Pendedahan Wikileaks Kes Pembunuhan Altantuya......???

on Dec 12, 2010



 Prime Minister Datuk Seri Najib Razak declined to meet the press twice today amid a brewing political storm raised by a WikiLeaks’ expose. Malaysia’s improved ties with Singapore could be in jeopardy after the republic’s senior government officials reportedly said “Malaysia’s decline” is fuelled by incompetent politicians.

These officials were also less than complimentary about Malaysia’s prime ministers, past and present, with one of them calling Najib “an opportunist”. 


The comments made in November 2008 when Najib was deputy prime minister is said to be contained in leaked US State Department cables and are likely to put pressure on the rollercoaster relations which both countries have had over decades.

They also noted that the sodomy charges facing Datuk Seri Anwar Ibrahim — Najib’s political rival — were a “set-up job” but the opposition leader had walked right into it.
The PM (picture) had two public functions today but failed to use the opportunities to immediately take control of the issues.

He was scheduled to speak at a news conference earlier this morning after closing the Ikatan Hati Warga Felda Carnival — next to the Palace of Justice in Putrajaya — but called it off at the last minute.

“Sorry, no pc,” his press secretary told waiting reporters.

No explanation was given.

A request from reporters at the sidelines at his second public appearance in the Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) to launch a biography on recently retired MIC chief Datuk Seri S. Samy Vellu was similarly rejected.

“No press conference today,” said another of Najib’s press secretaries on duty.
The aide who did not want to be named said the PM had already spoken at the Felda event and added he does not usually speak to reporters after the first event.

The cables, obtained by WikiLeaks and published in The Sunday Age, disclose discussions between senior US officials and their Singapore counterparts Peter Ho, Bilahari Kausikan and Tommy Koh.
All three Singaporeans gave damning assessments of Malaysia. The discussions between the Singaporean and US officials took place in 2008 and 2009 when Najib was the deputy prime minister.

In September 2008, Kausikan, a senior foreign affairs official, told the US Deputy Secretary of Defense for East Asia David Sedney that the “situation in neighbouring Malaysia is confused and dangerous”, fuelled by “a distinct possibility of racial conflict” that could see ethnic Chinese “flee” Malaysia and “overwhelm” Singapore.

“A lack of competent leadership is a real problem for Malaysia,” said Kausikan, citing the need for Najib to prevail politically in order to avoid prosecution in connection with the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu.

“Najib has his neck on the line in connection with a high-profile murder case,” noted Kausikan.
A few months earlier, Peter Ho told another US official: “The political knives will be out for Abdullah (Ahmad Badawi’s) son-in-law, Khairy Jamaluddin, whom nobody likes because he got where he is through family ties...”

Khairy is now the Umno Youth chief but has not been given an administrative post in Najib’s government despite being seen as one of the shrewder politicians in the country.

“As for Najib Razak, he is an opportunist. Although he has not been critical of Singapore, he will not hesitate to go in that direction if it is expedient for him to do so. Najib’s political fortunes continue to be haunted by the murder scandal,” Ho had reportedly said.
Ho, 56, was head of Singapore’s civil service, until he retired on August 31 this year. He is now a senior advisor to the Centre for Strategic Futures that he had help set up to strengthen its public sector.

Kausikan was recently promoted one step to permanent secretary in the foreign affairs ministry on September 1.

Koh, 73, is special advisor to the Institute of Policy Studies. A law professor at the National University of Singapore, he is also the island republic’s ambassador-at-large and was part of the legal team representing Singapore in the Pedra Branca dispute case with Malaysia.
The leaked cables will give ammunition to hawks in the Malaysian government and Umno who believe that it is unproductive to have good relations with Singapore, whom they describe as calculative and condescending.

The Najib Administration has attempted to keep the relationship on an even keel and even untangled a long-standing dispute over Malaysian-owned railway land in the republic.

This breakthrough was made despite opposition by some quarters in the ruling party.

Both governments have agreed to set up a joint-venture company by December 31 to develop land parcels swapped for the prized railway land that cuts through the island sta PM mum on WikiLeaks’ expose 

PAK HABIB DAKWA NAFSU SEKS SITI AISHAH DIKUNCI !!!

on


"You kena tanya bapa Aishah kenapa dia kunci pintu dan kunci nafsu anaknya."


Itu kenyataan bapa Syed Abdullah atau Uncleseekers. Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib. Pak Habib menjawab soalan yang ditujukan wartawan mengenai kisah cinta anaknya bersama bekas Permaisuri Agung, Siti Aishah.



Pak Habib dalam kenyataannya tidak pernah menghalang cinta anaknya itu kerana menganggap anaknya sudah mampu membuat keputusannya sendiri. Beliau juga mempersoal tindakan media menyalahkan anaknya itu sedangkan Siti Aishah yang mencari anaknya.

Malah, Pak Habib menyalahkan bapa Siti Aishah, Dato' Seri Abdul Rahman sebagai tulang belakang permasalahan ini kerana terlalu mengawal anak perempuannya yang dahagakan suami. Bapa Siti Aishah dakwanya tidak wajar menghalang cinta Siti Aishah dengan mana2 individu kerana anaknya masih muda dan cantik. Sewajarnya Siti Aishah diberi peluang kedua untuk mendirikan rumah tangga bersama teman pilihannya.

Pak Habib juga berasa pelik dengan tindakan sesetengah pihak yang menyumpah tindakan anaknya hanya menceritakan kisah hidupnya bersama bekas Permaisuri Agung. Beliau mendakwa, itu merupakan hak anaknya untuk menentukan masa depannya dan setiap manusia dianugerah perasaan kasih sayang dan cinta tanpa mengira darjat dan pangkat.

Uncleseekers sebelum ini digambarkan seolah2 melarikan Siti Aishah dari keluarganya walhal cinta mereka dikatakan amat telus dan direstui ibu Siti Aishah. Sebelum ini Siti Aishah telah menfailkan saman terhadap Uncleseekers kerana telah mengaibkan beliau.

Skandal Timbalan Menteri dengan Pegawai Khas PM

on

Skandal Janda Beranak Lima Menghancurkan Harapan UMNO Selangor !!








Krisis dan skandal dalam UMNO akan menjejaskan peluang parti mencapai sasaran mendapat semula 2/3 kerusi dalam parlimen. Semua orang tahu dan sedar ini tetapi kerana keinginan peribadi lebih diutamakan maka kerosakan yang akan terjadi kerana krisis begini tetap disampingkan.

Selangor antara negeri yang begitu hebat dalam permainan sepak terajang politiknya tidak pernah sunyi dari skandal dan krisis. Kerana itulah Selangor tumbang kepada pihak lawan. Kalah bukan kerana musuh itu kuat, tatpi kalah kerana kita terlalu lemah dan berpecah-belah. Setiap MB yang naik tentu ada saja pihak yang menariknya kebawah dan menjatuhkannya.

Terkini, kisah yang berkaitan dengan bekas MB Selangor. Ada juga hubungkait dengan 'Janda Beanak Lima' Uikkttt!! Hebat tu! Aku ingat hebat sangat kisah dengan janda beranak dua, rupanya ini kisah yang lebih hebat. Bacalah sebahagiannya dibawah ini;

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Untuk bacaan seterusnya sila (KLIK SINI) ke blog Jelapang. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata!

****************************************************
Dan lihat berita berkaitan dari blog pro-UMNO di bawah;
 
 
Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, Janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.
 
Baca sini  dan Sini

Isu Uncle Seekers : Bila Hujan Adalah Air Mata......!!!

on





Saya sebenarnya malas nak membicarakan isu cinta antara Uncle Seekers dengan Bekas Permaisuri Agong dalam blog ini. Bagi saya, cerita-cerita sebeginilah yang sebenarnya merosakkan pemikiran generasi muda. Saya secara peribadi tidak menyalahkan Uncle Seekers 100% dalam isu ini - agak tidak adil, masakan Uncle Seekers bertepuk sebelah tangan, sekiranya ia tidak disambut. Pada pandangan saya, kesalahan juga seharusnya diletakkan di bahu Cik Puan Aisyah yang sangat "bebas" bermesra dan bergambar dengan lelaki yang jelas bukan mahramnya.

Inilah yang seharusnya kita ambil perhatian serius. Hubungan yang sangat intim antara Cik Puan Aisyah dengan Uncle Seekers didedahkan melalui gambar yang diambil dengan rela hati dan sama sekali tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa pun. Pada saya inilah pokok atau asas permasalahan yang sebenarnya sedang berlaku. Cik Puan Aisyah tidak mampu mengawal pergaulannya - sehingga mudah diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak tahu erti dosa dan pahala. Lantas, keikhlasan Cik Puan Aisyah dimanipulasi demi mendapatkan publisiti dan nama. Malangnya - keikhlasan Cik Puan Aisyah dalam membuktikan cintanya terhadap Uncle Seekers telah "dijual" dengan harga yang sangat murah kepada khalayak ramai - maka bermarajalelalah fitnah dan air mata.

Kedua-dua insan tersebut tetap bersalah - yang satu mengambil kesempatan dan yang satu lagi pula tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam pergaulan - maka lahirlah syaitan untuk merosakkan segala-galanya. Yang menyedihkan - isu ini menjadi tontonan remaja dan pemudi kita, ia bakal ditiru dan dijadikan asas kepada generasi muda bagaimana seorang bekas Permaisuri Agong yang dahulunya cukup dihormati kerana bertudung dan berakhlak mulia - kini sudah mula dipertikai dan tidak lagi bisa dijadikan contoh kepada anak-anak muda kita. Sesungguhnya, akhlak muda-mudi semakin hancur lantaran terlalu banyak disajikan dengan cerita-cerita sebegini. Wallahualam.

SAIFUDDIN NASUTION JAWAB........???

on

LAPORAN SYDNEY MORNING HERALD DAN KANDUNGAN KABEL DIPLOMATIK SINGAPURA:
KEADILAN MENOLAK PENDAPAT PERIBADI YANG DISENSASIKAN



KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho
Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh
Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
12 DISEMBER 2010

IBARAT SEGELAS MINUMAN SEGAR, JANGAN TUMPAHKAN MINUMAN ITU.

on




























SATU - Ibarat segelas minuman segar yang sedia untuk diminum, konvenseyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di Pulau Pinang memang tepat pada masanya. Jika minuman itu kurang manis, tambahkan pemanisnya; jika kurang segar, tambahkan air batunya. Paling penting, minuman itu hendaklah berkhasiat dan menyegarkan.
Jika BN adalah segelas minuman, ia bukan lagi minuman berkhasiat dan menyegarkan. Minuman itu sudah dimasuki lipas, berbau hapak dan membahayakan jika diminum.


Walau pun ada pihak yang cuba untuk memaniskan minuman itu, ia sudah menjadi terlalu manis sehingga memudaratkan. Jika ia ingin disegarkan, minuman itu sudah terlebih ais sehingga memeritkan tekak jika diminum.
Paling sesuai, tuang sahaja minuman itu. Tapi awas, jangan dituang sebarangan. Jika dituang diperdu pokok bunga, mungkin beberapa hari selepasnya pokok bunga itu akan layu. Adakah cara lain untuk memanfaatkan air itu?

DUA – Sangat diharapkan supaya konvensyen PR yang bakal diadakan mampu menjernihkan pemikiran dan tanggapan sebahagian orang PAS yang masih terikat dengan cara berfikir ala Umno. Sebahagian kecil golongan ini yang bersemangat Islam, namun gagal menghayati ruh Islam dan perjuangan PAS masa kini.

Pertama, ada kumpulan tertentu yang masih menganggap PAS terkeluar dari landasan jika tidak melaungkan slogan ‘negara Islam’. Baginya, negara Islam itu mesti dilabelkan di merata-rata dengan ‘Negara Islam’. Malaysia tidak jadi negara Islam jika tidak dilakukan begitu.

Kedua, ada yang menganggap PAS tidak Islamik apabila tidak bercakap mengenai hudud. Bagi orang seperti ini, Islam adalah hudud dan hudud adalah Islam. Seolah-olah hudud adalah keseluruhan Islam.

Ketiga, bagi sesetengah orang, setiap sesuatu daripada Islam mesti berlabel Islam. Menamakan negara ini dengan negara kebajikan tidak Islamik, nama yang Islamik ialah negara Islam. Cukai yang dikutip mesti bernama Jizyah. Jika tidak dinamakan Jizyah, ia tidak Islamik walau pun pelaksanaannya adalah sama dengan Jizyah.


Keempat, bagi sesetengah orang, PAS tidak boleh berkawan dengan non Muslim. Mereka mesti dimusuhi dan diperangi. Mereka adalah musuh walau pun mereka tidak memusuhi Islam. Jika PAS berkawan dengan mereka, PAS dikira berkawan dengan musuh Islam.

Kelima, sebahagian yang lain pula berpandangan, Islam hanya untuk orang Islam. Orang bukan Islam tidak boleh ambil tahu pasal Islam, tidak boleh baca al-Quran walau pun terjemahannya. Tindakan itu dikira menghina Islam.





TIGA – Kasihan rakyat Malaysia. Mereka terpaksa menunggu begitu lama untuk mendapat gambaran sebenar mengenai Islam. Mereka terpaksa menunggu sehingga PAS berkawan dengan DAP untuk dapat melihar keindahan Islam.
Sekian lama Umno berkawan dengan MCA dan MIC, mereka hanya nampak Islam ala Umno yang semakin hari semakin lemah dan terpinggir.
Kasihan rakyat Malaysia! Jika kita semua sayangkan Islam dan Malaysia, ayuh bebaskan negara ini daripada Umno Apco BN.

Gara-Gara Iringi Neneknya Menunaikan Fardhu Haji Haji Di Tanah Suci Mekah, Apakah Si Saiful Boleh Mengatakan Dia Di Pihak Yang Benar

on

Berita sensasi yang kini dipaparkan di laman blog pro UMNO pastinya berkenaan"mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dikatakan menunaikan fardhu haji ke Mekah baru-baru ini. Ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya cerita ini kini menjadi hiasan mereka untuk membuktikan bahawa Saiful Bukhari berada di pihak yang benar hanya kerana beliau berani menunaikan haji.
 Soalnya sekarang, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini. Benarkah mereka yang pergi haji bersih dari segalanya?. Sedangkan selama ini kita selalu mendengar mereka yang banyak dosa akan dibalas"tunai" oleh Allah SWT ketika mula-mula menjejakkan kakinya ke Tanah Suci. 
Namun, kenapa itu tidak berlaku kepada Saiful?. Malah, beliau juga khabarnya telah berada betul-betul hampir dengan kaabah. Andainya beliau berdosa, kenapa beliau tidak ditimpa bala?. Inilah yang dihujjahkan oleh puak-puak mereka sekarang. Malah, mereka juga menempelak kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes"liwat II" itu dek kerana beliau tidak berani bersumpah laknat dan kini menunaikan fardhu haji macam Saiful. Sebaliknya Anwar lebih berminat untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Syariah supaya Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi yang sah.

Pergi Haji, Apakah Maknanya Di Pihak Yang Benar

Benarkah Saiful juga ada membuat pengakuan beliau memang benar diliwat ketika di depan Kaabah seperti yang didedahkan mereka?. Saiful dikatakan telah mengaku dia memang diliwat kepada rombongan jemaah haji dari negeri Johor.
 Sudah tentu ada antara mereka yang mengenali beliau selepas membuat pengakuan itu, tambahan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini. Kononnya, dek kerana ragu-ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, maka ada diantara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu. 
Saiful dikatakan menjawab soalan itu dengan mengatakan beliau memang telah diliwat oleh Anwar. Bagi sestengah pihak pengakuan Saiful ini bukanlah sesuatu benda yang pelik dan sesuatu yang baru, tetapi bila diambilkira ia dibuat di Tanah Suci Mekah ketika beliau mengerjakan rukun Islam ke lima itu. Maka kononnya amatlah mustahil segala apa yang menimpanya adalah rekaan semata-mata dan dibayar oleh pihak tertentu sebagai agenda untuk menjatuhkan Anwar. Alasanyan, ramai umat Islam percaya kononnya mereka yang menunaikan haji atau berada di Mekah tidak boleh bercakap sembarangan apatah lagi bercakap bohong. 
Inilah hujjah-hujjah yang dimainkan oleh puak-puak mereka bagi membuktikan Saiful "bercakap benar". Jika inilah alasannya, sungguh mudah untuk kita membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam kes-kes yang lain. Tunaikan haji atau berada di Mekah tidak bermakna seseorang itu benar belaka. Malah, di Mekah sendiri pun ramai umat Islam terutamannya dari negara-negara miskin yang datang ke situ bertujuan untuk mencuri dan sebagainya. Malah, mereka tergamak mencuri di kawasan masjidil haram itu sendiri sebenarnya. Maka, kenapa Allah tidak menurunkan bala kepada mereka jika berpandukan kepada hujjah-hujjah itu tadi?. Malah, jika itu alasannya maka tidak perlulah kes berkenaan dibicarakan di mahkamah seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Cakap Saiful Dan Majlis Fatwa, Mana Satu benar?


Kebenaran tetap kebenaran dan kesalahan tetap satu kesalahan. Namun, Islam juga menuntut keadilan sebenarnya. Sebab itu dalam Islam andai seseorang itu menuduh sesuatu kesalahan seperti liwat, zina dan sebagainya, maka mereka perlu mengemukakan empat orang saksi yang sah dan tidak diragui.
 Malah dalam kes sumpah laknat pula, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kuala Trengganu sebelum itu sudah memutuskan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan selepas kes mahkamah selesai. Malah,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Zahid Hamidi(foto) mengakui perkara itu. Bukan Zahid adalah pemimpin UMNO dan beliau bercakap berasaskan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa. 
Makanya, cakap siapakah yang harus didengar sekarang ini sama ada cakap beberapa kerat penyokong Saiful Bukhari dan UMNO atau punMajlis Fatwa Kebangsaan agaknya Justeru itu, tidak timbul soal Saiful berani bersumpah dan berani pergi haji maka dia tidak melakukan kesalahan. Banyak benda yang dipersoalkan sebenarnya. Antaranya, kenapa Saiful tidak menghebohkan soal pemergiannya ke Tanah Suci kepada media atau di dalam blognya?. Kenapa selepas pergi ke sana baru perkara ini dihebohkan?. Malah, persoalan juga timbul pada gambar beliau dan neneknya yang telah pun disiarkan dalam laman blog peribadi beliau.


Bukti, inilah gambar wanita yang dikata neneknya di"blur"kan itu
Gambar neneknya sengaja di"blur"kan (bulatan kuning) supaya tidak nampak jelas wajah sebenar neneknya itu. Kenapakah ini berlaku?. Apakah Saiful takut neneknya dikenali kerana ramai yang mempunyai gambar asal neneknya itu sebenarnya (akan kami dedahkan). Benarkah wanita yang ditolak atas kerusi roda itu adalah nenek Saiful atau sesiapa sahaja yang dipinjam sekejap untuk tujuan bergambar?. Persoalan juga boleh timbul tentang kenapa Saiful begitu cepat dapat pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah. Siapa yang menguruskannya dan siapa pula yang membiayainya?.
 Sedangkan orang lain menunggu masa yang lama untuk berbuat demikian tiba-tiba Saiful begitu mudah pergi haji dengan pakej Muassasah Tabung Haji. Kuota siapa yang digunakan agaknya. Apakah Saiful boleh dengan mudah masuk nama seperti dia masuk ke rumah PM Najib Razak ketika mengadu diliwat Anwar dulu atau sebaliknya?. Semua ini memusykilkan kita sebenarnya. Malah, ramai juga yang terkejut kenapa Saiful mengikut kumpulan rombongan haji dari negeri Johor dan bukan negeri lain?. Apakah kerana negeri Johor (karat biru dacing) dan yang pergi majoritinya ahli-ahli UMNO maka nama Saiful dimasukkan. Apakah Saiful benar-benar pergi tunaikan fardhu haji seperti yang diperkatakan atau sekadar mengiringi neneknya sahaja. Inilah yang menjadi persoalan!.

Bukti video kenyataan oleh Zahid Hamid tentang isu sumpah mubahalah
[Jika sekadar mengiringi, maka kenapakah awal-awal lagi tidak dihebohkan dalam blognya itu?. Apakah Saiful takut berhadapan dengan ribuan jemaah haji Malaysia ketika beliau mengerjakan ibadat tersebut di sana?. Lantaran itu beliau pergi secara rahsia dengan tujuan untuk membuat promosi dan menaikkan imej Islam pada dirinya. 
Masuk kali ini, sudah beberapa kali beliau menghebahkan perkara sebegini termasuk sumpah laknat, solat tarawih, hitamkan dahinya dan kini tunaikan haji. Apakah rakyat boleh begitu mudah mempercayai adengan ini semata-mata mahu mempercayai yang beliau memang dipihak yang benar. Apapun, rakyat dan umat Islam boleh menilai apa yang berlaku ini dengan menggunakan akal fikiran mereka sendiri. 
Usahlah sebegitu mudah percaya dengan permainan agama untuk memastikan berada di pihak yang benar. Hari ini, ramai golongan agama yang terlibat dengan aktiviti masksiat dan melanggar undang-undang agama itu sendiri. Termasuk terbaru kes yang berlaku kepada pegawai kanan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang(MUIP) yang telah ditangkap khalwat di sebuah hotel dekat Kuantan bari-baru ini. Isu ini sedang kami bongkarkan dan pendedahan eksklusif siapakah yang terbabit akan dibuat dalam masa terdekat ini].

8 Komen :-


Yong said...
Sebenornya pihak pengurus Masjidil haram tak benarkan orang tangkap gambar dekat kaabah, kecuali mungkin orang besar. Ade juga yang degil dan melanggar peraturan ini. Tapi bila kantoi, malu teruk kena marah dek pak arab. Masa Yong pergi haj dulu ade kekawan yang buat gambar dengan background kaabah sebab kesukaran nak ambik gambor. Boleh buat macam2 posing. Lagipun masa musim haji kawasan kaabah sangat pack. Sukar nak posing2. Kebanyakan yang sibuk nak begambor minah dan mamat indon je.
Anonymous said...
Tolong tanya si sifool ni mana dia dapat duit tambang pergi Mekah? Kerja tak ada, apa pun tarak tetapi banyak duit juga mamat ni? Siapa sponsor dia?
Anonymous said...
hanya yg terpilih sj yg dapat ke sana,kalau lu semua masih x pernah ke sana bertenang sb masih x terpilih atau mungkin tk akan terpilih...wallahuaklam.... tokawe
Anonymous said...
Maha besar Allah. Siapalah kita sebagai insan biasa untuk menghakimi sesuatu, yang kalau memang sesuatu itu di luar jangkauan kita. Akan tetapi bukankah kita juga (dengan kudrat kita) ada kewajipan untuk dilaksanakan? Dalam kes Saiful ini, mungkin ada baik dan lebih selamat kalau kita menyedari keterbatasan kita - bahawa yang tahu pasti hanya SAIFUL, ANWAR dan ALLAH. Namun melihat kepada perkembangan terkini, (terlepas bebas daripada sebarang sentimen emosi dan memihak kepada sesiapa), kita jadi keliru - bukan hanya berani, tetapi lebih dari itu, budan Saiful ini nekadnya bukan main lagi mempersendakan hukum agama! Ya kalau dulu dia sanggup bersumpah di Mesjid dan kini berhampiran Kahabah! Peliknya Saiful sanggup berdusta dari Mesjid hingga ke Tanah Suci! Sedangkan pihak yang sebelah lagi terus terkial-kial cuba mengelak daripada pertuduhan (tak mengapa, kita sebut saja KONSPIRASI). Jikalau pemergian Saiful ke Tanah suci itu juga sebahagian konspirasi, maka neneknya juga terlibat sama? Saya penuh yakin bahawa akan ada pihak yang mencemuh dan mngejek lakonan nekad (bukan berani) Saiful ini. Namun saya secara peribadi, dan jauh di lubuk hati yang paling dalam, percaya bahawa hanya Allah yang Maha Besar dan agung saja yang menghakimi.
jemaah bangkit said...
bapak sedara Rasululullah,abu jahal dan abu lahab penduduk tetap mekah.x masuk islampun.demikian jugalah dengan abu talib. pegi mekah bagus.lebih-lebih lagi tuntutan islam mengerjakan haji.tapi kalau x taubat.rugilah.harapan kita kalau ke sana dah insaflah dia.apapun x bermakna pegi haji seseorang tu dah jadi baik.ambik kes abu jahal dan abu lahab tadi
Anonymous said...
Anon 4:44 yang bertuah dan dirahmati Allah, Dekat kampung saya ada seorang tua yang kerjanya hanya kutip ikan kat sawah, dapat punke Tanah Suci demi tuntutan agama. Seorang keluarga terdekat yang tak punya kerja apa, namun demi 'seru' dah tiba, dia sampai juga ke Tanah suci, Alhamdulillah. Mengapa mesti persoalkan siapa sponser Saiful? Jujur ikhlas dan bersihkan hati kita untuk sekadar bertanya, atau ada niat tidak baik bahana ada 'karat' yang bersemayam di hati? Bukan tugas kita untuk menilai 'persen @ peratus' markah ibadat orang. Atau adakah anon 4:44 sudah mendapat 'wahyu' bahawa memang rasa permusuhan dan dendam kesumat itu boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu yang memang halal? Lagi tentang 'sponser', saya yakin Saiful sekeluarga tidak akan menolak malah berbesar hati untuk membantu @ sponser jika Datuk Nik Aziz atau DSAI pula berhasrat untuk ke Tanah Suci. Sesiapa yang nak kutuk aku, ya dipersilakan saja pak.
Anonymous said...
Hehehe bila lagi ada orang nak kutuk ni.. Aku tak kisah coz kutuk mengutuk memang permainan hidup. Dan kita bloggers ni semuanya memang pun kaki kutuk sebab tu kita kena sedia pula untuk kena kutuk. Gila dan gila-gila juga selalu jadi permainan kita. Kenapa? Sebab ada ketikanya kita lebih gila daripada orang gila. Kita selalu main lempar batu sembunyi tangan. Madah berhelah selalu jadi mainan lumrah kita. Akan tetapi jangan lupa bahawa: Yang terkutuk, jahat dan gila itu semua datang daripada kita, kita pelakunya. Dan yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT.
Anonymous said...
Aku ambil kesempatan ini untuk menyuarakan hati aku sebagai manusia yang sama macam Saiful Bukhari. Kita semua ada melakukan kesalahan cuma kesalahan yang kita lakukan tidak sama diantara yang lain. Kalau salah kerana melanggar peraturan dan undang-undang agama atau negara maka ia tetap dipandang sebagai bersalah. Hanya hakim yang tegas dan adil yang mampu membersihkan nama seseorang yang dituduh bersalah. Tapi berbeza dengan mahkamah Malaysia Boleh yang dikatakan wakil tuhan untuk membersihkan doasa para pemimpin BN dan kroninya yang bersalah menjadi manusia suci... Kenapa rasa pelik Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat pergi ke mekkah menunaikan haji...? Apakah dengan adanya gambar seperti berdiri dihadapan kaabah itu maka seluruh rakyat Malayasia terus menukar pandangan kononnya dia berkata benar bahawa dia memang diliwat...? Kenapa kita tidak rasa pelik PM kita yang dituduh terlibat dalam pembunuhan model Altantuya berpusing-pusing dikaabah...? Apakah dengan berpusing hingga pening maka tuduhan itu boleh dilenyapkan tanpa perbicaraan...? Ramai diantara kita terlalu cetek tentang ajaran islam kerana parti pemerintah tidak memberi perhatian terhadap pelajaran agama sebagai pekara yang diutamakan. Mekah dan kaabah bukan tempat orang menunjukkan diri mereka benar atau bersalah. Tempat itu adalah untuk diziarah dan memohon keampunan dari Allah. Saiful Bukhari perlu membuktikan dirinya benar-benar diliwat dimahkamah yang mengutamakan keadilan bukan mahkamah cipta konspirasi "MALAYSIA BOLEH"

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List