"Sahabat till Jannah"
Itulah posting yang salah seorang list frainds saya di FB dalam mengulas gambar bersama sahabat till Jannahnya yang berimejkan dengan pakaian yang sekadar menutup tubuh. Insyaallah Dik,akak doakan akan dikau mendapat hidayah dan menyedari bahawa keterampilan mu itu ditatapi oleh ramai orang,dan kau akan memperbaikinya kearah lebih diredhai Allah. Sahabat yang baik-ialah sahabat yang membawa kita kearah kehidupan yang sempurna di sisi al Khalik yang pencipta kita. Jannah itu adalah dihuni oleh makhluk yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah.
Alhamdulillah dalam ramai-ramai tetamu yang hadhir semasa hariraya ini adalah satu kumpulan bekas anak murid suami saya. Mereka bertiga sahabat yang telah berkeluarga,betapa eratnya persahabatan mereka sehingga suami dan anak-anak mereka turut terjebak dalam persahabatan itu,mereka berjaya berkumpul dan membuat aktiviti silaturrahim. Pada awalnya saya menyangka mereka ada pertalian darah,kerana saya lihat anak-anak dan suami mereka seperti tidak asing walaupun datangnya dari seluruh pelusuk tanah air, seorang dari Kedah,Negeri Sembilah dan Ipoh. tempat mereka tinggal sekarang pun begitu, juga dengan kerjaya. Kekuatannya mereka sekampung dan satu sekolah dari sekolah rendah hingga menegah. Kadangkala dalam satu keluarga yang bertalian darah pun tidak mampu untuk bersatu hati sedimikian rupa. Saya mendoakan semoga persahabatan mereka mendapat redho,rahmat dan kasih sayang Allah juga.
Saya baru menziarahi sahabat suami saya,Meraka berkawan sejak alam sekolah menengah hingga berkerjaya,Sangat intim hubungan mereka semasa bujang dulu,diawal perkahwinan dahulu kami selalu bermusaffir bersama,ketika itu anak-anak kecil lagi. Namun semakin anak-anak besar hubungan semakin longgar. Sebenarnya asalnya saya agak keberatan untuk menunaikan ajakan suami,sebab sesekali berjumpa tidak sudah-sudah mereka menunjulkan kelebihan kerjaya anak isterinya,namun saya cuba untuk berbaik sangka,mungkin kini sudah berubah dengan usia yang semakin pendik ini. Rupa-rupanya masih seperti dulu,walaupun kami cuba lari ketajuk lain beliau masih menyebutkan tentang tangga gaji isteri,kerjaya menantu dan anak-anak. biasanya topik begini adalah popular dikalangan isteri, Ini tidak,keluar dari lidah sang suami. Sebelah isterinya pula pernah mengadu pada saya yang anak-anak semua berhutang belajar,kerja suwasta yang belum tentu masa depan compnya tempat bekerja,tentang dua-dua masih terlibat dalam potongan gaji untuk rumah dan kenderaan dan berbagai kesmpitan lagi. Saya tak kata apa-apapun. Agak ganjilkan seorang suami kagum dengan tangga gaji isteri dan kerjaya anak-anak,disebaliknya isteri pula bimbang dengan kedudukan nya sekarang.
Sempat pula bertanya saya mengapa saya bersara awal,tidak sayangkah tangga gaji tak sampai kemuncaknya. Saya ambil kesempatan menerangkan kedudukan diri saya sekarang. Dulu bekerja mengharapkan upah kerana hendak menolong ibu bapa bagi mebiayai adik-adik,juga merengankan suami bagi membesarkan anak-anak. Kini semua itu sudah berlalu,mengapa perlu bersusah payah memburu upah dunia sedangkan umur semakin pendek,persediaan untuk menghadap hari kekal masih lopong lagi,biarlah sekarang bekerja bukan untuk upah dunia lagi,banyak pihak yang memerlukan tenaga sukarela kita. Saya tambah lagi biarlah kita tidak banyak duit asalkan tidak banyak hutang.
Sebagai penutupan sempat saya luahakan harapan saya, agar hidup saya berakhir dengan khusnulkhotimah, untuk anak-anak pula walaupun apa kerjaya mereka yang lelaki agar dapat memimpin isteri dan anak-anak kedalam hidup yang Allah redho,yang anak perempuan pula mendapat suami yang dapat membimbing mereka dan anak-anak kejalan yang yang betul dan mengikut manual al Quran. Zaman Islam menghadapi fitnah di sana-sni,sehingga sukarnya kita memilih jalan yang betul,