Tuesday, December 21, 2010
tidur
Bagi aku, aku perlukan sekurang-kurangnya 6 jam barulah aku rasa cukup tidur. Tidur pukul 11 bangun pukul 5.30 pagi atau 6.00 pagi. Tapi adakalanya aku terlebih tidur sampai 9 jam. haha tu mesti selepas isyak tu aku ngantuk giler tak peduli lah langit runtuh atau banjir dah hanyut sampai ke Mesopotamia, aku tetap 'lebuh' selebuh-lebuhnya.
Dan aku sebenarnya lebih suka tidur dalam gelap segelap-gelapnya. Tapi sebab aku banyak duduk kat umah mak aku, terpaksa la aku 'beralah' dengan lampu ruang tengah rumah yang wajib di pasang atas perintah mak aku, sebab dia takut tak nampak jam dan nanti terlajak tidur. Lampu tengah tu akan menyusup masuk cahayanya ke bilik-bilik. Jadi kadang-kadang untuk elak mata aku nampak silau, aku tidur terbalik, ataupun tekap muka dengan bantal dan toto. Sungguh aku tak boleh tidur dengan cahaya.
Tapi sebenarnya, manusia seharusnya tidur di dalam gelap. Ini kerana, badan manusia akan menghasilkan hormon melatonin ketika waktu tidur. Kebetulan hari yang sama, ada rencana dari German tentang tidur kat tv1, katanya antara faktor kanser cepat merebak kerana manusia zaman sekarang terlalu terdedah kepada cahaya buatan dan tidak tidur pada waktu malam. 1 daripada 10 orang pekerja di German bekerja shift yang mana tidur di waktu siang dan bekerja di waktu malam. Ini menyebabkan penghasilan hormon melatonin menjadi tertekan. Hormon ini sebenarnya membantu melawan sel kanser, dan jika manusia tidur waktu siang atau dalam cahaya yang terang, hormon ni tak akan atau kurang terhasil.
Itu tentang melatonin. Macam mana pula nak menghadapi insomnia. Yang ni rasanya banyak info dari artikel dan rancangan kesihatan. Tapi aku pernah baca peranan solat membantu tidur. Tidur adalah nikmat Allah yang harus kita syukuri. Jika kita menjadi sukar untuk tidur, pasti ada sebab-sebabnya. Ada kes disebabkan gangguan jin tapi kebanyakannya kerana kita terlupa untuk mensyukuri nikmat Allah sepanjang hari itu sebelum kita melelapkan mata. Sebab itu, saat solat Isyak, pohonlah ampun dari Allah tak kira kita merasakan ada atau tidak dosa pada hari itu. Kita tahu, adakalanya nikmat ditarik kerana dosa, jadi untuk mendatangkan semula nikmat, tingkatkanlah taqwa kita dengan cara mendirikan solat dan melakukan ibadah yang lain. Jika kita keuzuran waktu itu, memadailah kita berdoa kepada Allah. Itulah penting membaca doa sebelum dan setelah tidur, kerana hidup kita dalam perhatian Allah, walaupun benda ni nampak mudah dan kecil tapi itulah yang memberi kesan besar pada diri kita, untuk mendapatkan nikmat tidur yang cukup. - L
Monday, December 13, 2010
pengalaman temuduga kpli
Tuesday, December 7, 2010
Interview
Entah apa yang ditakutkan, tak tahulah. Ini bukan kali pertama melalui, malah dah berkali-kali. Tapi debaran itu tetap lah sama. Pengalaman ada, tapi umpama bermula dari zero semula.
Harapan kali ini memang tinggi dek sebab umur pun dah meningkat. Persiapan dokumen boleh dikatakan 80%. 10% lagi nak mengesahkan salinan dokumen. 10% lagi nak mengisi borangnya.
Namun aku sedar, dapat atau tidak adalah ketentuan dari Allah. Hanya Dia yang paling arif mengatur apa yang terbaik untuk aku. Oleh itu, aku harus berusaha sebaik mungkin dan memohon pertolongan dari Allah SWT agar proses ini dipermudahkan. Selebihnya, tawakaltu ilallah. Aku juga memerlukan sokongan dan doa-d0a dari kawan-kawan yang membaca blog aku ini, jika korang sudi mendoakan aku.
Tarikhnya 13hb. Doakan aku berjaya intw KPLI kali ini!
Monday, October 18, 2010
Mengunjungi kedai buku
Entri yang sebelum ni saja je aku post kan sementara nak pikir nak taip apa. hehe. Aku memang suka sangat cari cerita-cerita inspirational macam tu, jadi bahan bacaan time boring atau time tak berapa sibuk dengan kerja. Daripada boring tengok FB bukak blog, boring tengok blog bukak FB, lebih baik cari bahan bacaan macam ni kan. Nak beli buku motivasi kang, mahal pulak. Aku kalo kaya raya memang aku borong abis siri-siri chicken soup for the soul tu. Eii, geram aku tengok. Tapi harganya, buntang mata aku! cepat-cepat letak balik buku ke rak nya. hehe.
.
Kalau berjalan-jalan time cuti, aku mesti jadikan kedai buku sebagai destinasi wajib untuk singgah. Aku paling suka sekarang ni pergi Queensbay Mall sebab kat situ ada Borders. Luqman pun tahu, kalo nak suggestkan tempat nak gi jalan-jalan, mesti dia ajak ke Qbay sebab tahu aku boleh lepak 1-2 jam kat Borders tu saja. Dan rak buku yang aku pertama aku tuju ialah 'Self-Improvement'. Kat Penang ni ada 3 je kedai buku yang bagus iaitu Popular, Borders dan MPH. Tapi MPH kat 1 tempat je, Plaza Gurney, kawasan yang jarang-jarang aku lalui.
.
Minat membaca ni, tak lain datang dari sifat ayah aku. Kat rumah tu, kalo orang lain, almari penuh pinggan mangkuk, barang hiasan, tapi rumah aku penuh buku. Dari satu almari ke satu almari berganti disebabkan papan nya dah 'lendut' dek sebab tak mampu nak tampung buku-buku ni. Maklum lah kami bukan orang berada boleh beli almari kayu yang tahan puluh-puluh tahun tu. Yang mana boleh pakai, pakai lah jua. Sumbat semua buku-buku. Ayah aku ni fesyennya, suka simpan buku majalah lama. Barang lain boleh buang, tapi jangan buku dan majalah dia! Tu sebab kalo nak cari daripada Majalah DIAN tahun 1972, majalah Al-Ain tahun 1986 ataupun Dewan Siswa tahun 1990, insyaAllah ada! Kot tak bersusun tarikhnya saja. Orang kata, kalo jual kat kedai buku antik, tentu mahal harganya sebab buku dan majalah ni sudah tak de di pasaran. Sudah menjadi nadir.
.
Sekarang ni aku terapkan minat ni kat anak-anak aku pulak terutama membaca buku-buku yang berfaedah macam buku motivasi. Tak semestinya kita ada masalah baru kita cari buku-buku motivasi, tapi baca sebagai persediaan, belajar dari kisah-kisah orang lain. Kalo mampu tu, beli. memang tak rugi membeli buku, umpama membeli ilmu. Kalo dapat pengajaran dan sampaikan pada orang lain, lebih berganda-ganda faedahnya.
.
Aura faedah mengunjungi kedai buku ni, yang aku selalu aku rasa ialah bila tumpang baca 1-2 mukasurat dari buku-buku tu, aku pasti akan keluar dari kedai buku tu sebagai seorang yang lain yang kadang-kadang terus aku leh aplikasikan bila aku kuar dari situ. Contohnya; aku baca 1 kisah dalam CSFTS tentang seorang ibu yang mempunyai anak bernama Brian. Brian adalah macam kanak-kanak sekolah rendah yang lain kadang-kadang nakal kadang-kadang baik. Ada beberapa hari Brian masuk kelas lewat, cikgu dia pun bagitau kat mak dia. Cikgu tu buat andaian yang Brian ni mungkin terpengaruh dengan budak nakal yang malas bersekolah sebab tu masuk kelas lambat. Balik dari sekolah, mak dia pun tanya Brian tentang apa yang cikgu dia bagitau. Pada mulanya si emak memang mempunyai fikiran yang negatif tapi dia bagi peluang Brian menerangkan perkara sebenar. Rupa-rupanya setiap pagi Brian lewat kerana menolong seorang budak yang cacat kaki untuk pergi ke sekolah, bukan kerana bergaul dengan budak-budak nakal. Emaknya mendengar alasan Brian terus memeluk anaknya 'I Love You Brian!'.
.
Dari situ aku belajar untuk memberi peluang kepada orang lain terutama anak-anak menerangkan alasan mengapa dia buat macam tu macam ni sebelum menjatuhkan hukuman. Bukan untuk memanjakan anak, tapi untuk mengajar erti keadilan dan kita akan sentiasa mendengar luahannya untuk pertimbangan. Itulah contoh 'aura' dari kedai buku yang membuatkan aku melangkah keluar sebagai orang yang baru.
Attitude Is Everything
by: Brian Cavanaugh, T.O.R., A Cup of Chicken Soup for the Soul
Jerry was the kind of guy you love to hate. He was always in a good mood and always had something positive to say. When someone would ask him how he was doing, he would reply, "If I were any better, I would be twins!"
He was a unique manager because he had several waiters who had followed him around from restaurant to restaurant. The reason the waiters followed Jerry was because of his attitude. He was a natural motivator. If an employee was having a bad day, Jerry was there telling the employee how to look on the positive side of the situation.
Seeing this style really made me curious, so one day I went up to Jerry and asked him, "I don't get it! You can't be a positive person all of the time. How do you do it?" Jerry replied, "Each morning I wake up and say to myself, 'Jerry, you have two choices today. You can choose to be in a good mood or you can choose to be in a bad mood.' I choose to be in a good mood. Each time something bad happens, I can choose to be a victim or I can choose to learn from it. I choose to learn from it. Every time someone comes to me complaining, I can choose to accept their complaining or I can point out the positive side of life. I choose the positive side of life."
"Yeah, right, it's not that easy," I protested. "Yes, it is," Jerry said. "Life is all about choices. When you cut away all the junk, every situation is a choice. You choose how you react to situations. You choose how people will affect your mood. You choose to be in a good mood or bad mood. The bottom line: It's your choice how you live life."
I reflected on what Jerry said. Soon thereafter, I left the restaurant industry to start my own business. We lost touch, but I often thought about him when I made a choice about life instead of reacting to it.
Several years later, I heard that Jerry did something you are never supposed to do in a restaurant business: he left the back door open one morning and was held up at gunpoint by three armed robbers. While trying to open the safe, his hand, shaking from nervousness, slipped off the combination. The robbers panicked and shot him. Luckily, Jerry was found relatively quickly and rushed to the local trauma center. After 18 hours of surgery and weeks of intensive care, Jerry was released from the hospital with fragments of the bullets still in his body.
I saw Jerry about six months after the accident. When I asked him how he was, he replied, "If I were any better, I'd be twins. Wanna see my scars?" I declined to see his wounds, but did ask him what had gone through his mind as the robbery took place. "The first thing that went through my mind was that I should have locked the back door," Jerry replied. "Then, as I lay on the floor, I remembered that I had two choices: I could choose to live, or I could choose to die. I chose to live." "Weren't you scared? Did you lose consciousness?" I asked. Jerry continued, "The paramedics were great. They kept telling me I was going to be fine. But when they wheeled me into the emergency room and I saw the expressions on the faces of the doctors and nurses, I got really scared. In their eyes, I read, 'He's a dead man.' "I knew I needed to take action."
"What did you do?" I asked.
"Well, there was a big, burly nurse shouting questions at me," said Jerry.
"She asked if I was allergic to anything. 'Yes,' I replied. The doctors and nurses stopped working as they waited for my reply. I took a deep breathe and yelled, 'Bullets!' Over their laughter, I told them. 'I am choosing to live. Operate on me as if I am alive, not dead." Jerry lived thanks to the skill of his doctors, but also because of his amazing attitude. I learned from him that every day we have the choice to live fully. Attitude, after all, is everything.
Tuesday, October 12, 2010
hati yang berlagu riang...
.
Diam tak diam, akhirnya tamat lah rawatan. Kesan dari rawatan tu yang sepatutnya agak teruk seperti keguguran rambut, demam, muntah, kurang selera makan, emosi terganggu, namun aku cuma mengalami kesan-kesan tersebut secara minima saja. Doktor dan Nurse dari Rocher (pembekal pegasys) yang supervised aku pun kagum la jugak sebab aku tak macam pesakit-pesakit sebelum ini yang dia supervised. Kebanyakan mereka jelas tidak dapat bertahan dengan kesan ubat tu, tapi aku kelihatan normal saja. Aku katakan padanya, semua ini adalah berkenaan cara fikir. Aku bukan berbangga, tapi dari 1-2 minggu pertama aku disahkan hepatitis B +ve, aku menganggap kuman itu tidak ada, tidak pernah singgah dalam darah dan hati aku. Walaupun bila diingat-ingat waktu awal tau tu, hampir tumbang juga diri ini! Panik, sedih dan rasa terpuruk. hehehe. Kalo ada pembaca blog ni yang baca catatan aku tahun lepas mesti ingat jugak betapa aku down masa dapat surat dari hospital seberang jaya menyuruh aku datang dan buat blood test semula. 2 minggu selepas itu, sepucuk lagi surat menyuruh aku datang berjumpa doktor untuk menyampaikan hal ini kepada aku.
.
Tapi aku terus optimis, bahawa ajal, maut, sakit dan sihat adalah pemberian Allah. Dia berhak menguji dengan cara mana makhlukNya boleh menghadapi, dan atas rasa maha pengasih dan maha penyayang Nya, Dia juga berhak menarik kembali ujian itu dan menyembuhkan aku. Tiada makanan tambahan, tiada ubat tambahan walaupun sejurus aku memberitau beberapa kenalan tentang sakit aku, bermacam-macam produk diperkenalkan kepada aku, semuanya dikatakan sesuai dengan penyakit yang kuhidapi. Tetapi aku katakan, aku ingin mengikut nasihat Doktor sahaja, dan sekiranya usaha ini tidak berjaya barulah aku akan memikirkan adakah akan berikhtiar dengan cara lain. Selain itu, aku juga tak mahu orang sekeliling aku memandang aku dengan pandangan 'oh,kau sakit ke..'. Aku tak mahu pandangan itu. Kerana secara fizikalnya aku tak berasa apa-apa kesakitan, ia cuma dalam darah saja ada kuman tersebut. Aku mahukan aura yang positif, aku percaya diri aku sihat, maka aku nak orang lain pandang aku sebagai orang sihat. Inilah antara penyumbang kepada kesembuhan aku. Iaitu Apa Yang Aku Percaya tentang diri aku. Dan aku percaya aku sihat.
.
Alhamdulillah, usaha rawatan yang dicadangkan Doktor juga tidak sia-sia. Kelmarin, Doktor memberitahu bahawa keputusan ujian antigen aku sudah bertukar, daripada Positif kepada Negatif!. Aku boleh dikatakan sepenuhnya bebas dari kuman Hep B itu. Doktor pernah memberitahu, sebenarnya bahawa hanya 30% sahaja penghidap yang menjalani rawatan berupaya untuk sembuh dengan sekali rawatan. Kebanyakan dari mereka, perlu mengulangi rawatan, lebih buruk lagi, dengan kos ditanggung sendiri. Ya Allah syukur, kerana jika aku di tempat mereka, tentu aku tiada upaya menanggung kosnya yang bukan sedikit. Lebih baik lah kos itu digunakan untuk merawat pesakit lain yang lebih kronik.
.
Doktor juga menerangkan bahawa dari 30% yang sembuh itu, hanya 5% dikategorikan 'Successful recovery'. bermaksud, kuman tu boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Jika aku tergolong dalam 30% tu sahaja, kuman tu memang tidak aktif tetapi berkemungkinan 2-3 tahun dia boleh aktif semula cuma persentage nya tak setinggi semasa belum menjalani rawatan. Tetapi, jika aku termasuk dalam grup 30% dan termasuk juga 5% ni, aku adalah antara yang bertuah dan akan dijadikan 'testimoni' yang meyakinkan untuk rawatan tersebut. Doktor Kiew (Dr pakar gastro) dan Ms Neoh dari Rocher kelihatan sangat gembira masa giliran aku bertemu Dr Kiew semalam. Banyak kali dia cakap 'Wah Lubna, your result sangat bagus, sebab bukan semua orang dapat masuk group 30%, tapi U memang confirm included in that 30%, cuma 1 lagi result nak tengok adakah u boleh masuk dalam 5%'.
.
Lalu, apakah yang harus aku katakan lagi, syukur sesungguhnya aku kepada Allah kerana memudahkan perjalanan aku ini. Aku juga bersyukur kerana perjalanan ini mengajar aku pelbagai perkara. Aku berpeluang ke hospital sebulan sekali dan melihat ramai pesakit yang menghidap pelbagai sakit yang kronik. Ini semua menimbulkan keinsafan dan rasa kesyukuran kepada Allah. Jika aku tidak menghidapnya, mana mungkin aku akan ke hospital saja-saja? Aku juga berkenalan dengan beberapa orang yang senasib malah Makcik Fadhilah yang semakin rapat dengan aku sejak mula rawatan, dia menghidap Hepatitis C, dan dia gagal menempatkan diri dalam kumpulan 30% itu, malah kemungkinan dia dirawat semula. Aku sangat bersimpati dan memahami. Dia dah tua, tidak dapat bertahan dengan kesan sampingan ubat tu, malah Dr cuma menasihatkan pengambilan dos injection untuk dia hanya separuh jarum, selebihnya, ubat itu dibuang. Rugi kan? Tapi apa boleh buat, itu bahagian dia, aku selalu mendoakan agar dia sembuh dan kembali normal. Aku tahu kesannya jika ia tidak dirawat, kemungkinan besar hati akan berparut, akhirnya akan menjejaskan fungsi hati sehingga boleh menghilangkan nyawa. Aku tahu sangat kesannya, kerana mak saudara aku yang aku katakan juga menghidap hepatitis C, telah pun kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal baru-baru ini.
.
Kembali kepada hati yang riang. Perasaan syukur aku dengan berita kesihatan aku ini, bertambah-tambah riangnya sebab kawan blog aku menghadiahi aku buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza yang kuminati dan kuikuti perkembangan blognya dari tahun lepas. Semacam blognya, membaca TCA seperti membuai perasaan syahdu mengenang kenangan lalu. kali ni aku boleh kongsikan dengan orang lain betapa seronoknya membaca TCA kerana kisahnya seakan-akan merakam kembali kisah yang pernah kita lalui di zaman 80an. Walaupun aku cuma kanak-kanak di tahun itu, tetapi banyak perkara yang aku boleh bayangkan dan faham kerana aku rasa seperti aku jua melaluinya. Terima kasih kepada Kak Tie yang menghadiahkan buku ini, akak telah menjadikan hati saya kembali berlagu riang. Terima kasih...
Wednesday, October 6, 2010
Satu Jam yang sungguh berharga
1 jam yang aku maksudkan ialah dari 6.30 pagi hingga 7.30 pagi. Alhamdulillah sejak akhir-akhir ni 1 jam pemberian Allah ini sangat-sangat aku nikmati.
.
Sepanjang 1 jam itu lah aku dapat menyiapkan anak aku ke sekolah (seusai solat Subuh), dapat memasak untuk sarapan anak dan mak ayah aku, dapat hantar Luqman ke sekolah dan dapat pula tunaikan Solat Sunat Isyraq dan Dhuha sebelum ke opis pada jam 7.40 pagi. Gambar di sebelah adalah masakan aku pagi ini, Bihun Goreng Singapore, dimakan bersama-sama mak ayah dan anak-anak saudaraku.
.
Dulu, rasanya tak akan pernah sempat 'mengejar' semua ini. Ada saja alasan dan halangan. Yang betul nya, tak pernah mencuba! Tapi ralit dengan bisikan syaitan yang mahukan kita lalai. Alhamdulillah sebelum Ramadhan yang lalu, datang motivasi untuk melakukan perubahan. Hasil pembacaan majalah bermanfaat, dengar ceramah agama, cd Nasyid, Wirid dan Zikir, kisah-kisah di blog atau facebook banyak membantu mencapai 'nikmat' ini.
.
Sebelum ni, selalu aku meratapi diri aku yang menjawat kerja yang tak seberapa. Cemburu dan berpura-pura gembira dengan kesenangan orang lain. Aku manusia biasa. Perasaan rendah diri ini tidak akan pernah hilang sampailah aku merasakan telah mendapat sama seperti apa yang orang lain ada! MasyaAllah aku telah lupa, nikmat 1 jam yang Allah beri pada aku, yang tidak sama dengan orang lain. Terutama, waktu bersama mak ayah tercinta, memasakkan makanan pagi, menjamu mereka sehingga kenyang, dan punya masa untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa melalui solat sunat pagi. Aku yakin, tidak ramai dapat melakukan perkara ini meskipun menikmati gaji ribuan setiap bulan! Maka inilah nikmat yang wajib aku insafi dan syukuri yang tidak ternilai harganya walaupun cuma dalam satu jam. Pelbagai perkara baik yang dapat ku lakukan.
.
Sesungguhnya sesiapa yang bertaqwa kepada Allah pasti Allah dorongkan jalan keluar. Niat yang baik pasti ada jalan. Jika ada sesiapa yang ingin berubah ke arah lebih baik, cuba lah dan pohonlah dari Allah SWT, pasti ada jalannya. - L
Saturday, September 18, 2010
'Jangan Ambil sekerat-sekerat'
Assalamualaikum...
.
Lately aku selalu terbaca komen dalam FB berkaitan masalah sosial yang melibatkan orang yang bertudung.
.
Biasa sangat dengar 'Bertudung tak semestinya baik malah lebih teruk yang tak bertudung..tengok kat youtube tu berlambak-lambak orang bertudung perangai tak senonoh'. Aduh, pedihnya dengar walaupun sepatutnya kalo kita tak buat kita tak perlu terasa. Namun, pedih dan pahit itulah kenyataan yang telah memalit semua orang yang bertudung dengan imej yang hina. Dari situ, jawapan balas yang selalu diberikan 'Yang bertudung tak semestinya beriman, tetapi yang beriman pasti bertudung (menutup aurat'. itupun ada jua yang tidak faham dan mencemuh, akhirnya, seperti timbul persepsi, yang tidak menutup aurat itu betul dan yang menutup aurat itu salah.
.
Bukan membela golongan yang bertudung tapi buat maksiat ini. Samada menutup aurat tapi buat maksiat atau buat baik tapi tak menutup aurat, kedua-duanya adalah tidak Islamik. Tidak mengikut apa yang Allah perintah dalam Qur'an. Allah suruh tutup aurat dan buat baik bukan buat baik tapi tak tutup aurat, atau tutup aurat tapi mungkar. Pemakaian tudung (menutup aurat) datang bersama iman. Bila mengaku beriman kepada Allah, dan mengaku memahami apa itu Rukun Iman, sepatutnya sedar suruhan Allah. Anjuran menutup aurat bukan paksaan manusia....bukan juga Nabi atau Malaikat tapi dari Allah SWT dalam kitab Al-Qur'an yang menjadi pegangan kita. Justeru tidak timbul soal 'belum datang seru' atau 'tidak mahu hipokrit' kerana ini bukan suruhan manusia, tetapi Allah....Allah, sayang...Allah!..
.
Selama ini, apa yang Allah dah beri pada kita? Banyakkan? Malah lebih dari yang kita minta. Allah beri kesihatan, beri rezeki, beri zuriat, beri kekuatan kaki dan tangan, kecukupan anggota badan, beri pendengaran yang baik, mata yang jelas melihat, rupa yang cantik. Macam-macam lagi yang tak habis kita hitungkan. Tetapi mengapa bila Allah meminta kita mematuhi arahanNya, kita engkar...atau kita buat, tapi separuh-separuh, demi kepentingan kita. Walaupun masih mengaku beriman kepadaNya!
.
Ini adalah peringatan sesama insan...peringatan untuk diri aku sendiri juga...jangan diambil hukum Allah separuh-separuh, tetapi seluruhnya...kerana kalau Allah dah perintahkan, sudah pasti kebaikannya untuk kita. Teguran ini bukan kerana benci, tapi kerana sayang...Sayangkanlah Nabi Muhammad SAW...penuhilah hasrat Baginda untuk kita ramai-ramai umat Islam memenuhi syurga...dengan mengikut perintah Allah SWT dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana hidup ini cuma sementara...Jika ada peluang berbuat baik, bertaubat dan berubahlah.
Friday, September 17, 2010
'Is it our satisfy or Allah satisfy?'
Assalamualaikum..
.
Hehe sejak-sejak dah ada cd Maher Zain ni, ayat rujukan pun dari lirik lagu maher zain. Sungguh menginsafkan dan banyak peringatan di dalamnya.
.
Macam lirik di atas tu mengingatkan kita tentang kebiasaan kita ni...yang terlupa bahawa apa yang kita lakukan bukanlah untuk orang suka atau tak suka. Selalu kita cakap, 'nanti apa orang kata?'padahal yang penting bukan apa orang kata, tapi adakah Allah redha dengan perbuatan tu. Kalo perbuatan tu memang perbuatan yang baik, dibenarkan syarak, pasti Allah redha, jadi lakukan saja.
.
Tentang kehendak-kehendak kita juga...mahukan harta, kekayaan, pangkat dan nama...adakah kita lakukan untuk kepuasan kita sahaja....atau untuk kepuasan Allah? Apa yang Allah beri kepada kita, adakah kita infaqkan ke jalan yang benar, atau sedekah kepada yang memerlukan. Atau kita makan seorang diri kita dan kerabat-kerabat kita sahaja. Kalo semua orang kaya membelanjakan hartanya ke jalan yang baik, dengan bersedekah atau membantu membina pusat pendidikan, masjid atau tempat tinggal bagi mereka yang kekurangan, insyaAllah tiadalah orang miskin lagi di dunia ini...kerana semua orang kaya, menyedari kelebihan yang mereka ada sebenarnya adalah hak orang-orang miskin. pada zaman Nabi, sahabat Nabi yang kaya iaitu Abdul Rahman bin Auf AS tidak meninggalkan sedikit pun harta dia melainkan diinfaqkan demi dakwah Islam. Kita bagaimana...ingatlah semakin banyak harta semakin lama lah kita akan dihisab ke atas satu-satu harta yang kita ada....untuk kita menerangkan di hadapan Allah, ke mana ia dibelanjakan...
.
Selalulah ingat 'is it our satisfy...or Allah satisfy..?' - L
Wednesday, September 1, 2010
Hidup tak selalunya indah
.
Semasa tunggu bas tu, ada seorang makcik duduk sebelah aku. Pakaiannya baju kurung kedah, berkain batik dan bertudung kuning diikat di leher. Disebabkan bas masing-masing belum sampai, kami terus bersembang. Dia kata dia ada cucu umur lebih kurang macam Luqman. Tapi ada dua orang. Mak cik ni bukan peminta sedekah tapi kisah dia sangat meruntun hati aku. Katanya, dia datang Komtar nak cari kerja kot ada macam tukang-tukang sapu ke, pembantu kedai makan ke tapi tak dapat. Kat umah tu dia mengasuh 2 orang cucu nya. Ibu bapa kepada cucu ni eksiden (tapi aku tak pasti si bapa tu meninggal atau apa), anak Mak Cik ni ialah ibu budak-budak tu, yang juga sedang mencari-cari pekerjaan. Anak makcik ni 2 orang, sorang lagi lelaki, tapi keje driver bas kilang saja, takat lepas makan dia, bolehlah. Sebab tu makcik yang tua ini terpaksa keluar mencari nafkah.
.
Aku pun ada tanya dia 'kalo mengasuh anak orang dekat-dekat umah takdak ka makcik?' Dia kata 'takdak nak, lani orang antaq anak kecik-kecik lagi pi sekolah (nurseri). Dulu makcik ngasuh gak anak orang tapi lani depa besaq dah la makcik tak mengasuh dah'. Makcik tu sambung lagi 'la cukup susah cari keja, kot makcik dah tua (65tahun) depa tak mau.'. 'Memang pun makcik, memang lani susah cari keja, saya pun baru balik intw ni makcik..tatau leh dapat ka dak..'. 'Makcik bukan apa sebab dok jaga cucu tu. Depa bukan tau apa. tau nak makan, nak makan...ni tatau nak makan apa hari ni..tambang ni pun kawan makcik yang bagi' sambil tunjuk beberapa keping duit syiling kat tangan.
.
Alahai, sungguh kasihan. Dan aku tak merasakan makcik ni menipu dan sengaja bercerita kisah nya untuk minta sedekah, kerana dia memang tak sebut pun nak meminta dari aku. Tapi kerana kasihan aku hulurkan RM10 kepada dia. RM10, apalah sangat. Mengenangkan umurnya 65 tahun sebaya ayah aku, aku terbayangkan ayah aku tapi ayah aku lelaki, masih ada kudrat untuk bekerja, tapi ni seorang makcik, kerja apa lah yang bisa dilakukan demi mencari sesuap nasi untuk dia dan mulut-mulut kecil yang menanti di rumah. Makcik tu ucap terima kasih banyak kali kat aku dan kata 'hanya tuhan dapat membalas jasa anak..' Aku kata 'makcik, saya dapat bagi banyak ni saja, kalo ada lebih lagi, memang saya nak bagi, tapi setakat ni saja yang saya ada'. Makcik tu kata 'takpalah yang ni pun dah banyak cukup la nak bagi makan kat cucu-cucu'
.
Kebetulan lepas aku bagi, bas makcik tu pun datang dan dia berlari-lari anak mengejar dan menyusup masuk ke dalam perut bas. Dan aku yang masih menunggu, menginsafi segala kejadian tadi sambil menerangkan kepada Luqman. 'Tengok Oman, bukan semua orang senang, ada yang susah sampai nak makan pun takdak duit. Mak pun rasa kita susah tapi hari ni Allah tunjuk ada juga yang lagi susah. Oman jangan selalu nak minta-minta tapi banyakkan bersyukur sebab kita tak macam makcik tu...' Luqman diam saja mungkin memikirkan perkara yang baru dipelajarinya. Aku terlupa pula nak amik nombor telefon atau alamat makcik tu. Menyesal pula rasa, jika tidak, boleh lah aku cari dia dan tanya khabar lepas ni.
.
Hidup tak selalunya indah, di saat-saat sukar itulah kita belajar mensyukuri nikmat pemberian Allah....
Tuesday, August 24, 2010
Kisah Nabi Sulaiman AS
Dari buku 'MISTERI KEAJAIBAN DUNIA', ada kisah Nabi Sulaiman AS dgn seekor semut. Kita tahu Nabi Sulaiman AS adalah Nabi yang diberikan mukjizat dapat memahami bahasa binatang. Suatu hari Nabi Sulaiman melihat sekawanan semut kelihatan bersusah-susah mencari makanan, lantas Nabi Sulaiman pun bertanya kepada salah seekor semut 'berapakah keperluan makanan semut untuk 1 tahun?' Semut itu jwb 'sebiji gandum'. Maka Nabi Sulaiman dengan niat nak memudahkan tugas Semut lantas memberi Semut sebijik gandum.
.
Setahun berikutnya, Nabi Sulaiman datang semula dan nak tengok keadaan semut dan ingin menambah sebiji lagi gandum untuk tahun berikutnya. Namun alangkah terkejutnya kerana biji gandum yang diberi pada tahun lepas berbaki separuh. Nabi Sulaiaman pun bertanya 'Wahai Semut, mengapa kau tidak habiskan gandum pemberianku itu?' Semut jwb 'Wahai nabi Allah, masa aku berusaha sendiri cari gandum,aku bertawakal pada Allah,kerana Allah pasti memberi ,tetapi bila engkau yg bagi ,aku hanya bgantung kepada kau namun aku tidak yakin kau akan membawa sebijik lagi gandum untuk tahun berikutnya, maka aku beringat-ingat dan menghabiskan separuh saja gandum ini'.
.
Kisah ini memberi moral bahawa saat-saat kesukaran atau ujian adalah saat paling dekat kita dengan Allah, kerana hanya Allah tempat pergantungan paling meyakinkan dan ia bersifat Maha Mendengar dan maha Memberi, apa jua yang kita mohon, Dia pasti memberi.
Saturday, August 7, 2010
Resensi gitu...
Padahalnya resensi tu ulasan buku kalo dah habis baca dan nak cadangkan kat orang. Ni buku tak abis baca (amik masa setahun lak tu), tapi dah citer kat orang?
.
Sesuai la kan tema nak masuk 'Bulan Ramdan yang mulia Umat Islam berpuasa menunai rukun ketiga', sekarang ni kena lah bersiap sedia menyambutnya. Jangan nanti bila dah abis Ramadhan baru lah terhegeh-hegeh cakap 'alahai solat tarawih satu rakaat pun tak dapat buat, Ramadhan depan entah sempat entah tidak'. Huh tu aku la tu, ralit, ralit, ikut sangat bisikan nates itu. Bertangguh, tangguh last-last dah nak raya.
.
macam bab nak baca buku ni lah. Dari ramadhan tahun lepas aku dah beli buku nih, buku kedua yang aku miliki tulisan Ust.SahrulAzmi Sidek. yang pertama 'Sakit Pun OK' beli pada tahun 2008. Lepas khatam buku SPOK tu barulah aku dapat tahu pasal hepatitis B, see, cantikkan aturan Allah? Allah bagi dulu dorongan aku untuk baca macam mana hendak menghadapi ujian sakit dengan sabar, terbuka hati dan tawakal kepadaNya. kemudian, barulah aku mendapat tahu tentang Hepatitis B tu. Alhamdulillah, syukur dengan tarbiyyah ini dapatlah aku faham kenapa ada ketika tu kita diuji, ini kerana Allah ingin menaikkan darjat keimanan kita terhadapNya.
.
Ok back to the future, buku ILR ni santai isinya. Kalau sebelum ni kita biasa tengok atau baca buku PANDUAN BERPUASA atau PUASA yang disampaikan secara mendatar sekadar untuk kita tahu apa yang perlu dilakukan ketika bulan ramadhan. Contoh : niat puasa, niat berbuka, cara solat tarawih dan sebagainya. tapi, ILR ni bukan setakat bagi kita TAHU tentang Ramadhan malah KENAL dengan Ramadhan. Menanti Ramadhan, merindui Ramadhan dan menghargai Ramadhan seperti mana kita melayan seorang kekasih yang hanya datang menemui kita sesekali je sahaja dalam setahun. Bayangkan kalo kita punyai kekasih yang hebat, tetapi hanya dapat bertemu sekali saja, tentu kita berasa rindu dendam menanti kedatangannya dan berasa amat sedih bila dia meninggalkan kita semula. Sebab tu tajuk yang dipilih ialah 'I Love Ramadhan'.
.
Sebagai umat Islam, kita patut bersyukur kerana agama kita ni terkandung pelbagai perkara yang hebat, kita ada Rasul yang hebat, Kitab yang hebat dan bulan yang hebat! Marilah kita menghargai kurniaan Allah ni kepada kita dan berusaha melaksanakan perintah Allah dengan sempurna.
Friday, August 6, 2010
Bukan perkara luar biasa...
Akhir-akhir ini aku banyak mendengar kisah rumahtangga kawan-kawan yang aku sayangi mengalami masalah. Bukan niat aku menjaja cerita mereka di sini, cuma aku ingin meluah rasa sedih yang aku tak boleh elak ini.
.
Dulu (ketika umur pertengahan 20an) usia ni kurasakan sangat muda dan sudah tentu mereka yang sebaya aku belum lagi melalui keluh kesah, sepak terajang rumahtangga. Apatah lagi Bercerai???. fikirku, saat-saat ini tentu sedang enak diulit bahagia, mula menimang zuriat, mula memulai kehidupan, menikmati hasil gaji pekerjaan pertama dan sebagainya. Melewati gambar-gambar di facebook atau blog, Alhamdulillah, nampak bahagia, sungguh-sungguh bahagia.
.
Rupa-rupanya 'Yang Terindah Hanya Sementara', satu persatu aku mendengar runtuhnya mahligai di sana, ranapnya mahligai di sini. Padamnya api cinta di situ, pedihnya hati yang menahan di mana-mana. Kawanku, apa sudah terjadi?
.
Ada yang bersuamikan lelaki pemalas, mengharapkan poket isteri. Ada yang beristerikan seorang yang tak pandai menjaga mulut, mulut pantas mencerca suami dan sentiasa mengungkit kesalahan yang kecil. Ada yang suami berubah menjadi pendiam dan menjauh hati, secara tiba-tiba. Suami yang mengasari isteri. Dan sejumlah besar kerana kecurangan yang mendatangkan perasaan benci dan tidak bisa lagi bersatu atas nama Suami dan Isteri.
.
Usia masih muda, perjalanan masih panjang, anak-anak masih kecil tapi perpisahan tetap berlaku. Aku simpati dan sedih dengan nasib anak-anak, tapi aku tetap memberi sokongan, jika itu keputusan yang terbaik, siapalah aku untuk menghalang. Sebagai makhluk Allah, janganlah jadikan perpisahan sebagai titik kehidupan. Matlamat kehidupan ini tidak lain adalah untuk mencari keredhaan Allah baik sebagai bujang, isteri, isteri bermadu, janda atau apa, matlamat kita tetaplah mencari keredhaanNya.
.
Teruskanlah pencarian, bahagia itu ada di mana-mana.
Wednesday, July 28, 2010
sehari selembar blog...
Lama-lama menjadi buku?
.
Aku lum cerita kenapa dalam bulan 6 hari tu aku tiba-tiba nak sambung blog balik, pastu entri awal aku ialah tentang motivasi, inspirasi dan nasihat-nasihat (yang tak seberapa pun) dan aku citer sikit tentang cita-cita yang belum tercapai.
.
Ehem,ehem, *ish malu nak citer ni, sebenarnya, lepas aku curi-curi baca (nak beli, tak mampu, T-T..) beberapa helai mukasurat Chicken Soup for the Soul kat Borders hari tu, aku jadi teruja pulak nak mengugel tentang kisah-kisah inspirasi lain yang ada dalam internet. Hasil dari gugelan aku tu, aku terjumpa video-video motivasi dalam youtube termasuk 1 video dari Mark Victor Hansen (gambar). Siapakah beliau ini? beliau ialah penulis dan penceramah motivasi terkenal dan orang yang bertanggungjawab di belakang kejayaan buku The Chicken Soup For The Soul bersama Jack Canfield. Dari situ, tiba-tiba macam ada Law of Attraction gitu (ni mesti Asiah kata 'tak abis-abis la ko dengan LOA' kehkehkeh) untuk mencapai cita-cita sebagai Penulis.
.
Tapi sebelum tu, flash back sikit, dari kecik-kecik dulu aku memang minat sangat menulis, dalam kad 001 pun rasanya ada jugak bubuh bahagian Cita-cita tu nak jadi Penulis Cerpen. Ni pengaruh dari Nyah aku jugak ni, kakak aku suka sangat baca cerpen dan novel dan selalu gak buat cerpen syok sendiri, tak hantar pun kat mana-mana. Jadi, aku pun terikut. Masa darjah dua aku mula menulis cerpen, you... memang bodoh dan sangat cute *sikit* dengan ayat-ayat pertama dalam cerpen aku tu. Malangnya, mak aku telah terjumpa cerpen aku tu dan pi habaq kat jiran-jiran sembangan nya di bawah pokok ketapang tentang ayat cerpen aku yang berbunyi;
.
'Aku mempunyai kulit yang putih melepak sehingga kawan-kawan ghairah melihat aku'. camtu lah lebih kurang. Maka, jadi glamer lah perkataan 'Ghairah' tu, aku ingat lagi ketika ditertawakan oleh jiran-jiran aku termasuk Cik Cah yang aku takuti kerana kegarangannya. Sejak tu aku putus asa, maklumlah budak-budak 8 tahun masa tu, bila dah kena 'under estimate' memang dah tak nak teruskan lagi, malu, marah dan merajuk!.
.
Dipendekkan cerita dari tu, minat ni walaupun ada, tapi tak pula aku teringin memanjangkan jadi cita-cita sebenar, (bukan sekadar mengisi kad 001). Cuma aku sedar dan perasan juga hahaha, yang karangan ku kerap mendapat pujian cikgu ketika sekolah menengah. Tapi aku ni mempunyai 1 sikap yang tak berapa bagus sebenarnya ialah tak boleh dipuji. Bila dipuji, aku jadi malu dan aku pun tak teruja lagi untuk berkarya. Lantas minat tersebut bagai terkubur.
.
Sehinggalah aku melihat video motivasi dan tips yang diberi oleh Mark ni tentang How To Write a Book, antara tipsnya;
.
1. membaca 2 buku seminggu
2. membaca jurnal setiap hari (macam baca blog-blog yang menarik dari segi penulisannya)
3. mengulas tentang buku, di dalam jurnal sendiri
4. realisasikan jurnal kepada blog
5. menulis sekurang-kurangnya 1 minit dalam sehari (maksudnya mesti menulis!)
6. memberi tajuk yang menarik
dan beberapa tips lagi,
.
dan aku rasa, InsyaAllah, aku boleh buat, kerana memang aku minat. Kalo aku baca blog-blog yang bercerita tentang pandangan tentang sesuatu objek atau subjek, aku jadi minat dengan cara penulisan mereka yang bernas, tidak merapu atau perasan sendiri, memberi ilmu dan indah susunan ayatnya. Jauh di sudut hati, aku kagum dan bercita-cita menulis seperti itu.
.
Bolehkah aku berjaya dalam cita-cita ini? ha, kalo pakar motivasi tentu akan berkata 'setiap orang memang berpotensi untuk mencapai apa yang dia mahu, asalkan dia percaya dia boleh melakukannya'. Pedulikan faktor umur, faktor terlambat bermula, kerana apa yang kita mulakan tidak penting, yang peting bagaimana kita menghabiskannya! Ok, Setuju? doakan aku...
Wednesday, July 21, 2010
Yang baik tu memang susah
.
(Al-Imran: 200)
Monday, July 19, 2010
bagai rama-rama monarch
.
Rama-rama monarch, adalah makhluk Allah yang melaluinya Allah beri tarbiyyah supaya kita sebagai manusia, walaupun merasakan diri lemah tak berdaya, tetapi dengan keazaman, impian yang besar itu bukan lah sesuatu yang mustahil. Manis kan?
Thursday, July 15, 2010
husnu zhon adalah law of attraction
Semua orang tahu Law of attraction ialah tentang apa jua yang kita fikir - baik atau buruk, akan menarik segala di sekeliling kita dengan impak yang lebih besar. makna kata, kalo kita fikir positif, contohnya 'hari ni aku seronok', dengan izin Allah, apa juga yang berlaku pada hari itu akan menjadikan kita ceria dan orang keliling pun ceria. Begitu jugak kalo pagi-pagi datang keje kita pikir 'aduh nyampahnya aku dengan boss aku ni', nescaya (tu dia ayat...NESCAYA ko..) apa yang berlaku selepas tu pun semua menyampah,menyampah dan menyampah.
.
law of attraction bukan perkara baru. dalam agama kita memang dah diajar konsep berfikir yang baik-baik supaya, apa yang akan datang kepada kita pun baik-baik malah dengan impak yang lebih besar. nama konsepnya ini ialah 'husnu zhon'. Dan yang paling baik sekali ialah kita husnu zhon kepada Allah. Bila kita diuji, kita husnu zhon dengan mengingatkan kepada sunnatullah menjadikan sesuatu itu berpasangan. Misalnya Allah jadikan lelaki dan perempuan, siang dan malam, hujan dan panas. Yang Satu hanya Dia. Oleh itu, bila Allah berikan kesulitan, ia bermakna ada datang sekali dengannya pertolongan. Allah tidak akan memberi sesuatu itu sia-sia, cuma kita perlu sabar, berbaik sangka dan sentiasa bergantung harap kepada Allah kerana Allah tidak akan pernah mempeduli hambaNya yang meminta dariNya.
.
Konsep Law of Attraction ni juga banyak berlaku masa zaman Rasullullah SAW dan para Sahabat. Contoh 1 kisah tentang perjanjian Hudaibiyah. yang ni aku baca dalam majalah Solusi 21 artikel tajuk 'Mengalah bukan erti kalah'. penulis tak sebut pasal law of attraction, cuma aku saja yang kaitkan kerana memang ianya law of attraction.
.
Kisahnya gini, 5 tahun selepas penghijrahan, org islam pun berhajat nak balik semula ke Makkah. tapi masa tu kaum Quraisy masih menaruh kebencian dan tak suka pada Nabi dan Muslimin yang lain. Di sini la kesukarannya nak masuk ke Makkah sebab tak dibenarkan oleh kaum Quraisy. jadi sebelum nak masuk tu masing-masing hantar wakil untuk bincang. wakil dari Quraisy namanya Suhail bin Amru. Di sini lah mulanya yang aku katakan Law of Attraction tu. nama Suhail bermaksud 'mudah' jadi Nabi pun sebut 'dengan izin Allah pasti urusan ini menjadi mudah'. Nabi sangat optimis dan positif semasa melafaz ayat itu. Alhamdulillah, memang benar-benar perjanjian Hudaibiyah disetujui dan disaksikan dalam keadaan yang mudah dan damai. termeterailah syarat-syarat yang adil bagi kedua-dua pihak Muslimin dan juga kafir Quraisy di Makkah. Ada satu lagi husnu zhon /law of attraction yakni Muslimin berfikir dapat masuk Makkah, ya memang termeterai juga lah perjanjian membenarkan Muslimin masuk Makkah walaupun cuma tertunai 2-3 tahun kemudian. tapi, pokoknya, dari fikiran positif tadi telah menarik keadaan-keadaan positif malahan jauh lebih baik.
.
jadi apa halangan kita untuk tidak berfikir secara positif, dan husnu zhon? Sedangkan Allah dengan janji Nya 'Inna Maal usri yusro' dan Nabi telah menunjukkan pelbagai contoh yang baik, pemikiran yang optimis dan positif, dan telah terlihat hasilnya, kita juga berpeluang untuk mendapat kebaikan yang kita mahukan,asalkan kita, dengan ikhlas berfikiran positif, husnu zhon kepada Allah dan sentiasa melafazkan kata-kata positif dalam kehidupan seharian.
Monday, July 12, 2010
semua orang boleh berjaya
.
Sebab apa aku suka, sebab aku pun manusia biasa ada waktu-waktu sukar, rendah diri, gelap macam orang lain. Dan kadang-kadang aku pun tersasar lupa yang setiap yang Allah beri itu ada hikmah sebaliknya.
.
Dan sebagai insan biasa, aku juga punya impian aku sendiri yang masih belum tercapai, dan aku rasa jalannya penuh onak dan duri. Selalu aku pikir bila baca kisah orang lain dalam blog, facebook, citer orang sambung belajar, citer orang naik pangkat, dapat baby, dapat hadiah dan sebagainya. seronoknya hidup bila dapat penghargaan, dapat sesuatu yang hebat, sedangkan aku rasa apa yang aku ada adalah biasa-biasa saja.
.
Sebab tu aku selalu mencari bahan-bahan macam ni di samping tambahkan ilmu, aku pun suka nak share dengan kawan-kawan 'rakan sepengaduan' (haha ada ke rakan sepengaduan?) kerana aku tau dorang pun rasa apa yang aku rasa. Dan bila set-set cam kami ni baca dan tengok bahan macam ni, baru lah rasa terkesannya. Itulah indahnya ujian, dalam perjalanan untuk keluar dari kesukaran, banyak kata-kata manis, kata-kata menaikkan semangat yang membentuk pemikiran kita. Kalo orang yang dah berada di atas atau orang yang mudah je dapat apa yang dihajati, manakan rasa indahnya perjalanan ini,kan?
.
video ni aku jumpa masa aku cari tentang chicken soup for the soul. Aku nak sangat memiliki buku-buku chicken soup for the soul, apakan daya harganya yang mahal, tapi agaknya sebab aku terlalu memikirkan hajat tu maka minda separa sedar aku telah menerimanya sebagai sesuatu yang penting dan ntah macam mana aku terdetik nak cari kat internet. Sungguh banyak sebenarnya inspirational stories yang boleh dibaca, dan inspirational videos yang boleh ditonton, malahan percuma pula!. Law of attraction kata orang. Bila kita terlalu berfikir sesuatu yang kita nak atau tak nak, minda kita akan memprosesnya sebagai sesuatu yang penting dan tanpa sedar apa jua yang kita pikir secara mendalam tu akan datang pada kita. Tapi sebagai orang Islam, inilah namanya lintasan hati yang ikhlas, tidak terburu-buru dan sandaran kita hanya pada Allah, nescaya Allah memakbulkannya. malah lebih baik!
.
Oleh itu, sejak aku melayan kisah-kisah motivasi di internet mcm kat InspirationalStories tu, dan klip2 kat Ytube, aku semakin termotivasi untuk mencapai apa yang aku impikan. macam dalam klip ni, katanya kita semua boleh berjaya, kalo kita percaya kita boleh berjaya. Yang penting, kita fikir sesuatu yang baik yang kita hajati dengan perasaan yang ikhlas dan pergantungan kepada Allah, pasti perkara yang baik itu akan datang kepada kita dengan impak yang berganda.
.
Friday, July 9, 2010
bersihkan jiwa, tambahkan ilmu, mantapkan iman
Orang kata, iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.
.
sebab tu, ada orang anak tok Imam tapi perangai cam setan. Kenapalah jadi camtu ek. adakah kehidupan ini tak perlu untuk beramal baik, adakah kesudahan setiap makhluk cuma kematian, tanpa pembalasan.
.
Setengah orang, dah tahu dosa pahala, tahu tentang wajibnya menutup aurat, tahu kalo tak solat, tak masuk syurga, tapi still jugak buat. Bila dinasihat, melatah pula dan suruh jaga tepi kain sendiri. dan jawapan paling klise 'bukan tak nak buat (cthnya tutup aurat,baca Qur'an) tapi tak de 'seru'' takde seru katanya, sedangkan ajakan ke arah kebaikan tu setiap kali waktu solat tersebar melalui azan. 'marilah bersolat,marilah menuju kejayaan'. kejayaan dunia dan akhirat, itulah seruan. Ataupun, seru maksudnya 'hidayah'. Tak dapat hidayah? Jika sudah tahu tak dapat hidayah, tidak kah terasa malu dan mahu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya?. Malangnya, mereka ini hanya tahu berkata-kata tapi tidak memikirkan secara dalam betapa peluang untuk mendapat hidayah terbuka luas, cuma kita yang tak mahu mencarinya.
.
Dalam keadaan keporak-perandaan dunia hari ini, dengan masalah ekonomi nya, sosial nya, bencana alam, hanya satu saja jalan penyelesaian, kembalilah pada Allah. Lihat semula apakah yang kita buat Allah redho, kalo kita tak tahu, carilah jalan untuk tahu. berkawan dengan orang yang boleh memberi nasihat yang baik. menambah ilmu dengan bacaan. Syukur pada Allah, dalam kemelut masalah hari ini, kita kat Malaysia masih ada kelompok yang menerbitkan bahan bacaan yang sangat memberi kesedaran, ilmu dan disampaikan dengan cara yang paling mudah difahami. Contohnya majalah Solusi dan majalah I. kalo pembacaan berat tu amat sukar dilakukan, nah, melaburlah sikit saja untuk membaca majalah seperti ini. Di samping, menjadikan membaca Al-Qur'an sebagai kebiasaan. Walaupun kita tak memahami ayat yang dibaca, tetapi membaca Qur'an umpama membawa air dalam bekas kotor yang bocor. Meskipun air yang dikumpul mungkin sedikit, tetapi bekas yang kotor akhirnya bersih. Itulah umpama kesan membaca Qur'an ke dalam qalbu kita. Qalbu menjadi bersih dan terang. Justeru, sedikit ilmu yang kita tahu, akan mudah difahami dan diamalkan.
.
Bila kita dah membaca dan faham barulah kita akan nampak jalan penyelesaian untuk pelbagai masalah. selama ni kita buntu kerana kurang membaca dan kurang ilmu. malas pula membaca Qur'an. Cubalah jadikan membaca satu tabiat, mencari ilmu sebagai hobi, bercakap perkara baik sebagai aktiviti harian, mendekati kawan yang banyak ilmu untuk berkongsi. InsyaAllah, akan datanglah hidayah yang kita harapkan.