pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label dari akhbar. Show all posts
Showing posts with label dari akhbar. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Siapa Kata Tudung Labuh Tak 'Glamor'???

gambar : encik google...

Assalammualaikum bloggers and readers....

DRC post petang pulak hari ahad ni.... (baru habis kelas)..
DRC selak surat paper tadi, ada title "Allahyarham Noramfaizul dianugerah pingat Bintang Gagah Perkasa". dan memang superb bila balu allahyarham yang amekkan pingat tu... Hari tu(jumaat), sempat DRC tonton HMI TV3 sebelum lawan debat.. dan balu allahyarham ditemu ramah oleh Ally Iskandar. Memang sebelum ni DRC dok bawah tempurung modern sebab tak tau pulak balu allahyarham pakai tudung labuh... lpas tengok TV3 hari tu,, baru tau!! waaahhh! glamor jugak orang pakai tudung labuh ni...

Point DRC kat sini, zaman modern ni ada yang anggap tudung labuh masih tak rasional untuk dikomerSIALkan.. (aikk?? pesal tuuh?!) Tak patut betul! Dan DRC sendiri pernah tulis komen kat dalam satu album dalam FB sebuah realiti TV muslimat yang memakai tudung sehingga perlu ditarik tudungnya sehingga menampakkan bahu... bukannya ada orang nak tengok muscle2 ustazah2 kita tuuu.. bukannya kita nak tengok betapa besarnya body dia... betapa banyak dia dah jadi body builder kat umah.. BUKAN....BUKAN...BUKAN...

Cer korang tengok gambar atas tu... Beliau masih lagi istiqomah dengan tudung labuh untuk mengambil pingat, menghadap YDP Negeri Melaka. Siap pakai sarung tangan lagi, takut2 dosa terpegang untuk bersalaman... So, apa yang menjadi alasan mereka untuk berpegangan tangan tanpa ada sebarang lapik?? Apa yang menjadi alasan untuk mereka katakan protokol TV atau istana tak boleh pakai tudung labuh??? 

Cer kita fikir balik.... Kenapa Fida tak kisah untuk berpegangan tangan dengan orang lelaki bukan muhrim...? Kenapa CT tak kisah untuk rambutnya dijempulkan ke depan dan kini apa yang dah jadi.... DRC bukan nak kecam mereka (artis2 ni) tapi dalam hidup kita ni kalau nak glamor dengan cara apa pun boleh glamor, cuma mana yang lebih mana yang kurang... Lebih pahala, kurang dosa,,, lebih dosa,, kurang pahala....heheheeee....

Apapun, cubalah kita fikir balik,, DRC sarankan kita kaji mana ayat al-Quran tentang hijab ataupun aurat.... mesti ada yang terasssssssssssszzzaaa...hehehe

DRC psssttt :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘... dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke 

dadanya, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya

 kamu beruntung” [24:31]

Friday, September 23, 2011

Pengguna TAK PUAS HATI dengan Facebook!







SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.
Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.
Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.
"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.
Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.
Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.
Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.


GAMBAR fail menunjukkan Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California pada 5 Februari 2007.

Selanjutnya KLIK DI SINI

DRC psssssssssssttttt : Lama-lama semuanya boleh dikongsi.. Maklumat peribadi diceroboh dan menularlah jenayah siber... Jangan menyesal kemudian hari dah la... DRC rasa pun macam malas je nak berfacebook sekarang ni,, baik handle FanPage tu je... xpayah la nak chatting-chatting..kekekehh...


Mark Zuckerberg :> Hang jangan ingat hang kaya buleh buat suka hati ja nohh... :P

Wednesday, September 14, 2011

Alaahaii cukai 6%~~



Dr. Rais Yatim (tengah) bermesyuarat dengan pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengenai caj cukai sebanyak 6 peratus ke atas pengguna prabayar di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.
"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.
Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.
"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.
"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya.
Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.
"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.
Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut

^^ from UtusanOnline ^^

DRC psssttt :: kalau tangguh tu maknanya akan ada jugak la kan... kalu MANSUH terus kan baguss.... 'tangguh' tu akan ada 2 kemungkinan iaitu:
1) cukai 6% akan dijalankan jugak...
2) cukai 6% akan dijalankan jugak dengan pertambahan 10% iaitu 16 % cukai kepada TUAN MALAYSIA...boleh..???
hahahhaaa.... >.<

Sunday, September 11, 2011

FLASH BACK : 11 September 2001- 11 September 2011

WORLD TRADE CENTER 2001

WORLD TRADE CENTER 2011

SubhanAllah...!

Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur'an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.

Terdapat bebrapa blog yang mendakwa bahawa Tragedi WTC ternyata sudah dituturkan Allah dalam Surah At-Taubah ayat 109.

10 tahun yang lalu .....
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :

Terjemahan :
"Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim."
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.

Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata "JURUFIN HAR" yang oleh ulama tafsir dulu diterjemahkan sebagai"ditepi jurang yang runtuh"ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.

Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.

Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :

1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.

2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.

3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.

4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan - berulang sampai 4 kali - bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.

SubhanAllah, Maha Suci Allah dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-Mu !

Sungguh benarlah firman-Mu :
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur'an itu adalah benar. (Al Qur'an, surah Al Fushshilat 53)

Tuesday, May 31, 2011

Dari Akhbar : Apa Kes Asyraf ni..???




KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.

Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.

Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.

Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.

Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan. -Kosmo

Hai semua.... Baru DRC boleh ulas kes ni... tersimpan lama rasanya... macam-macam dunia ni sekarang.. apa nak jadi pun tak tau le.... issh3... istigfar banyak-banyak.....
Pada DRC, kalu mahkamah meluluskan Asyraf ni..... memang dahsyat lah Malaysia punya mahkamah ni... mesti ramai yang nak daftar jadi Aleesya lepas ni...

Astagfirullah......

Wednesday, May 25, 2011

Obama dan Putera William kongsi suite??

LONDON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isterinya Michelle Obama yang dalam rangka lawatan dua hari ke Britain, tinggal di suite enam bilik di Istana Buckingham yang pernah digunakan oleh Putera William serta isterinya Kate Middleton pada malam perkahwinan mereka.
"Katilnya mungkin telah ditukar tetapi suite tersebut adalah suite yang sama," kata seorang pegawai istana Buckingham.
Presiden AS itu dan isterinya sempat mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit dengan pasangan pengantin baru tersebut sebelum menyertai majlis sambutan rasmi bagi menyambut kunjungan mereka ke Britain.
Majlis berkenaan dihadiri oleh pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Phillips serta anak lelaki mereka, Putera Charles dan isterinya Duchess of Cornwall.
Media Britain melaporkan Obama dan isterinya tidak diundang menghadiri perkahwinan diraja itu pada bulan lalu kerana Putera William dan Middleton mahu menjadikan acara berkenaan sebagai majlis perkahwinan mesra rakyat tanpa terlalu ramai tetamu kehormat dan orang penting.
Pasangan pengantin baru diraja itu baru pulang dari percutian bulan madu mereka selama 10 hari di kepulauan Seychelles.
Pertemuan mereka dengan Presiden dan Wanita Pertama AS itu semalam dilaporkan berlaku tanpa dirancang. Obama meninggalkan Ireland dan tiba lebih awal di Britain iaitu pada malam kelmarin susulan kebimbangan letusan gunung berapi di Iceland akan menyebabkan perjalanan mereka tergendala.
Ketibaan mereka menandakan lawatan negara ketiga oleh seorang Presiden AS ke Britain dalam tempoh 100 tahun.
Obama kemudian akan menuju ke Perancis untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sebelum membuat persinggahan terakhir di Poland. - Agensi

Monday, January 10, 2011

MuUHASABAH ZONE : Hukum Minum Air Ketum

عن عائشة رضي الله عنها: أن النبي صلي الله عليه وسلم سئل عن البتع, فقال: (كل شراب أسكره فهو حرام) .
البخارى
Diriwayatkan daripada Aishah r.a: bahawasanya Nabi s.a.w pernah ditanya tentang al-bit’ie (khamar daripada madu) maka bersabda ia: (Setiap minuman yang memabukkan adalah haram).(Riwayat Bukhari)

Sumber Hadith: Sahih Bukhari , Kitab al-asyribah, Bab al-bit’u (arak daripada madu), No 5157.
Hadith ini dikeluarkan oleh Bukhari. Yahya bin ma,in mengatakan hadith ini merupakan yang paling sahih diriwayat daripada nabi tentang pengharaman khamar.



1.1 MAKNA IJMALI


Nabi s.a.w pernah ditanya tentang hukum minuman daripada madu yang memabukkan, lalu baginda menjawab secara umum dan menyeluruh iaitu “setiap minuman yang memabukkan adalah haram”. Dalil ini menunjukkan bahawa tidak diambil kira berlainan nama selagi makna dan hakikatnya adalah satu iaitu memabukkan, walaupun diperbuat daripada mana-mana bahan yang cair atau keras maka hukumnya haram .


Hadis ini menjadi dalil bahawa hukum arak adalah haram, walaupun ia diperbuat selain daripada perahan anggur seperti madu, gandum dan sebagainya yang boleh membawa kepada seseorang itu mabuk kerana meminumnya.


1.2 TAKRIF ARAK DAN AL-BIT’U


Arak (khamar) ialah air perahan yang mentah daripada perahan buah anggur yang boleh memabukkan, Ia dinamakan al-khamar (tutupan) kerana kerana ia menutup akal. Jumhur Fuqaha’ tidak pula membezakan antara meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, mereka mengatakan semua minuman yang memabukkan apabila diminum dengan banyak, maka sedikitnya juga adalah haram, dan ia adalah merupakan arak (khamar). Hukumnya sama seperti hukum manisan buah anggur dari segi pengharamanya, dan diwajibkan had terhadap peminumnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


( كل مسكر خمر, وكل خمر حرام )


“setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap arak adalah haram”


Al-Bit’u adalah minuman daripada madu yang boleh memabukkan. Berdasar Mu’jam al-Wajiz al-bit’u adalah arak madu . Sayid sabiq didalam mensyarakan hadis al-bitu, beliau menjelaskan al-bit’u adalah sejenis ubat menjadikan seseorang itu kuat dan bertenaga tetapi boleh memberi kesan seseorang itu mabuk dan khayal .


Setiap sesuatu yang memabukkan adalah termasuk didalam kategori khamar. Oleh itu, tidaklah menjadi persoalan tentang daripada mana asal minuman arak tersebut diperbuat. Maka setiap hukum yang ada pada khamar juga diguna pakai juga pada minuman tersebut samada ia diperbuat daripada anggur, kurma, madu, gandum, biji-bijian dan sebagainya dan hukumnya adalah haram secara mutlak.


Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:


”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”


2.1 KEFAHAMAN HADITH


Diharamkan meminumnya sedikit atau banyak, kecuali ketika terpaksa. Sabda nabi s.a.w
حرمت الخمر بعينها قليلها وكثيرها, والسكر من كل شراب))


Terjemahan: “Khamar itu sendiri diharamkan, sama ada sedikit mahupun banyak serta semua minuman yang memabukkan”.


Bagaimanapun, ia diharuskan meminumnya ketika terlalu dahaga atau atas paksaan sekadar untuk menolak bencana. Diharamkan juga kepada seseorang memberi minum kepada kanak-kanak yang belum baligh dan mumayyiz . Sekiranya kanak-kanak itu diberi minum maka dosanya keatas orang member minum, kerana hukum pengharaman arak dituju kepadanya.
Orang yang menghalalkanya dihukum kafir, kerana pengharamannya adalah sabit dengan dalil yang putus (qat’i), iaitu nas al-Quran al-karim dalam ayat al-Quran iaitu Allah S.W.T berfirman:


إنما الخمر والميسر والأنصاب والأزلام رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون


90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah Maidah: ayat


90)
Khamar adalah najis mughalazah mengikut satu riwayat daripada Abu Hanifah. Sehinggakan apabila ia terkena pada pakaian (mengikut pendapat ulama hanafi) lebih besar daripada kadar dirham, maka tidak harus pakaian itu digunakan untuk menunaikan solat.


Syeikh Wahbah Zuhaili menjelaskan makna kalimah (rijsun) membawa maksud ‘najis maknawi’ pada pandangan syara’. Perintah menjauhinya menunjukkan bahawa ia patut dihindari sedaya upaya. Jumhur Ulama’ telah menghukumkan khamar wajib dijauhi dan mencegah daripada menghampirinya. Dalil yang menunjukkan arak itu najis ialah hadith Abu Tha’labah al-Khashani katanya “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada dinegeri ahli kitab, adakah boleh kami makan dalam bekas-bekas mereka? Lalu nabi Muhammad s.a.w bersabda:


وجدتم غيرها فلا تأكلوا فيها, وان ام تجدوا فاغسلوا وكلوا فيها ان


“Jika kamu dapati bekas lain, maka janganlah kamu makan dalamnya, dan jika kamu dapati tidak ada bekas lain, maka basuhlah bekas mereka dan bolehlah kamu makan didalamnya”
Al-Shaukani berkata “suruhan membasuh bekas-bekas tersebut dalam hadith Abu Tha’labah bukan kerana ia kotor disebabkan kebasahan dan lendir, bahkan kerana mereka mengunakanya untuk memasak babi dan meminum khamar”.


Diharamkan perkara-perkara yang ada padanya kemudharatan dan kebinasaan kepada akal, agama, badan, harta serta membawa kepada jenayah, permusuhan dan kejahatan.Diharamkan juga bermuamalah dengan perkara-perkara yang melibatkan arak seperti menjual, membeli dan sebagainya .Sabda nabi s.a.w .


الله الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعتصرها وحامها والمحمولة إليه ,أكل ثمنهالعن


“Allah melaknati khamar, peminumnya, penyajinya, penjualnya, pemiliknya, pemerahnya, tempat perehanya, pembawanya, orang yang dibawa kepadanya dan orang mengambil harganya”.


Para imam daripada mazhab empat berpendapat, adalah haram mengunakan arak atau bahan yang memabukkan bagi tujuan perubatan dan tujuan lain. Ini kerana Allah s.w.t tidak menjadikan ubat bagi kita pada sesuatu yang diharamkan, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud


“Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu yang diharamkan keatas kamu sebagai ubat”. Hadith ini menunjukan penharaman berubat dengan bahan-bahan yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t dan Dia tidak akan menjadikanya ubat penyembuh. Oleh itu apabila khamar diharamkan, maka perubat denganya juga adalah haram .


Khamar yang bertukar menjadi dengan sendirinya menjadi cuka adalah halal hukumnya tanpa khilaf , berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w “ الإدام الخلنعم " “sebaik-sebaik penyedap makanan adalah cuka”.


2.1 CIRI-CIRI MABUK


Ciri-ciri mabuk adalah yang menghilangkan akal, iaitu pemabuk tidak dapat memahami sesuatu pun, akalnya tidak berfungsi, tidak dapat membezakan antara lelaki dan perempuan, atau langit atau bumi . Sementara itu, Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta imam-imam lain berkata


“pemabuk ialah orang yang banyak percakapanya meracau dan bercampur aduk tidak menentu, sebab itu ialah mabuk pada lumrah (‘uruf) dan kebiasaan manusia. Sesungguhnya pemabuk pada pengetahuan manusia ialah nama bagi orang yang meracau, bercampur aduk percakapanya, tidak dapat mengenal pakaianya dan pakaian orang lain dan tidak dapat membezakan antara kasutnya dan kasut orang lain” .


3.1 ISU SEMASA: PENYALAHGUNAAN AIR KETUM


KUALA TERENGGANU 14 Feb. - Gejala meminum air rebusan daun ketum yang dicampur dengan ubat lipas dan ubat nyamuk, dipercayai semakin menular di kalangan remaja penagih dadah seperti morfin dan heroin .(Utusan,14 Feb 2004).


Dikesan sebagai usaha terbaru mereka melepaskan gian ekoran kesukaran mendapatkan dadah dan pil-pil khayal. Di Malaysia sejak Ogos 2004, pemilikan daun ketum,pemprosesan atau jualan boleh dituduh di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952, dan didenda sehingga RM10,000 dan/ atau dipenjarakan selama 4 tahun. Nama saintifik – Mitragyna Speciosa Korth


Dikenali sebagai daun ketum atau biak di Malaysia atau kratom, ithang, kakuan dan thom di Thailand . Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi). Didapati di kawasan tropika Asia khususnya utara dan pantai timur semenanjung malaysia dan di tengah dan selatan thailand . Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh. Ketinggian pokok sehingga 50 kaki.
Dikenali sebagai salah satu ubatan tradisional dan menjadi sumber tenaga semulajadi kepada para petani di kedah. Namun disalah gunakan oleh remaja sekarang .


Ia juga baik untuk pemulihan penagih dadah kerana rata-rata penagih di kedah sudah beralih dengan meminum daun ketum untuk menghilangkan ketagihan kerana ia murah. Dikata mengandungi Mitragynine sejenis bahan aktif yang berupaya menjadikan seseorang itu ketagih .
Mitragynine merupakan sebatian aktif yang banyak terdapat di dalam daun ketum. Ia sejenis alkaloid yang hampir menyerupai yohimbin, psilosibin dan lysergic acid diethylamide-LSD. Sebatian-sebatian ini mempunyai kesan rangsangan dan psikoaktif terhadap penggunanya. Mitragynine mewakili hampir separuh daripada 0.5 peratus kandungan alkaloid yang berada di dalam daun ketum. Terdapat sekurang-kurangnya 24 alkaloid lain yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah ajmalicine, corynanthedine, mitraphylline, mitraversine, isomitraphylline, paynanthesine, speciophylline, speciofoline dan speciogynine .


Banyak kekeliruan berlaku didalam masyarakat didalam menentukan status hukum bagi minuman ini, dan ia masih lagi diperbahaskan oleh pihak tertentu termasuk penguasa dan institusi agama tentang hukum yang sewajarnya dikenakan mengikut kehendak syara’. Oleh yang demikian saya berminat untuk memilih tajuk ini bagi mengetahuinya secara lebih terperinci.


3.2 KELOMPOK PENGGUNA


Terdapat dua golongan yang dikesan sebagai pengguna daun ketum. Pertama adalah penguna sebenar iaitu sebagai pengamal ubatan tradisional yang berbentuk air rebusan asli atau dijadi kapsul. Ia diguna untuk tujuan pengubatan seperti mencegah masalah cirit-birit, kecacingan, penahan sakit, mengembali tenaga selepas bersalin dan penyembuh luka.


Kelompok kedua adalah remaja yang menyalah gunakan daun ketum untuk melepaskan gian mengantikan dadah. Di Malaysia, penyalahgunaan daun ketum ini semakin menular terutamanya dalam kalangan penagih dadah seperti morfin dan heroin.Ini disebabkan, selain mempunyai kesan penenang, ia juga dikatakan berupaya menghilangkan kesan sindrom penarikan (withdrawal syndrome) untuk jangka masa yang singkat.


Memandangkan kesan seperti mengambil heroin dan morfin daripada daun ketum hanya mampu bertahan selama 3-4 jam, para penagih terpaksa mengambil rebusan daun ketum secara lebih kerap dan dalam jumlah yang banyak untuk mengurangkan kesan gian terhadap morfin atau heroin. Keadaan inilah yang menyebabkan penagih mula menagih daun ketum pula.


Oleh kerana daun ketum mudah didapati secara percuma di negara ini, maka penyalahgunaannya juga menjadi semakin berleluasa. Saya mendapati masalah ketagihan air daun ketum banyak dilaporkan di Terengganu, Perak, Pahang dan Kelantan.


3.2 CARA PENYALAHGUNAAN/PEMPROSESAN


Pada asalnya ia direbus oleh para petani untuk dijadikan minuman tenaga bagi mengurangkan kesakitan urat dan menambah tenaga. Tetapi ia disalah gunakan oleh remaja untuk mengantikan dadah kerana kos yang lebih murah . Cara penyediaanya agak berbeza berbanding penggunaan tradisional iaitu dengan cara merebus air ketum bersama ubat nyamuk serta ubat lipas untuk diminum. Serbuknya juga dihisap bersama candu dan tembakau dan juga boleh diletakkan pada lidah untuk kesan gian. Kebiasanya mereka boleh mendapatkan air ketum dengan harga RM2-3 sebungkus kecil.


3.3 ASPEK KESIHATAN


Mengikut kajian daun ketum mengandungi banyak bahan aktif antaranya mitragynine yang memberi kesan gian dan ketagihan kepada penggunanya. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kesihatan kita mengikut kuantiti ia digunakan. Kesan Dos Rendah iaitu mengunakan beberapa helai daun sahaja dapat menghalang motivasi seseorang, ketiadaan minat pada sesuatu, bosan dan malas.


Kesan pada tahap stimulan (dos sederhana) iaitu dengan mengunakan 5-9 helai daun dapat memberi kesan positif seperti Minda tangkas, peningkatan tenaga fizikal dan batin, peningkatan tenaga fizikal dan batin, suka bercakap, ramah, dan suka bergaul. Namun disamping itu ia juga memberi kesan negatif seperti kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi , hilang dalam alam mimpi, merasa gatal atau berpeluh, anak mata menjadi sempit dan merasa loya.


Mengikut kajian yang dijalan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia kesan bagi pengguna kronik (10-30 helai) adalah amat banyak diantaranya Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan Jaundis (penyakit hati), Insomnia (payah tidur), psikosis (gila), Banyak tidur, Hilang keupayaan untuk bekerja, Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat) dan delusi paranoid (khayalan buruk-sangka) disamping kulit menjadi gelap terutama dibahagian pipi.
Secara keseluruhanya air daun ketum banyak memberi kesan negatif berbanding positif jika ia disalah guna dan untuk tujuan perubatan ia hanya memerlukan berapa helai sahaja. Dan tidak dicampurkan dengan bahan lain.


4.1 ANALISIS ISU DAN KESIMPULAN


Ganja, heroin, air ketum serta bentuk lainnya baik padat mahupun cair yang terkenal dengan sebutan mukhaddirat (narkotik) adalah termasuk benda-benda yang diharamkan syara' tanpa diperselisihkan lagi di antara ulama.


Pengharaman air daun ketum juga berdasarkan hadith al-bit’u, kerana ia termasuk kategori (khamar) yang memabukkan iaitu menutup akal. Umar r.a berpendapat “khamar ialah segala sesuatu yang menutup akal”.


Barang-barang tersebut, seandainya tidak termasuk dalam kategori khamar atau "memabukkan," maka ia tetap haram dari segi "melemahkan" (menjadikan loyo). Imam Abu Daud meriwayatkan dari Ummu Salamah "Bahwa Nabi saw. melarang segala sesuatu yang memabukkan dan melemahkan (menjadikan lemah)." Adapun orang yang mengatakan bahwa masalah ganja dan air ketum ini tidak terdapat ketentuan hukumnya dalam Al-Qur'an dan hadits, maka pendapatnya ini hanyalah disebabkan kebodohannya. Sebab di dalam Al-Qur'an dan hadits terdapat kalimat-kalimat yang simpel yang merupakan kaidah umum dan ketentuan global, yang mencakup segala kandungannya. Hal ini disebutkan dalam Al-Qur'an dan al-hadits dengan istilah 'aam (umum). Sebab tidak mungkin menyebutkan setiap hal secara khusus (kasus per kasus)."


Dengan demikian, nyatalah bagi kita bahwa ganja, opium, heroin, morfin, air ketum dan sebagainya yang termasuk makhaddirat (narkotik) --khususnya jenis-jenis membahayakan yang sekarang mereka istilahkan dengan racun putih-- adalah haram dan sangat haram menurut kesepakatan kaum muslim, termasuk dosa besar yang membinasakan, pengisapnya wajib dikenakan hukuman, dan pengedar atau pedagangnya harus dijatuhi hukuman mati, karena ia memperdagangkan ruh umat untuk memperkaya dirinya sendiri.


Kesimpulannya,agama islam sangat memgambil berat terhadap jiwa dan jasad manusia. Oleh itu, terdapatnya hukum halal dan haram adalah antara tujuannya untuk menjamin seseorang itu terus hidup dan menghindari sebarang bencana terhadap jiwa (nyawa) dan akal . Ini adalah kerana bagi membolehkan seseorang itu terus dapat melaksanakan segala kewajiapan yang disyariatkan kepadanya dengan sempurna.


RUJUKAN


1. Fikih Sunnah, Sayyaid Sabiq.
2. Taisir al-Allam Syarh U’mdatul al-ahkam, Syeikh Abdullah al-Bassam.
3. Fiqh dan Perundangan Islam, Wahbah al-Zuhaili.
4. Fatwa-fatwa Kontemporer, Syeikh Yusuf al-Qardhowi.
5. Halal dan haram, syeikh Yusuf al-Qardhowi.
6. Utusan Malaysia
7. www.halalguide.com
8. www.aadkpp.gov.my
9. www.wikipedia.org
10. www.usm.my



Friday, October 15, 2010

:::kelantan mengganas?:::polis lewat?:::FAM?:::



Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan diStadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan. Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan.
Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara ini. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya. Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawana.
Polis Lambat Bertindak Jadi Punca Pergaduhan
"Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan. Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan.
Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan. "Apakah begitu hina dan jijik penyokong Kelantan yang sentiasa diburukkan walaupun 1 kematian telah berlaku akibat dipukul ganas penyokong Selangor. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian tetapi hal ini berlaku di kalangan penyokong Selangor.

[Difahamkan pergaduhan telah bermula sejak awal lagi dengan letupan mercun daripada kedua-dua penyokong. Aksi semakin panas ketika waktu rehat dan ia memuncak selepas perlawanan berakhir. Pergaduhan dan tumbuk-menumbuk antara kedua-dua penyokong melarat keluat stadium selepas tamat berlawanan.

Banyak kenderaaan yang dirosakkan dan tidak kurang juga yang tercedera akibat keganasan tersebut. Rakyat amat kecewa melihat apa yang berlaku. Ke mana perginya Polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)?. Kenapa jumlahnya kecil sedangkan jumlah kedua-dua penyokong begitu ramai. Jika FRU sanggup menyerang dan merempoh majlis-majlis rakyat yang diadakan oleh parti pembangkang, kenapa mereka tidak melakukan perkara yang sama terhadap mana-mana penyokong yang bertindak ganas.

Tragedi hingga menyebabkan kematian ini sengaja dirahsiakan oleh media bagi menjaga nama baik FAM dan maruah bola sepak di negara kita. FRU pula ternyata gagal memainkan peranan dengan baik untuk mengawal apa yang berlaku. Ini mungkin kerana mereka lebih gemar menjaga ceramah pembangkang daripada tugas hakiki mereka ini agaknya.Kejadian berlaku dikatakan akibat kesilapan pengurusan stadium menyusun kedudukan penyokong.
Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan.

Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar
.
Media mengatakan penyokong terbabit mati akibat sesak nafas. Namun berdasarkan kepada fakta dan keadaan pendarahan pada kepala mangsa, ia jelas berpunca dari pergaduhan sebenarnya].

Monday, May 10, 2010

keajaiban no 19 dalam al-Quran




assalammualaikum.... kali ini ingin bercerita tentang:> 

KEAJAIBAN ANGKA 19 DALAM AL-QURAN

Al-Quran, kitab yg diperturunkan kepada junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yang
terbesar dan terpenting untuk umat Islam.
Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai
digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk kehidupan
semasa kerana isi kandunganya yang begitu lengkap
merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, undangundang,
sejarah dan sains.
Yang lebih mengagumkan ialah pada tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di
antara ayat-ayat sucinya.

PENEMUAN DR. RASHID KHALIFA.

Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan
seorang doktor dengan Phd dalam bidang kimia. Bapanya
seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yang mempunyai
ribuan pengikut. Dengan mengunakan teknologi komputer, Dr.
Rashid telah memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam
komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yang
tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pada
tahun 1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yang
seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-
Quran
dengan nombor-nombor yang berkitar pada nombor 19.

FAKTA RINGKAS KOD YG DITEMUI
Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling
nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks. Antaranya
yg ringkas ialah:

1. Ayat pertama (1:1), ’Bismillah’, terdiri drp 19 perkataan.

2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .

3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat
bernombor & 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346)
Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.

4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia
muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6

5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah
ekstra pada surah 27,dengan tepatnya terdapat ..19 surah

6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19
ayat.

7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.

8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah
2698=19x142.

9. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.

10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.

11. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

KENAPA 19?

Sebenarnya beberapa kitab asa
l lain yang diturunkan Allah
S.W.T kepada umatnya juga didapati telah dikodkan dengan
angka 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini.
Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19
tahun, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 tahun
=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266 (19x14)
hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda
tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai
matematik yang unik kerana ia adalah nombor ganjil dan
merupakan gabungan nombor pertama(1) dan terakhir (9) yang
seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dalam surah 57 ayat
3 yang bermaksud "Dialah Yang Awal dan Dialah Yang Akhir.."
Penemuan kod ini pada Januari ,1974 (1393 tahun Hijrah)
bermakna bilangan tahun Islam dari turunnya (13 tahun
sebelum hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini
(1974)bersamaan dengan 1393+13=1406 tahun. Perhatikan
juga 1406=19x74. Nombor 19 juga hanya disebut di dalam
Quran dalam surah 74. Hubung kait antara 19x74 tahun Islam
dan 1974 tahun solar juga tidak harus diendahkan terutamanya
bila nombor 19 hanya disebut dalam surah 74! Tentunya tidak ini semua satu kebetulan... sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa...

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...