DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan

Selasa, 2 Disember 2014

LANGIT

"Mana AhMoi yang duduk sini selalu tu" Saya bertanya pada pemuda Cina  gemok yang duduk di kaunter semasa saya mahu menjelaskan bayaran pembelian alat elektrik. Sebenarnya saja saya beramah tamah sementara menunggu suami ke mesin atm di seberang jalan bersetentang dengan kedai tersebut.Saya kpelanggannya,dia kena layan.

"Dia sudah pergi langit" jawabnya sambil gelak mengada-ngada. Menyampah saya. Saya tinggalkannya buat buat melihat gadjet-gadjet it dalam almari kaca.
"Itu mau ka,harga special untuk you customer lama."

"Tak maulah,bukan keperluan buat masa sekarang"

Sebenarnya saya tak puas hati,mana pergi Ah Moi tersebut,pergi langit? Sudah mati kah? Entah kenapalah saya begitu menyibuk jaga tepi kain Ah Moi.  Saya tanya lagi

" Betullah,dia pergi langit"sambil gelak- gelak lagi.
"Sudah mati ke"
"Pandailah you cakap,mana ada dia keluar lah"
"You kata pergi langit kalau Islam matilah pergi langit"
"Huwyoo,itu macam ka,sorry aaa"
"Apa pulak sorry,you tak salah sama saya pun. Ya lah,dalam Islam,dan semangnya begitulah kalau kita mati,roh kita akan naik kelangit,yang tinggal itu body saja,bila tanam nanti akan hancur"
"Owh itu macam ka"
"Selama ni you tak tau ye,tak apa lah sekarang saya bagi tahu.Nanti satu masa dunia akan kiamat,semua bumi ,matahati,bulan langit hancur.kemudian Allah bangun kan semua orang,roh masuk dalam body.termasuk you dan nenek moyang you.nanti kita kena timbang,banyak buat baik ke banyak buat jahat"
"Siapa baik masuk shurga ka" Dia menyampuk.
" Pandai pun,mana you dengar"
"Adalah sikit- sikit"
"Ya,bila timbang siapa banyak buat baik masukk syurga,kalau banyak buat jahat masuk neraka.Pernah dengar neraka?"
"Sikit-sikit adalah"
"Tak apa you tak salah,orang islam yang salah,tak bagi tahu you.Tak apa,ini saya bagi tahu. Neraka itu tempat paling teruk,api besar yang sangat panas,kita tak boleh mati,hangus  semua badan tapi terus hidup. Yang duduk Syurga apa kita mahu dapat,hidup selama- lamanya"
Dia tercengang
" You tau mana saya dapat cerita ni"
Dia geleng kepala
" Dalam Quran lah,you pernah tengok?"
Geleng kepala
"Oh salah orang Islam lah tak mahu tunjuk sama you,Kalau cara you macamana? You ada kitab"
"Tak adalah....kita ikut saja orang tua cakap"
"Oh itu susahlah,kita hidup kena ada manual,mahu beli vakum pun kena ada manual,hidup pun ada kena manuallah.Quran itu kita punya manual hidup.You niaga untuk apa,"
"Untuk cari wang lah,banyak wang hati senanglah"
"Ye ke ?You tak pernah susah hati?
"Duit banyak isteri lari,anak jahat,sakit, mulut makan tak sedap,pencuri intai,senang ka?"
Dia termenung panjang,suami saya pun tiba. Setelah melangsaikan bayaran saya tutup perbincangan kami.
"Ok,sorry ya kalau kacau you,saya costumer,you kena terima saya,nanti saya datang lagi beli barang saya sambung lagi."
Dia pandang tempat lain.

Adakah ini termasuk dalam ketogari akta hasutan?yang bagi saya satu dakwah.


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
 1 )   Yaa, Siin.
( 2 )   Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,
( 3 )   Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus,
( 4 )   Yang tetap di atas jalan yang lurus (ugama Islam).
( 5 )   Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,
( 6 )   Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.
( 7 )   Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

Sabtu, 12 April 2014

ANUGERAH

Adakalanya kita berbuat baik sedikit sahaja tapi Allah beri balik lebih banyak.Sebenarnya itu juga adalah ujian,untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita pada nikmat tersebut.Takut kita leka dengan nikmat bila mendapat kesakitan sedikit kita rasa Allah benci pada kita.

Saya menghulurkan salam pada Rumah Pengasih Warga Perihatin.Mereka menyambut dengan kedua belah tangan.Melalui gmail-gmail yang saya kirimkan mereka telah dapat menjejaki blog saya,. Dr Masjuki co founder RPWP telah berminat dengan cerita Bapak.Beliau merancang untuk membawa anak-anak RPWP untuk bertemu Bapak dalam program sekolah Alam mereka.Pada mula-mulanya saya agak ragu-ragu juga bolehkah saya menyediakan pasarana untuk menyambut mereka nanti,saya bimbang jauh-jauh mereka datang tapi dengan hasil yang mninima.Setelah Maklong Werdah salah seorang co faunder memberi keyakinan bahawa mereka tidak perlukan apa apa persediaan,hanya ingin mengunjungi bapak untuk bersilaturrahim dan berkongsi pengalaman.Akhirnya saya berpakat dengan adik beradik lalu mereka bersetuju.Sesiapa ada kelapangan akan balik ke kampung untuk sama-sama menyambut tetamu Allah ini.

Program  ziarah tersebut telah disusun semasa perjalanan Program Sekolah Alam  yang ke-3 ke Baling pada cuti tahun baharu Cina pada hujng mingu tersebut untuk singah bermalam di rumah bapak,malangnya bapak telah jatuh pada hari Isnin sebelumnya dan terus menginap di wad hospital Teluk Intan. Maka rombongan mereka membatalkan ziarah ke kampung,dan akan singgah di hospital sahaja. Pada tarikh yang ditetapkan nampaknya ziarah ke hospital juga dibatalkan kerana perjalanan memasuki jalan Tanjung Karang sesak yang amat teruk disebabkan cuti tahun Baru Cina.

Apabila Program Sekolah Alam Seterusnya dijalankan di Kampung Parit Serong Tanjung Karang.mereka memasukan lawatan Bapak di Hospital TAnjung Karang dalam tentetif.Alhamdulillah rombongan mereka telah sampai ke hospital Telok Intan walaupun telah melepasi waktu melawat. Kami semua kehilangan kata-kata atas kesungguhan mereka meyambut salam kami. Agak terkilan juga sebab bapak tidak boleh berbuat apa-apa.Terharu dengan doa yang dipimpin oleh adik Nik Harras.Subhanallah,Subhanallah,kami insan kecil ini dilawati oleh mereka,yang kami akui terlalu padat dengan program sendiri.






Pada hari bapak pulang kerohmatullah,sepanjang perjalanan dari Pangkor saya sempat menghatar mesej kepada Mak Long dan Dr Masjuki. Sungguh tidak disangka mereka sanggup datang dari jauh,ketibaan mereka ketika jenazah bapak sedang diusung ke kenderaan jenazah. Terus mereka mengeluarkan PA sistem,jadi  pengumuman dari waris dan ucapan berkumandang dengan kuat dan dapat didengari oleh semua orang,kesannya semua yang datang berziarah atau ngelayat(istilah jawa untuk pelawat dihari kematian) senyap sunyi dengan suasana yang begitu sahdu. Semasa penkebumian sekali lagi suara pembaca talkin berkumandang dari PA sistem yang dibawa oleh RPWP. Ini adalah julung-julung kali. Semasa dalam keadaan panas mereka telah mengagih-agihkan payung kepada yang hadhir. Setelah selesai urusan pengebumian mereka datang lagi kerumah untuk beramah mesra. Kami akan terkilan tidak dapat menyediakan mereka makanan. Sebab di rumah pada ketika itu tiadak apa-apa bahan untuk dimasak maklumlah setelah 40 hari ditinggalkan,pada malam itunjuga jenazah bapak dibawa pulang,anak-anak yang pulang semua dalam keadaan kesedihan jadi terlepas pandang untuk mecari bahan makanan.Adalah salah seorang dari adik-adik saya yang sempat membeli nasi lemak dalam perjalanan kerena beliau punya ramai anak yang masih kecil jadi peka pada perkara tersebut.


foto dari album Ahmad Kamil






3 Minggu setelah Bapak pergi meninggalkan kami,telah diatur bahawa saya akan mengadakan majlis walimah anak sulung saya. Saya telah menghantar kad jemputan kepad RPWP melalui Whatapp sahaja kerana kami sudah kesuntukan masa,Walaupun kad telah dibuat dan masa telah ditetapkan namun kami masih dalam kesedihan jadi tumpuan untuk majlis kenduri agak kurang,sedangkan masa terus berjalan,ramai kawan dan kenalan yang terlepas pandang untuk diundang. Tiga hari sebelum majlis berlangsung dapat panggilan dari mak Long Werdah bahawa RPWP akan datang 2 bas untuk Program sekolah Alam anak-anak Warga Perihatin. Saya agak ragu-ragu sebenarnya,bimbang tidak dapat menyediakan mereka keselesaan,maklumlah pada ketika itu saya didatangi oleh tetamu-tetamu lain. namun mereka bersungguh-sungguh,tujuannya untuk memberi pembelajaran alam pada anak-anak bagaimana rewang dalam satu majlis khenduri.Sebanrnya majlis kami adalah secara katering kerana kami tidak mampu untuk menguruskan dalam keadaan sekarang ini. Nampaknya apa yang mereka dapati tidak lah seperti apa yang diharapkan,tiada aktiviti rewang disini,namun kami telah memaklumkan pada pihak katering bahawa semasa majlis nanti pekerja katering akan ditolong oleh anak-anak Warga Perihatin,dan meminta mereka memberi kerjasama untuk memberi tunjuk ajar kepada anak anak ini.

Kami tempatkan warga nisa' menginap dirumah Allahyarhamah Kak Yam dibelakang rumah saya atas keizinan anak-anaknya. Setelah habis kenduri apabila kami meminta jumlah kos penginapan mereka tidak mahu,itu adalah sebagai infaq mereka. Alhamdulillah,Allah pasti menilai.Warga rijal pula bermalam di masjid berdekatan.

Pada peringkat awalnya,majlis kami adalah majlis yang sederhana,yang penting ada pernikahan, selepas itu majlis khatam al Quran oleh anak-anak yang mengaji disini juga anak-anak buah yang telah khatam Quran,semua mereka masih belum akil baligh lagi,dalam majlis itu nanti pengantin lelaki akan membacakan doa khatam Quran. Selepas itu pengantin akan makan pengantin yang di taja dan disediakan oleh pihak katering. Selepas itu pengantin akan menyambut dan melayan tetamu. Namun aturan Allah datang tanpa diduga. Pihak RPWP datang dengan PA sistem,pasukan marhaban yang membuat persembahan,pasukan penyambut tetamu yang berpayung dan majlis Yassin dan tahlil di malam sebelumnya. Sebenarnya kami terkedu,majlis sederhana kami telah menjadi meriah dengan persembahan anak-anak warga Perihatin,dengan DJ hebat dari bukan orang sembarangan  seperti Saiful Nang iaitu ikon jurugambar yang terkenal. Juga Dr Masjuki sendiri dan lain-lainnya yang terdiri daripada golongan profesional. Telah menjadi buah mulut di daerah kami bahawa majlis kami hebat dengan pasukan penyambut tetamu berpayung yang mengiring dari kereta hingga ke khemah. Gerun kami menerima ayat-ayat mereka,sebenarnya ayat itu bukan untuk kami tetapi untuk RPWP yang di ilhamkan AllahSWT. Masing-masing bertanya sesama sendiri bagaimana saya boleh membawa mereka kesini dan berapa biayanya. Saya hanya mampu menyatakan bahawa itu adalah anugerah Allah. Pada yang biasa dengan internet saya hanya berikan mereka cadangan untuk mencari dengan menggogle  Rumah Pengasih Warga Perihatin,samada dalam website atau Faebook.
Photo: NOTA KEMBARA SEKOLAH ALAM KE-7
SABAK BERNAM BAH. 1 - 'REWANG' BUKAN 'MEREWANG'

Alhamdulillah, kali ini kami bersama anak-anak keseluruhannya dapat menikmati perjalanan ke Sabak Bernam. Tujuan berziarah ialah untuk memperlihatkan kepada anak-anak tentang majlis Walimatulurus secara Islamik dan segala yang berkaitan dengannya. 

Perjalanan kami padatkan seperti biasa dengan pelbagai pemerhatian alam yang tidak putus-putus. Anak-anak pula terbahagia kepada dua kumpulan besar dalam 2 buah bas yang berlainan. Anak-anak tahap 2 sehingga sekolah menengah dalam 1 bas, sementara yang lain dalam 1 bas lagi bersama para penjaga dewasa. 

ULANGKAJI KEMBARA ALAM 4

Perjalanan kali ini melalui jalan yang pernah dilalui semasa Projek Sekolah Alam ke-4 kami di Tanjung Karang. Anak-anak diberikan tugasan untuk mengendalikan ulangkaji sepanjang perjalanan. Bukan dengan hafalan tetapi bilamana mereka melihat satu perkra, akan teringatlah di dalam benak mereka apa yang pernah muhadir jelaskan sebelum itu. 

Pembahagian mengikut kumpulan umur memberi ruangan untuk anak-anak yang lebih besar untuk mendapatkan input yang lebih tinggi bahasa dan pemahamannya. Anak-anak di bawah 10 tahun pula kami berikan pendedahan tentang cara berfikir yang kritis agar mereka mampu memerhati dan mencerap pelajaran walaupun tanpa buku dan tanpa kelas. 

Kami jelas tentang kelemahan sistem sedia ada dalam pendidikan arus perdana. Walaupun semua misi pendidikan sangat baik bagi mencipta daya pemikiran yang kognitif di kalangan pelajar, namun ia tidak berlaku sebegitu. Anak-anak kita di sekolah pada hari ini dengan mudah mampu mendapatkan keputusan 9A tetapi apabila memasuki bidang pekerjaan sebenar, anak-anak kita juga yang tertinggal ke belakang kerana tidak mampu menyelesaikan masalah. 

REWANG - KAITAN DENGAN JAWA & ISLAM

Salah satu dari fokus kembara kami kali ini ialah kepada pembelajaran melalui pemerhatian konsep rewang orang Jawa yang menjadi tunjang kepada perpaduan masyarakat. Sememangnya Islam itu berasaskan kerjasama berjemaah, Ummatun wahidah.

Kami pernah bercerita kepada anak-anak yang sehingga hari ini kami kekalkan di kalangan mereka budaya rewang ini. Mereka juga sangat teruja apabila kami mahukan mereka memerhatikan tentang budaya ini di kampung semasa majlis walimatulurus di sana. 

Dalam budaya REWANG, sekadar bunga duit RM1 sebagai ‘penanggah’, RM5 untuk ketua penanggah dengan tuala “good morning” dan juga rokok penanggah boleh menjadi satu bayaran yang lebih bernilai dari bayaran penanggah professional katering pada hari ini. Pada malam hari perkahwinan sehingga semuanya selesai, tuan rumah akan melantik seorang wakil dari kalangan ahli masyarakat yang datang untuk rewang. Secara tradisinya, tuan rumah tidak boleh lagi masuk campur selepas itu, iaitu selepas wakil jemaah mengambil alih pengaturan. 

Ada juga kes apabila tuan rumah terlampau banyak ‘songel’ sehingga ahli rewang terasa hati dan terus meninggalkan kenduri. Jika itu berlaku, tuan rumah akan merendah diri untuk meminta maaf kepada setiap ahli masyarakat untuk mendapatkan mereka kembali meneruskan rewang. 

Semuanya berlaku dalam semangat kekeluargaan yang sangat tinggi. Majlis keramaian memang satu yang ditunggu-tunggu kerana itu seperti satu asbab kepada penyatuan masyarakat. Bukannya untuk upah dan bayaran, tetapi sekadar mengeratkan silaturrahim. Anak dara dan anak bujang diacu-acukan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang memerhatikan mereka semasa rewang. Bapa Si Dara pula boleh lihat calon-calon menantu mengikut kerajinannya. 

Setibanya kami di sana, kami mula merasakan kemeriahan yang ada. Namun anak-anak bertanya, dimanakah rewangnya? Mereka mencari-cari penanggah-penanggah yang memakai bunga duit dan tuala “Good Morning” seperti yang pernah kami ceritakan. Namun semua itu sudah tidak berlaku lagi.

Penanggah rewang berganti dengan penanggah beruniform katering yang menyediakan hidangan-hidangan secara buffet. Dalam tradisi rewang, tetamu hanya perlu duduk sahaja dan semua hidangan akan disediakan terus dengan sopan di atas meja. Akan ada barisan penanggah yang ke depan ke belakang bergiliran menghantar hidangan serta mengutip dan membasuh pinggan kotor.

Tuan rumah tempat kami berziarah ini merupakan guru vateran dan orang yang sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Cikgu Hajjah Hashimah & Cikgu Haji Nasir merupakan insan prihatin yang meletakkan kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri. Hidup mereka sederhana dan majlis perkahwinan anak mereka itu juga berlaku secara sangat sederhana. Tiada busana-busana dan pelamin ribuan RM untuk menghiasi pengantin, tiada solekan tebal ala-ala Oprah Winfrey ataupun Opera Cina dengan khemah-khemah sederhana tanpa renda-renda puluhan ribu RM. 

Disebabkan aktiviti kemasyarakatan yang menjadikan mereka ini sibuk, maka mereka kurang terlibat dengan aktiviti kenduri kendara di kampung itu. Walaupun begitu, aktiviti kemasyarakatan di dalam kampung itu tetap sangat memberi kesan kepada masyrakat sekeliling. Disebabkan itu juga, mereka agak gusar dan risau sekiranya kenduri mereka itu tiada yang nak datang rewang. Alternatifnya ialah katering. 

Bukannya sesuatu kesalahan menggunakan katering, cuma dari kajian sosiologi yang pernah kami lakukan ke atas komuniti Jawa yang pernah kami tuliskan selepas hari raya tahun lepas, kami dapati budaya rewang menjadi salah satu unsur penyatuan yang sangat penting. 
http://prihatin.net.my/v3/2013/08/19/budaya-islamik-jawa-beraya/

Sekalipun anak-anak tidak merasa kemeriahan rewang, tetapi kami berikan tugasan kepada anak-anak yang akhirnya mereka dapat wujudkan juga suasana rewang antara mereka. Kami harap mereka faham maksud kami agar dapat menghidupkan budaya yang baik ini dalam generasi dan kelompok mereka.

MEMULIAKAN TETAMU 

Setelah tidak dapat rewang menyediakan / memasak makanan, maka kami CUBA WUJUDKAN KEMERIAHAN REWANG dengan cara sendiri. Sebagai kelompok warga yang sudah biasa menguruskan majlis, kami bahagikan tugasan untuk membantu sajian dan membersihkan pinggan mangkuk, mengawal lalulintas, menjaga parkir, memasang dan mengendalikan sistem siaraya, deejay, persembahan kompang, selawat dan nasyid, dan yang paling mendapat remark baik dari orang kampung ialah pasukan penyambut tetamu berpayung hijau yang ‘unik’. 

Dengan cara itu, kami dapat merasakan kemeriahan rewang dapat dizahirkan semula. Setiap tetamu yang hadir kami cuba untuk payungi mereka dalam keadaan panas mahupun redup, khususnya yang membawa bayi. 

Budaya menyambut tetamu dengan payung yang telah kami amalkan sejak hari pertama itu sebagai satu simbolik kasih sayang dan penghormatan kepada tetamu dengan penghormatan VVIP keseluruhannya tanpa mengira darjat dan pangkat. Itu sudah menjadi tradisi sekiranya RPWP datang bertandang atau terlibat dalam pengurusan majlis perkahwinan. Biar panas, biar hujan bahkan ribut sekalipun kami akan tetap jalankan tugas, demi memuliakan tetamu.

Majlis perkahwinan Warga Prihatin yang berlangsung 2011 sebelum ini turut memberikan gambaran serupa dengan Majlis Walimatulurus yang ini. Pengantin tidak bersolek tebal-tebal untuk duduk di pelamin, bahkan ikut berdiri dengan payung yang kami sediakan di jalan masuk ke rumah, bersama-sama ibu bapa mereka menyambut tetamu di terik mentari.

Alhamdulillah, walaupun tiada pancaragam, tiada karaoke, tiada kuda kepang dan penyanyi seksi, ramainya kehadiran tetamu tidak pernah dapat kami bayangkan. Tetamu bertali arus sampai jam 12 malam sebelumnya, bersambung jam 8 pagi di hari majlis sampai ke petang. Subhanallah.. akan kami kongsikan di bahagian seterusnya nanti.l

SIKAP TETAMU & PEMANDU – SATU PEMERHATIAN

Tugasan yang paling mencabar ialah pengawalan trafik di bawah terik mentari. Di sini kami lihat, bagaimana sebahagian tetamu dan pemandu yang sukar diatur. Sebahagian mereka tidak boleh bertolak ansur, sombong dan bongkak dalam menerima aturan lalulintas yang kami susunkan. Mereka mahukan keselesaan, tetapi mereka tidak mahu “bayar” harga keselesaan itu dengan menurut pengaturan kami. 

Tidaklah kami sengaja menjaga lalulintas di sepanjang sekitar 1 km itu untuk menyusahkan orang, tetapi sekiranya ada 2 hala berselisih tanpa ada yang mahu mengalah, sampai bilapun tidak akan ada penyesaian. Ini kerana jalan kampung itu kecil sahaja, cukup-cukup untuk dua kenderaan kecil berselisih. Kiri kanan dibatasi dengan parit dan kebun sawit. Jika ada kenderaan diletak di bahu jalan, maka ia akan jadi satu hala. 

Tidak kurang juga ada yang memandu kereta mewah berjenama Mercedes yang bila kita sapa dengan senyuman terus tidak diendahkan. Ironinya, ada yang tidak langsung sudi menurunkan tingkap untuk menyambut salam dan teguran yang diberi, padahal tujuannya untuk kami tunjukkan yang nombor pendaftaran kereta beliau telah hampir terjatuh. 

Begitulah akhlak ‘orang kita’ sekarang. Dari bahasa badan kelihatan ada juga yang melihat tukang payung dan jaga parkir ini sebagai makhluk bertaraf bawahan. Mungkin sudah terbiasa mengherdik ‘mat gian’ yang sering menjadi ‘pengatur parkir’ mereka di bandar untuk meminta seringgit dua. Ataupun ada kejutan budaya dari miskin dahulunya lalu kini dah jadi kaya, lalu jadi bongkak melupakan adat budaya dan tatasusila.

Kasihan mereka kerana tidak mengetahui yang memayungi dan menjaga kenderaan mereka itu ada yang doktor, jurutera, guru senior, pensyarah Universiti bahkan ustaz dan individu bergelar Datuk juga. Anak-anak asnaf yang nampak macam gelandangan dan memayungi serta menyajikan makanan mereka itu juga ada yang penerima anugerah tetap sebagai pelajar terbaik akademik dan sahsiah di sekolah. 

Kerana itu, kami juga sebenarnya seperti mereka, iaitu manusia yang wajar dihormati, bukan kerana pangkat dan darjat, tetapi kerana kita semua hanyalah HAMBA YANG ESA. Apapun tidak semuanya melayani kami begitu rupa. Ramai juga yang ramah dan sangat berbudi bahasa. Yang baik kita kekalkan, yang buruk kita tegur dan ambil pelajaran.

Pengalaman mengendalikan trafik dan keamanan ini memberikan kesedaran kepada kita betapa sukar dan serbasalahnya tugas anggota keselamatan, khasnya PDRM dan RELA. Di tengah terik mentari anggota polis mengorbankan diri mengawal lalu lintas yang ada ketikanya tidak boleh dikawal dengan besi dan cahaya. Tidak mustahillah terjadinya isu besar isteri pemain bola sepak muda yang biadap dengan pak guard yang jauh lebih tua.

Itulah sebahagian dari ‘PEMBELAJARAN ALAM’ yang besar, melalui PENGALAMAN yang dapat di ‘ALAMI’ sendiri oleh mereka yang ikut MENGALAMINYA. 

Sekian dahulu perkongsian kami. Salam ukhwah
WARGA PRIHATIN

BERSAMBUNG KE BAHAGIAN 2..
Foto dari FB Warga Perihatin

Mereka menunggu sehingga habis majlis. Sehingalah mengemas kerusi emja dan mengutip sampah.Kami hanya mampu bertasbih,bertahmit dan bertakbir. Pasti Allah menilai.


foto hasil sentuhan Tn Haji Saiful Nang dari FB Warga Perihatin
 Rumah Pengasih Wrga Perihatin.....Kami hanya beri terlalu sedikit...kalian memberi terlalu banyak.

Ya Allah semoga co faunder-co faunder Warga Perihatin  terus beristiqamah dalam usaha mereka melahirkan insan-insan ikon umat.


Sabtu, 29 Disember 2012

Kasih yang tidak pernah luntur


 

"Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke me
laka melalui tampin. katanya lagi,mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......


Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni... di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....


Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....


Pada semua,hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.


- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.


Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal!."

       Saya menjumpai status di atas di satu wall kepunyaan http://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah . Sangat menyentuh kalbu saya. Bapak  saya juga pernah dalam situasi begini. Beliau pernah menghantar saya menaiki motorsikal dari rumah ke rumah bapa saudara saya di Felda Sungai Tengi. Besoknya bapa saudara itu menghantar saya ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau juga pernah menghantar adik saya dengan menaiki motorsikal dari rumah ke rumah Pak Cik saya di Batang Berjuntai(Sekarang Bistari Jaya) Besoknya Pakcik itu menghantar adik ke Lapangan Terbang subang untuk berlepas ke Leeds,UK.

 Banyak lagi cerita mengenai Bapak sebenarnya yang dialami oleh adik-beradik saya yang lain. Kalau dikalangan mereka mempunyai blog,tentu banyak sekali cerita yang boleh dikongsikan. Sekarang setengah anak-anak kami seperti tidak percaya atau tidak berapa mengambil indah bila kesah Embah mereka diceritakan. Mereka semua sedang diuji oleh zaman keselesaan. Mereka patut tahu bahawa kesenangan yang mereka kecapi sekarang adalah hasil perjuangan Embah mereka memberi peluang anak-anak bersekolah dengan tujuan mengubah perjalanan hidup keluar dari zaman kesukaran yang mereka lalui. Cucu-cucunya yang menikmati.

Saya pernah melihat situasi rakan seasrama saya yang memerahi bapanya kerana datang keasrama,kebetulan bapanya kakinya tempang,dan berjalan agak sukar. Seorang lagi memarahi bapanya kerana bapanya datang keasrama dengan membawa sekeranjang buah rambai untuk dijual kepada penghuni asrama. Dia malu dengan keterampilan bapanya itu. Entah jadi apa rakan itu sekarang,saya pun tidak pernah mendengar khabar berita mengenainya.

Alhamdulillah setakat ini adik beradik saya tetap tidak alpa dengan kedudukan mereka,cuma peluang sahaja adakalanya tidak menyebalahi untuk berhidmat sepenuhnya memandangkan tugas peribadi masing-masing. Saya sangat bersyukur Anak-anak saya berpeluang dapat membantu Bapak. Ketika mereka cuti diantara mereka perna menghantar bapak appointment ke kelinik,mengambil bekalan ubat,keluar membeli belah dan sebagainya. Saya pernah mengungkit bahawa perbelanjaan mereka membuat lesen memandu adalah berpunca dari susah payah Embah mereka. Saya nampak mereka gembira berbakti kepada Embah mereka. Alhamdulillah.
 

Isnin, 16 April 2012

Bakti Siswa Culinary Arts Managment UiTM,Shah Alam

Sabtu petang yang baru lepas rumah Makbonda menerima kunjungan anak-anak manis.Mereka membawa rombongan lamaran,tapi bukan melamar anak-anak. Mereka adalah siswa-siswi dari Culinary Arts Managment UiTM,Shah Alam.Mahu menjalankan program Bakti siswa ke kampung kami. Waktu ini siswa-siswi IPT sedang sebok mengadakan program ini. Memang perlu sangat program sebegini dijalankan,ialah untuk melahirkan individu yang seimbang serta harmoni dari segi intelek,rohani,emosi dan fizikal seperti yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara.Beberapa rombongan dari berbagai IPT juga sedang bermukim di beberapa kampung yang lain,dalam berbagai jurusan.

Yang membuatkan Makbonda teroja sangat ialah yang datang ke kampung kami adalah dari  Culinary Arts Management. Bagi Makbonda ini adalah pengalaman pertama . Antara programnya ialah membuat demontrasi masakan pada orang kampung dan makan bersama-sama masakannya. Tugas kami ialah menarik perhatian penduduk kampung untuk hadhir bersama. 

Dalam perbincangan kami Makbonda syorkan mereka memasak dengan pakain chef. 

Juga kami cadangkan agar mereka membawa bersama  slide gambar-gambar sepanjang aktiviti mereka belajar  kulinari ini di UiTM sementara kami sediakan projektor. Bukan apa,bidang ini terlalu jarang anak-anak kampung ini ceburi,sekurang-kurangnya terbuka minda mereka untuk memenuhi ruang-ruang kosong bidang ini yang selama ini di isi oleh mereka yang bukan Islam. Apa yang kami syorkan sangat diterima sebulat suara.

Mereka juga meminta kami mengemukakan masakan yang belum mereka temui.Beberapa jenis masakan kami senaraikan,anak-anak bakal chef ini tertarik dengan sejenis kuih bernama 'lemper'.


Insyaallah kami akan sediakan kuih ini,dan membuat demontarasi membungkus kerana teknik pembungkusannya agak rumit,Anak-anak muda memang jarang yang menguasainya. Untuk mengetahui tentang kuih lemper ini Makbonda goggle dan jumpa disini.

Insyaallah mereka akan datang pada hari Sabtu 5 Mei .Ahlan wasahlan diucapkan kepada mereka.Pastinya kami akan memberi sokongan penuh.

Selasa, 20 September 2011

Saat gembira



Saat gembira bagi :
  • >Sepasang suami isteri ialah bila dikurniakan cahaya mata yang sempurna.
  • >Seorang bayi ialah bila mulutnya disumbat dengan puting susu ibunya,atau berada didakapan hangat ibunya.
  • >Seorang kanak-kanak ialah apabila pemainan yang dihajatinya tiba di genggaman
  • >Seorang gadis ialah bila dilamar pemuda idamannnya,dan saat gembira bagi seorang jejaka pula ialah bila lamarannya diterima.
  • >Seorang isteri ialah bila suaminya memberi pujian padanya.Seorang suami bila isterinya sentiasa mengikut katanya.
  • >Seorang ibu ialah bila di hari tuanya anak-anak menjadi anak yang soleh,berakhlak dan beriman yang sentiasa menghormatinya.
  • >Seorang guru ialah bila anak didiknya lulus ujian dan menjadi insan yang bermunafaat
  • >Seorang usahawan ialah bila perniagaannya mendapat keuntungan
  • >Seorang pemimpin ialah bila pengikutnya taat kepada dasar kepimpinannya.
  • >Sorang mukmin ialah bila segala amalan diterima di kehidupan akhirat nanti.
  • >Seorang petani ialah bila hasil tanamannya hidup subur dan tiba masa untuk dituai
Walaupun Makbonda bukan petani,tapi dapat rasakan bagaimana kegembiraan seorang petani.Apa  tidaknya,bila melihat imej-imej di bawah. Kesyukuran dan kekaguman pada Maha Pencipta semakin tinggi,Dia sangat hebat,Pemberi rezeki,Maha agung,Maha pemberi  kepada hambanya yang berusaha.


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "






Sabtu, 14 Mei 2011

video clip hari guru

Salinan klip di bawah sudah lama dalam simpanan Makbonda,copy dari salah seorang pelakon tambahannya, tapi tak pernah rasa mahu menerbitkan sebab bimbang didakwa atas perlanggaran hak cipta,tapi disebabkan telah di uploadkan dalam u tube oleh salah seorang dari mereka,maka beranilah Makbonda kongsikan di sini sempena Hari Guru.Tayangan perdanyanya telah makbonda tuntuni bersama CkLah.  Perkara yang baik apa salahnya kita kongsi-kongsikan dan sebar-sebarkan,sementara yang buruk dan mengaibkan pula sepatutnya kita sembunyikan,takut pula kita menjadi lidah syaitan dalam menyebarkan berita-berita fitnah. tiba-tiba kita ditimpa bala atas kealfaan.

Mari luangkan masa sebentar.





Semoga pelakon watak Cikgu Mikail,cikgu Hanis dan beberapa yang lain mengaplikasikan apa yang mereka lakonkan dalam kehidupan harian. Tidaklah dalam lakonan nampak begitu warak dan muslimah,tiba diakhbar dan majalah terpampang aksi mereka yang begitu sensasi hingga meleburkan dan kecundanglah iman penatapnya.Sepanjang dia tidur,dosa-dosanya berjalan sebab beribu-ribu mata bernafsu yang sedang menatap tubuhnya.

Sebenarnya mereka ini adalah bekas pelajar dari SBPI disini.Kurang pastilah tujuan pembinaan klip ini,samaada suka-suka tau pun sesuatu projek,walaubagaimanapun setinggi tahniah kepada mereka juga guru pembimbiang meraka.

Makbonda sangat kagum dengan pentadbiran sekolah ini,disamping mendidik pelajar yang berIO tinggi,pembentukan EQ mereka diambil kira.Beberapa guru yang Makbonda kenal rapat antaranya Ustaz Amir dan isterinya dan beberapa guru lain.Kedua mereka ini adalah sangat sinonoim dengan sekolah ini,dimana dia berada disini sejak sekolah ini di buka pada tahun 2002.Pada ketika itu Puteri kedua Makbonda masuk tingkatan 1 iaitu antara pelajar yang mula-mula mendaftar disini. Selain daripada itu Ustaz Amir adalah seorang penceramah yang hebat,punya karisma menarik hati pendengar.Kemahiran berinteraksi dua halanya itu sangat menarik perhatian  dari kawan-kawan Wak Milah,Jemaah masjid,Guru-guru dalam kursus LADAP hinggalah muridmurid prasekolah.Serasa tidak cukup masa diperuntukan.Kemahiran menukar watak mengikut situasi pelanggan,jarang di kuasai oleh orang lain.Tapi bila kini beliau telah menjawab GPK HEM,jadual semakin padat,sudah lama makbonda tidak bertemu mereka.

Sempana hari guru diucapkan selamat Hari Guru buat semua guru-guru seluruh dunia semoga kalian berkhidmat dengan penuh keikhlasan  menjalankan amanah dengan sentiasa memkirkan masa hadapan pelajar..

Kata Imam Ghazali: “seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpamemikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru”.

Catatan Popular