Skandal Scorpene : Pendedahan Berani Dari London

on Sep 4, 2011





Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini. 
 
Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis ‘fundraiser’ yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

“Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh
Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.

Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia
Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ‘ fundraiser’.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .

Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan
Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.
 
Addin

Photobucket

ANWAR JADI ANCAMAN...?

on





Persoalanya, Mengapa DSAI jadi ancaman kepada sesiapa pun yang menjadi PM di Malaysia?

Kerana DSAI pernah menjadi Menteri kewangan selama 8 tahun di waktu Tun Mahadir menjadi PM, 8 tahun menjadi Menteri Kewangan setiap keluar masuk aliran wang Negara Malaysia dapat di baca oleh DSAI, mengapa musuh Politiknya tidak takut.

Setiap langkah DSAI akan dijejaki oleh musuh Politiknya, amatlah malang bagi DSAI menjadi seorang pejuang untuk membela nasib Rakyat, kerana disalah tafsirkan oleh semua kaki bodek yang memperjuangkan Projek Mega dari PM, walaupun pada hakikatnya mereka tahu DSAI tidak bersalah didalam semua tuduhan tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI.

Kalaulah pasal JUBUR Saipul yang Busuk tu yang di inginkan oleh DSAI, jauh panggang dari api, cuma hanya Saipul yang boleh dijadikan sebagai Kambing Hitam untuk memfitnah DSAI, kerana Saipul bekas Setiausaha DSAI, yang dah tak laku, dan juga Saipul memandang habuan yang sudah dan bakal diterimanya sungguh lumayan..

Tak habis dengan 1 kes, datang lagi kes Vedio lucah, yang di lakunkan oleh pelakun hebat Politik lucah tanah air Malaysia, DSAI lah salah 1 Rakyat Malaysia yang sangat malang jika di bandingkan oleh Rakyat Malaysia yang lain.

Sejak kejadian DSAI dipecat oleh Tun Mahadir pada 1998, sesiapa pun yang menjadi PM, akan memegang Menteri Kewangan Malaysia, mengapa? sebab mereka tahu hanya Menteri Kewangan sahaja yang punya pengaroh untuk melesapkan wang Negara.

Selagi DSAI masih bebas diluar sana, selagi itulah DSAI jadi ancaman kepada setiap yang menjadi PM di Malaysia, setelah DSAI berada didalam penjara, maka bebaslah musuhnya berbuat sesuka hati kepada wang Negara.

Hanya orang yang ada sekolah tahu perjuangan DSAI, orang yang tak ada sekolah terus menyokong perjuangan BN/OMNO. Wallahuallam


Photobucket

SIAPA SEBENAR NYA YANG BUTA SEJARAH...?

on




Siapa sangka tokoh sejarawan negara sehebat Tan Sri Professor Dr Khoo Kay Kim dan Professor Dr Ramlah Adam begitu naïf dan semborono untuk menyemak kembali lembaran sejarah yang melibatkan Mat Indera.

Prof Khoo walaupun mempunyai tauliah tetapi kurang membuat kajian dan penyelidikan sebelum mengkritik Mat Sabu. Begitu juga dengan Prof ‘Perkasa’ Ramlah Adam. Beliau dengan celuparnya telah menggelar Mat Sabu sebagai pengkhianat negara kerana tergamak memutar belit fakta sejarah negara semata-mata untuk kepentingan politik

Kedua-dua Prof ini sepatutnya menunggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Mat Sabu, dan apa-apa justifikasi kepada pandangan beliau.Dan setidak-tidaknya meneliti apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Mat Sabu menerusi rakaman klip-videonya .Beginilah sepatutnya etika akademik yang betul.

Tetapai sebaliknya, mereka ini terpengaruh dengan putar belit media tempatan dan mengecam Mat Sabu seperti mana ahli politik UBN.

Bidang pengkhususan Prof Khoo bukan berkaitan Parti Komunis Malaya atau Chin Peng atau baru-baru ini sejarah politik Tanah Melayu. Kita pun maklum, Prof Khoo lebih cenderung memperkatakan ‘bola sepak negara’ daripada bidang khusus pentaulihannya.

Tajuk PhDnya adalah 'The Beginnings of Political Extremism in Malaya 1915-1935', ia tidak meliputi tempoh 1940-an dan 1950-an apabila perjuangan untuk kemerdekaan berlaku dengan bersungguh-sungguh dan semasa PKM menjalani metamorfosis pelbagai perubahan ke arah ideologi dalam objektifnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada belenggu penjajah British.

Tetapi tiada siapa yang tahu apakah tajuk thesis Ramlah Adam dan adalah suatu misteri bagaimana beliau boleh lulus dan mendapat PhDnya.Ah! Kita semua pun pernah dengar tentang istilah 'Professor Kangkong'.

Dr Ranjit Singh Malhi , pengarang buku teks sejarah sehingga 1996, mengakui bahawa buku teks yang digunakan sebagai terlalu Islam dan Melayu-centric, yang mengandungi fakta separuh benar, mempunyai pelbagai kesilapan fakta dan percanggahan, dorongan politik , dan mengandungi pertimbangan nilai.Lihat sini

Fakta-fakta yang telah dimanipulasikan ini perlu diselesaikan dalam bidang akademik.Tetapi malangnya, kebanyakan mereka yang digelar tokoh akademik ini sebenarnya adalah orang politik yang bertopengkan akademik.

Tidak hairanlah dua orang professor ini cepat melatah terhadap kenyataan Mat Sabu yang telah diputar belitkan media perdana.

Walau apa pun, saya tabik pada Mat Sabu kerana berjaya memalukan dua orang professor kangkong ini apabila kenyataan Mat Sabu yang mendakwa Mat Indera seorang pejuang kemerdekaan di sokong oleh sebuah buku biografiPengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini (gambar bawah) terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.


Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman..


Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis biografi ringkas ini ada menyebutkan : Justeru sewajarnya Mat Indera di abadikan namanya sebagai seorang pejuang , bukan seorang petualang. Lihat
 di sini


Photobucket

KERETA TERGANTUNG

on



Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.

Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.

Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.

Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.

Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu.
-Agensi-




Photobucket

ADA YANG MATI...KENAPA...?

on




MUNGKINKAH Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khan menutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri?

Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya?

Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan ‘Sedekah’.

Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan ‘Hilang’ keesokan harinya.

Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan pemberian sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada para tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang),” teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Team Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini.



sabahkini 
Photobucket

RAFIDAH BANTAI SHARIZAT...?

on





Photobucket

BLUEBERRY + 18 JENIS BUAH2AN = JUS MONAVIE

on


Blueberry [beri biru] tidak mahal dan pelbagai guna. Ia adalah antara jenis makanan yang amat baik untuk kesihatan otak. Blueberry mengandungi banyak antioksidan, justeru ia layak sebagai makanan otak. Selain bluberry sayuran hijau dan walnut yang kaya dengan lemak sihat dan vitamin E, serta antioksidan yang melindungi sel-sel otak juga baik untuk peningkatan daya pemikiran.

Ikan, juga adalah pilihan yang baik kerana kuantiti yang tinggi omega 3 asid lemak, yang diketahui dapat membantu meningkatkan daya ingatan dan menggalakkan komunikasi antara sel-sel otak. Flaks dan canola minyak juga kaya dengan omega 3. Telur ayam yang mengandungi omega 3 adalah antara pilihan makanan murah tetapi amat baik untuk otak. Berikan makanan yang mengandungi omega 3 untuk anak-anak anda bagi memastikan kesihatan otak mereka lebih baik.


Photobucket

DANA LUMAYAN UNTUK MP BN...?

on






KUALA LUMPUR, 4 Sept ─ Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan.
BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian.
Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.
Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.
Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan.
“Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing,” kata wakil rakyat itu sambil menambah, “malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi.”
“Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif,” kata sumber itu.
The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000.
“Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu,” kata seorang lagi wakil rakyat.
Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN.
“Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya,” kata pemimpin itu lagi.
Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian.
“Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” - di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil - akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta.
Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri.
Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Janauri lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN.
The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC.
Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos.
Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan ‘kubu’ pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.
Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.




Photobucket

Dokumen risikan dedah kerjasama CIA-Libya

on





WASHINGTON, 4 Sept — Dokumen-dokumen yang ditemui di Tripoli mendedahkan hubungan rapat antara CIA dan perkhidmatan risikan Libya - menunjukkan Amerika Syarikat (AS) telah menghantar suspek-suspek pengganas ke Tripoli untuk disoal siasat meskipun negara itu mempunyai rekod buruk hak asas manusia.
Akhabr New York Times melaporkan, fail-fail yang digunakan antara 2002 dan 2007 — tempoh ketika Moussa Koussa mengetuai Badan Keselamatan Dalaman Libya.
Moussa merupakan menteri luar sehingga baru-baru ini dan telah melarikan diri ke Britain pada 30 Mac ketika kebangkitan rakyat menentang Muammar Gaddafi.
Ia juga mendedahkan bahawa dokumen-dokumen itu termasuk fail dalam bahasa Inggeris berkaitan CIA dan agensi risikan Britain MI-6 ditemui Jumaat lalu di pejabat bekas ketua risikan Libya oleh wartawan dan pertubuhan Human Rights Watch.
Akhbar itu berkata mustahil untuk menentukan kesahihan dokumen-dokumen itu tetapi kandungannya kelihatan konsisten dengan dakwaan yang diketahui umum mengenai langkah AS memindahkan suspek pengganas ke luar negara bagi tujuan soal siasat, yang wujud sejak pentadbiran bekas Presiden George W. Bush.
Malah juga diketahui, khidmat risikan Barat mula bekerjasama dengan Libya selepas Muammar menggugurkan program mengeluarkan senjata bukan konvensional pada 2004.
Bagaimanapun fail-fail itu menunjukkan kerjasama dengan CIA dan MI-6 lebih mendalam daripada dijangkakan, demikian menurut laporan itu.
Satu dokumen menunjukkan ucapan disediakan oleh AS, di mana Muammar mengecam penggunaan senjata bukan konvensional manakala satu lagi fail menunjukkan MI-6 bersedia untuk mengesan nombor-nombor telefon bagi Libya. — Reuters



Photobucket

LAMBAT SANGAT NAK JADI PEMBANGKANG

on




http://sandakan.files.wordpress.com/2009/11/bn-flag.jpg


Jelas, pilihanrayua semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.

Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan UMNO khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.


 Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek ia itu 3 tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya 3 tahun 8 bulan juga.

Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara.

Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini.

Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya UMNO, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu meng-komuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi UMNO untuk mengurangkan pengaruh PAS. UMNO tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu UMNO mengambil jalan dengan cara ‘discredit’ pembangkang dan pemimpinnya.

Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada UMNO dan BN. Isu ‘Mat Sabu dan komunis’ yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh UMNO untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini.

Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh UMNO merupakan isu yang ‘counter productive’ kepada BN dan UMNO. Semua isu yang dimainkan oleh UMNO akhir-akhir ini merupakan isu yang ‘self defeating’ bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi UMNO terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri.

Rata-rata orang ramai berpendapat yang UMNO tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang UMNO anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.

Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh UMNO untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, UMNO sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti UMNO yang ada pada hari ini.

Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan UMNO dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini.

Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang ber intregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya UMNO.

Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infra struktor dilaksanakan secara ‘negotiated tender’ yang begitu maha untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.

Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu.

Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara ‘transparent’ tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama.. Contohnya banyak kotraktor Bumiputra berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu.

Di sebaliknya UMNO yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunaka isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor bumiputra tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu.

Saya pernah menulis yang UMNO itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja.

Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini.

Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan ‘accessibility’ yang seadil-adilnya kepada semua pihak.

Yangt terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar ‘organic’ dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut.

Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil ‘attribute’ parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian.

Tindakan defensif sambil menyerang secara ‘offensive’ yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama?

Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Ramai juga rakyat yang mahu melihat UMNO duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing.

Biarlah pihak lain pula mengambil giliran untuk memangkah.



Photobucket

Anti Komunis, Tetapi Berasmara dengan Parti Komunis China

on



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkd1_CnXK6kXABHrIHssTwUb5XfkPhInZIlKCd4x9kGJyRfHJGYCAWzSkAqftgmF1-pr2j_OwX3MSkUayfgr-rs7V7AhrWqNz1Uq2Yfd7L0AE_jRkJuYVEGjaCYWgKqtnm4VvHOd1R1Agr/s400/Communists+UMNO.jpg



Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina. Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.


Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit?

Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur.
Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.

Inilah sikap hipokrit umno dalam apa jua isu. Isu Palestin umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun. Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh Pas menyokong komunis. Orang pekak dan buta pun tersenyum apabila umno menuduh Pas sokong komunis.

Tidak ada rekod Pas berbaik dengan komunis. Sedangkan umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.
Pemimpin umno juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis. Namun kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh Pas.

Ucapan Tuan Haji Mohd Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor, kenaikan harga barang keperluan harian.


http://idrisahmad.wordpress.com/

Photobucket

TAMBAH LE LAGI KERUSI DUN

on


bung mokhtar parliament 080708 02

Cadangan mewujudkan kerusi baru bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat, kata ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Menurut beliau ia mampu membantu mempercepatkan lagi pembangunan di negeri ini yang mempunyai keluasan yang besar serta membantu kepada penyampaian dan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat terutama penyediaan kemudahan asas.

Pewujudan kerusi baru itu tidak seharusnya dilihat sebagai agenda untuk memenangi pilihan raya umum akan datang tetapi apa yang penting adalah pembangunan rakyat dapat ditingkatkan, katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Umno Bahagian Kinabatangan di Sandakan, hari ini.

Beliau berkata perbincangan semua pihak berhubung perkara tersebut perlu dalam memastikan pewujudan kerusi baru di sesuatu kawasan tidak disalah erti oleh sesetengah pihak.

Bung Moktar berkata mengambil contoh di kawasan beliau sendiri iaitu Kinabatangan yang mana keluasannya sama seperti negeri Pahang dan hanya mempunyai dua kawasan DUN iaitu Sukau dan Kuamut serta satu Parlimen iaitu Kinabatangan.

Katanya sudah semestinya dengan keluasan Parlimen Kinabatangan memerlukan satu kerusi DUN tambahan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa terbela selaras dengan kapasitinya.

- Bernama

Photobucket

Misteri Batu Terbang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad

on

Batu Terbang, batu isra' mi'raj, batu melayang, batu gantung, atau batu ajaib yang ternyata palsu dan merupakan hasil manipulasi atau rekayasa gambar



Ada yang menyebutnya sebagai batu terbang atau batu gantung. Ada yang menyebutkan sebagai batu pijakan Nabi Muhammad saat akan mi'raj ke langit. Sang batu ingin ikut terbang ke langit, tetapi dilarang oleh nabi, sehingga berhenti dalam posisi melayang hingga sekarang.
Banyak yang percaya begitu saja gambar dan cerita tersebut. Tetapi tak sedikit juga yang bertanya-tanya. Apakah batu tersebut benar-benar ada? Benarkah itu foto asli?

Setelah beberapa lama mencari-cari kebenaran cerita dan foto tersebut, akhirnya ada kejelasan yang diperoleh dari forum diskusi berbahasa arab. Ternyata foto batu ini sudah tersebar jauh dan juga menimbulkan 'kehebohan' di antara mereka. Jika dalam versi indonesia, embel-embel ceritanya adalah tentang kisah isra' mi'raj di atas, maka dalam forum berbahasa arab itu cerita pengiringnya berbeda. Tidak mengenai isra mi'raj. Di situ diceritakan bahwa batu ini berasal dari wilayah Al Hasa atau Al Ahsa (bukan Al Aqsa), di bagian timur Arab Saudi, di sebuah desa bernama Al Tuwaitsir (Lihat foto-foto wilayah ini di Panoramio). Sang batu, konon ceritanya, tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm di suatu hari di bulan April, tanpa sebab yang jelas.

Seorang anggota forum tersebut menanggapi dengan menyatakan bahwa ia hidup di wilayah tersebut dan tidak pernah melihat ada batu yang terbang melayang (lihat juga komentar dari orang-orang yang tinggal di wilyah ini dari artikel berbahasa inggris: the mistery of floating rock di sini). Ia pun kemudian memberikan foto-foto batu yang dimaksud. Dan ternyata, memang batu tersebut ada, namun mempunyai penyangga di bawahnya. Foto asli batu tersebut menunjukkan bahwa memang batu tersebut cukup unik. Dan dengan mengambil sudut pemotretan yang tepat, dilanjutkan dengan manipulasi hasil pemotretan dengan photoshop atau program pengolah gambar lainnya, orang dengan mudah menghilangkan penyangga tersebut untuk memberi kesan sebagai batu yang melayang di udara.
Berikut adalah foto-foto batu asli dari berbagai sudut pengambilan gambar:


Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.Foto asli dari batu yang disebut sebagai batu terbang atau batu melayang. Ternyata batu tersebut mempunyai penyangga di bawahnya.
Ada juga referensi mengenai batu terbang ini di flickr

Beberapa keraguan lain mengenai cerita batu terbang

  1. Gambar batu terbang tersebut 'too good to be true', terlalu aneh untuk dipercaya. Ia melayang, ia terletak di tempat terbuka, dan dekat perumahan (lihat foto mobil, rumah, kabel listrik). Artinya, banyak orang akan menyaksikannya jika itu benar. Berita dari mulut ke mulut akan mengundang banyak orang, kru televisi, koran, dan radio tentu akan meliput dan menerbitkan gambar dan cerita batu terbang tersebut. Namun kenyataannya? Hanya ada satu jenis foto dengan keterangan samar tentang apa dan di mana batu tersebut.
  2. Cerita tentang batu yang ingin terbang mengikuti nabi Muhammad juga kurang jelas asal-usul dan sandaran haditsnyaAdakah hadits shahih atau sumber terpercaya lainnya tentang peristiwa ini? Jika ada yang tahu, mohon saya diberitahu melalui formulir komentar di bawah.
  3. Sebagian orang menunjuk kepada bagian bawah dari gambar batu melayang, di bawah batu, di dalam bayangan. Mereka melihat dalam gambar yang lebih besar, berresolusi lebih tinggi, adanya tanda-tanda manipulasi. Ada yang dihapus pada bagian tersebut.

Bukti Kepalsuan Batu Terbang dalam Video

Lihat Video

Bagaimana dengan batu yang merupakan pijakan Nabi saat ber-isra'mi'raj?



Foto asli dari batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat ber-Isra' Mi'raj.Di samping ini adalah gambar batu tersebut, tampak atas. Batu ini sama sekali berbeda dengan gambar batu di atas! Batu yang ini asli.
Ia berada di Yerusalem, Palestina di wilayah Haram al Quds al Sharif. Batu inilah yang dilindungi dengan bangunan yang kita kenal sebagai simbol Palestina, yaitu Masjid berkubah Emas, Dome of the Rock, atau Qubah al Shakhra atau masjid Kubah Batu. Apakah batu ini melayang? Wallahua'lam. (Lihat juga Gambar adanya gua di bawah batu ini.)
Jadi, semoga kita tidak terburu-buru percaya dengan cerita-cerita heboh, ajaib, yang diembel-embeli dengan kisah-kisah islami atau dihubungkan dengan kekuasaan Allah.
Jangankan cuma batu sebesar itu, Allah pun berkuasa untuk mengangkat bukit Thursina ketika mengambil sumpah kepada kaum Yahudi. Tetapi, kalau memang batu tersebut tidak melayang, tidak terbang, dan ternyata merupakan hasil manipulasi foto belaka, apakah kita akan tetap menyebarkan foto-foto tersebut? Apalagi kisah sang batu yang ingin ikut Nabi ke langit tersebut juga tidak jelas sumbernya.

Semoga halaman ini bermanfaat untuk kebenaran.


Photobucket

Gunung sebagai Pasak - Keajaiban Ilmiah Al Qur'an

on


Gambar 8. Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak, memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. (Anatomy of the Earth, Cailleux, hal. 220)
Bagan potongan melintang. Gunung-gunung, sebagaimana pasak,
memiliki akar yang menghunjam di bawah tanah. 

Gambar 7. Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah. (Earth, Press dan Siever, hal. 413)
Gunung-gunung memiliki akar yang dalam di bawah permukaan tanah.


Sebuah buku berjudul Earth adalah buku pegangan rujukan di banyak universitas di seluruh dunia. Salah seorang pengarangnya adalah Profesor Emeritus Frank Press. Ia adalah Penasehat Ilmu Pengetahuan dari mantan Presiden Amerika Jimmy Carter dan selama 12 tahun menjadi presiden dari National Academy of Sciences, Washington, DC. Buku tersebut menyatakan bahwa gunung-gunung mempunyai akar di bawah mereka. Akar ini menghunjam dalam, sehingga seolah gunung-gunung mempunyai bentuk bagaikan pasak (lihat gambar 7 dan 8).
Beginilah Al Qur'an menjelaskan tentang gunung-gunung. Allah berfirman:

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak? (An Naba', 78: 6-7)
Ilmu bumi moderen telah membuktikan bahwa gunung-gunung memiliki akar di dalam tanah dan akar ini dapat mencapai kedalaman yang berlipat dari ketinggian mereka di atas permukaan tanah. Jadi, kata yang paling tepat untuk menggambarkan gunung-gunung berdasarkan informasi ini adalah kata "pasak" karena bagian terbesar dari sebuah pasak tersembunyi di dalam tanah. Pengetahuan semacam ini, tentang gunung-gunung yang memiliki akar yang dalam, baru diperkenalkan di paruh kedua dari abad ke-19.
Sebagaimana pasak yang digunakan untuk menahan atau mencencang sesuatu agar kokoh, gunung-gunung juga memiliki fungsi penting dalam menyetabilkan kerak bumi. Mereka mencegah goyahnya tanah. Allah berfirman:

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. (An Nahl, 16:15)
Maha Benar Allah yang Maha Agung.



Photobucket

Bukit 'Budha'

on



Dengan sedikit imaginasi dan kemampuan olah foto, jadilah 'Kepala Sang Budha' menjadi 'bukti' kebesaran Allah



Gambar semacam ini (kolom sebelah kiri, di bawah) sudah sejak lama beredar di internet melalui berbagai mailing list tempat berdiskusi kaum muslimin. Dan gambar ini (beserta beberapa yang lain) dijadikan sebagai 'bukti' kebesaran Allah.
Mm... lagian apa hubungannya 'Sang Budha' dengan kebesaran Allah atau kebenaran Islam???


Gambar dan keterangan gambar yang beredar
Gambar yang diklaim sebagai bukti kebesaran Allah. Sebuah bukit yang ketika diputar 90 derajat menampilkan wajah manusia - Sang Budha!
Gambar dan keterangan gambar dari saya
Gambar asli adalah sebuah bukit di obyek wisata Machu Pichu, Peru. Gambar telah dimanipulasi untuk lebih menunjukkan kemiripan dengan wajah manusia. Dalam hal ini Sang Budha


Perhatikan, bagaimana 'orang yang memanipulasi' gambar di sebelah kiri, menambahkan bentukan mata dan mulut. Lihat pula bagaimana sisi kiri dari bukit utama 'dipendekkan' untuk memberi kesan bentukan 'hidung'.
Tentunya tidak layak kita memakai sesuatu yang dipalsukan sebagai bukti kebesaran Allah.
Berikut ini adalah beberapa gambar wilayah wisata Machu-Picchu jika dilihat dari sisi lain

gambar wilayah machu picchu dari sisi lain gambar wilayah machu picchu dari sisi lain gambar wilayah machu picchu dari sisi lain

Atau silakan lihat di Google tentang gambar wilayah ini yang bersumber dari berbagai pihak.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List