Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).
Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

1st anniversary

sudah setahun genap usia perkahwinan ku pada ahad lepas..silap terawal pulak..hehehe..isnin lepas..
tp sayang aku tiada idea nak sambut anniversary segempak org lain..maklum la..sejak berdua dan bertiga rasa nak kuar sensorg macm tak independent lagi..mst nak berteman..kalau berteman takleh la beli depan si dia..nnt dia perasan la pulak...

untuk meraikan pertama kali menyambut ulang tahun perkahwinanku..aku pun decide dgn suami untuk meraikan makan di luar..mula2 idea nak makan kat tony roma..ntah btul ke tidak ejaan..nnt aku check semula..tp memandangkan aku dah banyak makan daging masa raya korban tempoh hari ni..so dibatalkan makan kat situ

so aku ngan husband ngan si kecik pi la mid valley..after bersiap2 dalam kul 6 lbh kami bertolak..sampai kat mid valley dlm kul 7 agaknya..baru dpt sambung pg ni setelah penat menulis ptg semalam

ntahlah semalam sofiya tak nak tdo..bila menyusu tak nak tdo..smlm aku buat stok ebm..tp dpt tak sampai 3oz..takat 60 ml lebih..hr ni 2 kali ganda 120 ml..so 4 oz..alhamdulillah..meningkat..kdg2 tak tahu dah nak wat camner nak bg susu naik..alamak dh lari topik..ni la penangan kalu br pump susu..sofiya still tdo lagi..hope dia tdo dengan nyenyaknya..cian kalau dia asyik tak tdo..bila nak besau???
okey sambung pasal anniversary ni..after 8 tahun kawan, akhirnya kami disatukan dalam majlis yang cukup ringkas pada 22 nov 2009..alhamdullillah..sah hubungan kami disisi Islam..dan pada 7.09.2010..maka lahirlah jantung hati kami..

kdg2 rasa sangsi lagi..betul kah aku ader anak..sungguh cepat masa berlalu..terlupa diri ini sudah menjadi isteri dan ibu kepada sofiya yasmin..bila kuar dengan hubby, kekadg aku terlupa yang aku ada anak..
tp alhamdulillah, masa celebrate my 1st anniversary, sofiya join sekali..walaupun dia tak mengerti apa2..harap dia faham..ibu n ayah punyer anniversary..

tp syg, kami tak leh lelama kat mid valley, maklum la bila bawak si kecik yang teramat kecik..br nak masuk 3 months..banyak ragamnya..asyik nak cry je..huhuhu..sudah makan kat the fish manhattan terus balik..nak citer la skit..itu la kali pertama aku makan kat situ..aku ni jenis kalau org tak perkenalkan payah nak makan sendiri..ntah la..aku lebih suka makan food court dr makan fast food restaurant..tp berlainan dengan my hubby..

apapun thanks to my hubby yg kuarkan duit makan kat situ..tiada ungkapan indah yang mampu aku coretkan melainkan 'I LOVE YOU MY HEART'...

Monday, April 12, 2010

cinta aku selepas Allah dan Rasulullah



sudah agak lama aku tidak pulang ke umah menziarahi mak n ayah ku apatah lagi adik2 ku..cadangnya nak balik masa cuti sekolah bln 3 tapi keadaan diriku yang agak lemah membuatkan terpaksa ditunda..tapi rupa-rupanya final ku telah sampai kemuncak..nak tak nak aku kena balik after final exam..namun hubby punye final belum lagi muncul..my hubby bakal exam 24.4 and 5.5..insyaAllah..itu pun kalau tak silap jangkaan ku..'abang, sayang doakan abang berjaya dalam exam ya!'
memandangkan sudah agak lama aku tidak pulang ke umah, maka husband memberi keizinan pada diriku untuk pulang selama 3 bulan..sebenarnya pada mulanya sebulan je..tp slalu cakap nak balik 3 bulan..akhirnya hubby bertolak ansur..padahal main2 je..

bila fikir balik, sanggupkah aku meninggalkan suami selama 3 bulan? tak nak ke dia rasa pergerakkan baby in my belly & di depan matanya? tp apapun benda tu belum berlaku..tak tahu siapa akan tewas dan akan terlalu merindui?? wait n see

apapun tetiba, selepas sehari aku buat buku merah di klinik pandamaran, keesokkannya, my hubby tetiba diserang sakit batu karang, sakit yang ditimpa sejak di uitm segamat dulu..pernah satu sem dia repeat 5 subjek...kerana sakitnya itu..tp alhamdulillah..semua itu kenangan..now my hubby dah berjaya dapatsegulung diploma..dan skrg sedang menyambung ijazah dlm bidang human resource sambil bekerja...sungguh hebat suamiku..siang keje..malam bljr..mudah-mudahan suamiku berjaya tamatkan pelajaran dgn segulung ijazah yang bakal disaksikan oleh bakal anak kami nanti.

risau untuk meninggalkan suami begitu lama selepas tahu batu karang still ada lagi...kecian tgk keadaan suami bila penyakit tu menyerang..siapa nak belai, nak sapu ubat kat pinggangnya nanti...memang aku tak mampu menyembuhnya tp sekurang2nya aku mampu meredakan penyakitnya..'abang, aku terlalu menyayangimu~terima kasih dengan anugerahNya'. bila diri ini cakap siapa yang akan jaga abang kalau sayang tiada disisi Allah, senang jawapannya, "Allah kan ada, Allah jaga abang'

namun begitu, hati kecilku pernah terguris kerana sikapnya..namun aku kena berusaha untuk memahami my husband..bagi dia tak bleh arah dia..setiap aktiviti yang ingin mesti dengan kalimah..'abang, boleh minta tolong....' bukan dengan ' abang, kemas bilik...' itu bukan cara suamiku...mmg banyak yang aku perlu belajar untuk menjadikan rumah tangga kami sewangi bauan limau kasturi..sehebat baitul sakinah...

husbandku, terima kasih kerana sudi menghantar assignment ke uia, tak tahu nak balas dengan apa pertolonganmu itu, aku sungguh kerdil di depan mu suamiku..ini semua sekadar coretan supaya tidak mudah aku lupa pertolonganmu padaku..sentiasa teman dan hantarku ke uia sejak aku pregnant, dulu aku sentiasa naik bas pi uia dan balik dr uia singgah ke officenya di jalan raja abdullah..'terima kasih abang'...bukan terlalu mengagungkan mu wahai suamiku..tp skdr peringatan pada diri ini yang terlalu rapuh ingatannya...semoga hidup abang dalam redha Allah..



buatmu suamiku, Mohamad Syafiq Yasin
kita ditemukan, perkenalan kita melalui dunia maya, dengan tulisan tangan menjadi perhubungan, kita jauh, walaupun aku di uia, kau di uitm, tidak perlu untuk sentiasa jumpa, untuk meluahkan kata-kata rindu dan sayang, namun niat kita satu, biarlah perkenalan kita, berakhir dgn jinjang pelamin, akhirnya kita disatukan, 22/11/2009, dengan walimah yang begitu ringkas, disaksikan kedua-kedua family, cuma ketiadaan ibu, atiq n aiq, tp dgn izin Allah, majlis selamat dalam hujan yang begitu lebat, banjir kecil di rumah menjadi kenangan, selepas di majlis di rumah lelaki, 29/11/09, aku terus daftarkan diri di uia, menjadi pelajar master in mechatronics, kemudian diriku disahkan mengandung, yang akan mengeratkan hubungan kita,

SEMOGA KITA TABAH DAN SABAR MENGHADAPI DUGAAN HIDUP RUMAH TANGGA

Tuesday, December 29, 2009

keindahan itu indah

semalam, hati ini berbisik untuk meng'update'kan my blog..
alhamdulillah sudah hampir satu bulan lebih aku bergelar isteri kepada suamiku...
terlalu banyak untuk aku coretkan...

maafkan diri ini krn jrg menghabiskan masa diblog ini..masa banyak dihabiskan di facebook sahaja..
masyaAllah..

dulu, my blog penuh dengan citer kahwin..tp aku nak tukar topik pulak..selagi ada waktu aku ingin menulis, mencoretkan anything yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk semua termasuk diriku ini...

aku tak nak lalai lagi dengan kehidupan dunia yang sementara..aku cukup kagum dengan anak-anak al-amin, yang dah pandai memblog..menulis dengan kata2 untuk berdakwah because islam is our way..so that's way dakwah adalah kerja kita..bukan kerja orang lain.

sudah 12 muharram 1431, bermakna sudah 12 hari kita di tahun baru, cuma menanti 3 hari lagi untuk tahun baru masihi..apakan azam kita untuk tahun baru hijrah and masihi?? belum ada azam??

masyaAllah..perbetulkan diri kita..ingat kenapa kita dijadikan? sanggup kah kita bertemu pencipta kita dengan tangan kosong..kalau pi rumah orang, pandai pulak untuk kita bawa buah tangan..ini kita dengan Allah...


sempena tahu baru ini, marilah kita sama2 renungkan
i. hubungan kita dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa dan family kita.
ii. Amalan wajib kita..sempurnakah solat kita? puasa macam mana?
iii. Amalan sunat seharian kita? mengaji? solat sunat?
iv. Amalan2 lain: Baca mathurat, puasa sunat, sedekah

Tuesday, October 27, 2009

memory

my friends- student mecha batch 03 2003-2007


di mana kawan2 ku ini? alhamdulillah, among of them masih boleh dicontact lagi..
agak2nya berapa ramai kawan2 ku yang dah kahwin??? agaknya 2/3 dah kahwin dan bakal kahwin kan! memory di uia selama 4 tahun terlalu banyak..but stop about it..

hari ni macam biasa no claz, tapi kena siapkan kerja sampingan..my work hampir siap..cuma aku nak buat test 2 for my DAD student..but i find the question that i ever taip...but takde dalam my hard disk...kerana pen drive hilang so aku pakai la hard disk..hard disk ni pun yang dr laptop first aku beli..dalam tempoh 5 tahun, aku pakai 2 laptop..yang last aku bli tahun 2007 dengan my sen...


okey memandangkan perkahwinan aku hampir tiba, maka aku pun pi la pejabat agama, konon nak amik surat kebenaran nikah then jupe tok kadi..but tak dapat pasal..tak cop lagi..suruh amik hari khamis..hope dapat la..insyaAllah. after pi, try la pi kedai baju yang aku tempah baju tu..tapi tak siap lagi...


yang penting aku dah settle my ptptn..huh..selamat lagi duit ku masuk ke akaun ptptn..sambil tu akan check my akaun tabung haji..wow!!masyuk..berkat kerajianan ku menyimpan...


aku belum pass my card to my officemate..khamis ni la..cadangkan aje...excitednya nak kahwin?? oh tak sabar pulak nak jadi isteri kepada si dia..maklum la dah lama kawan..hope..lepas ni diriku boleh mendidik diriku menjadi isteri solehah..macam2 citer aku citer kat sini..tapi satu pun yang tak menarik..
tentang kahwin..alhamdulillah..macam nak settle...pasal makan..mak yang uruskan..aku hanya urus diri je...semoga pernikahan aku berjalan lancar dan diredhai Allah..insyaAllah.



Tuesday, October 20, 2009

hantaran putih and purple









ini entry about kahwin..nak cakap pasal kahwin ke?? tidak la..
actually ikut hati banyak benda lagi tak settle...tgh pikir nak buat ke tak..
mcam wedding cake..nak buat ke tak?? pening gak pikir jawapan..


okey, hari ni try kuar cari apa yang patut..dok ofis bosan je..
nak pi cuci gambar and settle the other problem like mak andam n so on...
maybe nak pi pejabat agama..hantar borang nikah..
gambar kat atas tu google je daripada zue wedding..(gmbr dh delete)

okey actually my topic nak talk about perkahwinan jauh..suami di utara isteri di selatan..
pernah la aku berbincang dengan my parents pasal ni.
tak tahu kenapa ye i need to discuss about this...


okey maybe banyak benda happen yang berlaku di sekeliling ku..usrah ku mempunyai 5 ahli 
termasuk diriku yang comel ini..3 of us will be married soon..doakan kami semua..so tinggal lagi 2..alhamdulillah.insyaAllah 2 lagi akan menyusul...


okey...dalam kegembiraan kami utnuk berumah tangga, aku diberitahu oleh mak yang one of my mom's friend dah bercerai..on sunday..baru lagi kan!! anak bongsu baru berusia 2 tahun..tp sedih sgt2 kawan mak dah tak leh bersama sebab dah banyak kali dia punyer husband lafazkan cerai...begitu mudah si suami untuk melafazkan talak..tak kesian ke suami kepada anak2 nanti..dengan pendapatan kawan mak yang tak seberapa..macam mana nak sara hidup yer...

x-suaminya memang ader org ketiga..suaminya itu keje offshore atau boleh dikatakan jarang bersama...maklum la keje kat laut..so aku pikir la..bila kahwin isteri kena ikut suami..so berkorban la wahai isteri2 di luar sana..sanggupkah kalian melihat suami berasmara dengan perempuan lain kerana kurangnya kasih sayang dari isteri kerana berjauhan....syaitan sangat suka melihat anak adam bercerai berai...daripada bercerai berai elok la seorang berkorabn demi rumah tangga yang dibina.

di sini saya ada lagi satu kes yang boleh dishare dan dijadikan teladan baik untuk wanita atau lelaki. sebenarnya lelaki ini juga merupakan sahabat mak dan ayah..yang mempunyai fikrah...tp jodoh..Allah yang tentukan..si suami telah memadukan isteri tanpa izin kebenaran..kenapa jadi peristiwa ini? ntah la...
mak dan kawan2 pun lambat tahu peristiwa ni..sehingga la menimbul syak kepada anak2 remaja yang mengikuti satu program ketika dahulu..kahwin tak dihebohkan menimbulkan fitnah..ada adik tu bertanya kenapa kakak tu selalu masuk bilik pak cik tu..rupa2nya pak cik tu dah kahwin dengan kakak tu...
bila kita buat sesuatu tanpa berfikir..ini la yang jadi..bila isterinya tahu dimadukan..sedih la isterinya..lagipun mana ada isteri tak sedih bila dimadukan...dengarnya isterinya minta difasakhkan..ye la..nak kahwin 2 boleh tapi kena ada caranya..isteri yang pertama cantik, pandai. anak pun dah 6 org..


tp satu je kesilapan bila mereka berdua duduk berjauhan..sorang di barat sorang di timur.. sebagai kesimpulan..berkorban la untuk duduk bersama2 suami..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki untuk disayangi..di dampingi..bukan bila kahwin duduk jauh2.......

Monday, October 5, 2009

mesra mall

kembali menulis..
hari isnin...semalam pi kl..alhamdulillah..settle sbhgn my problems..
surat kebenaran nikah dari pihak lelaki..baju nikah untuk dia
skrg just tinggal my turn..
langsir pun hampir siap
td pi mesra mall..ye la semlm tukang jahit, kak yah..bagitahu kain tak cukup..so hari ni pi mesra mall after kelas kul 10 pagi...balik ofis dalam lingkungan 12.30 tgh hari..tp sedih..kain satin tu tak dapat nak bayang kain warna apa..so tak bleh..nak suruh kawan yang duduk di kertih blikan...

so hari ni nak cakap pasal aper yer..sebenarnya i'm fasting..maklum la..mak ayah puasa..so join skli..puasa dah..alhamdulillah..puasa 6 pun dah...

okey, semalam pi kl sempena majlis kahwin nadya...so simple...tapi alhamdulillah..majlis berjalan lancar..just majlis makan dengan jemputan yang cukup sederhana...ramai juga yang pi kenduri nadya..maklum la pasangan pun budak uia...
antara yang hadir shikin, lin, eicha, lina, abby, maslina, alina, nadirah (dah pregnant 4 bulan), skin, liyana rafek dan ramai lagi...

okey la penat pun tak abis lagi..skrg time aku kena bertukus lumus siapkan 4 my wedding yang tak samapi 2 bulan..cuak..cuak

Tuesday, September 1, 2009

kahwin

hari ni nak tulis entry kahwin la..hehehehe..
tp nak tulis aper??
semalam tempat saya tempah kad tu msg bagitahu artwork dah siap..
tp sdh..my map tak dapat dilukis..maklum la kecik sangat gambar..
so pagi2 lagi di ofis, aku pun wat peta by hand..n take picture by se
then submit through my email..
tak sangka mudah sangat zaman sekarang
tp ader la 2 kesilapan..
apa lagi nak coretkan...skrg tunggu si dia siapkan borang pendaftaran kahwin..
bila tgk tarikh tu lambat lagi..tp banyak gak keje perlu settle
* berhenti keja
* buat surat berhenti
* sambung master
* amik IELTS
* kena buat budjet