PESANAN PENAJA

Showing posts with label BISKUT BUNGA CINA. Show all posts
Showing posts with label BISKUT BUNGA CINA. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

BISKUT BUNGA CINA

Salam...
hari ini berjaya juga siapkan biskut bunga cina ni... alhamdulillah sebelum ni dok asyik siapkan tempahan dan tak dan nak buat kuih kegemaran ni... so berjaya juga akhirnya... buat kat jengka ni... jauh....
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

Sunday, August 29, 2010

BISKUT BUNGA CINA

Salam...

Berikut resepi yang selalu saya guna, belajar pun dari mak sedara... dia buat bisness kuih nih...

Bahan-bahan:-

800gm tepung jagung

505gm susu pekat manis (1 tin)

250gm buttercup (pada suhu bilik)

ceri utk hiasan secukupnya

Cara-cara:-

  1. Masukkan tepung jagung dalam bekas utk menguli
  2. Tebuk lubang pada tin susu dan tuang dalam bekas tepung tadi sambil mengacau rata.
  3. Selepas habis susu dituang, pastikan adunan tidak berketul sebelum masukkan butter.
  4. Gaul dan uli hingga lembut.
  5. guna acuan samprit dan tekan adunan ini.
  6. bakar pada suhu 170' selama 20-25 minit.
SELAMAT MENCUBA
suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN