Showing posts with label resipiku. Show all posts
Showing posts with label resipiku. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Popia Crabstick Sesuai utk Bento

Thun ni ramai saya tgk ibu2 sediakan bento utk anak2 ke sekolah... Saya masih belum menjebakkan diri lagi, since anak masih lg 6 thun. Takpe la nak, makan je makanan yg tadika sediakan. Kadang2 je sy belikan nasi lemak atau kuih muih. 
Kagum tengok ibu2 sediakan bekal, comel2 belaka. Pukul berapa la bangun utk siapkan tu. Kalau sy agaknya kene bangun pukul 4 la kut. Skang pn kol 5 bgn, sejam utk siap2, kejut bebudak.. Kol 6 ktorg dh kene kluar umah. MAcam skang azan subuh lambat, ktorg solat subuh kat surau area rumah pengasuh Mayyah. Selalu 645 gitu dah sampai, terpaksa kluar awal nk avoid jem. Kalau jem, perjlanan 45 minit boleh lajak jadi 2 jam....

Hari ni kita nak share resipi popia crabstick. SImple je resipi ni, boleh bt frozen lg, so bgn pg tinggal goreng ja...

Bahan.

1. crabstick
2. Cheesedale
3. Carrot
4. Sengkuang (Kalau nak)

Cara2 buat.
1. Crabstick td kisar halus, saya guna food processor je kisar.
2. Carrot pn parut halus dgn sengkuang tadi. Sy takde msukkan sengkuang sbb takde beli pn.
3. Cheesedale pn leh parutkan jugak.
4. Gaul seme bhan2 dgn mayonis skit, buh lada hitam skit. Gaul sebati.
5. Then boleh la start wrap guna popia wrappers tu...



Gambar selepas siap tak sempat amek, licin anak2 makan....


Wednesday, January 6, 2016

aktiviti di kg vs pucuk cemperai

The best about balik kampung is, takde Internet so mmg betul2 spend time ngan family gitu. Internet tu ada tapi kene kluar depan rumah pastu dok tercari2 signal. Untung nasib dapat, kadang2 tu signal dapat edge je.

Actually tujuan saya balik kampung ni nk berurut. Dah lama badan ni sengal2, kat KL bukan takde tukang urut. Ramai je, tapi kita nk cr bidan kampung. So balik kampung la kita, bidan tu urut 2hri 
so kami bermalam la kat rumah opah.
Masa kat kampung cuaca panas deting. Rasa nk mandi je. Takde aktiviti sangat pun boleh bt, hasben dok layan karum ngn sepupu yg lain. Kita macam biasa la lepak je la ngn makcik2. Kebetulan plan kali ni ramai plak balik, takde plan or janji pun. Rasa mcm hari raya plak berkumpul reramai gini.


Pastu g pasar mak jumpa org jual pucuk cemperai, terus beli. Kita ni jenis takde memilih sangat sayur, seme pun makan. Walaupun ni pestime dgr pucuk cemperai tapi kita belasah je makan.

Rupanya sedap pucuk ceperai ni, manis je. Bt masak lemak, buh keledek merah skit. Lagi manis daun cemperai ni dari daun pucuk manis.

Menu ni kalau nk makan takyah beriya, bt ikan goreng, sambal belacan, gulai lemak pucuk cemperai. Tu pun dah layan boleh makan 3 pinggan ya...

Kat KL payah nak cr pucuk cemperai ni, katanya org cari kat hutan sana. Masa kat pasar pun org niaga tu jual 4 ikat je, habis seme mak kita borong. Maklum lah ramai kat rumah, seme pun jenis layan je sayur kampung gini.

Nampak macam daun pucuk manis kan? Tp yg ni lagi sedap, ranggup dan manis je daun die.


Dah duduk kampung, menu pn seme kampung la. Bt jugak gulai rebung, rebung kampung tak sama macam rebung KL ya. Rebung kampung muda2 and lembut je. Paling penting tak bau. Rebung KL kdg bau busuk, kita tak tahan la plak. Pastu keras kadang tu sbb rebung tua kan. Yg ni mmg sedang molek je rebungnya lembut sedap gitu.



Wednesday, December 30, 2015

Donut versi Juelee

ini namanya pengaruh rakan sebaya atau viral. Tengok kat FB banyak viral pasal donut, rakan sebaya pn ramai yg dah cuba buat. Kita ni bukannya taknak tapi bt kuih yg main ngn yis ni kakton seram... Kang tak jadi. Tapi sbb pk anak2 minat sangat donut ni, bukan anak je, mak pun sama so jom la kita try.

Masa 1st round cuba nk hidupkan yis tak jadi2. Yis tak berbuih. Sakit ati oi. Bt lg skali pn sama. Bila tanya rakan2 katanya maybe yis tu rosak, depa pnh kene. Mujur la beli yis 2 paket. 90sen sepaket tau.
Bancuh paket yg baru, eh elok je ha. Kejap je dah berbuih bau masam yis.

Ni resipi donut versi Juelee hahaha

1. Campurkan 2 sudu yis, 2 sudu gula dan setengah cawan air suam dalam satu gelas dan biarkan sehingga yis berbuih. Tu nampak tak yis saya dah berbuih tu.

2. Amek 2 cawan tepung gandum, 3 sudu majerin.. Uli sampai sebati, guna tangan je.

3. Masukkan yis yg dah berbuih td ke dalam adunan tepung dan majerin uli sampai adunan tak lekat di tangan. Then biarkan doh, tutup ngn kain basah skit. Lepas sejam dua gitu, doh akan naik sekali ganda.

4. Boleh la start terap donut, masa ni sy tak beli lg acuan donut so guna cawan je, lobang tgh2 tu guna jari pun boleh.

5. Saya bt 2 versi donut, satu donut gula. Satu lg donut cheese. Donut cheese tu bt bentuk bulat macam bola, kat tgh2 buh cheddar yg dipotong dadu. 


Nampak tak 2 versi donut saya. Dedua kegemaran anak. Tapi skang donut cheese mmg faveret la.


Rupa mmg tak lawa haha maklumlah percubaan pertama. Tapi rasa umphhhhh, lembut dan kekal lembut sampai ptg.


Ni donut cheese saya, nampak tak cheese meleleh bila ditarik?



Ni kali ke 2 mendonut. sesambil layan gegar vaganza final sambil makan donut. Kali ni lawa sket sbb dah ada acuan hihihi..


Monday, December 7, 2015

Shisho, Kukur, Sisir, kulat.. Sama je rupanya

Lama gila tak jumpa cendawan kulat ni.. Dlu kalau balik kampung mmg g carik la kulat sisir ni kat batang2 pokok mati. Tp kene hati2 gak, takot org racun, bahaya gitu... Tapi selalunya kat kampung kita dah tau spot mana selamat mana tak selamat ye dak.. kalau dalam pagar rumah sndiri batang pokok rambutan sndiri harus lah selamat hehehehe...

Ni wiken ritu hasben bawa balik, katanya opismate dia bagi, bawa dr kampung... Masa ni mmg wah sedap ni kalau buat gulai lemak cili padi, buh udang, pehtu cili api kaw kaw kasi pedas skit.. Skali tgk dalam peti, takde lak santan ... so sad..
Terus la kensel, kita bt la goreng kunyit, buh telor, bawang ngn cili api.. Sodap gak...

Cendawan ni kalau nak masak kene absuh bersih2 sbb ia hidup kat dahan poko mati so pepaham aje la kekotoran yg ada. Style kita, kita rendam dulu ngn air garam kasi ilang kotoran, bilas byk kali gak pehtu baru la masak....




Selalunya kita mmg bt masak lemak cili api atau goreng gini je la.. Tapi ada kawan kat FB komen dia bt rendang ngan kerang...Unik tu, maybe kalau jumpa lagi cendawan ni boleh la beli try masak rendang pulak...

Selalu saya panggil kulat sisir rupanya ada banyak nama, ada panggil cendawan sisir, cendawan shisho, cendawan kukur hehe lain nama lain negeri. Tak kisah la kan janji bendanya sama......


Tuesday, October 27, 2015

Periuk Noxxa Ada di dapur saya!


Jujurnya saya mmg tak tahu langsung kewujudan piuk Noxxa ni di pasaran. Cuma ritu geng2 wassap opis dok la cete guna Noxxa. Kita tanya bape rege, diaorg ckp RM700++.. Ui tanjat mak. Kensel nk beli walaupun hati dah tertarik2 nk beli, maklumlah iols skang ni fasa nk top up brg rumah and the kitchen item je. Baju bajan seme dah lama tak beli.

Skali tetibe geng wassap opis gitau die nk offer installment Noxxa ni, permonth RM70 ja selama 10 bulan siap kasik free rice dispencer lagi. Baguih la tu kalau installment kehkeh ala2 mcm main kutu gak la, terus saya grab seketui, membe opismate pun grab seketui. Ala RM70 sebulan kalau saya tak guna bayar Noxxa ni ntah ke mana gak duet tu dibelanjakan. Lagipun Noxxa ni praktikal kot utk saya yg mmg masak and makan kat rumah. Ktorg mmg jenis jarang makan kdai, most of time mmg masak. Weekend or weekdays masak  even lauk simple, selain dr jimat mmg hasben lagi suka makan saya masak dr makan kedai.


Dah dapat dah yeay.. ingatkan kecik je, rupanya ha beso seketul gitu, terpaksa amek troli nk bawa g kereta... Boleh masak nasi 2kg katanya mmg suai la kalau nk ajak org datang makan2 kat rumah leh la gunakan sepenuhnya Noxxa ni.


Ni la rupa Noxxa nya, actually ni piuk pressureooker tp boleh jugak masak stir fry, slow cooker.. Kira dah macam multi cooker la, even nk kukus pun boleh. Mmg praktikal la.


Pot yg muat utk msak nasi 2kg skali jalan. 

Apa kelebihan Noxxa ni, setakat ni saya dah buat nsi arab, 7minit je ok nak masak nasi arab.
And then sy bk keje bt nasi goreng, campak je beras keras tu dalam ni lepas tumis segala bahan2 pehtu highpressure kan die setting 7min, siap la nasi goreng saya.
Saya buat nsi daging pun 7min je siap. Senang cete, kalau nak bt nsi berperasa mmg mudah la. Kalau nk lembutkan daging pn kejap dalam 30min dah lembut, selalu saya rebus atas dapor kurang2 2 jam baru lembut.

Best kan? Byk lagi benda best tentang Noxxa ni, korang boleh gugel. Apa yg pasti ia memudahkan saya dan menjimatkan masa...


Tuesday, July 14, 2015

Iftar 17: Kari Kambing

Bizi skit. Meh share menu ke 17 kehkeh lambat dah.. Hujung2 lagi malas amek gambo dah.
Bt muffin strawberi


Kari kambeng.. Mbekkk

Sambal ketam bertelor


Sup ball..


Thursday, July 9, 2015

Iftar 16: masakan Kampung

Dah dekat 3 weeks puasa and setiap hr masak. Otak dah buntu nk masak apa. Final ritu kita bt lauk2 kampung lak, takde la kampung mana pun. 

Ayam goreng kunyit, yg ni peberet anak2 so kene la ada. kami ni berbuka skali ngn bebudak makan, kira bebudak makan dinner la. Memang huru hara uols. Tapi tahan aje la, lepas makan saya kemas lantai, laki basuh pinggan. Sepah serata lantai, anak dara fasa makan sendiri, gitu ler...


Buat udang tumis petai. Pergh lama dah tak bt sambal petai sbb malas beli petai haha kencing busuk. Bulan puasa ni kurang minum air paham2 aje la...


Yg ni plak daging salai masak lomak cili api... Gandingan yg mantap kan, memang menu kampung la...


Wednesday, July 8, 2015

Iftar 15: Masak Lala rebus & Talapia Berlada


Kali ni saya try talapia laut. Selalu beli talapia yg bela kolam je, tp ritu g pasar penjual tu kabo ni talapia laut kita pn beli la try.. Sedap isi die manis je.... Ritu kita bt talapia berlado.. hihi peberet kami ni ikan berlado ni....


Pastu utk kuah2 kita rebus je lala ngn hirisan bawang dan daun kunyit, kalau nak pedas leh la buh cili.. Kita sbb bebudak nk makan gak kan so rebus biasa je.. Tu pun manis dr lala tu kuar, kuah tu sedap je rasa manis seafood gitu... Tak sangka plak rayyan suka makan lala.. kemain byk die makan ritu.. heheh tapi lala ni kene beli time bulan ngambang baru dpt isi penuh baru sedap hehehe kalau tak isi ciput je halus ...



Tuesday, July 7, 2015

Iftar ke 14: Pari Bakar

Mood masak dah merundum sbb takde idea dah nak masak apa.. alahai ada lagi sminggu lebey puasa ni. Kami mmg tak pernah g bazaar lagi setakat ni mmg masak je la...

Ni la menu hari ke 14 pari bakar. Hihihi arini kita share resipi air asam ok.. resipi pari bakar tu tak payah kot, lumur je garam kunyit pastu bakor atas api, kalau ada daun pisang balut dlu then bakar lagi sedap...



Resipi air asam

Bahan2
-bawang dihiris dadu
-cili api dihiris halus
-tomato dihiris halus
-cili besar ditumbuk bersama belacan
-air asam jawa.

cara buat
1.Memula kita bakar belacan then tumbuk bersama cili besar td macam bt sambal belacan.
2. Then campurkan bahan2 yg dihiris dadu td bersama bahan yg ditumbuk pastu masukkan air asam jawa ikot tahap masak kita nak. Then masukkan garam.
3. Kita suka buh daun kesum sbb bau tu lg sedap dan aroma. so kita hiris halus daun kesum buh la dalam air asam ni.. hehhehe





Tomyam semalam tu ada belen so kita kasik perangat hehhe kami ni tak kisah pon makan lauk semalam...


ayam goreng kunyit peberet anak2.


Rendang daging yg seciput hahaha actually kari daging tapi kita buh kerisik skit bg pekat dah macam ghoper rendang plak...


Monday, July 6, 2015

Iftar 13: Tomyam Home Made

Hari tu kita teringin makan tomyam. Pesen kita kalau tomyam suka tumis sendiri dr scratch sebab kalau guna paste tu tak sedap tak menenpati citarasa.

Hasilnya inilah tomyam campur kita


Resipi tomyam campur

Bahan2

1. Cili kering
2. Lengkuas seinci
3. bawang kecik 2 ulas
4 bawang putih 2 ulas
5. halia seinci
6. Serai 3 batang
7. Daun limau purut
8. Daun ketumbar
9. bawang holland dihiris
10. udang/sotong/ayam
11. karot/bunga kobis/saderi/cendawan
13. Limau nipis
14. cili api

Cara masak

1.Blender cili kering, bawang putih bawang kecik dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan yg diblender.
2. Setelah bahan yg ditumis garing, masukkan serai lengkuas yg telah diketuk
3. Tumis hingga naik bau then masukkan air.
4. Masukkan bahan2 seperti udang/sotong/ayam ke dalam air td, biarkan hingga mendidih.
5. Masukkan sayur sayuran dan cili api yg telah diketuk ikot tahap pedas yg kita nak. masukkan juga daun limau purut.
6. Masak hingga mendidih. Padamkan api then baru perahkan limau nipis ikot tahap masam, masukkan garam dan taburkan daun ketumbar.




Dimakan bersama telor dadar digoreng dgn bayam.


Kita plak teringin kuew teow goreng, terus la masak half paket.. hihi tp licin uols.. bebudak suka kuew teow goreng rupanya...


Monday, June 29, 2015

Iftar 8: Spesel resipi baru ayam goreng pandan

Lambat update heheh... ni masa Iftar hari ke8. Hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Alhamdulllah masih berpuasa dan masih mampu memasak juadah berbuka puasa utk suami dan anak2.

Menu istimewa aritu yg tak pernah saya masak ialah Ayam goreng pandan hehe selalu menu ni kita makan kat kedai Thai la femes... Kita ni bila bulan puasa je rajen try resipi baru2 ni hihi bukan pe saja nak makan spesel kan. Hari biasa ni kdg tu makan sempoi2 pn ok, bulan puasa dah seharian berpuasa, masak la spesel tok jamu org berbuka. Pahala pn dapat.



Ni la ayam goreng Pandan kita. Macam2 resipi kan blog kita jumpa tapi yg ni kita tiru resipi dari blog Mat Gebu. Boleh Klik SINI: AYAM PANDAN THAI.

Kita mmg ikot resipi sebiji, cuma make sure isi ayam tu potong kecik2 la. Ada satu resipi tu kita tengok die blend isi ayam, nnt nak try resipi yg tu pulak..




Lauk utk kuah pulak kita bt asam pedas jenaha. Percaya tak, ni la pertama kali kita masak ikan jenahak? KAHKAHKAH selalu ikan merah je, ikan jenahak ni mahai kot. Kita beli sekor size kecik dapatla 4 potong RM38. Terkejut ahkak. Lebey kurang harga ikan merah tapi mahai lagi jenahak ni.



Keropok ikan ni dr Sabah, kita g KK ritu beli 2 pek mmg saja beli utk bekal bulan Ramadhan hehe... Nnt habes rasa nak kirim la kat memebe2 yg dok sabah. Ikan kering ni mmg sedap makan ranggup2 gitu.


Thursday, June 25, 2015

Gulai Lomak Cili Api Daging Salai campur Petai ----> 7 Ramadhan


Ni menu paling win semalam. Gulai lomak cili api daging salai campur petai.. Hahaha actually petai tu ada kisah nya. Menu hari sebelum kan ada sambal tumis bilis petai, menu tu saya beli kat cafe opis sbb terlior tengok petai. Biasa la bulan puasa, senang benau tergoda. Padahal tgk rupa sambal tu dah tau tak sedap sbb cair macam tak garing je cili.. Tapi beli gak RM2. Sekali betul tekaan ku, cili tak garing. Memasing tak lalu makan, so simpan peti. Masa nak masak gulai lomak ni, amek petai basuh then campak dalam gulai hahaha sedap jugak jadik gulai ni. Iols ok je gini, hahaha janji basuh dulu. kehkeh ada org tak lalu plak kan.. so kene guna petai baru kopek la

Meh kita share resipi masak lemak cili apai daging salai campur petai ni


Bahan bahan utk memasak

1. Daging yg telah disalai hiris nipis (daging ni saya beli kat Aeon Big, best sbb bau aromo salai tu authentic)
2. Cili api 8-10 biji
3. Bawang kecik 2 ulas
3. Serai diketuk
4. Asam keping
5 Santan
6. petai

Cara masak

1. Blender cili api dan bawang tadi.
2. Masukkan bahan yg dah diblender ke dalam periuk bersama daging dan serai yg dah di ketuk. Masukkan jugak air sedikit dan asam keping. Biar atas api bg menggelegak dan air kering. Ni nak bg daging empuk dan serasi ngn cili seme. Dah gelegak amsukkan petai.
3. Agak2 air dah berkurang 1/3, masukkan santan dan kacau jgn bagi pecah minyak.
4. Sebelum tutup api masukkan garam.

Siap dah gulai... Kita suka gulai daging salai ni sbb aroma salai tu.

Menu sampingan semalam, rebus bayam, ikan siakap goreng dan ulaman serta sambal belacan, Somi macam biasa makan bertambah2, menu kampung gini mmg sedap la kan. Kita tak lalu makan banyak. Makan hati tengok si adik makan bersepah2 hahahaha...

Wednesday, June 24, 2015

Spesel AYAM PERCIK PANGGANG utk 6 Ramadhan

Kejap je dah masuk 7 ramadhan. Alhamdulillah masih berjaya lagi masak utk Iftar. penat sikit lah. eh penat banyak kot Hahaha. sampai rumah kol 6, lutut dah gigil kelaparan tapi gigih la masak simple. Kita lagi puas makan masak sendiri, beli mahai lah. Pastu kalau beli pun rasa lauk tu tak memuaskan hati. Huhu org cerewet gini ler.

Semalam menu kita 4 ni. Sambal petai tu beli kat cafe opis, banyak tu RM2 tapi macam saya kabo td, tak sedap oi. Hasben pun cakap tak sedap. Lepas ni jgn beli lagi katanya. Muahaha OK bini masak lg sedap Kehkeh.. tu pepandai tambah sendiri ayat tu, hasben bukan jenis puji masakan saya pun. Tp dr cara die kita tau la, bila makan bertambah. Pastu suruh masak even boleh je beli.


Menu spesel saya buat semalam AYAM BAKAR PERCIK. Memang ni la kalai pertama bt setelah 31 tahun idop hahah dlu dok umah mak pernah la buat tapi mak la yg setelkan seme kita makan je. Kali ni rasa nak try buat sendiri, resipi tanya kekawan and gugel blog2 masakan yg lain...


Meh kita share cane nak buat ayam percik panggang ni

Bahan Bahan Utk perapan ayam:

1. Bawang putih
2. Halia
3. Garam

- Blend/ tumbuk bahan kat atas dan perapkan ayam dalam 20min. Then bakar sampai half cook gitu dalam 20min suhu 200 darjah.

Bahan utk sos percik

1. Bawang kecik 4 ulas
2. Bawang putih 3biji
3. Halia seinci
4. Lengkuas seinci
5. Serai 2 batang dihiris halus
6. Garam
7. Asam keping
8. Gula
9. Cili kering 4 tangkai
10. santan

- Memula blend bawang kecik, halia, bawang putih serai dan lengkuas dan cili kering sampai halus.
- Panas kan minyak dan masukkan bahan yg diblend tadi, masak hingga naik bau dan garing.
- Masukkan santan pekat dan asam keping. Asam keping ni kejap je tau masukkan, bila dah rs masam2 skit keluarkan. teruskan mengacau hingga kuah tadi menjadi pekat likat
- Masukkan garam gula.
- Kalau kuah dah pekat, dah masak la tu...


Bila kuah dah masak, boleh la tuangkan kuah  percik ke atas ayam yg dah halfcooked tadi, lepas tu masukkan balik dalam oven lg 20 min... Nnt nmpak kuah dan ayam tu dah sebati .. Bau memang sedap la.....

Siap. Sedia dimakan. hehehehe





Tuesday, June 23, 2015

Resipi : Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Utk Ramadhan ke 4 & 5

Hari  Ahad ramdhan ke 4 kita berbuka kat rumah mak. Actually pagi tu g pasar restok barang dapor. Pastu terus la lepak rumah mak kita sampai berbuka.

Petang tu kita bt kuih onde2 gula melaka ni, gigih cr gula kabung hehe sbb mmg dah lama nak bt tapi ye la kalau bt kat rmh sndiri sape je nak makn kang.. Bila kat umah mak bt ramai sket org tukang makan...


Ayam masak merah mak masak.. Ayam masak merah mak mmg paling EBST la... hihi asalkan masakan mak sure yg terbest kan, tak kira la simple je pun.


Pastu dipadankan dgn gulai cili padi udang campur rebung.  Rebung ni mmg peberet saya la, tapi kene pandai cari, cr rebung kampung, lembut isi die.. kalau rebung Thailand yg bulat2 tu kita tak suka, bau busuk dan keras.... selalu rebung ni saya beli kat kedai sayur kampung kat pasar pudu.


Seterusnya menu berbuka puasa semalam.. Sekejap je dah masuk 5 ramadhan. Smlm balik keje sempat la masak.  Buat pengat pisang + barli hehe actualy saya saja campur barli sbb barli tu milk boaster saya. Bulan2 puasa ni susu badan merundum sebab minum air kurang. huhu..


Sambal sotong.

Menu ni pestime buat. Alhamdulillah sedap. Cencaru sumbat sambal kelapa. Perghhhh ni yg membangkit selera skali...



Resipi nak bt inti sumbat tu gini ye.

1. Bawang merah sebiji (separuh blend, separuh hiris halus)
2. Serai 2-3 batang
3. Cili besar 4-5 biji
4. Belacan sket
5. Air asam sket
6. Kelapa parut

Cara buat.

1. Memula kisar serai, bawang yg separuh td, cili belacan dan masukkan air asam jawa skit dan garam. Kisar tak payah hancur sangat. Sy guna hand blender, jadi die macam hancur kasar2 gitu.
2. pastu gaulkan dengan kelapa parut dan bawang hiris td. Kalau kurang masin tambah garam sket.
3. Sumbekkan dalam ikan yg dah dibelah tadi hehehhee...



Thursday, May 14, 2015

Baking dengan anak dara


Aktiviti bulan lepas, baking kek  gula hangus ngan anak dara.. Bila kita tengah sibuk kacau batter, die pun join sekaki... sebok nk celup jari dalam batter tu nak rasa...


Tengok la tu, die tarik bowl tu rapat g ke dia... Die nk colek jari ke dalam.. ee geram betol lah.. kita alihkan bowl tu kang die nages melentik2 badan.. amboi sangat perangai kamu nak...


Air gula hangus tu panas nak curah masuk ke dalam batter, die pun sebok jugak.. kita ni risau die kene kang melecur plak tapi bukan reti paham.. mmg kalau kita dok dapor, assistant cilik ni akan join sekaki, bukan bt apa pun, tlg kacau je :)


Kek Gula hangus yg dah siap di bakar.. ooo lupa nak kabo, batter td kene peram 4 jam lebey utk dapatkan sarang yg cantek ...


Ni la hasil sarang yg diperam selama 5 jam...
Resipi kek gula hangus ni nanti saya share ok...


Monday, February 16, 2015

roti daging bercheese bakar


Pertama kali buat.. Sedap!

Kalau ada belen roti yg tak tau nk masak apa, dah nak expired bt la roti daging lapis bercheese ni mmg cepat je setel.

Resipi mudah je, ala2 lasagna cuma takde white soso, isi daging tu tumis sampai kering macam bt kuah bolognese... Pastu layerkan roti cheese dan isi daging. :Last skali tabur la cheese parut kt atas atau bayang goreng ke ikot citarasa...

Buat satu bekas utk breakfast je trs licin.. hehe hasben siap tapau bawa bekal g opis...


Thursday, January 29, 2015

puding roti bakar

Hari tu kita bt puding roti bakar guna resipi kawan kualiti Nananor... 
Meh kita share resipi... resipi ni sedap tau hehehhe

Bahan2.
1. 500 ml susu segar
2. telor 2 biji
3. gula 4 sudu
4. roti dalam 8-9 keping

Cara buat
Pkul susu, telor dan gula sampai kembang then tuang ke dalam loyang yg dah dilapiskan dgn roti.
tabur kismis, choc rice ke atau apa2 ikot kesukaan atas roti td..


Bahan utk kastad
1. setin susu cair
2. air 1/4
3. gula 3 sudu
4. tepung kastad 2 sudu.

Cara buat
Masakkan kesemua bahan atas api sampai pekat.




Resipi ni simple tapi sedap, cuba lah!

Iklan: Sape nak Iphone 6??

KLIK SINI

Isi details seme and share kat FB, based on luck je ni... Insyaallah da rezeki menang la ek..


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails