Friday, July 31, 2015

Gambar keluarga di pagi raya

Dah habes salam2.. kami pun posing la gambar raya.. Tapi tak dapat nk snap bebanyak sbb famili Paklong kita datang. So kenelah masuk rumah sesiapkan juadah utk tetamu ye dak... Kita share je la gambar raya famili kami....


Tahun ni dapat bergambar berdua hihihi best best..



Bergambar dgn mak.


Dengan famili Ateh. Aih rindu arwah Pakteh.


Anak dara sibuk nk pegang pelita..


Ngn Ateh n  Ucu.. tapi anak2 Ucu semua camera shy kahkahkah


My adik bongsu & Mak


Dua beradik ni tak tau apa cete. Si abang masukkan duet raya dalam beg adik.. Hihihi..


Otai kg pisang


Famili Mokde.


Thursday, July 30, 2015

1 syawal edisi bermaafan

Hari yg dinanti 1 syawal pun tiba. Ni kali Raya ke 2 untuk Sumayyah. Masa 1sti time  raya belum setahun lagi so tak pandai lgi berjalan and tak paham erti baju raya, baju cantik. Tahun ni, budak kenit ni dah bijak, dah pandai makan kuih raya, pandai makan lemang dan rendang ok! Pandai dah salam raya, pandai dah nak pakai baju cecantik. Si  abang lagi la pandai kan, dah byk kali raya. Pape pun, raya kali ni anak2 enjoy.

Pagi raya hasben balik semayang raya, cepat2 kita tarik tok sesi amek gamba ngn salam2. Org lain seme sibuk bersiap lagi kehkeh.. So dapat la kami bergambar tanpa gangguan gitu. Kat kampung mmg kene awal bangun and bersiap sbb ramai umatnya, bilik mandi satu je hihihi.. adik2 sepupu yg bujang biasa la, nak lilit tudung je 30min so kita yg mak2 ni dah siap dulu dah.

Si abang gambar tahun ni macam2 pose die bagi. Sabo aje la...


Gambar sekeluarga hehehe... walaupun ada yg tak pandang kamera..


Adik bersalam raya ngn papa...


Mama plak punya turn nak salam. Masa ni rayyan dah ke mana ntah. Kat kampung mmg tak diam dia sbb ada geng kan.


Nak salam pun boleh posing kihkih... Minta maaf kat hasben kalau ada tersentap, terkurang, terkecikkan hati. Biasala iols ni mulut je bising hati baik. Kehkehkeh. Ye la kalau mulut ni tak potpetpotpet, sunyi sepi la rumah hihihhihi...



Adik plak salam raya....


Kat kg ada 3 org kanak2 ni tapi ini pun cukup riuh ok. RIUH!


Adik salam opah minta maaf konon.


Last2 die posing bila nampak kita amek gambar hihi mmg kaki posing ni..


Yg ni tak payah cakap la. Apa punya pesen salam ntah la.


Ni opah kita ngn makteh kita.


Salam mama je molek gambo nya.. hihi dah salam minta duet raya. Takde duet raya, kita g legoland hujung bulan nanti yep.


Adik2 ngn mak saya plak bersalaman..


The only menantu lelaki yg mak den ado... hihihi...


Ni la pakcu, org kuat di sebalik lemang


Wednesday, July 29, 2015

Sehari sebelum Raya

Dalam entri sebelum ni dah cete yg kami kene balik lewat skit dr plan asal sbb Rayyan kene g amek darah. Kul 9 kat hospital, setel semua dalam kol 10 gerak balik ke Slim River. Alhamdulillah jalan tak jem langsung dr KL, smooth je. Tak sampai 2jam sampai la kami ke kampung halaman nenda tercinta.. Chewahhhhh... Sampai sana tengok mak ngan adik2 ku dah sampai, makcik2 pn dah sampai, semua bizi di dapor bt preparation. Pakcu plak sebuk mencari buluh nak bakar lemang. Kat kampung mmg wajib bakar lemang tetiap tahun . Sedap gile lemak pakcu, lemak berkrim.

Antara suasan yg suka bila berkumpul reramai ni, time masak2 ni la dok potong bahan2 nk bt rendang, prepare bahan nak masak utk lauk berbuka. Bila reramai gini, banyak la menu yg nak dimasakkan..


Hasben lak sibuk memasang panjut pelita, malam2 bebudak nak main bunga api senang. Ala pelita ni beli dr KL je hihi sampai kampung cucuk kat tanah, buh minyak tanah. Setel.




Puasa hari terakhir kat kmpung memang menguji, Pergh haus jangan kabo la, panas gile cuaca, nk tido siang mmg tak aman haha sbb kepanasan. Bila berbula mmg air je yg minum bergelas2 sampai makan pun tak lalu. Hari last menu berbuka sambal udang, ikan bakar, petai, rendang kerang, sayur taugeh.

Selesai je berbuka makan nasi seme. Ni la projek kami. Melapah durian. Kali ni raya musim durian rambutan wei. Heaven betol dok kampung, durian melambak, dah la durian kampung.


Puas betol dapat makan durian, siap bt tempoyak lagi hehehe...

Dah setel bab makan seme, dah solat. Bebudak main bunga api la apa lagi.. Pastu kita ikot mak ngn opah g usha lemang kat belakang umah. Actually ikot sbb nak amek gambar je. Masa siang lupa nak amek gamba hahahaha.. Bukan pe, siang kan panas so kita bt keje yg dalam rumah je, keje bakar membakar ni org lelaki je yg buat hihihi...


Mak iols ngn opah iols. Nak amek lemang yg dah masak nak makan hihihi... Actually lemang ni dah masak cuma biar je kat api yg malap2 tu kasi betul2 kering.


Posing utk contest haha muka comot je. malas la make up haih kat rumah pun. Kejap je dah berlengaih peluh.


Puas makan lemang buatan sendiri ni... Lemak masin seme cukup rasa, cecah dengan rendang kerang perghhh nyams sangat.



Tuesday, July 28, 2015

Rezeki Ramadhan

ni contest kat IG.. dah lama pasan contest ni tapi biasa la tertangguh2 nk masuk pastu bizi lupa.. Pastu nampak biras dok up menang kat FB eh baru teringat nak submit. Kita main submit je mana2 gambar yg berkaitan ngn hari raya haha sbb tema dia hari raya kan.. Kebetulan gamba masa sopim kat jalan TAR, gambo dah la kandid, gegor2 lak tu... Tak sangka lak menang hihihi....




Dapat la voucher sopim RM 300 banyak tu.. tapi tak tau la bocer apa.. Tunggu je la adiah.. Setakat ni belum sampai lagi adiahnya...


Monday, July 27, 2015

Dugaan Sebelum Syawal

Sebelum Syawal ritu agak huru hara jugak, keje kat opis banyak mmg plan patut hari Rabu baru saya cuti sbb Khamis br nak balik kampung. Tapi dijadikan cerita Rayyan demam seminggu sebelum Rayyan.Demam je, selsema batuk semua takde. Risau jugak, sbb selalu bila demam takde selsema batuk ni sure demam virus atau demam kene jangkitan pape... 2x bawa g klinik tak baik2, malam pun demam panas mencanak. Tak tido malam kami laki bini, dok bergilir jaga anak. Pantau suhu, ada la 2x masuk ubat bontot sbb panas melampau. Selalu bila masuk supp kejap je dah kebah tapi ni jenis demam tak kebah2.

Sebab pk dah nak raya, pastu dah lebey 3hari demam masa tu terus bawa g hospital cek darah. So hari Isnin tu saya cuti la bawa g hospital. Result darah masa tu platlet drop tapi bukan denggi. Doc takde la nak admit wad. Doc suruh datang cek balik hari Rabu. Hurm lagi sehari je nak raya tu. Hari Rabu tu terpaksa la amek cuti lg sbb nk g hospital. Kita jenis malas nk half day ni sbb urusan hospital, kita tak tau lama mana masa amek.

Hari Rabu bacaan platlet makin drop.  Waduh kita dah susah hati time ni. Plan asal nak balik kampung lepas sahur besoknya. Paed pun agak risau sbb platlet keep drop, cuma tengok Rayyan still aktif so lega la di situ. Paed kabo kalau boleh hari Khamis pegi cek darah lagi and cek utk denggi lagi skali sebab denggi ni kadang2 lain2...Ada yg boleh detect awal, ada yg lambat detect nya. Paed nk refer je ke hospital berdekatan kat kampung, last2 lepas bincang laki bini, kita org agreed utk datang hospital yg sama (pantai cheras ) utk cek darah lg besoknya. Kira delay la balik kampung. Tapi doc dah pesan kalau Khamis tu platlet drop lagi, mmg admit terus and kami beraya hospital la.. Dah pasrah je masa tu, kesihatan anak lagi penting, raya dah jatuh nombor ke bawah dah.



Adik peneman abang amik darah. Abang penakot amek darah, melalak2 padahal doc cucuk hujung jari je pastu picit sikit2 bg kluar darah.


Anak manja kesayangan mama.. Abang Rayyan!

Ini buchuk macam papa dia..

Balik pd cerita, kol 9 kami dah sampai hospital g amek darah. Lepas tu terus balik kampung, doc akan call utk bitau result darah.

Alhamdulillah dalam tghari kol 1 gitu doc call bitau platlet dah naik, so die tak bt la test denggi. Ya allah time tu lega sangat rasa, even masa tu Rayyan still demam lagi cuma takde la melepet. Elok je dia main ngn sepupu2 yg lain. Tapi keep bg ubat sbb kalau missed ubat mulalah badan jadi dedar balik nk demam. 10 hari jugak Rayyan demam, doc kabo maybe virus fever.

Masa nk naikkan platlet tu, saya bg Rayyan minus air fresh oren yg peel fresh, miute pulpy tu. Ada kawan bg tips gitu, nurse pun kabo gitu. Maybe sesape boleh try lepas ni, bebudak kalau demam air suam mana nak sangat, dapat air oren gitu mmg laju la kan...


Friday, July 24, 2015

Selamat bekerja

Yuhuuuuu.. Ai baru masuk keje ni after long hari raya holidays. Banyak nak hapdet tapi later la sbb keroje dah bertimbun menanti hihihi


Selamat hari raya semua, maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa yg menyinggung hati.

Tuesday, July 14, 2015

Iftar 17: Kari Kambing

Bizi skit. Meh share menu ke 17 kehkeh lambat dah.. Hujung2 lagi malas amek gambo dah.
Bt muffin strawberi


Kari kambeng.. Mbekkk

Sambal ketam bertelor


Sup ball..


Friday, July 10, 2015

Berpuasa Secara sihat dgn Horlicks

Tahun ni Rayyan 5 tahun, saya tak paksa pun Rayyan berpuasa cuma sebabkan di sekolah ramai kawan2 yg berpuasa, he insisted utk berpuasa jugak. Since he eager to experience the fasting, so I just let him be. Cuma as mom, puas la fikir apa yg patut Rayyan makan di waktu sahur utk pembekal tenaga sepanjang hari. Biasala pepagi subuh tekak bukan lalu sangat nak makan fancy food, air masak pun tak lalu nak telan. Prefer air manis yg panas2. 

TING! Teringat masa zaman saya kecil memula belajar puasa dulu, mak akan buatkan air horlicks secawan. Kata mak, HORLICKS ni minuman rumusan malt yg kaya dengan sumber serat, kalsium, vitamin D, asid folik, multi vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan sepanjang hari. 23 nutrien penting untuk pertumbuhan dan pembangunan kanak2 semua terkandung dalam rumusan HORLICKS. Tepat sekali pilihan mak saya.

Setiap pagi apabila bersahur memang mak akan buatkan secawan horlicks untuk saya dan adik2, Ia mengurangkan rasa lapar dan alhamdulillah kami berjaya berpuasa hingga azan Magrib :)..

Mak kata kami perlu berpuasa secara sihat, walaupun tak makan sepanjang hari tapi mak perlu pastikan kami mendapat nutrien dan zat yg cukup utk pembesaran.

Oleh itu, saya rasa saya harus kongsi bersama anak saya pengalaman saya bersahur dengan Horlicks supaya anak saya jugak dapat merasai pengalaman berpuasa secara sihat.


Setiap pagi, selepas makan nasi saya akan pastikan Rayyan minum secawan Horlicks yg penuh dgn khasiat utk pastikan beliau kekal bertenaga dan tidak cepat rasa lapar, yang penting Rayyan dapat berpuasa secara sihat.

Berdasarkan rujukan Nutrien Intake RNI, dua hidangan Horlicks akan meberikan pemakanan sihat kerana ia mengandungi 115% Kalsium , 41% ion , lebih drpd 80% Vitamin A, B1 dan B2 dan 72% Zinc1. Horlicks semestinya pilihan yg bijak untuk pembekal nutrisi ketika bersahur atau bersarapan. Mungkin selepas ini, saya akan jadikan ia minuman wajib ketika bersarapan utk anak2.



Bersempena Ramadhan kali ini, Horlicks menagadakan  2 kempen dan mengalu- alukan para penggunanya yg setia utk berkongsi 

1. Kongsikan Menu innovatif anda ketika bersahur di Bulan Ramadhan dengan memuatnaik gambar menu sahur anda ke social media dgn hashtag #SahurdenganHorlicks 

2. Sebagai pengguna Horlicks yg setia, anda boleh berkongsi memori atau pengalaman Ramadan pertama anda atau anak anak di 


Mari kita saksikan Ilhams's Ramadan  Memories :)



Eh saya pun nak berkongsi resipi biskut raya istimewa yg saya hasilkan dengan Horlicks. Sedap!
Nama biskut tu

Biskut Meringue Horlicks

Bahan2
  • Putih Telur 3 biji
  • 1/4 sudu Cream of tar tar
  • 70 gram Gula Aising
  • 1/2 Tepung Jagung
  • 2 Horlicks Coklat
Cara cara nk buat
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 100c
  2. Pukul putih telur sehingga sedikit berbuih dan masukkan cream of tar tar.
  3. Perlahan2 masukkan gula aising dan pukul sehingga adunan sedikit kental.
  4. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga adunan kental.
  5. Kemudian campurkan Horlicks coklat dan gaul perlahan lahan sehingga sebati.
  6. Alaskan dulang dgn kertas pembakar.
  7. Paipkan adunan ke atas dulang.
  8. Bakar selama 60minit atau sehingga biskut kering.
  9. Setelah masak terus disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Yummy. Biskut meringue Horlicks ni pasti menjadi tumpuan ramai di hari raya nanti. Boleh la try resipi ni nnt ye kekawan dan jangan lupa join contest yg dianjurkan.
Jom ramai2 kongsi pengalaman pertama kali berpuasa bersama horlicks di

Horlicks’ FB Page: https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia



Thursday, July 9, 2015

Iftar 16: masakan Kampung

Dah dekat 3 weeks puasa and setiap hr masak. Otak dah buntu nk masak apa. Final ritu kita bt lauk2 kampung lak, takde la kampung mana pun. 

Ayam goreng kunyit, yg ni peberet anak2 so kene la ada. kami ni berbuka skali ngn bebudak makan, kira bebudak makan dinner la. Memang huru hara uols. Tapi tahan aje la, lepas makan saya kemas lantai, laki basuh pinggan. Sepah serata lantai, anak dara fasa makan sendiri, gitu ler...


Buat udang tumis petai. Pergh lama dah tak bt sambal petai sbb malas beli petai haha kencing busuk. Bulan puasa ni kurang minum air paham2 aje la...


Yg ni plak daging salai masak lomak cili api... Gandingan yg mantap kan, memang menu kampung la...


Menang kasut Hush Puppies


Alhamdulillah rezeki nk raya. Ritu masuk contest kat IG Hush Puppies ni, hantar gambar having fun... banyak gak gambo saya hantar, dia takde tulis limitkan.. so hantar je mn gambar yg rasa tgh sengih lebau tu....

Tengok2 gambo ni menang.. hihi gambo ni masa saya g taman tema kat China ShenZhen tahun 2012 dlu... Pergh naik benda ni mcm nak putus nyawa.. Tobat tak naik dah... Hahaha gambar ni diambil oleh kekawan yg tak naik....

Tak sangka lak menang gamba ni... hehe dapat la adiah sepasang kasut HP... Kasut HP ni selesa dah lama konon nk beli tapi sbb mahai simpan je dalam hati, rezeki dapat kasut ni free.. Kebetulan mmg tak beli lg kasut raya hehe harap2 hadiah dapat la sblm raya.. kalau lepas raya pun ok je, leh pakai g jalan ngn g keje....

Contest ni masih running, winner pilih weekly based. Jom la reramai join.
Btw, gambar saya terpilih as weekly Top Pic so saya akan masuk bertanding utk dapatkan Grand Prize. GP die dapat henpon... tp kene mohon ihsan dan bantuan kekawan la utk vote gamba saya. nnt bila voting dah jalan saya inform and minta tlg kekawan vote ye... Hihihi...



















Tweet

Share




Sebarkan.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails