Hampir 19 hari tiada kisah di blog kesayangan aku ni. why? satu je sbb, terlalu banyak benda yang terpaksa aku buat sehingga tidak sempat jari2 runcingku ingin menari di keyboard ini..terlalu banyak benda yang mahu di'share' bersama untuk dijadikan renungan mahupun utk rujukan kehidupan masa akan datang..
last entry aku bertarikh 30 sept..mmg tak sempat nak menulis, nak berblogwalking pun tak sempat, kalau citer menarik, aku habiskan jua, kalau tak just pandang tajuk..then blah..huhuhu..mmg tak sempat, cuma kalau blog yang follow mmg aku baca abis..itu beza dgn blog yang aku follow atau yang ada list kat sebelah tu..kalau yang takde dlm list tu...tengok title je la...kekdang penulisan blog ni sama aje...
actually, ada something yang menarik perhatian...semalam, dah petang, aku dpt panggilan..tgk number, tahu la panggilan dr uia, ingatkan my SV..rupa2nya dr IIUM Educare..sekian lama aku register, baru semalam dia tanya aku masih berminat ke blom..dengan lajunya aku jawab tak minat..hehehe..sepatutnya berbasa-basi la dulu, tanya la ada kekosongan ke dan sebagainya kan..ni terus ckp tak minat, sure la org kat sana terus letak kan, dh tak tanya lebih2 kan...
okey la, dulu mmg aku bercita2 nak anto anak kat nursery. perception aku ni satu je, nak anak tu cepat belajar...so kalau nak anto umah bs pun mahu cari yang berpelajaran...tapi mana ada yang berpelajaran nak jadi bs kan..so terkubur macam tu la...
sebab apa aku dah tak fikir kenapa tak nak anto nursery ialah kerana bs tu dah sayang sangat sama sofiya. tak sampai hati la nak amik. lagipun takde benda yang yang aku tak puas..semua ok..so andainya aku buat lari sofiya, apa la mak cik pak cik fikirkan..so daripada buat hati tua mereka resah elisah, biarkan je la...lagipun dgn mak cik pak cik senang, tak berkira. kalau aku amik kul 7 takde la kena harga tambahan macam kalau hantar nursery, lambat sejam 5 ringgit..pernah pak cik tu ngadu kat husband, kalau tak nak bayar pun takpe, janji sofiya dok ngan dia weekdays and aku ngan husband jaga sofiya time weekends je...oh no...walau susah macam mana pun, sofiya anak aku..mst aku yang patut jaga...padahal bukan susah pun jaga sofiya..so easy bak 1,2,3 and A,B,C..
sebenarnya ada baik buruknya hantar anak ke nursery mahupun babysister..dulu aku teringin sangat sofiya kecil2 dah pi school, means hantar nursery, nnt cepat dia bergaul, ada ramai kawan, ada pembelajaran formal..even kat tempat husband pun ada nursery, murah pulak tu, tapi awal2 dulu dah anto ke jiran, jiran pun tak jauh, depan umah je, so bila nak bawa lari rasa berat sangat..lagipun selama penjagaan pak cik mak cik pada sofiya takde lagi benda yang aku tak puas hati...so selagi aku tak pindah umah, mmg kat situ la tempat sofiya, takpun selagi mak cik pak cik bernyawa di situ la tempat sofiya menumpang kasih sementara aku pi kerja...
dulu aku mmg nak bs yang pandai, means ada pendidikan untuk anak-anak ni, tak nak biarkan sofiya tanpa ada pembelajaran..at least one day a word pun jadi lah...tp angan-angan ku berkecai...aku dah tak tahu nak suruh siapa jage sofiya memandangkan mak cik yang janji nak jaga tak kunjung tiba..so nak tak aku tanya la pak cik depan umah..akhirnya dia bersetuju..tapi apapun mak cik ni mmg ada pengalaman jaga baby...dan aku bersyukur, mak cik boleh terima penyusuan susu ibu dan juga pemakaian CD..so jimat la kos susu dan pampers...umah dekat ni, kalau nak handle susu ibu tak susah. aku masukkan dalam botol then masuk dalam tuppwerware..sampai je umah mak cik pak cik, terus tumpang peti ais mak cik pak cik..tak perlu nak beli beg cooler satu lagi ke, nak beli ice pack lagi..bila sofiya nak minum juz rendam dalam air panas...pastu kasi minum..tak perlu mak cik kena bancuh susu ke apa..senang..kalau CD pulak senanag gak, takde la sampai suruh mak cik basuhkan..agaknya itu juga kelebihan bs rather than dgn nursery.. kalau nursery yang mmg ramai..susah juga nak handle especilly bab CD..
apapun mesti ada hikmahnya sofiya dijaga oleh atuk & nenek...sekrg sofiya ada 3 nenek dan 2 atuk...semua org sayang dia..dan dia mmg anak yang manja...suke kan melihat aksi anak yang manja..terlalu happy sehingga kalau ada masalah pun boleh dilupakan seketika...tapi apapun, dalam bab makanan sofiya mmg aku jaga, aku akan bekalkan nasi bubur yang dibuat sendiri, aku masak nasi dgn slow cooker untuk stok seminggu..bangun pagi2, aku akan masak bubur dengan pelbagai rasa, tengok la, ada ikan letak ikan, ada ayam letak ayam, tapi yang penting kena letak sayur, kalau breakfast aku ada masak roti telur, siap potong kecil2, rajin skit buat pasta, letak tomato dan sebagainya..lagipun skrg sofiya mmg suka makan..suap apa je, mst makan..alhamdulillah, harap2 berat dia naik la banyak skit...then tak lupa aku kasi kudapan biskut untuk sofiya..semoga sofiya membesar dengan sihatnya...
ilmu untuk dikongsi: semalam perbincangan tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w, antara makanan kegemaran Nabi selain makanan sunnah seprti madu, kurma adalah labu...sebenarnya labu merupakan makanan untuk otak..so sebab tu digalakkan bagi makan labu kepada anak-anak..kalau org putih, resepi senang sangat, potong labu, tabur garam then bakar..try la...