DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibu. Papar semua catatan

Ahad, 24 Februari 2013

Kerja rumah,kerja sekolah.




 Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif, aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal.Satu ketika beliau mengongsikan kesah anaknya yang menangis tidak kerana tidak dapat menyiapkan kerja sekolah.Jika terjadi pada kanak-kanak begini ada potensi anak ini tinggi sifat tanggjawab pada tugasnya.Tidak siap banyak risiko akan ditanggungnya,kebimbangannya dizahirkan dengan cara menangis.Jangan pula jenis yang tidak kisah,siap atau tidak,apa-apa terjadi nanti,fikirkan kemudian.

Yang palingg menyejukan hati guru ialah jenis yang meminta kerja.

"Cikgu tak ada kerja rumah ke,boringlah kat rumah tak ada kerja" Dan besoknya kerjanya siap.

Kerja rumah adalah salah satu cara guru membantu anak-anak belajar dirumah. Setengah mereka  tanpa kerja rumah mereka tidak akan sama sekali membuka buku kecuali anak-anak yang mempunyai ibubapa yang educated serta perihatin seperti Dr Muna. Terdapat juga  ibubapa  yang sampai peringkat  menguasai sukatan pelajaran demi membantu anak-anak,betuah anak-anak yang berada dalam situsai keluaga begini. Sering berlaku semasa Mesyuarat PIBG,ibu bapa mempertikai anak-anak mereka tidak diberi kerja sekolah oleh guru-guru berbanding dengan guru sekolah lain. Guru Besar akan panas telinga lalu memaksa guru-guru memastikan komplen ini tidak berulang. Namun guru-guru sering berhadapan dengan  hanya sebahagian anak sahaja yang menyiapkannya. Seterusnya guru pula panas hati, maka timbullah pula adegan-adegan seperti kasut tumit singgah ke kepala dan sebagainya,ekorannya timbul pula saman menyaman dari ibubapa tidak puas hati.

Saya sendiri pernah menghadapi situasi dilema yang sangat menuntut untuk saya membuat keputusan yang semaksimanya, dimana anak  lelaki saya sendiri tidak menyiapkan kerja rumah yang saya sebagai gurunya berikan sebelum cuti hujung minggu. Pada hujung minggu tersebut terlalu banyak undangan kenduri,siang dan malam,selain menyelesaikan pakaian sekolah mereka dari mencuci hingga menggosok. Saya tahu dia sepanjang masa menghadap game di skirin PC. Tiba hari Isnin dia antara yang tidak siap kerja sekolah.

Dalam keinsafan bahawa itu adalah kealpaan saya  sebagai seorang ibu,namun  sebagai guru,denda tetap denda.Biasanya denda saya ialah minta mereka menyiapkan duduk di koridor kelas. Saya perasan ada seorang murid perempuan telah memberikan bukunya pada anak saya untuk disalin,mungkin secret admirenya.Saya rasa dia tidak menyangka yang saya akan meneruskan tindakan tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya boleh kategorikan murid-murid ini sebagai berikut;


Murid yang;
  • ada kerja rumah,bertanggung jawab menyaipkan,berusaha jika sukar bertanya.Ada potensi berjaya dalam hidup.
  • ada kerja rumah, tidak dapat meyelesaikannya kerana tidak pandai mengurus masa,tidak siap menangis kerana takut guru marah,takut dimalukkan dihadapan kelas,ada potensi menjadi orang yang bertanggungjawab,walau selalu membuat kesilapan.
  • ada kerja rumah,sengaja tidak buat,tak kisahlah cikgu marah,kena malukan dalam kelas.Ada potensi menjadi seorang yang tidak ada sifat tanggungjawab samada pada diri sendiri atau amanah yang di berikan.
  • Ada kerja rumah tapi lupa nak buat kerana sebok dengan perkara lain,main,mengadap komputer,sampai sekolah buat muka selamba,tetapi dalam ahti berasa kesal,berazam tidak lupa lagi,tapi tetap juga melakukan.Ada potensi menjadi seorang yang selalu kena marah boss,dan sukar naik pangkat.
Bagaimana pula dengan situasi yang seperti ini?

Ahad, 13 Mei 2012

IBU


Khamis malam Jumaat,9.15mlm Sedang Makbonda sebok melayan 4 orang anak saudara yang yatim,dititipkan di sini kerana ibunya berkursus diluar daerah. tiba-tiba Mak talipon,hanya dengan beberapa patah ayat;


"Bukak TV tak?Kalau bukak tekan RTM 1,Dah ye nak bagi tahu je,Assalamualaikum"


Bila habis siaran,Makbonda panggil lagi.


"Terimakasih Mak bagi tahu,..........."sambil bertukar-tukar sebak.


Makbonda cuba cari di Youtube,kut boleh dikongsi,tapi belum ada yang meng upload kan.


Hanya dapat mengongsikan gambaran  dari FB Dr Muhaya,  Forum Perdana MAlam ini TV1, 9 pm - Tajuk wajah Terindah"




Makbonda amat terkesan antara petikan Ustazah Zawiah. "Kita patur rasa berdosa bila sampai ibu kita yang memanggil kita dulu di telefon.Sepatutnya bila ini terjadi cepat-cepat kita minta mak kita letak telefon dan bagi kita panggil mak kita."


Ya itu lah yang sering Makbonda alami,dan setiap itu juga Makbonda akan merayu memohon kemaafan.


Insyhaallah,Makbonda juga sebagai ibu pula tetap akan menalifon mana-mana anak yang agak liat untuk menalifon ibu mereka. 


Sedang Makbonda menekan keyboard ni tiba-tiba telefon berdering,anak sulung Makbonda memanggil................ 
sambung balik


Dia sedang dalam perjalanan di lebuhraya Johor Bahru- Kota Tinggi.Katanya dikiri kanan jalan penuh dengan pelajar sedang menunggu Kembara Mahkota Johor.


"Kakak tak berehenti ke,tunggu sekali"
"Tak payahlah"
"Mak ingat lagi masa kakak tahun 1 dulu,nak ajak pergi Masjid tengok Sultan Selangor,mak tak mahu lalu kakak merajuk, " Kakak tak pernah nampak sultan" Mak Jawab "Kakak kecik lagi mak lagi dah setua ini pun tak pernah tengok"......hilang rajuk kakak"
"Oh ye,mak ingat lagi" kami sama-sama ketawa.
Baru letak telefon anak gadis kedua pula memanggil. dia baru bertolak dari rumah 7.30 pagi tadi,mamaklumkan dah sampai ke Bangi. Alhamdulillah.


Klip dibawah ni adalah Makbonda edit sendiri,adaptasi dari http://makbonda61.blogspot.com/2011/05/kasih-sayang-seorang-ibu.html \
 berlatar belakangkan lagu Ibu (Rafly Kande,dari petikan hafalan sholat Delisa)yang sangat menusuk kalbu itu



Selasa, 17 Januari 2012

Sekolah kehidupanku

Setiap kali ibunya mengunjunginya akan terdengarlah keluh kesah dari lidahnya,tentang masaalah kawan-kawanya,kawan sana khianat kawan sini berlidah tajam,kawan sana berlidah bercabang. Ibunya tetap setia memasangkan telinga agar dia sentiasa tahu bahawa ibunyalah juga menjadi kawan karibnya yang pertama sebelum insan lain. Ya dia remaja yang sedang mencari identiti,remaja yang sedang dalam proses memasuki gerbang kehidupan dunia realiti.Makbonda tidak akan menyuruhnya berhenti serta merta,biarlah dia bercerita,dengan harapan akan mengurang beransur-ansur . 

Makbonda pernah mengalami zon tersebut.Pernah juga menjadikan emaknya teman pertama.Suatu ketika,semasa bersalaman dengan bapak sewaktu menghantar ke asrama,selain beberapa helai wang kertas,ada sekeping kertas putih berlipat.Makbonda membuka setelah tiba di dom. Didalamnya tertulis dengan huruf jawi;
"Ayahanda ijazahkan solawat ini untuk anakanda amalkan,baca setiap selapas solat dan apabila kesempitan" 
  Inilah ayat itu;

Makbonda syak,tentu sekali emak bercerita pada bapak. Makbonda tidak tahu maksudnya,dan dengan penuh yakin mengamalkan mengikut apa yang beliau tuliskan.Sehingga kini. Bila menjelang dewasa barulah makbonda tahun maksud dan khafiatnya setelah terjumpa dibeberapa kitab-kitab doa.

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".
khafiatnya boleh didapati disni
 
Terimakasih Allah yang menjadikan aku zuriat kepada bapak.Dan kini Engkau wariskan kepadaku amanah itu.

Makbonda dapat rasakan apa yang anak remaja itu rasakan, Dia anak makbonda,baik buruk pekertinya makbonda telah maklumi. Makbonda tidak menyelahkan kawan-kawannya,sebab itulah realitinya kehidupan dan dia tidak boleh mengubah kawan-kawannya,yang perlu diubah ialah dirinya.Bonggolan negetif dalam dirinya perlu di singkirkan.agar dia memendang segala yang berlaku dengan positif.Tentu sekali dia tidak akan menerima jika kita katakan dalam dirinya sedang ada sesuatu organ hitam yang berbuku. Untuk mengaku keburukan diri memang amat payah,tetapi boleh didik beransur-ansur. Siapa lagi yang dipertanggungjawabkan kalau tidak orang yang paling rapat dengannya.Tentu sekali menjadi pengalaman kepada ibunya.Kalaulah tidak nampak hasinya sekarang,iaitu semasa hayat masih ada,cukup menjadi penyambung apabila telah dialam barzakh nanti.Untuk meningkatkan iman makhluknya Allah tidak akan sentiasameletakannya dalam zon selesa,

Dalam ayat kedua surah al-Mulk, Allah berfirman yang bermaksud: "Dia (Allah) yang mencipta kematian dan kehidupan bertujuan untuk menguji siapakah di kalangan kamu yang paling amalannya."

Terimakasih Allah,yang memberikanku  kesempatan  menempuhi pengalaman perjalanan hidup sebagai seorang ibu seperti ini.Memberi peluang untukku merawat barah ego dalam diri,yang  menganggap diri ini seorang ibu yang hebat dalam mengeluarkan produk yang membesar seorang manusia.Terimakasih Allah memberi kesempatan untuku sentiasa berusaha tanpa henti mencari solusi dalam usaha bagi menjalankan amanahMU .

Jumaat, 13 Januari 2012

Jodoh

Ibu:Semua lamaran kamu tolak,kamu nak pilih yang macamana ni ?
Jawapan           
 Gadis 1
“Nak tunggu putera katak,menjelma jadi raja”
“Kalau tak menjelma jadi raja?”
Jadi anak dato’pun jadilah”
“Kalau tak jadi anak dato”
“Asalkan kaya”
“Ooh nak cari orang kayalah”
Yalah ,zaman sekarang semua mahal,kalau tak kaya macamana nak bayar rumah,kereta,melancong-lancung, shopping- shopping,sewa makandam,”
“Kalau Dia tak kaya tapi bercita-cita jadi kaya?dia rajin kerja.kreatif cari jalan jadi kaya,Sama-sama berusaha  tolong-menolong  nak kaya,bila dah kaya ingat masa belum kaya,dia ingat pertolongan kita,dibanding dengan orang dah kaya,malas kerja,habiskan harta,lepas tu kawin lagi,ialah dia kata dia mampu.”
"Tak mahulah yangkaya macamtu!"
"Kita akan rasa lebih hargai sebuah rumah yang kita bina dari titikpeluh bersama berbanding sebuah rumah yang telah siap tersergam indah."
“.............................”

Gadis 2


"Nak tunggu orang yang sekufu dengan kitalah"
"Sekufu?dari segi apa tu?"
"Yelah kita ada degree,takkan nak kawin orang lulus PMR je,"
"Tak semestinya lulus PMR tak ada ilmu"
"Alah susahlah orang tak belajar tinggi ni,nak buat sembang-sembangpun pikirannya sempit,bukan boleh ajak cerita hal -hal global,nanti kitapun jadi sempit sama"

"Orang lulus PMR kalau rajin membaca,ok juga,berilmu tak semestinya ada degree. Tapi yang penting boleh pimpin rumahtanggakan,dapat suami bijak pandaipun kalau tak reti jadi pemimpin rumah tangga tak guna juga,sakit jiwa dibuatnya."

"Kalau macamtu nak tunggu orang belajar tinggi dan pandai pimpin rumah tangga"
"Kalau yang itu tak juga datang?"
"..........................."


Gadis 3

Nak tunggu orang  alim  datang "
“Kalau tak datang juga? yang datang orang  tak alim?”
Takut orang itu tak dapt nak selamatkan saya. Tak apa, kawin lambat pun taka pa,buat apa cepat kawin  tapi dapat suami tak alim,dibiar isteri tak sempurna jaga aurat,bangga tengok isteri dipuja lelaki lain,kagum dengan kemungkaran isteri. Di biar isteri uploud gambar kat internet dengan gambar tak tutup aurat,gambar perut isteri tengah mengandung,setengahnya pulak suami yang uploud gambar isteri . Nauzubillah."
"Kalau dia pilih kamu sebab dia nak minta bantuan kamu bimbing dia?"
Takut kita tak mampu silap-silap saya hanyut sama
"Dah dia punya azam untuk baik,untuk jadi soleh,sebab tu dia pilih isteri yang baik,Allah kan Maha Tahu dan Dia yang mengatur segala-galanya.Bila dah kawin sama-sama perbaiki  diri berusaha dekatkan diri dengan Allah,sentiasa sama-sama  upgredkan ilmu mencari keredaan Allah.Quran dan Hadith jadikan pegangan. Sementara Orang yang dah soleh pulak dia tidak datang kerana Allah tugaskan dia selamatkan orang lain,nak didik perempuan lain jadi wanita yang soleh. Allah tidak zalim pada yang orang tidak menzalimi diri sendiri”
"Semoga Allah memberi saya petunjuk"

Gadis-gadis,kalau pun kamu mendapat pasangan yang kaya biarlah yang menggunakan kekayaannya ke jalan Allah,kalau yang berpendidikan tinggi biarlah berjiwa, berfikiran dan sentiasa berjuang dan menegakan Islam.Dan kalau yang berilmu biarlah yang dapat menyelamatkan insan lain kejalan selamat dan di redhoi Allah.



Ahad, 3 April 2011

Mencari Syurga?



"Ni Mak tengah nak bercakap,jangan sampai Mak diam,kalau mak dah diam baru kamu tau."

Ayat ancaman begini kadangkala terguna juga apabila cakap sekali,dua kali,tiga kali masih tidak diguna pakai. Tapi Alhamduillah,terkesan juga.jika di gunakan sekali-sekali . Ya,Diam adalah antara satu deraan untuk insan terdekat. Bayangkan pasangan kita mendiamkan diri beberapa lama. Berbagai perasangka bermain di benak...Apakah salah ku,sehingga aku diumpamakan sebagai tunggul?. Kalau tadi Makbonda mahu mendiamkan diri pada anak tapi bagaimana pula kalau anak yang mendiamkan ibunya? Ini lah yang mahu Makbonda kongsikan disini. Kesah dua orang Nenek tua yang telah didiamkan olah anak-anaknya.Sebagai iktibar.Mereka ialah ialah nenek-nenek yang disekeliling hidup Makbonda.


Kedua-dua Nenek ini  adalah penduduk awal membuka tanah di kampung ni. Dahuulu dia beranak-anak kecil membesarkan mereka sambil menjadi tulang belakang suaminya mengerjakan tanah.Tahun demi tahun tanah bertambah luas,sambil anak-anak terus membesar.Seorang demi seorang tamat sekolah,bekerja dan masing -masing berumah tangga. Kini suaminya telah pulang kerahmatullah,dan anak-anak telah mendapat bahagian tanah masing-masing .

Nenek Satu,

Nikmat pendengarannya pula telah di tarik.Hujung usianya tinggal bersama anak lelaki  bungsu suami isteri. Dahulu dia tidak kesah,menantunya tidak pernah memanggilnya 'Mak' atau seumpamanya.Tapi kini tidak,benak tuanya sering mempersoalkan.Sekarang anak lelakinya juga kurang menegurnya,setiap perbualan Nenek Satulah yang memulakannya. Jangan  harap akan memberitahu kemana meraka anak beranak keluar,hatta bermalam sekalipun,melainkan Nenek Satu yang bertanya. Dia juga punya anak lelaki sulung yang telah bersara dan tinggal beberapa km dari rumahnya,setiap waktu mengunjungi masjid yang melintas di hadapan rumah ibunya,tapi sangat jarang menjengok dan berkomunikasi dengannya,jangan harap mahu mendengar suaranya selagi tidak Nenek Satu memulakannya.Walaubagaimanapn Nenek satu masih punya anak-anak perempuan yang tinggal jauh dan sesekali mengunjunginya,tapi tidak pernah dia membuka mulut,sebab tentu sekali mereka mahu membawa ibu mereka tinggal bersama jika dia bercerita hal sebenarnya.

Bagi penilaian Makbonda Nenek satu bukanlah seorang insan yang sukar di urus,dia tidak memilih makanan,pembersih,tenang dan istiqmah dalam ibadat. Sememangnya kurang ilmunya tapi setiap ilmu yang dia tahu diamalkannya. Makbonda sendiri tidak menyangka yang dia akan meluahkan gelodak jiwanya pada makbonda.

Nenek Dua.

Seorang yang pendiam,suka menundukan muka kesan nikmat penglihatannya yang berkurang.Jika berkumpul sesama jiran tetangga dalam majlis-majlis,amat jarang mendengar suaranya. Tapi hari itu dia juga membuka pintu benaknya.

Tinggal bersama anak perempuan yang telah berpisah dengan suaminya yang punya anak gadis. Kata orang anak gadisnya telah terjebak dalam masaalah sosial. Sebahagian anak yang lain mahu adik perempuannya ini beserta anak-anaknya keluar dari rumah ibu mereka agar tidak membebankan ibu mereka. Tapi Nenek Dua tidak setuju,walau bagaimanapun dia adalah penemannya. Akibatnya bermasam mukalah sesama mereka,bila yang lain balik keluarlah adik perempuan ini meninggalkan rumah. Dua orang anak lelakinya juga terjebak dalam persengketaan. Asalnya mereka berkongsi perniagaan,entah salah siapa si abang keluar membawa diri,dan saling tidak bertegur sapa. Nenek Dua pernah bersuara pada keduanya agar membuat perdamaian,nampaknya si abang terlalu tinggi dendamnya,dan kini Nenek Dua terasa si Abang  juga telah menjauhinya,telah beberapa bulan dia tidak menjenguk Ibunya .Walaupun jarak tempat tinggal mereka tidaklah sejauh mana.

Sekarang pemandangan Nenek Dua yang telah berkurang ni,bertambah kabur rasa bila jiwa terkenang peri anak-anaknya.

Apabila dia meminta petua pada Makbonda yang serba kekurangan in,lalu Makbonda bertanya padanya,apa usaha yang telah dibuatnya. 

"Nenek sembahyang Hajat tak berhenti-henti,minta anak-anak taubat,bersatu hati" Sambil suaranya terkear-ketar.
"Betulah Nek apa yang nenek buat tu,teruskan jangan jemu,Insyaallah kalau tidak sekarang,nanti Nenek dah meninggal Insyaallah Allah Taala kabulkan.Yang penting Nenek tenang di alam barzakh" Makbonda dakap dan urut tulang bekang yang telah membengkok itu.

Wahai anak-anak Nenek Satu  Nenek Dua,Nenek Tiga,Empat dan seterusnya,bukakanlah hatimu,letaklah ibu tuamu ini di di dalamnya. Dia tidak mengharap wang ringgitmu tapi dia dambakan sapaanmu. Sekuat manapun ibadat kamu,tanpa restu ibu,jangan harap Syurga menuggumu.Seburuk mana ibu kamu,Syurga yang kamu kejar ada dibawah tapak kakinya.Walau setinggi mana dendam kamu,janganlah babitkan ibu kamu. Begitu kerasnya kamu bekerja mencari nafkah untuk kesenangan anak isterimu,jangan di abai jiwa tua yang yang telah menyusut daging-dagingnya lalu tinggal tulang-temulangnya menunjul disana-sini,yang dulu mendakap membelai kamu, kini sentiasa   rindu dan menunggu perhatianmu.

Pada anak-anak yang lain pula,jika sekali-kali kamu pulang menjenguk ibu-bapamu,sapalah mereka jangan mengharapkan sapaan mereka dulu. dan bagi yang sukar menjenguknya berbagai kaeadah telah tercipta untuk tujuan ini....Rasalah bersalah andainya mereka yang menyapa dahulu.

Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ



"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”

Rabu, 16 Februari 2011

Kerinduan?

Hari tu Makbonda berserapan di rumah Emak. Nasi lemak lauk sambal ikan bilis dan telur dadar bungkus daun pisang. Suami beli di hujung kampung bersama Bapak selepas subuh,sambil beronda-ronda keliling kampung bermesra menantu dan bapa mertua sambil mengesahkan cerita lampau dulu-dulu.

Bersarapan diselangi dengan kesah dari isu kajatuhan Husni Mubarak sehinggalah kesah bumbung mesjid yang sedang di baik pulih walaupun kondusinya masih elok,bukan membaik pulih kemakmurannya. Bila tiba mengemas,Emak tidak membenarkan Makbonda buang daun pisang bungkus nasi lemaknya.Di lipat-lipat dan di letak dalam tudung saji.

"Biarkan,dalamnya masih ada sambal,nanti siang-siang balik dari kebun tambah nasi sejuk boleh sambung makan"

Diam-diam makbonda buka ,memanglah masih ada baki sambal lagi. Bila mengemaskan hidangan,sisa-sia makanan akan dikumpulnya,itu lah rezeki untk ayam dan kucingnya. Di belakang rumah,ada tong yang telah di potong,di tutup dengan daun kelapa kering.Bila Makbonda buka rupanya kulit bawang,kentang,pisang dan segalanya bahan buangan yang mesra alam diperapnya,katanya proses buat baja kompos.

"Mak tengok kat rumah kamu dulu,ada buku cara buat baja kompos,ni nak buatlah"

MasyaAllah, advance nya Mak ni. Kita yang beli buku, Mak yang praktikkan.

Begitulah Emak Makbonda. Kadang malu dengan kreativitinya. Dia buat reban ayam dengan tenaganya sendiri, Bapak sudah tidak berdaya nak membantunya. Mak bukan tidak berduit. Bebarapa keping tanah kelapa sawitnya tidak habis di makan,tambah-tambah dengan memuncaknya harga pasaran terkini. Tidak peduli bagaimana parahnya ekonomi negara masa kini,kehidupan dia masih tenang seperti biasa. Pandangan emak antara keperluan dan kehendak adalah jelas.

Kehidupan Mak penuh dengan keberkatan.Dia sering mengingatkan pada Makbonda dan anak permpuan laina agar mengamalkan surah Waqi'ah dan membiasakan Solat Dhuha.

Di sana-sini orang mengeluh tentang kenaikan harga barang. Tapi Emak tetap tenang. Kalau dah mahal jangan lah beli,tukar barang yang murah asal khasiatnya sama. Emak sangat mementingkan natrusi makanan.

Sekolah Makbonda bertugas adalah sekolah yang kecil. 160 orang pelajar dan 18 guru.
Pengusaha kantin kena pandai membuat budget makanan,tidak mahu berlebihan tetapi masih menguntungkan.Makanan yang disediakan cukup-cukup untuk warga sekolah. Tapi pada pagi-pagi ada beberapa penjaga yang tumpang sekaki minum di kantin,ada kalanya memborong kuih-kuih yang di jual,akibatnya tidak mencukupi bekalan untuk warga sekolah. Yang hairannya ibu-ibu tersebut tidak punya apa-apa kerja di rumah,antaranya yang memohon bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM),atau pun terdiri dari Asnaf Zakat.

Rasa-rasa mahu sajaa kumpulkan mereka dan panggil Emak di kampung untuk bagi tazkirah irah pada mereka, bagaimana hendak mengubah kehidupan mereka.

Mak,ceritalah pada mereka sejarah hidup Mak . Bagaimana Mak membesarkan kami di desa pendalaman yang jauh dari serba serbi. Bagimana Mak membantu bapak menguruskan ekonomi keluarga. Bagaimana Mak menundukan nafsu Mak yang 9 itu demi mencukupkan biaya pendidikan anak-anak. Mak cerita lagi,orang susah di sayangi Allah,tolonglah dekat dengan Allah. Dia Maha pemberi tapi kita juga perlu banyak memohon dan berusaha. Katakan juga pada mereka,Mak tidak pernah meminta-minta bantuan pada manusia tapi pergantungan Mak pada Khaliknya.

Mak,semoga emak sentiasa di sayangi Allah,sebagaimana Mak menyayangi kami sejak kecil lagi. Semoga amal jariah yang Mak sering lakukan,dan harta yang sering Mak dermakan akan menyenangkan Mak di alam sana nanti.Semoga ilmu yang Mak turunkan pada kami akan terus turun ke anak cucu. Semoga Mak terus beristiqamah hingga ke akhir hayat.

Mak,tiba-tiba rindu pada Mak,walaupun baru mengunjunginya semalam,dan baru berbual di telefon sebantar tadi. Walaupun aku talah menjadi Emak dan baru bertelefon dengan cucu emak juga selepas itu.



Gambar ikhsan dari sini


Rabu, 9 Februari 2011

Kain Batik Sarung VS Kain Batik Lepas?

Kain batik sarung sumber



Kain batik lepas sumber


Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apalagi jika sesuatu itu ialah benda idaman. Begitulah berbunganya hati anak gadis Makbonda bila Embah wedoknya(nenek) memberikan dia sehelai kain batik.Tidak lah sampai dia bermonolog "Alaaah buat apalah bagi kain batik,kita bukan biasa pakaipun"

"Mak,embah bagi kita kain batik,bestnya"Sambil membalik-balikan kain ditangannya "Alamak embah bagi kain betik lepaslah,camanani"

Dalam hati berkata lah Makbonda
"Apa pulak mimpinya emak bagi kain batik lepas kat cucunya. Kalau kat maknya bermaknalah sikit. "
"Betullah ni kain batik,mana pulak kain batik lepas."
"Ni ha belum jahit,mak tolong jahitkan boleh?"
Bila makbonda tengok rupanya kain batik yang belum berjahit.
"Manalah kain batik lepas,ni kain batik sarung"
"Owh lain ke.?"
"Hmmm
Di sekolah kehidupan ,dia belum diajar. Rasa-rasa nak saja telephone pensyarahnya suruh bagi assignment kat dia mengenai hal batik.
"Cuba goggle,cari batik lepas,lepas tu cari batik sarung,lepas tu cerita kat emak"

Kerdilnya diri sebagai seorang makbonda mendidik anaknya,sudah masuk alam dewasa pun tak tahu beza batik sarung dengan batik lepas.Terlepas pandang nak ajar menjahit,kain batik sarungpun mak yang jahit. dulu seusia itu makbonda telah pandai membuat baju kurung, sembat pulak tu,sebab masa tunggu SPM tinggal dengan Embah(nenek) di Batu pahat. Embah ajar cara pakai kain batik,tidak terlerai walau tidak memakai tali pinggang. Kemas tapi mudah bergerak. Kain untuk baju kurung pula dia tidak mahu yang berzip, kena pandai susun ropol kain.

Situasai kehidupan menyebabkan lebih banyak kemahiran hidup yang kita kuasai.Anak-anak yang hidup di zamannya,banyak alternatif lain yang menggantikan kebisaan masa lalu.

Tidak mengapalah anakanda, tak segusar manapun hati bonda bila kamu tiadak kenal kain katik,tidaklah segundah gulananya bila kamu tidak pandai mandi junub,atau tiada persediaan menjawab soalan-soalan bila ketikanya kamu telah dipanggil pulang nanti.



Selasa, 25 Januari 2011

Jauh tetapi dekat,dekat tetapi jauh.........
















Makbonda sangat tertarik dengan entry seorang blogger tukangkata. Dia adalah mewakili anak-anak Makbonda,Antara frasa yang makbonda boleh tersenyum ialah;




"Ustaz aku kata, kalau kita selalu balik rumah, kita tak kan pernah tahu apa itu rindu, apa itu kasih, dan apa itu sayang.

