Tiada kena mengena dengan artikal,ini adalah suami saya dengan cucunya Mus'ab,entah apa yang disampaikan oleh Embah Lanangnya singga begitu fokus kelihatan air mukanya |
DENGAN NAMA ALLAH
Ingatan untuk ku dan kalian
وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.
Yang bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).
Pengikut
Ahad, 6 Ogos 2017
Cerita Si Pekan
Ahad, 30 Julai 2017
NEK KAM
Ahad, 11 Januari 2015
CERITA ORANG LAGI
Semua pihak terkejut. Selama ini,setelah lebih 20 tahun usia perkahwinan mereka,semua menyangka riak bahtera mereka biasa-biasa sahaja,berombak-ombak kemudian tenang. Bila selama ini yang terpendam sudak tidak mampu membungkam meledaklah ia bagai ledakan stunami yang tiada siapa yang boleh membendungnya.
Si Suami adalah di pihak kami.Sebenarnya diawal perkahwinan lagi sisuami telah banyak mengabaikan tanggungjawabnya dalam nafkah keluarga namun si Isteri bertahan kerana masih ada perasaan cinta pada si suami. Suami bekerja sendiri,adakalnya pendapatan tinggi adakalanya berbulan tiada pekerjaan. Si isteri pula bekerja tetap. Semasa mendpat wang yang banyak dia akan berbelanja dengan kawan-kawannya. Ketika inilah si isteri terasa satu himpitan yang amat berat.Walaubagaimanapun Si Suami masih diperlukan sebagai pelindung kepada keluarga. Setelah lahir anak keempat Si suami telah mula menjalin perhubungan dengan wanita lain dah telah terlanjur.
Apabila perilakunya telah terbongkar barulah katanya mahu kembali kepada isterinya,tetapi bukan dengan cara yang baik sebaliknya dengan cara yang lama,penuh ego dan mengongkong isteri. Isteri yang telah tandus rasa kasih lagi pada suami sudah tidak ada rasa lagi untuk terus bersama suami. Meminta suami melepaskannya dan pulanglah pada wanita yang telah dicemari nya. Namun suaminya enggan kerana masih sayang pada isterinya. Dia pula menuduh isterinya engkar. Atau pun isterinya meminta mempuat pilihan lain iaitu mereka berpisah dahulu,sebab ketika ini iateri tidak sanggup lagi bersama suami.Selama ini pun suaminya telah mengajarnya berdikari untuk menurus rumah tangga.
Sebenarnya kami maklum tentang kecuaian suaminya dalam hubungannya dengan Allah. Solatnya tidak dijaga.
Semasa pertemua itu saya telah mendapat ilham kepada firman ini untuk dijadikan senjata.Apabila saya diberi kesempatan untuk bercakap,saya bacakan di hadapannya suami isteri;
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (Tahrim 66:6)
Kamu ialah ketua keluaraga yang menjaga keluarga dari api neraka. kamu juga pembimbing keluarga. Seorang pembimbing tentulah mempunyai kelebihan dari orang yang dibimbing .Macamana kamu nak membimbing keluarga sedangkan kamu sendiri rapuh. Ini bukan su'u dzan ya tetapi telah beberapa bukti bahawa kamu mengabaikan solat....Kamu tidak layak untuk menyalahkan isteri kalau begini keadaannya. Sekarang masa telah terlambat untuk memenagi hati isteri.
Pada Isteri pula,
Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]
Apa-apapun Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.
Khamis, 26 Jun 2014
Semudah "Menu,phone book,search.....Bonda and cilck"
"Waalaikumussalam" Tiba-tiba Mak Odah menjawab salam dari belakang Kak Laila.
"Huh!terkejut saya. Dari mana petang-petang ni Mak Odah" Tanya kak laila.
"Aku dari rumah Nek Nap.Hantar petola kat dia.Kasian dia Laila,dari semalam tak lalu makan,terkenang anak-anaknya, tak talipon pun."
"Barapa orang anaknya Mak Odah?"
"6 orang,yang 3 orang tu ada juga telepon,yang 3 orang lagi kalau mak dia tak telipon,alamat tak adalah Nek Nap nak dengar suara depa."
"Habis Mak Odah cakap apa kat dia"
"Sabar jelah Nek Nap,doakan je dia orang tu lembut hati,Insyaallah,Tuhan tu maha mendengar"
"Hmm elok lah Mak Odah cakap macamtu,kata kat Nek Nap kita kena didik hati selalu reda ,sangka baik.Mungkin mereka benar-benar sibuk.....doakan sahaja"
"Yelah...yang kamu pulak Laila sebagai anak...luangkanlah masa talipon mak kamu....jangan sampai dia talipon dulu....walaupun mak kamu kata tak apa tapi takut di mulut je...dalam hati Allah yang tau"
"Insyaallah Mak Odah,terimakasih ingatkan saya,nilah hikmahnya duduk dengan orang macam Mak Odah ni...selalu ingatkan saya.
