Followers

Showing posts with label TART. Show all posts
Showing posts with label TART. Show all posts

Sunday, 25 January 2015

TARTE AU CHOCOLAT

Assalamualaikum dan selamat pagi kalian..
Pagi ini, kita dah siapkan satu menu untuk hidangan petang nanti. Sebenarnya dah siapkan semalam tapi sibuk dengan pelbagai hal jadi kita tangguhkan. Cuma pagi ini baru kita hias.

Sebenarnya TARTE AU CHOCOLAT nih Awin yang buat sepenuhnya. I cuma hias dan potong strawberry tu aje hehehhe. Memang Awin lama dah mengidam nak buat..sejak beli buku PIES & TARTS di BIG BAD WOLF tahun lepas. Alhamdulillah menjadi Awin buat. Jom tengok.






Bahan-bahan pastry..
250 gm tepung gandum - ayak
60 gm gula kastor
1/2 sdk garam
150 mentega - sejuk - potong kecil
1 biji telur
2 sdk uht whipping cream

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, gula kastor dan garam dan gaul.
2. Masukkan mentega, kemudian gaul sehingga menjadi serbuk roti.
3. Dalam mangkuk kecil, satukan telur dan uht whipping cream dan pukul sebati.
4. Masukkan dalam adunan mentega tadi dan uli sehingga menjadi doh.
5. Bungkus doh dengan 'cling paper' dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Sediakan loyang bersaiz 10 inci dan oleskan dengan sedikit mentega atau spray cooking.
7. Keluarkan adunan dalam peti sejuk, letak atas meja pencanai dan gelek dengan bentuk bulat sehingga doh menjadi saiz 12 inci.
8. Gulungkan doh pada pengelek dan alihkan pada loyang.
9. Ratakan doh sehingga ditepi-tepi loyang, potong mana yang berlebihan.
10. Cucuk doh dengan garfu pada sekeliling, lapik aluminium foil dan taburkan kacah hijau sepenuhnya. Tujuannya agar pastry tidak naik dan kembang.
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 20-30 minit atau sehingga keperang-perangan.
12. Keluarkan pastry dan alihkan kacang hijau. Sejukkan suhu bilik.
13. Tuang adunan filling (resepi dibawah) dalam pastry dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
14, Keluarkan TARTE AU CHOCOLAT dan hiaskan dengan strawberry segar.
15. Alihkan ke papan kek dan potong untuk hidangan.

Bahan-bahan filling..
250 gm uht whipping cream
250 gm dark chocolate compound - potong kecil*
1 sdk mentega* - *satukan dalam mangkuk
12 biji strawberry - untuk hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan uht whipping cream sehingga berbuih ditepi-tepi periuk.
2. Tuang dalam mangkuk coklat dan kacau sehingga coklat larut.
3. Sejukkan disuhu bilik selama 15 minit.






inilah buku resepinya..

Tuesday, 23 September 2014

KULIT TART

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..sejak sudah punya TART PRESSER sekarang nih senang sangat-sangat i nak buat kulit tart. Kalau tidak..asyik membeli aja, lagi pula Adik suka sangat makan macam tu aja tanpa filling.

Kalau tanpa TART PRESSER mahu dari pagi sampai petang baru nak siap..itu tak kira lagi jari krem lahh..sakit belakang lahh sebab duduk lama sangat kann..sakit tengkok lahh..hahah..aduhh macam-macam sakit. jadi jika ada TART PRESSER ini yang bisa menyenangkan kita, kenapa tidak kita membeli kan kan..

Ok..kebetulan sekarang nih PROMOSI PERCUMA untuk TART PRESSER masih ada lagi sampai 30hb September 2014. Jadi kepada kalian yang masih berminat untuk menyenangkan tempahan kalian atau kerja-kerja kalian, boleh terus Whatsapp i di talian 016-7614744 ya. Beli satu set TART PRESSER u dapat empat saiz. Memang sungguh berbaloi youuuu!






Bahan-bahan..
150 gm mentega
100 gm gula aising - ayakkan
1 sdk esen vanilla
2 bj kuning telur
300 gm tepung gandum - ayakkan


Cara-caranya..

1. Pukul mentega bersama gula aising dan esen vanilla sehingga lembut, jangan sampai kembang nanti berminyak.
2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembik, tambahkan tepung sedikit sedikit. Doh mesti lembut.
4. Simpan doh dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Isikan sedikit doh dalam acuan dan terapkan dengan Tart Presser atau dibuat secara 'manual'.
6. Cucuk kulit tart dengan garfu agar kulit tart tidak mengelembung semasa dibakar.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15 mnt.
8. Keluarkan kulit tat yang telah masak, sejukkan sebentar.








harga hanya RM330.00 termasuk postage untuk Semenanjung Malaysia..


Thursday, 18 September 2014

PORTUGUESE EGG TARTS

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaaa..
Dahulu memang tak suka dan langsung tak teringin pun nak buat Egg Tarts nih. Dok fikir..eee tak hanyir ke dengan telur tu? Dan kemudian, i cuba beli..bila makan..Ya Ampunn..Enak banget sihhh!!!

Dan kemudian..
Masih juga tidak mahu membuat sebab masih belum sampai seru. Dan kini Awin request..ermmm asyik dia jer yang request..yerla uuu..dah dia jer yang kuat makan hahhaha..

Makanya..Awin pun mencari-cari resepi dan akhirnya rujuk DISINI. Terima kasih kepada Blogger yang berkenaan. Cuma disini i ada buat penambahan dan pertukaran antara bahan-bahannya.









Bahan-bahan..
1 bungkus Puff Pastry jenama KAWAN
100 gm UHT whipping cream
150 gm susu segar
60 gm gula kastor
3 kuning telur*
2 telur penuh* - *satukan dan pukul sedikit
1 sdk esen vanilla
1/2 sdk spekuk @ serbuk kulit kayu manis

Cara-caranya..
1. Masak uht whipping cream bersama susu segar dalam pan sehingga panas. Cukup sekadar panas bukan mendidih.
2. Masukkan gula kastor dan kacau sehingga gula larut.
3. Tambah kedua-dua bahagian telur yang telah dipukul sedikit dan kacau sehingga sebati.
4. Akhor sekali masukkan esen vanilla dan spekuk, gaul rata dan sebati.
5. Tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk sebentar.


masih menggunakan loyang mini muffin ini..
i love dis loyang!


6. Sediakan loyang mini muffin dan semburkan dengan 'spray cooking'.
7. Ambil sekeping pastri jenama KAWAN, nipiskan pastri dengan pengelek, tekap dengan acuan bulat mengikut saiz loyang yang digunakan dan susun di dalam lubang muffin. Lebihan pastri yang ditekap boleh digunakan lagi bersama lebihan pastri yang lain. Uli bersama semula dan gelekkan.
8. Cucukkan dengan garfu kulit pastry.


9. Tuangkan penuh adunan telur kedalam puff pastry.

10. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 40 minit atau sehingga masak.
11. Kleuarkan dari oven dan sejukkan atas redai.




puff pastry yang i gunakan..

Tuesday, 9 September 2014

BLUEBERRY TART








Bahan-bahan kulit..
160 gm mentega
80 gm gula castor
1 sdk esen vanilla
1 bj telur
250 gm tepung gandum - ayakkan

Cara-caranya..
1. Pukul mentega bersama gula kastor dan esen vanilla sehingga lembut, jangan sampai kembang nanti berminyak.
2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembik, tambahkan tepung sedikit sedikit. Doh mesti lembut.
4. Simpan doh dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum diterap pada acuan.
5. Isikan sedikit doh dalam acuan dan terapkan dengan Tart Presser atau dibuat secara 'manual'.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15 mnt.
7. Keluarkan kulit tat yang telah masak, sejukkan sebentar.

Bahan-bahan cheese..
250 gm cream cheese
50 gm gula aising - ayakkan
20 gm butter
1/2 sdb jus lemon
1 bj telur
Blueberry filling - secukupnya

Cara-cara cheese..
1. Pukul cream cheese, mentega dan gula aising sehingga sedikit gebu.
2. Masukkan telur dan perahan lemon dan pukul lagi sehingga sebati dan rata. Ketepikan.
3. Sudukan blueberry filling dalam piping bag kemudian pipe kan sedikit dalam kulit tat yang disejukkan tadi.
4. Ambil 1 sudu besar adunan cheese dan warnakan dengan pewarna ungu beberapa titik. Ini untuk hiasa bunga lorek diatas tat.
5. Sudukan juga adunan cheese dalam piping bag dan pipe kan juga dalam kulit tat yang berisi blueberry filling tadi. Isi sehingga penuh.
6. Buat 4 garisan pada sebelah bahagian adunan tat. Kemudian ambil pencungkil gigi dan tarik dari atas kebawah. Garisan tersebut akan menjadi lorekkan bunga. Buat sehingga habis.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 10 minit atau adunan cheese kelihatan kering dan mengembung.



Wednesday, 19 February 2014

MINI FRUIT TART

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Harap-harap kalian semuanya sihat walafiat. Sebenarnya i pun tidak berapa sihat sejak Tahun Baru Cina yang lepas sebab tu lama menyepi. Kebetulan ramai ahli keluarga yang datang sempena cuti panjang, jadi bertambah-tambah lah sibuknya dan tak sihatnya.

Dalam pada itu sempat juga i siapkan pencuci mulut ini. Lama sangat tak buat 'fruit tart' ini. Kebetulan memang ada kulitnya yang i beli dari Sis Rahayu Md Yunus. maka terus terjadi fruit tart. Alhamdulillah rizki tetamu yang hadir.






Bahan-bahan kastad..
200 gm susu segar
1 sdk esen vanilla
1 biji telur
5 sdb gula kastor
3 sdb tepung kastad
1/2 sdk spekuk - pilihan
Raspberry*
Blueberry*
Anggur* - *utk hiasan

Cara-caranya..
1. Panaskan susu segar dan esen vanila dalam periuk kecil.
2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula kastor sehingga sedikit kembang dan masukkan adunan tepung kastad dan spekuk dan gaul rata.
3. Tuangkan sebahagian susu panas dalam adunan kastad dan gaul kemudian tuang kesemua adunan kastad bercampur susu panas tadi kedalam periuk lebihan susu segar tadi dan masak sehingga adunan kental.
4. Tutup api dan sejukkan sebentar. Masukkan adunan dalam piping bag.
5. Sapu coklat filling pada dasar kulit tat, ini untuk memastikan kulit tat tahan lama ranggupnya. Kemudian barulah pipe kan adunan kastad kedalam tat dan hiaslah dengan buah-buahan segar.


Nota : Adunan kastad ini cukup untuk 30-40 biji sahaja.

Sunday, 25 September 2011

JUICY FRUIT TART


Assalamualaikum n slmt pg skali lagi frenn..br siapkan tat buah nih, mmg dh lame x buat tat buah nih..dsebabkan buah mmg byk dlm peti sejuk so bole la buat tat nih kan..tp kulit i x buat ya..hehehhe..mmg i x suke bab nk buat kulit tu, bab nak tekan2 dlm acuannnn..eeee mak x kuasa tau, kulit mcm biasa i beli kt puan IEDA HIJAU..tima kasih ieda cyggg sanggup buatkan utk akak bile akak memerlukannn muuaahhh..so sahabat2ku jom kite tgk..


dah siapppp..


kulit tat tu i sapukan sdkt dgn coklat supaya kulit tat tu x lembab..br pipekan kastad..tangan yg mcm jantan tu sila abaikan ya..laa peti ais tu sape yg bukak tu..


lepas dh pipe kastad tu susun la buah2 yg dgemari ya..dh siap..pastu bule la makann..

Bhn2 kastard..
200 ml susu segar
1/2 sdk esen vanilla
1 bj telur
3 sdb gula castor
3 sdb tepung castard

Hiasan..
Strawberry
Kiwi

Cara2nya..
1. Pnskn susu n esen vnla dlm periuk dgn api sdrhana.
2. Dlm bekas lain, pukul telur bsama gula shingga kembang n masukkn tepung kastard n pukul sbati.
3. Tuang separuh susu panas td ke dlm adunan kastard n gaul sebati, kemudian tuang semula ke dlm periuk lebihan susu panas td n gaul adunan kastard n masak lg shingga kastard mjd kental n pekat.
4. Angkat, sejukkn sbntr, masukkn kastard dlm piping bag bsama nozel bintang yg besar, pipekn ke dlm pastry tat n hiaskn bsama buah2. Siap dhdgkn.


boleee makannnn..



Thursday, 16 June 2011

FRUIT TART


As-salam sumee..arini x baking sgt pnn..buat nih haa aje..tu pn kulitnya beli kt BAGUS masa g kl aritu..saje jer laa belii nk cube try testt..ermmm x sedap laa..buat sdiri lg sedappp..x pn suh org buat kan beli aje..kite tinggal buat aje 'filling' nya kann..lg senang..xyh nk susah2 nk tekan2 dohh..eeeeeee nape laaa aku x sukeee sgt buat kulit tat nih..jom layannn..

Bhn2 kastard..
200 ml susu segar
1/2 sdk esen vanilla
1 bj telur
3 sdb gula castor
3 sdb tepung castard

Hiasan..
Strawberry
Mangga

Cara2nya..
1. Pnskn susu n esen vnla dlm periuk dgn api sdrhana.
2. Dlm bekas lain, pukul telur bsama gula shingga kembang n masukkn tepung kastard n pukul sbati.
3. Tuan separuh susu panas td ke dlm adunan kastard n gaul sebati, kemudian tuang semula ke dlm periuk lebihan susu panas td n gaul adunan kastard n masak lg shingga kastard mjd kental n pekat.
4. Angkat, sejukkn sbntr, masukkn kastard dlm piping bag bsama nozel bintang yg besar, pipekn ke dlm pastry tat n hiaskn bsama buah2. Siap dhdgkn.

Sunday, 24 April 2011

NUTELLA STRAWBERRY TART

Assalamualaikum n slmt berhari minggu skali lgg freennn..ptg ni punyer menu mmg ank2 suke banget..kalu mkn ank2 x bole nk berentii..suke tgk ank2 suke mkn..dh la tu buatnyer punyer la senangg..jom la kite tgk ape selanjutnya..daaaaaaaaa..
Bhn2 pastry..
160 gm butter
80 gm gula castor
1 sdk esen vnla
sdkt garam
1 bj telur
250 gm tepung gandum



Bhn2 filling..
Nutella secukupnya
Starwberry secukupnya - belah dua
Appricot jelly


Cara2 mbuat pastry..
1. Pukul butter bsama gula, esen vnla, garam shingga lembut - sekejap jer n jgn smpai kembang nti bminyak.
2. Masukkn telur n kacau shingga sebati
3. Masukkn tepung n uli adunan shingga mjadi doh. Kalu doh lembik, taruk tepung sdkt2. Doh mesti lembut.
4. Dough dsmpn dlm fridge slama 30 mnt sblm dtekan ke acuan.
5. Tekan doh pd acuan tart.
6. Bakar 170 degree Celcius slama 15 mnt n sejukkn.



Cara2 myediakn nutella strawberry tart..
1. Isikn nutella dlm piping bag n pipe kan dlm 'shell tart' shingga penuh.
2. Letakkn strawberry ats filling n sapukn apricot jelly spya nmpk bkilat. Siap dhdgkn.

Thursday, 14 April 2011

CHOCOLATE CHEESE TART

Ingredients for pastry..
150 gm butter
50 gm caster sugar
2 egg yolks
1/4 tspn vnla esen
250 gm plain flour

Ingredients for cheese filling..
250 gm cream cheese - room temperature
50 gm butter - room temperature
60 gm icing sugar
1 egg A gred
1 tbsp lemon juice
100 ml non-dairy whipping cream
40 gm melted cooking chocolate

Method for pastry..
1. Beat cold butter cubes & caster sugar to become pale in colour.
2. Add in egg yolk & beat thoroughly.
3. Lastly, fold in sieved flour & mix into a soft dough. If you find your dough is too sticky, you may keep the dough into the refrigerator for 20 minutes before making the tart shells.
4. Place the tart shells into the pre-heated oven & bake at 170c for 25 minutes.

Method for cheese filling..
1. Beat cream cheese, butter & icing sugar until fluffy.
2. Squeeze in lemon juice & beat until smooth.
3. Add in 1 egg & beat thoroughly, now the mixture will become watery, don't be panic, just leave the mixture aside.
4. In another clean mixing bowl, whip cold non-dairy whipping cream until stiff . Mix the whipped whipping cream into the cheese mixture. After mixing in the whipping cream, the cheese mixture will become thicken & fluffy.
5. Use a piping bag with a nozzle to pipe the cream cheese batter into the baked tart shell.
6. Place the cheese tarts into the pre-heated oven & bake at 160c for 15 minutes.
7. Leave the cheese tarts to cool before keeping them into the fridge.
8. After a few hours chilling, use a piping bag to pipe some melted chocolate onto the surface of the cheese tarts.
chocolate cheese tart..

BLUEBERRY CHEESE TART



Bhn2 pastry..
160 gm butter
80 gm gula castor
1 sdk esen vnla
sdkt garam
1 bj telur
250 gm tepung gandum

Bhn2 utk cheese filling..
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm butter
1/2 sdb jus lemon
1 bj telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara2 mbuat pastry..
1. Pukul butter bsama gula, esen vnla, garam shingga lembut - sekejap jer n jgn smpai kembang nti bminyak.
2. Masukkn telur n kacau shingga sebati
3. Masukkn tepung n uli adunan shingga mjadi doh. Kalu doh lembik, taruk tepung sdkt2. Doh mesti lembut.
4. Dough dsmpn dlm fridge slama 30 mnt sblm dtekan ke acuan.
5. Tekan doh pd acuan tart.
6. Bakar 170 degree Celcius slama 15 mnt. Kemudian sejukkn smntra nk sediakn isian cheese.

Cara2 mbuat filling..
1. Pukul cream cheese, mentega n gula aising till fluffy. Akhr skali masukkn telur n perahan lemon, pukul.
2. Sendukkn cheese filling td ke dlm piping bag n pipekn ke dlm doh tart yg sdh dbakar tadi. Hiaskn d ats dgn blueberry filling n susun d ats dulang pbakar n bakar pd suhu 180 C slama 10 mnt ato filling td nmpk mcm kering sdkt. 
blueberry cheese tart..
blueberry cheese tart..
chocolate cheese tart..

FRUIT TART



  
Bhn2 pastry..
200 gm butter
100 gm gula aising @ susu tepung
1 bj telur + 1 bj kuning telur
370 gm tepung gandum
1/2 sdk esen vnla


Cara2..
1. Pukul butter n gule smpi kembang, masuk telur skt2 pukul lg, masukkn tepung gandum n gaul smpi jd doh.
2. Masukkn doh ke dlm acuan n ratakn setebal 1cm, ratakn n cucuk gune garfu spya tdk kembang.
3. Bakar dgn suhu 170c selama 10 mnt. Sejukkn sblm letak filing.

Bhn2 kastard..
3 sdb tepung gandum
3 sdb tepung kastard
1 cwn gula kastor
3 cwn susu segar
3 bj telur
3 sdb butter

Cara2..
1. Cmprkn sume bhn2 n gaul sebati. Masak ats api plahan smpi likat n bkilat.
2. Angkat n biarkn sejuk, br bole letak dlm pastry yg tlh dbakar td.
3. Hias dgn buah kegemaran, mgikut citarasa sdiri.