. Statement in serupa macam statement orang miskin pemalas yang dengki dengan orang kaya sebab orang kaya dapat makan sedap-sedap. Orang kaya,dia berusaha,kerja keras jadi dia worth apa yang dia makan berbanding dengan orang pemalas. Bila melihat sesuatu isu dan sandarannya bukan pada wahyu Tuhan, statement pun dah merapu bagai tanpa melihat betul dan salahnya tindakan kita itu hanya Allah yang boleh tentukan.

Hukum Hudud ni wajib ke?Bilamana dah tersebut dalam Quran, ia menjadi wajib kepada orang Islam tak kiralah ia hanya disebut dalam beberapa ayat sahaja dalam 6000+++ ayat Quran. Sama seperti pengharaman Riba,ianya disebut hanya 13 kali dalam Quran, tapi ulama' secara amnya bersetuju ianya adalah haram. Bila mana ada yang mengkritik PAS kerana tak laksana Hudud, saya kira orang yang mengkritik ini memang hobinya mengkritik tanpa sebab yang jelas. Suka juga saya jawab kritikan tersebut dengan satu soalan lain - pernah tercatat dalam sejarah zaman Khalifah Umar beliau tak laksanakan Hudud,agak-agak Nabi Muhammad redha ke tak dengan Khalifah Umar waktu tu?

Saya berpandangan, Hudud tak akan mampu untuk dilaksanakan di Malaysia selagi mana masyarakat tidak betul-betul difahamkan dengan apa itu Hudud yang sebenar dan PAS sebagai parti politik yang berminat untuk melaksanakan Hudud harus menjelajah keseluruh negara memahamkan rakyat mengenai apa itu Hudud. Bilamana Hudud digambarkan sebagai potong tangan, potong kaki ini sebenarnya gambaran yang totally salah tentang Hudud. Harus diingat sepanjang catatan sejarah, hanya 4-5 kali hukuman Hudud terlaksana dan semuanya kerana pengakuan pesalah dan bukannya case established based on eye witnesses.

Itu yang excessive nya Hasan Ali. 3 tahun menjadi exco agama, bertindak seperti seorang diktator kepada rakyat jelata. Serang sana, serang sini tanpa dialog dan asbab yang jelas kepada bukan Islam. Islam hadir dengan kefahaman dan hanya dengan jalan terakhir baru adanya paksaan dan hukuman.

Allahuakbar. Saya mohon mengundur diri.

























Wednesday, January 11, 2012

DATO', JANGAN LUPA ANDA BERADA DI DALAM SEBUAH BAS!







Ada beberapa sahabat minta saya untuk memberi ulasan mengenai keputusan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 2 hari lepas. Ya,saya juga ingin memberi sedikit pandangan mengenai keputusan kes tersebut. Walaubagaimanapun, saya juga ingin untuk reserve komen saya untuk entry yang lebih penting ini.

Ingin sekali saya berbicara mengenai pemecatan Dato Hasan Ali dari parti Pas pada 8/1/2012 yang lalu. Kenapa?Sebab media sedang enak memainkan isu tersebut di kaca tv dan di dada akhbar.

Andai kalian tanya, siapa Hasan Ali?Saya akan kata, dia seorang yang saya sangat kagumi kerana kepetahannya berkata-kata. Tuturnya sangat teratur dan berilmu, bagai telah dirangka berjela-jela sebelum dia berkata itu dan ini. Anda boleh cari di Youtube apa sahaja video mengenainya dan nilai sendiri hujah-hujahnya.

Dan saya mulai mengikuti perkembangannya apabila dia menyertai Pas selepas pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang dilaporkan oleh Harakah. Kalau tak silap saya. Masa itu, Ayah saya berkata, alangkah bagus kalau Dato Fadzilah Kamsah juga join Pas dan diregukan dengan Hasan Ali, pasti lebih power penerangan jentera Pas ketika itu. Selepas itu, bila ada sahaja majlis yang melibatkan beliau, saya akan cuba untuk hadirkan diri, dan saya ingat lagi alasan dia menyertai dan memilih Pas sebagai wadah perjuangannya - Saya pilih Pas kerana sejarah tercipta dan tercatat bilamana mahu tegakkan Islam di muka bumi, ianya terjadi melalui gerakan politik. Saya tak kata NGO Islam tidak bagus, saya tidak kata tabligh tidak bagus tapi kesannya kurang jika dibandingkan dengan gerakan politik Islam!

Dan ceramah pertama yang saya dengar Hasan Ali selepas kemasukan beliau ke dalam Pas ialah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Masa itu hati sangat bergetar mendengar peringatan beliau. Saya lihat aspirasi beliau ingin manusia menjadi seorang yang berilmu. Katanya, kerajaan jangan suka takutkan rakyat seperti mana ibu takutkan anak-anak dengan hantu pada anak yang suka tidur lewat malam. Mana ada hantu, yang ada hanyalah jin dan syaitan. Kalau putih katakan putih dan hitam katakan hitam.

Dan kalau dilihat tone perjuangan Hasan Ali memang senada dari awal pembabitan beliau dalam Pas. Dia terdidik dari kegagalan anak-anak yang rosak akhlak daripada mereka yang menyertai Summer Camp anjuran beliau. Ingin sekali beliau memelihara akidah anak-anak kecil demi untuk menjadi aset negara yang  berharga pada hari muka.

Hasan Ali Kini

Apabila Tsunami politik berlaku pada Mac 2008, beliau telah diangkat menjadi EXCO kerajaan Selangor. Sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh beliau sendiri saya kira.

Bertitik tolak dari sinilah saya lihat Hasan Ali mula menjadi 'one man show' dan banyak tindakan-tindakan beliau yang tidak seiring dengan keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh Pas mahu pun Pakatan Rakyat.

Dan ini telah memberikan ruang terbuka kepada 'opportunist' untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dan juga Pas baik di peringkat Pusat dan di peringkat Negeri samada dalam kes DUMC, HIMPUN, JAIS dan Dato Seri Anwar. Sepertimana dia bukan lagi seorang yang patuh pada pimpinan dan bercakap seperti seorang Presiden Pas.

Dan bilamana beliau dipecat dari Pas, saya rasa sedih. Bukan kerana Pas memecat beliau, tapi kerana beliau bukan lagi seorang yang saya kenal dahulu. Sepertimana ada sesuatu yang trigger beliau untuk berbuat sebaliknya. Dan sebagai sebuah organisasi politik, seharusnya beliau dipecat kerana tindakan luar kawal beliau.

Statment Kurang Waras

Usai pemecatan beliau, telah dianjurkan satu press conference untuk menerangkan dan mempertahankan dirinya.