Sebenarnya kak Laila pun jarang pergi rumah Nek Nap,kecuali Hari raya atau ada khenduri,sebab nak pergi rumah Nek nap kene lalu depan warung pak Jemik,yang penuh dengan pelanggan lelaki.
berbagai jenama dan bentuk,idaman semua |
Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung ni`mat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (ni`mat Allah).(Ibrahim : 34)
Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas seluruh langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (Ali Imran: 133)
Rabu, 18 Disember 2013
TEGANG
sumber google imeges |
Emak megadu,salah seorang anak saudaranya datang berkunjung. Dia meminta jasa baik Emak untuk menjadi orang tengah antaranya dengan jirannya juga ipar duainya.Telah beberapa tahun perhubungan mereka tegang,sehingga peringkat tidak bertegur sapa dalam tempuh yang agak lama.Hanya dengan satu punca ianya berlarutan lama,ada sahaja perkara baharu yang menyumbang kepada lamanya tempoh persengketaan.
Perbezaan antara semasa dua pihak yang sedang didalam perhubungan baik dan sebaliknya ialah:- Semasa dalam keadaan baik, apa jua yang diperkatakan atau yang dilakukan atau segala tindak tanduk pihak satu lagi adalah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Bagaimana pula bila dalam keadaan yang sebaliknya. semua tindak tanduk,kata-kata dan apa juga yang dilakukan pihak yang lagi satu adalah menyakitkan.Orang ketawa pun dirasa seperti mengejak.Tekan minyak kenderaan kuat-kuat pun dirasa memperli.Pendek kata segala-galanya menyakitkan.
Begitulah keadaannya kedua-dua pihak anak saudara Emak itu. Sebelum ini hanya pihak yang satu lagi yang selalu mengadu pada Emak,Emak hanya mampu menasihatkan agar berusahalah berbaik-baik,mungkin ada sebab pihak di sana menjadi begitu. Emak duduk jauh,tidak mampu menolong semuanya tambahan lagi dengan tangggungjawab emak membantu bapak yang uzur. Sekarang pihak yang satu lagi datang,menceritakan sebelah pihaknya. Dia bermohon sangat agar emak menjadi orang tengah dalam ketegangan ini.
Saya tahu Emak agak tertekan dan terganggu. Walaupun mungkin ada buah fikiran tetapi emak agar kurang keyakinan,lalu Emak meluahkan pada saya.Ibu bapa mereka telah pulang ke Rohmatullah,dan mereka juga bukan kanak-kanak lagi tetapi telah mula memasuki usia emas,usia persaraan jka mereka berkerja. Tentu tidak sama kaedahnya dengan usia kanak-kanak.Semasa mereka kecil Emak yang menjaga mereke ketika itu Emak belum kawin lagi. Bila mereka bergaduh emak akan leraikan biasanya yang menyebabkan sebelah pihak menangis itulah yang akan dikenakan tindakan.
Saya nyatakan pada Emak bahawa itu adalah satu petanda bahawa mereka telah penat dengan situasi tersebut. Entah berapa kali sehari semalam mereka memohon petunjuk dalam solat. Itulah ketikanya petunjuk itu datang. Kerjanya tentu lebih mudah. Cuma mereka belum mampu untuk merendahkan taraf keegoannya untuk bertemu sendiri dan saling berlapang dada.Padahal sepatutnya perkara itu begitu mudah. Kuatkan hati jumpa sahaja bertentang mata dan mulakan kemaafan dari diri sendiri,
Degan cara begini orang lain tidak tahu jadi tanpa terbuka aib masing-masing.Namun mereka belum tiba ke tahap itu.
Saya hanya memberi pendapat sahaja pada Emak.Dalam situasi ini tidak perlu kita mencari punca ketegangan tapi fikirkan perkara yang selepas ini. Kenangkan keseronokan semasa berbaik-baik dahulu. Kenangkan perkara kebaikan yang pernah pihak sebelah sana beri. Satu ketika dahulu mereka boleh berkongsi kereta untuk menghadiri kenduri saudara mara. Bila mengadakan majlis setiap orang saling menyingsing lengan,menghulur bantuan. Alangkah indahnya situasi itu.
Si adik perlu hormati kakak,dan kakak juga patut menyayangi si adik. Setiap mereka pasti ada kelebihan,kagumilah kelebihan pihak satu lagi. Hayatilah bacaan setiap solat masing-masing. Dari bacaan iftitah lagi,hidup dan matiku kerana Allah,jadi apa perlunya sibuk menilai kesalahan orang lain.
Jadikan umpatan serta fitnah dari orang lain sebagai saham akhirat. Semestinya sakit hati,tapi jadikan sebagai kifarah dosa kita mungkin kita juga pernah melakukan pada orang lain tanpa kita sedari.
Paling tidak beringatlah kalau mahu anak kita menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapanya maka kita juga perlu menjadi anak soleh yang mendoakan ibu bapa. Menjadikah anak yang soleh jika sesama saudara bersengketa dan bermusuhan. Apakah yang dirasa oleh roh kedua ibu bapa?.
Saya juga mengajak Emak doakan untuk mereka,terutama nanti apabila masanya tiba untuk emak dibawa kepada mereka.Saya juga mendoakan Emak agar diberi kekuatan dan hikmah semasa berhadapan dengan mereka.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134)
Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.
(An-Nisaa' 4:149
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(An-Nuur 24:22
Sabtu, 29 Disember 2012
Kasih yang tidak pernah luntur
Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.
Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......
Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni... di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....
Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....
Pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.
- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.
Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!."
Khamis, 11 Oktober 2012
IKTIBAR
Perkara yang sebenarnya kecil telah menjadi besar. Bila salah seorang pelajar telah mengadu kepada bapa apa yang terjadi padanya. Itulah akibatnya apabila mereka bergurau kadang-kadang gurauan melebihi sempadan,mula-mula ejek kawan,kemdian melarat gelarkan nama bapa pula. Ekoran dari itu si bapa meminta senarai nama kawan-kawanya itu. Kejadian ejek-mengejek berlaku di sekolah pagi,tatapi si bapa menjalankan operasi disekolah petang. Beliau meminta kebenaran pada pihak sekolah petang untuk bertemu dengan nama-nama yang tersenarai. Pihak sekolah petang tanpa berperasangka terus memberi kebenaran. Apabila sudah terkumpul seorang demi seorang menerima habuannya dan ada sebahagian yang yang meninggalkan kesan ditubuh. Atas kesedaran bahawa mereka memang bersalah mereka mendiamkan diri sahaja rupa-rupanya setiap adik-adik masing masing membuat aduan kepada ibubapa.
Seterusnya semua ibubapa berkumpul dan membuat persetujuan untuk membawa perkara ini ke tengah. Apabila pihak sekolah pagi mengetahui hal ini,beberapa wakil ibubapa dipanggil dan diberi pandangan untuk bermesyuarah. Ini adalah hal anak-anak, dunai mereka,ada perkara yang lebih besar lagi yang patut dipandang berat,tetapi mereka tetap mahu meneruskan.
Tidak berapa lama lagi keluarlah berita di Sinar Harian "Seorang bapa yang bertugas sebagai guru ditahan oleh polis kerana mencederakan beberapa orang pelajar" Naik nama sekolah kita. Pihak sekolah tidak mampu mengubah bapa yang emosional tersebut,namun masih mampu membentuk anak-anak didik yag berada dihadapan mata.
Iktibar kepada semua;
1.Guru-guru; perlu setiap ketika memantau anak-anak didik,dan jangan berhenti mengingatkan mereka akhlak dalam pergaulan.
2.Pihak sekolah; tidak boleh dengan mudah membenarkan orang luar berjumpa dengan pelajar sekolah.
3.Ibubapa; perlunya kawalan emosi. Pergaduhan anak-anak adalah satu proses sosial,ibubapa menjadi mento.walaupaun nampak seperti anak kita yang disakiti,mereka perlu dididik untuk menghadapi kepayahan dalam hidup.
4.Ibu bapa;Sebelum membuat hukuman kepada orang lain,selidiki dahulu tingkahlaku anak-anak diluar,adakalanya mereka ini baik di hadapan kita namun sebaliknya di luar sana.
وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬ۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al Taubat 71)
5.Anak-anak; beradab dalam pergaulan, elakan menyentuh peribadi ibu bapa masing-masing,dan jika menyedari ibubapa mereka jenis panas baran,elakan dari mengadu kepada mereka jika terdapat perselisihan faham dengan kawan-kawan,akibatnya sekarang anak-anak sendiri kehilangan ramai kawan.
“Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)
6.Kepada semua,jangan terlalu mudah membuat hukuman.Siapa kita dengan sewenang-wenang mewakili tuhan membuat balasan pada makhlukNYA.
“Dan hendaklah kamu menghukum (memerintah) di kalangan mereka itu dengan apa yang diturunkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta’ala kepada kamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka itu.” Surah al-Maidah : Ayat 49
Ahad, 10 Jun 2012
Bayangan Dajjal.
Dia menjadi tempat bergantung penduduk kampung,yang menjadikannya sebagai institusi kewangan .Mana-mana penduduk kampung yang mahu menghantar anak ke sekolah atau IPT terpaksa merujuk padanya untuk mendapatkan pembiayaan pendaftaran atau perbelanjaan. Tetapai dia mengenakan bunga pada setiap pembayaran balik. Penduduk kampung tidak ada alternatif lain terpakasa akur.
Bukan sahaja pada penduduk kampung tapi juga pada anak-anak sendiri. Mana-mana anak yang tidak sealiran fikiran dengannya akan disingkir dan diabaikan,dikurangkan pemberian nafkah atau tanpa sama sekali. Ya dibekukan. Anak-anak kena akur kepadanya samada perkara betul atau sebaliknya,barulah mendapat nafkah penuh. Bukankah tindakannya adalah seolah-olah bayangan makhluk dajjal.
"Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang sejuk dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang sejuk"
Satu ketika,anak-anak yang disingkirkan mula mendapat kekuatan,mereka sadar mereka punya hak.Dari sumber ilmu yang mereka perolihi dari para ilmuan dipersekitaran mereka,mereka tahu anak-anak adalah amanah ibubapa,samada mereka menepati apayang ibubapa mahukan atau sebaliknya hak mereka telah ada.Sedangkan dalam harta orang kaya ada hak orang miskin apa lagi dalam harta ibubapa,ada hak anak-anak,jadi mengapa ibubapa memilih-milih pula pemberian pada anak-anak.
Anak-anak mula meninggalkannya,menumpang kasih pada bapa,ibu saudara yang simpati.Sudah jarang menziarahinya. Pak Maon mula diserang kegelisahan,dia takut hilang kasih sayang anak-anak,dia takut akan ditinggalkan di hentian bas oleh anak-anak bila dia tua nanti.
Orang kampung pun sama,meraka mendapat kekuatan. Mula mencari alternatif lain kerana tidak sanggup menanggung bunga dalam pembayaran pembiayaan.Mereka sudah pandai mencari sumber bantuan dari pada pusat-pusat bantuan lain atas kelayakan mereka. Pak Maon gelisah,orang kampung sudah tidak bergantung padanya,takut nanti apabila nayawa terpisah tida siapa yang mahu mengkafankan dan mengkebumikannya.
Sekarang Pak Maon telah mencairkan kembali hartanya. Kalau lah tindakan Pak Maon itu atas kesedaran bahawa semua yang ada pada kita adalah hak Allah. Allahlah yang memberi kelebihan kepada kita hingga dapat mengumpulkan harta yang menimbun,Orang lain tidak dikurniakan itu semua.Maka merak punya hak keatas timbunan harta itu.Alhamdulillah,beliau adalah digolongkan dalam golongan ahli syorga. Namun kalaulah lah tindakannya itu semata-mata kerana takut ditinggalkan di perhentian bas oleh anak-anak atau kerana takut tiada yang menguruskan pengkebumiannya,maka sia-sia sahajalah,walaubagaimana pun masih yang lebih baik dari langsung tiada apa apa perubahan hingga tiba hujung hayatnya.
Daoa menjauhi Dajjal.
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahannam dan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al-Masihuddajjal.”(Dibaca selepas tahyat akhir,sebelum salam)
Khamis, 7 Jun 2012
Nekad
Pemburu cintanya dahulu memalingkan muka. Jiwanya bagai terhempas,hancur luluh. Muncul pula kawan-kawan baru memberikan impati. Meraka menggantikan keseronokan dan kebahagian yang berbeza.
DIA bangkit,dan sudah tidak suka enjoy-enjoy.Dia masih ingat kata neneknya "Kalau banyak sangat ketawa nanti menagislah"
DIA sudah tidak kesah kehilangan pemburu cintanya. Ciri-ciri penyebab pemburu cinta memburunya lah yang menjatuhkannya. Beberapa kali juga cubaan si pemburu cinta mahu mengembalikan DIA ke tempat asal. Tapi DIA sudah nekad.
"Kasihan DIA, telah kehilangan ramai kawan " kata Pemburu-pemburu cintanya
"Padan muka DIA,hilang kawan" kata kawan yang mengkhianatinya.
Adakah betul DIA kehabisan kawan?
“Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaanya itu melewati batas.” (QS. Al-Kahfi : 28)
“Manusia itu mengikuti agama teman karibnya, maka hendaklah seseorang di antara kamu menilai orang yang manakah seharusnya yang dijadikan teman.” Hadith
Rabu, 18 April 2012
Letakan malu ditempatnya.
Anak teruna kepada seorang kawan Makbonda telah dikejarkan ke hospital di kawasan Lembah Kelang,kerana pembengkakkan prostate. Beberapa hari sebelum itu beliau mengadu kepada guru asrama bahawa perutnya sakit,guru asrama membawa ke kelinik berdekatan. Doktor kata gastrik lalu diberi ubat gastrik. Beberapa hari kemudian sakit lagi,lalu dibawa ke hospital,dia dah kata anunya sakit tapi doktor tak periksa itunya dan kata gastirk juga,dan diberi ubat gastrik lalu dihantar balik kampung. Beberapa hari kemudian sakit lagi,yang tidak tertahan,lalu ibunya memeriksa.di celah pehanya sesaiz dua biji limau mandrin besarnya. Ibubapanya cemas,setelah dibawa kehospital daerah terus di hantar ke Lembah Kelang.Setelah di diagnosis sebelah prostetenya telah rosak akibat terlambat menerima rawatan,dan terpaksa dibuat pembedahan untuk untuk membuang bagi menyelamatkan yang lain.
"Doktor,macamana nanti kalau anak saya kahwin?boleh pakai ke"Ibunya cemas.
"Insyaallah,dia masih ada kilang di bahagian sebelahnya,masih sihat,kena buat pilihan,"
Alhamdulillah,dia telah dibawa pulang dengan sebelah prostate yang sihat.
Sewaktu 10tahun,anak bujang makbondapun pernah mengadu sakit perut,makbonda sapu dengan minyak panas.Selepas dari itu nampak gaya jalannya tidak normal,katanya sakit kaki.
"Ok,nanti bawak pada Embah,urut ye!"
"Bukan kat kaki,atas sikit"sebenarnya Makbonda berfikir dia takut akan urutan Embahnya.
Entah macamana Makbonda tergerak hendak memeriksa atas sedikit.Terhenti nafas makbonda bila mata melihat sesuatu menggelembung seperti belon disitu.Terus sahaja dibawa ke hospital.
Di kampung Emak Makbonda,sepasang suami isteri warga emas. Sekian lama suaminya mengadu sakit perut,lalu isteri yang setia akan melumur minyak panas ke bahagian perut tersebut,dan kebah.Sakit lagi,sapu lagi kebah lagi. Bertahun-tahun. Sehinggalah suatu ketika sakit yang teramat sangat kebetulan ada anak yang pulang dan terus dibawa ke rumah sakit.Di rumah sakit,rupa-rupanya yang sakit bukan perut tapi organ bawah perut.
Di hadapan isteri doktor bertanya;
"Pak cik,sejak bila pakcik sakit ni.?"
"Dah puluhan tahun,sejak muda"Makcik terperanjat sehingga lemah kepala lututnya.Selama ini bila sakit suaminya tak beritahu mana bahagian yang sakit.Bertahun-tahun.
Tadi semasa menutup aktiviti P&P dalam kelas,Makbonda sempat meninggalkan wasiat kepada anak-anak.
Kepada anak-anak lelaki cikgu,cikgu harap kalau rasa ada sakit bahagian telur kamu,cakap pada emak. jangan malu.nanti kalau dah teruk tak dapat diselamatkan,kelam masa depan kamu.Pupus spesis kamu.Pada anak-anak perempuan juga,kalau sakit bahagian bawah pusat,jangan malu-malu beritahu emak.Cepat-cepat cari rawatan.Boleh semua?"
"Insyaallah cikgu"
Semasa berjalan beriringan menyusuri gajah menyusur sekumpulan anak-anak lelaki perempuan yang berjalan dihadapan makbonda sedang manyambung isu didalam kelasyang tidak sempat diulas oleh mereka tadi sebab loceng balik sudah berdering.
"Ya lah kalau dah buang rahim dah tak boleh simpan baby,kalau dah buang telur dah tak boleh keluarkan benih"Jawab si prempuan yang jauh lebih tinggi beberapa cm dari silelaki.
Allahuakbar,advance juga mereka ya,padahal dalam rp sains tidak ada tajuk itu, tidak seperti rp semasa makbonda sekolah rendah dahulu,memang ada tajuk pembiakan.
Kepada para emak-emak juga,bila anak lelaki mengadu sakit perut,sila jangan percaya 100%.Periksa bahagian lain juga.Demi masa hadapan mereka.
Jumaat, 7 Oktober 2011
Mantan Tok Ketua
Gambar hiasan tiada kena mengena dengan tajuk. Penempatan Felda Linggiu,Kota Tinggi dari Jalan raya |
Hari itu dia dapat berpeluang bersembang dengan Cikgu Makbonda yang sedang menampal senarai murid di papan kenyataan sekolah.
Allahyarham Ayahnya datang dari Pulau Jawa,sehelai sepinggang,datang ke kampong ini membuka penempatan baru.Setelah dapat membuka tanah diapun berkahwin dan beranak pinak sehingga mencapai 2 digit bilangan anaknya. Membuka tanah baru bermakna bekerja dengan tulang 4 kerat. Duduk di kawasan pekebunan, keluar pagi,membawa bekal balik petang. Tiada masa untuk membaca surat khabar,meinum-minum di warong,menonton tv dan bersantai-santai. Seluruh kehidupan hanya untuk kebun disamping menunaikan tanggungjawab rukun islam yang lima.Bapanya jugalah yang merintis pembukaan sekolah rendah di kampung ini. Bila meninggal,anak anak yang berjumlah dua digit tersebut mendapat harta pesaka beberapa bidang tanah setiap orang mengikut faraid.Kini Mantan Tok Ketua tadi telah punya cucu,dan cucunya adalah genarsi ke lima.
