Tahun ni genap 9 tahun saya bekerja
di company GLC ni sebagai seorang Jurutera. Saya mengakui persekitaran kerja
banyak mempengaruhi gaya pemakaian saya ke pejabat. Kalau saya perlu
membentangkan kerats kerja, saya akan pastikan saya memakai pakaian yg Nampak
elegant, professional dan yg penting pakaian tersebut mampu memberikan impak
rasa yakin dalam diri saya.
Kalau ke ‘site’, pakaian saya lebih
santai dan saya perlu pastikan ianya Selamat dan bersesuai jugak. Takkan saya ke site dgn baju rambu ramba, labuh
meleret. Bahaya bukan?
So kali ni saya ingin kongsikan tips
memilih pakaian office bagi wanita yg bekerja.
Penting bagi wanita yang bekerjaya
untuk sentiasa tampil kemas dan bergaya ketika di tempat kerja. Namun, bila
bercakap mengenai penampilan yang ‘bergaya’, kaum wanita haruslah bijak
membezakan antara jenis pakaian yang dipakai untuk menghadiri majlis istimewa
atau jenis pakaian untuk ke pejabat. Bukan semua jenis pakaian sesuai untuk
digayakan ke pejabat dan ketika anda bersiap sedia, pastikan pakaian office wanita pilihan anda tersebut
menepati ciri-ciri seperti berikut;
Pertama sekali, pastikan anda memakai
pakaian formal yang terlihat sopan dan sesuai untuk dipakai. Jenis-jenis
pakaian formal yang boleh anda gayakan adalah seperti kemeja, blouse, seluar
slacks, skirts, baju kurung, dress muslimah dan jubah moden.
Pakaian sebegini selalunya menjadi
pilihan saya jika saya perlu melakukan pembentangan kepada bosses, customer dan
rakan sepasukan. Pakaian tidak perlukan jenama yg mahal, cukup la kita rasa
yakin dgn suit kita pd hari tersebut secara automatic, kita akan lebih yakin
dalam menyampaikan idea.
ALWAYS memakai pakaian yang berwarna ‘selamat’ seperti hitam, biru tua,
kelabu atau pilihan warna-warna pastels yang lembut. Jangan sesekali memakai
pakaian yang berwarna terlalu terang seperti merah jambu atau neon. Warna-warna
yang terang ini tidak sesuai digayakan untuk imej korporat dan boleh
dipertimbangkan jika anda bekerja di dalam industri fesyen atau hiburan.
Ya, saya berkeja dalam bidang prfessional, kebanyakkan baju2 saya berwarna
“selamat”. Jarang sekali saya menggayakan warna2 yg terang, walaupun kadang
kala warna yg terang ini menggambarkan kita seorang yg berkeyakinan tinggi dan
berani tapi ia perlu mengikut kesesuaian tempat jugak. Bayangkan, di dalam
mesyuarat, saya memakai baju merah menyala. Pasti saya akan menajdi tumpuan
mata2 dalam mesyuarat tersebut.
Begitu juga dengan pemilihan pakaian yang bercorak, pastikan corak pada
pakaian tersebut tidak terlalu ‘heavy’ atau serabut. Pakai pakaian yang
bercorak minimal untuk menyesuaikan dengan suasana tempat kerja anda.
Dan yang terakhir adalah gayakan
pakaian yang tidak terlalu ketat atau dengan kata yang lain, get your size
right! Ingat, anda harus sentiasa bersikap professional di pejabat.
Jauhkan
pakaian yg menjolok mata. Di tempat kerja terdapat pelbagai gender dan bangsa
yg bekerja di bwah satu bumbung. Pakaian yg ketat dan menjolok mata mungkin
mengundang ketidakselesaan di kalangan rakan sepejabat. Memandai la
bersederhana dalam berfesyen.
And
I always believe in this quote “ What I wear everyday transform my body
language and attitude. They lift up my physically and emotionally.”