PESANAN PENAJA

Showing posts with label RESEPI NASI GORENG KERABU. Show all posts
Showing posts with label RESEPI NASI GORENG KERABU. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

NASI GORENG KERABU


Salam...
Disini saya ingin berkongsi resepi nasi goreng kerabu, belajar ni pun dari Cik Azizah kita juga, maybe resepi dah dimodified skit, sori ya... anyway jgn bazirkan nasi sekiranya tak habis dimakan... simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya goreng... emmm mesti enak.... bahan nih agak-2 ja... biasalah saya kan jenis suka masak campak-campak ja...

bahan-bahan (3-4 org makan):-
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5-6 ekor udang kering (sikit ja)
1 sudu besar cili giling/cili padi pun boleh
1 batang serai (ambil bahagian yang paling lembut dan putih)
1 kuntum bunga kantan
2 batang kacang panjang
udang hidup secukupnya
garam secukupnya

cara-cara:-
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Panaskan Minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing.. ketepikan dalam kuali juga...
3. Masukkan udang hidup kacau hingga semua udang kemerahan... ketepikan juga dalam kuali..
4. Masukkan cili giling/cili padi.. kacau hingga garing... kemudian satukan semua yang diketepikan tadi...
5. Masukkan nasi, garam secukupnya dan kacau hingga rata...
6. Masukkan hirisan halus bunga kantan, kacang panjang dan serai.
7. Setelah agak garing, boleh juga dipecahkan telur jika suka..

SELAMAT MENCUBA suka dengan design kek ini.. click button "LIKE" okey....

IKLAN