Total Pageviews

Showing posts with label Menu. Show all posts
Showing posts with label Menu. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Anak dara dua sebilik

Dalam bulan ramadan kalau rajin ke bazar membeli juadah atau pun berjalan-jalan, kalau bertuah akan jumpa juadah warisan yg sukar nak jumpa sekarang nie. Anak dara dua sebilik.. wow!! manis mcm anak dara wei kuih nie. Kuih nie seakan-akan kuih koci dengan inti kelapa manis. Cuma yg membezakan nya pada saiz nya yg seolah-olah dua kuih koci double dengan inti nya berasingan. Macam ada dua bilik. Berbeza dengan kuih koci yg sinonim dengan pulit hitam, yang ini pula dengan pulut putih melepak.

Gambar ehsan google
Gambar ehsan google
Gambar ehsan google

Monday, July 16, 2012

Pecal lele

Pecal lele (ikan keli) adalah masakan bersantan yang memang sinonim dengan masyarakat jawa. Melayu begitu sinonim dengan masakan berasaskan santan terutama nya masak lemak cili api yang memang boleh membuatkan siapa yang memandang terliur. Masak lemak cekur jarang sekali dapat di lihat di warung dan restoran kerana masakan tradisi jawa ini hanya boleh dapat di kawasan tertentu sahaja terutama di negeri selatan tanah Melayu.

Gambar ihsan google
Macam nie lah gambaran pecal lele nie. Warna nya agak kehijauan kerana bahan utama masakan nya ialah  cekur berbanding masak cili api biasa yang agak kekuningan. Rasa nya?? memang A+++ lagi ummphhh dari lemak cili api. Rasa pada lidah aku la, lain orang lain lidah nya. Ikan keli nak lagi sedap di salai dahulu kalau susah pun goreng kunyit pun ok. Ikan keli juga boleh di gantikan dengan ayam jika suka.

Gambar ihsan google
Nie lah bahan utama yg akau cakapkan tadi. Cekur atau dalam bahasa jawa nya KENCUR. Cekur nie semua bahagian nya boleh di pakai. Tumbuhan nie jenis yang berangin dan ada rasa pedas sama seperti halia kerana datang dari spesis yang sama. Kalau tak salah aku la, cekur nie sinonim dengan bidang perbidanan tradisonal melayu selepas wanita bersalin. Kalau salah betulkan aku.


Dap.. dap.. dapppp.. jawa memang terangkat.

Saturday, June 25, 2011

Air kelapa laut

Bagi aku zaman silam adalah kenangan yang tidak harus di lupakan begitu sahaja. Mungkin ada yang boleh di cari semula dan mungkin tidak. Dan ia nya amat berbaloi untuk di imbas semula jika kita sudah mula memperingatinya. Adalah sesuatu yang boleh membuatkan bibir tersenyum sinis, tergelak tersenyum dalam diam.

Secara tiba-tiba teringat aku tentang satu kenangan di zaman persekolahan yang pada aku sukar untuk di cari pada waktu sekarang. Zaman persekolahan dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5, UPSR hingga ke SPM, darjah 1 hingga ke darjah khas, boleh di kata bank kepada semua kenangan-kenangan terindah meredah ranjau hidup hingga ke peringkat sekarang. Salah satu nya ialah...

Air Kelapa Laut

Setiap hari Jumaat. YA pada setiap hari Jumaat sebelum masuk ke sekolah agama pada waktu petang lebih kurang pada pukul 3.30 petang aku dan beberapa rakan akan membeli sebungkus air kelapa laut yang berharga RM1 untuk di minum semasa berjalan untuk masuk ke sekolah di tapak pasar malam Serom 3. Pada setiap hari Jumaat tapak pasar malam ini kan di penuhi peniaga dari segenap lapisan masyarakat untuk berniaga. Waktu operasi nya lebih kurang pada pukul 5 petang hingga ke pukul 10 malam. Tapi peniaga yang menjual air kelapa laut ini memulakan operasi perniagaan nya agak awal pada pukul 3 petang. So sempat la singgah sebelum masuk ke sekolah.

Rupa kelapa laut

Air kelapa laut ini memang sedap dan terasa segar bila di minum sejuk pada waktu panas. Rasa nya seakan-akan air mata kucing. Warna air nya yang gelap itu datang dari rebusan isirung buah kelapa tersebut bersama gula melaka. Jadi, mungkin anda sendiri dapat membayang kan rasa nya. Nilai RM1 dengan beg plastik 150ml penuh dengan air kelapa laut sejuk waktu itu, rasa nya cukup berbaloi dengan nilai wang yang aku di keluarkan.

Air kelapa laut **yg berwarna gelap
Setelah sekian lama bila benda nie teringat semula di benak fikiran aku, aku dapati ia nya semakin sukar di cari sekarang. Mana nak cari?? faktor-faktor lain seperti harga barang, nilai jualan, kesulitan untuk mencari bekalan dan faktor lain juga mungkin menyebabkan peniaga-peniaga kurang berminat meneruskan perniagaan ini. Carian google menunjukan pelbagai variasi menu dari isirung kelapa laut ini. Antara yang popular sebagai bahan tambahan dalam pembuatan air batu campur @ ABC.




Thursday, April 7, 2011

Makanan trademark masyarakat Muar

Bak kata pepatah "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"...

Muar yang di kenali sebagai "Bandar Maharani"  dan sekarang "Bandar Di Raja" adalah sebuah bandar lama di Utara negeri Johor bersebelahan dengan negeri Melaka. Antara sebab masyarakat Muar berbangga menjadi sebahagian dari Muar adalah kerana:

Makanan nya..
Memang tidak di nafikan makanan memang menjadi "Trademark" bagi sesuatu tempat itu. Contoh nya keropok lekor di Terengganu, budu di Kelantan, cencalok di Melaka, pekasam di Perlis & tempoyak di Perak. Ada sesuatu yang istimewa di Muar yang tidak di ketahui oleh masyarakat di luar sana. Di sini saya akan berkongsi dan bercerita.


Otak-otak
Salah satu makanan yang terkenal di Muar ialah otak-otak Muar. Berbeza di tempat lain, otak-otak di Muar boleh di dapati siap di kotakan dengan plastik berbanding dengan bungkusan bersama daun kelapa yang biasa di jumpai di tempat-tempat lain.


Mee bandung
Mee bandung original rasa Muar. Dari pagi hingga ke petang, kedai makan yaang ada menyajikan menu mee bandung mesti penuh kedai dengan pelanggan. Rasa mee bandung Muar memang di akui sukar untuk di cari di tempat-tempat lain. Memang ada rasa yang tersendiri mee bandung Muar. Jika anda mahukan yang original, pastikan cari di Muar. Antara lokasi terbaik untuk menikmati mee bandung Muar nie di Jalan Abdullah dan Bandung Sentral di Taman Tun Syed Nasir berhadapan dengan sekolah sains Muar.


Apam Jepun
Bentuk nya seperti apam balik dan dorayaki tetapi kecil berbentuk bulat berintikan kacang merah. Enak di makan panas waktu minum petang. Entah kenapa apam ini menjadi popular di Muar, mungkin kerana nama nya yang unik ataupun dorayaki Jepun versi masyarakat Melayu.


Asam pedas
Mana lebih sedap? Asam pedas Muar atau asam pedas Melaka? anda perlu cuba kedua-dua nya. Sukar untuk menghakimi mana satu lebih sedap tetapi ada keunikan nya yang tersendiri jika di Muar. Asam pedas di Muar di makan pada waktu pagi. Ya pada waktu pagi. Rata-rata masyarakat Muar sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 11 mereka sudah mula mencari makanan tengahari. Jangan terkejut jika anda berada di Muar makanan seperti ini untuk waktu pagi. Antara lokasi terbaik di Parit Jawa dan Jalan Jonid Muar.


Kopi 434
Kopi yang terkenal di Muar ialah kopi 434. Biji kopi dari jenis Arabica, Robusta dan Liberica untuk kopi hebat di Muar. Jika anda pernah menggunakan lebuh raya utara selatan pasti akan ternampak papan tanda iklan kopi 434 di sekitar RnR Seremban. Masyarakat Muar memang penggemar kopi yang tulen walaupun teh tarik menjadi pesaingnya. Orang lama Muar pasti nya memilih kopi untuk minum petang sebagai terapi memulihkan tekanan waktu kerja ataupun aktiviti lain. Destinasi pilihan untuk menikmati kopi 434 ini di sebuah kopitiam Jalan Maharani Muar. Memang sesak pada waktu petang.


Pau Muar
Tidak di ketahui sejak bila, tetapi sekitar tahun 1990an aku lihat banyak sekali orang menjual pau di tepi-tepi jalan. Sekarang kalau tengok memang dah kurang sangat lah. Tau apa keistimewaan nya pau Muar. Pau daging yang berintikan daging dan kentang kari kebiasaan nya di serta kan sekali dengan sebiji telur puyuh di tengah-tengah nya. Sehingga ke hari ini jika anda membeli pau daging di Muar pasti ada telur puyuh di tengah-tengah nya.


Mee siput
Makanan snek ini juga pada aku amat sinonim dengan orang Muar. Mee siput senang di dapati di sini berbanding tempat lain. Sekarang mungkin agak senang dapat di sekitar daerah negeri Johor, tempat lain aku tak pasti. Makanan snek nie biasa nya di makan dengan sambal tumis pedas manis. Mee siput nie kalau nak tau ade dua jenis. Satu jenis yang bila di goreng masih mengekalkan rupabentuk asal dan satu lagi bila di goreng akan mengembang. Aku lebuh gemarkan yang tidak kembang bila di goreng. Pada masa kecil dulu orang lama nie rajin goreng mee siput siap di sira dengan sambal sekali. Sekarang aku tengok perusahaan mee siput nie dah makin berkembang, dah di peketkan dan di jual secara online. Kebiasaan nya warung-warung Melayu masih ada letak mee siput nie atas meja. Buat pelanggan kunyah-kunyah.


Satay Pagi
Cerita pasal satay nie, dekat mana-mana pun ada satay. Lagi pun kalau cakap pasal satay nie, satay kajang Hj Samuri lagi terkenal kot dari satay Muar nie. Tapi kenapa satay nie boleh jadi makanan trademark orang Muar?. Sebab nya satay di Muar nie orang makan mase pagi, ketika sarapan pagi. Sebab tu di gelar satay pagi. Kalau tak percaya, jika singgah di Muar waktu pagi banyak asap di tepi-tepi premis makanan. Bukan bangunan terbakar tapi satay yang terbakar. Entah bila bermula budaya nie aku pun tak tau tapi budaya nie memang kekal sebagai salah satu gaya hidup orang Muar. Makan satay waktu pagi.


Sajian belangkas
Sajian eksotik nie memang pernah popular. Bagi orang lama Muar mesti tahu. Belangkas nie biasa nya di bakar untuk di makan telur nya tapi daging belangkas pun boleh makan. Aku sendiri tak pernah makan sampai sekarang, tapi dari bacaan dan carian, rasa isi belangkas nie macam ketam. Baginda sultan Johor, sultan Ibrahim juga merupakan penggemar sajian belangkas, kalau tak salah belangkas goreng sambal. Hendak mencari kedai yang menyajikan hidangan belangkas pun bukan nya senang. Kalau ada peluang pasti aku tidak akan lepaskan untuk merasa hidangan eksotik nie.

Muar.. bandar lama yang yang banyak keistimewaan nya. Ramai juga menteri di Malaysia berasal dari Muar, tempat menarik juga banyak, aneka makanan dan budaya. Rencah ini semua menjadikan Muar satu bandar yang betul-betul istimewa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...