Showing posts with label parenting tips. Show all posts
Showing posts with label parenting tips. Show all posts

Tuesday, March 22, 2016

Utk alihkan perhatian anak2 dr gadjet ini saya buat--laminated printouts

Nak share one of effort saya utk anak2 agar tak mengadap gadjet sangat and alhamdulillah ianya sukses!!!! So hari ni saya nk share ngn korang seme, mana tau kot membantu...

Memang saya selalu print activity sheet utk anak2, cuma selalu pas bt sure la koyak ke atau jd bahan contengan pastu print balik. Lastly sy terpikir utk print and laminatekan je worksheet tu so boleh pakai banyak kali.

Cnth mcm buku kat bawah yg Sumayyah tulis ni, saya beli ada 8 bijik satu set, seme yg jenis kita boleh tulis guna erasable/washable maker pen and padam pastu tulis semula. Sangat praktikal, jimat pun iye. Lagi satu buku ni payah nak dikoyakkan. So utk budak lasak mmg amat sesuai la. Itu yg datang idea nk laminate je semua worksheet anak2 ni, cuma kene invest skit la beli printer and laminator. 

Best tau buku ni, ada 8 biji satu set. Tak ingat bape saya beli, lama dah beli masa Rayyan 3 years lagi, so now adik plak guna. Masih elok lg, kesan maker leh padam je guna baby wipes hehe...so dr abang dah turun ke adik. Abang dah terer dan kenal huruf, skang turn adik plak bru nk belajar kenal huruf etc.


Yg bawah ni hasil worksheet yg dilaminate. Berusaha keras gak nak buat, total dah siap ada la 8 buah buku, each with different topic of activity. Antara contoh2 topic yg ada

-Addition/Subtraction
-Tracing the word
-English for fun
-Maze
-Find the difference
-Shape and colors
- colors by numbers
- connect the dot
- fill in the blanks

Eh macam2 la, korang google je banyak info pasal home school ni.. Kita bukan homeschool anak2 ye, cuma kita create activity utk diaorg, takde la ngadap TV atau hendpon ja... Mmg wiken kalau dok umah, kita layan anak2 buat aktiviti gini la selain buat art.


Ada English...



Jawi pn ada jugak tau, banyak gak sumber jawi yg boleh dijumpai kat internet.

Bukan saja akademik, yg fun2 pun saya print jugak cnth macam find the different, maze, pastu macam circle mana  small mana big... And banyak lagi, semua sumber2 saya dapat dr internet je.

Saya donlodkan seme printsheet yg saya jumpa, compile into one folder then saya printkan satu page A4 size tu dgn 2 worksheet berbeza. Laminatekan. Then cut into half. Lebey mudah kalau ada cutter besau tu, sekali zas je potong.


Hasilnya cuti sekolah seminggu ritu, anak2 ralit ngn benda ni je. Takde sibuk nak main tab ke apa... Dok la ngadap worksheet. Rayyan pn nampaknya makin suka dan hari2 nk buat matematic hehehe..
Ni mmg mama tak paksa ye, cuma awal2 dlu selalu pujuk suh bt hari2.. Now macam dah jadik rutin plak, so mama suka la cr soklan2 maths utk dia bt hari2.

Actually saya nk tiru masa saya sekolah cina dlu, the way cikgu nak tanamkan cinta subjek Math tu ialah dgn latihan hari2. Memang hari2 akan ada homework Maths, hari2 kene bt Maths, tanpa sedar saya jadik sukakan subjek Maths tu sndiri. Hari2 mesti nak buat. And itu la saya try terapkan kat anak, saya taknak diaorg rasa matematik tu susah.



Ni saya share ngn uols worksheet yg saya dah compile dalam dropbox saya, uols leh la donlod. Tapi saya ada set expiry kat worksheet ni Nnt kalau dah takleh buka email je la, nnt saya share...

Facebook

DROPBOX

Uols boleh cari lagi banyak kat internet. SIyes zaman skang seme di hujung jari, senang sangat nk dapatkan info2 dan sumber bahan gini. Kalau zaman kita dlu sumber terhad.

Saya selalu percaya, kita adalah cermin anak2. Kalau kita inginkan anak2 yg cemerlang dunia dan akhirat, kita adalah model contoh diaorg. So kalau ada anak2 buat salah, semak balik diri masing2. Jangan salahkan anak2, sbb diaorg ibarat kain putih. Kita adalah role model yg paling dekat dgn diaorg.

Hihik my fren yg terjebak jugak..


seronok anak2 haaaa

Wednesday, March 4, 2015

Activity yg boleh improve pre writting skill anak anak

Rayyan skang dah 4 tahun 5 bulan. Kalau ikotkan dah setahun Rayyan bersekolah. Actually saya takde la risau mulanya tapi bila tengok bebudak yg lain boleh pegang pensil dgn betol, risau plak nengok bila Rayyan pegang masih tak betol lg seacar teknikal.

Gugel around jumpa la info yg menarik utk saya kongsi dgn mommies seme.
Gambar bawah ni adalah bagaimana anak2 kita sepatutnya pegang pensil at their age.

Tapi ada yg boleh pegang pensil seawal usia 2 tahun, depend pd fine motor skill masing2. Keupayaan fine motor skill bergantung pd aktiviti yg dilakukan oleh anak2 kita.

Rayyan mmg agak manja, saya admit la kan.. HAHAHA makan pun bersuap sampai umor 3 tahun ya. Dan die pun mmg lambat achieve milstone be it merangkak, berjalan mmg agak lewat. Tp saya mak yg simple, mls nk runsing fikiran, takde masa nk compare anak saya ngan anak org lain, kids unique at their own way kan. Pada saya when he's ready, dia akan buat. Sama jugak kebolehan memegang pensil ni, saya taknak push sangat. Tiba masa nnt dia akan pandai adjust sendiri. Apa yg saya boleh bantu ialah buat aktiviti bersama dia yg boleh improve and trigger fine motor skill dia. Itu la yg saya buat. Main bersama, enjoy dan dalam masa yg sama trigger keupayaan fine motor skill.

Apa aktiviti yg mampu kita buat.

Ini lah dia aktivitinya.


Nak tahu lebih lanjut boleh ke link ni http://ellohello.com/is-your-child-using-the-pencil-correctly/


Wednesday, February 4, 2015

teknik hafal sifir matematik bg anak2

semalam skrol TL FB tengok ada kawan share gamba ni.. tetibe rasa wah kagumnya dgn teknik yg hamba Allah ni buat. Siyes saya tak pasti gambar asal dr siapa, sbb macam dah viral je benda ni...

Cara nk hafal sifir, kdg2 nk ingat and memorize tu payah, guna visualize gini bebudak lg senang nak ingat..





senangkan?


Tuesday, December 23, 2014

Cara saya manage EBM masa travel oversea

Alhamdulillah dah setahun 2 bulan umor Sumayyah, masih lagi fully bf... Masa saya gi Macau ritu, mmg tinggalkan bekalan secukupnya.. Ada la bg susu formula tp die mmg rijek susu fm so sampai skang kira fully bf la... Masa kat Macau, malam mmg Mayyah tak minum susu langsung... Nages2 nk nenen, sanggup tak minum dr botol sbb nak nenen sudahnya tido dalam kelaparan dan pagi baru minum susu EBM tru botol.... 

Masa nk g Macau tu mmg agak risau, risau tak boleh bawa balik susu huhu.. Dulu masa gi China, nk bawa susu takleh, habes kene buang kat epot.. So kali ni mmg berdoa bebanyak harap dipermudahkan urusan nk bawa balik susu ni... Walaupun tak lama 5 hari je tapi sehari kalau 4x pam dah bape byk susu tu? huhuhu


Masa sampai hotel, 1st things sy cr freezer.. Alamak, dalam bilik takde freezer, ada chiller je... Call la front desk, time ni rs beruntung boleh converse in Mnadarin sbb susah tau kalau tak reti cakap bahasa diaorg ni, lain kita tanya kang lain die jawab...

Saya tanya macam mana nak frozenkan breastmilk, front desk suh sya interkom staff hotel bila nak store susu, nnt dia akan hantar org utk collect.... by end of day sy stay situ, saya boleh collect susu saya dr freezer...

Kat Macau saya pam 5x sehari, at the end of the day, sama ada malam atau pagi, saya akan call hotel staff utk collect susu... Sehari dalam 6-7 pack yg saya frozen kan... Saya siap pesan kan hotel staff utk positionkan liner susu saya secara baring gitu, so susu akan leper, senang la saya nak simpan dalam cooler bag and masuk dalam luggage masuk kargo bila balik Malaysia nnt...

Ms hari terkahir saya stay sebelum check out, saya gi collect susu saya.. Alhamdulillah semenya beku lagi.... So bermulalah cara nak packing susu... Since flight saya tak lama, dalam 4 jam je, tambah tolak masa nak boarding nk sampai rumah dalam 10jam so saya kene make sure susu tak cair sampai 80%....

Saya letak susu secara baring then lapiskan dengan cooler pack.. selang seli.... Then saya bungkus cooler bag dengan plastik sebab takot basah baju dalam luggage nnt.. lagipun nak amek sure air tak mengalir kluar or bocor ke apa...



Alhamdulillah, seme susu saya muat diisi dalam cooler bag ni, total susu saya simpan dalam 30-34 pack.. so susun molek2 dalam ni.. LEpas dah balut ngan plastik, saya bungkus ngan kain kasi kedap udara hahhaha saiko betol saya ni....

Cooler bag ni saya masukkan dalam luggage utk mask kargo tau... Kalau hand carry tak lepas ni, sbb cecair kan...


Sampai je KLIA 2, benda pertama saya buat bila dapat beg... Cek susu... Alhamdulillah, tak sampai 10% pun cair so seme susu saya boleh digunakan lagi hehhehe..

So kekawan sesape yg nak travel boleh la buat gini... Kalau dlu saya travel lagi lama almost 2w, saya bawa cooler coolman tu, besar and banyak boleh store.. Ni sbb 5 hari je so bawa cooler bag gini pn dah cukup.....

Gini la pengorbanan ibu nak susukan anak, leceh? Tapi berbaloi hehehhe... Semoga sumayyah dapat saya susukan sampai umo 2tahun insyaallah...


Thursday, October 13, 2011

Bahaya Air putih kepada para ibu




Para ibu kebanyakan tidak sedar bahawa pemberian air putih kepada bayi sebenarnya memberikan banyak pendedahan kepada pelbagai risiko. Dengan kata lain,air merupakan salah satu anasir yang boleh :-

1) MERENCAT PERTUMBESARAN
  • Perut bayi sangat kecil dan apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya, segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat yang diperlukan oleh bayi. Disamping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan bayi yang banyak lalu merencatkan pertumbesaran bayi.

2) MERENCAT AKAL
  • Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada. Anne Kirkham, ini akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan Kernicterus iaitu merencatkan akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
3) MENGANCAM NYAWA
  • Air boleh membawa kuman. Kerana pada masa itu antibodi bayi tidak sekuat kita. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit-birit juka kebersihan tidak dititik beratkan . Pencemaran berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.

  • Susu ibu mengandungi aantibodi yang bertindak dengan menyalut usus bayi. Pemberian air akan menyebabkan salutan ini terhakis. Maka bayi tidak mendapat perlindungan yang diperlukan.
4) MENGAKIBATKAN SAWAN TARIK
  • Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam dalam darah bayi. Ia akan mengakibatkan suhu badan rendah,kembung atau sawan tarik. Sindrom ini di panggil oral water intoxication

Sumber: http://beautifulgirl84.blogspot.com/2011/10/bahaya-air-putih-kepada-baby.html

Dulu Rayyan dah 6 bulan lebey baru aku bagi air kosong ni, since PAed memang tak bg minum air kosong selain breastmilk..

Kata Paed, our breastmilk itself dah consist of pure water..





Thursday, May 19, 2011

Mommy and baby expo

Ni kesah wiken last week.. Saja la gi menerjah Expo Mommy and baby kat Midvalley...

Sumpah meroyan aku kat situ tengok barang2 baby yang cute2 sume.. Seb bek la aku dah ada sume tu so pejam2 mata je la.. Takat nak usha2 pegang2 ok la...

Tapi walaupun gitu ada jugak yang aku sambar huhuhu memang tak boleh tahan betollah.. Meh nengok apa yang aku dapat kat ekspo tu...

Antaranye CD.. Aku memang nak tambah koleksi CD Rayyan, maklumlah skang aku dah hampir ke misi nak fully CD kan Rayyan.. Kira diaperless la... Pakai DD kalau kuar je.. Kat umah memang aku fully CDing Rayyan..

Ni 2 set beli yang Autumz punye.. Minky printed.. Best kain die, rasa geram je bila kat muntot Rayyan tu.. Beli sekali ngan CD nye detergent sebab yang kat umah dah nak habes..


Pastu jejalan usha2.. Belilah mandian Rayyan sebab kebetulan mandian die dah habes.. 2 botol besar tu RM11, murah la kan???

Nampak plak bottle and vegetables liquid cleanser.. Yang kat umah punye memang dah nak habes tapi tak beli lagi sebab regenye sebotol RM38, mahai giler so nak tunggu sale la...

Sekali sampai sini die jual 4 botol RM60++ je.. Ape lagi haruslah amek 4 botol sekali, stok setahun tu.. Dah jadi jatuh rege die dalam RM15 plak sebotol... Berbaloi2 betollah..



Pastu banyakk gak toys yang meruntun2 hati nak beli tapi bila mengenangkan Rayyan dah ada banyak toys kat umah terus bt dek jee... Cuma beli musical ni je, sebab yg satu musical tu dah pasang dalam kete.. So yang ni kasik peneman tido..


Pastu beli bottle brush, bottle brush yang ada dah tercabut2.. Dah 6 bulan gunakan, dah harus msuk tong sampah pun... Beli training bottle, ngan baby cubes tok letak puree Ar-Rayyan stok seminggu... HAHAHA..


And last beli CD Grovia nie.. Memang dah lama nak beli so ni ada duet belilah... Beli 2 set je... Ngan 1 set soaker, pastu beli Grovia Liner yang ni ingat nak bg BS sebab plan nak CDing full time kan, kalau guna liner ni memudahkan la sket keje BS..

Kalau nak beli Grovia nie, KLIK sini website ni ada bt sale... Kalau beli time tak sale agak mahai la.. Kalau sale pun mahai jugak bagi aku, tapi takpe la.. Sok adik Rayyan leh guna lagi CD nie.. Kira pelaburan yang berbaloi la..



Kesimpulannye memang best mommy and baby expo nie.. Macam2 ada cuma kene sediakan duet aje.. huhuhu

Tuesday, April 5, 2011

Reusable pack leh ganti Kool Fever | sila beli tok sesape beranak kecik...

Ni adalah salah satu item yang sokmo ada kat umah aku....

Iatu Kool Fever.. Mahai wei Kool Fever ni, dah la pakai sekali je..

Sekali mak aku kan dulu keje kat nuseri, mak la ajar aku..

Kat nuseri depa pakai reusable pack.. Reusable pack ni leh jadi cold or hot.. Leh guna tok tuam bila jatuh nak elak bengkak..

Boleh gak jadi kool fever.. Actually dalam die gel biru tu gak cam kool fever tu, cuma die reusable.. Kira takde la kering, kalau guna koolfever tu die kan kering dalam 8 jam..

Cara2 nak guna, ko letak je pack ni dalam freezer, time nak guna kuarkan je la...

Bukan saja tok demam, tok bengkak pun boleh...

Kalau kat nuseri mak aku memang guna reusable pack nie, bankrupt ko kalau nak guna koolfever.. Btw, mak aku keje kat nuseri Mountesseri UIA yoo.. Dulu la, skang dah benti sakit lutut.. So mak aku memang terer bab2 penjagaan baby ni sebab nuseri die dulu siap antar gi kursus so banyak la tips2 aku dapat dr mak aku...

Korang leh cari reusable pack ni kat farmasi je tau.. Bukan farmasi Watson tu, tapi farmasi betol...

Gambo die kotak yang sebelah koolfever tu...



Wednesday, March 30, 2011

Cita2 aku dulu doctor | Jadik Doctor mommies pun ok la

Dah lama nak buat entri nie tapi tertangguh je sebab malas transfer gamba...
Bila dah ada anak ni adalah salah satu alat yg penting dan mesti ada di rumah... TERMOMETER..



Memula dulu aku guna termometer yg kepit celah ketiak ni.. Ni masa aku bujang aku dah beli, senang nak tau sape demam kat umah... Tapi, leceh la plak nak guna kat bb.. Dah la lama nak kepit celah ketiak tu, baby bukan leh dok diam ye tak.. Pehtu nak tunggu reading die, ada la dalam 2 minit kut... Kusss semangat aku menunggunye..

Tu yang beli gak digital termometer yang doctor2 kanak2 selalu pakai tu.. Yang masuk kot telinga tu.. EAR termometer.. Aku tak beli yang mahai pun, beli hok Kacang Kecik je.. HEHEHEHE.. Janji leh monitor time anak aku demam..

Bagi yang tanya rege, rege die RM99.00... yang paling murah aku jumpe... Takpe la, janji boleh membantu aku time anak demam.. Tak reti aku nak budget2 rasa guna tangan nie..

Memang sangat berguna, dalam masa 1 saat dah tahu bape suhu.. Kalau tinggi, zassss terus ke hospital berhampiran ye....


Ni la model termometer saya.. Hehehe



Wednesday, March 16, 2011

Tips Mengajar anak bersolat | Parenting inFo

Aku nak share tips mengajar anak bersolat dari umur 7 tahun yang aku baca dari blog ini..


Berbaloi Penat Lelahku - From FB WARDINA SAFIYYAH

Dear mums...


I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off... I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau)
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....


4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers...i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!!

Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us! I love you all!!! Good night.....

____________________________________________________________

The moment aku baca nie, aku sebak giler... Huhu aku harap sangat aku leh besarkan Ar-Rayyan dengan betul dan insyaallah aku nak train dia solat seawal usia 7 tahun.. Bukan senang tapi itulah peranan ibu bapa kan....



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails