Masyarakat Johor memang sejak sekian lama sudah sebati dengan aktiviti kenduri. Menjelang bulan ramadhan paling banyak jemputan kenduri. Orang panggil kenduri kirim arwah, memang banyak undangan pada masa ini sampai kadang kala waktu berbuka puasa meja akan di penuhi lauk kenduri pemberian rumah si empunya jemputan.
|
Ihsan google |
Kenduri anak dapat keputusan peperiksaan cemerlang, anak masuk universiti, kenduri potong jambul, kenduri doa selamat, kenduri nak naik haji dan aqiqah, kenduri dapat menantu, cucu dan macam-macam lagi. Kebiasaan nya kenduri ini di buat apabila menerima sesuatu kegembiraan. Jadi sebagai tanda bersyukur di adakan majlis kenduri.
|
Ihsan google |
Kenduri biasa nya di lakukan secara bergotong royong antara jiran dan penduduk kampung yang di panggil "Rewang" oleh masyarakat Johor. Aktiviti rewang ini akan bertambah meriah bila semakin ramai orang turut serta menjayakan nya. Kerja-kerja akan menjadi lebih mudah dan tidak rasa sangat kepenatan nya. Di selang selikan dengan perbualan, kisah-kisah lama membuatkan tidak terasa sangat semasa membuat kerja.
|
Ihsan google |
Lagi satu yang menarik apabila ada nya majlis kenduri ialah nasi ambang. Istimewa nya nasi ambang ini adalah nasi dan pelbagai lauk di atas satu daun pisang dan di bungkus seperti nasi lemak. Perbezaan nya ialah saiz bungkusan nya yang besar kerana bertujuan untuk di makan secara beramai-ramai sekitar 4 hingga 5 orang. Lagi sedap bila makan beramai-ramai.
Keadaan yang berbeza pada masa sekarang mungkin menyebakan majlis kenduri pada masa kini kurang meriah jika di bandingkan dahulu. Komitmen dan perkhidmatan katering menyebabkan aktiviti ini sudah mula kurang mendapat perhatian. Cuma yang di kesal kan apabila nilai-nilai murni kemanusiaan yang boleh di peroleh dari aktiviti-aktiviti seperti ini semakin hilang.
No comments:
Post a Comment