Katanya dulu,masyarakat meletakan orang-orang Jawa adalah golongan yang rajin,dan orang Melayu,(penduduk asal) orang kaya tetapi malas.Mantan tok ketua sendiri beristerikan orang Melayu. Sekarang isterinya telah menyelar Mantan Tok Ketua;
“Huhh dulu kata orang Jawa ni rajin-rajin orang Melayu malas,tapi sekarang sama saja”
Memerah telinga Mantan Tok ketua mendangar sindiran isterinya.Pada mulanya keegoan lelakinya mahu juga mematahkan sindirin isterinya itu tetapi beliau terfikir memang tidak ada salahnya sindiriannya itu.
Apa tidaknya, anak-anaknya sendiri yang telah beranak pinak,bukan reti nak mengembangkan harta,hanya mengharapkan harta pusaka yang diwariskan,yang bersekolah tinggi adalah pekerjaan tetapnya tapi yang tidak tinggallah mengerjakan tanah pusaka.
“Cikgu tengoklah Si Meon bapak anak murid cikgu tu. Dulu datoknya sama-sama dengan bapak saya membuka tanah,sekarang tinggal kat cucunya habis di jual,tinggal sekeping tu dah di pajaknya kat Cina,akhirnya dia ambik upah mengait kelapa sawit kat kebun sendiri.”
“Yalah,itu rezekei masing-masing tok,rezeki tu untuk tok dia bukan untuk dia,dah itu yang tertulis”
“Betullah rezeki masing-masing cikgu tapi kita tengok sendiri cara hidupnya,tak nampak langsung kegigihan usahanya.Kalau pun tak dapat kembangkan janganlah di habiskan. Tak boleh nak berfifkiran jauh.Tak malu ngan orang Indon,orang Banggla yang baru datang. Janganlah marah kalau dia orang lebih kaya,dah dia orang kerja,sapa rajin berusaha dia yang dapat”
“Betulah Tok orang Indon ke orang Banggla ke,dia orang macam nenek moyang kita juga,datang sini cari kelebihan,sekarang dia orang gigihlah,esok tiba kat anak cucunya macam anak-anak kita juga kan tok.”
“Betullah kata cikgu.Zaman berubah,sekarang orang negeri lain datang tempat kita mencari rezeki jadi kaya,anak-anak kita tinggal bermalas-malas, Paling malang yang jadi mayat bergerak pun ramai,tak ada hati manusia,Semuanya jadi kelangkabut,hidup kita pun tak tenteram.”
“Tapi tak semua kan tok,hanya sebahgian,yang lebihnya ramai juga yang berjaya tapi bukan dibidang yang sama dengan ibubapanya”
“Betullah lah tu,Tapi yang saya nak cakap ni tanahnya cikgu,Kadang saya bercakap juga dengan anak-anak,kerja janganlah habiskan duit bermewah-mewah,beli kereta besar-besar,perabut rumah mahal-mahal tapi tak ada tanah.Tanah di beli orang cina dan orang yang baru datang.Yang belajar tinggi tak apalah,habis yang tak?,melepak kat rumah,kat warung last-last tunggu bantuan rumah PPRT dan mohon asnaf.” ,Bersemangat sekali wajah Tok Mantan Ketua, sambil bercakap adakalanya mata tok ketua memandang jauh dan kosong,kasihan dia.
"Tak mengapalah tok,itulah hukum alam,bangsa,harta itu semua tidak kekal,kalau iman yang di wariskan insyaallah"
"Cikgu ajar apa ya?"
"Ajar Sains tok"
"Oh ingat ustazah,cikgu,masa ngajar sains tu bolehlah ingatkanlah anak murid,ingatkan asal usul,rasa-rasa mejoriti murid sekolah ni tok nenek dia orang datang merantau ke sini,Cari tempat untuk anak cucu,janganlah malas-malas,nanti orang lain ambik tempat kita. Bapak saya dapat tinggalkan kampung ni kat anak cucu,tak tahulah cucu-cucu saya dapat tinggalkan apa kat anak cucu dia orang.Tok tengok yang kerja kebun sekarang Orang Indon dengan Bangla je"
"Insyaallah tok,nak buka tanah dah habis tanah tok.Sekurang-kurangnya anak cucu dapat tinggalkan ilmu kat anak cucu mereka."
Perbualan diputuskan dengan ketibaan cucu Mantan Tok ketua berlari-lari sambil menyerahkan botol air kepada Toknya.
"Maaf ya cikgu,saya dah tua cakap kadang melalut je......Assalamualaikum"
"Waalaikumussalamwarohmatullahiwabarokatuh......terimakasih Tok" "Ya terimakasih Allah yang memberi kesempatan menemukan kami" Cikgu Makbonda bermonolog sambil manarik nafas panjang.
Ahad, 3 April 2011
Mencari Syurga?
Sekarang pemandangan Nenek Dua yang telah berkurang ni,bertambah kabur rasa bila jiwa terkenang peri anak-anaknya.
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
Isnin, 27 Disember 2010
Persimpangan
“Apa kelainan sambutan tahun baru tahun ini Tan Seri”Kata Juruacara jelita.
“Oh kelainan?, pastinya berbeza dengan tahun yang lepas,kali ini sambutan akan diadaka di dataran Merdeka” Jawab Tan Seri Kacak berkepala sexy.
“Mengapa di dataran Merdeka?,bukan di Putra Jaya seperti yang telah lepas?” Juruacara jelita tambah teroja.
“Oh Kerana saya dapati pengunjung labih ramai dan sedia ada di Dataran Merdeka,setiap tahun walaupun tidak ada upucara negara, pengunjung begitu committed menunggu menjelangnya tepat 12 malam.Mereka memberikan sambutan sungguh meriah,mereka bersorak gembira tanpa rusuhan yang boleh menejejaskan keselamatan Negara.Tidak kira tua muda,berbagai bangsa 1 Malaysia. Menyemarakan sambutan tahun baru kali ini.” Tan Sri kacak bertambah bersemangat.
“Wow,Sambutan yang menggalakan ya tan Seri.Tentu sekali atucara yang vogue dan menarik.”Juruacara jelita sambil mengembangkan kipas made in
“Sudah semestinya,mereka datang tidak kira waktu,sejak pukul 7,hinggalah 4 pagi.untuk memeberi sokongan.Beberapa artis telah pun diundang untuk sama-sama memeriahkan sambutan kali ini.” Wajah Tan Seri kacak bertambah berseri-seri dengan terbatuk-batuk kerana kelelahan..
“Berapa ramai sasaran pengunjung kali ini”Juru acara jelita sambil mengecil-ngecilkan mata.
“Kali ini sasaran pengunjung adalah 1 juta berbanding 800,000 pada tahun yang lepas. Artis yang akan membuat persembahan pada konsert ini juga datang dari pelbagai latar belakang, bersesuaian dengan matlamat konsert ini kita mengharapkan kehadiran penonton yang lebih ramai di Dataran Merdeka untuk memeriahkan konsert ini berbanding tahun sebelum ini.” Tan Seri Kacak termengah-mengah menghabiskan ayat tanpa noktah itu.
“Apalah orang tu,dah tua tapi nak sambutan tahun baru konsert-konsert,malam-malam pun nak suruh orang datang, kan Mak Ngah,Ustazah kata bulan Ogos nanti banyak orang buang bayi”
Alamak ,potong stim betulah Arif ni. Orang tengah nak dengar promosi,tengah fikir nak komen,dia dah komen dulu. Apalah nak dibandingkan Arif yang baru sembuh dari bersunat dengan tan Sri Pengarah bank itu.Tahniah pada Ustazah Arif kerana memandu Arif membuat pilihan di persimpangan.
“Arif,bersyukurlah kamu,seusia 8tahun Allah sudah letak kamu di persimpangan yang benar”
Rabu, 22 Disember 2010
....rantai....
Mona,nama asalnya Mas Mona,Seorang menantu, yang cukup liat pulang kerumah mertuanya,pada suatu hari terpaksa pulang juga kerana si suaminya akan berkumpul adik beradik untk membincangkan hal kenduri walimah adik bungsunya.Sesampainya hari telah gelap.Bangun pagi anak yang berusia 1 lebih ditimpa selesema dan suhu badan agak berbeza dari paras normal.Seharian si menantu meriba anaknya tanpa melakukan kerja-kerja lain di rumah mertuanya.
Kak Laila, yang setengah anak Mak Odah suka jaga tepi kain orang,tapi tidak kata Mak Odah, datang dan cukup impati melihat kegelisahan Mas Mona.
“Anak demam ke Mona?”
“Ye,ni yang I tak selesa ni,I cukup susah bila anak demam”
Padahal masa anak tak demampun dia sentiasa tidak selesa sepanjang berada dirumah emak mertuanya.
“Biasalah anak demam Mona,akak dah bela 7 orang anak,demam macam ni nak kuatkan stamina dia,nak bagi aktif antibody dia”
“Ye lah the problems is ia tak suka anak demam-demam ni,takut jangkitan ke otak,tu lah I dah rasa something happened before bertolak dari rumah lagi,tapi dady dia beria sangat nak datang sini,hati seorang mummy tau,dapat rasa somethings happened kat anak-anak,dia apa tau,asyik asyik nak balik rumah mak dia je,dia syok sembang ngan adik beradik dia,tak fikir anak. Itu yang I geram sangat kat Joe tau,bukan nak faham hati I”
“Ya lah Mona,betul kata kamu,hati seorang ibu,sampai besar pun anak,hati seorang ibu,tetap sama,satu hari baby ni besar macam Marjoned juga. Walau dah kahwin kena balik jumpa mak dia jugak…..
“Kalaulah isteri kamu tak nak balik, kesian mamy kamu tau,sok dah besar jangan buat macamtu ye sayang.”
“The reason why I don’t like her, but its true”jiwa Mona bermonolog.
Tapi itu Mona dulu,Mas Mona sekarang sudah mesra balik rumah mertua.Dia tidak mahu perilakunya di warisi oleh anak-anaknya nati,dia mahu putuskan rantai itu.Terimakasih Tuhan,turunkan insan penjaga tepi kainnya.
Jumaat, 12 November 2010
Sapi
Bila dia menoleh pada suara yang agak berdengus,rupa-rupanya datang dari nafas Sang Sapi yang sedang tenang dan wajah yang bercahaya-cahaya.
gambar ikhsan dari http://xiiinam751.blogspot.com/
Kak laila : Salam Sapi.
Sapi: Waalaikumussalam.
Kak Laila: Kamu apa khabar,wajah kamu amat tenang dan mendamaikan.
Sapi: Sudah semestinya,aku dalam keadaan bahagia,beberapa hari lagi aku akan di qurbankan.Aku telah di beli oleh anak-anak tuanku untuk dikongsi berqurban.
Kak laila :Alhamdulillah. Kamu tersangatlah beruntung,disamping sapi lain yang maut dijalan-jalanraya,yang tertimpa debu merapi,yang ditembak dek kerana dijangkiti penyakit,kamu mati dengan nama Allah.
Sapi: Ya begitulah nampaknya. Maha suci Allah. Aku juga amat kagum dengan iman anak-anak tuanku yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan membeli aku dari ibu bapanya. Wang hasil jualan aku tu tuan aku akan membelikan anak-anak lembu untuk berqurban di tahun akan datang.
Kak laila :Sesungguhnya mereka mampu,hidup mereka sentiasa dalam kerahmatan.
Sapi: Kemampuan berqurban bukan hanya terletak pada sejumlah mana wang yang mereka ada tapi juga kemampuan dari segi keikhlasan, masih ramai lagi mereka yang banyak wang tapi iman mereka tidak mampu untuk keikhlasan.
Kak laila :Ya, Ya Allah,golongkanlah aku di dalam golongan orang-orang yang engkau beri petunjuk.
Sapi: Ameen. Nanti diakhirat aku akan menjadi tunggangan mereka semasa berjalan di titian.
Kak laila :Masyaallah,bahagianya mereka.Semoga mereka dileimpahi rezeki dan akan berqurban lagi dimasa akan datang,kalau sekarang mereka berkongsi dimasa akan datang mereka berqurban seekor seorang.
Ameen ya Robb(serentak suara flora dan fauna mengaminkan)
kak Laila juga mengaminkan dengan suara yang amat kuat.
tiba-tiba dia mendengar suaminya berkata,
"Tiba-tiba sebut amin tengah-tengah malam ni,mimpi apa?"
MasyaAllah. Kak Laila meraup muka lalu berdoa.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan mimpi yang baik lagi benar, tidak dusta, membawa manfaat, tidak membawa mudhorot (bahaya)"
Catatan Popular
-
) 14.1 Apakah makna perkataan-perkataan ini (ذَكِيَّةٌ), (ذَكِيٌّ ), (طَالِبَةٌ ), (طَالِبٌ) ? tha-li-bun (طَالِبٌ) = "seorang p...
-
Kain batik sarung sumber Kain batik lepas sumber Berbunga-bunga hati bila mendapat sesuatu dari orang yang kita martabatkan dia di hati. Apa...
-
Sekarang ini saya sedang berada dalam mod persaraan, Dikelilingi dengan individu-individu yang sedang menempuh persaraan. Tahun ini sahaja...
-
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَ مَا لَمْ أَعْلَمْ وأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَ...
-
20.1 Apakah Sifah dan apakah Mausuf? Sifah* ialah Isim yang menerangkan akan kualiti atau sifat kepada Isim yang datang sebelumnya...
-
18.1 Apakah dia Idhofah? Idhofah ialah Ungkapan (frasa) yang terbentuk daripada gabungan dua Isim. Isim Pertama dikenali sebagai M...
-
16.1 Apakah dia Zharaf? Zharaf* ialah Kata Keterangan (Adverb) yang menjelaskan mengenai masa atau tempat berlakunya sesuatu kea...
-
Diantara blog yang saya ikuti ialah Ummu Saif , aka Dr Muna isteri kepada Ustaz Hazrizal .Satu ketika beliau mengongsikan kesah ana...
-
Sebelum ini saya tidak berapa mengenali siapa dia Dr Wan Maseri sehinggalah Jemaah kami membuat keputusan untuk menjemput beliau datang ke ...