Showing posts with label Kecewa. Show all posts
Showing posts with label Kecewa. Show all posts

25 March 2011

Klinik Kerajaan Yang Bangang!!







Assalamualaikum..

Kamezaim pun tak tahulah sama ada nak ketawa ataupun nak marah sekarang ni. Pagi tadi kamezaim pergilah Poliklinik Komuniti Kelana Jaya untuk buat pemeriksaan. Kamezaim temankan kawan kamezaim sebab dia ajak kamezaim temankan dia. Mula-mula tu kamezaim tanyalah dia, nak pergi klinik swasta atau kerajaan. Dia kata nak pergi klinik kerajaan sajalah sebab murah, cuma bayar RM 1.00 sahaja. Tapi dia tak tahu di sebalik murah tu ada hikmah di sebaliknya.. hehe Memandangkan kamezaim pernah menerima rawatan di klinik kerajaan jadi kamezaim terangkanlah pada dia bagaimana rawatan dan layanannya tapi kawan kamezaim ni macam tak percaya. Jadi, kamezaim pun bawalah dia pergi klinik kerajaan dekat Kelana Jaya..

Setibanya kami di klinik tersebut, kami pun terus pergi ke kaunter pendaftaran. Orang tak berapa ramai masa tu. Selepas dia daftar, kami pun tunggulah nombor giliran. Lebih kurang 30 minit macam tu, nombor giliran kami pun tertera di situ dan kawan kamezaim ni pun terus masuk ke bilik doktor. Kamezaim rasa tak sampai 5 minit kot, kawan kamezaim ni pun keluar dari bilik rawatan tersebut. Kamezaim pun hairan, sakit bukan main. Macam dah nak mati tapi buat pemeriksaan cepat macam tu. Pelik.. Pelik.. Mesti ada yang tak kena..

Kamezaim pun tanya kawan kamezaim ni, dia kata dia dah ceritakan semuanya dari A sampai Z pada doktor tersebut tapi doktor tu cuma kata 'muscle' koyak sebab banyak duduk dan berdiri. Doktor tu pun tulislah nama ubat atas kertas dan kami pun serahkan pada bahagian farmasi. Atas slip pemeriksaan tu tertulis nama ubat "Buscopan" dan "LMS" tapi yang kami terima dari farmasi adalah "Paracetamol". Logik tak??. Farmasi tu kata "LMS" habis, jadi dia beri Paracetamol sahaja. Selepas tu kami pun keluar ke pintu utama klinik tu.
Masa berjalan keluar kamezaim rasa macam ada yang tak kena, kenapa doktor tulis ubat lain tapi kenapa kami dapat ubat lain. Kamezaim pun ajak kawan kamezaim tu masuk semula tapi dia kata biarlah. Kamezaim paksa dia juga, benda macam ni bukan boleh buat main-main. Silap makan ubat boleh lumpuh tau.

Kamezaim pun terus masuk dan menuju ke bilik doktor tu balik. Semua orang tengok kamezaim.. hehe Kamezaim pun tanyalah doktor tu begini :-

Kamezaim :- Doktor, kenapa kawan saya ni sakit separuh mati tapi doktor cuma bagi dia 1 jenis ubat saja?.

Doktor :- Saya nak cucuk dia tapi dia tak mahu, jadi saya bagilah ubat saja. (Nada sedikit tinggi.)

Kamezaim :- Masalahnya sekarang, dia ni bukan demam doktor. Dia sakit kat belakang pinggang. Yang doktor pergi bagi "Paracetamol" tu buat apa!. Walaupun saya ni tak pandai dalam bab-bab kedoktoran ni tapi saya masih belum buta, doktor!.

Doktor :- Eh.! Bila masa pula saya tulis "Paracetamol". Saya tulis "Buscopan" lah.. Doktor tu pun macam kebingungan. Dia minta saya rujuk semula dekat farmasi.

Dengan bengangnya, kamezaim pun pergi pula dekat farmasi tu. Kamezaim tanya staff perempuan tu, kenapa doktor tulis "Buscopan" tapi awak bagi "Paracetamol"..?!!. Dengan selamba saja dia jawab, "Paracetamol" samalah juga dengan "Busopan". Satu-satunya jawapan yang paling bodoh pernah kamezaim dengar. Setelah bertekak dekat 5 minit kat situ, barulah dia mengaku yang dia tersalah bagi ubat. Betapa bodoh dan bangangnya perempuan tu. Dia ingat kamezaim ni buta ke apa..!!. Selepas tu dia tukarkan "Paracetamol" tu dengan "Ibuprofen". Hurrmmmm... Kamezaim pun dah letih nak bertekak lagi dengan perempuan bodoh tu, sekarang ni kamezaim pun tak tahu sama ada "Buscopan" tu habis atau memang dia tak pandai nak cari ubat. Kalau habis, cakap saja habis. Senang cerita, lebih baik tutup saja klinik tu. Kemudian kamezaim pun nasihatlah kawan kamezaim tu, tak perlulah makan ubat "Ibuprofen" tu sebab doktor pun tak ada tulis pun dalam slip rawatan nama ubat tu.. Kalau makan takut-takut nanti, lain pula yang jadinya.. Begitulah ceritanya yang ingin kamezaim kongsikan dengan anda semua.. Semoga apa yang kamezaim lalui ini dapat menjadi pengajaran buat anda semua..

Buat PKD Kelana Jaya, sila pastikan semua staf-staf anda berkelayakan dan benar-benar ikhlas untuk bekerja. Jangan kerana kesilapan dan kebodohan anda, membuatkan hidup orang lain teraniaya. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 March 2011

Untukmu Dato' A...


Assalamualaikum..

Dah lama blog ni tak berupdate.. hehe Sibuk yang teramat sangat.. huhu Rasa rindu plak nak menaip kat sini. Kamezaim harap anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. PC kamezaim rosak, ni pun pinjam laptop member jap.. hehehe

Entry kali ni kamezaim nak luahkan sedikit kebengangan di jiwa ini. Entry ni kamezaim tujukan khas buat seseorang itu. Tak perlulah agaknya kamezaim nyatakan siapa dia.. Untuk pengetahuan Dato' A.... , Duit bukanlah segala-galanya. Apa guna duit yang banyak kalau kedekut nak mampus. Mengalahkan haji bakhil. Nak orang buat semua kerja, itu lah, ini lah tapi bab kebajikan bukan main susah. Apa punya Dato' daaa....

