pagess

Klik Header Ini

Flash

Mutiara Kata Hari Ini

Tanda Allah Mengasihi HambaNya Adalah Dengan Memberinya Ujian...
Showing posts with label dunia praktikal DRC. Show all posts
Showing posts with label dunia praktikal DRC. Show all posts

Friday, April 6, 2012

Happy Birthday Deria Rasa Ceria

ASSALAMMUALAIKUM
~DRC nak lompat tinggi-tinggi, sampai cucuk atap, apa dalam hati, praktikal dah tamat~
Seronok bukan main lagi...heheheee...
Terasa selesai dan lega rasanya apabila latihan industri dah tamat hari semalam, 
5 April 2012...! 
Dan Hari ini, 6 April adalah hari kelahiran BLOG DERIA RASA CERIA.
SELAMAT ULANGTAHUN DERIA RASA CERIA.

Apapun, semoga panjang umur dan murah rezeki blog Deria Rasa Ceria nie..heheh..
bukan blog je, dengan tuan nye sekali..
Semalam, berakhirlah praktikal DRC,, gembira berguling-guling..hahaha..
Tapi kejap je happy tu, sebab lepas ni nak kene buat report dan presentation..
Apapun, DRC ucapkan berbanyak terima kasih kepada sekolah ______ sebab menerima DRC untuk membuat latihan disitu dan kajian terhadap organisasi..
Semalam jugak, staff2 buat tezutan untuk DRC...
jom tengok jamuan Pesta Pizza DRC..hehe







DRC pssstttt : NAk terbang tinggi-tinggi.. Inilah kemuncak April DRC.hihihii... Apapun, terima kasih kepada pihak sekolah, cikgu-cikgu, student-student and all my haters..hahaha.. Mohon maaf ye kalau ada salah dan silap, zahir dan batin, fizikal dan mental... Doakan DRC sambung belajar dengan jayanya... ! Korang jangan jeles tau pesta pizza ni memang terrrbaaaeekkk! Malam ni DRC ada shooting Akademi Pendakwah Muda bersama dengan krew TV Al-Hijrah... Wish me luck... TQ >.<

Sunday, April 1, 2012

DRC @ Kumpulan Media Karangkraf

ASSALAMMUALAIKUM
Apa khabar semua? Hari ni dah masuk April.. Takde yg main april fool ok..!
Tolong lah....
Ok, seperti yang DRC hint sebelum ni, Bulan April ni macam-macam yang akan terjadi dan berlaku..
Dan baru-baru ni, sebelum masuknya April, DRC berada di Kumpulan Media Karangkraf untuk Majlis Penyerahan Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf.
Alhamdulillah...
Inilah hadiah yang cukup istimewa DRC untuk ayah dan keluarga DRC.
DRC kongsikan kesyukuran dengan mereka..
Bergambar dalam Karangkraf Mall.. Cantik..
Inilah hero kebangaan saya... ^_^
Mama dan Ayah bergambar depan 'BAKAL' opis DRC... doakan makbul, aamiin...
Seperti tercatat, DRC akan sambung dalam bidang Komunikasi Koprat di UniSEL, selama 3 tahun..

DRC bersyukur sangat, dan berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf kerana memberi kepercayaan kepada DRC untuk mendapatkan biasiswa ini.. InsyaAllah, DRC akan buat yang terbaik... Dan ini adalah hadiah untuk Ayah, Arwah Mak, Mama dan adik beradik serta sahabat handai, saudara mara dan guru-guru... Terima kasih atas doa kalian dan sokongan serta ilmu yang dicurahkan... DRC tak nak lokek atau kedekut, kat bawah ni nanti DRC sertakan link untuk memohon biasiswa ni macam DRC... 
Walaupun perjalanan kami terlewat sampai gara-gara sesat tak tau jalan, tapi alhamdulillah...
semuanya di percepatkan dan dipermudahkan....

Klik Link Ni untuk Memohon, Terma dan Syarat :



DRC pssssstttt : Setiap yang kita peroleh, kita dapat, jangan lupa untuk bersyukur... Hari ni, dekat kampung, DRC minta ayah buat kenduri doa selamat dan kesyukuran untuk semua nikmat dan rezeki ni.. Walaupun DRC tak bersama kat sana, tapi insyaAllah doa akan terus tak terhenti... Kawan-kawan, terima kasih kerana sentiasa mendoakan DRC yer...hehehe... Tak tau nak balas dengan apa, moga Allah memberkati semua... Minggu ni adalah minggu terakhir praktikal, dan nak meninggalkan tempat praktikal yang masih R A H S I A, berbaur perasaannya...huhuhu..

Tuesday, February 7, 2012

Ucapan Khas DRC Sempena Baucher Buku RM 200 Rakyat =)

ASSALAMMUALAIKUM

Sempena Baucher Buku RM200 Rakyat (bukan nama sebenar), DRC nak buat ucapan.
Meh dengaq nie~~~ 

DRC ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada ayahanda DRC, Encik Musa Kasbullah kerana beliaulah DRC dapat baucher ni...
Beliau tidak pernah berhenti atau lari dari membayar cukai kepada kerajaan.
Segala jenis cukai dia bayar, walaupun duit poketnya yang tak terisi..
Sudahlah bekerja dengan sektor kerajaan, perlu bayar cukai kepada kerajaan sendiri..
Ayah yang menyara 5 orang anak yang belum berkahwin ini mampu membayar semua cukai dan zakat. Tak pernah miss dan lari daripa membayar...
Apabila bercuti ke luar daerah, ayah membayar tol untuk perjalanan...
Walaupun pada asalnya tol untuk memudahkan pengguna..
Ayah oh ayah....
Untuk itu, anakmu ini terima baucher RM200.
Sebenarnya, bukan ayah DRC je yang membayar cukai dan semua yang terluah diatas, tapi ayah-ayah kawan DRC pun.. Kalau yang tiada ayah, lagi sakit.. Ibu tunggal yang penat bersusah payah untuk membayar cukai untuk kemudahan anak-anak, RM200..!

Terima kasih juga kepada Pusat pengajian DRC, yang mana masih menyenaraikan DRC dalam kelompok yang boleh menerima baucher ini.. Walaupun dah semester akhir dan tiada pengajian dalam kelas, buku yang DRC pilih semua ada kaitan dengan kehidupan seorang HAMBA.. moga jalan tarbiah dengan "IQRA'"

Ya, Allah, bersyukur DRC dengan nikmat ini.. Allah yang melimpahkan rezeki, menimpakan bala dan Dialah pencipta segala alam.. Dialah yang menentukan untuk DRC mendapatkan baucher ini..
Allah memberi DRC peluang lagi untuk menambahkan amal dengan IQRA'. 

Akhir sekali, DRC mengucapkan terima kasih kepada Allah, Ayahanda dan kawan-kawan yang membayar cukai kepada kerajaan dan pihak IPT DRC.. ^_^

Berikut adalah dari RM200 Baucher Rakyat :
1. Sepasang jubah,
2. Sehelai kain untuk jubah,
3. Minyak wangi
4. Buku - Pelan Integriti Malaysia
5. Buku - Kenapa Perlu Bercinta
6. Buku - Bagaimana mendapat kawan dan mempengaruhi orang lain
7. Buku - Masih Bujang? Relakslaaaahh~
8. Buku - Kaunseling Individu
9. Buku - Yang Bernama Mahasiswa
10. Buku - Why Smart Study
11. Buku - Terapi Patah Hati
12. Dan beberapa alat tulis..


DRC pssssssstttt : Praktikal walaupun di bahagian pengurusan sekolah, tapi memang mencabar... kalau korang nak tau apa yang mencabarnya, tunggu report DRC nanti.. mesti teballllllllllllll....hahah.. Apapun, inilah proses pembelajaran.. Aik??? Tak tau lagi DRC praktikal kat mana?????hummmm.....

Thursday, February 2, 2012

Lagu Ahmad Nyanyian Arora Salwa Persenda Rasulullah!!??



ASSALAMMUALAIKUM.

Berdesing telinga DRC bila dengar lagu nie...
DRC tengah cari-cari lagu berkaitan Maulidur Rasul untuk persembahan nasyid, tiba-tiba tertangkap dengan lagu nie...
Eh!! Tolonglah...
DRC merayu pada semua...
Siapa yang bertanggungjawab atas semua yang berlaku nie???
Siapa penulis liriknya??
Kalau dia Islam, DRC tak tau lah apa motif dia karang lagu macam nie...

Tak faham???
Dengar...
Dan baca liriknya....
DRC tak gamak nak dengar sampai berulang-ulang sebab DRC dapat tangkap apa maksud lagu ni..
Penggunaan nama AHMAD itu ternyata menyinggung perasaan DRC dan umat Islam lain..
Sedia maklum, nama AHMAD itu juga merupakan nama panggilan junjungan besar kita, Muhammad SAW. Kenapa tak tukar nama ABU?? ATAN???

Kalau kita boleh melenting, orang pijak dan turunkan bendera wajah orang,
kenapa kita tak melenting kes yang melibatkan akidah dan nama Islam???
Mana pergi jati diri ISLAM kita??
atau
Terlalu agungkan jati diri MELAYU???
Fikirkan........

DRC psssssttt : Hilang mood nak cari lagu nasyid... Tapi sebab cintakan Rasulullah, kita selawat banyak-banyak sempena Maulidur Rasul ahad ni.... Cintailah dengan sepenuh hati.. Kerana Rasulullah sentiasa mengingati kita, sepanjang Baginda hidup, sehinggalah wafat.. Tapi kita???
InsyaAllah... Sama-sama kita tingkatkan amalan... untuk praktikal DRC, DRC dah stop jadi guru sementara, sebab dah masuk bulan Febuari kan?? jadi, DRC meneruskan kerja-kerja di bahagian pentadbiran.. InsyaAllah semua dipermudahkan...
budak-budak karate-do

Sunday, January 29, 2012

TIPS | Hilangkan Pedih Mata Cara DRC

ASSALAMMUALAIKUM..
Musim panas di bahagian utara memang semakin membara..
Dan kesan sampingan terhadap kesihatan seharusnya perlu menjaga ia lebih baik..
Tapi, kadang-kadang, sakit yang kita alami sebenarnya penghapus dosa...
Dan juga kadang-kadang sakit kita juga berpunca dari amalan kita...

Ok, baru-baru nie, DRC diserang sakit mata, sebelah kanan..
Memang kebiasaan sakit mata nie..
Sebabnya DRC dapat rungkai beberapa punca :
1. Tidur menghadap lampu terang.
2. Tak cukup tidur.
3. Dah tinggalkan cermin mata.
4. Kurang makan carrot

Ok, tapi tips hari nie untuk hilangkan pedih yang DRC alami macam nie..
Tak suke mata SEPET  -.-

1. Ambil sapu tangan yang halal dan bersih, kemudan kemam di bibir dan hembuskan seperti menyebut "haaaaaaaaaaaaaaaaaaa" pada sapu tangan yang halal dan bersih tu..

2. Tekap pada mata yang sepet tu... Lama sikit.. Sambil selawat. Kalau boleh, ulang beberapa kali sehingga lega.


3. Tadaaaaaa!! Mata yang sepet kembali membesar...heehe.. 
Alhamdulillah.

DRC pssssstt : Hidup nie, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... Sentiasalah solat.. Kerana dalam solat itu ada doa untuk menyihatkan kita.. Dan seala kesakitan ada ubatnya kecuali maut... Selamat beramal... :D Untuk praktikal,,, DRC dah semakin selesa dengan kawan-kawan... Kerja-kerja pun dah mula menjadi rutin harian... insyaAllah, nanti bila DRC dah takde kat tmpat praktikal ni, mesti diorang happy... ^_^

Friday, January 27, 2012

Jangan Ungkit Kisah Silam Orang Lain (Aib)








ASSALAMMUALAIKUM..
Istigfar panjang DRC bila dapat msj dari FB kat atas nie...
Anda boleh baca dan DRC bukan nak aibkan sesiapa, tapi ini pengajaran kepada kita..
Actually, conversation DRC dgn orang nie panjangggg... dan dia memberitahu pada DRC kawan DRC, adalah bekas seorang yang sonsang..! 
Ok, macam dalam conversation atas, DRC tak percaya bulat-bulat sehingga lah DRC tanya kawan DRC tu sendiri... Tak apalah, kalau itu kisah silamnya dan itu pengajaran buat dia jugak..
Yang menjadi masalah, apabila kita yang sudah tau kisah silam dia, dan TAHU dia sudah berubah, janganlah dok ungkit lagi pasal masa silam dia...
Dia berhijrah dan tinggalkan masa lampau, doakan yang terbaik untuk dia istiqomah...

Ok, orang yang hantar mesej pada DRC ni, alasan dia berbuat demikian kerana DRC 'alim' dan boleh nasihatkan dia. ok, DRC cuba nasihatkan dia.. Fine and done..
He's knowing what he did on his past time...
and totally wrong..
Tapi mengapa harus bercerita pada DRC..??
Ini mengaibkan kawan tu sendiri.. Dan menjatuhkan maruahnya..
Kalau kita tahu, kita boleh nasihatkan dengan cara kita berdepan dengan dia sendiri, bukan dengan medium orang lain.. 
Selemah-lemah iman adalah mencegah/membenci dengan hati.
Itu adalah jalan terakhir jika USAHA dari DIRI KITA tak berhasil, bukan mengharapkan orang lain untuk membantu...
DRC berkawan dengan sesiapa sahaja. InsyaAllah terus memberi nasihat pada diri sendiri dan kawan-kawan yang tersayang...

Pada DRC, kalau kita nak perbetulkan seseorang itu, tak salah kalau kita terus menasihati mereka walaupun dia bukan segender kita. 
Memberi nasihat bukan mengira gander atau umur..
Sesiapa yang mampu untuk melakukannya, just go for it..
Kalau tak mampu untuk DO SOMETHING, gunakan hati untuk mencegah/membenci...

Sesungguhnya Allah berjanji,
"Sesiapa yang menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib dirinya,
Sesiapa yang membuka aib orang lain, Allah akan membuka aib dirinya.."
DRC dinasihatkan oleh cikgu DRC dengan ayat nie masa sekolah menengah..
memang terasa dan terrrrrsaaanggat makan dalam..
jadi, kita berusaha untuk menjaga maruah orang lain sebaik mungkin...

Biarkan 'the past is past' tapi kita tahu untuk menilai kisah silam kita..
Jangan sesekali cuba ungkit!
Setiap yang diungkit itu akan mencelakakan diri sendiri dan orang lain...

DRC psssssttt : Memang pening bila dapat berita macam nie.. lebih-lebih lagi kawan DRC tu rapat dan kami selalu berjumpa bila senang... Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya.. Belajar dari kesialapan. Ilmuan Islam menyatakan, "Sesiapa yang masuk ke lubang yang sama untuk kali kedua adalah orang yang BODOH". Jadi, janganlah kita terjebakkan diri dalam lubang yang sama untuk kali kedua.... Ok,,, DRC agak emosi sikit..ehehhe.. tapi boleh kawal lagi... InsyaAllah kita hijrahkan diri kita mencari redha Allah, menanti syurga Abadi... :)

DRC psssst (kuasa dua) : Praktikal dah sebulan...hehee.. DRC menampakkan taring??! OH tidakk... nak ambil baucher RM200 beli novel banyak2... hadiahkan pada semua student, boleh???heheheee

Wednesday, January 11, 2012

DRC Dah Daftar Pemilih, Anda???


Assalammualaikum...

Seperti yang tertera kat tajuk entry ni, DRC dah selamat mendaftar sebagai pemilihi  di negara Malaysia..! Yeeyy!!
Korang yang dah berumur 21 tahun tu bila lagi nak daftar??
Jangan tunggu lagi.....!!!
Cepat daftar sebagai tanggungjawab kita kepada negara tercinta...

DRC nak kongsi sedikit pengalaman mendaftar sebagai pemilih pada hari Isnin lepas.
Mula-mula DRC dah janji dengan kawan untuk daftar bersama-sama pada hari Ahad lepas, tapi kami janji pada pukul 5 petang sebab setahu DRC pejabat pos besar akan tutup jam 6 petang.. Tapi bila dah sampai ke pejabat pos, kaunter dah ditutup hanya kaunter pos, setem dan poslaju je yang bukak... perasaaann terusssss kecewaaaaaa :(

Tapi perasaan tu DRC cuba ubati dengan pergi sendirian ke pejabat pos pada hari keesokkannya (isnin), dan alhamdulillah, DRC curik keluar waktu rehat ke sana...
Sampai je pejabat pos, DRC pergi lah kat kaunter nak amek nombor... Kan kat kaunter tu ada polis bantuan jaga.. Polis tu tanya kat DRC, "Nak apa,dik?"
"Saya nak daftar pemilih"
"Untuk siapa?"
"Untuk saya."
(dalam hati DRC kata, awat?! muka aku muda lagi ka??)
"Ok, amek nombor tunggu bila di panggil bawak IC.ok,"kata pak polis tu..

DRC tunggu dengan kesabaran untuk dapatkan kaunter yang DRC gemar iaitu kaunter 9 kat Pejabat Pos Besar Alor Star.
Akhirnya, DRC dapat jugak kaunter 9..hehehe.. :P
Abang kaunter tu tanya, "Nak apa, dik?"
"Nak daftar pemilih..."
"Bagi IC ye"
DRC pun bagi je la IC DRC yg comel...
Dah siap abang kaunter tu key-in, dia minta nombor telefon utk key-in dalam data..
"Dik, bagi nombor telefon"
(Dalam hati DRC, sibuk je nak nombor aku)
"Nombor telefon saya sama dengan hari jadi saya, abang.. Cuba abang teka,"kata DRC.
Abang tu dah pening dengan kerenah DRC.hahhaa...
Padaan muka dia...
Laast2 abang tu memang tak dapat jumpa...hahaha..kesian dia..
DRC bagi la nombor telefon DRC dengan betul..hahaha
Dah sign dan amek balik IC tu, abang tu tanya kat DRC..
"Alamat rumah tu memang takde nombor ke?"
DRC jawab, "Ada, nombor rumah saya sama dengan bufday saya... :P"
Kesiaan abang tu kene dengan DRC.. menyirap je..

So, bila dah balik asrama (tempat DRC praktikal) DRC jerit YEEEAAHH!!! Dah boleh mengundi lepas ni....hehehe... 
Kalaupun PRU terdekat ni DRC tak dapat, tapi sekurang-kurangnya DRC dah laksanakan step pertama dalam membentuk sebuah negara kita... 
jadi, sudahkah anda mendaftar????

DRC pssssssttt : Kesian kat abang kaunter tu.. hhaha.. anyway, padan muka dia sebab dia buat stail sangat kat gelanggang futsal..hahaha.. :P untuk praktikal, sekolah dah mulakan sesinya.. DRC pula kene buat kerja2 bahagian HEA bila dah start P&P ni.. Barulah tau betapa susahnya nak susun jadual mengajar..heeeeeeee... tapi inilah namanya proses pembelajaran,kan? Tadi baru je habis mengajar subjek sejarah tingkatan 5 sebab ganti guru tak cukup... adeeyyhhh... S E J A R A H ????

Sunday, January 1, 2012

Lantunan Mahabbah Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum...

Apa khabar semua? Sihat ye...? DRC mendoakan semuanya sejahtera bila dah masuk tahun 2012.. DRC tak nak lah wish new year... Tapi DRC nak ajak sama-sama kita ucapkan 
ALHAMDULILLAH
kerana kita masih lagi diberikan kehidupan dalam 2012...
Jangan terlalu terikut sangat dengan cara barat yang ternyata mengancam umat Islam..
Sedar tak sedar, sebenarnya kita sedang berperang dengan yahudi..
Perang 'saraf' diisytiharkan oleh orang yahudi selepas mereka kalah dalam peperangan-peperangan semasa zaman Rasulullah bersama para sahabat... 
Jadi, apakah kita kalah???
Tanya iman kita...

Baru-baru ni, DRC bersama Sir Azman (guru di Maktab Mahmud Yan) dan beberapa sahabat menjayakan Slot Qasidah Sentuhan Qalbu Sempena Lantunan Mahabbah Rasulullah, yang DRC pernak promote dalam entry sebelum ni..
Jom selidik gambar-gambar DRC di sana..

sebelum ke pentas

bersama sahabat baru. :)
di atas pentas... berdebar...

bersama Ulama' Muda tersohor, Syeikh Zainul Asri

OTW makan (qada' makan pagi, tengahari dan malam)

Malam kemuncak.. Qasidah Perdana.

Sesak jalan, tapi alhamdulillah, DRC di saf hadapan. :)

DRC psssstt : Setiap kejadian itu ada jalan ceritanya.. Dan tahun 2012, jika kita anggap ia terlalu penting untuk kita, teruskanlah untuk mementingkannya lebih daripada tahun hijriah. Dan jalan cerita yang telah ditetapkannya itu adalah skrip perjalanan cerita seseorang... Apakah kita lari dari skripnya?? Untuk Dunia praktikal DRC, DRC tengah bersiap sedia untuk kemasukan pelajar baru yang akan bermula pada 3hb Januari nanti.. Bersiap sedia pulak dengan minggu orientasi di kem.. Wahh.. Ini yang DRC suka.. Kem..Kem..Kem...heheheee... :D





Thursday, December 22, 2011

DRC Menyokong Adam Adli

ASSALAMMUALAIKUM..
Bestkan tajuk entry kali ini...

Ya, DRC mengaku bahawa, DRC Menyokong Adam Adli dan akan bersamanya walau hanya sebuah doa... InsyaAllah...


KENAPA DRC SOKONG ADAM ADLI :
1. Bila DRC tengok Adam Adli, DRC teringat kat vlogger terkenal, MatLutfi.hehehhe
(mengarut je)
2. Pendirian Adam Adli sebagai seorang mahasiswa.
3. Keberanian Adam Adli dalam menegakkan kebenaran.
4. Restu dan dorongan keluarga beliau.
5. Kekentalan Adam Adli dalam menjawab segala pertanyaan dari media.

DRC mendoakan keselamatan Adam Adli dan keluarganya dari kecaman pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Adam terhadap insiden menurunkan bendera DSN menggantikan dengan bendera Kebebasan Akademik, dan kemudian menurunkan kembali bendera Kebebasan Akademik dan menaikkan semula bendera DSN.. InsyaAllah, Allah bersama-sama orang yang benar. :)

Untuk hari ini punya praktikal, DRC menyertai perjumpaan guru-guru untuk membincangkan tentang pengambilan 2012 dan minggu orientasi juga menghantar surat tawaran kepada pelajar-pelajar...hehehe.. penat jugak hari ni...ermm..hehehe...
Letih,, Ustaz Syamsul masuk meeting sampai perut berkeroncong..hahha

DRC pssssttt : Okey tak kalau DRC ada bendera DRC...wahhh.. kelassss!~~hahaha... Tapi apapun, simbolik Adam Adli itu telah mendapat perhatian seluruh negara bahawa insitusi pendidikan kita dalam keadaan tenat yang sukar dilihat dengan mata kasar... Mungkin ada yang tidak menyokong Adam Adli, terpulang. Tidak salah untuk tidak menyokong dan tidak betul jika menyokong.. Semua tindakan adalah dari diri kita sendiri.. Sama ada kita perlukan perubahan secara total atau retorik dan sandiwara yang diwayangkan sahaja... Renungkan....

Wednesday, December 21, 2011

REWIND 2011 : Sebelum buku ditutup #2

Assalammualaikum...
Salam Mahabbah Ukhwah Fillah...
DRC dapat  khabar, beberapa daerah di Johor dah mula banjir...
Ya Allah...... Terima kasih atas ujian ni, tapi ringankanlah beban kami... Aamiin..

Ok, jom review lagi sepanjang 2011 bersama DRC...
Dari bulan April - bulan Jun.
(Bulan Cuti Semester)

APRIL
1.
Bulan April ni sebelum exam final, DRC sempat join KBM (Keindahan Bersamamu) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM. Actually, DRC didedahkan dengan bermacam perkara oleh KRJ nih.. insyaAllah, DRC nak berbakti kepada mereka yang berbakti pada DRC..
 ^_^ rindu KBM!

2.
Bila teringat berbaju macam ni, DRC takleh bayangkan kalau ada pelamin..hOhOOOHooo..
Pakaian yang disponsor oleh butik Pengantik Eila Shahab Perdana, sempena DRC menjadi Pengacara majlis untuk konsert Amal anjuran Kemudi... Pertama kali menjadi MC berseorangan tanpa teman...huhuhuhuhu..

MEI
1.
Sesuatu yang memberi impak kepada DRC sendiri.. Asrama Tahfiz yang didiami anak2 kecil, musnah ditimpa tanah.. ya Allah, hebat ujianMu.... ramai yang terkorban tapi apapun DRC mendoakan anak2 tersebut mendapat gelaran syahid kerana mereka dalam pengajian memperjuangkan al-Quran...
Al Fatihah....

2.
PAAALIIINGG HOT!!
Pada bulan Mei, semasa cuti semester, warga kampus KUIN dikejutkan dengan tindakan pihak kampus yang menggantung pengajian mereka-mereka diatas atas alasan, berdemo..ermmm.. DRC malas nak ulas panjang sebab DRC sendiri turun berdemo.. Apapun ini semua adalah sebuah rancangan untuk menyelamatkan dan lebih mencintai BUMI INSANIAH... Allahu akhbar!!

JUN
1.
Hot Dady and Mama..! <3
Time ni kami sefamily bermain bowling bersama2.. DRC lah yang beria2 sangat nak main dengan family... yelah... biasanya kami pergi bercuti ke tempat2 peranginan.. tapi sejak DRC masuk kolej,, tak pernah lagi bercuti berpiknik mcm dulu2.. lantas, mengambil inisiatif (SKEMA!!) untuk bermain bowling bersama2 sambil2 tu sambut bufday ayah pada 16-6 dan mama pada 17-6...sweet kan my dady!! the great father mostt!!!
2.
TUkar Header...haaa... time ni jugak DRC tukar header DRC...hehehee... walaupun dah tukar template, tpi DRC masih belum tukar header.. header yang atas ni yang latest, korang nak tengok header yang dolu2 punye..?? nahh.. hameeekk!

serabOT!!hahahaa

3.
Cuti semester, DRC manfaatkan dengan mengikuti program fasilitator kat SMKKulim... Haaa.. kat sinilah DRC kenal dengan SUP3RMAN..haaaa.. Sup3rman yang ramai peminat tu....huhuhuu.. apapun memang cuti semester yang panjang ni DRC sendiri serabot tak nak balik johor..hahahaa..

DRC psssstt : Sempat ke nak review sampai habis 2011..??hahahaaa.. InsyaAllah sempat je kalau nak muhasabah diri ni kan..? Untuk keje praktikal semalam dengan hari ni, DRC membantu dalam penyediaan bahan2 untuk kursus guru...heehehee.. bukan DRC yang bagi talk laaah.. DRC join kejap je.. tapi tak sepenuhnya... Apapun memang sonok keje praktikal ni.... Hari Khamis ni nak balik johor.. sapa nak ikot..???






Monday, December 19, 2011

Praktikal 2 : Ambil semangat peserta program!

Assalammualaikum, semua....!
Hari Isnin yang memulakan minggu kepada anda!! :)
Pagi-pagi tadi, DRC dah dapat kuntuman senyum dari pakcik arab yang jual roti canai depan kolej...!
Yeahh! Alhamdulillah... Sebab apa...??
Sebab pakcik tu tak buat order yang DRC minta... aduihhh~~
Laporrr lah jawabnye..... Tapi DRC senyum kat pakcik tu dan terus pergi sebab waktu kerja menghampiri....

Hari kedua praktikal dekat tempat yang masih dirahsiakan lagi...errrmmmm...
Hari ni, DRC terus ke kawasan program yang semalam (sambung hari ini)
... dan terus melakukan kerja-kerja :
- membantu menyediakan makanan para peserta
- membantu menyiapkan persiapan pendaftaran peserta baru
- membantu para peserta dalam pemahaman soalan penceramah.

DRC dah sihat sikit, cumanya hari ni DRC curik kekuatan dari semangat para peserta program!
Yeaaahh!! Subahanallah... Peserta-peserta semakin bersemangat untuk hari terakhir ni..
Apapun jom DRC kongsikan gambar-gambar hari ini...

DRC psssttt : Sungguh hari ini DRC tak sarapan lagi... Takpe lah pakcik tu tak buat order DRC sebab dia dah lupa kot... banyak order kan.... Esok nak pegi opis awal nak sarapan dulu... even air je pon..! OK! Ambil iktibar...! Anyway, DRC mewakili pihak yang menguruskan program, mengucapkan terima kasih kepada adik-adik yang menyertai program dan memberi komitmen! Terima kasih sangat... InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi yer.... Ada seorang adik tu,, dia mintak FB DRC, tapi DRC bagi no handphone nanti DRC SMS nama facebook sebab nanti diorang pelik pulak dengan nama FB DRC..wakakaka!! :)

Sunday, December 18, 2011

Praktikal 1 : DRC Demam

Assalammualaikum... Salam ceria...
Sihat semua..? Alhamdulillah... DRC doakan semuanya sihat-sihat belaka...
Hari ni adalah hari pertama DRC memulakan praktikal (latihan industri). 
Nak tau di mana...?? Sebab ramai diantara kawan-kawan DRC tak tau DRC praktikal DRC sebab DRC ni memang suka simpan rahsia... sangattt!! :P

Ok, nanti DRC bagi tau ok...
Hari ni DRC demam.. tapi tak delah teruk sangat.,,
Sampai je office pukul 8.10 pagi sebab jem keretapi lintas..hahaha..
Lepas tu, DRC diminta oleh manager untuk masu ke dalam office, DRC pun masuk lah... 
Diorang semua ada program kat luar, jadi DRC tunggu dalam office.. 
Dengan tak sarapan, duduk je lahh....
Sampai DRC tak boleh tahan lagi sebab demam dah nak terus merebak, DRC mintak bos untuk join program kat luar tu, DRC nak naik kenderaan sendiri..hehehee..

Antara tugasan DRC kat program tu adalah,
menyediakan makanan peserta program,
membantu melicinkan perjalanan program,
memjadi pemudah cara para peserta.
sekitar dalam tempat program

DRC pssssttt : DRC teringat dengan kata-kata seorang ilmuan, segalanya bermula dari Otak. Apabila otak mengatakan kita sakit, kita akan sakit.. Apabila otak kita menyatakan kita sihat, kita akan sihat. Kerana otak menerima arahan dari kita untuk bertindak. Jadi, DRC menggunakan kata-kata tu, bahawa DRC tak nak demam hari ni, DRC nak sihat dan menggagahkan diri untuk terus bekerja kerana ini adalah hari pertama.! Apapun, korang semua pun boleh buat macam DRC. InsyaAllah berkesan....hehehe

Klik-Klik

IKLAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...