Total Pageviews

Showing posts with label Book. Show all posts
Showing posts with label Book. Show all posts

Friday, April 27, 2012

Hulagu Khan-khabar hitam dari timur

Kesibukan dunia kadang kala menyebabkan seseorang itu lalai terhadap perkara yang menjadi kebiasaan bagi seseorang sedangkan setiap orang mempunyai 24jam sehari kurniaan yang di atas sana. Agak lama juga meninggalkan tabiat membaca yang pada satu ketika hingga mencapai tahap air pasang. Bila tiba surut nya agak lama untuk mendapat panas semula. Kali ini setelah sekian lama, ini pula cerita nya.


Khabar hitam dari timur bukan kisah pahlawan Islam yang selalu aku kupaskan. Nama pahlawan berbangsa monggol ini terlipat kemas dalam lipatan sejarah kerana berjaya menumbangkan kerajaan bani abasiyah yang sekian lama telah memerintah selama 500 tahun. Cucu kepada penakluk agung Genghis Khan ini bercita-cita untuk menyambung perjuangan datuk nya untuk menakluki kota 1001 malam ketika itu di perintah oleh khalifah Al-Musta'him Billah yang di anggap seorang khalifah yang paling lemah dalam sistem pemerintahan khalifah dunia Islam.

Jatuh nya kota Baghdad di tangan bangsa monggol adalah titik noktah berakhir nya kerajaan bani absiyah. Selama 40 hari 40 malam Hulagu Khan meraikan kejayaan nya menumbangkan kerajaan bani absiyah. Kota Baghdad bermandikan darah, wanita menjadi mangsa kerakusan dan harta benda di rampas.

Peradaban Islam di asak hingga ke hujung tanduk namun semangat jihad berjaya di tiupkan semula untuk melawan kerakusan monggol untuk menakluki dunia. Siapa kah pahlawan Islam yang bergelar Saifudin Qutuz yang berjaya menyekat empayar monggol yang bercita-cita untuk menakluki mekah dan madinah? Kisah yang menarik untuk di ketahui apabila umat Islam berpecah lalai terhadap tanggungjawab mereka, musuh Islam sentiasa mengambil kesempatan.

Saturday, January 21, 2012

Muhammad Al-Fateh penakluk konstantinopel


Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad).


“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Tuesday, January 3, 2012

Keharmonian hidup bersyariat

Buku yang sesuai untuk di jadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan seharian. Fardu ain serta huraian nya. Antara bab penting ialah solat, bersuci dan tauhid. Menerangkan konsep kehidupan sehari-hari berlandaskan syariat.


Tajuk : Keharmonian hidup bersyariat
Penulis : Abu Muaz
Penerbit : Syeikh publisher
Harga : RM30.00

Allah is calling

Alhamdulillah selesai juga aku tamat kan pembacaan. Dah memang lumrah sifat kejadian manusia, bila benda yang kita suka, kita akan bersungguh-sungguuh. Sebelum ini aku pernah tulis entri mengenai buku yang hampir sama kandungan nya macam buku ini. Tapi aku memang agak sedikit kecewa dengan figura yang di tampilkan dalam penceritaan nya kerana banyak tertumpu kepada figura di dalam Malaysia sahaja. Klik sini;


Seorang blogger memberikan komen supaya aku mencari buku ini kerana ada luahan sedikit kecewa yang aku tampilkan dalam entri tersebut. Agak lama juga aku mencari akhir nya aku jumpa di sebuah kedai buku sekitar bandar Muar. Aku belek dulu sebelum beli, aku lihat buku ini isi kandungan nya lebih dari buku yang sebelum ini aku baca dengan terdapat sedikit ulasan tentang agama Islam di seluruh dunia. Menarik!!


Figura yang di tampilkan dalam buku ini lebih menjurus kepada figura di luar negara yang telah memeluk Islam sebagai agama pegangan terakhir mereka. Konsep penceritaan lebih kurang sama, sebelum, setelah dan selepas memeluk Islam. Antara nama besar yang di tampilkan ialah Lauren Booth, adik ipar kepada Tony Blair bekas perdana menteri Britain, Malcom X, Dr Murad Wilfried Hoftman, Syeikh Yusuf Estes, Dr Maurice Bucaille, Dr Bilal Phillips, Dr Roger Garaudy dan beberapa nama besar yang lain. Mereka ini adalah figura yang memberi kesan terhadap dakwah Islam di merata tempat sekitar Eropah dan Amerika.

Apa yang menarik tentang buku ini adalah ulasan penulis tentang pergerakan Islam sekitar Eropah yang semakin mendapat perhatian masyarakat yang selama ini memandang Islam adalah agama yang berunsurkan keganasan. Selain itu di ceritakan juga bagaimana musuh dunia Islam memijak-mijak Islam dengan sewenang nya sedang dunia hanya melihat dan duduk diam tanpa apa-apa tindakan. Isu Palestin, Israel Amerika, Soviet Union dan beberapa lagi negara Asia yang pernah menerima kedatangan Islam juga turut di sentuh menjadikan jalan cerita mengenai mereka yang memeluk Islam ini menarik dan mempunyai maksud di sebalik nya. Harap ada lagi buku mengenai kisah-kisah seperti ini yang boleh aku baca tak kisah lah dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Malaysia jika mereka yang di luar sana pernah membaca nya. Wallahualam.

Tajuk : Allah is calling
Penulis : Zainudin Hashim
Penerbit : Kemilau publika sdn bhd
Harga : RM18.00

Mustafa Kamal Ataturk - penegak agenda Yahudi


Dia lah orang yang berpura-pura beragama Islam pada zahir nya tetapi masih mengamalkan ajaran yahudi. Mereka ini golongan yahudi dunamah yang masih setia kepada ajaran-ajaran yahudi. Meraka hanya berpura-pura Islam hanya kerana ingin mendapatkan perlindungaan dari kerajaan Uthmaniyah. Lahir nya Mustafa kamal Ataturk juga dalam keadaan yang meragukan siapa sebenar nya bapa kandung nya. Anak daripada malam pesta kambing yang merupakan perayaan keagamaan yahudi.

Beliau lah orang yang bertanggung jawab memusnahkan sistem khalifah dalam masa sehari di negara Turki. Merancang rampasan kuasa melalui kuasa tentera sehingga mendapat pujian eropah. Presiden pertama Turki yang merupakan bapa sistem sekular barat. Dalam hayat pemerintahan beliau, Islam di pijak-pijak dengan begitu hina sekali. Semua yang berkaitan dengan undang-undang agama Islam di hapuskan sama sekali dan di ganti dengan undang-undang Swiss. Antara nya melarang pemakaian hijad, azan dan al quran di baca dalam bahasa Turki, masjid-masjid dan sekolah agama di tutup dan sistem pembelajaran agama di tukar kepada sistem moden. Pusat pemerintahan Turki yang berada di Konstantinopel (Istanbul) juga telah di tukar di Angkara.

Sepanjang kehidupan, beliau tidak pernah merasa sejuk, hidung yang sentiasa mengeluarkan darah, menghidapi penyakit kulit dan hepatatis. Di akhir kehidupan nya jasad nya tidak di terima bumi sehingga jasad nya terpaksa di letak di atas sebuah bukit di dalam sebuah bangunan marmar. Ulama pada masa itu juga mengatakan bahawa bukan sahaja bumi Turki, bahkan seluruh bumi Allah ini juga tidak menerima mayat Mustafa kamal Atatartuk.

Tajuk : Mustafa kamal Ataturk - penegak agenda Yahudi
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Harga : RM25.00

Tuesday, November 29, 2011

Khalid memburu syahid


Pahlawan pedang pedang Allah. Itu lah gelaran yang di beri nabi Muhammad s.a.w kepada Khalid setelah memeluk Islam. Cahaya iman nya bermula selepas memdengar nabi membaca al-quran. selepas dari peristiwa itu Khalid yang sebelum ini seorang yang begitu memusuhi Islam menjadi duri dalam daging bagi kaum musyrikin mekah setelah memeluk agama Islam.

Rentetan kisah kejayaan Khalid di medan perang adalah selepas di lantik menjadi panglima tentera Islam oleh khalfah Abu Bakar. Sepanjang beliau memimpim tentera Islam, beliau tidak pernah kalah walau sekali pun di dalam peperangan yang di pimpin oleh beliau. Antara nya perang muktah dan yarmuk di antara tentera Parsi dan Rom.

Khalid meninggal dunia sebagai seorang rakyat biasa selepas di lucutkan jawatan sebagai panglima tentera Islam oleh khalifah Umar selepas kewafatan khalifah Abu Bakar. Tempat nya di gantikan oleh Abu Ubaidah. Cita-cita nya untuk syahid di medan perang tidak kesampaian walaupun selepas di lucutkan jawatan beliau masih mengikuti perang sebagai tentera biasa. Nabi Muhammad pernah mendoakan Khalid bahawa beliau tidak akan tewas di medan perang. Saifullah adalah gelaran yang di beri nadi kepada nya.

Tajuk : Khalid memburu syahid
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Halaman : 289 ms
Harga : RM26.90

Saturday, November 12, 2011

Urus bisnes dengan google


Jika anda mempunyai access yang terhad terhadap modal untuk perniagaan. Buku ini mungkin boleh memberikan satu alternatif yang menjimatkan. Jika sebelum ini kita masih dalam lingkungan gmail, blogspot dan youtube. Mari cuba melangkah jauh ke depan untuk maksimumkan penggunaan akaun gmail.

Buku ini memberikan panduan dan tunjuk ajar bagaimana kita boleh memaksimumkan penggunaan akaun gmail untuk perniagaan. Ia sebenar nya secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pejabat maya bagi peniaga kecil. Kaedah ini sebenar nya satu alternatif kepada peniaga kecil yang mempunyai access keewangan yang terhad untuk bersaing dengan syarikat gergasi tidak ada masalah access terhadap sumber keewangan. Melalui kaedah ini juga peniaga kecil dapat meminimumkan belanja dan memaksimumkan keuntungan melalui penjimatan besar yang mereka dapat secara percuma.

Buku setebal lebih 300 mukasurat ini menceritakan mengenai bagaimana peniaga kecil di Malaysia mahupun negara serantau menggunakan Google bagi mengurus bisnes mereka.

Buku ini menerangkan secara terperinci dalam bentuk yang mudah difahami mengenai 9 aplikasi rahsia di Google bagi memulakan, mengurus, memasarkan & menggembangkan bisnes kecil. Antara aplikasinya adalah:

- Google Gmail
- Google Docs
- Google Talk
- Google Search
- Google Profile
- Google Alerts
- Google Maps
- Google Groups
- Google Calendar

Tajuk : Urus Bisnes Dengan Google
Penulis : Zamri Mohamad
Penerbit : Pts Professional
Halaman : 298 ms
Harga : RM25.00

Rahsia pemasaran facebook


Buku untuk di kongsi kali ini ialah satu fenomena sosial media yang paling hangat pada masa ini "Facebook-rahsia pemasaran facebook". Buku ini memberikan panduan kepada para peniaga satu alternatif lain selain perniagaan secara konvensional untuk memasarkan produk dengan cara yang lebih mudah, murah dan menjimatkan. Tidak mustahil peningkatan jualan pada produk jika dengan cara yang betul. Perniagaan melalui platform internet (home based business) bukan lagi asing pada dunia tanpa sempadan kini. Banyak testimoni mereka yang telah berjaya meraih keuntungan besar menggunakan platform yang murah ini. Contoh paling mudah ialah usahawan internet Malaysia saudara Irfan Khairi. Kisah kejayaan nya terlalu banyak di ceritakan di media cetak dan media masa.

Buku ini juga memberikan panduan bagaimana jika kita sebagai seorang peniaga boleh menggunakan facebook untuk memasarkan produk dan mendapat keuntungan. Buku ini menerangkan satu persatu tentang kegunaan aplikasi-aplikasi facebook  untuk menaikan trafik profile page anda. Semua ini boleh di perolehi secara percuma setelah membuka akuan facebook tanpa perlu membayar satu sen pun kepada facebook.

Apa yang boleh di banggakan ialah buku ini di tulis oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu saudara Nasrul Amri yang merupakan seorang graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan bachelor of technology (honors) business information system. Beliau bukan sahaja telah mempelajari teknik pemasaran rangkaian sosial facebook malah turut membangunkan aplikasi untuk kegunaan ahli facebook.

Tajuk : Rahsia Pemasaran Facebook
Penulis : Nasrul Amri Samsudin
Penerbit : True Wealth Publishing
Halaman : 116 ms
Harga : RM29.90

Wednesday, October 26, 2011

Agenda Yahudi Menakluki Dunia

Gambar pinjam

Gambar pinjam
Buku ini menceritakan bagaimana bangsa Yahudi yang duhulu nya ibarat seperti sampah bertindak secara senyap untuk membina semula bangsa mereka dengan bertapak di negara-negara kuasa dunia di Amerika dan Eropah. Kemujudan mereka yang kurang di ketahui di negara-negara tersebut memperlihatkan bagaimana mereka mengawal ekonomi dunia dengan memperalatkan negera-negara tersebut tanpa di ketahui bahawa mereka adalah mastermind terhadap perkara besar yang berlaku terhadap ekonomi, perperangan dan turun nilai mata wang US dollar. Buku ini mengupas tentang perancangan sulit bangsa Yahudi dalam merealisasikan agenda mereka menakluki dunia. Mereka bercita-cita menubuhkan sebuah kerajaan Yahudi yang memerintah seluruh pelusuk dunia. Juga di ceritakan tentang penglibatan bangsa Yahudi dalam beberapa siri peristiwa besar yang terjadi pada hari ini.

Antara isu yang menarik yang di kupas ialah;
1. Sejarah ringkas bangsa Yahudi
2. Bangsa Yahudi di Amerika Syarikat
3. Pengaruh Yahudi di Amerika Syarikat
4. Beberapa peristiwa penting yang ada kaitan dengan bangsa Yahudi
5. Cita-cita bangsa Yahudi dalam menakluki dunia
6. 24 protokol Yahudi yang menjadi panduan untuk tindakan bangsa tersebut dalam rangka menubuhkan sebuah "Kerajaan Yahudi Antarabangsa" yang memerintah bumi.

Tajuk : Agenda Yahudi Menakluki Dunia
Penulis : Sabaruddin Hussein
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd / 2010
Halaman : 213 ms
Harga : RM17.00

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka" al-Baqarah 120

"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangan nya terhadap orang yang beriman adalah orang Yahudi dan orang-orang yang menyekutukan Allah..." al-Maidah 82

Saturday, July 16, 2011

Kisah tentang mereka yang telah bertemu dengan cinta nya

Akhir nya ku temui cinta mu...
...Lalu aku pun memeluk Islam


Hampir seminggu aku cari buku nie di toko-toko buku di bandar setelah melihat nya di akhbar-akhbar tempatan. Akhir nya berjaya dapat kan sebuah dengan harga nya yang cukup berbaloi RM12.90. Rasa nya nie lah buku yang paling cepat aku habiskan pembacaan nya setebal lebih kurang 200 mukasurat. Beli pada sebelah pagi dan habis membaca pada sebelah malam dan terus aku kongsi kan nya di sini sementara rajin.

Aku memang minat artikel-artikel seperti ini tak kisah lah di akhbar atau pun majalah. Atas sebab itu apabila aku mengetahui sebuah buku yang di terbitkan oleh produksi Al Islam berkisar tentang artikel yang aku minati, cepat-cepat aku mencari nya di kedai-kedai buku.

Buku ini tidak lah sehebat novel Harry Potter sanjungan dunia hasil nukilan J K Rowling. Tapi pada aku isi nya cukup bernilai untuk di baca. Koleksi artikel mengenai orang-orang yang telah menemui cinta terhadap Allah swt, lalu mereka memeluk Islam cukup untuk membuat kan perasaan teruja untuk membaca nya. Mungkin pada orang lain ia nya sekadar perkongsian yang biasa-biasa sahaja, tetapi pada aku tidak.

Daripada tajuk nya semua akan tahu bahawa ia nya akan berkisar tentang cerita saudara baru yang memeluk Islam. Tapi pada aku ia nya lebih dari itu antara nya:

1. Pandangan mereka terhadap Islam sebelum mereka bergelar seorang muslim.
2. Bagaimana keindahan Islam itu sendiri membuka hati mereka untuk bergelar seorang muslim.
3. Kisah kehidupan mereka sebelum dan selepas bergelar muslim.
4. Konflik yang mereka hadapi selepas bergelar muslim

Ini adalah hanya sebahagian di antara nya sahaja. Kisah-kisah mereka ini amat sesuai untuk di jadikan panduan kepada kita yang secara zahir batin nya sudah bergelar muslim sejak dari lahir. Kadang kala merasa kan bahawa sendiri masih cetek ilmu tentang Islam walaupun ada asas agama sejak dari lahir. Terpaku melihat saudara baru tahap ilmu nya tentang Islam itu sendiri lebih tinggi berbanding seorang muslim sejati. Segala perkongsian tentang diri mereka sebelum dan selepas mereka bergelar seorang muslim pada aku satu yang amat bernilai. Cuma yang aku sedikit kecewa ialah masih kurang nama-nama yang besar yang menemui cinta nya terhadap Islam tidak di muatkan dalam buku cetakan pertama ini. Ia nya hanya di ulas secara umum sahaja mukasurat awalan buku. Mungkin akan ada keluaran siri ke2. Mana lah tahu... Insyaallah ameen

Jazakallahu khairan khateera

Tajuk : Akhir nya ku temui cinta mu, lalu aku pun memeluk islam
Penulis : -
Penerbit : Produksi Al Islam
Harga : RM12.90

Tuesday, March 29, 2011

Salahudin Ayubi Penakluk Jurusalem

Novel yang mengisahkan seorang pejuang tamadun Islam sekitar tahun 1174-1193 pemerintahan beliau. Beliau yang di gelar sebagai 'SALADIN' di negara barat yang terkenal dengan kebolehan nya sebagai teraju pemerintahan dan ketangkasan dalam peperangan di sertai dengan semangat kesatrian 'JIHAD' dan belas kasihan semasa perang salib untuk merampas semula 'Baitul Maqdis, Palestin' setelah 80tahun berada dalam cengkaman tentera salib. Sifat zuhud nya juga amat di kagumi oleh orang Islam serta sekutu nya. Semasa pemerintahan nya, wilayah jajahan beliau sehingga ke timur tengah. Beliau juga berjaya menyatukan negara Islam dengan tiupan semangat jihad untuk merampas semula Bailtul Maqdis dari pihak tentera salib.

Tugu peringatan Salahudin di Damsyik, Syria
Sejarah kebangkitan beliau menentang tentera salib bermula sejak dari kecil lagi. Menerima latihan ketenteraan dari bapa saudara nya 'Shirkuh' yang menetang kerajaan Fatimiyyah yang akhir nya tumpas dan di lantik menjadi panglima tentera Syria yang bertanggungjawab melindungi kerajaan Mesir dari serangan tentera salib. Seterus nya setelah khalifah Mesir meninggal dunia beliau di lantik menjadi panglima tentera kerajaan Mesir dan di lantik menjadi sultan Mesir selepas kewafatan Nur Ad-din. Semasa menjadi sultan, beliau sendiri memikul tanggungjawab sebagai panglima tentera kerajaan Mesir. Beliau mengasaskan kerajaan Ayubiyyah dan mengembalikan ajaran alhi sunah wal-jamaah.

Sejarah penentangan tentera salib yang di ketui oleh Salahudin bermula selepasa menguasai wilayah-wilayah sekitar kerajaan Mesir antara nya Damsyik, Aleppo, Mosul, wilayah Syria. Kemuncak penentangan Salahudin terhadap tentera salib ialah peperangan Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja-raja negeri salib serta Raymond dari Tripoli. Tentera salib yang letih dan dahagakan air mudah di tumpaskan oleh tentera Islam. Dalam peperangan tersebut Salahudin sendiri memancung kepala Raynald panglima tentera salib yang bersumpah untuk membunuh nya dengan tangannya sendiri. Kekalahan tentera salib di Hattin menjadi satu titik perubahan dalam sejarah tentera salib dan tentera Islam. Selepasa tamatnya perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas semula Baitulmaqdis (Jerusalem) pada 2 Oktober 1187 setelah hampir 88 tahun di kuasai oleh tentera salib.

Masjid Al-Aqsa kubah berwarna hitam manakala kubah berwarna emas adalah masjid Al-Qubbatus Sakhra(Dome of Rock)
Perang Hattin serta kejayaan tentera Islam menawan semula Baitul Maqdis mengakibatkan terjadinya perang salib ke-3 yang di biayai di England melalui cukai khas yang di kenali sebagai 'Cukai Salahudin'. Tentera salib berjaya menawan semula Acre dan tentera Salahudin bertempur dengan tentera Raja Richard dari England dalam perang Arsuf. Kedua-dua pemimpin yang amat menghormati antara satu sama lain bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perampuan Raja Richard, Joan dari England dengan adik lelaki Salahudin, Al-Adil dan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya tetapi rundingan tersebut gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama kedua-dua pihak.

Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam perjanjian Ramla pada tahun 1192 di mana kota Baitulmaqdis terus berada di tangan orang Islam tetapi di buka oleh penganut kirstian. Perjanjian tersebut menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa. Salahudin Al-Ayubi wafat pada 4 Mac 1193 di kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.

***Filem Kingdom of heaven, Saladin animated series

Jika pernah menonton kedua-dua cerita ini. Kisah Salahudin Ayubi memang menarik untuk di KETAHUI. Amat banyak teladan, panduan, sifat peribadi beliau yang boleh di jadikan panduan untuk kita. Sifat ZUHUD dan KEBERANIAN nya amat saya kagumi. Novel yang berharga RM26.90 amat berbaloi untuk di miliki. Berbaloi dengan kandungan yang anda bakal DAPAT dalam novel ini.

Kata-kata nya: "SESIAPA YANG MENGUASAI PALESTIN, DIA MENGUASAI DUNIA"

Cuba renung dan fikirkan APA yang berlaku pada ketika ini, di kala JERUSALEM di kuasai oleh SELAIN umat Islam??

Tajuk : Salahudin Ayubi Penakluk Jeruselam
Penulis : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
Halaman : 289 ms
Harga : RM26.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...