Monday, May 4, 2015

Giveaway Rawatan Kecantikkan Di MayFair utk Wanita di Luar Sana

Siapa pernah dengar Mayfair?  

Kali ni saya nk berkongsi pengalaman saya bersama Mayfair.
Mayfair Bodyline telah mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang pelangsingan badan dan industri kecantikan. Ia terkenal sebagai pusat  pelangsingan terkemuka , pusat rawatan muka dan pusat spa. Direka sebagai pusat sehenti bg kecantikan, perkhidmatan yg ditawarkan menggunakan teknologi dan mesin yang canggih. Rawatan akan dilakukan oleh perunding dan pakar terapi profesional yang terlatih, selain rawatan muka dan rawatan pelangsingan badan, satu siri rawatan memanjakan tubuh juga turut ditawarkan. Hasilnya pasti memuaskan hati para wanita di luar sana.

Saya telah berpeluang mendapatkan khidmat rawatan muka dan pelangsingan di pusat kecantikan MayFair yg bertempat di Beauty Jall, Level 7, Pavillion Kuala Lumpur. Memula agak sesat jugak mencari beauty Hall ni, rupanya ia terletak agak ekslusif di level paling atas dalam mall. 

Inilah dia Mayfair di Pavillion. Sangat selesa bagi saya.



Apabila masuk ke dalam pusat rawatan Mayfair,saya dihidangkan dengan segelas teh bunga dan  seorang pakar perunding Mayfair akan layan dan minta kita isikan segala butir peribadi tentang masalah kesihatan semua. Selepas itu ketinggian, peratus lemak, dan berat akan direkodkan.



Sebelum rawatan diteruskan, sesi soal jawab akan dilakukan. Actually ini proses biasa je, utk ambil tahu masalah pelanggan. Contohnya nak kuruskan peha ke, perut ke atau nak kurangkan pigmentasi muka ke. Ha gitu la lebih kurang, masa sesi ni, jgn malu2 bagitahu apa masalah yg kita nak pihak MayFair solvekan utk kita.  Macam saya biasa la, masalah lemak tepu di perut ni ha, kalau boleh nak perut six pax hihihi

Selesai temubual pasal masalah badan ni, kita teruskan pulak utk cek apakah masalah kulit muka kita yg sebenar. Macam mana pakar terapi ni cek?

Ha through satu alat ni, yg mampu cek sampai ke dasar kulit. Dr dulu saya sentiasa ingat saya ni jenis kulit berminyak rupanya bukan. Actually saya kulit kering,  kulit kering tu la yg akan menyebabkan minyak naik ke atas liang muka. Dan seterusnya membawa kepada sensitive skin. Ha gitu. Selama ni ingat kulit berminyak la, bila dah pergi cek gini baru tau apa masalah kulit sebenar.


Alat yg digunakan utk cek keadaan kulit muka, boleh Nampak jelas macam mana keadaan skin sebenar melalui PC tu. Nampak sangat2 kering sebenarnya, tona pun tak sekata menunjukkan kolagen makin berkurangan.






Gini ler rupa kulit kering saya di sekitar hidung pipi dan dahi… Nampak white head di sekitar area hidung.

Bila dah tahu apa masalah, barulah kita teruskan dengan rawatan.

Saya dibawa ke satu bilik khas utk saya sorang, di bilik ni segala rawatan akan dilakukan. Bilik agak ekslusif pada saya, bercahaya malap dan lengkap dgn segala alat termasuk la bath tub hihi. Nyaman rasanya bila terima rawatan kat sini, sesambil buat rawatan boleh jugak lelapkan mata.


Bilik rawatan yg ekslusif dan nyaman...

Siap jakuzi uols...

Memula saya kana menjalankan rawatan muka. Rawatan yang saya ambil ialah rawatan Perfect Skin. Rawatan ni memang sesuai untuk keadaan kulit saya yang kering, kekurangan air dan sensitive. Bahan-bahan aktif dalam produk yang digunakan dalam rawatan ini adalah


  • Impereta Cylindrical: tumbuhan asli kepada Asia dan Australia dimana minyak dalam akarnya mampu meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 20 peratus dalam 24 jam selepas aplikasi pertama;
  • Protein gandum: component utama dalam sel dimana ia diperlukan untuk pertumbuhan semula, membaiki dan penukaran tissue
  • Gandum: : kaya dalam vitamin E, F dan kumpulan B


1

 Proses ini dilakukan oleh mesin di bawah ni. 


Tak rasa sakit apa pun, rasa seronok je masa therapist tu urut2 kat muka menggunakan alat ni selepas serum disapu. Siap tido masa therapist dok manjakan muka I ni tau


Inilah set rawatan muka yg digunakan ketika sesi rawatan dijalankan. Jgn risau, ianya jenama yg dikenali dan diyakini  Selamat utk digunakan.


 Lepas dan siap buat rawatan muka saya teruskan dengan rawatan badan.

Memang tak dapat dinafikan, lepas je facial treatment, dapat rasa muka saya bersih sangat, rasa fresh gitu. Bila pegang kulit muka, rasa licin nyaaa… Hilang dah segala blackhed, whitehad, semua dah habis dikorek. Hihi jgn korek guna tangan tau nnt meninggalkan kesan, nak korek datang Mayfair, nnt diaorg akan korekkan buang jerawat semua.

Next yg dinantikan rawatan badan. Antara rawatan yg saya ambil ialah Vibe Kinetic Theraphy (KVT) utk full body,CLA Chili Slimming,Heat circulation dan Intensive Frequency Theraphy.


Lepas je tukar baju, memula saya akan disuruh berdiri di atas alat ini. Proses ini dinamakan KVT, alat ni bila on je, akan bergegar satu badan dan lampu infrared tu akan panaskan badan kita. Masa bergegar satu badan ni mmg terasa gegarannya. Tak sampai seminit dok atas tu, tetiba satu badan gatal2. Memula pelik jugak kenapa gatal merenyam tetiba ni, tadi ok je. Selesai je rawatan tu terus benti gatal, terus tanya ke therapist tu kenapa gatal2 ye badan ni. Rupanya ia efek dr naik KVT tu, darah akan mengalir lancar, liang2 yg tersumbat akan terbuka, so gatal2 tu antara efek macam detoks gitu. Terus therapist tu tanya, saya tak pernah bersenam ke? Kantoi di situ, dah lama tak bersenam oi. Aktiviti di atas KVT ni dikatakan dapat membakar kalori sebanyak 500 kalori ye, walau hanya 10 minit. 500 kalori tu macam lari berpuluh kilometer tu.



Lepas penat membakar kalori satu badan, saya disuruh baring dan therapist akan gunakan satu alat utk mengurut sekitar perot saya. Nama treatment tu Intensive Frequency Theraphy, treatment ini menggunakan ultra sound utk mengemulsikan sel sel lemak dan seterusnya diserap oleh sistem perkumuhan dah dinyahkan dr badan. Ia juga meransang badan utk merembeskan enzim LPL, di mana akan membantu kandungan asid lemak menjadi tenaga. Hasilnya perot akan lebih tegang dan ajal. Lemak terhapus!



Lepas je KVT, aktiviti seterusnya ialah CLA Chili Slimming, satu badan saya akan dilumur dengan paste. Paste ni adalah ekstak dr chilli pepper seed. Di  mana ramuan ini berfungsi utk meransangkan proses pemecahan lemak di badan. Setelah habis satu badan dilumur paste tadi tu, saya dibalutkan dengan plastik wrapper dan baring dilitupi heat blanket. Ha dah macam dalam sauna dah. Patut duk dalam heat blanket tu 30minit, tak sampai 15 minit dah berjejeh peluh kluar so therapist tu stopkan sbb katanya cukup la. Heat blanket ni ikot badan org, ada org susah berpeluh so maybe perlukan masa yg lama. Macam saya sekejap je dah berpeluh habis lencun, jd 15 minit dah ckup. Heat blanket ni berfungsi utk melegakan otot, meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan water retention.


Selesai je sesi rawatan hari tu, terus saya timbang tengok berapa berat yg kurang, wow dalam 2kg jugak hahahaha… Perot pn ada nampak tegang dan firm compare sebelum rawatan. Macam mana saya justify perbezaan? Anda kene pergi sendiri dan rasai sendiri rawatan tersebut, baru boleh rasai apa perbezaan yg saya rasai.



Selepas rawatan.. Memang best, selalu lepas facial muka saya akan merh2 kesan korek jerawat tapi kali ni takde merah pun uols.. Kalau tak, 3 hri bkurung dlm rumah...


.
Memang berkesan.. kalau rasa macam tak percaya sangat, bolehlah pergi tengok contoh-contoh yang lain dalam rancangan Impian Anggun tu.

Apa itu Impian Anggun?

Impian Anggun, sebuah rancangan realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair, menceritakan kisah-kisah benar para wanita yang berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008.
Kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri anda dengan menyelesaikan masalah berat badan serta kulit anda.

Caranya mudah saja

LIKE FB Impian Anggun



OK, sekarang anda pun boleh rasai rawatan yg saya dah buat ni dgn join giveaway by Mayfair.
Dalam posting saya ni, tinggalkan komen kenapa anda inginkan rawatan dr Mayfair?

Sebanyak 10 pemenang bertuah akan dipilih utk menerima pakej rawatan percuma dari Impian Anggun. 10 org ye, bukan 1 org.

Boleh la a nda mencuba nasib. Mana tau rezeki dapat melaram raya kali ni. Sila tinggalkan komen sebelum 24hb Mei 2015.Marilah join ramai-ramai!

Sempena Hari Ibu, Mayfair sedang menjalankan Promosi Hari Ibu dimana kamu boleh dapat 16 sesi rawatan badan atau 4 sesi rawatan muka, disamping itu dapat 1 sesi rawatan badan atau 1 sesi rawatan muka secara percuma! Har.. ni siapa nak bagi hadiah kat ibu, bolehlah bagi mereka ke Mayfair!


4 comments :

  1. Saya inginkan rawatan dari Mayfair kerana saya sangat teruja tengok hasilnya di mana satu kali rawatan sahaja almost 2kg boleh turun berat badan dan kulit nampak tegang.. saya suka saya suka *read macam MeiMei Upin Ipin.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam jue,
    sonoknya manjakan diri yer :)

    ReplyDelete
  3. jue::

    bestnye..teringin juga nak try tempat2 macam ni..tapi kalau pegi sendiri tu xmampu lagi...hehehehe...kalau dpt giveaway ni bolehla membantu bersihkan kulit muka, dan yang pentingkan kempiskan sikit perut sempena nak raya ni..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Bestnyerrrrrrr....
    Dapat manjakan diri gitu :D

    ReplyDelete

Pstttt.. Tekiu ya!


















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails