Followers

Showing posts with label BISKUT. Show all posts
Showing posts with label BISKUT. Show all posts

Sunday, 26 April 2015

BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..
Lama sudah i bercita-cita nak buat biskut berbentuk Pretzel nih..dan acuannya kalau tak silap i sudah beli hampir 2 tahun. Selalu tidak ada masa yang sesuai dan selalu terlupa. Hari ini dapat juga buat walau pun dalam adunan yang kecil. 

Kebetulan kat rumah nih pun tak buat apa-apa..daripada membongkang baiklah kita baking-baking yer takkk..resepinya i ada buat penambahan dan penolakan dalam sukatan..biasa laa kannn..hihihi..jom tengok..








BUTTER COOKIES
Sumber : Sassy Haven  & Victoria Bakes

Bahan-bahan..
80 gm mentega GOLDEN CHURN
50 gm gula kastor
1 kuning telur
1/2 sdk perasa vanila
150 gm tepung kek*
1 sdb susu tepung* - *satukan dan ayakkan
1 putih telur
Gula merah kasar

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega dan gula kastor, pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan perasa vanila dan pukul lagi biar sebati.
3. Masukkan adunan tepung, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Uli bulat supaya sebati dan menjadi doh.
5. Masukkan dalam plastik lutsinar, gelek doh sehingga menjadi kurang lebih ketebalannya 5 mm dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
6. Keluarkan doh. Tekap dengan acuan yang sesuai. Susun atas loyang dan buat sehingga habis.
7. Sapukan telur putih atas bahagian biskut dan taburkan gula merah kasar.
8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 15-18 minit.
9. Angkat dan sejukkan atas redai.

Nota :
- Boleh juga tambah setitis pewarna kuning jika suka.
- Sejukkan semula jika doh menjadi lembut.
- Adunan ini menghasilkan lebih kurang 23 keping biskut.






Monday, 30 June 2014

CHOCOLATE CHIP COOKIES

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat hari ke 2.
Hari ini masih lagi permintaan buat kudap-kudapan Awin di kampus nanti. Chocolate Chip Cookies menjadi pilihan Awin dan bawa bekal untuk adiknya Aman bekalan di kampus juga.

Resepi ini memang kena dengan selera saya, sedang-sedang enak..tidak terlalu manis, itupun kerna i sudah kurangkan sukatan gulanya.






Bahan-bahan..
580 gm tepung gandum*
1 1/2 sdk serbuk soda* - *satukan dan ayak
340 gm mentega
230 gm gula kastor
150 gm gula perang
3 biji telur
1 1/2 sdb perasa vanilla
150 gm walnut - dicincang
450 gm coklat chip

Cara-caranya..
1. Dalam mangkuk mixer, satukan mentega dan kedua-dua jenis gula dan pukul sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan perasa vanilla, pukul sehingga adunan rata sepenuhnya.
3. Masuk pula adunan teoung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Akhir sekali masukkan walnut dan coklat chip, gaul sebati.
5. Sejukkan adunan dalam peti sejuk 1 jam.
6. Sediakan loyang yang dilapik kertas minyak, tak perlu oles. Skop adunan dengan mengunakan skop aiskrim. Adunan ini menghasilkan 78 biji dengan menggunakan skop aiskrim saiz kecil.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200C selama 12 minit atau sehingga bertukar warna keperang-perangan. Jangan risau jika biskut lembut bila ditekan, bila sejuk biskut akan sedikit mengeras.
8. keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.






Saturday, 3 August 2013

CORNFLAKES HONEY

Assalamualaikum..
Masih lagi di suntik dengan vitamin R, hari ini Awin bilang suruh buatkan Cornflakes Honey pula. Jadi awal pagi selepas bersahur tadi kami mula mengemas rumah dan terus dengan projek mem'biskut' hehehe.

Resepi kali ini dapat dari SINI tapi i ada buat beberapa penambahan mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada. Terima kasih kepada sumber tersebut.






Bahan-bahan..
270 gm mentega
70 gm gula kastor
110 gm madu
500 gm cornflakes - ramas sikit
70 gm kepingan badam*
30 gm kuaci hijau*
10 gm bijan hitam*
10 gm bijan putih* - *bakar 5 minit
1/2 sdk spekuk (pilihan)* - *satukan dan gaul rata

Cara-caranya..


1. Cairkan mentega, gula dan madu sehingga berbuih-buih, kemudian padamkan api.


2. Masukkan cornflakes, kepingan badam, kuaci hijau, bijan hitam, bijan putih dan spekuk dan gaul sehingga semua adunan sebati.


3. Sudukan adunan ke dalam papercup dengan isian yang penuh, susun atas loyang. Adunan ini menghasilkan sebanyak 160 biji.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 12 minit.


Friday, 2 August 2013

BISKUT MAZOLA

Assalamualaikum..
Biskut yang kedua yang i buat untuk hari ini. Hasil i men'gugel' seharian, resepi dari sis Zuraini Alias dari Semanis Gula yang menarik perhatian.

Beliau menggunakan sukatan mangkuk dan i alihkan ke sukatan gram, mungkin ada terlebih terkurang disana sini sebab i tidak tahu Sis Zu mengunakan mangkuk yang mana, tapi dari info Sis Zu, katanya boleh juga digunakan apa-apa jenis mangkuk atau cawan.

Terima kasih ya Sis Zu dan izinkan i berkongsi disini pula ya.







Bahan-bahan..
500 gm kacang tanah kisar - bakar 5 minit
300 gm gula aising*
700 gm tepung gandum* - *ayakkan
1/2 sdk garam
450 gm minyak mazola
100 gm kuaci hijau - hiasan

Bahan oles..(gaul rata)
1 kuning telur
1/2 sdk susu pekat
1/2 sdk esen vanila

Cara-caranya..
1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan-bahan kecuali minyak mazola dan gaul rata.






2. Tuang minyak mazola sedikit demi sedikit sambil di gaul rata dan sebati sehingga menjadi doh.
3. Jika berderai tambahkan minyak dan jika lembik keterlaluan tambahkan tepung.


4. Ambil doh sebanyak 10 gram, bulat-bulatkan seperti guli, tekankan guna jari di tengah-tengah doh dan susun di atas loyang, buat sehingga selesai.

5. Oleskan telur kuning dan letakkan sebiji kuaci hijau atau kacang tanah.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165C selama 20 minit.

Nota..
Untuk biskut seperti gambar di atas, i menggunakan 480 gm gula aising, 1 kg tepung gandum dan 590 gm minyak mazola, bahan-bahan yang lain adalah sama seperti diatas. 
Hasilnya sedikit keras (tapi bukan keras baling dinding tak pecah hokey hehe), jadi i ubah agar biskut lebih lembut. Insyaallah.
Untuk sukatan yang i gunakan dapat menghasilkan 234 biji biskut.
Jika menggunakan resepi yang telah diubah, anggaran dalam 180 biji.

TART NENAS GUNTING VS LANDAK

Assalamualaikum..
Menjelang Ramadhan ke 24 mahu tidak mahu i kena gagah perkasakan diri untuk membuat biskut kegemaran suami dan anak-anak..i pun hehehe..

Jadi untuk hari ini i mulakan dengan tat nenas, kali ini i menggunakan resepi yang sama seperti DULU dan asalnya dr CMG cuma i ubahkan sedikit dengan penambahan minyak sapi.

Rasanya fullamakk..i makan siap pejam-pejam mata uuu hahha, tapi memang bukanlah niat i nak naik lif dan tekan sendiri tapi hakikatnya memang enak, lazat, berkrim dan cair di mulut..eh eh tetiba jer hilang..







Bahan-bahan doh..
300 gm mentega ANCHOR/SCS
200 gm minyak sapi GHEE
100 gm gula aising - ayakkan
4 kuning telur
2 sdk esen vanila
1 sdk pewarna kuning
700 gm tepung gandum*
100 gm tepung jagung* - *satukan dan ayak

Bahan-bahan oles..(gaul sebati)
2 kuning telur
1 sdk susu pekat
1 sdk esen vanila

Cara-caranya..
1. Pukul mentega, minyak sapi dan gula aising sehingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit di ikuti dengan esen vanila dan pewarna kuning, pukul sebati.
3. Masuk pula adunan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh dan rata.
4. Tutup bekas dengan plastik ataupun kain dan rehatkan dalam 1 hingga 2 jam, semalaman juga boleh.
5. Ambil doh sebanyak 10 gram, leperkan, letak inti nenas atas doh, tutup dan bulat2kan kemudian buat supaya menjadi lonjong iaitu atas besar dan bawah runcing.
6. Gunting dengan menggunakan gunting kecil yang tajam dihujungnya menjadi seperti buah nenas.


7. Susun atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak dan buat sehingga habis. 

8. Oleskan kuning telur di atasnya. Adunan ini menghasilkan 143 biji.


9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 165C selama 25 minit.

Bahan-bahan inti..
1 kg nenas @ 2 biji nenas - buang kulit dan mata nenas - potong halus - cuci bersih - toskan
200 gm air
300 gm gula kasar
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih

Cara-caranya..


1. Dalam pengisar, masukkan nenas bersama air dan kisar sehingga hancur lumat.

2. Tuang dalam periuk bersama kulit kayu manis dan bunga cengkih dan biarkan masak dengan api kecil selama 3-4 jam.


3. Biarkan diluar sehingga suhu panas hilang baru disejukkan dalam peti sejuk.

4. Ambil inti sebanyak 5 gram dan bulat-bulatkan. Buat sehingga selesai.


inti yang ini i beli aje..inti yang i buat tak sempat nak jadi inti hehe..

Saturday, 27 July 2013

RED VELVET COOKIES

Assalamualaikum semua..
Sekarang nih ramai sahabat-sahabat dah mula membuat persiapan untuk Lebaran akan datang, ada yang ambil kesempatan pergi membeli belah untuk pakaian keluarga, balik kampung bertemu atau berbuka puasa bersama keluarga dan yang lebih penting ramai bagi surirumah adalah membuat pelbagai jenis biskut-biskut buat hidangan tetamu Lebaran akan datang.

I juga tak mahu ketinggalan untuk menyediakan yang termampu mengikut kesihatan, tapi tidak dinafikan hari ini vitamin R sudah bermula hehehe..sebab itu terjadilah biskut yang telah lama diperap resepinya.



Resepi nih asalnya dari Ny. Liem yang terkenal dari Bandung, Indonesia. Lama dah i simpan resepi ini tapi disebabkan vitamin R tidak tersuntik, maka berkuburlah sementara.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin mencuba, mungkin mengalami kesukaran dalam bentuk bahan-bahannya tapi dalam nota dibawah i cuba gantikan dengan setanding dengan bahan-bahan yang boleh didapati disini cuma mungkin hasilnya berbeza sedikit.


Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit
200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..

1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.


3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.


4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.


6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.


inilah condensed milk paste dan mocca hopyes keluaran dari Ny. Liem..
memang tidak dinafikan sangat sedap bau dan rasanya..

Thursday, 25 July 2013

FLORENTINE COOKIES

Assalamualaikum semua..
Hari ini i dapat melaksanakan buat kali ketiga biskut yang tengah meletop sekarang nih. Dalam pada itu, sebelum i update disini, i telah berkongsi gambar di Facebook. Ingatkan i tak mahu update, sebab resepinya terlalu mudah serta sudah banyak yang ada di blogger-blogger lainnya tapi atas permintaan sahabat-sahabat, i update kan disini ya.

Dalam pada sahabat-sahabat semua sibuk dengan biskut Florentine nih, kedengarannya di kebanyakkan kedai-kedai menjual bahan bakery telah kehabisan stok untuk tepung florenta, selepas lebaran baru ada stok. I nak beli pun memang tiada stok tapi syukur Alhamdulillah my BFF Puan Ieda Hijau sudi membeli 3 paket untuk saya..fffuuhhhhh lega i, apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kepada beliau.

Untuk resepi nih, i tidak mengikut sukatan, cuma i buat ikut keperluan loyang yang i ada dengan cara menabur dengan rata tapi jangan risau i cuba berikan serba sedikit sukatan untuk sahabat mengikut imiginasi i ya..





Bahan-bahan..
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-caranya..
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.


3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.


5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.

6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.


tepung florenta..

Wednesday, 27 June 2012

LEMONADE BASIL CHOCOLATE COOKIES

AS-SALAM..
Wah wah wah..minggu basill ke cik kak ooii..kelmarin basil..semalam basil..arini basill..hehehe..
Adoiiii..tu la siss..nak kata minggu basil pun bolehh laa..memang nak menggurangkan basil yang kian membiak dengan subur kat belakang rumah tuu..tambahan lagi sekarang nih kan sahabat2 dah ramai yang mempamerkan biskut masing2..so i pun tak nak laa ketinggalan 'ketapi' kihkihkih..i pun nak jugak tumpang sekaki kan..godek punya godek kat blogger2 barat..terjumpa idea untuk resepi nih, malam tadi i ada buat ikut resepi asal sepenuhnya tapi kurang memuaskan..jadi i buat ikut resepi biskut2 i yang lepas dan i ada buat pembaharuan sikit..sikit jer tak banyak..jom tengok..








amacam ok tak kalau buat untuk raya nanti??

Bahan2..
140 gm butter
40 gm shortening
100 gm gula kastor
1 biji lemon - sagat kulitnya
1 sdb jus lemon
1/2 biji limau purut - sagat kulitnya
1/2 cawan padat basil segar - cincang halus
40 gm serbuk badam
200 gm tepung red rose*
150 gm tepung arrow root* - *satukan dan ayak

Cara2nya..


1. Dalam mixer, pukul butter, shortening dan gula kastor sehingga berkrim.
2. Sagatkan lemon, limau purut, perahkan lemon dan basil kemudian pukul sebati.


3. Masukkan serbuk badam dan pukul biar adunan rata.


4. Tutup mixer, masukkan adunan tepung sedikit2 baru pukul dengan kelajuan perlahan, matikan mixer dan gaul biar padat.


5. Canaikan adunan dan terapkan mengikut acuan kegemaran, susun dalam talam yang telah digris.


6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu dengan suhu 180C selama 15 minit.
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
8. Buat 'drizzle' ke atas biskut dan hias dengan bunga sekuntum, buat sehingga selesai.
9. Hidangkan untuk hari raya akan datang..sekiann..


Bahan2 coklat..
150 gm coklat compound - potong halus
1 sdk coco butter
1 sdk butter

Cara2nya..
1. Panaskan coklat, coco butter dan butter secara double boiler sehingga coklat larut.
2. Sediakan 'piping bag' bersama nozel nombor 1, tuang coklat dalam 'piping bag'.


dah siapp 1 jenis biskut..