DENGAN NAMA ALLAH

DENGAN NAMA ALLAH

Ingatan untuk ku dan kalian



وَالْعَصْرِ. إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ. إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ.

Yang bermaksud:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Surah Al-Asr, Ayat: 1 - 3).


Pengikut

Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peristiwa. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2012

Perjuangan.

 

Program Qimaullail pada hari itu dimulakan dengan Solat maghrib dan Tazkirah sementara menunggu waktu Isyak.Tetamu yang diundang dari KL dijangka akan tiba beberapa ketika sebelum Isya' kerana slot beliau adalah selepas Isya'. Sementara peserta sedang mengikuti program oleh ustazah yang ditugaskan beberapa AJK berkeliaran diluar dengan pelbagai urusan. Dalam kesibukan tersebut beberapa AJK telah terserempak dengan tetamu dari KL,mereka bersalaman dan merasakan tangan beliau sejuk dan kurang bercakap. Sekadar mempersilakan masuk sahaja lalau ditinggalkan tetamu dari KLtersebut kerana mereka ada tugas yang sangat pentnig dan menyambut tetamu adalah tugas anggota lain.

Beberapa ketika selepas itu kelihatan sebuah kereta masuk di perkarangan dan keluarlah tetamu dari KL bersama 2 orang temannya yag lain. Ada yang melontarkan soalan,  "Bukanlah puan telah tiba tadi mengapa  keluar lagi.?". Tatamu dari KL terpinga-pinga sambil berkeras mempertahankan bahawa mereka baru sampai dengan disokong oleh 2 orang temannya. Jadi siapakan yang bersalaman dengan mereka sejurus yang lalu?. Akibatnya jiwa mereka yang terlibat menjadi tidak setabil. Walaubagaimanapun perogram perlu diteruskan sambil menyimpan cerita ini dari pengetahuan peserta,bimbang satu demi satu peserta akan meninggalkan program ini. akhirnya program ini berakhir mengikut jadual dengan jayamya. Peserta pulang dengan berbekalkan kejernihan jiwa.

Beberapa minggu selepasnya penganjur program telah membuat keputusan untuk memenggil lagi peserta dengan membawa sorang pengamal perubatan dari Darul Syifa,. Untuk membersihkan peserta juga anggota penganjur dari perkara-perkara khurafat yang boleh menganggu perjuangan.

Antara pengisian dari pengamal perubatan yang dijemput ialah

1.Siapakah musuh Islam: iaitu Syaitan,Yahudi dan Nasrani serta orang-orang munafik. Memang tugas mereka memusuhi Islam.Untuk memusnahkan mereka adalah mustahil,jadi tugas kita adalah mengenalpasti siapa mereka mempertahankan diri dari tipu helah mereka.

2.Orang Islam diuji dengan kefakiran,kelaparan,kekurangan,kesakitan,kehilangan keluarga,bencana dan sebagainya. Semuanya adalah untuk meningkatkan Iman dengan semakin dekat dengan Allah.

3.Kelebihan ayat kursi. Disenaraikan dengan panjang lebar,tapi panduan membaca yang paling sempurna ialah cara membacanya adalah dengan tertil dan wakaf 9 kali mengikut tanda wakaf yang ada.Hendaklah diamalkan ayat Kursi pada setiap ketika terutama setiap selepas solat.

4.Sebelum memulakan perjalanan bacalah
بِسْم اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَى ءٌ فِى الارْضِ
وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ

 Selain memabaca  Ayat Kursi. Jika semasa membaca ada gangguan seperti membaca dengan teragak-agak atau tersasul-sasul,berhenti atau tangguhkan seketika perjelanan,mungkin itu petanda bahawa ada sebarang kejadian berlaku.

5.Apa dia santau.Sesiapa yang gemar makan diluar elakan dari memilih tempat duduk yang berhadapan atau di bawah kipas,kerana santau dihantar melalui angin.Sekarang santau sudah bergerak mengikut perkembangan teknologi,telah dihantar melaui sms,email juga Facebook.Jadi perhatikan anak-anak atau diri sendiri jika sesatu keadaan yang aneh kelihatan atau dirasakan,

6.Perbezaan anatara pengamal perubatan Islam dan bomoh. Pengamal Perubatan Islam semata-mata menggunakan ayat al Quran dan pergantukangan penuh pada Allah SWT. Bomoh menggunakan perantara Jin,perubatan melibatkan arang,asap,tulang dan sebagainya untuk menjamu jin.

7.Antara Qarin dan Saka: Saka adalah sejenis jin yang diturun dari nenek moyang yang didakwa melindungi keturunan namun kebanyakannya mempurakperandakan. Sesiapa yang merasakan dia ada saka boleh merujuk kepada pengamal Perubatan Islam untuk membuangnya.
 
Qarin pula di dalam Al Quran ditetangkan dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain.Antaranya ialah

Firman Allah (mafhumnya), “Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku.” (Surah Qaf, ayat 23).
 Dalam hadith juga ada menerangkan  “Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan.” (Riwayat Muslim).

Orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat. Oleh itu sentiasalah berwaspada  dan berusaha untuk menundukan Qarin dari menguasai kita.


 (Sisipan cerita)

Kelihatan 3 orang pemuda OKU (lumpuh akibat serangan Israel) di Gaza sedang mengerjakan solat berjamaah di atas kerusi roda mereka. Senario seumpama ini berlaku secara meluas di kalangan penduduk wilayah kecil Gaza yang telah dikepung oleh Israel buat sekian lamanya.
Keli

Semoga kita dapat merasai sama kesungguhan untuk menyampaikan risalah ini sehingga ianya menjalar ke akar umbi masyarakat di negara kita sekurang-kurangnya.

Sumber gambar ini adalah dari FB sepupu saya. Pemuda yang berketayap putih itu adalah abangnya yang baru-baru ini menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 bersama team Aman Palestein. Turut sama adalah anaknya lelakinya yang berusia 20tahun. saya cemburu cemburu semangat jihad mereka .

Rabu, 20 Jun 2012

Mendidik

Persoalan siapa yang paling layak mendidik.

Hari sabtu yang lepas Makbonda dan rakan sejawat diseluruh Sabak bernam diarahkan membawa pelajar tahun 4,5,6 ke program projek i THINK. Hanya perlu jaga pelajar,bas disediakan untuk mengambil pelajar disetiap sekolah yang agak jauh dari lokasi.Bagi pelajar sekolah Makbonda tentu amat teroja dapat naik bas,kerana di daerah kami perkhidmatan bas adalah terlalu kurang.Selain bas ekspres disekitar pekan ada juga bas sekolah,tetapi bagi kawasan pendalaman macam kami kesempatan menaiki bas adalah amat kecil.Perkhidmatan bas telah diberhentikan sejak 20 tahun yang lalu.

Jadi kesempatan kali ini sangatlah menerojakan mereka,jadilah perjalanan selama 30minit sejauh 15km itu.

Tidak perlulah rasanya mencerita kanpengisian program tersebut,yang menampakan pihak penganjur seperti tidak cukup bersedia,dengan para penjaga both yang kurang mesra pelanggan.

Makanan disediakan,pelajar diberikan pasport untuk mengambil makanan,sementara tempat makan bebas dimana sahaja.

Di sana-sini pengunjung berlonggok longgok menikmati makanan dalam kumpulan sekolah masing-masing. Tidak terkecuali juga kami. Alhamdulillah,pelajar kami seperti yang biasa mereka lakukan semasa di sekolah,akan memasukan bekas-bekas makanan mereka ditempat yang disediakan.




Tetapi bagaimana pula dengan kumpulan yang baru meninggalkan tempat mereka yang tidak jauh dari lokasi kami. Seingat Makbonda ada 3 orang lelaki dewasa dan beberapa orang pelajar di sini tadi. Lelaki dewasa tersebut adalah rakan sejawat kami.


Mereka jugalah  spesis yang gemar merosakan pemandanga di tempat-tempat perkelahan seperti diair terjun atau di tepi-tepi pantai juga ditempat-tempat lain,mereka jugalah yang dengan ringan tulangnya mencampakan bekas makanan keluar dari tingkap kereta di permukaan jalan raya.




Bagaimana pula dengan yang ini?


Sungguh kasihan pada makcik hitam manis  ini

"Tidak mengapalah, perlu apa bersusah payah,bukankan mereka telah diberi tugas,kalau kita yang buat apa pula kerja mereka,makan gaji buta sahaja" agaknya begitulah yang ada dalam minda orang-orang tadi.


"Alah Cikgu,janganlah ambik gambar saya" Rayu anak gadis ini dengan manja-manja.
"Tak apa,saya tak nampakkan muka,sebenarnya saya nak tulis kat blog saya mengenai sikap manusia yang tidak ada keperihatinan ni" Makbonda memberi respon.



Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”
Riwayat al-lmam Muslim.

Khamis, 1 Mac 2012

Mati hanya sekali.

Seorang wakil rakyat telah dipujuk untuk lompat parti,dengan janji imbuhan 12 juta.Telah beberapa kali Dato' itu menghubunginya dari jauh.Kini keadaan terdesak,beliau datang ke pejabat Doktor wakil rakyat  tersebut.

Dato': 12juta,bukan senang nak dapat Doc. You mati 12 kalipun tak dapat kumpul banyak ni.

Dr    : 12 juta?hmmm(Merenung jauh)Sebenarnya saya ada problem sikit.

Dato': Problem? apa problem tu? I boleh tambah.(Dia fikir tentu jumlah itu kurang sebab dia menanggung banyak hutang)yang penting stale.

Dr    : Ada 2 problem besar.Kalau you boleh settle?

Dato':  2 sahaja,easy thing,cakap sahaja.(Yakin berbaloi segala susah payahnya  untuk datang)

Dr.  : 1st, I mati sekali sahaja. 2nd, I ada ini (Sambil meletakan Al Quran di hadapan Dato')Kalau tak ada benda Allah ni gerenti I terima tawaran you. Tolong settlekan?.

Dato' terkedu.

Bukan sebab kekecewaan sebab umpan tidak mengena,tapi hidayah telah terpencar kedalam kalbunya Dato' it. Subhanallah. Sesungguhnayia Ia adalah betul-betul mukjizat Rasulullah.


“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)







Khamis, 23 Februari 2012

Dia bukan Badang

Cikgu Radhi suka memasang lukah.Lukah itu akan dimasukan ke dalam parit yang airnya mengalir. Beberapa jam kemudian beberapa jenis ikan akan terperangkap kedalam lukah. tersebut.Ada ikan sepat,ikan puyu,ikan tilapia dan beberapa species lagi. Cikgu Radhi bukan menangkap ikan untuk menambah ekonomi keluarga,tapi untuk suka-suka sahaja,sebab geram melihat ikan-ikan tersebut menari-nari didalam air.Memang lazat ikan-ikan air tawar tersebut jika digoring kering,atau dijadikan ikan masin. Semasa kecil itulah sumber protin beliau dan keluarga.Kadang-kadang ikan itu akan dimasukkan dalam tong berisi air,diberi makan sehinggalah ianya besar. Bila ada tetamu datang ianya akan di jadikan hidangan.

Beberapa hari didapati lukahnya kosong,kekecewaan mula bersarang. tiba tiba beliau teringat cerita badang. Pada hari itu beliaupun mengendap,siapakah yang menghabiskan ikan-ikan tersebut.Tidak salah lagi,satu makhluk hitam sedang  meratah ikan-ikan tersebut dengan seleranya. Dia mengabaikan sahaja kejadian tersebut.Tidak mengapa,beri sahaja peluang ia menikmati rezkinya.Dia Redha,sesuai dengan maksud namanya.

Cikgu Radhi tidak perlu menangkap makhluk itu untuk dimakan muntahnya supaya beliau menjadi kuat seperti badang.Beliau sedar yang beliau boleh makan ikan siakap masam manis,atau ikan kerapu kukus,atau kari kepala ikan merah atau ikan patin masak asam pedas,sedangkan makhluk itu,itulah sahaja punca rezekinya. Dalam pelajaran sains tahun 5,ada tajuk rantai makanan. Tumbuhan dimakan ikan kecil,dimakan ikan besar dimakan ular dimakan helang dan seterusnya.Cikgu Radhi tidak termasuk dalam rantai itu,jadi beliau tidak boleh tamak. Biarlah,biarlah.

Tapi hari itu tiba-tiba beliau berteriak-teriak memanggil anak isterinya.Semuanya yang sedang asyik mengadap laptop terkejut dan berlari-lari mendapatkannya. Adakah beliau dapat menagkap janggut badang?Fikir isterinya.



 Oh tidak rupanya makhluk hitam itu telah terperangkap kedalam lukah..Biasanya ia boleh keluar,tatapi kali ini tidak boleh. samaada telah kekenyangan sehingga saiz badannya melebihi lubang lukah. atau makluk itu telah membesar dengan sehat kerana cukup zat makan.

Apakah tindakan Cikgu Radhi seterusnya. Membunuh makluk itu sebab ia adalah sejenis makhluk merbahaya? atau bantu melepaskan diri kerana ia bukan sedang mengancam keselamatan.

Khamis, 29 September 2011

عيد ميلاد سعيد لأخي

Masa muda-muda dulu,waktu bapak mula buka tanah,bapak berbual kosong dengan teman seperjuangannya Pak Pangat dan beberapa  lainnya.Berangan-angan mahu pergi haji. Bapak kata
"Agaknya aku dapat pergi bila ada janda kaya tanggung akulah"
"Ha ha ha" Semuanya ketawa.

Ketika usia bapak mencecah 45 tahun,apa yang bapak guraukan telah menjadi kenyataan.

Semua adalah aturan Allah. Embah(emak mertua bapak) telah mendapat hidayah dengan tiba-tiba mahu menunaikan rukun Islam ke lima,tapi masaalahnya tiada siapa yang sanggup menjadi muhrimnya. Semua anak-anak lelaki punya masaalah peribadi masing-masing. Bapak sambil berguarau
"Apalah,ajak pergi haji tak mahu,kalau aku bagi percuma nak aje,nak tunggu kebun berhasil entah bila"
Rupa-rupanya gurauan bapak di ambil kira oleh ipar-ipar lelakinya,dan mereka semua menuding jari pada bapak.Atas persetujuan semua bapaklah yang akan menjadi muhrim kepada embah ke Tanah suci Makkah pada musim haji Zulhijjah 1398.Pada masa itu bapak dan emah telah punya 8 orang anak. Segalanya telah diatur oleh Maha Penciptanya. Tiba-tiba emak didapati mengandung,jika di kira-kira emak akan bersalin pada  sebelum atau  selepas berangkatan bapak ke tanah suci. Siang malam bapak berdoa agar emak selamat melahirkan sebelum keberangkatan bapak. Bukan bapak sahaja tapi semua ipar-ipar dan jiran tetangga. Sehinggakan satu-satunya abang bapak di Johor,Paklong kepada anak-anak bapak telah sepakat dengan isterinya untuk meminta agar bayi yang dilahirkan nanti diserahkan padanya untuk dipelihara,atas sebab tingginya simpati mereka.

Segala doa yang dipohon hamba-hambanya telah di perkenankan Allah SWT.Bebrapa hari sebelum keberangkatan bapak iaitu pada 29/9/1978  = 26/Syawal/1398 emak telah melahirkan,seorang bayi comel yang manis sitampok manggis,berambut kerinting dan bersuara nyaring.Pak Long suami isteri berkejar datang siap dengan kain batik lepas guna untuk menggendung anak buahnya yang lahir dengan penuh kerahmatan dan keberkatan  itu.Tetapi mereka pulang dengan kehampaan. Emak kata;
"Minta maaflah Long dangan kak Leha,sudahlah aku ditinggal pergi,ni anaknya pula nak di ambik,nanti gila meroyan aku."Pak Long suami isteri pun akur dengan keputusan Emak.

Emak ditinggalkan bapak untuk menemani Embah menunaikan haji dalam keadaan masih di dalam pantang. Pada ketika itu kakak tinggal diasrama,sedang menghadapi saat-saat SPM yang bakal menjelang.Jadi kakak tidak dapat tolong emak,tapi dirumah ada adik-adik yang masih bersekolah rendah ada tolong emak.
Hari demi hari bayi manis si tampuk manggis,rambut kerinting tadi   semakin membesar ,kakak dapat jaga dia bila cuti sekolah.Semasa kecilnya dia sangat anti sosial,tidak pandai campur orang,jangan ada orang datang usik mainannya,keluar otot-otot di lehernya dek kerana tekanan suara lantangnya,dan mukanya akan ditarik sekuat-kuatnya.
Pada ibu-ibu yang punya anak-anak seperti itu janganlah gundah gulana,tidak mengapa,nanti bila besar berubahlah dia. Sebagai buktinya budak kecik manis si tampuk manggis ini telah berubah sama sekali bila dia dewasa,insan yang sangat bermandiri dalam hidupnya. Inilah adik kakak yang ke sembilan yang lahir pada tarikh masihi hari ini. telah menjadi sedewasa ini,punya 3 orang anak hasil perkongsian dengan isterinya yang comel dan sentiasa terukir senyuman di wajahnya,tabah menjaga anak-anaknya,sama seperti ibu mertuanya, sebab suaminya sering meninggalkannya keseluruh pelusuk benua.

 
 Masa 3 tahun,sangat sukar difoto,wajahnya sentiasa disembunyikan ke badan emak.
Wah! panjangnya kaki dia,semoga dia bertambah kaya dan dapat membawa kakaknya sekali apabila berjalan.

 Seorang bapa yang sangat mithali.



Eeleh, macam YB kena temuramah,tapi sayang tak tengok rancangannya ke udara
 Kan macam YB betul!

Semoga Adik kakak ini sentiasa hidup dalam keberkatan dan kerahmatan,tabah menghadapi apa jua ranjau kehidupan,punya suasana keluarga yang penuh kebahagiaan di dunia dan akhirat.Sentiasa didalam naungan Taufik dan Hidyah Allah.Memunafaatkan usia yang tinggal dengan penuh hikmah.

Ahad, 3 Julai 2011

sukan di sekolah saya

Hari ini Cikgu Razak ditugaskan menggantikan YB untk merasmikan sukan sekolah,sebab YB tidak dapat hadhir atas urusan mahkamah. Cikgu Razak yang ada urua-ura akan dicalonkan untuk menggantikan YB satu masa nanti tentu amat berasa ghairah untk meluangkan masa ke majlis tersebut,inilah satu proses latihan untk melayakan dia mengambil  tempat sebagai YB bila masanya tiba nanti,agar tidak kekok dan kaku. Satu malam suntuk Cikgu Razak menghafal skrip untuk membetulkan intonasi ucapan gaya YB-YB.  Kebetulan malam tadi giliran beliau bermalam di rumah isteri pertama,semamangnya itulah ketikanya beliau akan buat-buat sebok di pejabat rumahnya dan akan masuk bilik isterinya jam 4 pagi setelah pasti isterinya lena. Itulah yang diamalkannya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Mesti diselitkan maksud hadis atau ayat Quran,jadi kena hafal itu semua. Sehingga pejam-pejam mata dia mengulang-ulang,maklumlah seusia ini,banyak sel-sel di otaknya telah pupus. Tiba hari yang dinantikan,beliau tiba diperkarangan temasya dijalankan,disambut dan di angkat-angkat sebagaimana YB-YB, dan duduk dikhemah tamu dan kena duduk,senyum,angguk dan letak kaki imeg YB. Tibalah masa membacakan skrip yang telah di hafalnya malam tadi.

 “……………..Tuan-tuan sekelian,ingatlah kesejahteraan Negara bermula dari rumah. Didiklah anak-anak kita sebaiknya. Rapatkan hubungan kemesraan dengan anak-anak agar tuan-tuan dapat menyelami jiwa anak-anak,agar mereka menjadi insan yang berjiwa positif demi membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya bangsa dan Negara. Untuk itu pastikan tuan-tuan sering meluangkan masa bersama anak dan isteri agar mereka tidak berasa kekosongan lalu mencari alternative dengan lebih selesa bergaul sesama rakan di luar sehingga dengan mudah tercebur dengan gejala kurang sihat……..…………………….”


Begitulah antara skrip yang di bacakan oleh Cikgu Razak dalam agenda ucapan YB dalam temaysa sukan itu. Tidak kiralah di dalam rumah tangga beliau,sudah 2 tahun hubungan dengan anak-anaknya longgar. Anak-anak  yang seramai 5 orang lelaki itu akan masuk kedalam bilik atau keluar rumah bila bapa mereka ada.  Sudah beberapa lama mereka tidak makan sehidang,dan  berbual mesra. Semuanya di sebabkan anak-anak menjengkeli perilaku bapa mereka terhadap batin  insan yang melahirkan mereka. Walaubagaimanapun itu  bukan salah Cikgu Razak,Cikgu Razak hanya membacakan skrip bukan keluar dari lubuk jiwanya. Jadi para ibubapa yang mendengarnya anggaplah itu semua adalah sebuah dramateater dari actor yang menjalankan peranannya……….


....usah lihat pada siapa yang bercakap, tapi dengarlah apa yang dikatakan.



Rabu, 15 September 2010

Bila amalan dipanjangkan...........

Program hari Rabu atau raya ke 6 ialah untuk menziarahi Pak Cik di Meru dan adik ipar(Adik suami) di Tanjung Karang.Dengar berita adik ipar menerima musibah,bumbung rumahnya di terbangkan ribut pada pagi selasa.Ingat sikit-sikit sahaja rupanya begini.






Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.

Ahmad Jais nama suaminya dan isterinya adik ipar makbonda bernama Norhayati,punya 6 0ang anak,yang sulung telah berumah tangga dan tinggal bersama ibu mertua yang juga terlibat dalam amarah ribut tersebut,anak kedua baru sebulan mendapat kerja di majlis perbandaran Shah Alam,dua orang bersekolah menengah dan 2 orang SK.Mereka bekerja kampung dan mengambil upah memetik sayur atau kelapa sawit di kebun jirannya.Bila bekerja dapatlah duit,bila musibah berlaku tidak dapatlah bekerja kerana masa di gunakan untk menyelamatkan rumah.Selain rumah beliau ada 5 buah lagi rumah yang terlibat tetapi rumah beliau adalah paling teruk.

Kampung ini bernama Kampung Sungai Yu,Tanjung Karang.Ini adalah kali kedua bencana alam ni berlaku selepas bulan Ramadhan 1430.Pada sesiapa yang ingin membantu makbonda memberi peluang dengan menyertakan akaun bank mangsa kejadian tersebut.

Mohd Jais b Selamat
4-4823173-30
public bank.

Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

· Lima di dunia

- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .

· Lima di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Khamis, 1 Julai 2010

Syyy...jangan sebut binatang tu....tak baik





Syyy jangan cakap ba alif ba ya berdosa.
“Mak,Kakak cakap b*b*”
“Eleh engko pun cakap tu”
Begitu lah pantang sangat nama haiwan itu di sebut-sebut.

Makbonda di lahirkan di dalam sebuah kawasan yang baru di teroka.Persekitaran rumah hanya di penuhi tunggul-tunggul kayu dan pokok-pokok renek yang tumbuh meliar.
Seluas 8 ekar tanah bapak telah mula di tanami kelapa dan pisang. Emak pula memenuhi masa menanam sayuran dan segala jenis ubi. Antara musuh utama yang perlu emak dan bapak tangani ialah haiwan b*b*. Haiwan ini akan datang waktu malam hari. Tanaman emak akan di pagari oleh manik-manik tin susu pekat atau sadin yang di ikat dengan dawai,bila haiwan ini datang ia akan terlanggar tin-tin tersebut lalu membentuklah bunyi yang bising,lalu b*b*-b*b* itu akan cabut lari.

Sepanjang zaman kanak-kanak Makbonda tidak pernah melihat haiwan ini secara berdepan,hanya melihat kelibat dari jauh.Haiwan ini sangat pemalu dengan manusia.Pertama kali lihat secara life di zoo Taping semasa rombongan sekolah darjah 6. Ada ketikanya sepasukan pemburu India akan datang ke kampong bersama anjing-anjingnya untuk memburu haiwan ini dengan menggunakan senapang.Hasil buruan yang mengena akan di leakkan di belakang basikal,ketika inilah Makbonda nampak bangkai haiwan tersebut.


Suatu senja tahun 2010, Makbonda bersama anak teruna 19 tahun yang baru mendapat lesen memandu,pulang ke kampong mengunjungi kedua ibubapa,waktu itu jam 6.45pm.Makbonda sengaja menyerahkan stering padanya untuk di pandu,kerana antara yang pernah makbonda angan-angankan suatu masa dahulu ialah duduk di sebelah anak teruna yang sedang memandu,kini angan-angannya telah nyata.Sebaik sahaja memasuki kampong kami melihat lembaga hitam bergerak-gerak di tepi jalan. Makbonda mengarahkan anak teruna berhenti,sekumpulan b*b* sedang meratah ubi kayu tanaman Pak Ilham.Walaupun kami menghentikan kereta b*b*-b*b* itu dengan selamba meneruskan menikmati juadahnya dengan tiada berwajah malu.

“Tahu tak Jat,selama emak tinggal kat kampong ni dan mengalami dewasa,emak tak pernah nampak b*b* secara life cam ni,sebab b*b*-b*b* dulu takut dengan orang,sekarang setelah setengah abad mak hidup,jalan kampungpun dah bertar,mak duduk dalam kereta hawa dingin,barulah mak nampak b*b* berdepan, tengoklah selamba je dia tengok kita.”

“Huh” respon anak teruna itu

“Dulu dulu tak pernah dengar orang mati kerana b*b*,sekarang dah berapa ramai cedera parah dan yang maut lagi dek kemalangan,berlanggar dengan b*b* belum lagi yang kena jangkitan selsemanya lagi.”

“Huh,b*b* akhir zaman” respon dari anak teruna 19 tahun itu lagi.


"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami". surah An-Naml ayat 82,

"Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon kabarnya, dari Makkah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu".[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]

Ahad, 27 Jun 2010

Nenek oh nenek.......




Nek Midah sedang membasuh berak cucunya,cucu yang lain sedang berlari-lari berkejaran di ruang rumah,adakalnya bergaduh sesama sendiri. Kak Lela jiran terdekatnya datang menghantar semangkok bubur durian kegemaran Nek Midah.

“Assalamualaikum,Nek Midah,tengah buat apa tuuu?”

“Alaikumsalaaaam,kamu Lela?, ni hah tengah basuh berak budak ni,harapkan cucu-cucu yang besar takpun nak datang nak tolong, padahal kecik-kecik dulu aku yang jaga dia orang,dah besar lupakan kita,dasar tak mengenang budi” Nek Midah merungut-rungut sambil merempan-rempan.

“Tu lah Nek Midah,nenek ni dah tak layak jaga cucu,biarlah bagi nenek sebelah sana dia orang jaga”

“Huh tak mau aku,nenek dia orang bukan pandai jaga,budak-budak ni tak suka duduk sana”

Sebenarnya Nek Midah tinggal bersama-sama anak dan menantunya serta 3 orang cucu-cucunya. Kedua-dua suami isteri anaknya sedang menlanjutkan pelajaran,setiap cuti sekolah mereka akan meninggalkan anak-anaknya untuk tinggal di tempat belajar. Sebenarnya mereka bukan sengaja mahu menyusahkan ibunya yang telah tua dan ibu tunggal pula,mereka mahu meninggalkan anak-anak di rumah nenek sebelah bapanya yang masih kuat dan masih bersuami,tapi di tentang keras oleh Nek Midah. Memang begitulah sikap Nek Midah sejak dahulu. Dia sentiasa menganggap dirinya lah yang paling baik memelihara cucu-cucu.


Dulu anak sulungnya yang tinggal bersamanya. Cucunya tidak boleh direnggangkan darinya,tapi masa itu dia masih muda dan cergas. Sehingga tingkahlakunya kadang menimbulkan ketidak senangan pada anaknya, dia tidak benarkan sama sekali cucunya di jaga oleh orang lain semasa ibunya bekerja.Perlakuannya kadangkala amat mengguris hati besannya. Besannya datang dari jauh untuk melihat dan memagang cucunya mendapat reaksi yang amat mengecewakan hati.Dia amat takut jika cucu-cucunya rapat dengan nenek sebelah sana,setiap kali cucu-cucunya kembali dari rumah nenek sebelah sana dia akan memeriksa setiap inci tubuh cucunya,jika terdapat sebarang calar atau bintat maka terkeluarlaha kata-kata yang amat menghiris hati menantunya.

Sekarang anak sulung Nek Midah berpindah ke tempat lain,digantikan oleh anak bungsunya puala. Cucu-cucu anak sulung Nek Midah sudah besar dan dewasa,bila cuti mereka punya program tersendiri. Pada ketika inilah Nek Midah membuat alasan bahawa cucu-cucnya yang telah besar melupakannya dan tidak mahu menjaganya. Pada cucu-cucu yang besar bukan mereka tidak mahu menjaga Nek Midah,tapi Nek Midah harapkan mereka menjaga adik-adik saudarnya yang masih kecil.

Anak-anak Nek Midah bukan tidak tahu,di akhir zaman ramai ibu-ibu yang akan melahirkan tuan-tuan. Anak-anak tidak mahu mereka menjadi tuan kepada ibunya,tapi Nek Midah tidak boleh menerima alasan itu. Yang penting cucunya mesti rapat dengannya,dan merekalah yang di harapkan untuk menjaganya bila dia sudah tidak terdaya nanti.

“Nek, kalau kita berbuat baik pada orang,bukan bermakna orang itu yang akan balas Nek,Allah Taala yang balasnya,nanti Dia turunkan orang lain jaga nenek,tak semestinya cucu yang nenek bela,cucu-cucu tu bila besar entah kemana perginya.”Kak Lela cuba menyuntik tarbiah kepada Nek Midah.

Nek Midah terdiam.

“Cucu-cucu bila dah besar adalah kerjanya,minatnya, kan senang kalau Nek Midah biarkan budak-budak ni di hantar kat nenek sebelah sana,bergilirlah,masa hari biasa kan dah mereka tinggal disini,masa cuti bagi peluang nenek sana bela.Nek Midah bolehlah berehat,tumpukan ibadat kat atas sejadah,doakan anak cucu,esok kalau kita dah mati dia orang doakan nenek”

Masih diam.

“Meh Nek makan bubur durian nih,” Kak Lela memanggil cucu-cucu Nek Midah untuk sama-sama menikmati bubur duriannya.


“Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan nek” Kak Lela masih meneruskan tazkirahnya sambil menyuapkan bubur ke mulat cucu-cucu Nek Midah. Nek Midah masih diam.

Kesah lain sila klik di sini.

Selasa, 15 Jun 2010

HOME STAY?



Mak Odah memang sayang sangat pada rumah ini,Terbinanya adalah hasil titik peluh bersama arwah suaminya yang telah kembali ke Rohmatullah 10 tahun yang lalu. Rumah yang dibina tanpa sedikitpun pinjaman mana-mana bank atau institusi kewangan lain.Sedikit-demi sedikit hingga terseragamlah rumah kampong dua tingkat ini. Pernah suatu ketika Cikgu Minah lawa,guru Kemajauan masyarakat mencadangkan Mak Odah mendaftarkan rumah itu menjadi home stay.

“Untung Mak Odah,satu malam RM200,Mak odah tak payah buat apa-apa Cuma kemaskan je,saya tengok rumah Mak odah ni dah lengkap,sesuai sangat”

Mak Odah sekadar tersenyum sahaja,bukan Mak Odah tak tahu,rumah Wak Asmah hujung simpang sana pernah dijadikan home stay,kadang-kadang orang korea,Jepun,Afrika selatan dan sebagainya pernah menyewa di situ,terkadang lagi pasangan lelaki wanita,entah bernikah entah tidak Wak Asmah tidak ada hak untuk memeriksa surat nikahnya. Sesekali ada juga rombongan pengantin menginap di situ,mereka berperilaku sesuka hati,gelak ketawa hingga jauh malam.

“Haih tak kuasa aku,tak temahaknya aku duit RM200,tapi sebahat dengan maksiat” Mak odah sekadar berkata-kata di dalam hati.Dia tidak perlukan RM200 tersebut,hasil kelapa sawit dan tanah sawah peninggalan Suaminya sudah cukup untuk menampung kehidupannya dan berzakat .

Mak Odah duduk di depan tangga menunggu anak-anak si Dolah lalu,hendak dikirimnya milo,ubat nyamuk elektrik,febrezze,sabun cuci pinggan sunlight. Hujung minggu ini kelima-lima anak-anaknya yang tinggal di beberapa bandar di seluruh Malaysia akan pulang.Barang-barang yang dikirimnya tadi bukanpun digunakannya, tapi anak-anaknya nanti akan bertanya “Mak mana Febrezze” “Mak mana ubat nyamuk elektrik” dan sebagainya. Mak odah hanya minum kopi pekat,tidur dalam kelambu sahaja,namun dia tidak mahu anak-anak kecewa,meraka telah megirim wang.

Bila anak-anak mahu pulang mereka akan berpakat sesama mereka untuk pulang serentak 6 bulan sekali,pada masa lain dia kesunyian,cemburu melihat Mak Ton,tiap-tiap minggu ada sahaja ana-anak mereka yang balik,mereka bergilir. Bila mereka pulang serentak meraka akan bergembira bergaul berkesah sesama sendiri,isu yang mereka bincang tidak langsung boleh Mak Odah mencelah,akibatnya Mak odah tetap terasing. Walaubagaimanapun Mak Odah tetap bersyukur berbanding anak Mak Diah,pantang berjumpa asyik bertekak sahaja dari pasal harta hingga peribadi.

Setelah menyerahkan wang kirimannya Mak odah naik keatas rumah,dari satu bilik ke satu bilik Mak Oodah berpindah seperti pekerja hotel,sebanyak 5 buah bilik perlu di kemas,jika tidak sepiawai hotel 5 bintang pun lebih kurang home stay Wak Asmah pun jadilah.Bantal-bantal perlu di tukar sarung,toto atau narita perlu disediakan sebab meraka biasanya tidak tidur di dalam bilik,mereka akan tidur di ruang tamu beramai-ramai,bilik hanya untuk menantu perempuan atau anak dara sahaja.

Kamudian Mak odah ke belakang rumah,memotong beberapa tandan kelapa,mengumpulkan beberapa biji kelapa tua,sebab Si jalin dah tempah kelapa muda,Si Milah minta sediakan kelapa untuk kerabu. Si Pijah isteri Jaid meminta sediakan semua jenis ulaman yang ada di rumah. Sebenarnya Mak Odah sudah lama tidak membuat kerja-kerja tersebut,Mak odah sakit lutut,tapi tidak mahu anak-anak kecewa,ialah 6 bulan sekali baru balik,di turuti juga.

Petang Jumaat,satu demi satu kenderaan berpakir di halaman rumah Mak Odah yang menghijau dengan rumput karpetnya.Jiran-jiran kagum. Berpelukan mereka anak beranak.Lalu masing-masing mengeluarkan buah tangan,masing-masing dengan persembahan tersendiri.Alhamdulillah anak-anak Mak Odah semuanya perihatin tentang itu,dia dengar anak Mak Esah balik dengant tangan kosong sahaja,dulu-dulu salah seorang rajin membeli-beli tapi syik-asyik dia sahaja,lama-lama dia pun sarender.

Malam itu mereka semua tidak payah sediakan makan malam,kerana bahan yang mereka bawa sudah cukup. Mereka smua tidur dengan lena sekali,tanpa nyamuk dan semerbak dengan keharuman febreze dan aroma ubat nyamuk elektrik.Hanya Mak odah yang terkebil-kebil dalam kelambu bersaorangan,memicit lutut yang telah digunakan melebihi had kebiasaanya.Sehinggalah tiba waktu subuh,ada diantara mereka yang ke masjid dan ada yang sekadar solat dirumah,selepas subuh mereka menyambung kembali tidur yang lena mereka,ialah di kampong sejuk,dan hari ini cuti mesti gunakan sepenuhnya. Mak Odah sendiri di dapur. Di toskan bihuun yang direndamkannya malam tadi. Disediakan rempah untuk 3 versi, pertama yang menggunakan ikan bilis,menggunakan udang kering dan yang tidak pedas. Mak odah sudah biasa setiap kali masak bihun goreng itulah yang di pesan oleh anak-anak.Setelah siap Mak odah menghidangkan bihun 3 versi tersebut,sementara menunggu mereka bangun Mak odah menyarungkan telekung dan solat Dhuha. Kira-kira jam 9.30 baru mereka bangun.

“Wah bihuun goring,sedap ni nenek masak” Kata si Seman anak sulungnya.
“Ye lah,Mak yang mana yang taruk bilis yang mana yang teruk udang”Kata si Oji anak bungsunya.

Usai sarapan pagi mereka mengajak Mak odah keluar ke pasar minggu di pekan. Mula-mula Mak Odah menolak,setelah dipujuk terpaksa Mak Odah menerima.
“Mak kita orang nak ajak mak keluar,naik kereta,mak asyik kat rumah je”
Sebenarnya Mak Odah tidak ternafsupun sama sekali keluar ke pasar,kaki mak odah sudah tidak mampu,tapi untuk tidak mengecilkan hati nak-anak dituruti juga.Di pasar Mak odah tidak mengeluarkan sesen pun ,semua mereka yang beli,nasib Mak odah tidak seperti Nasib Mak Min,bila anak-anak balik dia yang mengeluarkan belanja di pasar.

“Mak saya beli ikan keli nanti masak pecal ye,dah lamalah tak makan masakan mak”
“Mak buat sambal belacan tutuk ye”
“Mak buat sambal kerabu ye,sambal kerabu mak tak ada tolok bandinganya”
“Ye lah tu.” Mak odah hanya berkata-kata dalam hati “Patutnya mak rehat ni mak pula yang kena masak.”

Sesampai di rumah Mak odah anak dan menantu sudah siap mengopek bawang,dan kelapa pun sudah di parut. Sambil menahan denyutan lutut mak Odah menyiapkan rempat ratus respi masakan yang telah ditetapkan oleh anak-anak.Tengahahri itu mereka makan cukup berselera.

Ahad pagi,masing-masing bersiap untuk meninggalkan ruamh Mak odah,Sorang demi seorang bersalam berkucupan dengan Mak Odah sambil penyelitkan beberpa helai RM di tangan Mak odah.Mak odah terus menmasukan dalam kocek baju kurungnya tanpa mengira jumlahnya.Mulut Mak odah tidak berhenti-henti mengulangi skrip
“Baik-baik memandu,jangan laju-laju,dah sampai nanti telefon. Ingat Allah.”

Begitulah anak-anak Mak Odah,sempat pulang paling lama 2 malam,lagipun anak-anak Mak odah lebih ramai lelaki,bila cuti panjang anak-anak menantu akan balik kampong ibubapa masing-masing,jadi cucu-cucu Mak odah lebih rapat dengan nenek sebelah ibu mereka.Tapi Mak odah redho,itu dah rezeki mereka,Mak oda masih punya Allah SWT.Suatu masa mereka juga akan seperti Mak Odah.

Mak Odah sendiri lagi,di toleh kiri dan kanan rumah,langkah pertama mengutip lampin pakai buang yang berlonggok di bilik mandi,ada juga yang telah siap di masukan dalam plastik sampah,sebab mereka sudah biasa sampah masukkan dalam plastik nanti akan ada pihak yang mengutip dan membuangnya.Seperti 40 orang lanun Mak Odah memikul plastik sampah untuk di buang di tempat pembuangan sejauh 300 meter di belakang rumah.Ini pun kira sudah bernasib baik sebab anak-anak Mak Kiah, di campak sahaja lampin-lampin pakai buangnya di bawah pokok keladi dan di tempat kangkung yang hidup subur.Yang peliknya menantunya orang Singapura yang terkenal dengan kebersihannya,tiba balik kampong berubah pula etikanya.



Tiba-tiba Mak Odang terpandang basikal kesayangannya,kedudukan terbalik,lampu hadapan terpusing, oh mereka main dynamo basikal,di sekolah mereka belajar antara punca kuasa elektrik ialah dynamo,mereka tida basikal,jadi basikal nenek lah jadi eksperimen.Mana pula pam basikal, Astaghfirullah,dah tercabut,mereka teringin sangat nak tahu bagaimana alat sebegitu boleh mengeluarkan angin. Mak odah mengambil kereta surung,dikutipnya longgokan sabut kelapa muda lalu di tolaknya ke tempat sampah.Lalu di longggokannya lagi kelapa tua yang bertabur di halaman setelah ,mereka bermain bowling padang.

Selesai di bawah Mak Odah naik ke atas,mengemaskan bahagian atas pula,memulangkan bantal-bantal dan toto ke tempat asal,dari bilik ke bilik dia berpindah seperti pekerja hotel.Kamudain turun ke dapur,menyimpan pinggan mangkuk ke dalam karbinet.
Tengahari itu Mak odah tidak dapat menyediakan hidangan tengahari untuk dirinya sendiri,derita lutunya semakin menjadi.Nampaknya tengahari itu Mak Odah makan sarapan pagi tadi,Antara Sebab Mak odah tidak masak ialah malam nanti di masjid ada majlis memperingati Isra’ dan mikraj.

Tajuk ceramah malam ialah tanda-tanda akhir zaman,antaranya ialah ramai ibu-ibu yang melahirkan tuan-tuannya.
“Ibu-ibu di belakang tabir sana,sila pastikan agak-agak ibu-ibu terlibat tak dengan kejadian begini”
“Tapi kalau kita ikhlas macamana ustaz” Ada pendegar lelaki yang bertanya soalan.
Pada mulanya Mak odah rasa seperti biasa sahaja,tapi bila lututnya semakin berdenyut lama kelamaan hati Mak Odah sebak.

Malam itu dalam tahajjudnya Mak odah merintih
“Ya Allah lindungilah aku dan anak-anakku dari fenomena ini,ampunilah anak-anakku Ya Allah,Ya Allah lempahkanlah aku dengan sifat keikhlasan dalam mendidik anak-anak”


Maka khabarkan kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, penggembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.

Diriwayatkan oleh Muslim.

Kisah ini adalah di adaptasikan dari perbualan para wargaemas peserta rewang di rumah Kak Yam semasa khenduri minggu lepas,salah seorang peserta telah mengalami stroke sebaik sahaja pulang dari rewang.

Isnin, 24 Mei 2010

Segala-galanya pertama


Pada tahun 1986,Ini adalah pertama kali Aku mengandung…….tiba-tiaba Aku rasa sentiasa mengantuk,lemah dan kepala macam terhuyan-hayang,Aku masih tidak syak yang Aku mengandung kerana Aku baru datang bulan.Sehingga rakan-rakan dalam staffroom yang terdiri dari senior-senior menyedari kelainanku.Maka bermulalah musim saat-saat aku mengalami morning sicknessku.
Dari sehari-kesehari muntah-muntah semakin kerap…..Aku sudah mulai bosan…terasa diri amat tidak berguna…apa juga yang dijamah keluar kembali …Aku tidak boleh terhidu bau tanakan nasi,atau gorengan ikan,atau bunyi orang menumis, juga mataku akan berpinar-pinar melihat kuah gulai yang bergenang-genang dengan minyak….. Aku hanya boleh makan di luar dari rumahku tinggal…..bila makan di luar kadar muntahku agak berkuranganga,tapi jangan kalau Aku masuk rumah,habis semua apa yang di jamah tadi terkeluar. Perkara lain yang aku paling tidak suka bau suamiku sendiri. Pada cuti akhir tahun,sumaiku kursus sepanjang cuti, Aku balik ke kampong ibubapku,seminggu sekali sumaiku akan menjengukku. Hampir 4 bualan kandunganku, nampaknya tempoh morning sickneesku sudah hampir sembuh,sedang Aku membersihkan pinggan mangkuk tiba-tiba terdangar suara orang memberi salam,sebaik sahaja Aku nampak muncul wajah suamiku terus matku berpinar lagi dan terus termuntah-muntah hingga tinggal cecair kuning.
Pada hari itu emak masak semur ayam,tiba-tiba Aku teringin menjamah,sedap……aku teruskan dengan menambah nasi…satu keajaiban……hilang rasa loya ku,bila Aku kira-kira rupanya hari itu kandunganku telah berusia 120 hari,dan teringat 120 hari adalah masa nyawa di tiupkan. Aku terus mengambil wuduk dan solat sunat Dhuha,lalu mengambil Al Quran,membaca surah Mariam..Segala surah-surah yang dianjurkan akau baca silih berganti,begitu juga doa-doa serta wirid yang Pak Kiyai Maksom iaitu bapa saudara suamiku beri sentiasaku amalkan. Sejak itu selerku telah pulih,apa jua makanan lazat bagiku,dan makan yang Aku paling suka ialah semua makanan yang bersusu termasuk aiskrim Di sekolah Aku teringin sangat nak makan aiskrim kun yang dijual oleh penjual ais krim di tepi jalan,Aku malu nak beli lalu kupinta anak murid untuk membelikannya. Wah sedap sungguh….puas rasanya.
Aku telah memulakan rutinku untuk ke kelinik, pada setiap bulan sehinggalah pada bulan ketujuh pihak kelinik telah mendapati bayi dalam kandungan ku songsang,patutlah ku rasa agak tidak selesa sebab kepala bayi terletak di tulang rusukku,pada fikiranku itu adalah fenomena biasa bagi orang mengandung.. Kebetulan Mak mertuku adalah seorang bidan,dia berusaha juga membetulkan kedudukan bayi,tetapi tidak berjaya.Oleh sebab itu adalah pengalaman pertama kali mengandung Aku tidak dapat membezakan antar kandungan yang berkedudukan normal atau sebaliknya. Kad pranatalku di tag merah,menandakan ketidak normalan kandungan.Aku sentiasa dalam perhatian pihak perubatan.Bila kandungan masuk minggu ke 30,masa temujanji di kerapkan,setiap minggu kena ke kelinik.
Pada hari itu 24 Mei bersamaan 27 Ramadhon,hari Ahad malam, tiba-tiba Aku terasa satu denyutan diari-ari ku.Kecohlah satu rumah,pada ketika itu Aku tinggal bersama ibu mertua dan beberapa adik ipar….masing-masing agak cemas. Suamiku segera mencari kereta salah seorang rakannya untuk membawa Aku ke hospital Teluk Intan yang perjaanan memakan masa 1setengah jam lebih atau lebih.Tiba di hospital lebih kurang jam 12pm lebih.
Setelah di periksa rahimkau belum terbuka sepenuhnya,tinggallah Aku di dalam wad menunggu berhempas pulas melawan kontraksi seorang diri setiap 15 datang dan pergi.Kalaulah di saat ini sumiku berada disisi alangkah bahagianya,sekurang-kurangnya sentuhanya mengurangkan rasa sakit dan meberi semangat kepadku.Jururawat kata Aku di jangka bersalin malam besoknuya. Aduh waktu ini baru 2pagi,bagaimana mahu menunggu ke malam nanti.setiap gerakan jam bagai dapat ku perhatikan . Hari itu waktu sekolah suamiku tidak dapat datang,dan datang pada waktu melawat 4 petang,Aku rasa mahu memeluknya tapi dengan keadaan badanku di lilit wayar-wayar,membataskan pergerakan ku.Dari renungan matanya dapat kurasakan perasaan belasnya melihat aku berperang dengan kesakitan.
Seorang demi seorang jiran katilku telah telah disorong ke bilik bersalin,bilalah giliranku pula,perasaan berbaur-baur sambil menahan kesakitan.
Pada pukul 6.30 kontraksiku bertambah kerap. Aku di bawa masuk ke bilik bersalin dan di pecahkan ketubanku….rupa-rupanya kes Aku ni adalah kes luar baisa……Aku di kelilingi doktor-doktor besar,masing-masing memeriksaku. Aku berbisik pada jururawat.
“Nurse adakah kes sonsgsang macam saya ni yang beralin secara normal?”
“Kenapa” Tanya jururawat ,
“Kalau rasa tak boleh saya rela sissor sajalah,takutlah”
“Alah orang kalau boleh elak sissor,boleh ni puan,tulang ponggong puan lebar,tengok pakar-pakar semua ada kat sini,jangan takut”
“Puan sakit kah” Tanya salah sorang doktor tersebut ,ada pula di tanya soalan begitu.
“Tolong puan jangan meneran ya sebelum betul-betul sakit,kalau tak cukup teran nanti bayi terhenti di leher”
“Ya Allah apa beza betul-betul sakit dengan sakit sedikit,Aku sungguh keliru,mulut tidak berhenti-henti membaca doa dan wirid.Tiba tiba Aku terasa sesuatu bergerak di celah peha, terasa sedikit kecemasan insane-insan di sekelilingku.
“Puan tolong jangan meneran ye”
Ada apa nurse? Macam tak kena je?”
“Tak ada puan jangan bimbang” Aku terdengar mereka berbisik sesame mereka “comelnya,kaki kanan lah tu….haah,apalah tuah anak ni……..kakai kanan keluar dulu………..tak sabar tengok dunia,……….mesti kaki jalan ni”
“Ya Allah betul sangkaanku,sesuatu telah berlaku…
Aku masih menunggu-dan menunggu sambil berjuang,di wad sebelah yang bertirai telah beberapa pesakit silih berganti datang dan melahirkan lalu di bawa keluar…..aku masih menanti.
..tiba-tiba kontraksi ku bertambah kuat, dan mereka semua mengelilingu sambil memberi semangat,dengan tiga kali teran,tiba-tiba Aku dengar tangisan…Aku menjerit Allahuakbarx3…. Alhamdulillahx3……..tenagku habis……………... dari kerlingan mataku sibuk para insan di sekiling menguruskan apa yang patut. Tiba-tiba ketua doktor tersebut berkata “Congratulation puan,vary nice lady…..”
Airmatku tumpah sendiri….setelah badan yang ampunya suara itu di bersihkan jururawa datang menghampiriku….
“Puan tengok bayi puan…apa jantinanya?...”
“Perempuan” “Tahniah puan”lalu di letakkan di dadAku……Masyaallah hangat….mesra….Maha suci Allah…Kamu kurniakan Aku nikmat ini,anak yang sempurna. Lupa segala kesakitan dan kepayahan sebelum ini…..dia lah pengubat segalanya.Terimakasih Allah,yang mengutuskan insan-insan budiman, yang membantuku di saat-saat ini.
Aku pun di sorong keluar sambil bayiku diletak dicelah pehaku….hangat dan lembut.
Suamiku dipanggil......mata kami bertemu……hujan terus lebat. Sesampai di wad suamiku melaungkan iqamah di telinga anak gadis pertamanya itu.
Anak pertamku lahir tepat jam 8.16pm pada 25 Mei 1987 berasamaan 28 Romadhon.1407



Ini lah wajahnya ketika itu
22tahun berlalu telah menjadi seperti ini

Gadisku
Kamulah penyambung jenerasi
Kamulah permulaan
Kamulah pengikat hati ayah bonda
Juga dua keluarga.
Bersedialah memulakan kehidupan
Kamulah anugerah
Yang dipinjamkan
Untuk kujalankan amanah
Menjadi maklukNYA
Memelihara alam semesta ini.

Dalam perjalanan yang sementara ini
Ranjau dan duri akan kau lalui
Segalanya akan menjadi mudah
Bila bila keyakinanmu pada Ilahi
menjadi sandaran yang padu.
Gadisku
setiap tapak yang kau jalani
sentiasa ada yang memerhati
segalanya telah diatur
tapi kamu boleh meminta
pintalah
yang terbaik dalam hidupmu
janganlah kau menyakiti
untuk tidak kau di sakiti.

Wahai permata bonda
berkelanalah kamu ke alam ciptaanNYA ni
kutiplah ilmu,penuhkanlah dadamu
sebagai bekalan untumu berbakti.

Dibahumu jua
Terpikul amanah
Yang kau perlu jelaskan bila ketikanya nanti
Kau akan di ambil kembali
Oleh khaliqnya.

Jumaat, 26 Mac 2010

Semangat Ubi



Nenek sebelah abah anak-anak bercerita.
“Tadi Aiman,aku suruh cari daun ubi,di bawaknya daun ubi tua,dipetik setangkai-setangkai,nak ku tekgur tak sampai hati,jadi aku petik sendiri”
Kami semua ketawa berderai.

Pada hari yang lain pula di rumah nenek sebelah emak anak-anak, "Eman jom kawankan Embah cari pucuk ubi". Setelah kami kumpulkan deraian ketawa kami berulang. Aiman telah megulangi kesalahanya.

“Aiman,nak petik pucuk ubi bahagian sini lah,bahgian yang Aiman petik ni dah tua” Dan jejaka 16 tahun itu mendapat informasi baru.



Kes 2

Dalam kereta,

“kita semua kena makan sayur,biar kita jauh dari penyakit,kulit kita cantik”kataku pada ira dan Emy.

“Entahlah Ma,sayur tak sedap,yang sedap salad,itupun kalau makan dengan nasi ayam” Kata Emy.

“Ira Cuma suka satu daun tu, kecik-keci,masak lemak”kata Ira.

“Kecik-kecik macamana?”kataku

“Nanti kalau Ira nampak,Ira tunjuk” “ha itu mak,berenti-berenti,ha daun inilah,Ira suka masak lemak” aku menghentikan kereta dan Ira menunjukan daun pucuk ubi. Ira si gadis sunti 11thun itu menambah perbendaharaan hidupnya.



Anak-anak ku anak yang tinggal dan membesar di kampong,bagaimana pula dengan sepupunyadia yang tinggal di Bandar? Belum jauh jenerasi meraka. Tahukan mereka apa hubungan ibu mereka dengan ubi?

Ibu mereka membesar di celah-celah pokok ubi. Hubungan dengan pokok ubi adalah begitu rapat. Pokok pokok ubi adalah taman permainannya. Mereka menggunakan tangkai-tangkai ubi untuk di buat rantai, daun ubi akan di susun dan di cucuk dengan tali di jadikan mahkota. Ranting-ranting di ikat antara pokok-pokok ubi daijadikan rumah untuk main pondok-pondok. Ibu bapa tidak risau keselamatan mereka. Di pondok itulah mereka duduk dan tinggal bermain dengan kawan-kawan sepanjang hari,balik ke rumah untuk makan dan pergi lagi. Berbagai skill permainan ujud di sini, yang paling polular ialah main pengantin-pengantin,selalau adik adik kecil akan di eksploiasikan untk di jadikan pengantin.mereka di dandan menggunakan daun-daun ubi,yang sering menjadi mangsa sudah pastilah si Lalah dan Nanang, atau Jamberi dengan Milah.
(Post akan datang Makbonda akan meneruskan cerita mengenai ubi)

" Dan Bumi pun kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan itu hanya Kami ". - ( Surah adz-Dzariyat. 51. 48 )

Isnin, 22 Mac 2010

Bapak siri 19(Aggota tubuh yang menjadi saksi di Akhirat)



Bapak jarang ditimpa penyakit semasa muda,ada sekali bapak jatuh sakit semasa kakak darjah 3,bapak demam panas,lama,berminggu-minggu,sebelumnya bapak penghisap rokok,tetapi bukan rokok dunhill atau gudang garam ,hanyalah rokok yang di perbuat sendiri dari tembakau dan hirisan cengkeh yang dibalut dengan kertas rokok berjenama TST, atau daun nipah. Setelah sembuh dari demam bapak menghentikan amalannya.

Pada tahun 1987 pada masa itu kakak telah berkahwin dan punya seorang anak,bapak telah di masukkan ke dalam hospital TI kerana tulang kaki bapak cedera,akibat tertindih motor sikal. Pada ketika itu bapak sedang berbual dengan sesaorang sambil duduk bertenggek di atas mootorsikal,tiba-tiba motorsikalnya tergolek,bapak mahu menahan tetapi tidak berjaya,akibatnya lutut bapak patah. Bapak di bawa ke hospital,lalu di simen.Itulah pertama kali bapak masuk wad.Pada ketika itu kakak belum punya kereta,kami suami isteri berulang menaiki motor dari sabak Bernam ke Teluk intan,menziarahi bapak,emak tidak dapat turut serta kerana adik-adik masih kecil. Pergerakan bapak terbatas beberapa bulan.

Setelah beberapa bulan berlalu bapak ke tanah suci bersama emak dengan keadaan kaki yang belum pulih sepenuhnya. Sebaik pulang dari tanah suci kaki bapak tercedera lagi,akibat tertimpa motorsikal juga. Kaki Bapak sudah lemah,tidak mampu menahan berat motorsikal, dengan kecederaan terdahulu yang masih belum pulih,ditambah lagi dengan tulang sendi ponggong pula yang tercedera. Kali ini bapak tinggal lebih lama di hospital,hampir 2 bulan. Emak tidak dapat menemankan bapak kerana masih ada adik yang bersekolah rendah, Nasib baik Allah SWA kurniakan bapak seorang menantu lelaki yang sangat perihatin,dia sudah tidak punya bapa,anak yatim seusia 11 tahu. Setiap petang usai tugas di sekolah,dia akan berulangalik ke Telok intan sejauh 35km dengan menaiki motorsikal bersama isterinya.Hanya Allah yang akan membalas kebaikanya jika dia redha.

Sejak Bot sepong memberhentikan perkhidmatannya pada tahun 1979,kaki bapak lah yang akan menyendal starter motor atau menahan motorsikal agar tidak jatuh, berulang alik sejauh 17 km pergi dan 17km balik, atau lebih ,mengangkut kesepuluh putera puteri dan juga isteri yang disayanginya ke tepi jalanraya atau ke pekan terdekat.

Sekarang kaki bapak sudah tidak sekuat dulu,kaki bapak amat berbakti kepada 10 putera-puteri ini telah lemah,kaki bapak yang menahan motorsikal semasa membonceng 10 putera-puteri dan seorang isterinya ini telah cedera. Bapak sudah tidak dapat duduk tahyat dengan sempurna,bapak sudah tidak dapat makan di atas lantai, bapak sudah tidak lekang dengan tongkatnya,bapak tidak boleh menyendal starter motor lagi.


Kelmarin semasa kakak meminta izin nak pulang,bapak mengeluh,kakinya nyilu,kakak urut-urut. Daging kaki bapak sudah menyusut, “Buruk kan rupa kaki bapak?” Kata Bapak. “Kaki buruk nilah yang mengayuh basikal,menongkat motorsikal,mengangkut kakak sampai dewasa,Ya Allah,mudahkanlah kaki ini semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim nanti.” Jawab kakak.Bapa tersenyum dan diam,tidak tahu apakah yang bapak fikirkan.Bapak kakak tinggalkan dengan berat hati………

Ertinya: “Dan Tuhanmu telah memrintahkan supaya kamu jangan menyembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Dan kalau salah seorang diantara keduanya telah mencapai usia tuan, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya ‘cis’ dan janganlah engkau menengking keduanya, tetapi hendaklah engkau berkata kepada keduanya dengan perkataan yang hormat. Dan turunkanlah sayap merendahkan diri terhadap keduanyadengan belas kasihan dan katakanlah: Tuhanku, kasihanilah kiranya keduanya, sebagaimana keduanya telah membelaku dengan penuh kasih saying semasa aku kecil”. (Al-Isra’: 23-24)


Dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Rabu, 17 Mac 2010

Bapak siri 18(“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”Az Zumar;10)


Sebaik sahaja pokok-pokok kelapa yang bapak tanam semakin membesar,bapak telah menerima satu ujian, yang agak berat juga. 4 ekar tanaman kelapa yang telah menampakkan pucuk mayangnya telah di musnahkan oleh satu kebakaran. Api berpunca dari kebun sebelah yang merebak di tiup angin, mengganas ke kebun bapak .Pada ketika itu amatlah sukar kerja-kerja pemadaman api dilakukan, di samping kekurangan punca air,api telah bergerak melalui reputan bawah tanah.Walaupun pada fizikalnya api telah padam, namun ianya akan menyala lagi akibat tiupan angin. Kejadian ini berlarutan hingga beberapa minggu. Sehinggalah hampir separuh kebun bapak hangus terbakar.
Kerja-kerja memadam api di bantu oleh penduduk kampong juga anak-anak murid bapak yang datang mengaji di rumah.

Bebrapa hari bapak menggunakan masa untuk mengawal api. kebetulan pula pada ketika itu ialah musim menuai padi. Bapak kena berulang-alik ke sawah seberang. Setelah kebakaran dapat di padam bapak tinggalkan rumah dan menginap di sawah seberang, rupa-rupanya api yang di sangka telah padam merebak kembali, sehingga merebak hampir dengan rumah. Pada ketika itu ujian berpindah kepada emak pula. Emak bimbang api akan merebak kerumah,disebabkan keseluruhan material yang digunakan dalam pembenaan rumah adalah bahan pembakar. Emak mengemaskan apa yang patut dan dipunjut dalam kain pelikat bapak.Walaupun di rumah emak tiada sofa ekea atau kabinat yang di order dari court moment,yang ada hanyalah rak rotan dan almari kitab bapak,namun tenaga wanita emak yang baru bersalin anak ke 4,adalah luar biasa menguruskan kerja-kerja pengemasan. Bagaikan terkena sihir,emak mengangkat satu-satunya perabut dalam rumah iaitu alamari kitab bapak yang meterialnya terdiri dari kayu padu yang amat berat ditambah dengan kandungan kitab yang bersusun padat.Emak turunkan dari rumah dan letak bawah pokok jambu tepi kolam. Atas dasar apakah agaknya, emak lebih mengutamakan almari bapak dari pinggan mangkuknya di dapur. Pada ketika itu semua kaum lelaki dalam kampong terlibat dalam kerja-kerja di sawah padi jadi kerja-kerja memadam emak hanya dibantu oleh pelajar-pelajar bapak yang datang mengaji. Akhirnya kebakaran itu dapat dihentikan.



Sebenarnya pada ketika itu rumah baru bapak dan emak sedang dalam pembinaan, lantai dan bumbung telah siap di pasang, hanya sebahagian dinding yang belum selesai dan belum layak untuk di duduki, Bapak akan menyelesaikan apabila habis musin menanam padi.

Sebaik sahaja habis tugas bapak di sawah,bapak pun membawa keluarga pindah di rumah baru yang belum siap sepenuhnya itu.Sambil tinggal dirumah tersebut bapak bertukang menyiapkan memasang dinding dan finishing bahagian lain.

Kejadian ini berlaku di pada tahun 1965.

Tanpa rasa putus asa bapak bangkit semula,mencari benih-benih kelapa baru untuk menggantikan 4 ekar tanaman kelapa yang musnah itu.Pada ketika itu abanglah yang banyak membantu bapak di samping emak juga,ketika itu umur abang mencecah 6tahun.Abang anak lelaki sulung yang matang,bila balik dari kebun,badan abang penuh dengan hangus hitam.

Kakak hanya tinggal di rumah menjaga dua orang adik,masa itu kakak 4 tahun,kakak nampak api merebak,nampak emak kelamkabut mengemas rumah,nampak emak angkat almari,tetapi kakak masih belum punya rasa kekaguman dan ketakutan,hanya rasa seronok menyaksikan abang-abang angkut air dan siram api.Seronok dapat duduk rumah baru.


Nabi bersabda Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

“: Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”



Dari Abud Dardaa' berkata "orang tidak suka kemiskinan dan aku suka, dan tidak suka mati dan aku suka, dan tidak suka penyakit, aku suka".

Isnin, 15 Mac 2010

Bapak Siri 17("Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3))


Tanaman utama sebaik sahaja Bapak membuka tanah ialah tanaman kelapa.yang mengambil masa 3-4 tahun untuk berbuah. Sementara menunggu tanaman utama mengeluarkan hasil,Bapak menanam pisang dan buah-buahan,Emak pula menanam tanaman kontan,berupa sayur-sayuran seperti cili,terung,kacang panjang,timun,ubi kayu,keledek,ubi keladi dan berbagai-bagai lagi.Tanaman inilah yang menjadi sumber ekonomi Bapak dan Emak ketika itu. Sayuran itu akan Bapak jual die stet Ulu Bernam atau Pasar Bagan Terap atau Sabak Bernam. Satu ketika emak dapat mengumpul satu guni cili api,apabila di bawa ke estet Ulu Bernam tiada dapat sambutan,kerana masyarakat di sana belum terdedah kepada masak lemak cili api atau sambal taun,mereka lebih dekat pada cili kering atau daun kari.. Lalu bapak bawa ke Sabak Bernam,itupun bapak serah sahaja pada sesaorang untuk tolong jualkan.Pada ketika itu tiada lagi ujud peraih pasar tani atau pasar borong.

Ubi adalah seperti makanan utama juga,emak akan jadikan ubi kepada berbagai-bagai jenis makanan.Ubi yang direbus kemudian di hiris nipis-nipis dan di keringkan boleh di simpan lama dan digoreng bila-bila masa.



Embah(Nenek sebelah emak) mempunyai sawah padi di seberang, bila tiba musim menuai atau menanam adik beradik emak akan berkumpul dan tinggal di pondok yang disediakan di tengah sawah,mereka akan bergotong royong menanam dan menuai sehingga selesai keraja-kerja yang sepatutnya. Aktiviti ini memakan masa sehingga sebulan.Dalam masa sebulan itulah mereka akan tinggal di pondok bersama-sama.Emak tidak dapat melibatkan diri kerena emak punya anak-anak yang masih kecil,jadi Bapak menggantikan emak.Bila habis musim menuai Bapak akan membawa balik berguni-guni padi sebagai upah,bekalan itu mencukupi untuk tiba musim menuai akan datang.Padi-padi itu akan di simpan di dalam kepok,akan di bawa ke kilang padi untuk dijadikan beras dari masa ke semasa mengikut keperluan. Simpanan berbentuk padi adalah lebih baik di bandingkan berbentuk beras,kerana kumbang padi tidak dapat memecahkan kulit padi.. Sepanjang Bapak tinggal di sawah emak menjaga anak-anak tanpa Bapak di sisi. Emak kena buat semua.Anak-anakpun lebih mengikut kata,sebab emak selalu ancam jika anak-anak tidak mengikut kata emak akan pergi ikut bapak,anak-anak tinggal di rumah sendiri.Ancaman itu sudah cuku untuk menjadikan kami jadi baik.




Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

Khamis, 11 Mac 2010

Bapak siri 16( Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.)


Sekitar 1961 hingga 1966,pada ketika itu masih tinggal du rumah lama(seperti rumah penduduk di kampucea dalam post Bapak siri 1)pada ketika itu anak bapak baru 4 orang anak iaitu Abu Amin,Umi Atiqah(Kakak) dan Abu Hasan, Bapak belum membuka sekolah agama bawah surau,setiap petang membawa ke isya’ akan datang beberapa anak-anak muda remaja mengaji di rumah Bapak. Meraka antaranya ialah Asan, Mawar, Sijam, Jelan, Son, Nasoha,Tamel,Kamal dan beberapa orag yang kakak tidak berapa ingat. Lepas solat maghrib mereka akan belajar membaca Al Quran,juga Bapak akan membuka kita-kitab koleksi Bapak yang penuh dalam almari kitab Bapak.Mereka ini ada yang telah tamat sekolah rendah,dan ada yang tidak pernah bau sekolah. Sekarang Asan telah menajdi Imam 1 di masjid Kebun baru,Mawar Imam di masjid kampong Bapak,Kamal menjadi  Imam dan masjid Pekan Sabak Bernam,Tamel,Son dan dan Nasoha masing-masing menjadi bilal dan siak.Semakin hari semakin bertambah anak murid Bapak, itulah yang membawa kepada idea penubuhan sekolah agama bawah surau seperti siri yang lepas.

Selain itu Bapak juga mengadakan pengajian d suaru pada waktu malam untuk kaum lelaki seminggu sekali,dan untuk kaum ibu di adakan pada pagi Jumaat .Kaum wanita mengaji dengan membawa anak masing-masing,dari rumah telah di siapkan bekal dan air supaya anak-anak mereka tidak menggangu sepanjang kelas berjalan. Anak-anak di biarkan bermain di luar kelas, kadang kadang mereka bermain tepi kolam atau parit,tetapi tidak pernah ada kejadian trajis berlaku. Saat itulah yang kakak paling suka,kakak boleh main dengan Ayob, Minah, Milah, Jamberi, Pie, din dan lain-lain. Berbagai-bagai skill permainan yang kakak dapati di sini. Peluang ini hanya boleh di dapati bila cuti sekolah,bila hari sekolah kakak akan bersekolah.Tetapi walau bagaimana seronok bermain kakak masih diberi tanggungjawab menjaga adik-adik.

Beginilah lebih kurang cara kehidupan kami ketika itu



Hadis Kedua Puluh Sembilan

29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود والترمذي)

29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari qiamat kelak."

( Abu Daud dan Tirmizi)
(Siri yang akan datang di ceritakan trajidi kebakaran di kebun bapak)

Catatan Popular