Pasti setiap hari mak ayah kita doakan kejayaan kita bukan? tapi bila kita selalu balik rumah, mak dan ayah hanya berdoa tapi tanpa perasaan,tak ada feel. Maksudnya bila mak ayah berdoa, mereka takkan tumpahkan air mata, bersungguh-sungguh doakan kejayaan anaknya. Ini mungkin berbeza kalau anak mereka jauh di mata. Mereka akan doa bersungguh-sungguh memohon segala urusan anaknya di perantauan dipermudahkan."
"Kepada mak dan ayah, tolonglah doakan kejayaan anakmu ini dengan bersungguh-sungguh ya. Macam mana mak & ayah doa untuk abang yang belajar dekat London sana, macam tu lah jugak mak & ayah kena doa untuk adik yang belajar di IIUM sini."
 


Walaupun Makonda tersenyum kelakar,tapi terbuku juga di minda.
Kenyataan   ustaz tu memang tidak dapat dinafikan. Bila anak-anak yang jauh doa lebih feel sebab kebimbangan kita lebih. Sebab itu ada kalanya Allah timpakan kejadian yang mendukacitakan kepada kita,agar hati kita dekat denagnNYA,bila sedang berdukacita doa kita lebih khusu',berbanding semasa kita berada di zon selesa. Bila anak di depan mata,kita rasa selesa. Apalah nak dirisaukan dengan anak di depan mata yang sedang duduk diatas sofa sambil mengunyah kacang goreng,minum teh o ais limau,sambil membaca novel. Boleh kita ingatkan bila telah masuk waktu solatnya. Jadi dalam keadaan selesa hati pun jauh dengan Tuhan. Berbanding anak yang jauh di mata,yang sedang membelah lebuh raya,atau gelombang di lautan,dengan berbagai-bagai risiko kehidupan.Entah bagaimana makannya,bagaimana tidurnya. Entah bagaimana pula bangun Subuhnya. Makanya pergantungan pada Allah SWT tentu lebih kuat,lalu berdoa pun lebih berperasaan. Walau adakalanya yang jauh itu lebih kuat menjaga diri,berbanding yang di depan mata.

Wallahua'lam.



Isnin, 1 November 2010

BAPAK siri 21

Sedari kecil memang kami tidak pernah diajar mengenai sambutan hari lahir. Bagaimana nak buat sambutan,makan hari-haripun kami sekadarnya sahaja. Makan kek hanya pada hari raya,itupun bila beraya rumah orang,tapi bila mak dah pandai buat kek belajar di balairaya,tiap-tiap hariraya dapatlah makan kek.

Bila telah punya anak,budaya sambutan hari lahir mula menjadi ikutan. Tambahan bila si anak mula pandai membuat pemintaan. “Bila nak beli kek,nak sambut birthday”. Maka si ibu yang dah punya pendapatan tetap itu pun tidak perlulah berkira-kira,berepa sen sangatlah beli kek,makan-makan denga anak-anak tetangga.

Ada kalanya sambutan di buat di kampong,agar embah lanang dan embah wedok dapat sama-sama meraikan.Kedua-dua embahpun nampak begitu gembira bila cucu suapkan kek.

Hingga pada suatu ketika,pada hari tarikh lahir bapak 2/11,yang ketika itu anak-anak tidak ada yang balik kampong sebab hari kerja,tiba-tiba Bapak berkata pada emak;

“Esok ni 2hb 11,tarikh lahir aku. Kalau cucu-cucu ni dah belah-belah kek,kita tak ada sapa nak sambut”

Emak tersentak, disaat usia menjelang 70an bapak berkata begitu.
“Apa lah Pake ni,cakap macam tu,kita kan dah tua,apa pulakak nak sambut-sambut”
“Alaaah,aku gurau-gurau ajelah”

Diam-diam mak menalifon saya,menukarkan cakap ajuk tersebut kepada cakap pindah.
Terkedunya saya,selama ini menjadi seorang anak yang terlepas pandang. Pada anak-anak bukan main sebok dihiburkan hati dan diikut kemahuannya. Bagaimana dengan hati bapak? Dulu-dulu bapak memang tidak pernah memikirkan perkara begitu, sebab bapak bekerja keras,membesarkan kami. Sekarang bapak sudah tua,anak-anak semua suda dewasa.Alangkah tidak bergunanya saya sebagai seorang anak,mengabaikan sama sekali perasaan bapak.

Pada emak pula,kami telah maklum dari dahulu yang emak lahir pada hari raya Aidil Adha,semestinya setiap menghadapi hidangan Idul Adha kami akan membuat ucapan pada emak.Dan lupa samasekali pada bapak.

Dan saya terus link kepada adik di Teluk Intan,Esok petang juga lepas sekolah pakat balik dan bawa kek.Pada adik-adik yang jauh hanya setakat memberitahu sahaj.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami tidak akan melupakan tarikh ini. Tapi besok kami belum dapat balik,esok hari kerja.Insyaallah kami akan cuba berkumpul pada 5hb ini,sempena cuti depavali.Saya sudahpun maklumkan pada bapak.





Nampakkan dalam gambar ni,wajah bapak tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.



Kek ni kongsi degan cucu yang juga tarikhlahirnya sama dengan bapak.


"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereke mengasihidan menyayangiku sewaktu aku kecil"

Selasa, 17 Ogos 2010

Penyambung perjuangan seorang ibu.


Tika itu kakak berpuasa bersama Abang Abu Amin,adik Abu Hasan dan Abu Muhaimin,adik-adik yang lebih kecil ummi Amira dan Abu syafik serta Abu Ahnaf belum puasa,mereka masih kecil.Waktu sahur kakak tidak payah memikirkan apa-apa.Bila emak atau bapak kejutkan entah kali ke berapa kami akan duduk dihadapan nasi dan lauk yang masih panas,bapak kejutkan kami semasa menghabiskan salam solat malamnya entah solat yang ke berapa,kekadang emak kejutkan sembil menidurkan adik-adik yang belum berpuasa entah terjaga kali yang keberapa kakak pun tak sedar.Kakak tidak memikirkan langsung entah masa bila emak dan bapak memulakan bangun dalam peroses bersahur ini.Tapi yang pastinya mereka akan menyalakan api kayu untuk memasak ,dan menunggu nasi tanak atau air mendidih sambil berteleku di atas sejadah,bila semuanya telah siap barulah kami dibangunkan.Yang pastinya mereka tidak pernah mengejutkan kakak untuk menolong mereka,perkara ini berlarutan sehinggalah kakak remaja.

Seusia 14 tahun baru kakak dapat hidayah,suatu hari kakak terjaga dan nampak bapak sedang menggoreng ikan sedangkan emak tengah menidurkan adik kecil yang terjaga. Alangkah malunya rasa dihati,kakak anak perempuan yang dah besar tapi bapak didapur.Sebenarnya sebelum ni kakak sedar itu,tapi berat rasa nak bangun, kali ini tidak, sel kematang kakak telah mula melengkap, sejak itu kakak mula mengambil tugas menggantikan mereka.Kakak pun tidak pasti apakah perasaan emak ketika itu,sebab beliau tidak pernah belajar tentang dalam pendidikan itu perlu ada ganjaran dan dendaan.

Sekarang kakak itu telah menjadi makbonda,yang meneruskan perjuangan bapak dan emak untuk meneruskan generasi melengkapkan rukun Islamnya.Bezanya makbonda tidak perlu menghidupkan kayu api,segala-galanya dihujung jari,kemudian akan berjalan dari bilik kebilik mengetuk pintu dan entah berapa kali,sekali sekala darjah nafsu amarahnya meningkat juga tetapi mengenangkan apa yang telah dilalui ketika jadi kakak dulu segera menurun kembali. Perkara ini adalah satu amalan bukan beban.Setiap mahu memulakan tidur malam tidak lupa memohon pada Yang Menidurkan kita untuk terjaga jam 4 pagi.Terlewat bangun maka terlewatlah seisi rumah untuk bersahur.Pernah juga sesekali seisi rumah hanya sempat meneguk air kosong dan seulas tamar atau sekeping biskut sahaja.

Sesungguhnya,mengejutkan anakanak bersahur adakah satu perjuangan,memerlukan darjah kesabaran yang tinggi,dan kesedaran tentang keberkahan dalam bersahur.sesekali terbit mazmumah dalam diri,tanpa kita habis semua tidak sahur. Pada yang kecil mereka dengan mudah dimomokkan kalau tidak bersahur nanti perut kosong badan lemah,tidak lalu untuk berpuasa,sebab itu mereka akan bangun dan makan dengan bersungguh-sungguh,tetapi pada yang sudah remaja,mereka rasa mereka sudah besar,sudah kuat ketahanan,nikmat bantal dan selimut lebih tinggi nialainya dari nikmat menyuap makanan,akibatnya lenyaplah jadual bersahur sepanjang berpuasa. Perkara ini berlaku akibat si pengejut sahur terlupa menanamkan rasa keberkatan bersahur dalam jiwa mereka,kefahaman bersahur adalah hanya untuk makan dan minum sahaja tanpa niat ibadah lain.mereka tidak tahu tentang tawaran-tawaran lain yang terdapat dalam sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.
Wahai anak-anak ku,bangunlah sahur,alangkah beruntungnya orang yang bangun sahur,dia dapat 2 kebaikan. Pertama dapat makan supaya tidak terlalu lapar pada siang hari. Kedua dapat ganjaran pahala dan keberkatan.betapa malangnya orang yang diber makan kemudian diberi pahala pula lalu tida mahu nenerimanya.


Kelebihan Makan Sahur

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat

3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Sabtu, 24 Julai 2010

cempedak dan nangka

“Hah orang Bandar????,mak ni doa selalu janganlah berbesan dengan orang bandar ni,dia orang tu hidupnya sosial,tengok wayanglah.diskolah,nanti belanja dimintaknya 10 ribu adake duit nak kamu bagi.Mak ni fobia tau dengan orang Bandar,tegokla anak menantu Mak Ngah tu,balik kampong macam geli je,pakai seksi-seksi macam orang putih”
Begitulah riaksi Nek Odah bila teruna kelimanya yang baru balik dari luarnegara dan baru bekerja 1 tahun itu meluahkan hasrat hatinya untuk melamar suri yang akan menjadi pasangannya.

“Mak jangan menilai orang macam tu,pertemuan kami di atur oleh Jemaah,Insyaallah mereka bukan seperti yang emak sangka,Menantu Makngah macam tu sebab tengoklah anak makngah sendiri,kalau dia suami yang baik takkan cari isteri macam tu,”

Tibalah hari peminangan,Nek Odah mengajak ketua pemuda dan DJ kampong turut serta dalam rombongan sebab mereka pandai berkata-kata untuk menjual dan membalas pantun nanti. Barang hantaran juga telah di ubah oleh guru Kemas kampong.Kereta juga di sewa dari pengerusi JKKKP yang memang menjalankan perniagaan sewa kereta.

Sesampainya di kawasan perumahan Kota Armania,iaitu kawasan lot-lot perumahan banglo dua tingkat,hanya ibubapa dan seorang nenek sahaja yang ada di ruang tamu.Setelah berbasa-basi segala permintaan diterima tanpa tawar menawar,bila soal hataran diperkatakan jawapannya

“Terpulanglah pada yang ampunya diri,ikut kemampuan,nak letak tinggi-tingi nanti bila dah kawin anak saya juga yang terpalit hutang sama.”

Terkesimalah ketua pemuda dan DJ kampong,musnah segala pantun dan skrip yang telah di hafalkannya tadi.Setelah bertukar barang hantaran,hantaran balasan adalah seringkas-ringkasnya.Kepulangan mereka di bekalkan pula dengan buah rambutan yang dipetik dari pepohon disekeliling rumah banglo tersebut.

Dihari perkahwinan mereka,pelaminya hanyalah set sofa untuk dua orang yang di pasang langsir scallop di belakangnya. Berbeza sekali dengan anak saudara Nek Odah yang tinggal nun di pendalaman Tanjung Setia,dengan keadaan rumah yang bertampal sana bertampal sini,dan tandas serta bilik mandinya yang hanya berdinding pelastik karung baja,menyewa pekej pengantin sehingga RM3000,oleh kerana tidak sesuai dipasang didalam rumah ianya di pasang di khemah luar rumah,bukankah lebih baik wang sejumlahitu dijadikan bilik air yang lengkap dan selamat?.

Sekarang Salsabila telah menjadi menantu Nek Odah. Dalam pergaulan bersama ipar duainya dia sentiasa menjaga auratnya.Malah menantu ke duanya Sefhia anak tok siak kampungnya dengan selamba keluar dari bilik air ala-ala Maya Karin yang sedang cat walk di karpet mereh semasa AJL,bezanya baju maya Karin bernilai beratus ringgit sedang Sefhia berkemban kain batik.



Nek Odah dah insaf dan selalu menasihatkan cucu-cucunyadalam soal mencari jodoh. Pada yang lelaki “Carilah isteri yang akan menjadi ibu kepada anak-anak kamu,yang dapat mendidik anak-anak jadi insan beragama,jangan hanya memandang yang cantik dan berharta sahaja,nanti kamu akan menjadi hamba kepadanya,kamu takut menegur kesilapannya kerena pesona cinta ataupun kamu telah menumpang kesenangan hartayna.Isteri yang beragama juga akan membetulkan hidup kamu samada dia canti atau kaya..



Pada yang perempuan pula “Jika kamu di lamar,terimalah lelaki yang beragama,yang boleh menjadi imam kepada kamu dan anak-anak,Jangan terpesona dengan ketampanan dan kedudukan,nanti kamu akan menderita keranaya.Suami yang beragama akan memberi kamu kebahagiaan di dunia dan akhirat”

Khamis, 22 Julai 2010

Akulah anak dan akulah ibu


Hari ini adalah hari yang di kategorikan hari yang sibuk dalam diary makbonda.

21 Julai hari temujanji bapak dan Mak mertua dengan doktor,serentak,jadi makbonda dan suami terpaksalah nafsi nafsi,dia hantar mak dia makbonda hantar bapak.

Seawal pagi semasa menghantar si bungsu Emy dan Farah si anak yatim,
“Hari ni mak tak ada kat sekolah tau,jaga diri baik-baik,mak nak hantar embah lanang ke kelinik”
“Kenapa mak yang hantar?”
“iayalah nanti bila mak dah tua,anak-anak mak pula yang hantar.”

Selepas menulis nama di buku kedatangan,dan telah meminta kebenaran dengan pentadbir pada semalam harinya,dalam keadaan hujan yang amat lebat memandu ke kampong bapak yang memakan masa 45minit perjalanan dengan kelajuan 100kmj,tapi oleh kerana halangan hujan menjadi 55 min. Terus ke kelinik yang jauhnya juga 45min perjalanan. Sesampainya kelinik telah sesak dengan pelanggan yang akan bertemujanji dengan doktor juga para penghantar. 1jam menunggu menghabiskan menghadam novel Tunggu Teduh dahulu-Faizal Tehrani.Baru melangkah masuk bilik doktor, headphone bersalawat,panggilan dari suami.
“Yang ,baru dapat call dari kolej anak bujanglah,anak bujang tak sampai lagi ke kolej.saya dah call bujang ni tapi tak diangkatnya”
“Astaghfirullah,macamamana boleh macamni,kan dia dah sms bas dah bertolak malam tadi”panik,panik,panic. Biar emak sahajalah bawak bapak masuk jumpa doktor.
Makbonda call anak gadis di Bangi “ada nombor lain handset adik kamu tak?,cuba call dia,abah kata dia dah hilang” “Ok,mak jangan panik”kata anak gadis. 3 minit kemudian
Handset bersolawat lagi “Assalamualakum mak,ejat ni,kan pagi tadi dan sms ejat dah sampai,masa masuk pak guard tak ada,ejat masuk je,ni dalam kelaslahni”
Hmm baru kamu tahu ye,perasaan kami kat kamu.
Tak dapatlah makbonda nak bertemu ramah dengan doktor Lelawati.

Membawa bapak dan emak minum di restoren Serambi Mekah,membawa emak membeli barang keperluan terus hatar mereka balik sampai rumah bapak 12.30.Lari dari program,dijangka sampai sekolah 12.05 ada kelas,terimakasih rakan yang menggantikan. 1.30 baru sampai sekolah,bawak balik Emi dan menghantar Farah si anak yatim(anak saudara suami)ke rumah mak mertua makonda.Sampai rumah 1.50 menyaiapkan makan tengahari,untuk emy yang akan masuk SRA jam 2.30ptng. tiba-tiba terdengar riuh rendah di belakang rumah,rupa-rupanya biawak yang sederhana besar terperangkap di dalam reban ayam.Nasib baik aku yang datang baiwak,panjang umur kamu,setakat halau dia keluar sahajalah yang makbonda mampu buat.
Ingat lepas Zuhur nak tidur,tiba-tiba suami balik “Yang,jum keluar,kawankan cari benih rambutan”
Dah 3 kali tanam rambuatan,yang pertama mati terkena racun,ke dua terkorban dek pembenaan garaj,yang ketiga tertebas semasa membersihkan rumput yang sama tinggi dengan pokok,Insyaallah kali ini akan berhati-hati dari kecuaian.
Kerja-kerja penanaman selesai sehingga kerang 20minit masuk waktu maghrib,termasuk mengurskan ayam di reban.Tiba-tiba suami baru teringat “Ya Allah yang,malam giliran usrah dirumah kitalah,baru teringat,apa bahan yang boleh masak?”
Dalam freezer adalah bahan tapi bila nak refroze, yang ada ikan bilis dan telur ayam.Ok buat nasilemak aje lah.

Segala-galanya dimulakan selepas solat sunat maghrib.Nasi lemak untuk 10 orang makan,dan ahli keluarga seramai 5 orang.Semua bahan dari ladang kecuali bawang,beras,garam,gula dan belacan.Orang depan baca surah Al Asr,nasi pun tanak.Panas-panas dari periuk. Senyap,yang dengar sudu bertemu pinggan,sesekali terdengar suara “Macamni boleh bukak restaurant ni Ji” ha ha ha,graf ria’makbonda tinggi mencanak.Usai mengemas dapur mengetuk keyboard.Yang heran tak ada rasa penatpun.

Tip menghilangkan penat disini

Rabu, 7 Julai 2010

Sob...sob...sob


Petang tadi salah seorang muslimah di kampung makbonda telah pulang ke Rohmatullah kerana kenser otak,meninggalkan suami,dan 5 orang anak.Anak pertamanya pemuda 26 tahun dan yang bungsu gadis sunti 12 tahun. Makbonda datang berlenggang hanya membawa kepingan RM untuk di isi dalam bekas derma,tanpa tisu atau tuala good morning. Sesungguhnya kesyahduan keluarga yang ditinggalkan ibu lebih menyentuh perasaan daripada ditinggalkan ayah.Tudung dan baju makbonda adalah dari kain sintatik yang tidak menyerap air,dimana nak ku halakan deraian air mata ini?Semoga mereka redha dengan ketentuan yang telah ditetapkanNYA.
Sekembalinya ke rumah terus dail nombor
"Assalamualaikum mak,Mak tengah buat apa?mak sihat?........."

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]

Ahad, 27 Jun 2010

Nenek oh nenek.......




Nek Midah sedang membasuh berak cucunya,cucu yang lain sedang berlari-lari berkejaran di ruang rumah,adakalnya bergaduh sesama sendiri. Kak Lela jiran terdekatnya datang menghantar semangkok bubur durian kegemaran Nek Midah.

“Assalamualaikum,Nek Midah,tengah buat apa tuuu?”

“Alaikumsalaaaam,kamu Lela?, ni hah tengah basuh berak budak ni,harapkan cucu-cucu yang besar takpun nak datang nak tolong, padahal kecik-kecik dulu aku yang jaga dia orang,dah besar lupakan kita,dasar tak mengenang budi” Nek Midah merungut-rungut sambil merempan-rempan.

“Tu lah Nek Midah,nenek ni dah tak layak jaga cucu,biarlah bagi nenek sebelah sana dia orang jaga”

“Huh tak mau aku,nenek dia orang bukan pandai jaga,budak-budak ni tak suka duduk sana”

Sebenarnya Nek Midah tinggal bersama-sama anak dan menantunya serta 3 orang cucu-cucunya. Kedua-dua suami isteri anaknya sedang menlanjutkan pelajaran,setiap cuti sekolah mereka akan meninggalkan anak-anaknya untuk tinggal di tempat belajar. Sebenarnya mereka bukan sengaja mahu menyusahkan ibunya yang telah tua dan ibu tunggal pula,mereka mahu meninggalkan anak-anak di rumah nenek sebelah bapanya yang masih kuat dan masih bersuami,tapi di tentang keras oleh Nek Midah. Memang begitulah sikap Nek Midah sejak dahulu. Dia sentiasa menganggap dirinya lah yang paling baik memelihara cucu-cucu.


Dulu anak sulungnya yang tinggal bersamanya. Cucunya tidak boleh direnggangkan darinya,tapi masa itu dia masih muda dan cergas. Sehingga tingkahlakunya kadang menimbulkan ketidak senangan pada anaknya, dia tidak benarkan sama sekali cucunya di jaga oleh orang lain semasa ibunya bekerja.Perlakuannya kadangkala amat mengguris hati besannya. Besannya datang dari jauh untuk melihat dan memagang cucunya mendapat reaksi yang amat mengecewakan hati.Dia amat takut jika cucu-cucunya rapat dengan nenek sebelah sana,setiap kali cucu-cucunya kembali dari rumah nenek sebelah sana dia akan memeriksa setiap inci tubuh cucunya,jika terdapat sebarang calar atau bintat maka terkeluarlaha kata-kata yang amat menghiris hati menantunya.

Sekarang anak sulung Nek Midah berpindah ke tempat lain,digantikan oleh anak bungsunya puala. Cucu-cucu anak sulung Nek Midah sudah besar dan dewasa,bila cuti mereka punya program tersendiri. Pada ketika inilah Nek Midah membuat alasan bahawa cucu-cucnya yang telah besar melupakannya dan tidak mahu menjaganya. Pada cucu-cucu yang besar bukan mereka tidak mahu menjaga Nek Midah,tapi Nek Midah harapkan mereka menjaga adik-adik saudarnya yang masih kecil.

Anak-anak Nek Midah bukan tidak tahu,di akhir zaman ramai ibu-ibu yang akan melahirkan tuan-tuan. Anak-anak tidak mahu mereka menjadi tuan kepada ibunya,tapi Nek Midah tidak boleh menerima alasan itu. Yang penting cucunya mesti rapat dengannya,dan merekalah yang di harapkan untuk menjaganya bila dia sudah tidak terdaya nanti.

“Nek, kalau kita berbuat baik pada orang,bukan bermakna orang itu yang akan balas Nek,Allah Taala yang balasnya,nanti Dia turunkan orang lain jaga nenek,tak semestinya cucu yang nenek bela,cucu-cucu tu bila besar entah kemana perginya.”Kak Lela cuba menyuntik tarbiah kepada Nek Midah.

Nek Midah terdiam.

“Cucu-cucu bila dah besar adalah kerjanya,minatnya, kan senang kalau Nek Midah biarkan budak-budak ni di hantar kat nenek sebelah sana,bergilirlah,masa hari biasa kan dah mereka tinggal disini,masa cuti bagi peluang nenek sana bela.Nek Midah bolehlah berehat,tumpukan ibadat kat atas sejadah,doakan anak cucu,esok kalau kita dah mati dia orang doakan nenek”

Masih diam.

“Meh Nek makan bubur durian nih,” Kak Lela memanggil cucu-cucu Nek Midah untuk sama-sama menikmati bubur duriannya.


“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan nek” Kak Lela masih meneruskan tazkirahnya sambil menyuapkan bubur ke mulat cucu-cucu Nek Midah. Nek Midah masih diam.

Kesah lain sila klik di sini.

Ahad, 23 Mei 2010

Perlakuan yang mencerminkan peribadi

“Comelnya amani”,
“E cute lah….suka sangat…..”
“Bestnya ada adik cam ni ,rasa nak cubitnya pipinya,rasa nak kiss je……..”
Siapa Amani?......oooo anak gadis tunggal pasangan Adam dan Maya dalam sinetron Adam&Maya, masing-masing memperkatakan Amani, sehingga mempengaruhi makbonda unutk melihat sendiri perenan Amani,oh memanglah seperti apa yang diperkatakan,sehingga faecebooknya mampu mengumpulkan ratusan fan. Kanak-kanak sekecil Amini yang hanya pengeluarkan beberapa patah perkataan dalam skrip yang di hapalkan telah menarik ratusan penonton untuk melihat sinetron yang jalan cerita biasa-biasa saje.

Isunya bukanlah tentang drama tersebut…tetapi adalah megenai seorang kanak-kanak yang boleh memegang peranan dan menghafal skrip yang diperdengarkan lalu dizahirkan dalam lakonan.Sememangnya apabila sesuatu dialog itu di latihtubikan ke pendengaran kanak-kanak maka dalam kehidupan biasa akan terluah dari lidah mereka.

Sebanarnya Makbonda nak mengesahkan dialog dari dua orang murid tahun satu,semasa makbonda mengajar Pendidikan Seni .Antara Syasa dan Nana….Hari itu Syasa agak moody sedikit,datang si Nana dibetulkan tudungnya kerana rambutnya terjurai keluar.

“Menyeboklah kamu ni”Kata si Syasa sambil menepis tangan si Nana.
“Orang nak betulkan tudung dia” Kata si Nana sambil bermuka mendung alamat hari nak hujan,
“Lantaklah lah sapa suruh betulkan,aku suruh ke?”
“Rambut awak keluar…..dosa nanti mati masuk neraka baru tau” tetap mempertahankan.
“Biarlah masuk nerekapun bukannya kamu…kan aku sendiri…yang kamu sebuk buat apa”
“Ialah nanti masuk neraka panas,sapa nak tolong”
“Aku punya pasalah nak masuk nerakake panas ke…ngko sebok wat apa…sebok je…kacau je…nyampah aku…aku lari kang baru tau…….”

Si Nana terjeling-jeling dan matanya bertembung dengan mata Makbonda.Lalu Makbonda beri isyarat datang kepada makbonda…lalu makbonda suruh dia buangkan sampah dalam tong sampah.

Sesungguhnya dialog di atas buakan rekaan dan tiada pindaan,hanya nama pelakon sahaja yang makbonda ubah.

Sedikit latarblakang si Syasa ni yang makbonda dengar ialah,ibupanya telah berpisah.Ibubapanya adalah pasangan muda yang asalnya tinggal di Bandar,apabila berpisah ibunya balik ke kempung dan tinggal bersama ibunya dikampung,ayahnya masih di bandar,walaupun begitu semasa pendaftaran awal tahun ayahnya datang dan menjelaskan semua wang persekolahahnnya….apabila pihak sekolah mahu salinan IC ibunya,dengan segera dia keluar dan kembali bersama salinan ic bekas isterinya.Semasa mesyuarat PIBG dia adalah antara kaum bapa yang hadhir diantara jumlah kehadiran kaum sejenisnya yang sekelumit itu. Sementara ibunya pula …semua kami menyangka beliau adalah kakak Syasa sebab penampilannya seperti anak remaja yangberu mengembang itu….bermahkota emas berjalur jalur,seluar ketat bergetah dan T’shirt yang di pakainya boleh di kongsi oleh si Syasa.Bila dia menonggang motorsikal maka tahulah kita warna pantynya.
Dari gambaran latarbelakang ibunya…..tidak hairan bagaimana Si kecil Syasa yang beru meningkat 7 tahun boleh mengeluarkan dialog seperti di atas.

Sebanarnya makbonda sedang mencari skrip minggu depan akan jumpa Syasa lagi…..harap harap dia sedang bertenang…….Ya Allah Berilah aku ilham….. hadhirkanlah sesaorang untuk untuk mengisi tabung ilhamku agar dapat aku suntikan ke dalam jiwa anak seusia ini..

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah lama Melayu di atas iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Ini bermakna tugas ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.

Catatan Popular