Pergi out-station pun tak beri elaun, makan pun sendiri bayar. Kerja mau perfect tapi hati banyakkk busuk.. Depan orang lain bukan main berlagak macam dia tu pemurahlah, dermawanlah padahal kedekut taik hidung masin. Buat Dato' A.... , ingatlah bahawa aku ni yang jaga keselamatan kau, aku ni jugalah yang simpan rahsa kau seketat-ketatnya dan aku ni jugalah yang cover kau ketika kesusahan. Kalau kau tak jaga kebajikan aku, macam mana aku nak jaga kau!!. Fikirlah sikit Dato' A.. , aku bukan minta kau bagi aku tiap-tiap bulan beribu-ribu tapi cukuplah sekadar aku rasa pengorbanan aku selama ni di hargai. Patutlah sebelum aku tak pernah ada satu pun yang bertahan lama dengan kau, selagi kau tak ubah cara kau selagi tu lah tak ada siapa pun boleh bertahan lama dengan kau!!. Sendiri fikirlah Dato'...

Aku bukan kerani, aku bukan kerja pejabat. Kalau aku kerani, aku boleh balik makan rumah. Tak perlu apa-apa elaun. Tapi masalahnya sekarang, aku habiskan setiap masa hanya dengan kau saja tau tak!!. Mana kau ada, di situlah juga aku ada!!. Tak kan itu pun kau tak boleh nak fikir!. Jangan kira mulut dan perut kau saja, aku pun macam kau juga perlu makan, perlu rehat!!..

Kepada Dato' A... , selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar tapi ingat, tak selamanya aku mampu bersabar. Mungkin akan tiba masanya jua untuk aku ucapkan pada kau "Hye Hye Bye Bye.."


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

13 November 2010

Kenapa Dan Mengapa...

Assalamualaikum & sakam sejahtera buat semua teman-teman lama ku di sini..

Wah, memang dah lama kamezaim tak guna blogspot ni.. hehe Biasalah, sebelum ni kamezaim guna site lagi satu iaitu www.kamezaim.com tapi sekarang kamezaim terpaksalah guna blogspot ni balik sebab kamezaim malas nak renew domain tu. hehe Wahai teman-temanku sekalian, semoga sihat dan ceria hendaknya. Hari ni sabtu, kebetulan pula hari ni dan esok cuti, so tak ada apa nak buat. Tu yang terfikir balik untuk hidupkan kembali blogspot ni.. hehe

Tak tahu mana nak pergi, kereta pula rosak.. Hurmmm Nak duduk kat rumah je, terasa seribu satu tak jadinya.. huhu Biasalah, kamezaim dah biasa keluar, pergi sana, pergi sini tiba-tiba nak duduk saja kat rumah.. Perghh... rasa macam hidup ni tak lengkap je.. hehe

Ntahlah, kamezaim sebenarnya tengah terasa sedikit kecewa dengan seseorang. Baru semalam kamezaim call dia, dengan harapan dapatlah bercakap, mendengar suara dia tapi apa kan daya, lain yang diharap lain pula yang jadinya.. Kenapalah perempuan ni hanya fikirkan diri sendiri?. (Tak semua lah). Di bibir kata cintalah, sayanglah, rindulah tapi perbuatan dan cara tidak sama seperti di bibir.. Mengapa ya..??.

Adakah "Manis kata di bibir saja tapi di hati lain bicaranya.." hehe Bila dia dah terlalu marah lah kononya, dia ingat dia saja yang tengah marah.. hurmm Macam-macam keluar dari mulut dia.. Ada ka patut semalam dia kata dia menyesal mengenali kamezaim lah, tak nak dengar suara kamezaim lah hanya kerana kamezaim tanya dia kenapa sejak dua menjak ni dia macam tak ambil peduli kat kamezaim.. Ye lah, kamezaim pun perlukan perhatian dari dia jugak.. Walaupun bukan 24 jam sehari tapi sekurang-kurangnya luangkanlah sedikit masa untuk kamezaim. Ni yang dia tahu, lepas balik kerja terus main FB. Lepas tu dah dekat-dekat dia nak tidur baru nak sms kamezaim.. Baru sempat 2,3 sms dah dia kata nak tido.. Hurmm...

Kamezaim tegur dia pun untuk kebaikan bukan untuk keburukan.. Tapi dia seolah-olah tak dapat nak menerimanya.. Dia anggap macam semua yang dia lakaukan tu semuanya adalah betul.. Kenapa ada juga perempuan macam tu ya.. Kami bercinta pun baru 2,3 hari tapi dah lama dah.. Dan kamezaim pun dah memang betul-betul menyintai dia tapi kenapa baru sekarang dia tunjukkan siapa diri dia.. Hurmm.. Nak menyesal pun dah tak berguna, benda dah terjadi. Kadang-kadang kamezaim terpaksa mengalah biarpun terpaksa makan hati kamezaim sendiri asalkan perhubungan yang telah sekian lama terbina ni mampu untuk terus bertahan tapi sampai bila??.. Sampai bila kamezaim nak berterusan makan hati sendiri...

Kamezaim tahu dia ramai peminat yang terkejar-kejar kan dia, Ex-bf dia dulu pun masih mencuba untuk menawan dia kembali dan mungkin kerana itulah kot dia jadi begitu.. Mungkin hatinya sudah berbelah-bagi.. Nasihat kamezaim tak nak dengar tapi apa boleh buat, mungkin inilah juga akibat bercinta dengan seorang yang wanita yang cantik rupanya.. Hurmm..

Bila kamezaim diamkan diri mahupun menyepikan diri seketika, dia mula mencari kamezaim. Bila kamezaim hadir semula depan mata dia, dia tak pernah pun nak menghargai.. Hurmm.. Kamezaim pun tak tahu apa lagi nak buat. Terus-terang kamezaim kata, kamezaim memang betul-betul sayangkan dia tapi kenapa ini balasannya terhadap seorang insan yang benar-benar menyintai dia dengan sepenuh hati.. Kenapa..

Kamezaim sentiasa berdoa pada Allah semoga dia dapat berubah ke arah kebaikan dan dapat jadi seorang insan yang pernah kamezaim kenal dulu. Kamezaim tak nak hubungan ni berakhir begitu saja, kamezaim nak bina kehidupan bersama dia.. Andai dia terbaca coretan ini, ketahuilah yang Abang benar-benar ikhlas mencintai Sayang.....


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

24 December 2009

Murah, Jimat & Stabil...??.


Assalamualaikum..
Wah, nak taip dekat blogspot pun dah jadi lain dah.. haha Selama ni dok guna WP je,.. hehe Kali ni kamezaim terpaksa menulis di sini memandangkan blog utama kamezaim iaitu www.kamezaim.com mengalami masalah teknikal dari pembekal hosting sendiri. Dah 2,3 hari tak boleh nak buka, hampeh betul..

Kamezaim ada terima e-mail dari pembekal hosting tersebut, di dalam e-mailnya tertulis macam ni..:-
.........................................................................................

Pelanggan yang dihormati,

Kami meminta maaf disebabkan masalah pada hosting kami yang sukar diakses semenjak 2 hari lepas.

Masalah ini disebabkan ada beberapa laman web pelanggan yang menggunakan script tidak dibenarkan / script bermasalah / dan menyebabkan server load yang tinggi pada server hosting. Kami telah menggantung sementara akaun pelanggan tersebut.

Selain itu terdapat aktiviti DDOS ATTACK dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, walaupun server hosting dilengkapi ANTI DDOS tetapi terdapat sesetengah kes dimana pihak tersebut dapat juga melepasi ANTI DDOS tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini kami akan menukar spec server kami kepada yang lebih baik lagi dan juga menukar IP server. Proses pemindahan semua files akan dilakukan pada Ahad 27 disember 2009.

Mungkin ada beberapa laman web pelanggan sepakuhosting yang tidak dapat diakses buat masa ini, kami sedang berusaha untuk memperbaiki masalah tersebut.

terima kasih

................................................................................

Murah memang murah, jimat pun memang jimat tapi kestabilan, hampeh... Harap-harap pihak hosting dapatlah cari jalan penyelesaian dengan kadar segera memandangkan kamezaim adalah blogger yang tegar. hehe

Setiap kali membuka pelayar mozilla, blog kamezaim lah yang pertama kamezaim tengok. hehe Bila tiba-tiba buka tapi tak boleh, perghh sakit hati yang teramat sangat.. Harap-harap ianya tidaklah berpanjangan..

Kesempatan ini, kamezaim ingin memohon kepada seluruh pelawat mahupun sesiapa saja yang memasuki blog ini, marilah kita sama-sama mendoakan semoga ibu kepada Suhaila Md. Saad agar kembali sembuh seperti sedia-kala. Buat Suhaila, bersabarlah. Baliklah ke kampung, sesaat itu amatlah berharga. Jangan kerana kelewataan biarpun hanya sesaat, ianya menjadi penyesalan seumur hidup yang ada..

Jemput datang :


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 September 2009

Ratapan Seorang Ibu Tua..


JOHOR BAHRU: Sekeras-keras batu, keras lagi hati seorang anak lelaki yang tergamak memecut kereta meninggalkan ibunya.

Lebih memilukan, dia tergamak membiarkan wanita tua itu berlari mengejarnya kira-kira 20 meter kerana mahu mengikut si anak pulang menyambut Aidilfitri di rumah.

Namun, apalah kudrat seorang wanita berusia 70-an, apatah lagi terpaksa menggendong bungkusan baju dalam kain batik, untuk mengejar kereta anaknya berusia 40-an yang semakin jauh meninggalkannya.

Ia bukan babak menyayat hati dalam drama televisyen, tetapi realiti hidup ditempuhi seorang penghuni rumah jagaan warga emas dan psikatri di Jalan Denai 1, Kempas di sini, yang begitu mengharapkan untuk pulang menyambut hari raya bersama anak dan cucunya di Masai, dekat sini.

Kisah sedih pada pertengahan Ramadan itu diceritakan Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin kepada wartawan Harian Metro, semalam.

Menurut Norijah, beliau masih mengingati detik cukup menyentuh perasaan itu, apatah lagi kakitangan rumah jagaan berkenaan terpaksa memujuk warga emas uzur terbabit supaya bersabar dan wanita tua itu hanya mampu menangis mengenangkan nasibnya ditinggalkan anak sendiri.

Katanya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan datang menziarahi ibunya di rumah penjagaan itu bagi memaklumkan dia tidak dapat dibawa pulang pada hari raya kali ini kerana tiada sesiapa menjaganya.

“Kami menyangka dia ingin membawa ibunya pulang bagi menyambut Aidilfitri kerana sudah dua tahun wanita berkenaan beraya di sini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, terlalu seronok dengan kunjungan anak lelakinya, wanita tua terbabit terus menyalin pakaian dan bersiap untuk mengikut pulang ke rumah keluarganya di Masai.

“Kami melihat wanita itu bersungguh-sungguh membungkus pakaiannya ke dalam kain batik kerana mahu pulang ke rumah anaknya,” katanya.

Menurut Norijah, tanpa disangka-sangka, ketika si ibu sedang sibuk berkemas, lelaki berkenaan beredar dari situ secara senyap-senyap tanpa memaklumkan sesiapa.

“Menyedari anak lelakinya mahu beredar, wanita itu panik dan mengejar kereta anaknya yang mula meninggalkan kawasan rumah kebajikan.

“Wanita tua itu berlari kira-kira 20 meter untuk mengejar kereta berkenaan, tetapi anaknya tetap meninggalkannya.

“Si ibu yang terkilan dengan perbuatan anaknya bukan saja mengalami masalah kesihatan, malah kemurungan selama beberapa hari kerana hampa tidak dapat pulang beraya di rumah,” katanya.

Norijah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Permai di sini, berkata daripada 11 warga emas yang mendapatkan perlindungan di pusat jagaan berkenaan, segelintir masih mempunyai ahli keluarga termasuk anak.

Menurutnya, lebih mengecewakan, waris warga emas berkenaan yang juga bekas pesakit psikiatri tidak datang menjenguk mereka menjelang 1 Syawal yang bakal tiba.

“Ia mengakibatkan warga emas itu menyambut Aidilfitri bersama penghuni lain di pusat jagaan ini walaupun mereka merindui suasana beraya dengan keluarga di kampung.

“Sempena Aidilfitri kali ini, kami amat berharap jika anak warga emas mahupun waris penghuni di sini, datanglah berkunjung bagi menggembirakan mereka. Kalau bukan selalu, setahun sekalipun cukuplah,” katanya.

Baru-baru ini, pusat jagaan berkenaan menerima kunjungan lebih 20 ahli Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Negeri Johor di sini.

Pengerusi Usahanita, Datuk Rokiah Omar, tampil menyampaikan sumbangan pakaian, wang dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah kebajikan itu bertujuan memeriahkan sambutan Aidilfitri mereka.

Rokiah berkata, pihaknya akan berusaha membantu rumah kebajikan berkenaan yang turut berdepan masalah kekurangan kemudahan.

“Kami akan berusaha bagi mendapatkan van selain kemudahan kerusi roda bagi warga emas yang uzur supaya memudahkan mereka bergerak,” katanya.

* Sumber : Harian Metro (16/09/2009)

<------------------------------------------------------------>

Benar kata orang, kasih ayah mencari rezeki. Kasih saudara hanya ketika berada dan kasih ibu membawa ke syurga. Tapi, kasih anak.. Tak siapa yang tahu...

Inilah nasib seorang ibu yang telah mempertaruhakan nyawanya untuk melahirkan anaknya ke dunia ini dengan harapan anaknya dilahirkan dengan sempurna. Kemudian, si ibu membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tapi kini dia sudah tua dan tidak lagi berdaya untuk melakukan sebarang kerja dan hanya mengharapkan kasih sayang dari seorang anak yang dia lahirkan. Tapi apakan daya, kasih anak tak setanding kasih ibu. Akhirnya, seorang ibu tua ditinggalkan di rumah kebajikan dengan hanya alasan tiada siapa yang dapat menjaganya kalau dia di bawa balik ke rumah anaknya. Bertahun-tahun si ibu tua ini membesarkan anaknya tanpa satu alasan pun tapi kenapa anaknya tergamak memberi alasan untuk tidak menjaga ibunya yang sudah tua ini. Syawal kian menjelma, hati ibu mana yang tidak sayu mengenangkan nasib diri apabila di buang oleh anak kandungnya sendiri. Kenapalah anaknya sungguh kejam, tergamak membiarkan ibu kandungnya beraya di rumah kebajikan itu. Kalau sekalipun tidak mahu menjaga ibunya itu, apa salahnya kalau bawa di balik ke rumah untuk beraya dengan anak-anak dan cucunya. Selepas tu nak hantar dia pulang ke rumah kebajikan pun, itu terserahlah.

Kamezaim sedih sangat, sedih dan terkilan kerana mereka masih punya ibu tapi tidak tahu menghargainya. Mungkin sekarang mereka bahagia dengan keluarga mereka tanpa ibu tapi mereka terlupa bahawa tiada kasih lain selain kasih ibu yang membawa ke syurga. Bila mereka berada di mana kamezaim berada, barulah mereka tahu betapa bernilainya kasih seorang ibu. Kita tidak akan merasa ianya bererti selagi ianya masih ada, tapi kita akan merasa ianya cukup bererti setelah kita kehilangannya. Tapi setelah kita kehilangannya, segalanya sudah tidak bererti lagi. Dia pergi tetap akan pergi, kita akan merasa penyesalan seumur hidup yang ada. Hingga satu saat itu kita mula terfikir, jika aku diberikan satu peluang untuk bersama ibu lagi, aku pasti akan menjaganya. Tapi apakan daya, smua itu hanyalah selepas ianya tiada. Tapi kenapa semua itu tidak terjadi sebelum ianya tiada.

Buat semua anak-anak yang telah menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan atau telahpun membiarkan ibu bapa mereka terbiar bagai sampan hanyut di lautan yang sepi, ambil dan bawalah mereka pulang ke rumah anda. Andai kehadiran mereka tidak disenangi oleh isteri atau suami anda, pilihlah yang mana satu lebih bermakna buat anda. Adakah sanggup kita membuang seorang ibu atau ayah hanya kerana ingin menjaga hati seorang isteri atau suami?. Terlupakah kita bahawa kita juga akan menjadi seperti mereka pada suatu hari nanti malah mungkin lebih hebat dari itu. Bawalah mereka balik, jagalah mereka seperti mana mereka menjaga dan membesarkan kita dulu. Janganlah hanya kerana kepentingan diri sendiri, kita terlupa dari mana dan dengan siapa kita dilahirkan. Tanpanya, tiadalah kita..

Renungkanlah.. Menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.. Kamezaim luahkan apa yang kamezaim rasa, kerana kamezaim pernah menghadapi saat-saat kehilangan seorang ibu yang selama ini telah banyak berkorban demi membesarkan kamezaim. Kamezaim pernah lalui bagaimana rasanya bila mencurah air ke satu jasad yang sudah tidak bernyawa, kamezaim pernah melalui bagaimana sayunya hati melihat seorang ibu yang telah melahirkan kamezaim dikafankan. Senyuman terakhir sebelum wajahnya ditutup oleh kain putih. Kamezaim pernah lalui bagaimana mengangkat sebuah keranda yang kamezaim sendiri tahu bahawa di dalam keranda tersebut adalah sekejur tubuh seorang ibu yang sangat kamezaim sayang. Kamezaim juga tidak pernah lupa bagaimana rasanya tatkala membawa jenazah ibu turun ke dalam liang lahat. Kalau sebelum ini kamezaim membawa turun jenazah sahabat-sahabat kamezaim tapi kini jenazah yang kamezaim bawa turun itu adalah jenazah ibu kamezaim sendiri. Rasa bagai ingin saja menangis sekuat-kuatnya tapi kamezaim tabahkan hati juga kerana kamezaim mahu arwah ibu pergi dengan tenang bertemu yang maha Esa. Kemudian, kamezaim tak kan lupa juga bagaimana perasaan tatkala mula membawa tanah turun ke dalam liang lahat. Semua itu terlalu sukar untuk kamezaim gambarkan melainkan hanya pada mereka yang pernah melaluinya sendiri. Jadi, pada mereka yang masih punya ibu dan ayah, hargailah mereka selagi mereka masih ada. Kehilangan mereka seumpama hilang separuh dari hidup ini. Bersyukurlah sementara mereka masih ada, dengarlah cakap kamezaim ni. Jangan menyesal seumur hidup yang ada..

** Dapatkan Lagu Raya Percuma Di Sini >> Klik <<


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

10 September 2009

Sungguh Tak Ku Menduga..


Sedih dan kecewa rasa di hati ini. Bila kita beria-ria untuk menghantar sms kepada dia untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" tapi hancur hati ini apabila mendapat balasan seperti ini "Thanks, siapa ni ye?". Terfikir sejenak, adakah aku tersalah nombor?. Atau hanya aku yang mengingatinya sedangkan dia sudah pun melupakan aku. Hanya aku yang menyimpan nombornya di dalam h/p aku tapi dia tidak. Aduh, rasa sedih dan terhina yang teramat sangat..

putuscinte

Tidak mengapalah, siapalah aku untuk dia terus mengingati. Hanya seorang insan yang tak punya apa. Orang kalau dah tak ingat pada kita apa lagi boleh buatkan, bungkus beg jalan lah woi..

siul

Buat dia yang sudah melupakan aku, aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-23 tahun". Semoga perjalanan hidupmu sentiasa mendapat keredhaan dariNya..

doa


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

07 September 2009

Ibu Dibunuh, Anak Turut Terkorban..







Oh dunia... Ops, apasal dunia plak. Dunia tak pernah zalim pada manusia tapi manusia je selalu zalim pada sesama manusia dan dunia.. Yang tidak berdosa menjadi korban keadaan..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

18 August 2009

Aku Undurkan Diri Buat Seketika..


"..Pergi mencari ketenangan hidup, berbekalkan hati yang luka. Meredah ranjau kehidupan, demi mencari sebuah harga diri. Menyingkap setiap tabir luka, dengan penuh rasa hampa. Bertemankan airmata, ku mulakan perjalanan cinta. Cinta yang terkubur bersama impian, tatkala ianya tiada dihargai. Akhirnya, aku sendiri yang terluka.."


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Impian Yang Tersisa..

Adiha..
Berdosakah aku kiranya aku menyimpan rasa hati padamu
Salahkah aku andai aku ingin berada di hatimu
Pertama kali aku melihatmu, hatiku sudah mula berkata-kata
Hatiku mula mengungkap sejuta rasa
Dari sejuta perasaan kini menjadi satu
Satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Hanya yang memahami sahaja yang kan mengerti
Apakah yang berada di sebalik perasaan itu...

Adiha..
Aku mula memasang impian dan harapan
Tatkala salam ku kau balas dengan keikhlasan
Aku mula mencipta impian untuk memiliki dirimu sayang
Berserta doa dan harapan,
ku kirimkan padamu dengan penuh keredhaan

Dengan harapan kau sambut niat suci hatiku ini..

Adiha..
Aku terlupa pada pesanan kedua orang tua ku
Jangan di cuba menghitung bintang di langit
Takut nanti hati sendiri yang kan merana
Tidak ku sangka impian dan harapan ini kan terkubur
Setelah ku tahu hatimu sudah dimiliki
Ternyata aku lewat dan tewas di dalam menawan hatimu sayang..

Adiha..
Aku tidak tahu apa lagi yang termampu untuk ku katakan
Rasa hancur seluruh hati dan perasaan
Melihat musnahnya sebuah impian
Yang ku bina dengan harapan
Kau kan bisa menerimanya..

Adiha..
Kini tibalah masanya
Untuk aku mengundurkan diri
Demi memberi laluan buatmu
Berbahagia dengan dia insan yang kau puja
Aku akur dengan kekurangan diri
Aku pasrah dengan apa yang terjadi
Maafkanlah aku andai aku menyusahkanmu
Aku benar-benar kecewa dan hampa
Hanya Allah saja yang bisa mengetahui segalanya
Ku doakan kau bahagia dengan dia yang lebih sempurna dariku
Tentang aku, janganlah kau risaukan
Tahulah aku membawa hati yang terluka
Walau perit, walau derita
Biarlah derita hati ku tanggung sendiri..

Adiha..
Anggaplah kehadiranku dalam hidupmu hanyalah sebuah mimpi
Mimpi yang kan hilang tatkala subuh menyinsing
Ini kerana, mungkin terjadi kita tidak akan bersua lagi
Biarlah ku pergi bersama secebis impian
Secebis impian yang tersisa..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

16 August 2009

Noktah Sebuah Cinta..


Aku tak mahu tahu
Apa yang engkau fikirkan
Aku tak mahu tahu
Apa yang engkau ingin lakukan
Dan aku tak mahu tahu
Apa jua tentang dirimu..

Cukup setakat ini
Kau melukakan hati ku
Cukup setakat ini
Kau persendakan cinta ku
Dan cukup setakat ini
Kau permainkan perasaan ku..

Usah kau bertanya
Ke mana kan ku pergi
Usah kau bertanya
Mengapa aku kan pergi
Dan usah kau bertanya
Tentang nasib diri ini..

Selamat tinggal wahai bunga ku
Selamat tinggal wahai cintaku
Izinkan aku pergi membawa haluan hidup
Demi mengejar cita-cita dan harapan
Tidak mahu lagi aku mempertaruhkan seumur hidupku
Hanya untuk insan yang tidak tahu menghargai hati & perasaan ku..

Cukuplah setakat ini wahai kasih
Biarlah kisah cinta kita berakhir di sini
Usah di cari salah siapa
Takut nanti hati yang terluka kan terus berdarah
Anggaplah diantara kita jodohnya tiada
Bawalah haluan hidup sendiri
Berbekalkan keyakinan yang masih ada..



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 August 2009

Hidup Mesti Diteruskan..


Hidup.. Kadangkala hidup ini amat indah, seindah impian yang kita kejar. Tapi, adakalanya juga hidup ini amat pedih dan derita. Mungkin itulah yang dikatakan kehidupan seorang manusia. Ada masa kita ketawa sampai terkeluar airmata dan adakalanya juga kita menangis sampai tiada lagi airmata. Kita kecewa bila kita dikecewakan tapi adakah kita rasa bahagia bila kita yang mengecewakan?. Kadangkala kita nak orang ikut cara kita tapi adakah kita mampu untuk ikut cara orang?. Tiada seorang pun manusia dalam dunia ini menginginkan penderitaan dan kekecewaan, semuanya ingin bahagia. Tapi sebenarnya penderitaan dan kekecewaan itulah sumber ilham hidup kita..

Kita sering mencuba yang terbaik untuk hidup kita sampai kadang-kadang kita lupa di mana kita bermula, kita bangga bila kita berjaya namun masih ingatkah kita pada saat-saat dimana kita mula melangkah dulu?. Siapa yang ada di sisi kita ketika itu?. Kenapa masa itu dia ada di sisi kita tapi kenapa sekarang dia tiada di sisi kita?. Adakah kita sudah terlupa pada dia?. Atau adakah dia rasa dia sudah tidak diperlukan lagi..

Dulu, macam-macam perkerjaan yang kamezaim buat demi meneruskan kehidupan. Kamezaim pernah jadi gembala kambing, pernah jadi mekanik, pernah jadi jurujual, pernah jadi tukang cuci pinggan, pernah jadi tukang masak, pernah jadi buruh kasar dan bermacam-macam lagi.. Seksanya ketika itu hanya Allah sajalah yang tahu, tidak kira panas mahupun hujan, kamezaim tetap sabar melakukan kerja. Kerana kerja adalah satu amanah dan kewajipan, itulah pesanan terakhir dari arwah mak kamezaim. Kamezaim masih ingat lagi masa kali terakhir kamezaim berjumpa dengan arwah, dia bangun dari katil hospital dan memeluk kamezaim lalu berkata pada kamezaim ".. Bekerjalah dengan rajin dan bersungguh-sungguh, kerana itu adalah satu amanah dan kewajipan. Jaga diri dan semoga berjaya. Hidup ini mesti diteruskan..". Itulah kata-kata yang terakhir dari mulut arwah sendiri untuk kamezaim.. Dialah satu-satunya ibu kamezaim, tiada dua mahupun tiga.. Walau kamezaim sering melukakan hatinya namun dia sekali pun tidak pernah membuang kamezaim dari hidupnya.. Itulah satu-satunya kasih dan pengorbanan dari seorang ibu yang tidak mungkin kamezaim kan temui lagi..

Walau sudah 2 tahun dia pergi meninggalkan kamezaim, namun wajah dan suaranya masih hidup di dalam ingatan ini. Mujur dan alhamdulillah, kamezaim masih punya ayah yang sangat sayang pada kamezaim. Seorang ayah yang telah banyak berkorban demi anak-anaknya. Kini kamezaim tempuh hidup ini dengan kenangan-kenangan yang ada. Walaupun hidup ini sendiri, tanpa sesiapa di sisi. Yang ada turut berlalu pergi, inikan pula yang masih belum di cari.. Tak kisahlah, siapalah yang sudi pada insan seperti ini.. Membawa haluan hidup sendiri, terumbang-ambing menempuh gelora kehidupan.. Hidup mesti diteruskan selagi hayat yang ada...


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

31 July 2009

Terciptanya Jurang Pemisah..


Terkubur sebuah impian
Tenggelam bersama harapan
Setelah cinta hanya tinggal kenangan
Terbuang jauh dari sudut ingatan..

Mungkin sudah suratan cinta
Kau dan aku harus berpisah
Kerana antara kita
Terciptanya jurang pemisah..

Kau berada di atas meniti kehidupan
Menuju cita-cita dan impian
Yang menjanjikan sebuah penghidupan
Di suatu masa hadapan..

Sedangkan aku berada di bawah
Meniti liku-liku kehidupan
Dengan penuh penderitaan
Bertemankan airmata kesengsaraan
Meratap pilu dengan penuh perasaan..

Ku tahu kau rela hidup bersamaku
Seperti yang kau nyatakan pada aku
Masih aku ingat kata-katamu itu
Namun, aku tak rela membiarkan dirimu
Hidup bersama insan yang tidak punya apa
Seperti diriku..

Pergilah kasih
Pergilah kau mencari dahan yang teguh
Aku tidak menjanjikan kemewahan buatmu
Aku tidak layak untuk insan sepertimu
Aku hidup hanya sebatang kara
Melawan arus demi kehidupan
Selagi hayat yang ada..



Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

28 July 2009

Suratan Kasih..


Aku kecewa..
Itulah yang ingin ku katakan padamu
Dengan harapan kau tahu dan mengerti
Betapa sakitnya jiwa ini diperlakukan begini
Adakah kau tahu semua itu sayang..

Aku sedih..
Bila kau buat diriku bagai orang asing
Kau layanku bagai aku ini tiada bererti buatmu
Mengapa semua itu harus terjadi
Tatkala aku mula merasa bahagia..

Kasih..
Aku cuba untuk buat kau memahami diriku
Tapi ternyata kau langsung tidak memahami aku
Apa lagi yang harus ku nyatakan padamu
Agar kau bisa memahami kesukaran hidupku..

Senyuman sentiasa terukir dibibirku
Tapi di hatiku tiada siapalah yang tahu
Betapa derita dan terseksanya
Di dalam menempuh kehidupan
Yang penuh dengan ranjau ini..

Aku ketawa ramai yang tahu
Aku menangis tiada siapa yang ambil tahu
Sakit demam segalanya ku tanggung sendiri
Tiada tempat untuk ku mengadu
Tiada pepohon untuk ku menumpang kasih
Adakah kau mengerti semua itu sayang..

Sayang..
Lepaskanlah tanganku
Andai itu yang kau mahu
Berlalulah dari hidup ku ini
Andai itu yang terbaik buatmu
Aku tidak mampu beri kemewahan kepadamu
Aku tidak mampu menurut segala kemahuanmu
Apa yang mampu ku beri hanyalah segenggam setia
Berserta keikhlasan kasih dan kesucian cinta..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

20 July 2009

Hanya Satu Persinggahan..

Aku terluka
Aku benar-benar kecewa
Impian dan harapanku terkubur
Bagai debu-debu yang hina..

Aku tak sangka
Semua ini kan terjadi
Bila mana aku mula mengenal bahagia
Dengan kau yang ku harapkan
Ternyata harapanku tidak sampai ke mana..

Aku sendiri yang terluka
Terluka oleh kata-katamu
Kau ingin ku memahamimu
Adakah kau juga memahamiku
Fikir dan renungkanlah..

Mungkin adanya diriku
Tiada kau rasa bernilai buatmu
Mungkin bila ku sudah tiada
Baru kau tahu menilai sama ada
Aku ini bererti atau tidak buat mu..

Ketahuilah kasih
Aku benar-benar terluka dan kecewa
Sampainya hatimu..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Untukmu Kawan..


Kawan..
Ku masih ingat kenangan kita dahulu
Kita mengenali antara kita dari tadika lagi
Hinggalah kita menjejak kaki ke sekolah rendah
Kita ibarat adik beradik yang paling rapat
Tidak pernah terpisah walaupun di dalam kelas
Kita meniti kehidupan di alam persekolahan bersama
Suka duka kita lalui dengan sabar dan hati yang tenang..

Kawan..
Kita pun mula melangkah ke alam menengah bersama
Kita bersekolah di sekolah yang sama
Kita belajar di dalam kelas yang sama
Setiap pagi kita pergi ke sekolah bersama
Mengayuh basikal sambil dipenuhi buku-buku sekolah
Berlumba siapa yang sampai dulu..

Kawan..
Kita mandi di sungai bersama
Kita tangkap ikan pun bersama
Kita menghabiskan masa bersama-sama
Namun, kita terpisah setelah tamat persekolahan
Kau melanjutkan pelajaran lebih tinggi dari aku
Manakala aku mencari kerja demi menampung kehidupan
Aku bangga kerana kau mampu pergi belajar lebih dari aku
Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu..

Kawan..
Masih ingatkah kau semua itu
Masih ingatkah kau pada aku
Satu-satunya teman yang mengenalimu dari kecil
Setelah kau menemui teman-teman barumu
Mengapa aku dipinggirkan dari hidupmu
Adakah kerana aku tidak setanding dirimu
Mengapa semua ini harus berlaku
Mengapa kau cepat berubah laku..

Kawan..
Aku kecewa dengan sikapmu
Mengapa kini sudah tidak seperti dulu
Adakah kini kita sudah dewasa dan dulu kita masih kanak-kanak
Apa bezanya dulu dan kini wahai kawan
Tidakkah kau terfikir bahawa kawanmu inilah yang akan menemanimu
Tatkala hatimu kecewa dan tatkala jiwamu menderita
Pernahkah aku sakiti hatimu sepertimana kau sakiti hatiku
Mengapa ini balasanmu pada teman yang setia menemanimu
Hanya kerana jurang pendidikan kita berbeza..

Kawan..
Aku tahu masa yang lalu tak kan terulang lagi
Namun salahkah kiranya kita mengulangi kembali kenangan dulu
Bagiku, persahabatan antara kita cukup bermakna buatku
Walau ianya langsung tidak bermakna buat dirimu..

Kawan..
Terima kasih ku ucapkan padamu
Keranamu ku kenal erti kawan
Dan keranamu jua ku kenal erti kehidupan
Ada kawan yang menangis bersama kita
Dan ada juga kawan yang hanya ketawa bersama kita
Walau aku tidak lagi kau ingati
Namun ku doakan kau berjaya dan bahagia
Walau di mana pun jua kau berada
Kenangan antara kita tetap mekar dan kukuh di sudut ingatan ini
Sekali ku mengenalimu, selamanya jua ku kan mengenalimu walau ianya hanyalah pada nama..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

12 July 2009

Derita Hati Ku Tanggung Sendiri..


Aku kerdil dibanding rupa
Hidup dengan dipenuhi duka dan lara
Setiap saat ku berendam airmata
Menahan diri dari rasa kecewa dan sengsara..

Tiada kata seindah bicara
Yang termampu ku susun sebagai madah pujangga
Untuk memikat hati sekuntum bunga yang dipuja
Yang mekar subur mewangi menghiasi setaman..

Aku tiada rupa yang mampu menawan hatimu
Kemiskinan pula yang melanda hidup ku ini
Mana mungkin bunga sepertimu kan menerima diri ini
Jauh sekali untuk ku memetikmu untuk menghiasi kamar hidup ini..

Aku bukan hartawan
Aku bukan dari golongan cendiakawan
Aku bukan dari golongan atasan
Aku hanyalah insan kerdil yang punya perasaan..

Hidup bagai sampan hanyut di tengah lautan
Bergadai nyawa menempuh ombak kehidupan
Demi meneruskan sebuah penghidupan
Walau bagai menanti karam tenggelam bersama perasaan..

Kini bunga yang dipuja hilang di taman
Yang tinggal hanyalah tangkai yang tiada lagi mewangi
Bunga yang kupuja selama ini kini telah dipetik orang
Yang tinggal padaku hanyalah setangkai kehampaan
Terkubur jua impian dan harapan..

Ku merenung di air yang tenang
Terlihatlah satu wajah yang penuh kehampaan
Teringat aku pada pesan ibu dan ayah
Jangan dipuja bunga yang menawan
Kelak, takut diri yang merana seorang diri
Jangan di nanti pada yang telah pergi
Jangan di harap pada yang tak pasti
Dan jangan di rayu pada yang tak sudi..

Biarlah airmata ini menjadi saksi
Sebuah perasaan yang tiada dihargai
Biarlah airmata ini menjadi peneman
Peneman seumur hidup ku yang ada
Derita hati ini ku tanggung sendiri..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

11 July 2009

Secebis Kenangan..


Termenung aku sendirian
Teringat kembali saat indah itu
Di mana aku dan kau berjanji kan setia
Rela hidup bersama selagi hayat yang ada..

Kini segalanya hanya tinggal kenangan
Segalanya terjadi bagaikan sebuah mimpi
Kau hadir dalam hidupku hanyalah untuk seketika
Sungguh tidak ku sangka kan terjadi sebegini rupa
Hatiku kau hancurkan satu persatu bagai debu yang hina
Perasaanku kau permainkan seperti tiada bernilai
Impian dan harapanku turut kau persendakan..

Kenapa kau hadir dalam hidupku
Kalau hanya untuk melukakan hati ini
Kenapa kau berjanji untuk hidup bersamaku
Kalau hanya setakat di bibir saja..

Pergimu tidak pernah ku halang
Kerana itu sudah kehendak hatimu sendiri
Dan kehadiranmu sekali lagi juga tidak kan ku undang
Kerana tidak mahu lagi ku menanggung siksa dan derita
Kan ku abadikan kenangan kita berdua di sudut hati ini
Sebagai satu kenangan yang terpahit buat hidupku
Dan juga sebagai satu pengajaran
Buat sepanjang perjalanan hidupku ini..

Pergilah kau jauh dari hidupku..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

08 June 2009

Aku Siapa??


Aku..
Aku letih..
..Aku penat
..Aku lemah..
..Aku tak kuat
Aku bosan..
..Aku buntu..
Aku bingung..
..Aku sedih
..Aku kecewa..
..Aku hampa
Aku menderita..
..Aku terseksa..
Aku keliru..
..Aku menangis
..Aku ketawa..
..Aku tertekan

..Aku dan aku dan aku pun sendiri tak tahu..
Aku adalah aku leerrr,
siapa lagi nak jadi aku...!!
Aku bukan kau,
Kau bukan aku,
Kau kau la,
Aku aku la..
Ish... Ish...
Apa sudah jadi dengan aku...

* Maaf yer.. hehe kamezaim letih sangat di saat dan ketika ini.. Hanya Allah saja yang tahu.. Letih, bosan, penat, kecewa dan segala-galanya ada di ketika ini.. Perlukan seseorang tapi siapakah orangnya... Kamezaim pun tak tahu.. Arggghhhhhh!!!!!!!


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

25 May 2009

Pasrah Dalam Penantian..

Jangan di tanya ke mana
Ku kan membawa diri
Usah di tanya mengapa aku pergi
Segalanya sudah terbukti kini
Bahawa diri ku tiada lagi bererti..

Dalam dakapan malam ku termimpi
Sebuah wajah yang penuh rahsia hati
Namun ianya berlalu bersama mimpi
Tatkala fajar mula menonjolkan diri
Sedih rasa di hati..

Ku termenung seorang diri
Mengenangkan nasib diri
Sambil bertemankan sepi
Sepi sebuah hati..

Kini ku telah mengerti
Segala yang telah terjadi
Semuanya sudah kehendak ilahi
Terpaksa ku turuti..

Aku pasrah dalam menanti
Menanti sebuah hati yang suci lagi murni
Sudah puas aku mencari
Namun tidak jua ku temui..

Malangnya nasib diri..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

21 May 2009

Sedih Rasa Di Hati..

"...kenapalah agaknya saat-saat begini terasa hiba dan pilu menyelubungi diri?. Mengapa perasaan sebegini terjadi?. Mengapa hari ini?. Mengapa bukan semalam mahupun esok.. Mengapa!! Kenapa!! Aku sendiri pun tidak mengerti.."

Aku ada ramai kawan tapi aku tak punya seorang pun kekasih. Aku sentiasa ingat pada orang tapi orang langsung tak ingat pada aku. Aku mudah simpati dengan orang tapi orang langsung tidak simpati dengan aku. Aku mencuba yang terdaya untuk menjaga hati orang tapi orang langsung tidak menjaga hati aku. Aku tak sanggup melihat orang menangis tapi orang sanggup melihat aku menangis. Aku tak rela melukakan hati orang tapi orang sentiasa melukakan hati aku. Kenapalah nasib diriku sebegini rupa..

Dalam sejuta kawan yang aku ada, hanya seorang teman yang pernah ku kenali 6 tahun yang dahulu sahaja yang masih ingat bila hari lahir aku. Malah, dia bukan berada dekat dengan aku. Namun, dia masih tetap ingat bila aku di lahirkan ke dunia ini. Dia benar-benar membuat aku rasa terharu setelah dia lah insan pertama yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku. Tidak ku sangka, seorang insan yang pernah bertakhta di hati ini pada suatu ketika dahulu masih sudi mengingati hari kelahiranku.. Terima kasih, Nurin.

Esok, 22 Mei adalah hari di mana aku pertama kalinya melihat dunia yang fana ini. Esok, meningkatlah lagi usia ku.. Dulu masa arwah mak kamezaim masih ada, dialah insan pertama yang selalu mengucapkan selamat hari lahir pada kamezaim. Tapi sekarang dia dah tak ada lagi. Sedih rasa di hati bila terasa diri tiada di ingati..


Kepada Yang Sudi, Silalah Tinggalkan Sedikit Komen

Read more...

Pelawat Setia :

Siapa Kamezaim? :

My photo
hanyalah insan biasa yang menumpang di satu sudut dunia ini. Mencari kebahagiaan dan ketenangan hidup sebelum melangkah pergi..

Nukilan Popular :

(c) Copyright - Ini adalah blog peribadi hak milik kamezaim. Sebarang peniruan tanpa kebenaran pemilik adalah DILARANG sama sekali.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP