pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label contestku join. Show all posts
Showing posts with label contestku join. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Contest : Edit Gambar bersama Naura dan Yana

ASSALAMMUALAIKUM...
sedar tak sedar post kali ini dah berangka 601! 
dan nombor bertuah 601 adalah untuk Contest Edit Gambar bersama Naura dan Yana.
Contest ni dianjurkan mereka...
Nak Join,? Klik banner bawah ni..
DRC join sebab DRC memang suke edit gambar, kalau nak tau, edit gambar ni ada dalam salah satu 10 perkara pelik DRC. tengok sini.
siap ada contoh gambar yang DRC edit lagi..hahaha

Ok, syarat-syarat untuk contest ni mudah je..
TAMPAL, FOLLOW, LIKE, TAG, LINK.
senang kan?
So, berikut adalah gambar DRC untuk contest ini :

SEBELUM
Sory ea, muka DRC berminyak. takde make up artis time ni..heeeee

SELEPAS

DRC memang suka edit gambar dan letak kata-kata yang menarik supaya, selain dapat menikmati gambar, kita boleh baca. Bergambar juga salah satu dakwah, jadi kita tambahkan dengan kata-kata yang mengajak kepada kebaikan untuk menarik minat orang lain untuk membaca dan berubah kepada kebaikan.

Mereka yang kena tag dengan DRC :
Abang Macho : HYZ
Akak Panda : IBAH

DRC psssstt : DRC tak harap pun boleh menang. Juz share kreativiti kepada semua untuk menyebarkan kebaikan... Dunia kreatif pun boleh di'Islamik'kan tau.. So, kenapa kita tidak rasa terpanggil untuk membuatnya? Cubalah.. Pasti ganjaran terhebat dari Allah untuk kita.. Yakin!!

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha Bersama Pilihan Hati


Assalammualaikum... Salam Pengorbanan...
Kali ni, DRC tak kesorangan untuk membuat ucapan raya korban..
Jadi, DRC telahpun menJOIN satu sekmen yang dianjurkan oleh :
(pilihan hati)
Jom baca ucapan DRC dalam bentuk puisi mendayu-dayu~~~
^_^

Wahyu turun melalui mimpi
diterimanya dengan seikhlas hati
walaupun sebak dadanya
Ibrahim dalam dilema
putera tunggal penghibur duka
sedang usia meningkat remaja
segala kudrat muda amat berguna

Bakal pewaris kelangsungan keturunan
kini harus pula dijadikan Qurban
nyawanya akan direnggut oleh tangan ayah sendiri
sungguh berat ujian dihadapi
namun sebagai seorang nabi
menjadi contoh teladan
perintah Allah wajib ditunaikan

Dengan hati yang pasrah
berangkatlah ia ke Makkah Al-Mukkarramah
membawa misi satu perintah
Ismail menurut sahaja
menerima perintah dengan lapang dada
penuh taqwa
memohon agar kakinya
diikat seketatnya
agar kurang pergerakan
kurang menyusahkan
pakaian ditanggalkan
supaya tidak terkena parcikan
darah menglir lara
Siti Hajar hiba

Ditambah permintaan
parang pemisah ditajamkan
agar kurang rasa derita
simpanlah baju tanda mata
salam untuk bonda tercinta

Syaitan laknatullah
sibuk berbisik resah
giat menabur dakyah
agar perintah Allah dibantah

Kini tiba detik ngeri
satu pelukan suci
disulam kucupan abadi
berbaringlah di atas lantai hakikat
mata Ibrahim ditutup rapat
dengan meditasi bermunajat
dengan linangan air mata luka
dengan denyutan nadi nestapa
tajam parang menerjah duka
tak semena-mena parang tumpul hilang bisa

Ibrahim lulus ujian ketaatan taqwa
dengan ketinggian mukjizat Allah Taala
sebagai ganti korban kehebatan cinta
tiba-tiba menjelma seekor kibas
Ismail kini bebas

Inilah agungnya sebuah pengorbanan
menjadi ritual zaman-berzaman...
Korban dirimu demi agama Allah...

DRC psssst : DRC saje je join pilihan hati nih, memandangkan DRC lom post ucapan selamat hari raya Korban lagi kan... Jadi, tak salah untuk join kan, Cikgu Sir, Ustaz Hakim Pun Boleh kan..???
Apapun sama2 lah kita hayati pengOrbanan teragung dalam lipatan sejarah Islam. Walaupun kita tak bersama mereka dibarisan hadapan dalam menegakkan syiar Islam, tapi sekurang-kurangnya tertitis airmata kita tentang kejahilan diri dan keabdian diri kepada Sang Pencipta, jadi, JOM BERKORBAN KE JALAN ALLAH..
DRC masih lagi membuka ruang kepada bloggers yang nak taja Contest DRC & CTK.. ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu


Setiap yang berlaku ada hikmahnya... Setiap permulaan ada pengakhirannya... Setiap perjumpaan ada perpisahannya....

Itulah yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta untuk sekalian makhluk...
Pertemuan yang tidak disangka berlaku diantara Puan Kutu dan Tengku Puteri akhirnya terpaksa berpisah. Perlayaran Tengku Puteri yang hanya bersinggahan sementara di Kota Kayangan. Puan Kutu terpaksa merelakan perlayaran Tengku Puteri yang harus mengikut perlayaran Ayahandanya.... Ikatan persahabatan yang baru terjalin, terpaksa berhenti dipertengahan jalan..

Namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berhubung dan kekal bersama. Sepanjang perlayaran, Tengku Puteri sedih dan tidak mendapat selera makan kerana terlalu terkenangkan Puan Kutu.
Bukan apa, Puan Kutu terlalu baik buatnya. Puan Kutu telah membantu Tengku Puteri ketika digaanggu oleh mat-mat lepak di sebuah kawasan perumahan. Jadi, Tengku Puteri terhutang budi dengan Puan Kutu.

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...