Showing posts with label hepatitis B. Show all posts
Showing posts with label hepatitis B. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Kedai dah buka semula

Seperti mana yang dijanjikan (ada janji ke idak eh?), bila dah cuti sekolah ni kedai ni pun dibuka lah. Ni pesen kedai PJJ namanya. Time cuti dia On time orang On dia cuti. Ada macam-macam menu nak cerita tapi rasanya dah basi sebab semua dah dikaborkan dalam fesbuk.

KPLI aku pun dah nak sampai penghujung, silibus dah abis belaja, ada yang dah exam pun. Cuma tinggal nak praktikum bulan 7-10 dan final exam dan pastu insyaAllah baru la bergelar cikgu. Rasa cam kejap je ye? Memang orang lain rasa kejap tapi kitorang nak mengabiskan study tu rasa ya Allah hazab nya. Memang inilah cabaran cuma eiii tak sangka lah awad susah sangat??? Masa kengkawan lain yang amik KPLI sebelum-sebelum ini takde le pulak deme kabo KPLI rope ini. Pack giler. Ke deme memang nak mengenakan aku..ish ish ish. tohmahan tohmahan. Dek sebab tension kadang tu kan, aku dan kengkawan pakat menung-menung, pikir-pikir nak cari keje lain nak ganti RM80,000 dalam agreement sebab merasakan susah sangat nak jadi cikgu nih. Pam tayar ketapi ke...kira bulu beruang ke...asalkan leh kuar dari 'neraka'ni hahaha..tapi itu gurauan saja lah sekadar menghibur hati time penat lelah mengikuti program.

Nak merungut pun tak leh juga. Orang keliling ni tunggu masa jek nak menghentam. Ye lah kami kan KPLI je, yang jadi cikgu sebab tak dapat keje lain. Kami tak pandai, tak de jiwa pendidik, tak perform, banyak menyusahkan pihak sekolah. Huhuhu..sentap dan sentimen! hehe. Tapi aku tak pikir gitu....InsyaAllah tidak. Walaupun memang wujud nya situasi di mana ada jurang antara guru-guru mengikut kelulusan tapi bagi aku, hidup ada pilihan. Cara berfikir, bertindak pun, ada pilihan. Tak kira le sapa kita, apa yang orang kata tentang kita, yang penting ialah, apa yang kita percaya? Kita pun tak boleh nak halang orang menilai diri kita macam mana, kita amik yang positif aje cukup. Bila orang perhati kita, judge kita makna nya orang amik tahu, ye dak. Kita just buat yang terbaik, dan tahu tanggungjawab kita iaitu menyampaikan ilmu. After all, ia hanya sekadar secebis ujian dunia yang Allah beri mengikut kemampuan kita. Tak gitu, akak yang pakai lipstik SilkyGirl tu? Cantiknya kaler..Pink karer lagi!

Jadi, apakah yang telah berlaku sepanjang kedai aku tutup nih? Antaranya...berat badan naik. Eii menci-menci! Sepatutnya bukan ke dah teruk-teruk buat aktiviti lasak minor PJK ...dah gi hiking kat Cameron bagai, pegi kayak le apa le. berjalan le. Kan sepatutnya makin slim? Ni apsal naik tak hengat dunia ni. Marah ku pada tubuhku yang tak bersalah mengikut seksyen 18 akta slim river. Hm tu lah kan Dr aku pun dah bilang, bila dah stop treatment Hep B tu berat badan akan kembali semula kepada asal (asal tu bukan berat asal zaman anak dara, tapi berat asal sebelum treatment lah...) Sila saksikan transformasinya...jeng jeng jeng

Ini tahun 2010. Indahnya saat ini...rasa chantek macam kak Nani Rostam pulak. (haha contoh tak boleh blah!)


Mei 2011 - Hohoho. apa sudah jadi. Waktu inilah, alat penimbang akan dituduh rosak tanpa bukti! Sib baik bertenggek atas besi kalau pokok ceri tu...ranap dah tu...

Takpelah, pasni aku berazam (kat kelas aku dulu kan, ada nama budak badrul azam borhan sekarang pegawai kat JPN Ipoh..iklan kejap hikhikhik) untuk maintain jangan lebih dari 55 kg. Jika tidak.....jika tidak.....aku belanja korang twisties yang sepeket ada 10 peket kecil beli kat Tesco tu. Hahaha supaya aku senang hati sebab korang pun tak boleh maintain hahahaha (ni apa pesen punya azam....berhasad dengki ada la...).

Selain dari pertambahan berat badan, dalam tempoh tutup kedai ni, insyaAllah ilmu pun bertambah le juga terutama masa belajar. Susah tu memang la susah tapi bagi aku, banyak benda yang aku belajar malahan aku rasa masih dahagakan kasih sayang ilmu sebab tempoh belajar KPLI ni sangat singkat. Tak sampai setahun pun. Korang pun bukannya nak speakang dengan aku. Camna aku nak terel? *huh, menyalahkan orang lagi! Aku pun rasa sangat bertuah sebab dapat belajar dari lecturer-lecturer yang terbaik dalam bidang masing-masing. Terutama 2 orang lecturer aku yang pencen tahun ni selepas lebih 30 tahun pengalaman mengajar. Jadi batch kami dikira bertuah sebab dapat 'sentuhan' terakhir dan yang terbaik dari mereka berdua. Jauh di sudut hati ni pun berharap dapat mencontohi mereka yang bukan saja menyampaikan ilmu, tapi menyentuh perasaan anak didik untuk mencintai ilmu. Itulah guru sejati nama nya. Perghh..puitis. Sekali sekala. eheh.

Sebagai penutup (sebab aku tatau camna nak ending entry ini dan ini adalah masalah negara yang aku hadapi dalam dunia penulisan iaitu tatau buat ending pastu aku end up dengan merapu) so sebelum aku merapu meh aku tutup dengan pantun;

berus tandas disangka hanger,
sebab tengok tak pakai spek,
lain kali kita berjumpa,
bila datang idea merepek.

Ah sudah lah. full stop.

Monday, December 20, 2010

tak tau nak suka ke nak apa, confused!

Perhatian : Untuk bacaan kaum wanita sahaja

'Kawan baik' aku baru-baru ni betul-betul mensuspen kan aku. Sebelum ni aku dah faham sangat perangai dia sejak azali datang sesuka hati kadang-kadang tak datang langsung 2-3 bulan.

Cuma sejak aku ikuti rawatan hepatitis B aku tahun ni, kawan baik datang tepat pula pada masanya. Mungkin kerana efek pengambilan asid folic ubat tambah darah tu. sejak sebelum puasa sampai la bulan 11 memang tetap aje 11hb atau 12hb.

Sebelum ini, datang tak datang si kawan baik bukanlah perkara yang besar. Keinginan nak tambah anak memang tak pernah padam. Sebenarnya dari dulu pun macam ni. takde tapis-tapis takde planning-planning. Tiap kali berkebun tu memang tujuannya nak menuai hasil tapi belum la juga tumbuh buahnya. Takpe lah belum rezeki. Kebetulan baru habis rawatan hepatitis B, Dr memang nasihatkan kalau nak berkebun untuk tambah hasil seeloknya selepas 6 bulan tamat rawatan. Supaya kesan-kesan kimia ubat tu habis sepenuhnya dari tubuh. Bukan apa, ubat tu tak pernah diuji ke atas wanita mengandung, jadi Dr pun tak dapat nak bagitau apa risikonya jika mengandung semasa rawatan atau sejurus tamat rawatan. Maka lebih baik risiko dijauhkan.

Tapi tahun ni dek sebab minta kpli lagi, dan tak sangka pula dapat interview tu. Maka hasrat asal pun ditukar kepada penangguhan penuaian hasil. Korang tau la kpli ni automatik reject kalau calon-calon mengandung. Alasannya, pengisian kpli tu melibatkan aktiviti fizikal yang aktif dan berat, tak sesuai untuk calon yang mengandung. Hm, ramai juga yang berputih mata terpaksa tolak tawaran bila mendapati perut berpenghuni. ye lah, kedua-dua pun memang impian, tapi kalau dah berisi tu, takkan nak buang?

Dan interview pun dah dilakukan sehabis baik dengan harapan Allah makbulkan doa dapat masuk bidang ni. Dari segi penilaian peribadi, macam ada harapan, tapi AllahuA'lam. Interview 13hb dan kawan baik masih belum datang. Mula pikir mungkin kerana nervous nak interview. Tapi ada hikmahnya juga kawan baik lebih lambat dari 13hb, dapatlah buat solat sunat beberapa kali sebelum interview. Tamat interview, rasa lega, puas hati dan berserah kepada Allah.

14hb, kawan baik belum datang, 15hb pun belum, 16hb pun takde. Ah sudah. Takkan lah? Selepas 8 tahun, kali ni pula ada? Bukan menidakkan kuasa Allah cuma ingin mencari kepastian. Petanda lain semacam tidak ada. Tidak ada kelainan pada perut. pening loya pun tidak.Cuma adalah sehari tu je MC, demam. Perasaan mula bercampur dan rencam. Bukan kerana tak mahu. Kalau ada, memang berita gembira, cuma bila mengingatkan hal kpli tu, hati jadi walang. Takut tidak dapat redha pada ketetapan Allah. Andai rezeki begitu murah, mungkin dapat dua-dua tapi wajib lah memilih yang satu ini. Sungguh dilema.

Kepada Allah aku memohon pertolongan dan petunjuk supaya hati ini cepat redha dengan apa jua yang diberikan. Setelah hampir 2 tahun rasanya tak beli upt tu, akhirnya aku rasa perlu menamatkan teka-teki yang sedikit menekan perasaan ini. Supaya tidak ada ruang untuk syaitan membisikkan kejahatan dan menyalahkan takdir Allah.

selepas 30 saat keluarlah garisan halus. Bukan 2 tapi 1. Perasaan jadi begitu lega. Namun patutkah aku lega. Dulu, kalau upt bergaris satu, biasanya sedih dan frust sikit. Tapi kali ni tidak. Apa yang aku harus pikirkan, rasakan sebenarnya? Tapi ada yang berkata, keputusan upt tak semestinya tepat mungkin 'baru' lagi. Aduhai, betulkah. Perasaan tak lega semula. Susahlah macam ni.

Tapi, Allah itu sangat memahami, sangat mengetahui yang terbaik, sangat mendengar doa sang hamba yang amat berharap. hanya kepadaNya aku mengadu,mengharap ditunjukkan jalan dan menjadikan hati ini redha pada ketetapanNya. Ya Allah berilah aku petunjuk...

Akhirnya pada 19hb kawan baik yang ditunggu yang dijangka-jangka, datanglah jua menjenguk diri. Cukup seminggu selepas tarikh sepatutnya. Ya Allah Engkau sangat memahami, mengaturkan apa yang hamba perlukan. Yang terbaik untuk diri ku. Dapatlah fikiran ini tenang semula sehinggalah tarikh keputusan interview itu nanti. Sehingga saat itu, apakah perasaan yang harus aku rasai sekarang, nak suka ke nak sedih, lega atau bagaimana. Memang confused! - L

Thursday, October 14, 2010

Depa kata badan dah 'seruh'...

Masa balik kampung Am kat Pendang hari raya aritu, tak putus-putus aku ditegur sebab nampak seruh sangat. Seruh is Susut or kurus dalam loghat utara ok? ha ha. Kebetulan aku pakai baju kawin pulak. Depa pun kata 'Ni baju kawin hang kan? Tengok, badan hang punya seruh sampai muat lagi baju kawin..?' Aku nak kata apa, aku sengih-sengih ja. Ingat depa tak tau itu baju kawin, rupa-rupanya depa ingat. Kat umah aku dan opis, takde sapa tegur sebab depa tengok aku hari-hari, jadi tak perasan dengan perbezaan itu. Tapi di kampung memang dah lama tak berkumpul semua sanak-saudara jadi perubahan tu depa nampak sangat ketara!
.
Ya memang aku pun menyedari perubahan diri aku ini. Tengok la gambaq aku kat atas ni. Masa ni awal bulan 3 tahun lepas, aku pi derma darah kat tesco seberang jaya, yang mana, dari situ lah aku dapat tahu yang darah aku detected with hepatitis B. Gemuk sungguh aku masa tu! Hampir 60kg, suatu angka yang paling tinggi pernah aku catatkan. Nak kata happy sangat ka, tak jaga makan ka, tak bersenam ka, hmm betui jugak. Kegemukan paling ketara kat lengan aku tu. Amboi sedapnya kalo buat lauk. hehehe. Eh aku rasa macam ada double chin jugak masa tu. Hang pa tengok sat, betui dak? Isk, isk...awad jadi sampai lagu tu ntah?
.
Masa ni aku memang ada rasa susah hati sebab berat aku makin hari makin naik. Am pun dok ejek-ejek manja kata aku 'gumuks!gumuks!'. Tahun 2008 aku ada amik Herbalife sebab Am dok jadi agen. Tak dan nak kurus, dah stop buat bisnes tuh. Bersenam? Kalo ingat. Kalo tak ingat, huh, dok bergolek je la atas katil time cuti-cuti. Aku dok berdoa jugak supaya jangan lah berat aku ni bertambah. ha, berdoa punya berdoa, memang Allah makbulkan lah! Tapi, dikabulkan melalui berita kehadiran hepatitis B, dan bila aku menjalani rawatan aku akan menghadapi kesan-kesan sampingan di antaranya, berat badan akan menurun!. Hehe, tang ni aku nak kata la 'be careful with what u wish for..' Aku wish nak kurus sangat, sekali aku dapat sakit sebagai asbab untuk kurus macam sekarang. Tapi aku bukan tak redha, no, sebenarnya seperti entry sebelum ni, aku amat bersyukur sekali, ujian ni boleh dikatakan terlalu banyak hikmahnya. Terlalu!
.
Had ni gambaq aku terbaru la. Masa raya hari tu. Berat aku yang terkini (timbang masa pi hospital Kulim hari tu) ialah - 47kg. Berat yang paling ideal untuk ketinggian aku 153cm itu. Sebenarnya, aku bukanlah kurus, cuma kembali ke berat sebelum mengandung. Aku dulu lagi kurus tau. Sebelum kawin, aku 44 kg je! Masa sekolah, aku pun dikategori dalam 'badan sekeping', 'nasi lemak 20 sen' isk, isk, kalo diingat memang sedih dengan gelaran-gelaran itu. Tapi takpe lah, semua tu kenangan lama yang tak penting lagi. Sekarang aku cuma perlu menjaga saja pemakanan, cara hidup dan emosi supaya berat ini dapat dikekalkan. Cuma masalah problem aku sekarang, seluar jeans, slack aku semua dah longgar-longgar, jadi pening kepala aku nak pikir nak pakai seluar mana untuk pegi keje. Nak beli seluar lain, kena ada budget jugak. Paling koman suar selai dalam RM30, ye dak. Hm, untuk penyelesaian short term ni, aku buat macam mana tau? Aku tibai seluaq keje Am lah! Haha. aci dak? aci dak? aci lah kot ye? Asalkan boleh... hahaha. - L

Tuesday, October 12, 2010

hati yang berlagu riang...

Semalam aku ada appointment dengan Dr kat hospital Kulim. Berkenaan aku punya 'sakit' hepatitis B tu lah. Alhamdulillah, aku dah habis rawatan pegasys injection seminggu sekali tu selama 48 minggu. Sepanjang tempoh tu, sebulan sekali aku kena buat blood test dan jumpa Dr. Sebulan sekali juga aku kena topup ubat aku sebab dorang tak bagi 48 jarum sekaligus kerana ubat tu mahal dan perlu penjagaan yang rapi.
.
Diam tak diam, akhirnya tamat lah rawatan. Kesan dari rawatan tu yang sepatutnya agak teruk seperti keguguran rambut, demam, muntah, kurang selera makan, emosi terganggu, namun aku cuma mengalami kesan-kesan tersebut secara minima saja. Doktor dan Nurse dari Rocher (pembekal pegasys) yang supervised aku pun kagum la jugak sebab aku tak macam pesakit-pesakit sebelum ini yang dia supervised. Kebanyakan mereka jelas tidak dapat bertahan dengan kesan ubat tu, tapi aku kelihatan normal saja. Aku katakan padanya, semua ini adalah berkenaan cara fikir. Aku bukan berbangga, tapi dari 1-2 minggu pertama aku disahkan hepatitis B +ve, aku menganggap kuman itu tidak ada, tidak pernah singgah dalam darah dan hati aku. Walaupun bila diingat-ingat waktu awal tau tu, hampir tumbang juga diri ini! Panik, sedih dan rasa terpuruk. hehehe. Kalo ada pembaca blog ni yang baca catatan aku tahun lepas mesti ingat jugak betapa aku down masa dapat surat dari hospital seberang jaya menyuruh aku datang dan buat blood test semula. 2 minggu selepas itu, sepucuk lagi surat menyuruh aku datang berjumpa doktor untuk menyampaikan hal ini kepada aku.
.
Tapi aku terus optimis, bahawa ajal, maut, sakit dan sihat adalah pemberian Allah. Dia berhak menguji dengan cara mana makhlukNya boleh menghadapi, dan atas rasa maha pengasih dan maha penyayang Nya, Dia juga berhak menarik kembali ujian itu dan menyembuhkan aku. Tiada makanan tambahan, tiada ubat tambahan walaupun sejurus aku memberitau beberapa kenalan tentang sakit aku, bermacam-macam produk diperkenalkan kepada aku, semuanya dikatakan sesuai dengan penyakit yang kuhidapi. Tetapi aku katakan, aku ingin mengikut nasihat Doktor sahaja, dan sekiranya usaha ini tidak berjaya barulah aku akan memikirkan adakah akan berikhtiar dengan cara lain. Selain itu, aku juga tak mahu orang sekeliling aku memandang aku dengan pandangan 'oh,kau sakit ke..'. Aku tak mahu pandangan itu. Kerana secara fizikalnya aku tak berasa apa-apa kesakitan, ia cuma dalam darah saja ada kuman tersebut. Aku mahukan aura yang positif, aku percaya diri aku sihat, maka aku nak orang lain pandang aku sebagai orang sihat. Inilah antara penyumbang kepada kesembuhan aku. Iaitu Apa Yang Aku Percaya tentang diri aku. Dan aku percaya aku sihat.
.
Alhamdulillah, usaha rawatan yang dicadangkan Doktor juga tidak sia-sia. Kelmarin, Doktor memberitahu bahawa keputusan ujian antigen aku sudah bertukar, daripada Positif kepada Negatif!. Aku boleh dikatakan sepenuhnya bebas dari kuman Hep B itu. Doktor pernah memberitahu, sebenarnya bahawa hanya 30% sahaja penghidap yang menjalani rawatan berupaya untuk sembuh dengan sekali rawatan. Kebanyakan dari mereka, perlu mengulangi rawatan, lebih buruk lagi, dengan kos ditanggung sendiri. Ya Allah syukur, kerana jika aku di tempat mereka, tentu aku tiada upaya menanggung kosnya yang bukan sedikit. Lebih baik lah kos itu digunakan untuk merawat pesakit lain yang lebih kronik.
.
Doktor juga menerangkan bahawa dari 30% yang sembuh itu, hanya 5% dikategorikan 'Successful recovery'. bermaksud, kuman tu boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya. Jika aku tergolong dalam 30% tu sahaja, kuman tu memang tidak aktif tetapi berkemungkinan 2-3 tahun dia boleh aktif semula cuma persentage nya tak setinggi semasa belum menjalani rawatan. Tetapi, jika aku termasuk dalam grup 30% dan termasuk juga 5% ni, aku adalah antara yang bertuah dan akan dijadikan 'testimoni' yang meyakinkan untuk rawatan tersebut. Doktor Kiew (Dr pakar gastro) dan Ms Neoh dari Rocher kelihatan sangat gembira masa giliran aku bertemu Dr Kiew semalam. Banyak kali dia cakap 'Wah Lubna, your result sangat bagus, sebab bukan semua orang dapat masuk group 30%, tapi U memang confirm included in that 30%, cuma 1 lagi result nak tengok adakah u boleh masuk dalam 5%'.
.
Lalu, apakah yang harus aku katakan lagi, syukur sesungguhnya aku kepada Allah kerana memudahkan perjalanan aku ini. Aku juga bersyukur kerana perjalanan ini mengajar aku pelbagai perkara. Aku berpeluang ke hospital sebulan sekali dan melihat ramai pesakit yang menghidap pelbagai sakit yang kronik. Ini semua menimbulkan keinsafan dan rasa kesyukuran kepada Allah. Jika aku tidak menghidapnya, mana mungkin aku akan ke hospital saja-saja? Aku juga berkenalan dengan beberapa orang yang senasib malah Makcik Fadhilah yang semakin rapat dengan aku sejak mula rawatan, dia menghidap Hepatitis C, dan dia gagal menempatkan diri dalam kumpulan 30% itu, malah kemungkinan dia dirawat semula. Aku sangat bersimpati dan memahami. Dia dah tua, tidak dapat bertahan dengan kesan sampingan ubat tu, malah Dr cuma menasihatkan pengambilan dos injection untuk dia hanya separuh jarum, selebihnya, ubat itu dibuang. Rugi kan? Tapi apa boleh buat, itu bahagian dia, aku selalu mendoakan agar dia sembuh dan kembali normal. Aku tahu kesannya jika ia tidak dirawat, kemungkinan besar hati akan berparut, akhirnya akan menjejaskan fungsi hati sehingga boleh menghilangkan nyawa. Aku tahu sangat kesannya, kerana mak saudara aku yang aku katakan juga menghidap hepatitis C, telah pun kembali ke rahmatullah pada 2 Syawal baru-baru ini.
.
Kembali kepada hati yang riang. Perasaan syukur aku dengan berita kesihatan aku ini, bertambah-tambah riangnya sebab kawan blog aku menghadiahi aku buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza yang kuminati dan kuikuti perkembangan blognya dari tahun lepas. Semacam blognya, membaca TCA seperti membuai perasaan syahdu mengenang kenangan lalu. kali ni aku boleh kongsikan dengan orang lain betapa seronoknya membaca TCA kerana kisahnya seakan-akan merakam kembali kisah yang pernah kita lalui di zaman 80an. Walaupun aku cuma kanak-kanak di tahun itu, tetapi banyak perkara yang aku boleh bayangkan dan faham kerana aku rasa seperti aku jua melaluinya. Terima kasih kepada Kak Tie yang menghadiahkan buku ini, akak telah menjadikan hati saya kembali berlagu riang. Terima kasih...

Tuesday, July 6, 2010

dah setahun dah rupanya...


Bila dah masuk 2010, start dari bulan 4 hari tu maknanya ada banyak peristiwa besar yang genap setahun. Huhu, cepatnya masa berlalu (dah tau masa berlalu begitu cepat, tapi banyak gak amalan-amalan berpahala yang lum terbuat). aduhai...
.
Antara peristiwa besar yang takkan aku lupa; tentulah, pemergian Almarhum tokwan aku. Inilah pertama kali, aku merasai pemergian insan yang sangat-sangat aku sayang. Bukannya insan lain yang telah pergi terdahulu aku tak sayang, cuma inilah, pertama kali dalam hidup aku impak nya yang cukup besar. kerinduan sangat mendalam. meskipun sudah setahun lebih tokwan dah takde, tapi dalam kesunyian, keseorang meredah malam ataupun ketika memandu, air mata aku tetap mengalir mengingati tokwan. bukan aku tak redho, inilah suratan kehidupan, cuma kenangan yang indah itu sangat sukar aku lepaskan.
.
selepas tokwan, mak Cho aku pula menyusul, kemudian Tok Long Leh, dan Ayah We diakhiri dengan Tok Lang Ali yang pergi masa bulan Disember. Kesemua arwah pernah mewarnai kehidupan aku. terimbas kenangan masa kecil, dengan tokwan paling banyak lah, tak terkira. Bila cuti sekolah, balik kampung, (masa tu aku duduk di tg tualang, dan kampung ialah umah aku sekarang ni), bermanja puas-puas dengan tokwan. Tokwan bawak teksi, petang-petang pukul 2-3 tunggu tepi jalan kalau-kalau tokwan singgah dan hon tanda tokwan ada belikan sesuatu macam aiskrim, coklat atau keropok. Pukul 5 atau 6 baru tokwan balik. malam, tidur dengan tok dan tokwan, sambil tok carikan kutu kat kepala aku, tokwan pulak cerita macam-macam kisah dari citer hantu sampai citer masa jadi british Army. tepat jam 6 pagi, tokwan bangun dan aku pasti terjaga sekali sebab nak turun umah bawah dengan tokwan, tokwan akan meng'kok-kong' (dukung kat belakang) aku menuruni tangga. manjanya..memang aku manja sangat dengan tokwan walaupun aku dah beradik masa tu. Banyak lagi kenangan kalo nak citer dan leh wat aku menangis tapi itu semua hanya dalam memori yang hanya boleh diimbas tak boleh diulang.
.
Arwah mak cho, kenangan balik kampung gajah waktu hari raya. Mak cho ku walaupun kadang2 kalo smash, fuh, makan dalam juga, tapi hatinya baik, cekap dan rajin dan roti canai buatan beliau, tiada tolok banding nya! arwah Tok Long Leh pula suka bergurau dan mendengarnya berceloteh tak kering gusi. Arwah Ayah We, abang mak aku pun tak kurang mencuit hati dan arwah Tok Lang Ali yang banyak berjasa sebagai orang tengah urusan nikah kawin, pinang meminang, kenduri keluarga kami atau waktu-waktu pendaftaran ke sekolah asrama, sungguh banyak urusan yang dibantu oleh arwah. hilang lah sudah figure-figure yang menjadi tonggak keluarga, yang tinggal cuma kisah-kisah semasa mereka hidup. Al-fatihah dan doa ke atas ke semuanya...
.
Selain dari peristiwa kehilangan, ni, kisah aku dan hepatitis B aku yang didetect pada Mac lepas pun dah setahun. Aku start rawatan masa bulan posa tahun lepas dan insyaAllah 15hb Julai ni tamat lah..dah lebih 40 batang jarum ubat mencocok-cocok kawasan perut ku ini. Sakit kah? takde lah, macam gigit semut je. Lagipun seminggu sekali. Kalo orang diabetic lagi susah kan, kene cucuk insulin hari-hari. Selain cucuk, rutin aku sebulan ialah 1. pegi buat blood test (biasanya aku gi hospital kulim hari Ahad so tak payah apply cuti), 2. lepas blood test baru jumpa pakar pada hari Khamis sekali dalam sebulan. 3. kalo supply jarum ubat dah abis, kene gi jugak hospital (biasanya aku pilih Ahad jugak). menjinjing la beg kalis terma tu sebab ubat aku ni maha sensitif, takleh kene panas, dan boleh kekal elok dalam suhu bilik selama 24 jam je. kene cepat-cepat masuk dalam freezer dlm suhu 4 darjah (tempat letak sayur tu). ubat memang kene topup sebulan sekali (dia bagi 4 batang jarum je sekali) disebabkan super sensitive nya tu dan kos nya yang mahal. tak berani dorang nak bagi sekali harung. Kalo ko rosakkan 1 jarum meninggal la ko nak mengganti nya. ratus2 tu 1 jarum.. Dalam tempoh tu, banyak perubahan berlaku pada fizikal aku terutamanya berat aku dah susut 10kg,. best nya kata beberapa orang (ye aku dengar tu,..hehehe). rambut aku gugur dengan jaya nya, sekali sikat, ada la segulung benang bulu kambing tu jatuhnya..hahaha.. apa yang tinggal lagi? ada la rambut lagi, cuma dah nipis. Mujur je aku spesis rambut hitam tebal, jadi tak lah ketara sangat..tapi Alhamdulillah, sebab perkembangan darah aku semakin baik, kuman Hep B semakin kurang. Dr pun tiap kali aku jumpa cakap 'your report is very good, you look much healthier rather than other patient, you're so different, i believe u have great inner strength!' chewah, gitulah gaya Dr Kiew atau Dr Chin memuji-muji. Tu lah kadang-kadang aku pun tatau nak citer apa kat dorang. sebab setakat ini aku rasa biasa je, takde lah demam, stress seperti mana diterangkan oleh Dr masa mula-mula amik rawatan. Memang dalam 'pakej ubat' aku pun ada sekali panduan nak guna dan kesan-kesan pengambilan, nasihat-nasihat psikologi camna nak menghadapi kesan sampingan especially dengan macam mana partner kita harus menanganinya bersama-sama kita. Syukur, Allah mudahkan aku bab ni, dengan aku sendiri pun selalu bagitau diri aku yang aku sihat, tak de apa yang perlu dirisaukan, life is not end yet! kenapa nak risau kan? think positive, think positive, dan hadapi dengan ceria! its all in our mind. Kalo kita tak sakit tapi kita percaya kita sakit, memang la rasa sakitnya. Cuba kalo sebalik nya....? Itulah yang aku lakukan..
.
Apapun Dr kata side effects ni sementara ja, lepas ni balik kepada normal. Maksudnya kalo aku gemuk dulu, pasni gemuk la balik. Kalo rambut gugur, pasni tumbuh la balik. heh, boleh ke aku maintainkan keadaan ni (terutama berat badan ni lah). Boleh tak boleh ko tunggu lah setahun pulak lagi, camne aku jadi. hehehe