Monday, February 27, 2017

backdated: convocation rayyan yg 6 tahun

Hai cerita dah basi. Tapi still nak abadikan dalam blog, so next next year boleh baca, anak2 pn boleh baca.

Dijadikan cerita, convocation Rayyan jatuh pada 20 November 2016. Agak berdebar situ, sebab due saya 8 Dec tapi anak2 sebelum ni saya mmg bersalin awal so cuak la if tak dapat attend convo anak yg julung julung kali nya.

Konvo kali ni bt kat MSU Shah Alam. Sidang Rayyan waktu pagi. Kebetulan, pagi tu jugak ada open day Taska Sumayyah, so kami tak dapat la pi. Tp dah sesiap register dulu dah. Sbb limited kan kang takde plak tadika kakak tu.


Muka ceria pagi2 dalam kete odw ke Shah Alam. Nampak muka saya tak sembap kan. Tp mlm sblm ni ada rasa contraction manja2 pukul 3, cam biasa la if manja2 iols tak layan sgt. Lagipun boleh senyum lg maknanya tak sakit la tu hew hew hew.

Sampai je MSU, pass Rayyan ke ticer so kami duduk kat table yg dah disediakan.

Memula acara persembahan ikot branch DzulIman,Branch Bangsar lambat jugak, dah hujung2. Rayyan bt persembahan dikir barat hehe...



Masa ni tengah beratur nak naik stage bt persembahan, yg tudung purple tu cikgu Rayyan la, Ticer Liza namanya...


Heheh comel sangat rasa bebudak ni bt persembahan, Geram nengok. Berani and konpiden walaupun tukangkarut ada pelat2 and lupa skit.


Lepas habis semua persembahan baru la acara penyampaian skrol dan hadiah.



Rayyan dapat anugerah pelajar paling rajin. Masalahnya betul ke rajin ni hihihi. papepun tahniah anak mama, i am proud of you. smg terus berjaya dan berjaya dunia dan akhirat.


Lepas habis amek skrol cakap kat hasben nak amek gambar kat photo booth so beratur la kami hehe ye la bkn selalu anak konvo kan haruslah amek gambabt kenangan walau gambar takde la molek mana pun hihihi..



Nampak gemok sangat aih mama kat sini. Adududu...


Lepas habis majlis, hasben tanya ada nk g memana ke. Kita takde la plan nk ke mana2, tp ajak la singgah MidValley jejalan. Kasi cepat buka nk beranak kekdahnya hihi. Memula plan nk tengok wayang, skali cete katun seme takde kat wayang MidV.

So last2 ronda2 lepak makan layan ice cream, bw bebudak main pusing2 dalam tu .. Dah pth terus keluar balik rumah ...




Layan la bideo rayyan berdikir barat ni hehhee..



Wednesday, February 15, 2017

i am back.

Ok dah tahun 2017.  Baru lah kakton kembali hehe.

Anyway, sy dah selamat bersalinkan baby gurl pd 21 November tahun lepas. Mcm biasa la bila mengandung mood memblog ilang. So lepas ni sy akan qada entri, kisah bersalin, konvo Rayyan, 1st day Rayyan masuk sekolah rendah, ada entri draf g oliday yg tertangguh, nantikan je la ye.

Skang sy tengah menghabiskan sisa cuti 3 bulan. Even cuti lama pn tak buka belog kan. Siyes duduk rumah pn byk benda nk buat. Yg penting ulit baby puas2. Lepas ni masuk keje, tunggu wiken je la boleh ulit baby.  Blog vs Baby. Op kos la kita pilih baby kan hehehe.


Babai.. Nantikan la entri tertunggak kak ton yg banyak tu. If ingat dan ada mood akan masuk la blog. Kalau mood yilek. Simpan dalam kenangan je la hahaha

















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails