

Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.
"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya). Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar. Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar. Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP. Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan. Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.

"Kedua, keadaannya di Selangor, parti Keadilan dan DAP agak sama dari segi jumlahnya. Dan oleh sebab itu, kalau ada kehilangan kerusi oleh parti Keadilan, sudah tentu mungkin DAP ingin mencadangkan ahlinya," sebelum beliau menambah, "Suratkhabar memang senang boleh membuat andaian, tetapi perlaksanaannya bukan senang..."
Beliau ditanya lagi sama ada wujudnya cubaan untuk menggulingkannya, Khalid Ibrahim menjawab, "Itupun saya tak tahu cubaan dia. Tapi boleh jadi pengikut-pengikut daripada Azmin Ali ataupun orang yang berminat. Tapi saya rasa, kalau orang pandai dari segipolitical administration dan sebagainya, perkara ini bukan boleh dibuat dengan sesenang mungkin."
0 comments:
Post a Comment