Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

29 August 2012

Gadis Maut Di Lorong Kecemasan..



BUKIT BERUNTUNG - Dalam satu kemalangan di Kilometer 430.9 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, seorang penunggang remaja perempuan maut apabila motosikalnya terbabas di lorong kecemasan semalam.Mangsa, Nur Sabrina Sulaiman, 21, menunggang motosikal bersendirian dipercayai datang daripada Alor Setar, Kedah menuju ke Kuala Lumpur.Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala dalam kejadian pada pukul 4 petang itu.Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kemalangan maut kedua ini berlaku hanya 1 km dari lokasi kemalangan pertama yang melibatkan seorang penunggang motosikal lelaki.

Sumber : Sinar Harian.

Al-Fatihah buat arwah. Berani betul dia kan, dari Alor Star nak ke Kuala Lumpur menunggang motorsikal bersendirian.. Seumur hidup kamezaim, hanya sekali kamezaim menunggang motorsikal dari Kuala Lumpur ke Perlis kemudian esoknya pulang semula ke Kuala Lumpur. Seksa dan deritanya hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah, perjalanan kamezaim selamat tanpa sebarang musibah..

Nasihat kamezaim, tanyalah diri sendiri.. Yakin atau tidak. Nyawa melayang ibarat sekeping kertas yang di tiup angin. Jadi, sayangilah nyawa anda, jagalah diri anda...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

03 October 2009

Noordin Mohammad Top..



Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke Kluang, Johor, pada 1 Oktober 2009. Noordin diburu selama 9 tahun dari tahun 2000-2009 selepas peristiwa 911. Jenazah disimpan sementara di Hospital Polis Kramat Jati. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun.

Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu selain senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen. Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu.

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin.Wanita hamil yang cedera parah dalam serbuan itu ialah Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.

Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di Pasar Gading, Solo pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di Bekasi. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.

Putri Munawaroh adalah isteri Hadi Susilo @ Adib dan mereka menyewa rumah di Kepuhsari. Hadi Susilo turut maut dalam serbuan sementara Putri Munawaroh ditembak di paha kiri . Wanita hamil ini diterbangkan ke Hospital Polis Nasional Kramat Jati, Jakarta Timur.Munawaroh mengandung 22 minggu. Munawaroh dan suaminya menyediakan rumah untuk menyembunyikan Noordin dan lain-lain.Mereka juga menyediakan bahan letupan.

Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan Solo. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di Kudus. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di Purbalingga.

Sumber Artikel : Wikipedia.













Al-Fatihah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 August 2009

Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas..

Assalamualaikum..
Alamak, siapa plak Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas ni?. Tentu ramai yang tak tahu dan tentu ramai yang tak pernah nak ambil tahu siapakah di sebalik nama ini. Almaklumlahkan, Malaysia sudah merentasi generasi demi generasi. Manalah orang sekarang nak tahu siapa dia yang ketika itu mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan tanah air dan hak orang melayu. hehe Kamezaim tahu ada juga yang tahu.. hehe Pada yang tak tahu, mari sini kamezaim nak berkongsi serba sedikit tentang Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas.


Haji Hassan Bin Panglima Mat Munas adalah nama sebenar bagi seorang pahlawan melayu iaitu Tuk Janggut. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

* Sumber Artikel : Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia.


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

05 June 2009

Kau Pengkhianat Negara!


Kau bukan perwira
Kau bukan pembela Negara
Kau adalah pengecut
Kau adalah pengkhianat Negara..

Kerana kau kami berendam airmata
Kerana kau juga kami bermandikan darah
Kerana kau kami berjuang bermati-matian
Kerana kau juga kami menentang habis-habisan..

Rundingan di baling kau tidak endahkan
Peperangan juga yang kau inginkan
Pantang undur kami tetap mara
Rejimen Gerak Khas tetap bersatu
Teguh membela Negara..

Malaysia bukan Negaramu
Jangan kau cuba kembali ke sini
Langkah mayat kami satu persatu
Kan kami pertahankan hingga ke
Titisan darah yang terakhir..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Sekadar Renungan..

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap sihat lah ye.. Esok ramai juga yang cuti kan dan ada juga yang terpaksa bekerja. hehe Kepada yang bekerja, selamat bekerja. Kepada yang bercuti plak, selamat bercuti. Di bawah ni ada satu video. Video ni agak ngeri dan tidak sesuai untuk tontonan pada mereka yang di bawah umur. Bagi mereka yang rasa tak seharusnya tengok, janganlah tengok. Jangan paksa diri untuk tengok. Takut nanti lain pula yang jadinya. hehe Menurut sumber, video ini di ambil di Thailand. Jom kita tengok..




Errrrrr..... Amacam, ok tak? Kalau ada yang dah nak termuntah, kamezaim minta maaf ye.. hehe Kamezaim pun tak pasti lagi siapa bunuh siapa. Sama ada orang Islam bunuh orang bukan Islam atau orang bukan Islam bunuh orang Islam. Itu kamezaim tak tahu ok..

Tapi, adakah semua ini harus terjadi? Yang di bunuh bukan tentera atau polis tapi orang awam yang tidak berdosa. Orang awam yang tak tahu apa-apa di bunuh macam binatang. Nyawa adalah satu anugerah yang tidak ternilai, janganlah meragut nyawa mereka yang tidak berdosa. Kerana kita juga punya nyawa seperti mereka, kita serupa saja. Kita bukan Tuhan, kita tidak berkuasa. Kita hanya berlagak saja yang kita ni berkuasa tapi hakikatnya kita ni hanya insan kerdil yang tak punya apa-apa kuasa, hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa di alam semesta ini. Kalau kita bunuh mereka seperti itu, tidak terfikirkah kita macam mana agaknya kalau mereka pula yang membunuh kita sebegitu rupa?. Fikir-fikirkanlah..

Andai mereka yang di bunuh itu adalah saudara-saudara kita, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat roh mereka. Moga roh mereka tenang bertemu yang maha Esa di sana. Kepada mereka yang mencetuskan keganasan, hentikanlah segera. Kerana keganasan bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya mampu meruntuhkan sesebuah negara. Keganasan dan peperangan adalah satu perkara yang seharusnya kita elakkan..

Renungkanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

17 January 2009

Semenanjung Gaza..




















Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T,
Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau tabahkanlah hati mereka,
Kau hancurkanlah rejim zionis dari muka bumi ini,
Hanya kepada-MU aku meminta dan kepada-Mu jua aku berserah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

23 October 2008

Samad (Lefthanded) Dalam Kenangan..

Abdul Samad Mean
26 September 1963 - 23 Oktober 2008

Assalamualaikum..
Tanggal 23 Oktober 2008, seluruh persada muzik tanah air menjadi suram kerana kehilangan lagi seorang pemain gitar yang pernah menggegar persada muzik tanah air pada era 80'an iaitu Abdul Samad Mean atau lebih dikenali sebagai Samad Lefthanded. Abdul Samad Mean dilahirkan pada 26 September 1963 dan kini berusia 45 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira pukul 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Ulu Kelang, Selangor. Allahyarham pernah menganggotai kumpulan lagenda rock iaitu Lefthanded. Allahyarham bersama kumpulan lefthanded sejak awal penubuhan kumpulan tersebut iaitu pada tahun 1985.

Semoga roh beliau ditempatkan diantara golongan-golongan orang yang beriman. Biarpun kini beliau sudah tiada lagi, namun petikan gitar beliau tetap diingati dan sentiasa berkumandang di radio-radio tempatan hingga kini dan mungkin selama-lamanya. Hanya peminat setianya sahaja yang akan dapat membezakan yang mana satu petikan gitar oleh Allahyarham Abdul Samad Mean atau saudara Man Kidal..




Al - Fatihah buat Allahyarham Abdul Samad Mean..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 June 2008

Malaysia Tanah Air Ku





Mahukah anda jika situasi ini berulang lagi?Melihat anak-anak kecil mati tidak berdosa,rumah yang di bina musnah dalam sekelip mata.Hancur berkecai bagai tiada penghuni,menjadi pelarian di tanah sendiri.Bagi mereka yang pernah melalui saat-saat getir itu,mungkin jauh lebih memahami apa yang tersurat mahupun yang tersirat di sebaliknya..

Negara Malaysia sudah lama merdeka,namun tidak bererti ianya akan selamanya aman.Kita harus bersedia menghadapi seribu kemungkinan dan seribu musibah yang bakal melanda negara kita yang tercinta ini.Jangan kita alpa dalam kemewahan hidup hinggakan membiar maruah negara tergadai.Mengejar pembanggunan,mengejar kekayaan dan mengejar pangkat dan juga darjat hingga kita terlupa pada ibu pertiwi yang mungkin akan bergelora dihujani peluru musuh.Pada ketika itu,harta sebesar gunung,pangkat dan darjat sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.Hanya mampu melihat darah merah mengalir ke bumi dan musnahnya kota yang di bina selama ini..

Marilah kita sama-sama menilainya.Jangan biar tanah air kita dijajah sekali lagi,cukuplah beberapa kali tanah air kita bergelora oleh ledakan motar.Biarlah ianya menjadi sejarah yang tidak mungkin akan berulang lagi.Sama-samalah kita mempertahankan maruah negara dan juga harga diri kita sebagai rakyat Malaysia..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 May 2008

Al-Ma'unah

Al-Ma'unah adalah sebuah organisasi pengganas militan di malaysia yang terkenal dengan keberaniannya melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk,Perak dan terlibat dalam pertempuran di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Organisasi :

Nama penuh organisasi tersebut dikenali sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut [1] dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam". Menurut jangkawaktu kononnya "Ma’unah" bermaksud sesuatu yang amat luarbiasa akan berlaku pada golongan sederhana orang Islam (paranormal). Pertubuhan ini dikatakan mempunyai keahlian seramai 1000 ikhwan yang berpusat di Malaysia, Brunei,Singapura,Mesir dan Arab Saudi.

Pengepungan Tentera Di Sauk :

Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al-Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik,Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebut [2].

Mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut.

Pada 2 Julai 2000 awal pagi, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf 'Z', anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero. Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

27 orang ahli tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk,Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjataapi tersebut telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma'unah. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Serah Diri :

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau.

Leftenan Jeneral Zaini bergerak ke markas tersebut bersama dengan 43 orang anggota pasukan elitnya dengan empat kereta perisai diikuti dengan 16 anggota infantri selepas ASP Abdul Razak bin Mohd Yusof dan anggota pasukan polis anti-pengganas bertemu dengan Amin dan memaklumkan kepada Zaini. Abdul Razak memaklumkan kepada Zaini bahawa ketua kemupulan Al-Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Apabila perjumpaan tersebut, hanya 15 anggota Al Ma'unah sahaja yang terlibat dalam kecurian senjata menyerah diri tetapi mencampakkan parang yang didakwa mereka telah diukir dengan ayat Al Quran tetapi kemudiannya berlembut hati. Abdul Razak turut dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas jasanya sebagai pengantara dalam insiden tersebut. Abdul Razak adalah pegawai yang mengetuai pasukan payung terjun polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas, Polis Diraja Malaysia.

Kematian :

Dianggarkan tiga orang telah terkorban sebelum kumpulan tersebut menyerah diri. Detektif Koperal R. Sanghadevan daripada Cawangan Khas PDRM dibunuh, sebahagiannya mendakwa beliau terbunuh, semasa pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera. Pengganas militan tersebut turut membunuh seorang anggota komando, Truper Mathew anak Medan dari Grup Gerak Khas ATM, yang mana beliau ditembak mati oleh Jemari Jusoh. Kesemuanya diseksa sebelum dibunuh. Orang ketiga yang terbunuh adalah seorang daripada ahli kumpulan tersebut dimana beliau ditembak mati apabila beliau enggan menyerah diri.

Semua yang dipercayai masih didalam pengepungan tersebut, berakhir dengan kematian seorang anggota Cawangan Khas dan seorang anggota komando, telah dijadikan sandiwara oleh kerajaan untuk melihat betapa bahayanya extremis Islam. (Zabidi Ibrahim)

Serangan Lain :

Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom tangan yang dirampas daripada kem tentera.

Al-Fatihah buat anggota-anggota keselamatan negara yang gugur ketika tragedi itu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP