Showing posts with label Being mommy. Show all posts
Showing posts with label Being mommy. Show all posts

Monday, March 6, 2017

Cahayamata yg ke3

Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan cahayamata ke 3. Cahaya mata suprise saya panggil hihihi. Actually due date sy ptt pada 8 Dec 2016. Tapi, seperti abang ngn kakak before this, saya mmg jenih bersalin awal. Takyah tunggu 40 weeks. Abang ngan kakak 38 weeks terus keluar dah. Alhamdulillah sihat sempurna. Jadi kali ni pn expect yg sama. Cuma waktu tu cakap ngn adik baby, tunggu abang konvo dulu sbb mama nk tengok abang konvo.

Bagus adik baby, sngat mendengar kata. Kami sempat la pergi konvo abang pd 20/11/2016. Adik baby lahir pada 21/11/2016, pukul 230 pagi dengan berat 3.1kg.

Kisah nya lepas g konvo kan saya ajak hasben jejalan MidV konon2 nk cepatkan beranak. Maklumlah saya dah MC seminggu lebey tapi idok beranak jugak hihi. EH doc bg mc tau sbb nk suh saya berehat.

Balik dr Midvalley, terus tidor sebab kepenatan kan dr pagi. Bangun ptg dalam kol 5, masak simple2 sbb lapar. Masa ni dah rasa sakit yg mild2 je, boleh senyum boleh gelak, boleh masak. Cakap ngn hasben perlu ke pergi hospital. Kitaorg decided tunggu pas Magrib, even sakit idak la terok pun cuma pikir kalau betul sakit nk bersalin naya plak klu tengah malam kang. Mana nk letak bebudak berdua ni. So baik g hospital tgk progress, kalau takde bukaan kita balik. If ada bukaan, duduk la wad.

Lepas mAgrib, sesiap pack baju bebudak nk hantar rumah opah. Call mak bitau nak hantar cucu2, mak tanya nk beranak dah ke, saya jawab tak tau lagi. Nak p cek je tengok sbb dah sakit sesikit.

Dah hantar bebudak, terus gerak g Al Islam Kg Baru, hosp yg sama saya lahirkan abang ngn kakak. Sampai2 terus g kaunter emergency cakap saya dah sakit. Nurse tengok due date, pastu tgk keadaan saya yg jalan rilek2 je, siap gelak lagi. Kompius muka nurse betul ke akak ni sakit hahaha. Siap tanya banyak kali betul ke sakit. Eh betul la dik oi, cuma takde la sakit sampai nk merangkak tu. Sakit anje2 je.

Nurse suh tunggu, sementara nak prepare utk check ctg etc.. Tak lama pas tu, nurse panggil utk cek ctg



Hai mesin  CTG, lama tak jumpa. Selamat bertemu kembali ^_____^

Cek CTG, doc kabo mmg ada mild contraction so doc bt la VE nk cek bukaan, ha kau dah 4cm rupanya. Akak leh rilek2 je berjalan sana sini.

SO nurse suh tunggu dlu sbb doc ada patient. Masa tu dah pukul 10. Kita pn rileks je la duduk kat wad. Masa tu bilik single takde kosong, so dok la wad yg 4 orang. Tepat kol 10, hasben kene halau takleh teman dah. Kalau single leh hasben tunggu. Tapi hasben tak balik pn, die lepak lobi tunggu sbb takot saya bersalin malam tu jugak, kang tak sempat lak nak sampai. Lagipun nurse kata saya kene masuk labor room dah ni, dah masuk labor room nnt hasben leh je teman.

So dia duduk la tunggu kat lobi sementara tu. Kat wad plak nurse bg ubat berak seme, suh saya makan, tukar baju, berak and siap2 nk masuk labor room.

Kol 12 mmacam tu saya masuk labor room, hasben pn naikla masa ni teman. Masa ni ada 2 patient yg dalam labor room lain yg tunggu masa utk bersalin jugak. So doc tak bg la saya drip atau induce apa2 ubat utk cepatkan bukaan takot kang nak bersalin serentak. Mesin CTG pn tak pasang sbb ingat full dilation lambat lagi, saya plak rileks2 dok gelak sembang jadi semua ingat bukaan saya masih 4.

Dalam labor room, takde bt apa pun. Buka Aps Quran dok recite surah Al-Harsy, surah Yusuf, Surah Maryam. Sesambil pn layan breathing. CTG pn takde jadik saya selesa utk bergerak2 ke kiri ke kanan. Drip pn takde, mmg free and  easy la.

Tetiba saya rasa macam eh nak terberak. Sy panggil la nurse cakap nk berak. Nurse datang tgk, bukaan dah full. Doc plak dalam OT sbb patient yg sorang tu kene emergency czer. Ha ini time la cabarannya, nurse suh tahan, nk tunggu doctor. Akak dah tak tertahan dah time tu. Mujur sekejap pastu doctor sampai.

Doctor suh push. Push ni pun cabaran gak, maklumler tak ckup napas. Sampai give up suh doc vacuum je, tapi doc taknak. Doc kata saya dah lalui semua natural kenapa nak vacuum. So pushhhhhhh aje la sekuek ati. Ntah push yg kali keberapa ntah PLUPPPPP kluar la seorang umat nabi.


Nah ini la puteri kedua kami, cahayamata ke 3.



Kelahiran yg suprise. Mama tak expect pn nk melalui kelahiran yg natural all the way. Tapi Allah bg peluang tu kat mama, takde epidural, takde induce, takde drip, takde CTG, takde painkiller. Haaaa memang suprise la. Baby bagi mama rasa macam mana sakitnya nak melahirkan, bagaimana rasa  tolakkan dari dalam, bagaimana rasa hangat kepala baby waktu nak keluar. Memang mama rasa sebijik2 sebijik benda2 tu semua. Cuma mama tak boleh nk bersalin free style je hehe kalau dibagi peluang nak gak bersalin ala2 crawling ke, gaya all four ke. Hihi 

Alhamdulillah. Syukur atas rahmatNya.




Lepas dah doctor dah bg tengok baby, siap sedia la utk jait. Cucuk skit painkileer proses jait pn stat. Masa ni hasben dah keluar dah, g tengok baby and azankan baby. Sy melayan je la doctor jait, jait kali ni tak banyak.

Lepas habis jait, time ni la baru rasa azabnya wei...Tak tau la, rasa beza sangat bersalin Sumayyah dulu dengan Wafiyyah.

Masa  Sumayyah lepas bersalin, saya boleh bangun sndiri dr katil labor room, duduk wheel chair, masuk wad  and mandi dan uruskan diri bersihkan darah2 semua bt sendiri.

Tapi kali ni, masa bersalin Wafiyyah. Nk bangun dr katil labor room tu berpapah, hasben kene dukung. Dr katil nk g toilet, hasben papah. Cuci, mandikan semua hasben yg buatkan. Saya duduk je tadah badan. Siyes teruk sangat condition amsa tu, rasa mcm eh dah lumpuh ke aku ni, kaki kebas semacam takleh nk angkat. 

Malam tu baby mmg saya minta duduk nuseri je, sbb lepas siap2kan saya dah mandi apa semua hasben kene balik, so saya mmg tak mampu nk bgn duduk angkat baby kalau baby nages nk susu jadi request nurse utk ambil baby letak nuseri.

Besok pagi pun, keadaan masih sama so tunggu hasben datang pg tu baru lah mandi and bersihkan badan..




Welcome to our little family sayang.


Sessi melekap bermula. Adik baby ni pandai sangat menyusu. Sua je, terus isap. Good good. Susu pn alhamdulillah ptg tu dah ada. Takde la baby kelaparan.



Pagi tu hasben dtg bawa abang, kakak ngn opah skali. Kakak Sumayyah kemain suka adik baby, asyik nak ciyom je.  Alhamdulillah dia takde dengki ke apa ngn adik.


Malam kedua tu saya dipindahkan ke single room so hasben leh tido skali malam tu. Jadik baby pn room in skali. hehe macam biasa la tugas ambil baby tu tugas hasben, saya cuma nyusukan je. Alhamdulillah malam baby tak meragam pun. Elok tido.


Hari ketiga tu kami dh leh balik dah hehehhe..


Baby dh smapai rumah dah.

BEgitu la kisah kelahiran cahaya mata ke 3 kami. Berbeza sangat keadaan mama masa bersalin kali kedua dan ketiga ni. Alhamdulillah semua dipermudahkan.


Monday, February 15, 2016

Happy 32 Besday


Ni entri terperam hahah...
2 minggu lepas besday tuan tanah ekdaung yg ke 32. hehehe.
Celebration? Takde. 
Tapi masa kita tgh bizi kat dapor hasben bawa balik kek sihat hahaha kenapa saya kata sihat sebab kek ni beli kat kedai healthy organic dessert. Adoi hai...


Tapi yg tak healthynya, si besday gurl tgh craving nk makan carrot cake so saya dekat dapor tgh bizi bake cake karot ni.. Tetibe hasben balik keje bawa kek hahahha.. Dah ada 2 biji kek besday, rezeki.

Tapi takde la saya makan seme, kek karot tu potong bg jiran2 skit. Kek choc yg hasben beli ktorg makan skit je. Belen saya bawa g opis, licin uols....

Benda manis takleh makan bebanyak, kang penyakit mai..



Wish for my 32 besday? Takde apa, cuma nak jadi ibu tebaik, isteri solehah, muslimah yg lebih baik. Amin.


Thursday, October 29, 2015

Anak2 Penyejuk Hati Kami

Anak2 lahir hujung tahun, dah hujung tahun baru la genap  5 tahun dgn 2 tahun memasing. Ada dua anak, dedua karakter berbeza. Tapi berbeza macam mana pn, tetap anak2 mama, tetap mama sayang.... Tetap la buah hati penyejuk jantung, intan payung seme.

Alhamdulillah, Rayyan skang dah besar dah pandai solat, pandai jadi imam. Ya allah rasa sejuk sangat perot bila peel anak2 molek gini. Org kata didikan dari rumah, tp jujurnya kami kat rumah bape jam je masa. Selalu bk sempat ajar sikit2 je, sblm tido rutin kami cek bacaan solat, bacaan surah pendek, ayat kursi.... alhamdulillah seme rayyan dah hafal skang, mama bangga dgn anak mama.. lantak la org nk cakap kita berlagak ke apa, tp bgi kita ini achievement anak2 yg sy nk jadikan kenangan dalam membesarkan mereka. once in the life time, lepas ni mereka dah besar dah lain cerita....,  Dan selalunya bebudak kan ngikut apa je yg mak bapak buat, selalunya bila solat Isyak dan Magrib hasben akan try utk berjemaah bersama kalau die tak keje la, bila anak2 tengok itu yg mereka pun ngikut. Bebudak ni gitu la, follow by example kaedahnya.

Skang bila azan je, Rayyan dah pandai ajak adik mama solat. Siap offer jd imam sbb papa takde g keje. Eh Rayyan kene sunat dulu ya HAHAHAHA.  Yang haru nya bila solat berjemaah ngan anak2 ni, suara diaorg baca tu lagi kuat, bergema seisi rumah sampai imam pn kompius2 kekadang.  Dr doa iftitah sampai lah tahyat akhir dia bantai baca kuat2. Adoi la.. Puas gak cakap, tak perlu baca kuat2 tapi nak jugak baca kuat2. Suka ati la nak, janji solat.



Masa ni azan magrib, saya g masuk toilet tengok2 dah sesiap dah dua beradik ni bentang sejadah seme. Bagus adik ngn abang kan, semoga kekal gini sampai besar, takyah mama jerit2 suh solat. Ingat ya apa2 dalam hidup ni, jgn tinggal solat, keberkatan dunia akhirat.


Dah habis salam, abang rikuest nak baca doa. Kita bg la dia baca, kemain la panjang doanya. Syahdu rasa hati bila dgr anak2 doakan kita sbg ibu bapa mereka, nnt kalau mama dah takde teruskan doa utk mama tau sayang...


Adik mmg tak paham lagi, tapi saya lega la sbb dia dah ikot ktorg solat, takde kacau2 jadi senang la.. Tahun depan leh la kita g terawih sekeluarga kat masjid ye anak2.. Kalau peel molek gini takde la mama risau nak bawa.... kalau tak diam mmg tak de la mama bawa sat g ngacau org je...


Selfie skit ngan anak dara tomei2 ni....


Masam muka pasaipa adikk??? HAHAHAH..

Thursday, September 10, 2015

Abang & Adik

Dedua anak kesayangan saya.. Yg abg masuk kereta amek dr sekolah ceria.. Pastu mulalah potpet mulut tu bercerita... tunjuk arini bt apa, makan apa.. Aih kalau ikot penat mmg malas nak layan tapi kita selalu pk time anak2 kecik ni je la die nk bercerita ngn kita.. Sok2 dah besar, sepatah kita tanya sepatah die jawab. So saya mmg dah azam dalam hati, nak jadik kawan kepada anak2. So dr kecik kene terapkan saya pendengar setia diaorg, walaupun bosan cerita yg sama walaupun tak paham, layan kan aje la.

Abang mmg suka kelas hari Rabu sbb ada little saintist. So masa rabu kelmarin abnag tanam kacang ngn bt roket. Balik tu semangat tunjuk ke mama. Mama pn letak pasu kecik tu dlm toilet tapi dua hari kemudian mati pokok tu haha sadis betul lah.



Yg adik plak masuk kete nk tgk upin ipin dr HP papa die. Memula tengok lelama mama perati die ngantok smapai nak pejam2 mata hahhahahaha


Tak lama lepas tu ha tido terus kehkeh adik adik


Macam2 ragam anak2 ni.. Diaorg ni la penhibur kalau sedih kalau bt onar pun diaorg jugak hahahahha... amdu dan racun la kata org.

Wednesday, August 26, 2015

my 1st step

Dgn keadaan eknomi tak tentu, mmg skang kita tak berani nak sopim2 dr website oversea dah sbb currency RM kan jatuh teruk. Beli enbeg pon dah stop hahahaha eh dah lama kot kita stop. Saving duet nk g haji. Insyaallah. 

Bila tengok RM makin jatuh makin jatuh. Eh risaunya, takot jd macam Greece nanti penyudahnya duet ada je dalam bank tapi takleh nk kluarkan. Sbb dah muflis. Nauzubillah. Tapi ye la, tengok keadaaan skang takde yg boleh meyakinkan pun, so cari je la jalan alternatif. So now, saya dah berarah kepada gold saving. Bukan pe, harga emas mmg kalau ikot history makin naik makin naik. Konsep nya sama je macam kita simpan duet dekat bank, cuma skang ni kalau simpan duet kat bank mata wang makin jatuh, value duet makain rendah. So kita tukar la simpan emas. 

Nak beli emas perhiasan, kita ni bukan jenis pakai emas  sangat pun. Yang ada pun, takde pakai2. Kang kene bayar zakat plak. So kita bt decision utk simpan dinar/gold bar.  Beli skit2 utk anak2. Ini mmg jenis saving longterm  sbb harga emas akan makin naik over years bukan beli arini besok jual ye.. hahahaha.. beli rini jual bk 10thn lagi.

Ada org kabo kalau ada 10dinar, dah boleh pergi haji. So marilah kita menyimpan emas dr skang, beli skit2.. Kita pun bukan byk nau duet, sebulan beli skit. Kalau byk duet ada dapat durian runtuh belilah lebey.  Ha gitu.



Our very 1st dinar utk anak2.. Duet raya anak2 tahun ni boleh la half masuk tabung haji, half lagi kita belikan gold bar.. sok anak nak masuk Uni kita pajakkan aje gold bar deme ni.




Wednesday, June 24, 2015

Sy pengguna setia drypers!

Aritu sy di invite sbg VIP utk sesi  pelancaran Dryper MoM of Malaysia ni. Event ni bt kat Sunway Pyramid. Kebetulan clash lak ngn event Nuffnang, terpaksa declined NN nya event sbb dah accept. Agaknya dah tertulis rezeki. Akan ada JV seterusnya antara  saya dgn Drypers ni. Tungguuu!!!!...

Event ni belah petang, so sy amek halfday lepas tu amek Mayyah baru la drive berdua ke SP dgn dia. Alhamdulillah die tak buat peel hihi...

Sampai2 nampak wah meriah betol ha belon2.


Nampak tak clown tu? SIbuk dia tu ke hulu kehilir dgn belon.. Masalahnya sumayyah takot clown, dok menages melalak nampak clown tu melintas depan dia. Apa la awak dik...


Tengok la, kita nak amek gamba die tapi die dok cebik2 gini sbb clown tu dok la mengacah dia...




Bergambar di depan pintu masuk..


Event ni adalah utk melancarkan MoMs of Malaysia dan berkongsi tips parenting. Sya tak sempat tunggu sampai habes pun sbb Mayah dok merenggek nages takotkan clown tu..

Aih serabut sangat, tu balik awal tu...


Tuesday, December 23, 2014

Cara saya manage EBM masa travel oversea

Alhamdulillah dah setahun 2 bulan umor Sumayyah, masih lagi fully bf... Masa saya gi Macau ritu, mmg tinggalkan bekalan secukupnya.. Ada la bg susu formula tp die mmg rijek susu fm so sampai skang kira fully bf la... Masa kat Macau, malam mmg Mayyah tak minum susu langsung... Nages2 nk nenen, sanggup tak minum dr botol sbb nak nenen sudahnya tido dalam kelaparan dan pagi baru minum susu EBM tru botol.... 

Masa nk g Macau tu mmg agak risau, risau tak boleh bawa balik susu huhu.. Dulu masa gi China, nk bawa susu takleh, habes kene buang kat epot.. So kali ni mmg berdoa bebanyak harap dipermudahkan urusan nk bawa balik susu ni... Walaupun tak lama 5 hari je tapi sehari kalau 4x pam dah bape byk susu tu? huhuhu


Masa sampai hotel, 1st things sy cr freezer.. Alamak, dalam bilik takde freezer, ada chiller je... Call la front desk, time ni rs beruntung boleh converse in Mnadarin sbb susah tau kalau tak reti cakap bahasa diaorg ni, lain kita tanya kang lain die jawab...

Saya tanya macam mana nak frozenkan breastmilk, front desk suh sya interkom staff hotel bila nak store susu, nnt dia akan hantar org utk collect.... by end of day sy stay situ, saya boleh collect susu saya dr freezer...

Kat Macau saya pam 5x sehari, at the end of the day, sama ada malam atau pagi, saya akan call hotel staff utk collect susu... Sehari dalam 6-7 pack yg saya frozen kan... Saya siap pesan kan hotel staff utk positionkan liner susu saya secara baring gitu, so susu akan leper, senang la saya nak simpan dalam cooler bag and masuk dalam luggage masuk kargo bila balik Malaysia nnt...

Ms hari terkahir saya stay sebelum check out, saya gi collect susu saya.. Alhamdulillah semenya beku lagi.... So bermulalah cara nak packing susu... Since flight saya tak lama, dalam 4 jam je, tambah tolak masa nak boarding nk sampai rumah dalam 10jam so saya kene make sure susu tak cair sampai 80%....

Saya letak susu secara baring then lapiskan dengan cooler pack.. selang seli.... Then saya bungkus cooler bag dengan plastik sebab takot basah baju dalam luggage nnt.. lagipun nak amek sure air tak mengalir kluar or bocor ke apa...



Alhamdulillah, seme susu saya muat diisi dalam cooler bag ni, total susu saya simpan dalam 30-34 pack.. so susun molek2 dalam ni.. LEpas dah balut ngan plastik, saya bungkus ngan kain kasi kedap udara hahhaha saiko betol saya ni....

Cooler bag ni saya masukkan dalam luggage utk mask kargo tau... Kalau hand carry tak lepas ni, sbb cecair kan...


Sampai je KLIA 2, benda pertama saya buat bila dapat beg... Cek susu... Alhamdulillah, tak sampai 10% pun cair so seme susu saya boleh digunakan lagi hehhehe..

So kekawan sesape yg nak travel boleh la buat gini... Kalau dlu saya travel lagi lama almost 2w, saya bawa cooler coolman tu, besar and banyak boleh store.. Ni sbb 5 hari je so bawa cooler bag gini pn dah cukup.....

Gini la pengorbanan ibu nak susukan anak, leceh? Tapi berbaloi hehehhe... Semoga sumayyah dapat saya susukan sampai umo 2tahun insyaallah...


Friday, December 19, 2014

Mood Cuti ON!

Arini kita dah stat cuti sampai lah 29hb hehe lama tak? lama tak? Jangan jeles uols...
Nak perabis cuti, ni pun carryforward 13 hari.. Takpe, tu nak guna gi holiday Sabah next year insyaallah, pastu adik nak kawen raya cina nanti, pastu ank gi obersea oliday hahahaha.. Kemain banyak ha perancangan....



Cheecky gurl saya!

Plan arini nak having gurls day out with my bloggers frens di tetttttttt... Anak2 hantar taska arini dedua, Rayyan sekolah.. kasik can la mama nak having good times ye anak2.. bukan buat pe pun, nak lepak2 makan2 chitchat gitu je.. sanggup tu memasing amek cuti nak lepak kan...

Cuti panjang ni takde plan nak g mana pun sbb new year nnt nak g Melaka, so cuti ni mmg nak rilex kat rumah.. rayyan sekolah macam biasa, mama ngn Mayyah boleh g jejalan berdua hehehe....

Walaupun cuti blog akan update macam biasa.. blog tak cuti, seme dah autopublish...




Monday, June 16, 2014

Congratz papa

Last week hari Selasa kut, papa dok cakap masa balik dr amek kita kat opis.. Die suh kita drive sendiri besoknya sbb besok tu dia kene g awal ada hari anugerah khidmat cemerlang katanya.... Huwaaa terus terjerit kita, rupanya papa dapat anugerah APC tahun ni T______T ..
Happy betol rasa, ye la segala usaha penat lelah kita org hargai kan.. Rasa la happy, selain happy sbb dapat $$$$ .. At least leh gak tampung budget belanja raya hihihi...

Malamnya tu sebok la gosokkan kemeje formal papa, selalunya papa pakai baju bengkel techinician je... ni sbb nak amek anugerah naik pentas kan, kene la smart sket, carik tali pinggang hantaran dolu2.. seb bek ada lagi hihi ..

Besok pg kemain awal dah kluar umah, s ebelum kuar bergambo dulu ngan anak2..... Ensem sungguh papa ritu hahah mati elr puji laki sndiri, eh kalau tak bini yg puji sape plak nk puji kan......


Rezeki anak2... Betollah janji allah, rezeki stp anak tu allah dah tetapkan... jangan was was dan ragu2 utk beranak lagi hahahhahahha...



Petang tu tgk la papa bawa balik paper beg siap segala sijil seme....


Tahniah papa... ada rezeki tahun depan dapat lagi mihmihmih.. semoga papa lebey rajen bekerja ye...

Tuesday, March 25, 2014

Setelah hampir 5 tahun...

Pecaya tak, dah 5 tahun kita tak beli brg make up... Bedak tu beli la, tapi lipstik, blusher, celak, bulu mata tu apa ntah panggilnya.. Dah 5 thn tak beli hihi.. Last beli yg hantaran kawen tu la, dapat satu set Estee lauder.. Yg tu je pakai sampai skang tak habes2, nampak sangat pemalas nak make up kan...

Tapi ritu terbaca ada member share kat FB katanya kosmetik ni jangka hayat 3 tahun je.. Terus g korek seme kosmetik yg ada yg dah 5 tahun usia tu... Riso kang pakai jadik apa plak muka ni....

Pastu terus tak beli lipstik, pakai je lipgloss nivea.. Hahaha....

Ritu lunch hour, saja jalan sampai ke KLCC. Ala tak susah mana pun , naik je lRT sampai KLCC. 

Jejalan kat Sephora, memula takde pun plan nak beli make up tapi dah masuk dalam tu macam meroyan plak... Pegi plak ngan membe yg kaki make up, udah die suh kita beli jugak... Memula amek lipstik sebatang, pastu test sana test sini .. Alamak macam best, terus beli... Adoi rasa nak tampo muka sendiri bazir beli lipstik barang make up ni tau...


Ni la yg kita beli, loose powder, lipstik kaler merah makngah ngan celak.. Celak tu mmg best, kita suka... Celak yg skang pun dah pendek, ok la beli baru kan...

Loose powder takde dalam senarai, tapi hati terpaut sbb nak pakai die senang je, brush sana sini terus nampak muka cantek hahhaha....


Total harga di Sephora, murah la kalau compare brand lain yg kat kaunter tapi kiter tetap rasa bersalah beli brg make up hahhaha sbb takut tak pakai... Celak je kita rasa tak bazir sbb celak mmg pakai, yg lain tu mmg ikot mood aje la...


Hasil setelah kluar dr Sephora, masuk sephora kemain la comot.. Bila dok dalam tu dok calit sana sini terus feeling cun... Hahahah


Balik umah ngadu kat hb, die kata takpela beli pun. Sekali sekala, bukan sekali sekala dah ni tahap 5 tahun sekali hahahaha.... Pastu die dok kata lipstik nampak naik la apa la, terus semangat iosl pakai lipstik skang ni tau, kalau tak dulu asyik la lipstik kaler plain... 


Pakai lipstik yg sama kuar jalan ngan anak2.. Ok ke dok? Idok ler merah nau...... 

Friday, October 4, 2013

Wiken lepak di Midvalley

Sebabkan papa ada kelas so moh ler kita melepak di Midvalley... Memula habi suh saya drive je, tapi saya malas hahaha.. So ktorg keluar bali dr UM and habi antar and drop off saya kat depan entrance Midvalley... Nanti habes kelas habi mai pick up je... Mudah je kan....

Kemain awal sampai Midvalley, kedai pun tak buka lagi... Sonok je jalan time takde orang ni, Rayyan lari2 ke sana sini pun tak riso sangat dah.. Sbb takde orang kan...


Tengok la kemana pegi msti bawa CAR die....  Kedai seme still tutup lagi, kami je yg ado.. Ada gak pekeje2 yg lain, yg sampai awal dok lepak2 tunggu pintu bukak...


Boring lepak kat atas, bawa Rayyan main kat playland depan ToyRuS ni... Sementara tunggu ToyRuS bukak... Bila die bukak je kemain laju la hai Rayyan lari masuk sbb dia dah nampak toys dari luar.. Naseb bek la sales girl tu suruh dia keluar and tutup balik pintu hehe... So mama cepat2 ajak Rayyan gi tempat lain.... Takot kene pow toys mahai2... Kalau papa ada skali ok la kan, ni mama sorang..... Tak mampu mokcik nak handle kalau dia meraung nak toys kang....


Bawa gi jejalan tempat lain, tengok stroller, tengok barang baby.. Ok la, pandai jugak Rayyan, mama kata nak cari barang baby.. Dia follow je, pastu dok tunjuk2 baju2 baby.. Kira boleh jadik shopping partner mama la Rayyan nie....

Tapi upahnya naik la mainan ni sekali hehehhe..... Naseb bek la RM1 je sekali naik, kalau kat KLCC RM2 sekali naik....


Pastu jejalan lagi lalu kedai jigsaw puzzle tapi kedai tu ada letak table and playset macam kat bwah ni.. Bukan lego tapi macam mencabar minda gak la.. kita kene cantum2 jadik bentuk yg kita nak... Rayyan memang suka bab kreativiti ala2 lego ni, terus ajak mama lepak sini... Lama gak duduk sini layan dia main benda alah ni... Naseb bek tak kene halau... Masa ni orang dah makin ramai dah.... So elok gak lepak duduk kat sini, kalau jejalan tak larat nak kejor, Rayyan jalan laju, dah la takmo pegang T____T


Pastu ktorg gi Aeon Big kat bawah skali, kat situ ada banyak kusi so lepak2.. Makan aiskrim, reward sebab Rayyan yg behave... Malas nak makan sbb baru bekpes kat UM, still kenyang lagi.. So kita beli aiskrim n makan dua beranak...


Kebetulan depan kusi ktorg duduk tu ada pencarian bintang Pentene, ada Maria Tunku Sabri ngan Suraya HOTFM.. So layan je la, dok tengok depa audition hehehe.. Rayyan pun dok diam je kat sebelah, dok main2 sekitar situ so takde la penat....


Ni masa kat JJ, Rayyan sebok nak beli toys...  Actually bukan taknak beli tapi ktorg dah beli byk dah tok adiah beday dia.. So takmo la bazir beli lagi...

Masa dia sebok nak beli tu, saya cakap lah...

"Rayyan, mama takde duet.. Mama tak gaji lagi.. Nanti mama gaji kita datang beli ok"

Saya ingat dia tak paham la apa saya cakap...... Sekali rupanya die paham, die dok cakap....

" Anti amma ada wet kite beli"....


Terus rasa terharu... Ouchhhh cepatnya anak saya membesar....



Thursday, July 11, 2013

Pengalaman berpuasa hari pertama

Ecewah.... Macam la sebelum ni tak pernah puasa... Sebenarnya ni la pengalaman saya puasa time peknen 6 bulan... Masa peknen Rayyan dulu puasa time 7 bulan.... 

Meh cete kisah puasa masa peknen Rayyan, memang badan saya cargas.. Takde masalah puasa, pulak tu masa tu saya duduk dengan mak.. Sbbnya arwah ayah meninggal 8 Ramadhan, lepas arwah meninggal terus saya ngn habi duduk rumah mak teman mak.. Adik2 yg lain seme kene balik universiti, kesian pulak kat mak klu duduk sorang2.. mesti sunyi, jadi kami berdua teman la mak... Sampai saya bersalin duduk kat rumah mak....

Memang takde masalah la kan, sbb sahur berbuka mak masak... Saya puasa dengan senang hati.. Tapi lepas 2 minggu puasa, saya gi check up... Doc tengok berat saya makin turun, hemoglobin darah pun turun.. jadi doc nasihatkan jangan puasa risau kesihatan saya... Dah la sebelum tu berat asyik turun je, bila baru nak naik.. Dah turun lagi muehehehhe.. So lepas jumpa doc memang terpaksa la saya puasa selang sehari.. Kiranya tak dapat la saya puasa penuh masa peknen Rayyan dulu.

Skang, kita cerita kisah puasa saya kali ni iaitu semalam. Kali ni puasa time saya 6 bulan... Agak mencabar kali ni sbb dengan si kenit Rayyan lagi. Dengan saya yg masih muntah2 tapi saya cuba jugak utk berpuasa... Setiap kali bulan pose, saya ngan suami memang  JARANG pergi param. Bukannye kami tak suka, tapi ntah la. Kadang2 masakan di param ni mengecewakan. kita dah la lapa kemain ni ha, bila dah azan, baru rasa sesuap adoiii fail betol... Kalau setakat masin ke hape, boleh tahan lagi.. Ni kalau kene lauk yg dah basi, boleh mengundang betol. Tak pasal2 kurang pahala puasa... Melainkan kalau saya dah biasa dengan tukang jual tu, dah tahu kuih muih die mmg sedap so mmg saya beli la.....

Maka, memang setiap kali bulan pose, saya masak utk juadah berbuka. Kalau pergi Param pun beli kuih atau murtabak. Tu pun beli tak banyak sbb tahu, lepas makan nasi, dah terawih apa seme memang tak lalu nak makan dah.. Mata pun dah kuyu sbb besoknye sahur kene bangun awal nak masak sahur pulak. Kalau beli banyak, ada kebarangkalian masuk tong sampah, membazir aje.

Macam semalam, saya habes keje 430, habi dah tunggu depan opis.. terus balik gi amek Rayyan.. Alhamdulillah masa tu saya masih bertenaga lagi hahahha.. lepas amek Rayyan terus balik rumah... Saya bukan taknak buka puasa kat rumah mak, tapi kesian lak mak kene masak banyak nnt dah la penat jaga Rayyan lagi so wiken je la buka rumah mak.... Sampai rumah dalam 530 terus bukak baju g dapor.

Menu semalam simple je, gulai udang campur petai dan sambal ikan.. memula nak tumis sayur kailan ikan masin tapi dah xlarat pulak rasa.. mengigil kaki ni nak berdiri lama kat dapor...

Setel menu utama, msak nasi, air panas, potong buah seme.. Lepas mandi konon nak solat Asar... Ha merasa la kepala pinar2 bila  angkat takbir, sudahnye terus solat duduk je, pestaim saya solat duduk sepanjang peknen ni.. memang tak terdaya sangat dah semalam.. masa tu baru pukul 615.. Adoi lama lagi waktu buka...

Last2 buka ekon, masuk bilik lelapkan mata kejap.. naseb la Rayyan pandai membawa diri.... Hehe bangun kol 715, tengok habi dah siap setting tempat makan lauk dah siap hidang... Hikhik Azan je terus capai air, actually semalam tu takde la rasa lapa, tapi rasa kering sangat huhu rasa kurang air....

Berbuka pun idak ler makan banyak sbb kalau makan banyak sangat perot rasa bloated sudahnye nnt muntah je, makan nasi sikit, kurma pastu makan buah tembikai yg banyaknye... Nikmat betol dapat tembikai sejuk2  hehehhe....

Pagi tadi, bgn sahur kol 430 tengok hujan.. Adoi hai malas betol nak bangun, rasa nak tarik selimut... Habi dah bangun dulu tolong masakkan nasi.. Habi memang jenis bangun awal, rajen beliau berqiamulai bagai masa bulan pose, kagum saya... Saya nak bangun kol 430 tu pun terpisat2 mata.....

Sahur Pagi tadi just perangatkan lauk je, since lauk semalam ada balance.. Saya makan sahur ala kadar lagipun mcam tak lalu sangat nak makan tapi paksa jugak la makan  sbb takot tak larat huhuhuhu...Lepas setel sahur, masak lauk Rayyan plak tok bekal lunch ngn bekpes kat umah opah.... Memang lepas subuh takde tido2 pun walaupun cuaca hujan lebat mmg sedap tido huhuhu... gitu la rutin harian sepanjang bulan puasa ni, harap Allah berikan saya kekuatan luarbiasa tok laksanakan tanggungjawab saya selain beribadah kepadaNya.....

So, macam mana puasa pertama korang???


Monday, June 17, 2013

Perjumpaan yg mendebarkan


Perjumpaan dengan sape la yg mendebarkan tu??
Perjumpaan dengan dentist!!!
Dulu masa kat UKM, setiap thun mesti gi jumpa dentist, kadang2 setahun sampai 2x.. Bukan bt apa pun, selalunye gi cek gigi atau bt scalling aka cuci gigi.... Bukan kene bayar pun, tok student free je, servis pun tip top....
Bila dah keje, setahun sekali je pergi.. Last pergi scalling gg masa nak kawen tahun 2009.... Masa tu, tak tau klinik gg mana yg bagus.. Hentam je g yg dekat ngan rumah.. 

Kita ni sbb dah biasa jumpa doc gg, takde la fobia ke takot ke apa kan... Sbb kat UKM dah setahun bape kali jumpa dentist... Dentist plak jenis bt keje lembut je mmg tak rasa sakit tu yg jd berani.... Sekali masa nk bt scalling gg kat klinik yg kat rumah ni, subhanaallah...... Buat scalling aje pun, tapi sakit giler... Macam ditonyoh2 nye je gusi2 kita ni.... Dah la scalling sampai 40min, memang penyeksaan yg maha panjang la.... Habes je sesi scalling puas menyumpah dalam hati... Sakit woiiiiiii, walaupun bayaran hanya RM60 tapi sakit hati dan sakit gusi kene tarah tu rasa macam nak tumbuk aje doctor tu tau......

Memang klinik tu terus kene blacklisted dah, tak pergi dah klinik tu.....
Bukan klinik tu je saya tak pegi, jumpa dentist pun dah jadi fobia.... Nampak tak impact dia????? Huwaaaaa... Doc memang memainkan peranan penting dr segi psikologi tau... Kalau doc bt keje cenggitu, memang tobat la nak g jumpa doc lagi..... Since last jumpa doc tu, masuk tahun ni dah 3 tahun tak jumpa dentist... Rasa mcam dah tak selesa dah dalam gigi so decide nk jumpa dentist.. Sebelum tu tanya kekawan, dentist mana yg ok yg diaorg pernah jumpa... Ok pada saya bukan pada bayaran, tapi pada servis.... Tak kisah bayar mahai janji servis tip top... Kalau bayar murah tapi sakit ati dan buat kita jd fobia pun payah jugak....


So akhirnya my fren cadangkan klinik gigi Loh kat plaza Pantai... Dekat je ngan opis, dekat stesen LRT Kerinchi.... Memang dia kata doc Loh tu bagus sangat, tu la dentist die dr kecik sampai la umor dah masuk 29 thn ni, kira dah mcam famili doc la.. So looking at testimoni die macam best je, terus saya booked appoiment Hari Khamis petang......

Khamis petang tu terus g sana, dekat je ngan opis.. Leh jalan kaki pergi.. Masa memula masuk klinik tu macam best je... Tak ramai patient sbb appoiment based kan... So klu set appoiment kol 2 silalah datang kol 2.

Bila nama kene panggil tu berdebar sangat rasa, hahah maklumlah dah fobia dah sejak kes dentist ganas tu.... Then cakap la kat doc tu dah bape tahun tak jumpe dentist, last jumpe dentist tu scalling sakit tu yg fobia.... Pastu doc explain ada 2 teknologi yg guna tok scalling gigi ni, teknologi yg lama agak menyakitkan dan ngilu sbb getaran kuat ke apa ntah.. Teknologi yg baru much better, so kat klinik die guna teknologi yg baru.... Ada la doc tu bg nama tapi mana la ingat term2 medical ni....

So doc suh duduk and baring, siap bg spek mata hahahhaha.... Start la proses menyahcuci gigi.... 20 min je amek masa... Ya allah, 20 min tu best gile... Tak rasa sakit tak rasa ngilu langsung.... Selalu paling kuat kita akan rasa ngilu kan bila cuci gigi tapi ni mmg x rasa ngilu langsung...

Lepas cuci gigi rasa lega dan bersih sangat gigi... Rasa macam gigi jarang2 sikit sbb karang gigi yg tersorok tu dah kene korek kan.... Pastu doc cek gigi yg lain dan gusi kot ada masalah... Alhamdulillah, takde gigi yg lubang dan takde yg rosak.. Gusi pun ok, xde problem.. Lega hati dengar...

Secara overall memang puas ati ngan servis dentist ni, definately akan visit dentist ni yearly tok bt scalling gigi... Rayyan sok pun nk bawa datang sini je, sbb memang doc die gentle and bt keje tak menyakitkan kita..... Caj tok cuci gigi kita td RM120, double the price dr doc sebelum ni tapi tak sakitt.... Tu yg paling penting.... Kalau cabut apa seme, kita tak sure plak... Boleh call klinik tanya, ni no die 0322832235.


Friday, February 8, 2013

Hadiah paling best!

Minggu ni x sempat update blog sbb ke hulu ke hilir bizi. Balik rumah ada projek lain pulak menanti so blog sudah ku abaikan hahahha. Entri draf banyak la tapi ntah bila nak publish. Cuti CNY nanti la kita menghadap blog nie.

Nak cete pasal semalam, hadiah yang dijanjikan oleh suami dah sampai. Direct delivery to the ofis by Celcom Staff. Hiks. Memang habi order online ngan Celcom, terjami set Ori. Nak ke Lowyat bagai memang dah malas dah nak g tempat serabut gitu.

Hadiah yang paling best, Samsung galaxy Note 2. 
Memang dah lama nak beli henpon, tapi macam biasa I is kedekut. Sanggup guna tab yang gabak tu tok call etc. Pastu bila borak takde privacy especially bila kat opis, nak berjiwang kat opis pun tak boleh T__T.
Dah lama Dok survey henpon tapi tak beli2 jugak sbb susah nak jumpa yang berkenan di hati. Hahaha at last got a Note 2 as presssie from hubby.


Kotak yang baru sampai kat opis semalam. Kecik aje kotaknye. Pastu kene la assemble sendiri hahah selalu beli kat kedai seme orang kedai yang buatkan. Ni beli online, ha rasakanlah. Assemble la kau sendiri.

Rupa rupanya baru ku tahu, utk Galaxy Note 2 ni, simkad die kecik sikit so kene bawa simkad g kedai kedai tok potong baru boleh masukkan dalam tepon. Alahai....

Seb bek la Bangsar South dekat, lunch terus gi sana. Ada Maxis Centre kat situ hahahhaha beli henpon kat Celcom pastu g potong simkad kat Maxis. Terbaik! 

Tapi yang bencinya kan, potong simkad pun kene caj RM10.. Giler mahai.... Naseb la memang ada satu kedai je kat situ. Pasrah aje la..

Pastu terus suh orang tu pasang screen protector sekali, and beli sekali baju tok Note ni. Kalau ada baju ni selamat la sikit kan..


Tak banyak choice sangat so pilih je la yang ini. Ntah pape belang2 yg ajdi pilihan... Takde la cantek mana tapi ok la ianya PINK. My peberet kaler. hikhiks.

Ikotkan nk merah tapi takde....


Ni la Note yang dah lengkap. Alhamdulillah ada orang sudi hadiahkan hehehhehe... Tapi note ni canggih benor, terkial2 nak belajar guna..

Pasni tengok youtube aje la camne nak guna Spen die, banyak sangat function. Tapi dari segi speed memang laju, puas hati. Takde la lag macam tab, boleh emndatangkan marah bila tab mula hang hahahha.... Gamba pun lawa even dalam gelap.....pasni jalan kalau tak bawa DSLR pun takpe, boleh amek gamba guna henpon aje. :)


Thursday, January 31, 2013

Peel Anak

Peel anak. Bila dah besar ni, makin menjadi2 keletah Rayyan... Now tengah fasa nak bercakap aje. Adoihai.. Walaupun Rayyan bercakap takde la penuh, Rayyan pelat sikit. Die cakap, die amek hujung perkataan aje. padahal ktorg ajar die becakap, macam normal. Takde la saja2 bt pelat ke hape. Ramai gak yg dok komen. Kecik ati kita as mak tau. Tapi kita bt pekak aje. Ala, biasa la development budak2. Bukan seme sama ye dak. Kalau anak kau dah pandai cakap mcam keretaapi meluncur laju, maka bersyukur lah. Jangan nak komen anak orang cakap lambat la, pelat la. Tu seme anugerah Allah, skali Allah tarik baru tahu. 

Aku ni walaupun kasar tapi kan bab anak2 ni memang sensitip. Aku tak suka nak komen2 anak orang. Like "eh anak kau tak jalan lagi? Anak aku dah laju jalan" Prffttttttttttttttttttttttttttttttt. Tahukah komen mcam tu menusuk hati. Memang nampak muka aku cool je, like nothing happen. dalam hati ni marah tau.

Apapun, Rayyan baru 2 tahun 2 bulan, masih lagi dalam fasa nak belajar cakap. Takes time la, now pun ada certain perkataan die dah boleh cakap penuh. Normal lah kan? Lainlah dah umur 6 tahun pelat lagi! Tu harus jumpa doctor. 

Rayyan skang amatlah suka main. Kalau siang selagi kita tak bawa die tido for nap time memang die bantai main non-stop. Penyudahnya kol 7 dan mengantok.

Kat bawah ni, gamba brader ni ketiduran waktu tengah makan.
Tengah suap2 makan, die mai baring kat peha kita, sekali tengok dah lelap. Dalam mulut penuh nasi.


Jenuh la papanya kasik duduk, tu pun rayyan pejam mata. Memang penat sungguh! Papa korek2 mulut kasik kuar nasik seme, then bagi minum. Terus bawa masuk bilik. Ye la, kang kalau dibiarkan tersedak, bahaya plak kan...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails