Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Monday, August 30, 2010

MEETING, MEETING DAN MEETING

Benda yang seronok sangat dengan meeting ~ saya pun tatau..

Tapi semalam saya raikan ahad yang penuh ceria dengan meeting..8 jam consecutively..

Giler hapo?Saya sendiri tak percaya..macam-macam orang jumpa..macam-macam ragam..;))

Tak apalah..Semuanya hanya untuk CONVEST 10 yang tercinta..

Dah berkasih dgn CONVEST 10 sekarang saya nie..Ia menuntut saya mengasihi dan menyayanginya ~ moga cinta ini tidak membunuhku :D

kurang dari 40 hari lagi nak CONVEST 10

kurang jugak dari 10 hari lagi nak ditinggalkan Ramadhan..moga ada lagi Ramadhan buat kami tahun hadapan..

Tadi exam evidence,tah apa la saya jawab..tak ada chemistry dgn evidence nie..tatau la..kena study last minit baru masuk..kawan-kawan macam mana exam tadi?

Apa pun,selamat bercuti..Pandu selamat..Moga kita jumpa lagi lepas bukak raya..

p/s: Bercinta dengan CONVEST 10 ~ sangat memenatkan..Ada ke cinta tak penat?semua penat tapi happy insyallah ;)

MOOD MERENG ~ TIADA LAGI

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s’lalu berbeda
Sampai kapan lagi ‘ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin ‘kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak ‘kan lagi ‘ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


p/s: MODE *MERENG* ~ dek kerena meeting 8 jam consecutively hari ini..

Otak mereng dia start la nak ingat benda2 pelik..aiyoo..sesuatu berlaku hari ini..gugugu

Biarku simpan semua kenanganku bersamamu ;)

Friday, August 27, 2010

STC & NZA CORP



Hari ini ada la idea nak cerita apa..

1 ~ Ada orang gtau dia jumpa blog ahmad setelah mencari..haha..Siap cakap lagi saya rajin update blog..Malu-malu ;)
Nie blog merapu meraban je..Tak hebat macam blog lain..he..Tapi pape pon selamat datang..Di sini tempat saya merapu ;p

2 ~ Semalam rekod kot meeting..6 jam ++++..Bertambah-tambah kerja...Ayah dah pesan haritu busy,degil..sorry ayah..tak reti nak tolak gane dah masa orang mintak tolong..huhu

3 ~ Nak cerita hari nie pasal perkara yang berlaku minggu lepas je pun..ehehe..Terlewat cerita sebabnya kemalasan nak upload gambar..Minggu lepas 20 Ogos 2010,tok su ajak datang kedai dia sebab ada iftar dan tazkirah khusus dgn ustaz hasrizal..private event..
Seronok seyh..Dah tu ustaz bawak team Saifulislam Training Consultantcy(STC) dia..Semua hadir..Lagi la seronok..Sebab salah seorang dari mereka senior saya masa CONVEST '08..Beliau juga merupakan mantan President ENGINIUS semasa saya di LAWSOC..

STC dapat datang invitation sebab STC beribu pejabat di NZA CORP,syarikat milik adik tok su saya..Ada link la kiranya..hehe..NZA bapak la kaya punye company..Terkejut tengok website dia..huhu..

Pape pun ceramah ustaz malam tu sangat la mantap..Tak puas mendengarnya..Ustaz menyentuh hal puasa dan kaitannya dengan taqwa..Ustaz jugak menyentuh mengenai dependency kita terhadap sesuatu..Jangan terlalu bergantung kepada sesuatu kelak kita akan binasa dan sifat orang yang berjaya bukan terlalu dependent..

Nak buat huraian lebih lanjut?Saya segan la..Saya bukan ustaz..Saya penerima ilmu je..tapi nak gtau happy la sebab majlis ilmu yang sangat sedikit tetamu..30 orang gtu..Biasa saya hadir kuliah ustaz dalam crowd yang ramai..Ni dapat berborak secara face to face dgn dia mmg peluang seumur hidup la..hehe..gambar private je tak de dengan ustaz hasrizal..

Lagi best dapat duit lagi g majlis tu..haha..Selamat makan aku seminggu..g tadah telinga dapat duit..kesian la sapa yang saya ajak tapi tak nak p tu..lain kali jangan jual mahal..dapat rm100 malam tu..ngeeee~

4 ~ Semalam celebrate besday committee PC central yang bulan 8..Sorry semua budget sendiri..Ciput-ciput je duit..huhu..Harap korang happy..Setakat yang termampu dari headcom kalian ini..Korang dah buat yang terbaik..Keep up the pace..Kesian headcom programme kena rush dgn kita semua yang laju ;)





BEGITUKAH CINTA?

Apa yang kita harapkan dari orang yang kita sayang?

Duit?

Masa?

Perhatian?

Cinta?

Kredit?

Semua di atas memang benar kan?he

Tapi percayalah sesuatu ~ andai kita sentiasa berharap itu dan ini dengan dia kita hanya mencintai dan menyayangi diri kita..

Apa perasaan dan kata hati orang yang kita sayang..Pernah kita beri ruang untuk beliau 'leisure' time untuk kehidupan beliau sebagai seorang manusia?

Kesian sahabat ~ 24 jam kena menemani..24 jam kena memujuk..24 jam kena melayani..Seolah takde masa untuk dirinye sendiri..Seharusnya mereka yang saling menyayangi saling memahami..Bukankah begitu? ;)

Cinta itu sememangnya tanggungjawab yang menggunung..Tanggungjawab beliau bukan hanya pada pada kita,tetapi kita juga bertanggungjawab untuk memenuhi tanggungjawab 'memanusiakan' dirinya. Jangan sesekali lupa akan itu.

Bercinta biar ke syurga..Bukankah begitu?Jangan terlalu mengongkong kerna itu hanyalah untuk kebaikan kita..kelak kita pasti kehilangannya..

Moga selamat ke anak cucu kalian semua..

Jangan sampai ketika taqdir berbicara kerana lemahnya tadbir kita sebagai seorang manusia



Thursday, August 26, 2010

CINTA OR SUKA?

Ku coretkan sesuatu buatmu yang bertanya ;)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga…
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata…
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu…
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis…
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita…
Tapi jika kita cuba menutup mata,
cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda
cinta.

Dedikasi dari seorang sahabat ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah settle hari ini..Lulus ujian semua walaupun berat nak bangun..

Menanti hari esok yang tidak pernah pasti,insyallah ;)

~Yesterday has ended last night~

Wednesday, August 25, 2010

COORDINATION MEETING & PP'S EXAM

Salam

Saya pun tak tahu nak cakap apa..

Tapi penat

Letih

Tak sempat rehat

Tak fully sempat study..

Malam ini exam Professional Practice pukul 830 mlm

Pukul 2 petang ada Coordination Meeting CONVEST 10 dengan s-dev..(pukul berapa tah habis)

Pagi tadi present case IBT..

Jap lagi presentation Criminal Procedure..

Hanya satu ~ damn tired..he

Pening kepala den..

Semalam pergi preparation untuk meeting hari ni till pukul 1 pagi..Risau kena bamboo dengam soalan-soalan pelik walaupun saya tak cuak sangat dengan meeting nie..Sebab dah pernah meeting dengan orang yang lagi besar + dengan kapasiti yang lebih ramai dan saya berseorangan..Dapat imagine?mengadap 30 orang besar serentak dengan hanya saya sorang sebatang kara mempertahankan diri..

Confidence dan perasaan buat tatau dah menebal dalam hati..Terima kasih program ;p

Doakan saya sukses hari ini..

Pape pun,sesibuk mana busy tu,mungkin hanya 10% dari sibuknya nabi dan ulama kan?

So jangan mengeluh sangat..Ada hikmahnya..Kita bantu orang,nnt tuhan bantu kita balik..saya percaya tu..Anjuran nabi kita ;)

Insyallah


Monday, August 23, 2010

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT

Sikit je nak beritahu..

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT..

Kenapa?

Sebab blog ini dah jadi famous menjelang saya nak grad..

Bilamana ada je orang suruh update blog,tandanya mereka masuk saya tak update..sorry..

Busy sikit minggu ini..Meeting berderet..gugugu..sabar ea..Nanti hamba turutkan kemahu kalian semua..

Terima Kasih yer ;)

p/s:Twin,letak gambar kat sini leh? ;p

Friday, August 20, 2010

STATUS HARI INI

Saya ke kelas..Alhamdulillah..2 hari tak nampak aikol..

Nak update apa harinie?

Penat ~ kena entertain dua program personally..Kesian kat head PC dia..

Saya bergambar tadi..Untuk magazine AGD kami..sedih..nak habis dah masa kat AIKOL nie..

Demam tak betul2 kebah lagi..Bersin dan batuk..

Gagal untuk tidur..Bergolek-golek di atas katil..tanpa dapat tidur..

Esok ada jemputan untuk iftar dan tazkirah bersama penulis prolifik Hasrizal Abdul jamil..Moga diberi kekuatan untuk saya drive kereta dengan keadaan serba uzur ini..

Dan ~

SILA AMBIL PERHATIAN ~ SAYA TAK SUKA ORANG MSG/SMS SAYA PENDEK-PENDEK ACUH TAK ACUH NAK TAK NAK..KALU NAK MSG,BUAT CARA NAK MSG,JANGAN STOP IKUT SUKA HATI JE..ADA COURTESY UNTUK CAKAP,OKAY SALAM..NIE DIAM TERUS..MEMBAZIR KREDIT JE LAYAN MSG..INGAT HEBAT SANGAT AKU NAK LAYAN KO PUNYER MSG..BANYAK LAGI KERJA LAIN BOLEH BUAT..

THOSE WHO ASK FOR RUDENESS DESERVE IT ;)

INGAT AKU MURAH SANGAT HARGA DIRI

MOGA DAPAT SENYUM SEPERTI INI LAGI..





Wednesday, August 18, 2010

KEGAGALAN UNTUK MENJAGA DIRI

Pelik ke bunyinye tajuk kali ini?

Gagal untuk berlaku adil pada jasmani saya menyebabkan saya miss kelas dua hari(harap esok dapat ke kelas) insyallah

Demam panas dan batuk mula melanda..Tak pernah saya demam panas gni..Sampai nak sahur pon kena ajak kawan berteman..Boleh 'iron' baju rasanya dgn tubuh saya..haha..

Sebabnya ~ nak pinjam kata-kata ayah mi ~ 'extremely busy'

Bukan busy tapi terlebih..aiyoo..kelas,exam dan most importantly CONVEST '10

CONVEST '10 ~ hadirnya dalam hidup saya tanpa saya pinta..tapi tidaklah hadir dengan bala cuma komitmen perlu diberi extra untuknya..

Menjadi Central Committte bukanlah sesuatu yang mudah kerana beban dan tanggungjawab untuk proses 'menyamakan' dan menguruskan 14 program..Saya bertanggungjawab penuh ke atas 24 central subcommittees dan 14 headcom yang masih punye punya anak-anak buahnya..Dan selalu saya ingatkan mereka sebagai PC kita bukan hanya berminat dengan PC department semata tapi kita berminat dgn semua pihak dan committees dalam program yang kita libatkan diri..Kerna itulah nature tugas dan tanggungjawab kita..

Dan semestinya ratusan committees di bawah tanggungan saya tu bermacam 'fiil' dan perangai yang mahu tidak mahu harus saya tempuhi dengan sabar dan tabah..Tak semua ingin bergerak seiring dengan kita dan ada yang harus digerak dan dikejutkan supaya bergerak seiring dengan kita..Semuanya untuk CONVEST '10 ~ EMPOWERING FUTURE EXCELLENCE

Akibatnya ~ first wave ini saya terlantar di bilik keseorangan..

Semalam 17 Ogos 2010 ~ Mass Gathering CONVEST '10

Bebanan dan task pertama bagi kami di PC Central Department..

Sayalah PM nya..Kamilah Prep & tehc nya..Kamilah Pub & Pro dan kami jugak Catering..

Ikut hati ~ tak nak pergi..Tapi gagah kan diri juga untuk ke sana..Tak mahu hampakan kerja keras mereka semua untuk menjayakan program..Dan alhamdulillah walaupun pelbagai alasan diberi sukses..Kehadiran luar jangkaan..Yang tak dapat makanan,maaf dari pihak kami..Datang awal lain kali.Kami afford untuk dapat sponsor bagi 300 orang je.Terima kasih MAS ;)

Maaf jugak kepada yang hadir tapi tak terlayan..Saya nak emo pon ada jugak..Bila kepala dah senget,hati pon jadi tak terkawal..Maaf kalau ada yang terasa kena marah.Sapa suruh buat saya marah..Ingat dunia nie kamu sorang yang ada dan saya perlu entertain? ;)

Dan saya dapat rasakan sehingga tamat CONVEST '10 nie,saya tak dapat miss untuk berhubung dengan mainboard PC saya..Terima kasih tak terhingga dapat rahim,ella,wa & iqah..Ahmad sayang kalian semua dan thanks bear with me and please bear with me till the end..We are superb team and partners ;)

Owh yea..sedikit sebanyak kesibukan ini mengingatkan seseeorang yang pernah saya sayang..pernah..sekarang sayang lagi tapi sayang jauh-jauh..kenapa ye?sebabnya kerana saya busy,saya lupa hari lahirnya..huhu..sedih dan terkilan dia..menangis?sudah pasti..haha..maaf ea awak..walaupun tau awak tak baca pun blog saya dan awak dah buang saya dari hidup awak jauh2..tapi kenangan itu tetap dalam ingatan saya..kerana saya dilahirkan untuk menyibukkan diri kot..;)

How long i have to be like this,me myself have no answer ;)

Lepas nie kerja,lagi la busy..

Pada akhirnya ~ saya perlu menjaga diri..nak hidup lama lagi..banyak benda lagi terfikir di fikiran nak buat dan realisasikan..

Nak jaga hati orang lain 24 jam/7 hari seminggu...maaf..saya tak mampu..nak merajuk,kecil hati..silakan..yang mana ahmad mampu jaga,ahmad jaga..Kalau mak dan ayah sendiri pun ahmad kontek jarang-jarang,orang lain lagi la..Dan in fact,takde orang yang perlu saya take care seperti roomates saya satu keselesaan buat saya buat masa ini..

Dan jika ditanya adakah saya takut untuk hilang kawan lagi?

Jawapannya mudah ~ Saya dah pernah hilang kawan baik yang saya sangat percaya,saya dah pernah hilang orang yang saya sayang sepenuh hati saya,jadi untuk kehilangan lagi(andai jadi),saya dah lali dan overdose..Walaupun saya tak minta..

Harapan ~ Please bear with me..Dont expect too much..Saya jugak punya hati dan perasaan yang saya perlu entertain..Seriously tak cukup rehat..Takde orang jaga hati kita pun kalau kita nak prioritas nak jaga hati orang lain dulu..Last2 kita teraniya...Seek first to understand than be understood

Moga tuhan beri masa untuk rehat..Damnly tired with thousands of anonymous numbers and problems

Moga diberi kekuatan..Ameen..



Monday, August 16, 2010

16 OGOS 2010

Saya setahun yang lepas..ada perubahan dengan tahun nie? ;)

Apa yang penting berlaku pada 16 OGOS 2010 ~

Telah berlalu setahun, 16 Ogos 2009 saya tamat course skill saya di UIA yakni Recreation 2..Masa tu saya penat sangat..Dapat rasa lagi penat time tu..letihnye pergi kem dengan hati yang tak redha..saya bukan suka sangat camping..sangatlah leceh..hoho..masa tu buat kat tanjung malim..tempat yang paling le saya tak nak g..haha ;p

Tahun nie 16 Ogos 2010 bersamaan pulak 6 Ramadhan..Ada lagi tercatat sejarahnye..Saya demam..Macam tahun lepas..Nie sangatlah demamnye..tak larat plus letih..Exhausted dengan urusan hidup dan CONVEST '10 yang makin mencengkam..Terkadang tak terlayan permintaan subcom,headcom subprogram dan central management committee ke atas saya..mujurlah ada pembantu-pembantu yang sangat membantu..kurang la sikit bebanan..Boleh saya cakap MainBoard PC sangatlah membantu meringankan kepala saya yang sedia ringan ini..he..Subcom pun banyak membantu..Proaktif mereka nie sampai kadang2 kerja lagi laju saya..

6 Ramadhan jugak mengingatkan saya pada sesuatu yang saya amat rindui ~ motosikal saya yang telah selamat dicuri pada dua ramdahan lepas..mana dikau WOK 3531..tuanmu merinduimu..baru sebulan aku beli,dah selamat kena bantai..aduhai..takpela..takde rezeki..saya redha..;)

Dan dengan keadaan yang serba uzur ini,kami di central department PC diamanahkan untuk menguruskan mass gathering CONVEST '10 pada hari esok..17 Ogos 2010..cian pulak kat saya..saya mintak tak hadir,tapi asst saya tak kasi pulak..katanya ahmad takde sapa nak lead..aiyooo..nnt ahmad pergi bertongkat esok ea..he..Ahmad kenal katil je sekarang..kalau boleh hp pn nak silent..:(

Moga segalanya selamat esok..insyallah..teman-teman di PC central,ahmad sudah mula sayangkan kalian semua..Terima kasih berikan peluang untuk kami bertemu ya tuhan ;)






Sunday, August 15, 2010

TETIBA RINDU KAMU...


Adoyai..

Tetiba saya rindu dia..Terasa nak msg dia..Nak call tu tak la..Tak berani..

Tapi kena cepat-cepat ketuk diri ~

SAYA HARUS SEDAR SIAPA DIRI SAYA!!!!

Dah-dah..

Jangan rindu lagi..Muka tak hensem,pipi tersorong-sorong..Back to the track please..hehe..

Jom sahur..Nasi goreng seafood pun sedap jugak ;)

Moga dihilangkan rasa itu yang tak dihargai pun ~


Friday, August 13, 2010

SAYA MASIH SINGLE

Post ini agak tidak bertamadun dek kerana kita semua baru menjejaki ramadhan,aku pulak sibuk cite pasal single mingle nie..haha

Maaf,tapi i cannot afford untuk tidak mecatatkannya di sini ;p

Beberapa hari lepas,seorang teman bertanya, "Kenapa nampak gloomy je nie Ahmad,memikirkan single ke?"

Hahaha..Tergelak besar saya..

Hello..Takde sebab pun saya nak sedih sebab masih single..Dulu mungkin,sekarang no more ;)

Back to back,rasa sangat happy pun ada..hehe

Sebabnya?

Dapat tidur dengan aman..hehe

Tak payah nak jaga hati orang lain..

Tah,tak berfikir pun lagi mengenai hal itu..

Yang sibuk difikirkan sekarang..

Sedih nak grad ~ Nak buat pilihan kerja ~ Nak duit banyak ~ Nak g melancong ~ CONVEST '10

SO takde isu pun sedih or gloomy..

Walaupun kadang-kadang sedih la tengok semua orang dah berpunya,tapi saya percaya ada la hikmahnya..

Kalau ada,adalah nanti..Kalau takde pun tak mengapa..

Masih merasakan diri tak layak untuk menjadi seorang ketua kepada seorang makhluk bernama WANITA ;)

Tak payah la cucuk isu nie lagi..Saya tak gemar..Sila sibukkan diri dengan soal hati masing-masing yang belum settle dan masih bertatih mencari CINTA sebelum sibuk gosip pasal CINTA saya

ISU CLOSED ~

p/s:

Buat kekasih yang mendelete FB ku,cepat-cepat kahwin walaupun kamu dah tak sayang saya,tapi doaku sentiasa ingin kamu bahagia.;)

Hanya yang menghargai layak disayangi
Hanya yang berbudi layak dikasihi
Hanya yang mencintai layak diberi
Nota buat ~ AHMAD BIN ALWI

Pinjam kata-kata seorang teman ~

Never allow someone to be your priority while you're just their option!!

Tak ada lagi unsur kasihan kerana CINTA andai tuhan ingin memberi insyallah






Thursday, August 12, 2010

harapan ramadhan

bertemu kembali...

asslamualaikum semua...

setelah lama menyepi,sy kembali.....saya rasa bersalah kerana tidak ada masa untuk mengupdate ciput ini disbbkan oleh kekangan masa sbg seorg pelajar final year kerana jadual sya dipenuhi dgn clinic dan posting di hspital..tp,sy cuba untuk coret sesuatu untuk dikongsikan bersama...

salam ramadhan kareem buat semua..alhmdulillah kita msih dipanjangkan umur untuk bertemu dgn ramadhan kali ini. ini bermakna peluang untuk kita beramal ibadat terbuka seluas2nya di mana pada bulan ramadhan ini bulan yg penuh barakah,pintu2 syurga di buka,malaikat dirantai dan pintu2 neraka ditutup.. tp,adakah kita manfaatkan ramadan ini dgn bersungguh-sungguh?sesungguhnya ramadhan itu bulan yg penuh barakah, dijanjikan pahala yg berlipat kali ganda dan yg paling penting pintu keampunan terbuka seluas-luasnya...xlayak rasanya ramadhan itu disia-siakan dan berlalu begitu sajer dan mana tahu ramadhan akan dtg kita tidak akan bertemu lagi dgn ramadhan...ya allah,berilah kekuatan kepadaku untuk beribadat kpdMu pada bulan yg mulia ini...

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak





Tuesday, August 10, 2010

SAYA MASIH TAK FAHAM

Saya masih mencari sebab..

MENGAPA DAN KENAPA????

Dulu beria sangat nak,bila dah dapat..tak nak pulak..aduhai..apa nie..saya jadi tak faham..kusut pun ada..bukan budak-budak nie nak buat keputusan macam gtu..tak fikir masak-masak..lain kali,jangan fikir hati je..timbangkan banyak perkara..

Kata seorang subcom saya,kata-kata hati jarang benar..Jangan dok ikut sangat kata hati,sebab kata hati jarang betul..Nape dia cakap gtu?katanya amalan pun tak cukup,hati pon tak bersih,macam mana kata hati nak betul..setuju sangat2 kata dia..betul betul betul..jadi kalau nak buat pada,guna jugak sandaran lain janga ikut hati je ;)

Mudahkan jalan kami ya tuhan..

Saya masih sayang & saya masih tak faham..Pelik dan ajaib..;)

Itu kuasa tuhan..Kan?




Saturday, August 7, 2010

KATA-KATA UNTUK HARI INI

Masih lagi menyelak-nyelak buku..

"CINTAILAH OLEHMU SESEORANG ITU JIKA FALSAFAH PANDANGAN HIDUPNYA SESUAI DENGAN KAMU"

Jangan mengikut kata hati sangat,terkadang kata hati tak selalunya benar..Jangan biarkan yang dikendong berciciran


Thursday, August 5, 2010

KATA-KATA UNTUK HARI INI

Saya menyelak lembaran buku-buku,terjumpa kata-kata ini


"BILA SESEORANG ITU KERAP JATUH CINTA, ERTINYA DIA BELUM BERJAYA MENCINTAI DIRI SENDIRI"

Moga kami semua insan yang setia buat yang satu,insyallah ;)


Tuesday, August 3, 2010

SAYA & ALERGIK

Apa agaknya saya nak tulis kali ni..hehe

Selama saya hidup,saya hanya dengar orang kena alergik tanpa saya merasainya..Sebab saya memang boleh makan semua benda sebut je apa..Biasanya orang alergik seafood,tapi memang boleh makan seafood..

Pertama kali saya kena alergik dua tahun lepas..Habis la merah-merah badan..Masa tu lepas makan ikan goreng rasanya.Saya ingat kena gigit nyamuk,sbb memang gatal habis..Sebab tak tahan sangat pergi ke klinik,doktor cakap mmg alergik..Dia suspect saya alergik kepada kebersihan..ada ke?tak pernah tau..Ikan buruk atau ikan lama kot..Dia suruh saya buat alergik test,tapi sampai sekarang tak buat-buat lagi.

Tu seumur hidup saya kena alergik dan semalam saya kena lagi..Lepas makan nasi minyak dan ayam berempah,terus gatal-gatal..Dan yang terseksanya,kena chaired meeting pukul 830 semalam dengan department PC central..tahan tangan dari menggaru..miss class lagi dan hari ini dan naik ke muka..Jangan bertukar jadi Incredeble Hulk dah lepas nie..Dah makan ubat diberi klinik UIA dan harapnya sembuh nnt insyallah..

Baru sikit tuhan uji dan terhantuk terngadah saya nie..Lemah betul manusia kena sentiasa bergantung harap padaMu tuhan..Moga ini kaffarah dosa buat saya..

Sahabat,pernah rasainya?kalau gatal-gatal,cepat-cepat g klinik ;)