Followers

Showing posts with label ANEKA NASI. Show all posts
Showing posts with label ANEKA NASI. Show all posts

Monday, 21 July 2014

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

Assalamualaikum..
Buat pertama kalinya i cuba memasak Nasi Dagang. Setelah i merisik merata blog-blog, rupanya ada pelbagai cara dan pelbagai campuran bahan-bahan dalam gulai.

Pening juga dibuatnya sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila lihat gambar-gambar Gulai Tongkol dari sahabat dalam blog mereka, semuanya nampak sedap..terliur i hihihi..

Akhirnya i jadikan BLOG INI sebagai rujukan. Dalam pada itu i menokok tambah pelbagai bahan dalam gulai mengikut kehendak dan citarasa i. Terima kasih sis atas perkongsian tersebut.

Kepada yang 'terer' masak Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol ini, jangan marah ya jika ada perbezaan hihi..peace..






Bahan-bahan nasi..
500 gm beras nasi dagang*
200 gm beras pulut* - *satukan - rendam semalaman - cuci bersih - toskan
400 gm santan cair
2 biji bawang merah besar**
2 ulas bawang putih**
2 inci halia** - **hiris halus
1 sdb halba
1 sdk garam
2 sdb gula kasar
400 gm santan pekat
Daun pisang - sebagai lapik loyang

Cara-cara nasi..


1. Sediakan loyang bersaiz 10 inci, lapik dengan daun pisang, tuangkan beras dan ratakan pada seluruh loyang.

2. Masukkan dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terdahulu, kukus selama 20 minit.
3. Keluarkan loyang kukusan, tuang santan cair, gaul rata dan kukus semula selama 20 minit.
4. Dalam periuk kecil, satukan bahan-bahan yang dihiris halus bersama halba, garam, gula kasar dan santan pekat, masak sehingga gula larut sahaja. Angkat dan ketepikan.
5. Keluarkan loyang kukusan, tuang pula adunan santan yang dimasak, gaul rata pada keseluruhan nasi dagang dan kukus semula selama 20 minit lagi.
6. Angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan ikan..
2 ekor ikan tongkol - potong kepada beberapa keping - cuci bersih
1.5 liter air
5 keping asam gelugor
1 sdk garam
1 sdk cuka

Cara-caranya..
1. Satukan semua bahan-bahan ikan, air mesti melebihi paras ikan dan rebus sehingga air rebusan berbaki suku daripada asal.
2. Toskan ikan dan ketepikan. Air rebusan JANGAN dibuang, akan digunakan di dalam gulai.

Bahan-bahan gulai..
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
7 sdb cili kisar
4 biji bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup* - *kisar lumat
6 sdb rempah nasi dagang - gaul dengan air menjadi pes
2 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk halba
Baki air rebusan ikan
200 gm santan KARA
200 gm air
2 keping asam gelugor
3 sdb gula merah
1 1/2 sdk garam
1/2 sdk perasa
3 sdk gula kasar
7 biji cili api hijau
7 biji cili api merah

Cara-caranya..
1. Dalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan.
2. Masukkan cili kering kisar dan gaul sehingga cili masak.
3. Tambah pula bahan-bahan yang dikisar lumat, biarkan sehingga naik baunya.
4. Masuk pula pes rempah nasi dagang, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan halba, masak sehingga naik minyak sedikit. Sentiasa kacau supaya tidak melekat. Tambah juga sedikit air jika terlalu kering.
5. Tuang baki air rebusan ikan, santan dan air, renehkan sehingga mendidih.
6. Tambahkan asam gelugor, gula merah, garam, perasa dan gula kasar, renehkan lagi. Tambah perasa jika kurang.
7. Masukkan ikan yang telah direbus dan renehkan lagi dengan api kecil selama 10 minit.
8. Tambah cili api hijau dan merah dan renehkan lagi dalam 5-10 minit.
9. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan acar..
1 batang lobak merah*
1 batang timun jepun* - *buang kulit - cuci bersih - sagat memanjang
1 biji bawang merah besar**
5 biji cili api hijau**
5 biji cili api merah** - **hiris halus
Separuh biji nenas - potong dadu
3 sdk gula kasar
1/4 sdk garam
2 sdb cuka

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan-bahan acar dan gaul rata.
2. Perapkan dalam peti sejuk dalam 10 minit.


beras nasi dagang yang i gunakan..


rempah cap rose takde..i guna rempah gulai ini..

Sunday, 15 June 2014

MASAK NASI DALAM MICROWAVE

Assalamualaikum..
Petang tadi, saja la i post status tentang masak nasi dalam microwave nih..tak sangka pula ramai juga yang ingin tahu. I ingat i sorang yang jakun hahahha..rupanya orang lain pun sama jugak kihkihkih..jangan marahh naaaa..

Ramai yang bertanya bagaimana nak masak dalam microwave, jadi dibawah ini i tunjukkan serba sedikit ya. Tips ini telah diajar oleh adik i Shadila semasa i berkunjung rumah beliau tahun lepas..makaceh Noiiiii.. Jom tengok..




jimatt nasi..tiada kerak..tahan lama..


1. Ini namanya beras..hihi..kebetulan tadi memang nak masak nasi. I masak 2 pot. Isikan beras dalam bekas tahan selamat untuk microwave, Boleh lihat dibelakang bekas. I guna mana yang ada jer kat rumah.


2. Cuci bersih dan sukat seperti biasa, cumanya tambah air sedikit lebih supaya tak kering kontang..tapi kalau korang suka kering kontang gasak la kan hihi..masak NASI LEMAK pun i guna microwave jugak..


3. Masukkan dalam microwave dan tekan 20 minit. Tidak ada setting apa-apa, cuma tekan minit sahaja. kalau i masak 4 pot pun i gunakan masa 20 minit. Alaaa kalau tak cukup masak tambahlah masa lagi..


4. Minit dah berjalan, nampak cahaya dalam microwave tu..haaa jap lagi siap laa tu..microwave i nih dah lama..berkurun dah..sebab tu nampak buruk kikikiki..15 tahun dah usia microwave nih uuu..anak-anak pun dah besorr hahahha..


5. Dah siap masak..boleh la digaul-gaulkan jika suka..




6. Bekas seperti ini juga boleh diguna, beli kat Aeon RM18.00 sahaja.

Saturday, 12 January 2013

NASI AYAM

Assalamualaikum..
Menu untuk tengahari tadi buat kami sekeluarga, lama sangat-sangat i tak buat nasi ayam nih, biasanya i makan kat 1 kedai di Kulai, Nasi Ayam Angah memang popular dikawasan Kulai.

Memang sudah merancang untuk membuat nasi ayam, jadi i cuba mencari resepi yang senang, akhirnya i ketemui resepi ini dari ustazah saya Ustazah Jah Din, cuba i ada buat penambahan serba sedikit. Apa pun i ucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah atas perkongsian resepi ini. Jom lihat.


tak sempat nak ambil gambar elok-elok, semuanya dah tak sabar, nih aje yang sempat..


Bahan-bahan rebusan..
4 keping paha ayam - cuci bersih - toskan
4 sdb serbuk lada sulah
4 sdb minyak bijan
1 batang serai - diketuk
2 inci halia - hiris kasar
5 ulas bawang putih - diketuk
2.5 liter air


Bahan-bahan perapan ayam..
4 sdb sos tiram
4 sdb kicap manis
2 sdb kicap masin
1 sdb kicap pekat
4 sdb madu
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
1 sdb mentega


Bahan-bahan nasi..
500 gm beras basmathi - cuci bersih - rendam 10 minit - toskan
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *hiris halus
2 helai daun pandan - kerat kasar
700 gm air rebusan ayam


Bahan-bahan sup..
2 sdb mentega
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 biji buah keras* - *satukan dan tumbuk
1 pokok daun bawang - hiris halus*
1 pokok daun sup - hiris halus* - *tinggalkan sedikit untuk hiasan
1 biji lobak merah - potong kasar
2 batang seleri - potong kasar
1 mangkuk kecil kobis - hiris halus
1 sup bunjut
Garam dan perasa

Bahan-bahan cili..
8 biji cili merah besar - potong kasar - cuci - buang biji - toskan
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air rebusan ayam
1 sdb cuka makan
1/2 sdk garam
1 sdb gula

Bahan-bahan kicap..
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *tumbuk lumat
4 sdb kicap manis
3 sdb kicap masin
1 sdk kicap pekat
1 sdk tepung jagung*
2 sdb air* - *satukan dan gaul

Bahan-bahan lainnya..
1 batang timun - potong kasar
6 keping daun salad - hiasan
3 biji tomato - hiris tebal

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar ratakan ayam bersama serbuk lada sulah dan minyak bijan dan ketepikan.
2. Rebus air bersama serai, halia dan bawang putih sehingga mendidih kemudian masukkan ayam dan rebus selama 15 minit. Hati-hati ketika mengacau supaya kulit ayam tidak tertanggal.
3. Dalam bekas lain, gaul rata kesemua bahan perapan, masukkan ayam rebus, ratakan, ketepikan dan perap selama 1 jam.
4. Kemudian susun ayam bersama sos perapan dalam loyang yang telah digris, bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 15 minit. Keluarkan dan susun diaatas salad.
5. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair, tumis bahan-bahan nasi iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
6. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk yang berisi nasi tadi bersama air rebusan ayam dan tekan 'setting on' dan tunggu sehingga nasi masak. Gaul perlahan-lahan.
7. Dalam kuali yang sama juga, cairkan mentega, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga sehingga wangi diikiuti dengan bahan-bahan tumbuk, daun bawang dan daun sup sehingga wangi juga.
8. Tuang bahan-bahan tumis kedalam periuk baki air rebusan ayam tadi, masak sehingga mendidih.
9. Masukkan lobak merah, seleri, kobis, sup bunjut, garam, perasa dan renehkan selama 15 minit.
10. Kisar halus kesemua bahan-bahan cili kemudian tuang dalam periuk kecik, renehkan sehingga adunan sedikit pekat, tambahkan gula dan garam jika perlu.
11. Dalam periuk kecil juga, satukan bahan-bahan kicap seperti bawang putih, halia, kicap manis, kicap masin, kicap pekat, renehkan sehingga mendidih, tuangkan adunan tepung jagung dan renehkan lagi sehingga mendidih.
12. Apabila semua hidangan telah siap, sediakan nasi bersama ayam dilapik dengan salad, timun, tomato, sos cili dan sos kicap.

Monday, 25 June 2012

PINEAPPLE BASIL FRIED RICE

As-salam..
Wahhhh nama kemainn lagi kann..spesies 'omputeh' gitu heheh, ini la menu kami sekeluarga malam ini tanpa en. suami..tadi ingatkan tak mahu masak, nak makan apa yang ada aja, sekali terpandang nenas yang sebiji lagi tu..dalam fikiran nih, apa laaaa nak buat yaa..terus teringat nak buat nasi goreng dan skodeng2 resepi jumpa kat SINI, terima kasih kepada blogger tersebut tapi i buat ikut bahan2 yang ada..akhirnya jadi la kejadian seperti iniii..jom lihat..





Bahan2..
3 cawan nasi putih
1 biji bawang holland*
2 ulas bawang putih*
4 biji cili api* - *potong dadu
1 sdk serbuk lada hitam
1/2 cawan isi kerang
1/2 cawan sotong
1/2 cawan sayur campuran
1/2 cawan nenas - potong dadu
1 sdb sos ikan
2 sdb sos soya cair
1/2 cawan basil segar
Garam & perasa
1 biji nenas - belah 2 - keluarkan isi (isi jangan buang boleh buat jus)

Cara2nya..
1. Dalam kuali, panaskan minyak, tumis bahan2 yang dipotong dadu sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam, kerang, sotong, sayur campuran dan nenas, gaul sebati sehingga masak.
3. Tambahkan sos ikan, sos soya cair, garam dan perasa, gaul lagi.
4. Tambahkan nasi dan basil, gaul bagi rata selama 5 minit.
5. Sendukkan nasi ke dalam nenas yang dibelah dua dan hidangkan.

Sunday, 13 May 2012

NASI BERIANI

As-salam semuaa..
Selamat berhujung minggu bersama keluarga..ramai jugak yang bercuti dari memasak bila sampai hari ahad kan..i jarang bercuti dari memasak, memang hari2 kena masak, anak2 dan suami memang tak suka makan di luar..rasanya dalam sebulan tu susah jugak kami nak makan diluar..hari ini projek menghabiskan beras basmathi lagii, kelmarin nasi hujan panas, hari ini nasi beriyani pulak yaa hehehe..idea dari BEST WAN!! tapi i buat ada yang bertambah dan ada yang terkurang hehhe..jom kita tengok..




Bahan2..
500 gm beras basmathi - cuci bersih - toskan
55 gm minyak sapi
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
5 biji buah pelaga* - *4 beradik
2 biji besar bawang merah**
1 inci halia** - **hiris halus
2 batang serai - di ketuk
3 helai daun pandan - potong kasar
4 biji tomato - potong dadu
100 gm kismis
620 ml air rebusan daging
130 ml susu cair
2 sdk saffron - i tak guna sebab takde
100 gm kacang gajus - bakar
1/2 sdk garam
2 sdb tomato puri
Segenggam daun pudina - hiris halus
Segenggam bawang goreng
60 ml air mawar
1 keping daun pisang

Cara2nya..




1. Dalam kuali, panaskan minyak sapi, tumis 4 beradik, bahan2 hiris, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
2. Masukkan tomato dan kismis, masak sehingga tomato sedikit lembut.


3. Padamkan api, masukkan beras dalam periuk elektrik dan masukkan bahan2 tumis kedalam periuk berisi nasi, tambah juga air rebusan daging, susu cair, saffron, kacang gajus, garam, tomato puri dan separuh daripada daun pudina, gaul sebati dan tekan butang "ON".
4. Tunggu sehingga nasi separuh masak, tuangkan air mawar, baki daun pudina dan bawang goreng, gaul rata dengan menggunakan "chopstik", ini supaya nasi tidak patah, kemudian tutup nasi dengan daun pisang dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
5. Hidangkan nasi bersama lauk kegemaran.


amboiii adikk posing mautt aekkk!!!

Friday, 11 May 2012

NASI HUJAN PANAS

ASSALAMUALAIKUM
Mentang2 la sekarang nih kejap hujan kejap panas, sampai menu hari ini pun hujan panas..nasib baik takde puting beliung kan hehhehe..kalu tak kejadiannya nasi hujan panas puting beliungg hahahaah..adik bilang ini nasi warna warni, betul laa kan, nasi nih memang berwarna warni..sebenarnya kan i nak habiskan beras panjang2 tu (moghul) hikhikhik, dulu en suami memang suka makan beras nih, jadi memang i buat simpanan lebih, tetiba tahun nih en suami katanya dah tak nak makan dah beras nih..nak makan beras siammm..beras yang ada kanji pulak..haaiizzzz..stok banyak lagi..itu pun dah kasik kat sedara2 2 beg..nih tinggal lagi 2 beg..jenuh la nak habiskannn, hari nih kebetulan en suami takde..dapatlah i buat nasik nihh..jom kita tengok..i dah makan dulu dahh hehehhe..




i jodohkan nasi hujan panas nih dengan kari ayam..

Bahan2..
500 gm beras basmathi moghul - cuci bersih dan toskan
3 sdb minyak sapi
1 cawan susu cair
4 cawan air
2 helai daun pandan
1/2 sdk garam
1/2 sdk lada sulah
1 sdk pewarna merah
1 sdk pewarna kuning
1 sdk pewarna hijau
1 cawan kismis

Bahan2 tumis..
2 biji bawang merah besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia* - *dihiris
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Cara2nya..
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan2 tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan beras, gaul sebati, tutup api.
3. Tuang adunan beras ke dalam periuk elektrik bersama susu cair, air, daun pandan, garam dan lada sulah, tutup periuk tekan butang "ON" dan biarkan nasi hampir masak.


4. Buka penutup, buat 3 lubang dan letakkan setiap lubang dengan pewarna, tambahkan kismis dan gaul dengan menggunakan "chopstik", ini supaya nasik tidak mudah patah.
5. Biarkan nasi masak sepenuhnya.


alhamdulillahhh kenyanggg dah..


resepi KARI AYAM kat sini aek..tapi resepi tu ade batang kelo, kalu nak letak pun boleh, tak nak pun boleh yaa..


sumber resepi dari buku ini.

Sunday, 30 October 2011

BUBUR NASI DAGING


Assalamualaikumm dan salam hari minggu..harini kann i n anak yg bongsu tu demam, semalam kitaorg dh g klinik, arini ade la kurang cket2..x bule nk makan yg minyak2 jadi pagi2 i dah buatkan bubur nasi, anak 2 lain yg x demam pun makan bubur skali..arini nak rehatkan badan, asik masakkk aja kan..so i tinggalkan u all dgn menu pagi ini ya, resepi sume i campak2 aje, ikut mana yg ade dlm stok..


sedap makan panas2..


i guna adik beradik nih..


kentang n lobak merah..


daging cincang..

Bhn2..
6 genggam beras - cuci bersih
1 liter air
200 gm daging hancur
1 biji bwg merah sdrhana besar*
3 ulas bwg putih*
1inci halia*
1 genggam udang kering - rendam air panas - toskan* - satukan n tumbuk lumat
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 kiub lembu
1 btg lobak merah - buang kulit - potong dadu kecil
1 biji kentang - buang kulit - potong dadu besar
Garam n perasa
1 pokok daun bawang**
1 pokok daun sup** - **hiris halus

Cara2nya..
1. Masak beras dgn air shingga separuh masak.
2. Masukkn daging hancur, bahan2 tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, kiub lembu, gaul sebati shingga mendidih.
3. Tambahkan lobak merah, kentang, garam n perasa, tutup periuk dgn penutup n renehkan bubur dgn api kecil selama 30 mnt.
4. Masukkn separuh drpd daun bawang n daun sup, gaul rata n tutup api.
5. Siap di hidangkan n tambak sdkt daun bawang n daun sup bsama bawang goreng.


sedap gak..


Sunday, 7 August 2011

NASI TOMATO

Assalamualaikumm sumeee..arini dh masak ramadhan yg ke 7 kan frenn..eee cepatnya mase berlalu..rase mcm nk patah balik pulak..apa hidangan u all arini..i lauk dh nk abis, peti sejuk pun esok dh kosong, arini masak lauk2 yg ada aje..nk abiskan segala stok2 yg ada kt peti ais nih, biar sume clear br beli stok yg baru kan..so salah satu menu arini ialah nasi tomato..haaa jom tgk..resepi nih amek kt dapur cmg..tenkiu cmg share resepi..


Bhn2..
5 cwn beras "moghul"
4 helai daun pandan
1 bj tomato - buang biji - potong dadu
3 sdb sos tomato
1 cwn susu cair
5 cwn air
1 kiub ayam
Garam secukupnya
Hirisan bwg goreng - hiasan
Bawang goreng - hiasan

Bhn2 tumis..
2 sdb minyak sapi
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 bj bwg merah besar*
3 ulas bwg putih*
1 inci halia* - *potong dadu


Cara2nya..
1. Cairkan minyak sapi, tumis semua bhn2 tumis shingga naik bau, seperti gambar d atas.
2. Masukkn 2 helai daun pandan, tomato n sos tomato, gaul rata n masak shingga bhn2 semua layu.
3. Masukkn beras n goreng dlm 2 mnt.
4. Alihkn beras dlm periuk elektrik, tuang susu cair, air, kiub ayam, garam n baki daun pandan, kacau rata n masak nasi sprti biasa.
5. Bile nasi masak, tabur kismis d atasnya,
6. Hidangkan dgn hirisin daun bwg n bwg goreng.


nasi tomato...

Thursday, 28 July 2011

NASI JAGUNG

Assalamualaikummm..arini kan ade tetamu dtg umahh so i mmg plan nk buat nasi jagung, tgh2 posa ni buat menu sedap2, fullamak mmg mencabarr sehhh..masa masak tu, bauuunyaaaaa alamak wangi giler kooo..mmg x tahan dbuatnya, menu ni dh dekat 3 tahun nk cuba buat tp x pernah laaa sampai seru nk buat, arini macamana bole sampai seru nntahh..mmg x menyesal hidangkan tetamu menu nih..mmg sedapp..jom tgk resepi dr cmg..tq cmg share resepi..


Bhn2..
800 gm beras basmathi moghul - cuci bersih - rendam 20 mnt - toskan
4 sdb minyak sapi
1 batang kulit kayu manis*
3 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
5 bj buah pelaga* - *4 sekawan
2 bj bwg merah besar - potong dadu
4 ulas bwg putih - dketuk
2 inci halia - dhiris
2 helai daun pandan - potong panjang2
1 batang serai - dketuk
1 tin besar jagung - toskan - simpan airnya
1 kiub ayam - hancurkan
1 sdk garam
200 ml susu cair
1400 ml air - campurkan air jagung yg dtos td ke dlm campur air ini
2 helai daun pandan - dsimpul
1 mangkuk hirisin daun sup
1 mangkuk hirisin daun bawang
1 mangkuk bawang goreng


mase tumis nih mmg wangii uuu..

Cara2nya..
1. Cairkan minyak sapi, tumis bhn2 *4 sekawan sbntr, kemudian masukkn bwg merah, bwg putih, halia, daun pandan, n serai shingga btol2 wangi.
2. Masukkn jagung yg telah dtoskan airnya gaul sebentar, kemudian masuk pula nasi yg telah dtoskan airnya juga, kacau biar rata n goreng dlm 2 mnt. Tutup api.
3. Masukkn bhn2 yg dgoreng td ke dalam "rice cooker", masukkn kiub ayam, garam, susu cair, air biasa bsama campuran air jagung td n daun pandan, gaul rata n biar nasi masak seperti biasa.
4. Bila siap masak, bole taburkan daun sup, daun bwg n bwg goreng n hidangkan bsama lauk pilihan.


bukan nk naik lift n tekan sdiri tp mmg sedap uuu..cuba laa..

Saturday, 23 July 2011

NASI LEMAK


Assalamualaikummm n slmt pggg..taaaaadaaaaaa..nasi lemak dh siap, bangun pagi2 td hubby mintak buatkan nasi lemak, i pun trus bangun buat kan laa..nasi lemak ni mmg jd kegemaran hubby..kalu beli kt luar mmg hubby x suka..ok..resepi dh ada dh sblm ni tp xpe la i tepek skali lg yaa..

Bhn2 nasi..
6 pot beras moghul - cuci - toskn
1 bj bwg merah bsr - dhiris
1 cm halia - dhiris
5 helai daun pandan - potong serong
1 kotak santan + 3 kotak air
Sdkt garam

Cara2nya..
1. Satukn sume bhn2 nasi n masak dlm rice cooker, kalu air x cukup bole tmbh lg.

Bhn2 sambal..
30 bj cili kering - cuci - rendam air pns - toskn*
2 bj bwg merah bsr*
5 bj bwg putih*
1 inci halia*
2 inci belacan*
Air utk mgisar*
1 sdk asam jawa**
3 sdb gula**
1 sdk garam**
1 sdk perasa**
1 cwn air**
1 bj bwg merah besar - dhiris
1/2 cup ikan bilis - cuci - goreng

Cara2nya..
1. Tumis bhn2 * sampai btol2 masak n garing, kalu kering sgt masukkn sdkt air.
2. Masukkn pula bhn2 ** n biar sampai mdidih dgn api kecil selama 1 jam.
3. Masukkn bwg hiris n ikn bilis, biar ats api yg kecil dlm 1/2 jam. Siap.

Bhn2 lain..
1 btg timun - buang kulit - potong nipis
6 bj telur - drebus
1 mangkuk besar ikan bilis - dgoreng

Note : Bole dhdgkn nasi bsama sambal n bhn2 lain.






Monday, 18 July 2011

NASI BERINGIN

ASSALAMUALAIKUMMM...sumeeee..haaaa arini i posa lg..batuk pn dh berkurang, ank2 sume pn demam dh baikk..so arini rase gilerr nk memasak..pikir punyer pikir..skodeng punyer skodeng..i jumpe resepi ni kt umah cmg..trus i cube, bole tahan sedap la pren..cuba laa..nasi ni i buat makan dgn kari ayam kampunggg..errmmm mmg lazat..jom tgk resepinya..


Bhn2..
1 kg beras basmathi - cuci - rendam 20 mnt - toskan
1500 ml santan
4 helai daun pandan - dsimpul
2 batang serai - dketuk
150 gm minyak sapi
1 sdb garam

Bhn2 kisar..
1 bj bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
50 gm badam

Bhn2 rempah..
1 sdk serbuk ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk kunyit

Cara2nya..
1. Sukat beras, nisbah beras dgn santan 1 cwn beras = 1 1/2 cwn santan.
2. Pnskn minyak sapi dalam kuali, tumis daun pandan n serai shingga naik bau.
3. Masukkn bhn2 kisar n bhn2 rempah, kacau biar rata n masak shingga terbit minyak.
4. Tuang santan yg telah dsukat td n tmbhkn perasa, kacau dgn api sdrhana shingga mdidih, matikan api.
5. Masukkn beras dlm 'rice cooker' n tuangkan santan yg telah dmasak td n kacau bsama beras, masak seperti biasa, bile hampir kering gaul bg rata. Siap bole dhdgkn bsama pelbagai lauk.

Tuesday, 12 July 2011

SOTO AYAM

Assalamualaikummm sumeee..errmmm arini x sihat sgt2. demam, batuk, selsema..x ketinggalan jugak sakit kepala yg amat sgt nih..huhuuuu..dh la posa..tengahari td nk bukak tp memandangkan dh separuh hari..errmmm tahan jer laa..tp dlm x sihat sempat jugak buat menu buka posa arini..soto ayam..errmm xtau la sedap ke tidaknya sbb deria rase dh xde huhuhu.., kisahnya semalam kawan i mintak resepi soto, dia nk cuba buat, dh alang2 i bg dia resepi..arini i pn buat la skali, resepi mcm2 ade kt internet nih..cume kite aje pilih nk yg mana satu..btol x pren?? btolll3 hehehhe..ni dh bukak posa lega cket, ubat pn dh mkn..ada la kurang cket..harap2 mlm ni x la panas badan..jom kite tgk resepi yaa..


Bhn2 tumis..
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bhn2 kisar..
2 bj bwg besar
5 ulas bwg putih
2 inci halia
1 sdb lada hitam
3 bj buah keras
1 inci kunyit hidup
1/2 cwn air

Bhn2 utk kuah soto..
2 ketul rangka ayam - potong kecil - cuci bersih
10 ketul kaki ayam
10 ketul leher ayam
2 btg serai - dketuk
1 inci lengkuas - dhiris
2 sdb rempah sup
1 sdb rempah kurma
2 liter air
Garam scukupnya

Cara2 mbuat kuah soto..
1. Pnskn minyak, masuk bhn2 tumis shingga naik bau.
2. Tuang bhn2 kisar n kacau shingga naik minyak.
3. Masukkn rempah sup, rempah kurma n air, kacau biar rata n masak dgn api sdrhana.
4. Masukkn rangka ayam, kaki ayam, leher ayam, serai, lengkuas, kacau shingga semua sbati.
5. Tuangkn air n tmbhkn perasa, biar sup mereneh dlm 1 jam, biarkan dgn api sdrhana.


Bhn2 begedel..
3 bj kentang - buang kulit - potong bulat - goreng - lecekkn
1/2 cwn bwg goreng
1 sdb hirisan daun sup
1 sdb hirisan daun bwg
1 sdk rempah sup
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdk kicap cair
1 sdk tepung jagung
1/2 mangkuk tepung gandum - utk myalut begedel
1 bj telur - kacau sdkt - utk myalut begedel

Cara2nya..
1. Masukkn semua bhn2 begedel kecuali tepung gandum n telur, gaul shingga semua bhn2 sbati.
2. Ambil sdkt adunan sbesar guli, bulat2kn n leperkn sdkt, golek2kn ats tepung gandum, letak tepi n buat shingga abis.
3. Pnskn minyak dlm kuali, ambil sbiji begedel celupkn dlm telur n goreng hingga begedel kuning keemasan.


Bhn2 kicap..
20 bj cili api
2 ulas bwg putih
1 cwn kicap cair
1 sdk gula

Cara2nya..
1. Satukn semua bhn2 kicap, kisar shingga lumat. Tuang dlm mangkuk.

Bhn2 lain..
30 bungkus mini nasi impit - rebus sampai masak - angkat
4 keping tauhu - potong kecil - goreng
2 keping dada ayam - rebus - carik2kn
1 bgks suun - goreng tanpa cuci
1 mangkuk taugeh - buang ekor - celurkn dlm air pns
1 mangkuk bwg goreng
1 mangkuk daun sup
1 mangkuk daun bwg
1 mangkuk kacang tanah - goreng dgn sdkt minyak

Penyediaan soto..
1. Masukkn nasi impit, tauhu, ayam carik, suun goreng, taugeh, bwg goreng, daun bwg, daun sup, kacang tanah n begedel ke dlm mangkuk yg sesuai.
2. Tuang sup soto 3/4 penuh n tmbhkn kicap cili jika suka.