pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...

Thursday, November 21, 2013

Corporate Comm Camp (CCC) Bach. Comunication Media

ASSALAMMUALAIKUM

Rindu sangat kat blog Interpretasi DRC nih!! Arghh!
Kalaulah blog ni benda yg hidup memang dah peluk kuat-kuat mintak maaf sebab dah lama tak melakarkan kasih atas badan blog ni..

DRC sibuk. Bukanlah sesibuk mana. Sebenarnya ada je masa nak tulis kat blog ni. Cuma entah kenapa pun tak tahu. Rata-rata blogger lama yg macam DRC, HencikHaikal, CTK IbahPanda mungkin lama menyepi sebab wajah baru blogger. Seriusly, DRC sangat rindukan dashboard yang dulu. Rindukan posting yang dulu. Rindu nak setting blog yang lama.!!! Kenapalah dia bertukar. Kalau menyenangkan takpe.. Tapi.. Hmm.. Tak macam friendly langsung bg blogger nak update blog. betul tak??

Baru-baru ni DRC menjadi sebuah peserta kem anjuran fakulti iaitu Corporate Comm Camp yang bertempat di Hotel Impian Morib, Morib. Best! itulah ungkapan yang dapat DRC gambarkan. Yelah siapa yang kata tak best tidur kat Hotel tempat Cuti-cuti Cinta shooting kan? 

Kem selama 2 hari 1 malam itu mempunyai agenda yang tersendiri. Pengisian yang menarik dengan speaker yang sangat WOW! 


Terdiri daripada Datuk Aznil Hj Nawawi, Bon Zainal dan dua orang lagi speaker yang osem!

Sebagai pelajar komunikasi koprat kami diwajibkan untuk menyertai kem ini. Pada awalnya DRC memang malas nak berkem-kem lagi pulak nak kena bayar RM150. Fuhhh! Manalah nak cekau duit banyak-banyak. Tetapi DRC bincang dgn ayah dan akak, diorg support duit untuk ke kem ini. Jadi, DRC pun daftarlah...


Kem ini dianjurkan oleh pelajar-pelajar senior yang ambil subjek Corporate Communication in Practice. So, semester hadapan pun DRC kena amik subjek ni. Lebih baik DRC pergi untuk tengok macam mana gerak kerja dan perjalanan program yang diorang anjurkan. 

Hari pertama, terus dengan talk dari keempat-empat speaker.
DRC memang sangat admire dgn Bon Zainal dan Aznil. Dan peluang yang ada DRC takkan lepaskan untuk menimba ilmu dari mereka yang berpengalaman dalam lapangan masing-masing.

DRC kongsikan input yang Pak Nil kongsikan.

"Bagaimana Menjadi Presenter Terbaik"
1. Mempunyai eye-contact yang baik dengan audience.
Dalam dewan kami hari tu, penglihatan agak terhalang bilamana ada tiang kat tengah-tengah. jadi pak nil agak terhalang untuk melihat mata-mata audience. Kata pak nil, walaupun dalam stadium yang besar, dia tetap mengamalkan utk mempunyai hubungan mata dengan audience sebab dengan cara ini barulah mesej itu berjaya disampaikan. 

2. Confident level bermula dari :
- latar belakang keluarga
- pelajaran
- pembacaan
- pergaulan
-agama
- budaya
- pemakaian
- imej
- makanan yang dimakan
- kawan-kawan

3. Bulatkan percakapan kita
Percakapan yang baik apabila suaranya dibulatkan iaitu bercakap dengan jelas dan kuat. Tak boleh cakap macam pemalas. intonasi dalam bercakap perlu kena dengan tempat iaitu kena dengan emosi. Masukkan emosi tetapi jelaskan suara. Intonasi sangat penting untuk membulatkan suara kita. contoh kalau kita gembira, ekspresi wajah dan suara kita dengan nada yang gembira. barulah orang boleh faham. 

4. Energy!
Energy seorang presenter kena betul. dan ia berbalik kepada energy audience. kalau audience tak bagi energy, presenter kena bagi energy. Kalau energy audience lebih, presenter kena bagi lebih-lebih lagi daripada audience. Energy ni sangat penting sebab kita boleh grab attention audience pada permulaannya untuk setia mendengar. Memang pada hari program, energy Pak Nil lebih daripada energy kami yang aktif ni. Tetapi, jangan salah bagi energy. Contohnya kat majlis tahlil orang meninggal, kita buat energy yg gembira dan seronok. Memang kena belasah dengan orang masjid lah jawabnya..... hahaha

5. Body language 
Gerak gaya badan penting untuk menenunjukkan ekspresi dan supaya kita tak jadi robot. Dalam komunikasi body language juga dikira sebagai bahasa komunikasi.

6. Jangan malu tanya soalan
7. Warna mempengaruhi komunikasi.
Warna baju, aksesory yang diguna pakai melambangkan mood dan cara kita komunikasi. Contoh warna merah, boleh melambangkan orang itu tengah marah atau pun sengaja untuk mendapatkan perhatian.

8. Presenter yang GAGAL adalah ...
presenter yang gagal adalah bilamana audience bertanya apa yang dikatakan sebanyak DUA KALI. Contohnya ada audience yang minta untuk presenter 'ulanng suara'. Ini merupakan kegagalan seorang presenter dalam deliver mesej dengan baik. So, jangan sampai orang bertanya 'ulang suara'..!!

Ni sahaja yang boleh DRC kongsikan. Sebenarnya Pak Nil tak bagi share kepada sapa yang tak join kem ni..Hahah.. Tapi DRC tetap nak kongsikan jugak.. :P

Jom kita teropong gambar-gambar masa DRC kat sana.
Hari terakhir CCCamp. Sapa terror, cari DRC. haha

Bon Zainal 

Team DRC yang menang no.2. Alhamdulillah :D


Aktiviti mandi dalam pool. -,-''


Nak tengok lagi gambar-gambar masa kem, boleh la bukak instagram masing-masing dengan #CCCamp 

DRC psssttt : walaupun ada kekurangan dari sudut peserta dan objektif yang mungkin ada separuh tak sampai (pandangan DRC),  tepi secara keseluruhan program berjaya berjalan dengan lancar.. Tahniah..!!!

No comments:

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...