Ahad tadi aku tengok rancangan Oprah, masa segmen Tanya Dr Oz tu dorang cakap masalah sleeping disorder ataupun insomnia. Memang susah kalau ada masalah ni, badan letih tapi mata tak mahu lelap. Besok pagi bangun, muka jadi zombie. Tapi alhamdulillah so far aku belum mengalami masalah ini tapi dari rancangan oprah tu dapat jugak tau tentang penyakit ni.
Bagi aku, aku perlukan sekurang-kurangnya 6 jam barulah aku rasa cukup tidur. Tidur pukul 11 bangun pukul 5.30 pagi atau 6.00 pagi. Tapi adakalanya aku terlebih tidur sampai 9 jam. haha tu mesti selepas isyak tu aku ngantuk giler tak peduli lah langit runtuh atau banjir dah hanyut sampai ke Mesopotamia, aku tetap 'lebuh' selebuh-lebuhnya.
Dan aku sebenarnya lebih suka tidur dalam gelap segelap-gelapnya. Tapi sebab aku banyak duduk kat umah mak aku, terpaksa la aku 'beralah' dengan lampu ruang tengah rumah yang wajib di pasang atas perintah mak aku, sebab dia takut tak nampak jam dan nanti terlajak tidur. Lampu tengah tu akan menyusup masuk cahayanya ke bilik-bilik. Jadi kadang-kadang untuk elak mata aku nampak silau, aku tidur terbalik, ataupun tekap muka dengan bantal dan toto. Sungguh aku tak boleh tidur dengan cahaya.
Tapi sebenarnya, manusia seharusnya tidur di dalam gelap. Ini kerana, badan manusia akan menghasilkan hormon melatonin ketika waktu tidur. Kebetulan hari yang sama, ada rencana dari German tentang tidur kat tv1, katanya antara faktor kanser cepat merebak kerana manusia zaman sekarang terlalu terdedah kepada cahaya buatan dan tidak tidur pada waktu malam. 1 daripada 10 orang pekerja di German bekerja shift yang mana tidur di waktu siang dan bekerja di waktu malam. Ini menyebabkan penghasilan hormon melatonin menjadi tertekan. Hormon ini sebenarnya membantu melawan sel kanser, dan jika manusia tidur waktu siang atau dalam cahaya yang terang, hormon ni tak akan atau kurang terhasil.
Itu tentang melatonin. Macam mana pula nak menghadapi insomnia. Yang ni rasanya banyak info dari artikel dan rancangan kesihatan. Tapi aku pernah baca peranan solat membantu tidur. Tidur adalah nikmat Allah yang harus kita syukuri. Jika kita menjadi sukar untuk tidur, pasti ada sebab-sebabnya. Ada kes disebabkan gangguan jin tapi kebanyakannya kerana kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah sepanjang hari itu sebelum kita melelapkan mata. Sebab itu, saat solat Isyak, pohonlah ampun dari Allah tak kira kita merasakan ada atau tidak dosa pada hari itu. Kita tahu, adakalanya nikmat ditarik kerana dosa, jadi untuk mendatangkan semula nikmat, tingkatkanlah taqwa kita dengan cara mendirikan solat dan melakukan ibadah yang lain. Jika kita keuzuran waktu itu, memadailah kita berdoa kepada Allah. Itulah penting membaca doa sebelum dan setelah tidur, kerana hidup kita dalam perhatian Allah, walaupun benda ni nampak mudah dan kecil tapi itulah yang memberi kesan besar pada diri kita, untuk mendapatkan nikmat tidur yang cukup. - L
Showing posts with label masalah. Show all posts
Showing posts with label masalah. Show all posts
Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
tak tau nak suka ke nak apa, confused!
Perhatian : Untuk bacaan kaum wanita sahaja
'Kawan baik' aku baru-baru ni betul-betul mensuspen kan aku. Sebelum ni aku dah faham sangat perangai dia sejak azali datang sesuka hati kadang-kadang tak datang langsung 2-3 bulan.
Cuma sejak aku ikuti rawatan hepatitis B aku tahun ni, kawan baik datang tepat pula pada masanya. Mungkin kerana efek pengambilan asid folic ubat tambah darah tu. sejak sebelum puasa sampai la bulan 11 memang tetap aje 11hb atau 12hb.
Sebelum ini, datang tak datang si kawan baik bukanlah perkara yang besar. Keinginan nak tambah anak memang tak pernah padam. Sebenarnya dari dulu pun macam ni. takde tapis-tapis takde planning-planning. Tiap kali berkebun tu memang tujuannya nak menuai hasil tapi belum la juga tumbuh buahnya. Takpe lah belum rezeki. Kebetulan baru habis rawatan hepatitis B, Dr memang nasihatkan kalau nak berkebun untuk tambah hasil seeloknya selepas 6 bulan tamat rawatan. Supaya kesan-kesan kimia ubat tu habis sepenuhnya dari tubuh. Bukan apa, ubat tu tak pernah diuji ke atas wanita mengandung, jadi Dr pun tak dapat nak bagitau apa risikonya jika mengandung semasa rawatan atau sejurus tamat rawatan. Maka lebih baik risiko dijauhkan.
Tapi tahun ni dek sebab minta kpli lagi, dan tak sangka pula dapat interview tu. Maka hasrat asal pun ditukar kepada penangguhan penuaian hasil. Korang tau la kpli ni automatik reject kalau calon-calon mengandung. Alasannya, pengisian kpli tu melibatkan aktiviti fizikal yang aktif dan berat, tak sesuai untuk calon yang mengandung. Hm, ramai juga yang berputih mata terpaksa tolak tawaran bila mendapati perut berpenghuni. ye lah, kedua-dua pun memang impian, tapi kalau dah berisi tu, takkan nak buang?
Dan interview pun dah dilakukan sehabis baik dengan harapan Allah makbulkan doa dapat masuk bidang ni. Dari segi penilaian peribadi, macam ada harapan, tapi AllahuA'lam. Interview 13hb dan kawan baik masih belum datang. Mula pikir mungkin kerana nervous nak interview. Tapi ada hikmahnya juga kawan baik lebih lambat dari 13hb, dapatlah buat solat sunat beberapa kali sebelum interview. Tamat interview, rasa lega, puas hati dan berserah kepada Allah.
14hb, kawan baik belum datang, 15hb pun belum, 16hb pun takde. Ah sudah. Takkan lah? Selepas 8 tahun, kali ni pula ada? Bukan menidakkan kuasa Allah cuma ingin mencari kepastian. Petanda lain semacam tidak ada. Tidak ada kelainan pada perut. pening loya pun tidak.Cuma adalah sehari tu je MC, demam. Perasaan mula bercampur dan rencam. Bukan kerana tak mahu. Kalau ada, memang berita gembira, cuma bila mengingatkan hal kpli tu, hati jadi walang. Takut tidak dapat redha pada ketetapan Allah. Andai rezeki begitu murah, mungkin dapat dua-dua tapi wajib lah memilih yang satu ini. Sungguh dilema.
Kepada Allah aku memohon pertolongan dan petunjuk supaya hati ini cepat redha dengan apa jua yang diberikan. Setelah hampir 2 tahun rasanya tak beli upt tu, akhirnya aku rasa perlu menamatkan teka-teki yang sedikit menekan perasaan ini. Supaya tidak ada ruang untuk syaitan membisikkan kejahatan dan menyalahkan takdir Allah.
selepas 30 saat keluarlah garisan halus. Bukan 2 tapi 1. Perasaan jadi begitu lega. Namun patutkah aku lega. Dulu, kalau upt bergaris satu, biasanya sedih dan frust sikit. Tapi kali ni tidak. Apa yang aku harus pikirkan, rasakan sebenarnya? Tapi ada yang berkata, keputusan upt tak semestinya tepat mungkin 'baru' lagi. Aduhai, betulkah. Perasaan tak lega semula. Susahlah macam ni.
Tapi, Allah itu sangat memahami, sangat mengetahui yang terbaik, sangat mendengar doa sang hamba yang amat berharap. hanya kepadaNya aku mengadu,mengharap ditunjukkan jalan dan menjadikan hati ini redha pada ketetapanNya. Ya Allah berilah aku petunjuk...
Akhirnya pada 19hb kawan baik yang ditunggu yang dijangka-jangka, datanglah jua menjenguk diri. Cukup seminggu selepas tarikh sepatutnya. Ya Allah Engkau sangat memahami, mengaturkan apa yang hamba perlukan. Yang terbaik untuk diri ku. Dapatlah fikiran ini tenang semula sehinggalah tarikh keputusan interview itu nanti. Sehingga saat itu, apakah perasaan yang harus aku rasai sekarang, nak suka ke nak sedih, lega atau bagaimana. Memang confused! - L
Friday, August 6, 2010
Bukan perkara luar biasa...
Akhir-akhir ini aku banyak mendengar kisah rumahtangga kawan-kawan yang aku sayangi mengalami masalah. Bukan niat aku menjaja cerita mereka di sini, cuma aku ingin meluah rasa sedih yang aku tak boleh elak ini.
.
Dulu (ketika umur pertengahan 20an) usia ni kurasakan sangat muda dan sudah tentu mereka yang sebaya aku belum lagi melalui keluh kesah, sepak terajang rumahtangga. Apatah lagi Bercerai???. fikirku, saat-saat ini tentu sedang enak diulit bahagia, mula menimang zuriat, mula memulai kehidupan, menikmati hasil gaji pekerjaan pertama dan sebagainya. Melewati gambar-gambar di facebook atau blog, Alhamdulillah, nampak bahagia, sungguh-sungguh bahagia.
.
Rupa-rupanya 'Yang Terindah Hanya Sementara', satu persatu aku mendengar runtuhnya mahligai di sana, ranapnya mahligai di sini. Padamnya api cinta di situ, pedihnya hati yang menahan di mana-mana. Kawanku, apa sudah terjadi?
.
Ada yang bersuamikan lelaki pemalas, mengharapkan poket isteri. Ada yang beristerikan seorang yang tak pandai menjaga mulut, mulut pantas mencerca suami dan sentiasa mengungkit kesalahan yang kecil. Ada yang suami berubah menjadi pendiam dan menjauh hati, secara tiba-tiba. Suami yang mengasari isteri. Dan sejumlah besar kerana kecurangan yang mendatangkan perasaan benci dan tidak bisa lagi bersatu atas nama Suami dan Isteri.
.
Usia masih muda, perjalanan masih panjang, anak-anak masih kecil tapi perpisahan tetap berlaku. Aku simpati dan sedih dengan nasib anak-anak, tapi aku tetap memberi sokongan, jika itu keputusan yang terbaik, siapalah aku untuk menghalang. Sebagai makhluk Allah, janganlah jadikan perpisahan sebagai titik kehidupan. Matlamat kehidupan ini tidak lain adalah untuk mencari keredhaan Allah baik sebagai bujang, isteri, isteri bermadu, janda atau apa, matlamat kita tetaplah mencari keredhaanNya.
.
Teruskanlah pencarian, bahagia itu ada di mana-mana.
Tuesday, July 27, 2010
dilema seorang kawan
Aku ada seorang kawan, aku namakan Cik Markonah (off course la bukan nama sebenar, ni nama cikgu dalam komik Bujal lah). Baru-baru ni Markonah menceritakan 1 masalahnya yang sangat rumit bak kata status dalam fesbuk tu 'It's Complicated'. Soalnya...soal jodoh lah.
.
Cik Markonah baya-baya dengan aku, jadi umur macam ni memang paling ngetop menjadi bahan pertanyaan, pergossipan dan pernyibukkan orang keliling yang asik tanya 'Bila nak kawin?Bila nak kawin?Bila nak kawinnnnn?????'. Tapi, cik markonah bukan tak laku. Wajahnya manis putih gebu bercermin mata. Ah pasti menjadi impian ramai jejaka. Aku juga heran bagaimana dia pun terjebak dalam masalah 'It's Complicated' ni sedangkan dengan paras rupanya itu dan sifat-sifat baiknya, mampu mendapat pasangan dengan lebih cepat. tapi, itulah orang kata, bahagian masing-masing, lancar tang tu, tak lancar tang ni. Happy tang nun, tak happy tang tuttt. Cik Markonah bukan tidak ada berkawan tetapi inilah masalah beliau.
.
1) Markonah amat mencintai seorang lelaki, dan lelaki itu amat menchintai beliau. Tapi lelaki itu adalah.....berlainan agama! Sepanjang perhubungan memang markonah cuba memujuk agar lelaki itu yang bernama Vellpari (juga bukan nama sebenar, nama tipu pun bukan haha) supaya memeluk agama Islam tetapi Vell nggak mahu. Belum mendapat hidayah mungkin. pada mulanya markonah bersabar tetapi memandangkan usia makin meningkat, Markonah rasa hubungan ini sukar diteruskan, dan Markonah cuba menjauhkan diri dari Vell namun, kerana mereka 1 tempat bekerja, proses ini menjadi sukar! Markonah terus menchintai Vell begitu juga Vell terhadap Markonah.
.
2) Ibu dan bapa Markonah adalah orang baik-baik, mereka tidak mengetahui yang Markonah adalah mencintai Vellpari, mereka telah mencarikan seorang lagi calon untuk Markonah. Sebelum ini mereka telah carikan tetapi Markonah tiada bersetuju sebab masalah jauh lah, muda lah dan lain-lain. kali ini calon itu adalah jiran sekampung, tidak lah tua tidaklah muda, dari segi umur amat sesuai. lelaki ini, Encik Amirul Arham (nama rekaan ku) seorang duda tiada beranak, pekerjaannya sebagai Salesman kereta.
.
3) dalam masa yang sama, Markonah yang merasai hubungan dengan Vellpari mungkin sukar direalisasikan, Markonah berkawan pula dengan seorang duda beranak 2, tetapi hubungan ini masih di peringkat awal. Mungkin ini juga escapism buat Markonah bila hubungan dengan Vellpari tiada jalan penyudah.
.
Dalam hal ini aku rasa pilihan ke 3 tu tak berapa mendominasi permasalahan ini tapi antara 1 dan 2 itulah soal utamanya. Hm, jadi bagaimana? Untuk menolak pilihan mak ayah nya sudah tentu akan mengecilkan hati orang tua, tetapi bagaimana ingin menerima jika hati tiada sayang? telah ku kabarkan, pilihan ibu bapa itu adalah terbaik, kerana ibu bapa manalah yang tidak mahu anaknya bahagia. tetapi hati Markonah tetap pada Vellpari, dan berharap agar masalah berkaitan agama itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Tapi soal agama bukan main-main kan kawan-kawan? Bukan berpandangan negatif cuma dari segi realitinya itu, kalo bertukar agama hanya kerana nak kawin, banyak masalah timbul dan akhirnya bercerai.
.
Apapun, aku menyokong apa jua pilihan Markonah, cuma ku harap sekali memilih jangan sekali berpatah balik. Aku memahami betapa sukar membuat pilihan kerana sebagai manusia kita lemah untuk mengetahui apa yang bakal terjadi di masa depan. Risiko ini terlalu besar dan perlukan kekuatan jitu untuk menghadapinya. Apakah pilihan terbaik bagi Markonah? Adakah Markonah perlu bersabar untuk bersama Vellpari atau Markonah tamatkan sahaja status bujang nya dengan pilihan mak ayahnya? Uhh...Its totally, totally Complicated!
Subscribe to:
Posts (Atom)