5 Petunjuk Taraf Kesihatan Lelaki

on Jan 2, 2011

Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan. Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.

Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.

Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang. Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes. Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

2. Warna air kencing

Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda. Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat. Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

3. Pancutan air mani

Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan. Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia - keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki. (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki. Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.

Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah. Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda. Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

5. Kulit anjal

Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih. Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Retro :- Buat Baik Berpada-pada.... (Khas Buat Srikandi 7)

on

Keluarga Bekas Peguam Negara Meminta Sembahyang Hajat



Keluarga Tan Sri Mohtar Abdullah telah meminta diadakan solat hajat untuk bekas Peguam Negara Malaysia yang masih dalam keadaan koma dan tidak mungkin dapat sembuh. Perkara ini didedahkan oleh seorang kawan keluarga tersebut yang menambah: “Seandainya dia sedar kembali, tidak mungkin dia akan menjadi normal semula selepas begitu lama menanggung kecacatan otaknya.”

Upacara solat hajat adalah satu usaha untuk membolehkan Mohtar pergi dengan mudah dan tidak tersangkut-sangkut bertahun lamanya dengan keadaan yang ada,” kata sahabat keluarga itu lagi. “ Keluarga beliau menjadi tertekan dia akan berkeadaan demikian untuk beberapa tahun seperti yang terjadi kepada seorang hakim yang ternama yang menjadi koma selama tujuh tahun sebelum dia mati.”

Ini juga merupakan nasihat seorang bekas mufti Kuala Lumpur yang memberikan cadangan agar keluarga Mohtar mendapatkan keampunan daripada Anwar Ibrahim untuk memudahkan pemergian roh daripada jasadnya.

“Saya telah menjenguk di hospital baru-baru ini . Dia tidak lagi berada di wad swasta di Subang Medical Centre (sebuah hospital mewah) tetapi kini berada di wad biasa di Hospital (kerajaan) Kuala Lumpur berkongsi wad dengan pesakit yang lain. “

“Keluarganya merasa kecil hati kerana tidak ada sesiapa yang melawatnya di hospital. Ketika beliau menjadi seorang Peguam Negara, para menteri dan pemimpin parti politik kerap datang menemuinya. Tetapi dalam keadaannya begini, tidak ada siapa yang ambil peduli. Inilah yang menyentuh perasaan keluarganya dan mereka sedar betapa mereka terpaksa menangani masalah itu sendiri.”

Ini mungkin merupakan satu permintaan yang ganjil; meminta orang lain bersolat hajat untuk memudahkan pemergiannya. Namun demikian, apabila dikaji budaya Melayu dan tradisinya, ini memang bukan sesuatu yang ganjil.

Ada kalanya, Adat resam dan budaya Melayu tersangkut kepada kepercayaan dan tahyul, dan dalam banyak hal, menyangah ajaran Islam. Malahan, kebanyakan budaya dan tradisi itu adalah pra-Islamik (jahiliah) dan ada kalanya tidak Islamik.

Orang Melayu amat percaya kepada adat resam hidupnya lebih lagi berbanding agamanya dan ini amat bertepatan dengan bidalan yang berkata: 'Biar mati anak jangan mati adat'. Ada kalanya orang Melayu menghadapi masalah membezakan antara ajaran agama dan tradisi hidupnya.

Orang Melayu Malaysia yang kebanyakannya beragama Islam, mematuhi ajaran Al-Quran dan adalah menjadi kepercayaan kebanyakan Melayu bahawa menuduh seseorang berkhalwat dan melakukan jenayah seks adalah satu jenayah yang besar sehinggakan Allah merestui kalau dosa besar itu diambil-kira di bawah hukuman undang-undang Hudud. (Aha... jaga-jaga jangan terbang aqidah... saya cuma menterjemahkan sahaja..!!!)

Kebanyakan rakyat Malaysia, baik orang Melayu mahupun bukan-Melayu, yakin bahawa Anwar telah ditohmah dengan perbuatan jahat itu. Apa yang berlaku kepada Mohtar dan juga rakan persekongkolannya yang lain telah meneguhkan kepercayaan tersebut.

Surah ke 24 - An Nuur (Cahaya) ayat 19: 
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedang, kamu tidak mengetahui”.

dan Ayat 23:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah* (*yang bermaksud wanita-wanita yang tidak pernah sekali juga teringat oleh mereka akan melakukan perbuatan yang keji itu) lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang benar”.

Berdasarkan ajaran Al-Quran, orang Melayu percaya sebarang tohmahan yang palsu mengenai perbuatan-perbuatan seksual seseorang boleh dihukum di dunia ini ataupun di alam baqa. Itu sebabnya ramai termasuk Mufti yang percaya bahawa penderitaan Mohtar adalah satu hukuman di dunia ini yang dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran.

Bukan Mohtar sahaja yang menanggung penderitaan di dunia ini. Ada seorang watak utama dalam persekongkolan ini, bernama Dr. Ristina Majid yang mati kerana serangan angin ahmar ketika melancong ke Indonesia. Sebelum mati ibu dan ayahnya sendiri telah tidak mengakuinya sebagai anak mereka.

Orang Melayu percaya bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibunya dan seandainya si ibu tidak mengaku anaknya, si anak itu akan dihambat ke lubang neraka. Mati tanpa mendapat keampunan ibu dan bapa adalah sesuatu yang membuatkan orang Melayu menggigil untuk memikirkannya.

“Arwah Majid tidak pernah mengampunkan anak beliau kerana apa yang dilakukan oleh Ristina terhadap Anwar.,” kata Mak Chik seorang sahabat keluarga itu. “Tetapi Ristina adalah degil orangnya. Dia enggan akur dan lebih bersedia bertengkar dengan ayahnya.”

“Satu hari saya sepatutnya bertemu dengan adiknya Linda,” tambah Mak Chik. “Tiba-tiba dia menelefon untuk memberitahu yang dia terpaksa bergegas ke Indonesia untuk membawa pulang jenazah kakaknya.”

“Kami menjadi terkejut. Sehari sebelum itu Linda telah mengadu mengenai Dr. Ristina. Dia memberitahu kenapa Ristina tidak mudah dikawal oleh keluarganya. Keesokan harinya Ristina sudah tidak bernyawa.”

“Linda ialah adik yang mesra dan peramah, amat berbeza dengan Dr. Ristina.”

“Ayah mereka jatuh sakit selepas tercetus kontroversi melibatkan Anwar Ibrahim. Beliau menjadi begitu malu dengan perbuatan anaknya. Keluarga itu percaya dia (Arwah Majid) menjadi begitu malu sehingga tidak terdaya untuk terus hidup dan menanggung penderitaannya.

“Saya tahu itu kuasa Allah menentukan sesiapa yang harus hidup dan mati. Tetapi ayah mereka sudah begitu kecewa dan tidak lagi sanggup terus bernyawa. Keluarga itu percaya itulah antara sebab beliau menghembuskan nafas terakhirnya.”

Dr. Ristina memang sering menimbulkan masalah. Ketika dia mahu berkahwin dengan Aziz Samsuddin keluarga beliau membantah kerana terkejut. (Aziz Samsuddin kini merupakan menteri kabinet Malaysia, isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Beliau merupakan seorang lagi pelakon utama dalam konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim).

“Apa yang kamu gilakan si sontot itu?” tanya keluarga Ristina pada satu hari. “Mereka tidak faham kenapa dia mencintai si sontot itu. Namun dia degil, dan sanggup menepis semua nasihat keluarganya.”

Dr Ristina memang selalu berkahwin-cerai. Dia pernah berkahwin beberapa kali, sekali kepada seorang American-African, seorang Caucasian, dan begitulah seterusnya....... Tetapi perkahwinannya kepada si Aziz sontot tidak menjadi dan ini melegakan hati ahli keluarga Ristina.”

“Ristina ialah seorang pemabuk. Pernah terjadi ketika beliau menjaga anak perempuan Linda yang berusia empat tahun ketika itu, Ristina menjadi begitu mabuk sehingga tidak sedar anak saudaranya mati dalam kolam renang. Itulah jenis manusia yang tidak bertanggungjawab.”

“Sejurus selesai kes mahkamah Anwar, Dr. Ristina telah mengambil Azizan Abu Bakar sebagai supirnya. Ini menyerlahkan keadaan bahawa adanya sesuatu antara mereka berdua. Keluarga beliau menolak tindakannya itu, tetapi tidak berjaya merobah sikapnya. Ini adalah satu bukti betapa dia yang mengajar Azizan dan seperti yang didakwa oleh ramai orang, Ristina menggalakkan Azizan agar membuat cerita dongeng terhadap Anwar.”

“Walaupun Azizan pernah bersumpah di mahkamah yang Anwar tidak pernah meliwat beliau, Ristina enggan mengalah dan terus menyerang Anwar.

“Kami mengsyaki Aziz sontot telah berbuat janji mahu mengahwini Ristina dan kerana itu dia sanggup melakukan semua itu untuk si sontot. Tetapi Aziz tidak pernah menunaikan janjinya.”

“Kisah ini memang memalukan. Keluarga Ristina adalah keluarga yang baik-baik. Cuma Ristina yang membuat kecoh itu.”

“Tetapi Ristina sudah tidak ada lagi. Keluarga beliau telah diselamatkan daripada keaiban yang dicetuskannya. Mungkin itu cara Allah menyelamatkan keluarga Ristina daripada terus menanggung malu.”

Azizan Abu Bakar menerima nasib yang sama seperti Aziz Samsuddin. Isteri beliau mati dalam kemalangan jalanraya. Kemudian, dia telah ditangkap kerana berkhalwat dan dipenjarakan selama enam bulan. Kepada orang Melayu ini adalah hukuman Allah di dunia dan bukti betapa Anwar tidak bersalah.

Ummi Hafilda rakan sekongkolan Azizan adalah laksana Dr. Ristina juga. Ayahnya sendiri tidak mengaku beliau sebagai anaknya. Beliau (bapa Ummi) telah menghantar sepucuk surat kepada Harakah menuduh anaknya yang mentohmah Anwar. Dia juga meninggal dunia dengan hati yang gundah tanpa memaafkan anaknya.

Begitu juga dengan ramai yang lain seperti Rahim Noor (bekas Ketua Polis Negara) Megat Junid, Daim Zainuddin dan banyak lagi yang jatuh tersepuk menanggung masalah mental dan penyakit lain yang dianggap oleh orang Melayu sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Anda mungkin berkata ini adalah satu kepercayaan dan dongeng semata-mata. Tetapi kepada orang Melayu, ini merupakan pertanda daripada Tuhan betapa Anwar tidak bersalah ke atas segala tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memang amat sukar untuk merobah kepercayaan Melayu betapa Allah sedang menentukan kepada dunia bahawa Anwar adalah seorang mangsa kepada satu konspirasi untuk menuduh yang bukan-bukan terhadap beliau.

Orang Melayu juga percaya, seperti Sabda Nabi Muhammad (saw), bahawa daripada setiap tiga orang hakim di dunia ini dua orang akan masuk ke Neraka. Mungkinkah ini sebabnya, tanya mereka, bilangan hakim dalam kes rayuan Anwar ditambah daripada tiga menjadi lima?
- Tamat

Terjemahan oleh AH-SPAR (suntingan WM M@rhaen) - 29.03.2003

Retro :- Saya Pernah Melakukan Seks Dengan Ummi"- Baginda ....... (Khas Buat Srikandi 7)

on

Retro: Taubatlah Ummi Hafilda...






PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar -  18.10.98
Menarik: ""Saya Pernah Melakukan Seks Dengan Ummi"- Baginda (Kenyataan ini diberikan oleh Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda dalam mahkamah ketika sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu.)

Khairy Kalah Sebelum Bertanding PRU 13.........???

on

Khairy confirms he won’t defend Rembau seat



PETALING JAYA: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has confirmed speculation on social networking site Twitter that he will not defend his Rembau seat in the next general election.

When asked to verify the speculation that he might not contest in the 13th general election, Khairy replied “yes” via SMS.

He had earlier created quite a buzz in Twitter when he sent a tweet about taking a break from politics.

“Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait,” Khairy wrote on Twitter.

His tweet generated much response from his followers who wondered if the Rembau MP was not going to defend his seat in the 13th general election.

“I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late,” tweeted Khairy in response to a follower who asked him what he meant by a “break”.

Asked how long he planned to be away from politics, Khairy replied: “Indefinite. Not sure what I will be doing. A few things I want to do like go back to school.”

Khairy first mentioned the possibility of not defending his seat in an interview with a newsportal last July.

At that time, he clarified his statement a day later, saying he was only mulling the possibility and that he had yet to make a firm decision on the matter.

ramai orang rembau dok marah, khairy jarang turun ke tempat sendiri. tapi kalau ada prk kat mana-mana siap buat rumah kat situ lagi. orang rembau mula menolak khairy, katanay lagi chegu bard rajin turun berkongsi masalah dengan rakyat.

APA KAH AKAN BERAKHIR NYA RIWAYAT POLITIK KJ........???

on



Rocky Bru sudah siarkan berita dari The Star bahawa KJ akan tidak akan pertahankan kerusi Rembau di pilihanraya akan datang.Kononnya dia akan berhenti terus dari politik lepas pilihanraya ke 13. 

Pasti Parpukari akan seronok dengan berita ini. Nampaknya perjuangannya menentang KJ hampir selesai. 

Untuk memastikan perjuangan ini pasti selesai, ada baik Parpukari sedekah pisang ke masjid. Lebih afdal hantar ke 40 masjid jumaat hadapan. Itu pun kalau termampu. 

Sebelum kami memberi komen, baca dahulu berita The Star berikut:
Khairy confirms he won’t defend Rembau seat

PETALING JAYA: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has confirmed speculation on social networking site Twitter that he will not defend his Rembau seat in the next general election.

When asked to verify the speculation that he might not contest in the 13th general election, Khairy replied “yes” via SMS.

He had earlier created quite a buzz in Twitter when he sent a tweet about taking a break from politics.

“Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait,” Khairy wrote on Twitter.

His tweet generated much response from his followers who wondered if the Rembau MP was not going to defend his seat in the 13th general election.

“I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late,” tweeted Khairy in response to a follower who asked him what he meant by a “break”.

Asked how long he planned to be away from politics, Khairy replied: “Indefinite. Not sure what I will be doing. A few things I want to do like go back to school.”

Khairy first mentioned the possibility of not defending his seat in an interview with a newsportal last July.

At that time, he clarified his statement a day later, saying he was only mulling the possibility and that he had yet to make a firm decision on the matter.
Benarkah atau mustahilkah perkara ini? Ada pelbagai kemungkinan dalam politik. 

Satu yang kami dengar adalah Khairy sudah tidak diterima oleh pengundi Rembau. Kalau dia bertanding, orang Rembau sudah tidak peduli lagi. Mereka akan undi pembangkang kalau KJ masih bertanding. Chegu Bard PKR pun rajin balik kawasan. 

Dia ada pilihan untuk bertanding di Kepala Batas menggantikan Pak Lah. Jika demikian, pastilah orang Kepala Batas akan melenting. Orang yang dah teringin lama macam Reezal Merican nak letak di mana?

Katalah Reezal tu senang saja digelecek Pak Lah supaya beri laluan pada KJ, masaalahnya KJ sanggupkah dicemuh sebagai calun tak laku nanti. Omak dio orang Kodah dan bukan orang Pulau Pinang.

Apa hal pun KJ bukan ada telor nak ambil risiko kemungkinan kalah negeri lubok DAP Pulau Pinang?

Satu kemungkinan yang keluar di komentar blog Rocky Bru ialah Khairy akan lompat ke PKR dan bertanding di Sungai Buloh. Tak tahu pulak kita Sungai Buloh itu kawasan Parlimen atau DUN. 

Pertama, DAP sudah menerima anak Khir Johari. Tidak menolak kemungkinan ini. Persoalannya adakah PKR mahu terima seorang yang tercalar dan tercela seperti KJ? 

Kedua, mungkin juga komentar Rocky merasakan segeralah fail-fail rasuah dan salahguna kuasa di Tingkat 4 akan keluar. Bukan saja KJ berundur dari politik, dia akan ikut sama Anwar masuk Sungai Buloh. Kalau Anwar lari ke Turki, KJ ikutkah?

Satu kemungkinan pula ialah Khairy akan tanding kerusi negeri dan diletakkan sebagai Menteri Besar. Tak mungkin, sebab Najib tak bodoh untuk beri - orang yang merancang fitnah terhadapnya - kuasasebagai ketua negeri dan ketua perhubungan negeri. 

Ditambah lagi, Khairy sudah dikantol baru-baru ini cuba merancang menjatuhkan Najib. Rasanya ini sebab sebenar dia mengumumkan undur diri. 

Difahami dari sumber-sumber tertentu bahawa Hishamuddin dimarahi Najib kerana masih cuba melobi untuk Kj jadi Menteri. 

Hai ... letih betul dengan sipondan yang tak henti asyik jaja "cousin brother, cousin brother." "Cousin" saja cukuplah. Nampak sangat jual nama. Mana ada class Menteri anak aristo kena jual nama untuk dihormati orang! 

Apa sekali kemungkinan, tulisan di dinding (diterjemah buta dari frasawriting on the wall) dah mengarah kepada berakhirnya kerjaya politik KJ. Pak Lah dah tak ada, Anwar dah habis, dan tak lama lagi banyak Menteri-Menteri tak ada lagi.

Macam-macam rahsia dan salahlaku KJ dah dibongkar. Lagi lama KJ berkeliaran, lagi ramai membenci dan akan berakhir dengan siasatan.

Bayangkan berapa ramai pengikut KJ yang dalam penggajian bulanan KJ sekarang? Banyaklah toyol, monyet dan blogger berbayar bakal lapar dan habis punca. Mereka akan ke sana sini mencari tuan-tuan baru.

ceduk sumber dari :- http://anakomak76.blogspot.com

Ada baik Parpukari perlu hantar pisang ke Masjid, dapat tSUomonyebertuan ini isibe to: Post Comments (Atom)

Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' pihak atasan.....???

on

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan. 

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang. 

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan. 

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. 

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

  • Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
  • Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
  • Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.

SAY NO TO BN.......

on

Sudah jijik undi BN.........



Saya sebagai pengundi berdaftar dengan Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) sudah rasa jijik untuk undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum atau kecil kerana parti itu dibarisi ramai pemimpin yang tidak bersih, akhlak buruk, kaki rasuah, kaki betina yang boleh menjeaskan imej negara dan bolehkan menjadi negara ini bankrap.

Mereka yang menjadi bapak menteri tidak tahu penderitaan rakyat dengan kenaikan harga barang, sebaliknya mereka membazirkan wang rakyat kepada perkara perkara tidak berfaedah.

Rasa rasa terpanggil untuk merayu kepada pengundi pada pilihan raya baik pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, supaya memberhentikan tindakan mereka mengundi BN cubalah kepada parti yang berteraskan Islam supaya kerajaan yang akan dibentuk kelak dibarisi pemimpin yang bersih, beriman, jujur, amanah dan berkahlak mulia.

Pemimpin yang dikehendaki ialah yang berperikemanusiaan, membela nasib rakyat serta tahu dosa pahala terhadap rasuah, berzina, melakukan maksiat, merogol seperti cerita yang digembar gemburkan kebelakangan ini.

Pemimpin yang dikehendaki ialah pemimpin yang tidak menggunakan wang rakyat sesuka hati seperti wangnya sendiri, sedang rakyat masih ramai yang menderita dengan dibebani pelbagai masalah, termasuk terpaksa bayar hasil, cukai, saman polis dan sebagainya.
Kalau negara ini ada pemimpin yang berakhlak mulia, alim, dan tahu dosa pahala, mereka tidak akn guna wang kerajaan dengan sewenangnya, menolak rasuah kerana tahu akibatnya dan balasan Allah terhadap seorang yang menerima rasuah.

Saya sering dengan cerita daripada bapa mentua saya yang juga penggali kubur serta selalu mengusung orang mati ke kubur di kampungnya.
Menurutnya, sepanjang hidupnya dia tidak pernah merasai jenazah seorang anngota polis yang diusungnya untuk di bawa ke tanah peberkahwin di ka,pung itu begitu berat sekali hingga terpaksa banyak kali bertukar orang yang mengusungnya.

Bapa mentua saya mengandaikan ini mungkin kerana dia menerima rasuah ketika bertugas sebagai anggota polis menyebabkan jenazahnya terlalu berat untuk diusung penduduk kampung ke kubur dan begitu juga ketika hendak menurunkan jenazah itu ke dalam kubur hingga runtuh tebing kubur yang digali itu.
Dia memberitahu dia tidak pernah berjumpa jenazah seberat itu yang diusungnya secara sukarela apabila ada penduduk kampungnya yang meninggal dunia.
Jadi beringatlah mereka yang menerima rasuah, jangan sampai perkara yang sama menimpa diri anda, rakan keluarga juga pemimpin negara dan negeri

Mengenai pengundi pilihan raya, satu ketika dulu saya pernah mengundi BN, tetapi disebabkan berlaku perkara yang tidak dingini, seperti pembunuhan, rogol, rasuah serta mementingkan kekayaan peribadi dilakukan pemimpin yang dihormati,  sejak itu saya bertukar mengundi PAS iaitu sejak PAS bergabung dengan Parti Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990.

Kalau rakyat terus mengundi BN bermakna rakyat merestui dan membiarkan gejala yang tidak sihat tadi dilakukan pemimpin yang dipilih memerintah negara.
Cubalah bertukar sekali sebagaimana rakyat Kelantan menerima baik kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah negeri Serambi Makkah itu. Saya juga berharap rakyat Selangor, Kedah, Pulau Pinang kekalkan pemerintah yang ada kerana terbukti sudah melakukan yang lebih baik daripada sebelumnya walaupun baru setahun memerintah.

Saya yakin kehidupan rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang akan bertambah baik jika pemimpin yang memerintah negeri berkenaan terus dikekalkan.


Mohamed Noor Jaafar,
Kuala Lumpur.



Cara Menghadapi Orang Sakit Yang Nazak

on




Pendahuluan

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

Melawat Orang Yang Sakit

Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

"Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."

Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”.(Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit
  1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
  2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
  3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata :“Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.
  4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
  5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
  6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).
Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal
  1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
  2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
  3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
  4. Tumitnya lembut.
  5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.
Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)
  1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
  2. Talqin/peringatan kepadanya.
  3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
  4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
  5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.
Hikmah Menziarahi Orang Sakit

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Kedatangan Sakaratul Maut

Rasulullah saw bersabda mafhumnya :

“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.

Beredar Roh Pada Jasad
  1. Hujung kaki ke lutut.
  2. Lutut ke pusat.
  3. Pusat ke dada.
  4. Dada ke leher (halkum).
Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
  1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
  2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
  3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.

Perkara Sunat Selepas Kematian.

  1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
  2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
  3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
  4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
  5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
  6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
  7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
  8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
  9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
  10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
  11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
  12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
  13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.
Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal

Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :

“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List