Hari itu mengunjungi kakak ipar,menantunya baru balik dari kampungnya dikaki Gunung Besaut.Membawa berberkas-berkas buah rambutan yang berwarna merun. Puas kami menjamahnya. Alhamdulillah besarnya ganjaran pada besan kakak ipar saya itu. dia menanam dan menginfakkan kepada ramai orang. Sambil makan-makan anak saudara saya itu bertanya
"Dirumah emak Makbonda dah bermula musim buah?"
"Belum,Insyaallah awal tahun hadapan,waktu musimcuti sekolah dah habis,semua anak-anak tidak dapat balik kampung,nampaknya rezeki kamilah yang tinggal dekat"Jawab saya.
"Adik-adik makbonda tak balik ke musim bila musim buah"
"Mereka balik tapi tak semestinya musim buah,mereka semua bukan jenis sentimentel sangat,nak makan buah tak perlu balik kampung,dekat tempat merekapun boleh beli"
"Ya lah,tak kecik hatike Emak Makbonda bila anak tak balik bila musim buah,tak payah balik pun boleh beli kat mana-mana,kan Dia seronok bila musim buah anak-anak makan sama-sama.Suatu masa nanti Makbonda akan dapat rasa macamana bila musim buah anak-anak tak balik,boleh beli kat mana-mana"
"Memanglah seronok,tapi kan faham anak-anak masing masing ada masalah,takkan nak menempoh lebuh raya berjam-jam semata-mata nak makan buah,mereka balik bila-bila masa,tak semestinya musim buah."
Walaupun rasa saya telah memebri jawapan yang logik, namun dalam jiwa saya tersentuh juga. Itu pendapat saya agaknya bagaimana pula dengan Emak.Terkesan dengan kata-kata dia tadi,
suatu masa nanti saya akan rasa.
Semasa saya mengunjungi emak,saya cuba congkel apa yang ada didalam hatinya tentang perkara ini,walaupun saya pernah mendapat jawapannya sebelum ini,namun saya mahu memastikan sekali lagi.
"Semua emak-emak bila ada makanan sedap mulalah teringat anak-anak,apa kamu tak rasa?Tapi ikut logiklah,yang dekat-dekat boleh lah dipanggil,yang jauh tak kan semata-mata nak makan sedap kena beli teket kapal terbang mahal-mahal,kena lalu lebuhraya,bayar tol,kena cuti kerja.Sedap mana sangatlah makanannyapun.Sebab nafsu kena mengorbankan diri,tak payahlah,tapi kalau dapat balik Syukur. Jadi emak ni tak bolehlah pentingkan diri"
Maha suci Allah,saya dilahirkan oleh seorang emak yang begini. Sentiasa bersangka baik kepada anak-anak. Tidaklah dengan memaki hamun dengan perkataan yang kesat bagai.Semoga Allah mewariskan kepada saya dan anak cucu saya seluruh kebaikannya.
Sememangnya bila durian gugur emak akan menalifon anak-anak.Bukan sahaja anak sendiri malah ana-anak saudara juga.Yang dekat emak akan jemput datang yang jauh sekadar beritahu sahaja. Sementara itu emak akan beri pada jiran tetangga,juga kepada pekerja Indonesia yang mengerjakan kelapa sawit.Sehingga pekerja-pekerja itu begitu rapat dengannya,dan memanggilnya dengan panggilan '
Emak' juga. Sesungguhnya itu adalah rezeki meraka. Selebihnya Emak juga akan mengopek durian dan rambutan tersebut lalu dimsukan kedalam bekas-bekas lalu disimpan di peti sejuk. Nanti bila bila anak cucu balik yang terlepas dari musim buah,bolehlah merasa. Sehingga salah seorang cucunya tidak akan memakan isi durian yang belum di feroskan.Dia sudah biasa makan durian yang Embah Wedoknya simpankan.
Bila kami balik mengunjungi emak tentu sekali penuh bonet kami dengan segala perkara yang ada,Setengah perkara tidak lah saya terima sebab saya sendiri tinggal di kampung,kecuali adik-adik yang tinggal di bandar. Semua yang saya bawa tidak juga saya makan sendiri,sebesar manalah kemampuan kami untuk menghabiskan semuanya, kami akan panjangkan sedekah Emak dan Bapak kepada jiran tetangga dan juga saudara mara berhampiran.Sebagaimana yang dilakukan oleh anak saudara saya di atas.
“ Tidaklah
seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh
manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah
hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim