ihsan blogger lain
BAHAN-2 KEK :-
100 gm Tepung Superfine
100 gm Gula halus
60 gm Tepung Jagung
6 biji telur Gred A (Buang 2 Biji Putih telur) (Saya masuk semua 6 Biji telur Gred B)
1 Sudu kecil Serbuk baking powder
1-2 sudu kecil vanilla (resepi asal tiada)
2 sudu besar Ovallete
50 gm Air sejuk dari peti ais
75 gm Mentega cair (saya ganti dengan minyak sayuran)
Cara-cara:-
- Panaskan oven dengan suhu 150' celcius.
- Masukkan semua bahan diatas kecuali Minyak sayuran dan pukul hingga putih.
- Masukkan minyak dan terus pukul lagi hingga kental.
- Griskan loyang 8' @ 9' @ 10', masukkan adunan.
- Bakar selama 45 minit - 1 jam,
- Cara nak check masak atau tidak ialah selepas tekan dengan jari telunjuk kek akan kembali ke bentuk asal.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dua menggunakan pisau berjerigi.
BAHAN-2 FROSTING:-
250 gm cream cheese
1/2 tin susu pekat (saya ganti dengan secawan whipping cream)
cheddar cheese secukupnya
Cara-cara:-
- Pukul Cream cheese hingga kembang dan kemudian masukkan susu (atau whipping cream) pukul lagi.
- Sapu cream pada setiap lapisan kek dan salut selebihnya ikut kesukaan masing-masing.
- Parut Cheddar cheese dan tabur atas kek.
- Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam sebelum dipotong.
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....