Saloma - Air Mata Di Kuala Lumpur
Airmata di Kuala Lumpur
Jatuh berderai hancur berkecai
Aku menangis tidak terhingga
Putus kasih yang tak ku duga
Dikau pergi tak tinggal pesan
Hancur musnah impian mulia
Istana ku bina menjadi pusara
Gelaplah pasti masa hadapan
Jiwaku merayau utara dan selatan
Hidup sudah tiada bererti
Zahirku hidup hai batinku mati
Remuk redam hatiku hancur
Airmata di Kuala Lumpur
Hidup sudah tiada bererti
Zahir ku hidup hai batin ku mati
Remuk redam hatiku hancur
Airmata di Kuala Lumpur
* Lagu ini dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan dinyanyikan oleh isteri beliau iaitu Saloma atau nama sebenarnya adalah Salmah Ismail. Lagu ini merupakan lagu terakhir ciptaan beliau sebelum beliau meninggal dunia pada 1973. Lagu yang menjadi latar belakang blog ini sekarang adalah lagu tersebut.
** Selepas itu, Saloma ada pula menyanyikan lagu sambungan dari lagu ini yang dicipta khas untuk suami yang tercinta iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Nak dengar lagu tersebut? Jom pergi sini.. >> Klik <<

Read more...