Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).
Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

indahnya kalau camni


gambar insan google

semalam aku blur skit nak masak juadah berbuka..ikan, daging dr frozen semua takde buat turun..baru 9 hari puasa tp dah blur nak masak apa..sedih tak?? dan selama 9 hari tu, aku berjaya lagi tidak singgah pasar ramadhan, lagipun aku tak tahu kat mana pasar tu..bagus juga kan tak tahu...jimat duit...

okey semalam aku berjaya la masak ikan terubuk masin lemak cili padi dengan sayur kailan..2nd menu ada seperti gambar di atas...ini resepi rekaan ku..(pemerhatian dr adik buat salad telur tu dulu)...

jom memasak bersama aku..

resepi : salad telur
masa memasak: 15-20 minit
makan untuk 4 org

bahan2 utama:
3 biji telur (direbus)
3 biji kentang (dipotong dadu dan digoreng garing)
daun salad - dimayang kecil2
tomato - dipotong dadu

cara membuat:

kuning telur tadi diambil, kemudian dilenyek bersama sedikit cuka..
kemudian telur putih yang direbus dipotong mengikut kesukaan.
masukkan telur putih, daun salad, tomato, kentang dalam mangkuk.
kemudian masukkan telur bancuhan telur kuning tadi dlm mangkuk.
letak garam, thousand island, lada hitam dlm bancuhan di atas..
akhir siap.. nak sedap simpan dlm peti dulu...

senang kan! apabila melihat makanan berwarna-warni ini, maka akan menarik perhatian untuk kita makan..btul tak? tapi adakah kite terpikir bagaimana hubungan kita dengan Allah? bagaimana mahu Allah sayangkan kite?salah satu adalah mesti lah hidup kite perlu warna warni macam makanan, ada pelbagai warna dan perasa..betul tak?

maka dalam persiapan menemui pencipta kita nanti, perlu kita mewarnai kehidupan kite dengan pelbagai warna. tidak hanya cukup menunaikan yang wajib sahaja seperti solat 5 waktu tetapi kite perlu la tambahkan dengan solat sunat, solat tahajjud, solat taubat dan juga solat dhuha. memandangkan sekarang bulan ramadhan, maka kebanyakkan umat Islam puasa..tetapi ada segelintir manusia yang namanya Islam tidak berpuasa, dan ada yang tanpa segan silu tayangkan depan awam yang mereka tidak berpuasa...apabila sudah berjaya puasa ramadhan selama sebulan, apa kata tambah pula dengan puasa syawal 6 hari, puasa sunat hari isnin dan khamis dan juga puasa pada hari2 peristiwa seperti puasa hari arafah dan sebagainya..jangan pulak puasa2 dihari yang dilarang...

maka, sekarang kite tambahkan perasa pula dalam kehidupan kite..kite tambahkan dengan membaca al-quran..jadikan 10 ayat sehari pun takpe, nnt tingkatkan lagi..sbb aku pernah dgr kawan ayah bagi tazkirah, 'sesiapa yang tak membaca al-quran dalam 10 ayat sehari hidupnya sia-sia'..kemudian tambahkan lagi dengan membaca2 buku ilmiah, menghadiri kelas agama, membaca mathurat dan macam2 lagi...ah..bestnya kalau mampu buat semua tu kan!

akhir kata, marilah kite pelbagai amalan ibadat kite seperti mempelbagaikan masakan kita supaya bila kita dapat masuk syurga Allah itu..sesungguhnya kehidupan di syurga sangat-sangat indah yang tidak dapat dicapai  oleh akal manusia.

Tuesday, July 5, 2011

bila rajin, inilah hasilnya


bila rajin, ini la jadinya..bagusnyer aku..puji diri sendiri..
masa blogwalking blog nano nor td, aku jupe la web masak2 ni..tajuk dia sambal taugeh + pucuk paku pakis + kerang..so blogwalking la...tetiba dlm blog tu ada resepi 'puding roti'...tengok2 bahan nak buat cam senang je...

balik2 dr uia, pi kedai bawah umah aku..aku ni dok flat..sure ada kedai2 terdesak kat bawah ni kan..korang mesti tahu kedai terdesak apa kan..kedai2 ni mmg mahal la skit dr harga supermarket macam giant, tesco, carrefour dan econ save.

untuk buat puding ni..semua total adalah 10.60..mahal kan! maklum la bahan2nyer banyak yang takde..yang ada telur dgn susu cair...so dgn pewarna pun 2 ringgit sebotol..aku beli 2 maka 4 ringgit...mahal btul pun pewarna..lepas ni bleh wat makanan warna warni sbb dh ada pewarna...hihihi..mengarut je aku..ok jom terjah bahan2 nak wat puding roti

tajuk : puding roti
masa: 20-30 minit

bahan2:

bahan A : (semua kena masak atas dapur terlebih dahulu)

1 paket agar2
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

bahan B: (Kisar kesemua bahan yang tersenarai ni)

2 biji telur
1 tin susu cair atau 2 cawan santan
1 sudu teh esen vanila
3 keping roti gardenia
3 sudu teh besar susu pekat

setelah bahan A masak, masuk bila agar2 dan cair, maka masukkan bahan B yang dikisar.
kemudian bahagikan 3 bahagian - 1 bahagian hijau, 1 bahagian kuning, 1 bahagian warna asli

kemudian sengetkan sedikit loyang. kemudian selang-selikan masukkan agar tu. sejukkan
dan keras bleh dimakan..sedapnya..Alhamdulillah..

ni 1st time aku buat agar macam pelangi ni..alhamdulillah menjadi..tak macam aku buat kek coklat kukus hari tu..topping tak jadi...so aku dpt 3 bekas..okey..sape2 nak, sila angkat tangan, bleh aku wat amal jariah...
kemudian aku 1st time juga wat kuew teow ladna..tapi tak letak ayam..sbb ayam keras..aku berjaya dptkan ayam organic kat pasar raya metamorf..dkt ngan komuter pantai dalam..alhamdulillah...

sape2 nak try buat la..aku rasa mmg sedap...mmg skrg ni aku rajin skit nak masak kuih muih ni..maklum la kalau nak beli kat kedai pikir banyak kali..maklum la mahal..even pagi tadi aku makan kuew teow dgn begedil daging pun kena 3 ringgit..ni dalam kampus uia..ntah kul berapa kuew teow tu dia masak..sejuk macam dlm peti..makan pun dlm terpaksa mengenangkan 3 ringgit aku dah laburkan..okey.,,mmg tak lama dia tender kat uia tu..aku jamin..sbb jual mahal2 pada student..

Tuesday, May 31, 2011

mahu baking lagi

dalam sibuk cari link coklat sedap..tetiba ada resepi..so aku tampal dulu 
kot2 esok petang bleh buat...

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (saya tambah 1 sb milo -utk lebih sedap)
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji. Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan. 

Sunday, May 29, 2011

tika tiada keje


actually aku mahu merayap di klcc...tp malas nak menyiapkan diri..akhirnya aku melepak diri kat umah..hujung minggu yang bermakna walaupun aku tak ke mana2..

jom tengok aku buat apa tu..aku berjaya buat laksam sendiri..percubaan pertama yang berjaya..okey jom terjah resepi..aku google..ntah kat blog mana..tapi tak salah kalau aku share resepi kat sini..

bahan2 untuk laksam (menu utama)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

cara-cara membuatnya:-
masukkan semua bahan di atas
kacau sehingga sebati
kemudian kukus atas dapur la
cara kukus tu kan senang je kan
sebelum tu sapu skit minyak
supaya senang nak ditanggalkan
kemudian tuangkan 1 senduk adunan
kukus beberapa minit atau sehingga masak
dah masak, angkat
kalau nleh gulung, gulung terus takpe..
akhirnya jadi macam di atas
gulungan dpt dlm 13 keping

kuahnya:-
6 ekor ikan selayang/sardin yang sederhana besar
separuh biji kelapa
2 ulas bawang putih n merah
sedikit lada hitam
garam

cara buatnya:-
rebus ikan
blend ikan atau tumbuk, tp nak senang blend -amik isi saje
masukkan dlm periuk
blend bawang putih n merah
tumbuk lada hitam
masukkan kesemua barang yang di blend ditumbuk dlm periuk
kemudian blend kelapa
amik santan, jangan terlalu cair
lagi banyak ikan lagi sedap
kemudian masuk garam
panaskan atas api pelahan
akhirnya siap dimakan bersama laksam [potong dulu] dn ulam2an..
selamat mencuba

terkejut tau suami aku bila tengok favourite dia..dia minat kuahnyer tu..katanya sedap..bila rajin sudah datang, macam2 bleh masak..

Sunday, May 22, 2011

blueberry cheese tart in the house


 doh diterap guna acuan tart dan digarfukan


setelah dikeluarkan dr oven ada yang macam hangus..


 letak blueberry filling..ada banyak ada skit..untuk makan sendiri


yang ni yang telah diletakkan cream cheese..comot kan..1st time buat





ini la rupe bile masak..banyak giler cheese dgn blueberry kan..ni bisnez..rugikan..

ini lah dia gambar2 cheese tart..1st time aku buat ni..biasa asyik beli je..tp bila blogwalking ramai je yang dok wat cheese tart..so aku try la jugak..takde la susah mana..tp 1st time ni..mmg banyak yang comot la kan..takleh amik order lagi..huhu..perasan tu nak wat bisnez cheese tart..kena perlu more practice ni..baru comel macam org lain..cheese tart aku ni banyak cheese n banyak blueberry..lain kali leh wat lagi..pasal simple je resepinyer..meh sini aku share ngan korang yang nak tahu resepi aku tu..

untuk pastry tart: (kuantiti dlm 30 biji)
100 gram marjerin
200 gram tepung gandum
1 biji telur size B
75 gram gula icing

untuk cheese
200 gram cream cheese (apa2 je jnji cream cheese)
60 gram gula icing
1 biji telur gred B 

cara2 buat:-

senang sangat..untuk pastry..pukul marjerin dgn gula icing..guna senduk pun bleh..kemudian masukkan telur..last sekali masuk tepung gandum..tapi kalu lembik masuk la gandum lagi..biar jadi doh gitu..
apabila jadi doh..sapu marjerin kat acuan...senang skit nak keluarkan tart tu nanti..
pastu amik dok dlm 2 ibu jari..masukkan tengah2 tart..tekan perlahan2 mengelilingi tart..
dah siap tu..guna garfu cucuk kat tapak tart tu
bakar dengan suhu 150 darjah dlm masa 5-10 minit je
sejukkan

untuk cream lak, pukul semua barang, gula, telur dan cream cheese sehingga la smooth..tapi aku tak smooth pun..maybe silap masukkan cream cheese kot..better pukul cream cheese dgn gula dulu...kemudian masukkan blueberry dlm acuan tart yang sejuk..pastu masukkan cream cheese..masukkan banyak blueberry filling baru sedap..pastu bakar dlm 5 minit atau sehingga cream cheese betul2 kekuningan..akhirnya siap dimakan..


tak sia2 after balik dr taman burung, aku ajak cik husband singgah kat kedai jual barang kek kat kl..lorong haji taib..pada mulanya cik husband tak nak pi..maklum la ada perasmian citrawarna kat area padang merdeka..sure sesak jalan tu..tp aku ckp la lalu je jalan raja laut..kalau sesak tak pyh singgah kat kedai kek yen..kalau tak silap la nama kedai kek tu..


1st time masuk kedai tu terkejut beruk aku..ramai btul org dtg membeli..aku ni macam jakun..semua nak beli..1st aku tengok sarung tart tu..ala acuan tart tu..murah giler kat kedai tu...aku beli kat dungun 10 keping 10 ringgit..kat kedai kek tu..dalam 30 kot atau lebih..baru 8 ringgit..huhu..kalau aku nak wat bisnez aku beli la..buat masa ni aku guna yang ada...ramai yang dtg tu beli borong..kan aku beli banyak2 tak jadi lak bakeri aku..ni kan permulaan...


1st aku cari la blueberry filling..fuih semua besar2..nak tak nak beli yang kecik dulu..kan hangat taik ayam je nak wat cheese tart tu..lepas ni bleh la wat muffin lak..senang je nk cari kedai tu..kalau aku balik dr uia leh singgah jap b4 naik keter ngan cik husband...dlm list ni aku nak belajar wat muffin walnut ngan badan..sedap kan..tunggu aku cari resipi baru bleh wat muffin lak..hehehe..tangan tgh menggatal mahu berbakeri...nasib la badan ni rajin skit ke dapur..hope sofiya camtu la..maklum la sambil wat cheese tart tadi pun, sofiya dok dlm walker..membebel je keje dia sambil tgk aku tekun wat cheese tart tu...


apapun bersyukur kepada Allah yang membuka hati ni mahu berbakeri..ini semua kerana izinNya..begitu juga dgn suamiku..semua izin Allah yang membuka hatinya nk cari kedai kek tu...thanks cik husband yer..nnt bleh pi lagi..kalau ngan ofis husband dekat bebenor dah tu..

Thursday, April 21, 2011

semudah 1,2,3


sambil tgk citer SAHARA update blog. kali ni nak share sarapan pagi atau minum petang semudah 1,2,3. janji semua barang ada.

jom tengok lanakah2nya

STEP 1: celup roti gardenia dlm telur yang sudah dipukul + garam




step 2. Salut roti tadi dgn bread crumbs



step 3: goreng. better guna olive oil..nak sihat kan!!!




step 4: letak burger atau daging seperti kat bawah




step 5: letak cheese


step 6: kapitkan dgn roti lagi satu..makna 2 org mst goreng 4 keping roti




step 7: potong segi tiga..biar berseni skit



step 8: akhirnya jadi camni..boleh dibawa bekal ke uia atau office

Monday, March 28, 2011

bekal pi uia




















semua gambar2 tu aku amik kat google yer..so gambar masakan aku tak sempat nak snap..malas nak buka kamera pepagi..


okey hari ni aku buat sesimple makanan untuk dibawa bekal ke uia..dah seminggu tak bawak..sbb nyer tak tahu nak masak apa..asal masak masakan malam, sure sekali hadap je..so smlm aku pun cakap la kat hubby nak buat roti burger..okey jom tinjau bahan2nyer


BAHAN2:-


4 keping roti gardenia (utk 2 org dan 1 satu tupperware)
1 biji telur ayam
serbuk roti (colour putih tu)
minyak untuk goreng roti
2 keping burger ayam
2 keping cheese


CARA2 MEMBUATNYA


1.simple2 je..pukul telur terlebih dahulu
2. celup roti
3. kemudian celup dlm serbuk roti..goreng hingga kuning
4. angkat dan toskan
5. goreng burger..letak lada hitam skit
6. angkat then letak burger atas roti..then letak cheese
7. kepitkan dan potong berbentuk setiga..


siap...boleh letak dlm tupperware..tak perlu sos tomato, sayur2..sbb nak cepat siap..10 mint siap..boleh diamalkan selalu..

Friday, June 18, 2010

sedih, nak cry pun ada


makanan oh makanan..lapar ni

hahaha..di kala ini aku keseorangan melayan diri..sedih la..ada peneman..tp tidur..agaknya tak sihat..tp mmg la semua org letih..kadang2 tak tahu nak luahkan kat siapa penderitaan ini..ntah la..perut pun lapar..tp siapa yang kecian kat aku..takpe la..selagi mampu..aku tahan je..tak nak la paksa org...

hari ni siang tadi aku dah bersusah payah masak..tp kami makan dalam pukul 3ptg..masih terlalu awal untuk makan kul 6 ptg..hehehe..still kenyang..namun kelaparan mula memuncak pukul 8.30 mlm td...ketika aku sibuk mengaji...sampai la skrg..aku still lapar...ntah la..

aku mmg rasa kesunyian walaupun dah berumah tangga..ada suami tersayang..tp aku tetap kesunyian...siapakah kawan yang terbaik untuk kita di kala kesunyian? jawapannya TIADA

sebab itu kita kena rajin beribadat kepada Allah kerana Dia tahu apa yang bertahta di hati kita..kat Dia tempat mengadu nasib..kalau mengadu kat org..bukan faham pun..sbb tu macam2 cara kita bleh dekatkan diri kepada yang maha Pencipta..antaranya:-

*mengaji
*qiammulail
*solat sunat rawatib
*usrah


Thursday, October 30, 2008

Delight Krim Vanilla





BAHAN-BAHAN:

200 gm putih telur
400 gm gula
Aiskrim vanila



CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu pukul putih telur bersama gula sehingga kembang.
2. Kemudian bentukkan adunan ke dalam ‘pipping beg’ dan gunakan nozel kegemaran anda.
3. Seterusnya bakar pada suhu 1600C selama 10 minit.
4. Keluarkan dan hiaskan dengan aiskrim vanila.