  1. Sebab utama saya dipecat kerana Anwar Ibrahim. Kepala hotak dia! Saya kira dia bercakap dalam keadaan tak sedar. Dia terbabit dalam politik pon selepas melihat kezaliman kerajaan terhadap Anwar Ibrahim pasca September 1998. Dan beliau telah bersama-sama memperjuangkan keadilan bukan hanya untuk Anwar tapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Pada pertimbangan saya, isu Pas ikut cakap DAP/PKR/Anwar adalah isu paling bodoh bagi merekla yg menuturkannya. Pas, kalau kalian mengikuti sejarahnya, jatuh dan bangunnya sentiasa dengan prinsipnya dan tidaklah menggadaikannya hanya untuk kepentingan sesebuah pihak dan keputusan dalam Pas bukan dibuat oleh seorang Presiden semata tapi oleh sebuah majlis syura' yang terdiri dari ramai pihak. Hatta seorang Presiden sendiri boleh dipecat sepertimana yang pernah berlaku sebelum ni. Cuba kata Presiden Pas dipecat dari parti, esok Hasan Ali nak cakap apa?Presiden pecat diri sendiri?Period!
  2. Dalam melaksanakan siyasah syariah, acap kali Tok Guru Nik Aziz mengingatkan kepada pesan Saidina Ali pada kita semua dan kita ada kaedah. Jemaah yang bawa Islam ni ibarat lampu, kita kena ikut jemaah, tak boleh terlalu laju dan tak boleh terlalu perlahan kerana kedua-duanya akan bawa kita pada kesesatan. Biar kita lambat tapi kita tak sesat. Dan dalam hal ini, saya rasa Hasan Ali terlalu laju dalam perlaksanaannya. Raid sana, raid sini. Serbu sana.Tangkap sini. Saya mengambil pendirian, Islam hanya boleh ditegakkan andai kefahaman telah diberi kepada masyrakat terutamanya orang Islam itu sendiri. Contohnya mudah. Orang tak akan faham hukum Islam kalau mereka sendiri tak solat dan tak cukup solat 5 waktu. Kalau dilihat secara amnya, berapa ramai orang Islam kat Malaysia dan khususnya Selangor yang cukup solat?Dan berapa ramai antara mereka yang betul-betul faham mengenai hukuman dalam Islam dan dapat membezakannya - Hudud,Qisas dan Taazir? Go educate them first then only you can implement and enforce the law. Kita boleh pilih pendekatan untuk menghukum tapi kita akan dapat kebencian daripada masyrakat yang mmg jahil murakkab tentang Islam. Santunilah Muhammad SAW yang dakwahnya berlaku selama 23 tahun. Nabi tak enforce solat, puasa, jihad dalam satu masa dan semuanya berlaku dalam keadaan berperingkat. Pengharaman arak misalnya berlaku dalam tiga peringkat dgn turunya 3 ayat Quran dalam masa dan ketika yang berbeda. Orang Islam sendiri pon tak faham, then nak harap DAP faham?Kirim salam la.
  3. Hasan Ali tidak diberi peluang membela diri. Saya kira ini isu yang menambah lagi kebodohan. Masa kita belajar dulu,cuba kita try untuk tak hadir ke kelas. Sekali tak hadir dapat la sekali warning letter. Dua kali tak hadir dan ingkar dapat la surat yang kedua. Tiga kali tak hadir, dapat ke surat warning ketiga? Tengkorak dia! Terus kena bar dari ambil final exam. Nape tak kasi warning ketiga, keempat dan kelima? Sampai satu tahap kena la bagi hukuman. Sama juga dalam kes beliau. Sudah dipanggil untuk beri keterangan. Sudah dipanggil untuk diberi nasihat oleh Tok Guru tapi masih lagi bertindak mengikut arus parti. Dan sewajarnya dia dipecat. Dan kalau benar dia masih sayangkan parti, go appeal your punishment first rather than make stupid statements defending yourself to the non-party members.
  4. Perjuangan Anwar kotor sebab morally wrong. Banyak sangat tuduhan. Habis selama ini,share satu pentas ceramah dengan Anwar, berapa kali Dato samak hati dan fizikal Dato bila balik ke rumah? Ingin saya tekankan kepada sahabat-sahabat sekalian, siapa pun hatta satu dunia boleh lemparkan apa jua tuduhan kepada kita, tapi kita takkan disabitkan dengan tuduhan itu tanpa bukti yang reasonable evidence. Dan acap kali jua saya cakap, andai benar Anwar meliwat dan etc dan kita tiada bukti kukuh pembabitan beliau, biarlah dia uruskan urussan itu dengan Tuhannya. Kita punya Tuhan, dia pun punya Tuhan. Tuhan yang berkuasa melihat siang malam perbuatan kita. Dan wujudnya parti politik yang memperjuangkan Islam, bukan untuk mempertahankan individu, jauh sekali untuk mempertuhankan Anwar, Nik Aziz atau Hadi Awang. Jika mereka salah pun, kita akan kritik dan tegur mereka. Dan perjuangan itu bukan milik individu tapi milik semua.Anwar hanyalah triggering factor.
  5. Tiada demokrasi dalam Pas kerana tidak dibenarkan berbeza. Kena faham satu benda. Demokrasi parti dengan demokrasi bukan parti. Demokrasi parti berlaku di dalam parti dan bukan kepada orang yang bukan ahli parti. Sepatutnya perbezaan pendapat berlaku dalam mesyuarat dan bukan kepada media dan hasilnya membawa kepada consensus parti. Ni dok melalak dalam media hal polisi parti. Anda mungkin betul pada hujah, tapi bawa-bawalah berbincang dengan peringkat parti kalau benar anda ahli parti.
Dan saya percaya, siapa pun takkan dapat melaksanakan Islam dengan kaedah politik dalam keadaan sendirian dan one man show. Ini mustahil terjadi kerana ini perlukan kerjasama banyak pihak dan tentunya Haji Hasan Bin Mohd Ali pun tidak akan mampu berbuat demikian.

Dato, saya tak lupa lagi sumpah Dato di Sri Gombak sebelum pilihanraya 2008 - andai saya masuk UMNO, jatuh talak tiga kepada isteri saya. Saya akan sebut benda ini dengan Dato nanti bukan kerana saya benci kepada UMNO tapi kerana sumpah Dato untuk taat setia kepada perjuangan parti.

Anologinya cukup mudah. Kita telah sama-sama naik bas dari KL untuk ke Kelantan dipandu oleh seorang driver dan bas itu bukan murah harganya kita membelinya. Tiba-tiba sampai di pertengahan perjalanan, Dato marahkan driver sebab bawa lambat kerana Dato rasa Dato ada PHD dan mampu bawa lagi laju. Dan sepatutnya Dato dipaksa turun dari bas terbabit supaya tidak mengganggu orang lain yang komited dgn destinasi untuk tiba di Kelantan lambat atau cepat driver terbabit tiba. Eloklah kiranya Dato membeli bas yang lain atau pun menumpang bas lain yang Dato rasa sesuai dgn jiwa Dato yang sudah dipertengahan perjalanan.

p/s: saya sendiri bukan ahli parti yang mana-mana tapi jika sesiapa pun memilih untuk terikat dengan parti, jangan lupa anda ada seseorang yang ditaati walaupun dibenci.




Sunday, January 8, 2012

1 + 1 = 3 Murid-murid!

Banyak yang minta saya berikan pendapat mengenai isu demonstrasi di UPSI dan sikap dan pendirian Polis dalam menanganinya.

Dan acap kali juga saya akan cakap walaupun ada yg tak setuju dgn pendapat saya. Bila anda tak setuju dan anda bersuara,yes that's democracy.Cuba apabila anda dipaksa utk menerima pendapat org lain walhal anda sgt yakin pendapat anda itu benar,pasti hati dan perasaan anda rasa gelisah dan tidak tenteram yg amat.Itu tandanya kebatilan tu bukan fitrah dan fitrah anda sedang mendesak anda utk berkata benar.

Acap kali kita dgr prasa 'Mahasiswa tugasnya belajar & menuntut ilmu'.Jangan sesekali berpolitik!Pada saya,siapa anda itu akan menentukan apa pendirian anda tentang prasa ini.

Mari ingat kembali,semasa mula2 ke sekolah dulu,di darjah 1 cikgu akan lantik seorang dari kita utk menjadi ketua kelas utk memudahkan pengurusan kelas.pergi ambil buku kedatangan,pergi ambil kapur,report pada cikgu siapa yg tak dtg dan sebagainya. Masa tu sebab masing2 orang baru dan tak kenal satu sama lain,cikgu pilih sapa yg jd ketua. Bila dah naik darjah 2,kita pilih sendiri sapa nk jadi ketua kita sbb masing2 dah kenal dan masing2 tau sapa yg blh diberi tanggungjawab.Hah,nila politik.Politik ni mudahnya memilih seseorang utk urus dan rancang perjalanan hidup sesebuah kumpulan.

Dari kecil kita diajar berpolitik secara indirectly hingga ke peringkat tertinggi dlm kehidupan kita.Masuk universiti lagi la,ada election utk pilih MPP bagi tiap kuliah dan peringkat negara ada Pilihanraya utk pilih wakil bagi kita utk ke Parlimen & DUN. Politik dah masuk dlm tiap generasi kehidupan sama ada sedar atau buat2 tak sedar.

Tapi ada pihak buat2 tak faham dlm isu ni. Kenapa ada double standard bila kes Mahasiswa muncul. Mungkin ada yg lupa Mahasiswa ini rata2nya berumur 21 ke atas dan itu umur layak mengundi. Bagaimana mahu mengundi jika tidak dibenarkan bersuara dlm isu politik? Anda dibenarkan utk makan tapi tidak boleh pilih apa yg hendak dimakan. Makan je apa yg dihidang.Ini Bodoh namanya!

Dan Mahasiswa dibenar berpolitik bilamana utk kepentingan pihak tertentu sahaja.Berdemo ke Putrajaya membawa sepanduk tanpa dikacau oleh polis menyokong memanda menteri..Siap masuk tv lagi. Dan turut disiarkan media gambar Mahasiswa bersama tokoh politik pembangkang dan melabel mereka agen si polan dan si polan hanya kerana sekeping gambar.

Anologinya mudah, cuba reverse situasi. Mahasiswa bergambar dgn memanda menteri,mengapa tidak dikata mahasiswa terbabit agen memanda menteri tetapi sebaliknya Mahasiswa bersama pemimpin negara. Menteri juga ahli politik. Di sini ada kepincangan yg jelas. Soalnya bukan menyokong pembangkang tetapi hati2 Mahasiswa sudah jelek dan menyampah dgn sikap pilih kasih dlm soal pengharaman berpolitik.

Juga kerap dicanang Mahasiswa berpolitik acap kali gagal dlm pelajaran. Ya mungkin ini benar justeru berpolitik harus diharamkn. Tapi jgn lupa utk haramkan juga percintaan,riadah dan aktiviti bersukan dikalangan Mahasiswa. Ini juga turut menyebabkan Mahasiswa masakini gagal utk fokus dlm pelajaran andai maksud 'belajar' dalam konteks Mahasiswa ingin didefinasikan secara literal. Ask them to spend 4 years study in Classroom and library only.

Bila ada Mahasiswa terkinja2 di kelab malam tiada yg membicarakan soal adab, tapi bila Mahasiswa berbaring di tgh jalan dan berdemo utk menyerahkan memo bantahan di luar waktu pejabat,heboh soal adab dan jati diri disebut. Pada saya, dua2 ada kelemahan dlm kematangan tapi ingat, dari siapa mereka terajar dan diajar. Ingat, siapa yg gagal menunjukkan contoh yg baik pada generasi muda. Mereka mungkin gagal mendengar kata, tapi tak pernah gagal mengikut perlakuan orang yg lebih tua.

Bila guru mengajar, 1 + 1 = 3 Murid-murid! Jgn salahkan murid-murid.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 3, 2012

KAU KATA

Kau kata mahasiswa dilarang berpolitik,
Tapi Kau punya kelab mahasiswa luar negara.

Kau kata mahasiswa agen Anwar bilamana mereka merakam gambar bersama Anwar,
Tapi Kau juga bergambar bersama mahasiswa.

Kau kata mahasiswa dilarang berdemonstrasi,
Tapi Kau lupa Kau juga turut sama berdemonstrasi suatu ketika dahulu.

Kau kata mahasiswa hanya perlu belajar,
Tapi Kau lupa mahasiswa buat macam-macam hal lain tapi Kau tak larang.

Kau kata mahasiswa kena jaga adab ketimuran,
Tapi Kau lupa kau turut langgar undang-undang dan peradaban.

Kau kata mahasiswa itu penderhaka,
Tapi Kau lupa mahasiswa itu pencinta negara.

Kau patut kata,KAU LUPA!

HUSM
3/1/2012

posted from Bloggeroid