Ihsan blogger lain
BAHAN-2 BASE PAVLOVA:-
4 Biji telur putih
1 cawan gula halus (boleh kurang kepada 3/4 cawan gula)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
Untuk hiasan:-
1 cawan whipping cream (pukul hingga kental bila nak menghias)
buah-buahan yang disukai
Cara-cara:-
- Panaskan oven dengan suhu 150' celcius.
- Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula dan sambung pukul hingga kental.
- Masukkan tepung dan pukul lagi, kemudian masukkan esen dan cuka dan pukul lagi.
- Wajib lapik loyang dengan kerta minyak, buat dua bulatan besar besaiz 7 inci setiap satu.
- Pipe atau cedukkan adunan ke dalam dua bulatan tadi. Ratakan dan biar sama saiz kedua, duanya...
- Bakar dengan suhu 150' selama 30 minit dan turun kan suhu 140' dan bakar selama 40-45 minit lagi.
- selepas masak, renggangkan pintu oven sikit dan biar adunan dalam oven 20-30 minit lagi.
- Sejukkan sebelum dihias. Boleh terus dimakan atau simpan peti 1-2 jam...