Total Pageviews

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Majlis iftar bersama anak-anak PEKAYIM

Semalam aku menyertai majlis iftar yg di anjuran Pemuda Gemilang Maharani, Persatuan Seni Silat Lincah Muar dan rakan FB yang rata-rata nya belia-belia daerah Muar. Aku memang dah lama ingin turut serta dengan majlis-majlis seperti ini, sempena kunjungan ramadan tahun ini alhamdulilah dapat juga sertai. Aku hanya berhubung dengan salah seorang dari ahli jawatankuasa majlis tersebut sahaja tanpa mengetahui perkara-perkara penting yg lain. Risau juga kalau-kalau tidak jadi, berkali-kali berhubung pada hari tersebut dan akhir nya pengesahan di berikan dari individu tersebut majlis tersebut tetap berjalan spt di rancangkan.


Peneman aku ke majlis tersebut Citizen Dolphin dengan baju melayu hitam. Majlis yang akan bermula pada jam 6 ptg khabar nya di sertai oleh 200 org peserta dan 40 org sukarelawan termasuk aku. Sekitar jam 6 ptg sudah nampak anak-anak yatim sampai ke dewan makan. PEKAYIM nie mempunyai lebih kurang 100 lebih anak yatim dan beberapa org pelajar tahfiz al-quran yg berlindung di sini. 

PEKAYIM Muar
Sekitar jam 6.30 ptg majlis di mulakan dengan bacaan tahlil dan ucapan dari wakil penganjur dan pengetua PEKAYIM. Selepas bacaan tahlil tamat aku bergegas ke bahagian dapur untuk penyediaan makanan. Agak kelam kabut juga kerana masalah timing yang lari dari jadual dan kedatangan peserta yg agak lambat. Bila azan berkumandang kami masih belum menyelesaikan lebih kurang 40 dulang makanan. Selepas selesai solat maghrib. alhamdulillah 40 dulang makanan ini telah mula di edar-edarkan. 


Semua peserta dan sukarelawan di sini di jemput makan bersama anak-anak yatim di sini termasuk pekerja, warden dan pengetua nya sekali. Majlis ramah mesra seperti ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan mesra antara mereka. Lebih kurang jam 8 majlis telah selesai dan majlis ini di akhiri dengan acara bergambar dan penyerahan cenderahati.

Bergambar kenangan
Selepas majlis majlis selesai, acara aku masih belum lagi selesai. Selepas majlis tersebut aku bersolat isya dan teraweh di masjid jamek Sultan Ibrahim Muar. Setelah selesai teraweh 8 rakaat, temujanji utk moreh di warung dengan rakan yang agak lama juga tidak berjumpa. Moreh kami di dataran pesta baru. Pada bulan ramadan agak kurang meriah di sini berbanding bulan-bulan lain. Gerai-gerai juga ada yg bercuti sepanjang ramadan. Acara aku untuk pada hari itu betul-betul tamat jam 12.30 malam dengan bergerak pulang seorang diri.


Gambar kereta tuan punya kereta mee bandung Muar.
Parking depan pintu, hampeh sungguh!!

Wednesday, August 31, 2011

Nostalgia bermain meriam buluh di bulan ramadhan

Antara kenangan bermain meriam buluh di bulan Ramadhan yang sukar di lupakan, membuatkan tergelak seorang bila di kenang ialah:



Peristiwa di hambat orang...
Akibat letupan yang kuat kedengaran di tambah bermain berdekatan di sebelah rumah orang. Akhir nya seorang lelaki dari rumah berdekatan senyap-senyap keluar dan menghambat kitaorang. Meriam tak dapat di selamatkan, masing-masing lintang pukang lari masuk semak menyembunyikan diri. Yang paling geli hati melihat yang berbadan gemuk masing-masing laju lari meninggalkan yang kurus-kurus nie. Dalam tempat persembunyian, terdengar kata-kata amarah lelaki yang menghambat kitaorang. Peduli lah dia nak maki carut ape pun, esok malam nya macam biasa main tempat sama lagi. Memang tak serik-serik kitaorang. Hahaaa...

Ubi bakar santapan waktu berperang...
Memandangkan sistem pencucuhan meriam memerlukan sumber api, kebiasaan nya kami akan membuat unggun api sewaktu berperang. Ini untuk memudahkan dari terputus nya sumber api jika pelita minyak tanah yang di bawa kehabisan bahan bakar nya. Sewaktu berperang akan ada satu skuad untuk mencari bahan untuk santapan. Ya ini lah skuad yang di gelar "skuad mencari ubi kayu". Mereka akan meninjau kawasan-kawasan berdekatan untuk mencari ubi kayu yang saiz nya sedang-sedang untuk di bakar. Pada siang hari nya pula, kawasan di terokai untuk sumber makanan waktu berperang malam akan jadi seperti kawasan yang di musnahkan haiwan perosak membuatkan tuan tanah kebingungan memikirkan kejadian. Hahaa... mana tak nye, sekali cabut tak berkenan.. cabut yang lain. Kalau macam nie se-ekar tanah pun boleh jahanam dalam tujuh malam. Hahahaaaa...

Banyak lagi nostalgia lama yang menjelma kembali sewaktu tiba bulan Ramadhan tentang kisah meriam. Nukilan di atas adalah sebahagian di antara nya yang memang betul-betul terkesan. Dari mencari buluh sehingga waktu berperang, macam-macam kisah yang melucukan jika di kenang. Pada waktu zaman gemilang nya bunyi dentuman meriam pun masih kedengaran tatakala subuh menjelang. Alhamdulillah tidak ada kes-kes kecelakaan waktu itu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...